Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

[PENGAJARAN MIKRO] KPD4046: KAEDAH MENGAJAR

SHIRLEY PETT LP111057

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 Mata Pelajaran: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) TINGKATAN : 4 Bestari TARIKH TOPIK : 7/12/2012 TEMPAT : Makmal Komputer 1 MASA : 1100am-1140am

: 4.1.1 Definisi Multimedia

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pelajaran ini, para pelajar dapat: 1. Menerangkan konsep multimedia dengan betul. 2. Menyatakan definisi multimedia dengan tepat. 3. Menyenaraikan lima elemen yang terdapat dalam multimedia dengan tepat.

BAHAN BANTU MENGAJAR : 1. Slaid Power Point bertajuk Konsep Multimedia 2. Lagu, Slides Gambar, Video Pendek 3. Kertas Mahjong

PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Pelajar sudah terdedah dengan penggunaan teknologi multimedia dalam kehidupan seharian seperti permainan video/ komputer. 2. Pelajar telah mengetahui serba sedikit elemen-elemen dalam multimedia.

[PENGAJARAN MIKRO] KPD4046: KAEDAH MENGAJAR

SHIRLEY PETT LP111057

PELAKSANAAN PENGAJARAN ISI KANDUNGAN PENGETAHUAN/KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI a) Pelajar dapat mengaitkan set induksi dengan pelajaran hari ini.

4.1.1 Definisi multimedia Mengenalpasti konsep multimedia. Menyatakan definisi multimedia. Menyenaraikan lima elemen yang terkandung dalam multimedia. 1. Pelajar dapat menerangkan konsep multimedia. 2. Pelajar dapat memberikan definisi multimedia. 3. Pelajar dapat menyenaraikan lima elemen yang terkandung dalam multimedia.

[PENGAJARAN MIKRO] KPD4046: KAEDAH MENGAJAR

SHIRLEY PETT LP111057

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN Set Induksi: 1. Guru meminta pelajar memberi perhatian kepada apa yang akan ditayangkan. 2. Guru memasang lagu untuk diperdengarkan oleh pelajar dengan window media player yang juga dalam masa yang sama dapat menayangkan lirik lagu. Kemudian, guru menayangkan slide yang ada gambar statik dan juga gambar animasi bergerak. Akhir sekali, guru menayangkan video pendek. 3. Guru meminta pelajar menyenaraikan perkara yang telah mereka lihat dan dengar dan cuba meneka isi pelajaran yang yang akan disampaikan.

CATATAN

Masa: 4 minit ABM: Lagu, Slide Gambar, Video Pendek Nilai:Rasional

PERKEMBANGAN PENGAJARAN Aktiviti 1: 1. Guru memaparkan tajuk pembelajaran iaitu konsep multimedia. 2. Guru meminta pelajar memberi pendapat tentang tajuk pembelajaran berdasarkan pemahaman mereka terhadap multimedia. 3. Guru menayangkan slaid power point yang menerangkan konsep, definisi dan lima elemen dalam multimedia. Masa: 10 minit ABM: Slaid Power Point Konsep Multimedia Nilai : Rasional, Keberanian.

Aktiviti 2: 1. Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan.

Masa : 20 minit

ABM : Kertas Mahjong, 2. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun definisi Slaid Power Point. multimedia dan melengkapkan teka silang kata lima Nilai : Bekerjasama elemen multimedia yang terdapat dalam sampul surat.

[PENGAJARAN MIKRO] KPD4046: KAEDAH MENGAJAR

SHIRLEY PETT LP111057

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3. Pelajar diarahkan untuk melekatkan hasil kerja mereka pada kertas mahjong untuk dibentang di hadapan kelas 4. Guru mengulas tentang hasil pembentangan pelajar serta mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran.

CATATAN

PENUTUP 1. Guru meminta pelajar (secara sukarela) merumuskan hasil pembelajaran pada hari ini. 2. Pelajar merumuskan hasil pembelajaran secara ringkas. 3. Guru merumus semula pembelajaran pada hari ini.

Masa : 5 minit

TUGASAN: Pelajar diminta untuk menyiapkan lembaran kerja (latihan pengukuhan) yang telah diedarkan. Tarikh Hantar: 10 Disember 2012 (Isnin)

Masa: 1 minit

REFLEKSI KENDIRI:

CATATAN/TUGAS-TUGAS LAIN:

You might also like