Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 9

DAKAPAN BESTARI :

PENDEKATAN ROHANIAH DAN PEMBELAIAN EMOSI

Oleh:
Arif Fadzilah bin Abu Talib
Zainudin bin Abd Samad
Sek Keb Parit Sapran, Kayu Ara Pasong.

ABSTRAK

Emosi merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai, namun begitu manusia amat
kurang mengambil perhatian ke atasnya, kecuali apabila berlaku sesuatu timpaan negatif
atau konflik antara dua pihak atau lebih. Pendekatan Dakapan Bestari ini ditumpukan
kepada 4 orang pelajar peserta kelas pemulihan khas; pembelaian emosi individu
adalah menjadi subjek kajian, di mana emosi adalah ”kunci” kepada peleraian kemelut
psikologi yang membayangi hidup dan minda mereka, terasa disisihkan, serta terasa ada
kekurangan padanya. Kajian ini berlandaskan kepada teori Emotional Intellingence yang
di kemukakan oleh Daniel Goleman, diperkukuhkan dengan teori Multiple Intelligences
oleh Howard Gardner, dan mempunyai potesi cerah untuk digabungkan dengan Teori
Spiral oleh Imam Ghazali. Subjek kajian adalah tertumpu kepada pelajar kelas
pemulihan khas. Guru Pemulihan Khas bertindak sebagai pelaksana kepada modus
operandi yang disenaraikan dalam proposal yang telah dikemukakan terlebih dahulu.
Instrumen kajian adalah terdiri dari hardware dan soft ware yang ada di sekolah serta
penggunaannya adalah sebagai finishing touch sesudah emosi pelajar berkenaan dapat
distabilkan untuk jangka pendek. Bagi tujuan jangka panjang pembelaian emosi ini
ditumpukan kepada komunikasi harian serta body contact yang dilakukan sekerap
mungkin. Hasil kajian adalah jangka panjang dan tidak dapat dinyatakan dalam tempoh
yang pantas kerana pelajar bermasalah pembelajaran ini mempunyai kestabilan emosi
yang volatile; ia boleh berubah kepada keadaan lain pada bila-bila masa.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU:

Empat pelajar sekolah ini yang bermasalah tegar untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran memang menjadi beban utama kepada guru berkaitan. Mereka amat tidak
berminat untuk duduk dalam sesi pemerolehan ilmu kerana terasa kekurangan dan tidak
mampu untuk mendepani serta mengikuti tahap pembelajaran biasa . Berbagai helah yang
mereka cipta supaya tidak dilibatkan dalam sesi berkenaan. Guru kelas biasa sememangnya
akan berang terhadap mereka ini kerana dalam keadaan biasa mereka yang demikian akan
mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak memberi tumpuan kepada perjalanan sesi
pembelajaran ketika itu. Perhatikan…as Goleman (1998, p. 19) states, “When IQ test scores
are correlated with how well people perform in their careers the highest estimate of how much
difference IQ accounts for is about 25 percent (Hunter & Hunter, 1984; Schmidt &Hunter,
1981). A careful analysis, though, suggests a more accurate figure may be no higher than ten
percent and perhaps as low as four percent” (Sternberg, 1997). Guru Pemulihan bertindak
sebagai pemudah cara untuk menyuburkan sifat minat belajar dan mampu meningkatkan
pencapaian.

Pendekatan latih tubi dalam kelas pemulihan khas tidak mendatangkan kesan, kerana
pelajar-pelajar ini tidak mempunyai daya tumpuan yang panjang, mereka hanya mampu
bertahan tidak lebih dari 10 minit dalam setiap sesi pertemuan dengan guru pemulihan di
dalam bilik pemulihan khas. Sehubungan dengan itu kekuatan guru dan iltizam para pengkaji
adalah satu sumbangan yang amat berharga untuk membangunkan pelajar bermasalah tegar
ini.

2.0 ISU KEPRIHATINAN:

Ketiadaan tumpuan dan kebosanan yang mendalam merupakan masalah utama kepada empat
pelajar yang menjadi subjek kajian ini. Pendekatan secara Multiple Intelligences yang
dikemukakan oleh Howard Gardner nampaknya kurang mendatangkan hasil kepada mereka,
kerana ia bersifat rencam dan perlukan masa yang panjang untuk dapat mereka ikuti.
Pendekatan ini diubah suai dengan mengambil aspek yang boleh diapplykan ke atas mereka
dan tumpuan dibuat keatas pembelaian bakat serta perkembangan emosi mereka dengan
harapan agar mereka mampu untuk ”berlembut” dan tekun untuk menghadapi pembelajaran.
Sejajar dengan….when
dengan it comes to the question of whether a person will become a “star
performer” (in the top ten percent, however such performance is appropriately assessed) within

1
that role, or be an outstanding leader, IQ may be a less powerful predictor than emotional
intelligence (Goleman 2002).

Rajah 1

Rajah 1 di atas digunakan sebagai asas penilaian kepada cara mana pelajar ini
harus didekati. Selepas ujian pra dibuat berasaskan kepada instrumen yang
berupa bahan permainan / pengamatan dapat dikategorikan pelajar terpilih ini
tergolong kepada kelompok self smart.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN:

3.1 OBJEKTIF AM:

Pelajar Kelas Pemulihan Khas 100% berpeluang menjadi pelajar normal dan
mampu memperoleh ilmu pengetahuan

3.2 OBJEKTIF KHUSUS:

1. Membantu 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas bermasalah belajar untuk belajar;
2. Membangun emosi 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas untuk berminat belajar;
3. Menanam kesedaran kepada 4 ( empat ) orang pelajar sedar ” Masih ada yang sayang ”;
4. Mewujudkan suasana seronok untuk belajar kepada 4 ( empat ) orang pemulihan khas;

2
4.0 KUMPULAN SASARAN:

Pelajar tahun 2 hinggan tahun 5


Lelaki - 03 orang
Perempuan - 01 orang
Jumlah - 04 orang

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN:


5.1 TINJAUAN MASALAH:

Tumpuan diberikan kepada pemerhatian, temu bual, dan kunjung ziarah keatas 4 orang pelajar terpilih.
5.1.1 PEMERHATIAN:

Para pengkaji membuat pemerhatian keatas empat (4) pelajar yang telah terpilih untuk mengenal pasti
di manakah masalah utama mereka di segi pergaulan dan komunikasi.

5.1.2 TEMU BUAL:


Temu bual ke atas pelajar terpilih dibuat secara tidak langsung, ini disebabkan oleh mereka tidak boleh
membaca dan menulis dengan sempurna. Perbualan dimulakan dari bercorak umum kepada yang
bercorak khusus. Perbualan secara lemah lembut dan berhemah adalah menjadi agenda utama kerana
pelajar-pelajar ini mudah tersentuh perasaannya dan cepat menjadi bosan.

5.1.3 KUNJUNG ZIARAH:

Latar belakang pelajar yang dikaji amat penting untuk diketahui, maka usaha mengunjungi dan
menziarahi keluarga pelajar ini dijalankan. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas bagi
membuat keputusan tindakan seterusnya berlandaskan kepada paradigma keluarga pelajar keatas
pentingnya belajar.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH:


Para pelajar telah diuji oleh guru kelas menggunakan modulnya terkandung dalam Program
modul KIA2M bagi Tahun 1 dan pelajar dari Tahun 2 ke Tahun 5, sistem carry forward
adalah diteruskan , dirujuk oleh guru kelas kepada guru pemulihan khas untuk tindakan
selanjutnya. Setiap penemuan masalah yang baharu akan direkodkan oleh guru pemulihan
khas.
5.2.1 ANALISA PEMERHATIAN:
Memujuk dan melayani emosi 4 pelajar ini telah dapat memecah tembok komunikasi yang mengekang
mereka dari mendekati pelajaran. Perasaan yang tenang, aman serta selamat telah banyak membantu
untuk mereka lebih berkeyakinan dan juga mempercepat kemampuan mereka bagi mencapai sasaran
yang masih jauh untuk dicapai.

5.2.2. HASIL PEMERHATIAN:

Tingkah laku pelajar dalam bergaul dijadikan subjek utama bagi menentukan cara mana mereka
boleh dibantu untuk dipulihkan.

5.2.3.ANALISA TEMU BUAL:


Perbualan santai dan mesra antara guru, pengkaji dengan pelajar pemulihan khas ini telah
menghasilkan banyak manfaat yang boleh membantu menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan menarik adalah pelajar telah berterus terang mengenai apakah masalah yang mereka
hadapi, apa yang mereka sukai, apa yang mereka tidak suka untuk diminta melakukan dan
sebagainya.

5.2.4. HASIL TEMU BUAL:


Pelajar bersedia memberi kerjasama secara lisan; mengapa mereka gemar mengasingkan diri dan
kurang berinteraksi dengan pelajar lain. Penyebab utama mereka berkelakuan demikian adalah mereka
terasa rendah diridan perlukan bantuan orang lain.

5.2.5.ANALISIS KUNJUNG ZIARAH:


3
Mengunjungi keluarga pelajar ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar keluarga, sosio
ekonomi keluarga , dan pandangan keluarga terhadap masalah pelajaran anak-anak mereka. 100% ibu
bapa berpandangan positif dan menaruh harapan agar anak mereka dapat maju dalam mengikuti
pelajaran.
5.2.6. HASIL KUNJUNG ZIARAH:

Pertemuan dengan keluarga 4 orang pelajar pemulihan khas ini telah membantu guru pemulihan khas
untuk memilih pendekatan sesuai untuk menjalankan usaha pengajaran dan pembelajaran formal.

5.2.7TINDAKAN DIJALANKAN:

Tindakan yang dijalankan adalah proses berturutan dari pemerhatian, temu bual,dan kunjung ziarah.
Pendekatan yang dibuat oleh guru pemulihan adalah:
Sentuhan fizikal = bersalaman
Dakapan bestari = body contact ( untuk pelajar lelaki sahaja )
Belaian emosi = menghibur / kecindan
Bicara bestari = kata perangsang
Setiap kali pengajaran kelas pemulihan khas berlangsung setiap hari.

5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN:


5.4.1. PEMERHATIAN:

Responden diperhatikan oleh pengkaji dalam masa 14 hari, pemerhatian ini dibuat diluar pengetahuan ke
empat-empat pelajar berkenaan, tingkalah laku mereka ternyata berbeza dengan pelajar normal yang
biasanya gembira dan mudah bergaul dengan ramai rakan.100% pergerakan mereka di sekolah
menjurus kepada berada di dunia sendiri dan amat jarang mereka dapat menumpukan perhatian kepada
hal pelajaran.

5.4.2. TEMU BUAL:

Perbualan dibuat oleh pengkaji dan guru pemulihan khas dengan 4 pelajar pemulihan khas ini. Pada
peringkat awal mereka begitu sukar untuk mendengar, menjawab, dan memahami pertanyaan. 95% apa
yang dikatakan oleh mereka tidak lahir dari hati sanubari mereka. Sebaliknya mereka menyembunyikan
keadaan sebenar dan tiada kesungguhan untuk menjawab pertanyaan temu bual.

5.4.3. KUNJUNG ZIARAH:

Empat keluarga pelajar dikunjungi, perbualan secara santai dan terbuka dilakukan dengan ibu bapa
pelajar. Tiada soalan tetap dikemukakan kerana kunjungan ini semata-mata bertujuan untuk melihat latar
belakang keluarga serta di tahap manakah sosio ekonomi mereka.

5.5. REFLEKSI KAJIAN:

Bagi melindungi identiti pelajar, mereka di kodkan dengan A, B,C, dan D, ia menjelaskan:

5.5.1 SIKAP DAN KESUNGGUHAN


UKURAN SKALA LIKERT:
0 Tidak tahu
1 Tidak faham
2 Faham
3 Sangat faham
FASA AWAL
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /

FASA PERTENGAHAN

KOD PELAJAR 0 1 2 3
4
A /
B /
C /
D /

FASA TERKINI
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /

5.5.2. SIKAP DAN KESUNGGUHAN

PRESTASI UMUM PELAJAR


UKURAN SKALA LIKERT:
0 Tiada kesan
1 Peningkatan minimum
2 Peningkatan normal
3 Peningkatan maksimum

FASA AWAL

KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /

FASA PERTENGAHAN
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /
FASA TERKINI ( SELEPAS 6 BULAN )
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /

PENJELASAN PENCAPAIAN : ( SEHINGGA BULAN OGOS 2007 )

KOD TARIKH PRESTASI PRESTASI PRESTASI


PELAJAR MASUK ASAL SEMASA TERKINI

A 01/06/05 Tidak menguasai Dapat menguasai Menguasai beberapa


bacaan dan tulisan vocal : a,e,i,o u dan huruf tertentu
Umur: konsonan: j,s,z, p sahaja.Contoh
a,b,c,d,e,f,g,I,j,k,o,s,z
9 Tahun
Boleh membaca
Perkataan mudah.
Contoh:
Api, Abu
5
KOD TARIKH PRESTASI PRESTASI PRESTASI
PELAJAR MASUK ASAL SEMASA TERKINI

B 15/05/07 Telah kenal huruf Telah menguasai Telah boleh membaca


vokal perkataan mudah dan menulis perkataan
Umur: dalam kemahiran KVK KVKK + KVKK
+ KV+KVK dan boleh CONTOH:
9 Tahun membaca ayat mudah 1.Kang + kung
( KVKK+KVKK)
2.Long+kang
( KVKK+KVKK )
3.Jeng+king
( KVKK+KVKK )

KOD TARIKH PRESTASI PRESTASI PRESTASI


PELAJAR MASUK ASAL SEMASA TERKINI

C 01/06/05 Hanya menguasai Telah menguasai Mulai menguasai


vocal: a, o , i dan vocal dan perkataan yang
Umur : konsonan: c, k, t, z konsonan dalam melibatkan
kemahiran 12: kosnsonan
11 Tahun KVK+KK bergabung(diagraf)
Telah boleh Contoh:
membaca ayat Nganga (KKV+KKV)
mudah: Nyanyi (KKV+KKV)
KV+KV/KV+KVKV+ Lenga (KVK +KV )
KVK/ KVK Punya (KVK + KV )
Sunyi (KVK+KV)

KOD TARIKH PRESTASI PRESTASI PRESTASI


PELAJAR MASUK ASAL SEMASA TERKINI

D 10/01/07 Hanya menguasai Telah menguasai Boleh membaca


vocal: a,e,i, o , u dan vocal dan perkataan mudah KV+KV
Umur : konsonan: p,y,s,c,t konsonan Contoh:

8 Tahun Mencantum Batu (KV+KV )


KV + KV dengan Dahi ( KV+KV)
baik Bola (KV+KV )
Meja (KV+KV)

6
PERUBAHAN PELAJAR A

GRAF PERKEMBANGAN
12

10

TAHAP KEMAHIRAN 6 Series2


Series1

0
AW AL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA

PERUBAHAN PELAJAR B

35

30

25

20

TAHAP KEMAHIRAN Series1


Series2
15

10

0
AWAL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA

PERUBAHAN PELAJAR C

35

30

25

20

TAHAP KEMAHIRAN Series2


Series1
15

10

0
AW AL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA

PERUBAHAN PELAJAR D

16

14

12

10

TAHAP KEMAHIRAN 8 Serie s2


Serie s1

0
AW AL PERTEN GAHAN TERK INI
JULAT MASA

7
PERUBAHAN PENCAPAIAN

5
4.5
4
3.5
3
SKALA LIKERT 2.5 PEREMPUAN
2 LELAKI 1
1.5
1 LELAKI 2
0.5 LELAKI 3
0
AWAL PERTENGAHAN TERKINI

JULAT MASA

6. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN:


Pengkaji akan datang dicadangkan supaya dapat menyelami lebih dalam hati sanubari pelajar
berkenaan dan jika mempunyai kemampuan teknikal boleh dilaksanakan ujian fisiologi bagi mengesan
kecacatan fizikal untuk memudahkan pelaksanaan pemulihan.
Dicadangkan juga agar dapat diadakan sesi muzakarah antara pelajar, guru pemulihan, dan
pengkaji supaya ia terarah kepada pembinaan insan seimbang rohani dan jasmani walau pun ia tidak
sepandai pelajar normal.

Pengkaji akan datang dicadangkan juga supaya lebih menumpu kepada cara mana dapat
membantu pelajar bermasalah pengelihatan dan pendengaran yang kurang acute tetapi tidak cukup
serius untuk di serahkan kepada kelas pendidikan khas.

Pelajar kelas pemulihan khas memerlukan kasih sayang seorang pendidik dan sekalung
keyakinan agar mereka dapat menilai diri mereka sendiri serta berhasrat untuk memajukan dirinya.
Usaha gigih guru dan pengkaji adalah penting bagi menghasil satu pendekatan yang lebih berkesan
berasaskan teori Emotional Intelligence yang dikemukakan oleh Daniel Goleman dan Multiple
Intelligences oleh Howard Gardner ia boleh digabung kaitkan dengan Teori Spiral yang kemukakan
oleh Imam Ghazali.

KESIMPULAN:

Pelajar pemulihan Khas mempunyai potensi untuk meningkat maju dan dapat sama-sama bersaing dalam
medan kehidupan dengan usaha bantuan berterusan yang berteraskan belaian emosi, pengembangan
minat, pemupukan bakat,serta pengiktirafan

RUJUKAN

1. Abu Hamid Muhamed bin Muhammad Al Ghazali,( 1980). “Ihya Ulumiddin


Jilid 1”. Indonesia: Penerbit Aisli.
2. Bradberry, Travis and Greaves, Jean ( 2005). “The Emotional Intelligence Quick
Book” New York: Newman and Schuster.
3. Gardner, H (1975). “ The Shattered Mind” New York : Knopf.
4. Gardner, H (1993).”Multiple Intelligences: The Theory in Practice”. New York: Basic.
5. Goleman, D (1996). “Emotional Intelligence:Why it can matter more than IQ”. London:
Bloomsbury.

8
9

You might also like