Download as ppt
Download as ppt
You are on page 1of 22

Retorik

 Definisi
 Retorik ialah seni penggunaan bahasa yang melibatkan
penyampaian idea menarik dan berkesan dengan tujuan
untuk memujuk , mempengaruhi, dan menyakinkan
pembaca tentang sesuatu perkara.(Nik Safiah dan Wan
Malini)
 Retorik ialah teknik penggunaan bahasa sama ada dalam
bentuk lisan atau tulisan yang mengandung aspek
tatabahasa yang betul dan penguasaan bahasa yang baik
dalam menyampaikan idea. (Sharifah Nor Syed Abd.
Rahman dan rakan)
 Retorik dapat diertikan sebagai seni pemakaian
bahasa untuk menyampaikan idea dengan
menarik dan berkesan dalam sesuatu wacana,
baik dalam bentuk ucapan mahupun tulisan.
(Goay Teck Chong dan rakan)
Jenis-jenis dan Ciri-ciri Retorik
 Pemerian
 Penggunaan bahasa penjelasan atau huraian
tentang sesuatu idea.
 Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan
maklumat yang lengkap kepada pembaca atau
pendengar
 Ciri-ciri teknik pemerian
 Pemerian dilakukan secara objektif, tepat, dan jelas
 Realistik (fakta yang konkrit) dan impresionistik

(melalui cetusan imaginasi)


 Bahasa – jelas dan tersusun

Contoh (Realistik):
T-REX, motosikal tiga roda yang dibina di Kanada
ini pernah menggunakan pelbagai enjin termasuk
enjin V-Twin Harley Davidson.Terbaru mereka
menggunakan enjin kawasaki 1400 cc berkuasa 187
hp yang memberi prestasi mantap dan mampu
mendapatkan kelajuan tertinggi 260 km/j dan
memecut dari 0-100 km/j di bawah empat saat.
Contoh Impresionistik (cetuskan imaginasi)
Pagi telah meninggi.Matahari mencapai
sesuku dari dada langit sebelah timur.Kesegaran
sinar matahari mulai mengalahkan sisa kesejukan
malam.Tetapi embun di hujung rumput dan anak-
anak kayu masih belum kering.Di lereng bukit
kabus masih mengapas, menipis sebelum
menghilang disirna matahari yang semakin lama
semakin panas.
 Pemujukan
 Retorik pengaruhan menggunakan bahasa pujukan
untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan
orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan.
 Ciri-ciri
 Menggunakan bahasa yang manis, menarik, dan
mementingkan kehalusan berbahasa serta
berunsurkan aspek psikologi.
 Dua jenis pemujukan iaitu pemujukan rasional

( penghujahan, penyampaian fakta, dan data adalah


lengkap) , dan pemujukan tidak rasional (melibatkan
emosi)
 Antara perasaan yang sering dieksploitasi oleh
penghasil wacana termasuklah perasaan takut,
belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu, dan
sayang.
 Kata-kata menarik yang biasa digunakan oleh
penghasil wacana adalah tampan, segak,
menjimatkan, mempersonakan, memudahkan,
menyerikan, terkini, termasyhur, berkualiti,
istimewa dan sebagainya.
Contoh pemujukan rasional :
Mencari tempat untuk bersantai? Di Damai
Beach Resort, Santubong, anda pasti dapat
mencapai impian itu.Keindahan pantai dan
pasir nan putih menggamit kedatangan
anda.Marilah berkunjung ke sini.
Contoh pemujukan emosi:
Berasa malu kerana jerawat? Gunakan krim
XYZ!
 Penghasil wacana ini mengeksploitasi

perasaan malu dan takut orang yang berjerawat


kepada khalayak.
 Penerangan
 Retorik penerangan ialah bentuk retorik yang
memberi penjelasan tentang sesuatu perkara
dengan terperinci daripada satu langkah kepada
satu langkah yang lain.
 Ciri-ciri teknik penerangan ialah:
 Penggunaan gaya bahasa, intonasi, dan nada yang
menarik;
 Bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan

makna yang jelas dan bernas


 Maklumat boleh disampaikan secara lisan seperti cara-

cara memasak atau melalui tulisan seperti buku panduan


pemasangan sesuatu alat.
 Contoh
Japanese Encephalitis (JE) merupakan sejenis
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang
disebarkan oleh nyamuk Culex. Virus ini membiak
dalam tubuh khinzir yang bertindak sebagai perumah.
Setelah menghisap darah khinzir, nyamuk betina
Culex membawa virus JE ini bersama-sama.Apabila
nyamuk itu mengigit manusia, virus ini akan masuk
ke dalam saluran saraf yang akhirnya menyebabkan
keradangan pada bahagian otak.
 Penceritaan
 Retorik penceritaan atau naratif ialah satu bentuk

penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk


penulisan atau lisan.
 Wacana penceritaan yang lengkap mengandung tema,

persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa,


dan sudut pandangan.
 Ciri-ciri teknik penceritaan ialah:

 Pendahuluan, perkembangan cerita, konflik, dan

peleraian.
 Gaya bahasa bersifat imaginatif dan menggunakan

bahasa sastera serperti imejan, perlambangan, metafora,


personifikasi dan sebagainya; dan
 Terdapat sedikit kebebasan tatabahasa kerana bersifat

ekspresi.
Contoh:
Aku menyelak setiap lembar album yang dengan
gambar-gambar keluargaku. Pelbagai kenangan
bermain di mataku takala aku menatap gambar-
gambar itu.Setiap kali aku menatap gambar mama,
bunga-bunga kerinduan serta merta mengharum di
ruang hatiku.Oh, Tuhan! Di mana mama sekarang?
 Pendedahan
 Retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang

mendedahkan, menampakkan sesuatu, menyingkap,


memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat
dengan jelas dan terperinci.
 Ciri-ciri teknik pendedahan ialah:

 Memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan

perbandingan;
 Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif

dengan jelas, tepat, dan terperinci;


 Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan

dengan konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah,


analisis, proses, dan dasar; dan
 Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan

pencerakinan
Contoh:
Islam Hadhari diertikan sebagai ajaran Islam yang progresif
dan dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Konsep Islam
Hadhari menekankan sistem sosial yang berasaskan prinsip
moral bagi menjamin keseimbangan antara kebebasan individu
dengan kesetabilan masyarakat. Antara ciri penting Islam
Hadhari termasuklah sistem pemerintahan demokrasi yang
telus, usaha pembasmian kemiskinan yang berterusan, dan
mengagihkan kekayaan yang saksama. Pelaksanaan Islam
Hadhari memerlukkan penghayatan yang menyeluruh
terhadap ajaran Islam serta pemupukan budaya mencintai ilmu
pengetahuan secara berterusan bagi mencapai kesejahteraan
kehidupan di dunia dan di akhirat.
 Penghujahan
 Retorik penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan

rasional atau intelek.


 Ciri-ciri teknik penghujahan ialah:

 Retorik ini memerlukan khalayak bersetuju dan yakin

dengan pendapat yang dikemukakan;


 Disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas seperti

analisis data, hasil kajian,dsb;


 Disampaikan secara deduksi atau induksi.

 Contoh:

Suara sahaja belum menjamin meningkatkannya bilangan


pembuat dasar wanita. Segala-galanya perlu disusuli
dengan perancangan yang rapi dan teliti.Pada tahun 1985,
kerajaan Malaysia telah menyokong saranan 30% wanita
dalam bidang pembuatan dasar.
Teknik Penyampaian Idea
 Teknik Deduksi (isi pokok,huraian, dan bukti/contoh)
 Dimulai dengan penyataan umum atau ayat topik terlebih

dahulu dan diikuti dengan penyataan yang lebih khusus.


 Isi penting disampaikan dahulu, diikuti huraian isi penting,

dan kesimpulan.
Contoh:
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan pendidikan asas komputar untuk para
pelajar. Langkah tersebut amat dialu-alukan oleh ibu bapa
kerana dapat mengisi kekosongan dalam bidang tersebut
terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Melalui program
tersebut, diharapkan dapat memberi peluang kepada
pelajar luar bandar untuk mempelajari komputer.
 Teknik Induksi
 Dimulai penyataan khusus dan diikuti penyataan umum.

 Huraian, bukti/contoh dan isi pokok.

Contoh:
Apabila membicarakan warga tua, kita
seharusnya sedar bahawa kebahagian warga tua terletak
pada kerukunan sesebuah keluarga.Sekiranya wujud
suasana harmoni dalam keluarga, sudah tentu hubungan
antara keluarga akan menjadi erat dan dapat
membahagiakan warga tua. Oleh itu, institusi keluarga
memainkan peranan penting dalam soal menangani
masalah pengabaian terhadap warga tua.
 Teknik Analogi
 Analogi ialah kaedah perbandingan.

Contoh:
Sebenarnya amat sukar bagi kita menilai
hati orang. Bak kata orang, rambut sama hitam,
hati lain-lain. Paparan luaran tidak memberi
gambaran sebenar sifat seseorang. Macam buah
mangga, kadang-kadang luarnya cantik tetapi
isinya busuk atau masam tetapi ada buah yang
luarnya tidak cantik tetapi isinya sungguh manis.
Begitu juga manusia. Oleh itu, berhati-hatilah
semasa memilih teman.
 Teknik Pencerakinan
 Kaedah ini dikenali juga sebagai teknik analisis. Kaedah ini
mengembangkan topik yang dibincangkan kepada beberapa
komponen dan kemudian menghuraikan setiap komponan.
 Setiap komponen membincangkan isi yang berbeza tetapi

berkaitan antara satu sama lain. Setiap komponen


dibincangkan secara mendalam.
Contoh:
Latar ialah persekitaran sesebuah drama. Aksi pula ialah
tindakan atau gerak laku watak dalam sesebuah drama
 Teknik Pentakrifan
 Menerangkan konsep, istilah atau pengertian

tentang sesuatu perkara.Biasanya digunakan dalam


penulisan ilmiah yang berbentuk penerangan.
Contoh:
Pencemaran alam sekitar ditakrifkan sebagai
sebarang gangguan atau kerosakan terhadap
alam sekitar akibat pengumpulan bahan tercemar.
 Teknik petikan
 Digunakan bagi menyokong atau mengukuhkan perkara
atau idea yang disampaikan.
 Terdapat dua jenis petikan, iaitu petikan langsung (pl) dan

petikan tidak langsung (ptl)


Contoh:
Abdullah Hussain berpendapat,” Pada dasarnya ….(pl)

Menurut Abdul Rahman (1994), matlamat pendidikan


Islam adalah untuk mewujudkan perkembangan yang
seimbang dalam diri individu dengan nilai keislaman.(ptl)

You might also like