Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Tingkatan 5

4.1 KONSEP MULTIMEDIA


4.1.1 Definisi Multimedia 4.1.2 Multimedia dalam Pelbagai Bidang 4.1.3 Multimedia Interaktif

Kandungan
Topik Subtopik : : 4.0 4.1 Multimedia Konsep Multimedia

4.1.1 Definisi Multimedia

Hasil Pembelajaran : 1. Menyatakan definisi multimedia. 2. Menyatakan lima jenis elemen yang terdapat dalam multimedia.

Pengetahuan dan Kemahiran : 1. Mengetahui gambaran keseluruhan Sistem Komputer. 2. Berpengalaman dengan peralatan teknologi dalam kehidupan seharian.

Masa

1 masa / 40 Minit

4.1.1 DEFINISI MULTIMEDIA Perkataan "multimedia" adalah kata gabungan kepada dua perkataan utama iaitu multi dan medium. Multi membawa maksud banyak atau pelbagai. Medium merupakan alat untuk menyampaikan atau saluran untuk tujuan berkomunikasi.

Multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.

Terdapat pelbagai jenis perkakasan dan perisian yang boleh digunakan untuk tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. Antara perkakasan yang digunakan untuk berkomunikasi adalah seperti komputer, radio, televisyen, telefon bimbit.

Contoh-contoh perisian yang digunakan untuk berkomunikasi adalah seperti emel, Yahoo

Messenger, Perkhidmatan Mesej Multimedia (MMS) and persidangan video.

Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat untuk mencipta,menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Ia merupakan persembahan maklumat yang menggabungkan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi.

Mutimedia telah menjadi satu keperluan pada masa kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan. Malah, kewujudan internet telah meningkatkan lagi permintaan untuk kandungan multimedia.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan definisi multimedia. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

2. Berikan TIGA contoh bagi perkakasan dan perisian yang digunakan untuk berkomunikasi. a) Perkakasan _______________________________________________________________________ b) Perisian _______________________________________________________________________

3. Senaraikan LIMA elemen multimedia dan contoh bagi setiap elemen. a) _______________________________________________________________________ b) _______________________________________________________________________ c) _______________________________________________________________________ d) _______________________________________________________________________ e) _______________________________________________________________________

Kandungan
Topik Subtopik : : 4.0 4.1 Multimedia Konsep Multimedia

4.1.2 Multimedia dalam Pelbagai Bidang

Hasil Pembelajaran : 1. Mengenalpasti penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang. 2. Memberikan contoh penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang dan

sumbangannya dalam masyarakat.

Pengetahuan dan Kemahiran : 1. Mengetahui penggunaan multimedia dalam kehidupan seharian. 2. Berpengalaman dengan penggunaan aplikasi multimedia.

Masa

1 masa / 40 Minit

4.1.2 MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG Penggunaan multimedia semakin meluas dalam dunia teknologi hari ini. Oleh itu, telah wujud pelbagai bidang yang menggunakan multimedia. Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pendidikan, perubatan, perniagaan, hiburan dan sebagainya. Penggunaan teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang-bidang tersebut. A) MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN Sebagai sumber rujukan maklumat/pangkalan data. Ensiklopedia Direktori Kamus Buku elektronik

Sebagai pendidikan dan latihan Pembelajaran interaktif Perisian P&P berbantukan komputer (PPBK) Portal pendidikan. Contoh: E-Tutor

B) MULTIMEDIA DALAM INDUSTRI HIBURAN Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam bidang hiburan menjadikannya lebih menarik dan interaktif. Contoh: Permainan Video Filem Animasi Upin & Ipin Konsert-konsert hiburan

C) MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERUBATAN Bidang perubatan juga turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia. Contoh: Tele-perubatan. Pembedahan Maya Pengimbas X-ray, Ultrabunyi

D) MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN Teknologi multimedia paling banyak mempengaruhi bidang perniagaan. Contoh: Kiosk-kiosk di pasaraya dan tempat umun bagi penyebaran maklumat. Penyebaran perisian-perisian interaktif apabila sesebuah syarikat melancarkan produk baru. Pengiklanan

E) MULTIMEDIA DALAM INDUSTRI KEJURUTERAAN Reka bentuk berbantukan komputer atau CAD digunakan. Aplikasi ini membolehkan jurutera melihat atau menggambarkan reka bentuk produk yang dihasilkan dari pelbagai aspek dan memperbaikinya sebelum proses pengeluaran secara besar-besaran.

Multimedia mempunyai banyak kepentingan dan kelebihannya dalam banyak segi saluran maklumat. Misalnya,penggunaan media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan internet dapat menyebarkan sesuatu maklumat dengan cepat. Selaras dengan itu,multimedia mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang-bidang tertentu.
7

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Berikan TIGA contoh penggunaan multimedia dalam bidang-bidang tertentu dan nyatakan sumbangannya terhadap masyarakat. a) ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

b) ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

c) ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Kandungan
Topik Subtopik : : 4.0 4.1 Multimedia Konsep Multimedia

4.1.3 Multimedia Interaktif

Hasil Pembelajaran : 1. Menerangkan konsep multimedia linear dan tak linear. 2. Membezakan ciri-ciri multimedia linear dan tak linear.

Pengetahuan dan Kemahiran : 1. Berpengalaman dengan unsur-unsur multimedia seperti filem, laman web dan permainan komputer.

Masa

1 masa / 40 Minit

4.1.3 MULTIMEDIA INTERAKTIF Multimedia interaktif merupakan aplikasi multimedia yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan didengar bagi menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Interaktiviti merujuk kepada cara bagaimana pengguna berinteraksi dengan aplikasi multimedia atau program.

Melibatkan interaksi antara pengguna dan komputer dengan menggunakan peranti input seperti papan kekunci, skrin sentuh atau tetikus. Terdapat dua jenis interaktiviti multimedia iaitu: o Interaktiviti Linear o Interaktiviti Tak Linear

A) INTERAKTIVITI LINEAR

Juga dikenali sebagai multimedia tidak interaktif. Pengguna bersifat pasif kerana tidak mempunyai sebarang kawalan atas perkembangan isi kandungan dalam aplikasi multimedia tersebut. Isi kandungan dalam multimedia interaktif linear biasanya dalam urutan.

10

B) INTERAKTIVITI TAK LINEAR

Juga dikenali sebagai multimedia interaktif. Pengguna boleh mengawal keseluruhan isi kandungan aplikasi multimedia berdasarkan kesesuaian dan minat mereka dengan mengklik butang, hyperteks atau hypermedia. Hyperteks Digunakan untuk menyambung perkataan atau frasa ke skrin yang lain. Ia adalah teks yang mengandungi pautan kepada teks yang lain dengan menekan satu atau lebih perkataan yang bergaris. Hypermedia Digunakan untuk menghubungkan pelbagai unsure media seperti audio dan video. Hampir menyerupai hiperteks, cuma ia bukan sekadar berasaskan teks sahaja tetapi termasuklah media lain seperti grafik, imej, audio dan video.

PERBEZAAN CIRI-CIRI MULTIMEDIA

Pengguna tidak mempunyai kawalan terhadap aplikasi Multimedia linear biasanya akan bermula dari awal hingga akhir / ia akan mengulang semula maklumat. Contoh: Iklan TV, Klip Video, Filem dan Animasi.

Pengguna boleh mengawal persembahan aplikasi Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana bahagian maklumat yang dikehendaki melalui butang navigasi hyperteks / hypermedia. Contoh: Perisian PPBK (Courseware), Laman Web, Permainan Komputer.

11

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan interaktiviti? ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

2. Berikan DUA contoh bagi interaktiviti tak linear. a) ________________________________________________________________________ b) ________________________________________________________________________

3. Nyatakan ciri-ciri interaktiviti linear dan interaktiviti tak linear.

Interaktiviti Linear

Interaktiviti Tak Linear

12

You might also like