Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 11

TEKNIK ‘MUDAH’ SATU KAEDAH UNTUK MENGUKUR BEARING SECARA

ANGGARAN TANPA MENGGUNAKAN PROTAKTOR

Oleh

KATMI BT. MOON


SMK Sri Tanjung,
82200 Benut, Pontian, Johor.
.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan
3 Delima didalam Topik Arah dan subtopik mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan. Seramai 35 orang
murid Tingkatan 3 Delima SMK Sri Tanjung , Benut dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui ujian bulanan . Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengukur bearing
sudutan dan bearing sukuan berdasarkan peta lakar yang diberikan. Perancangan tindakan difokuskan kepada
teknik untuk mengukur secara anggaran dengan mudah tanpa menggunakan protaktor. Pelajar telah
didedahkan kepada Teknik ‘MUDAH’ selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan
pelajar lebih memahami dan seronok belajar mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Analisa keputusan Ujian Bulanan 1 Tahun 2006 untuk Tingkatan 3 Delima(kelas terakhir) saya tatap
dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yang
Tuhan sahaja mengetahuinya. Hanya dua orang sahaja pelajar yang lulus itupun dengan gred D
berbanding kelas 3 Berlian(kelas pertama) hanya lima orang sahaja yang gagal.Rasanya saya telah
berusaha semampu yang boleh termasuklah membuat kelas tambahan dan membeli alat-alat Bantu
mengajar.

Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan , maklum balas yang diterima tidak banya
membantu. Antaranya:
- “ Mereka memang lemah, kelas terakhir. UPSR pun ada yang dapat 5E”
- “Aku dah ajar diorang sejak Tingkatan 1 lagi. Dahlah tak pandai, malas pulak.Kerja rumah
langsung tak buat. Macamana nak pandai”
- “ Jangan tensionkan diri, nanti muda-muda lagi dah dapat sakit darah tinggi. Keluar masuk
hospital lagi susah!”

Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda
dan meminta pelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima menulis diatas sekeping kertas sebab-sebab mereka
gagal dalam Ujian Geografi. Saya juga telah meminta semua guru yang mengajar Tingkatan 3 Delima
menulis pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima. Kesemua guru
mengatakan kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan 3 Delima kurang berdisplin, rendah motivasi diri, tidak
serius belajar dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti kelas yang dijalankan oleh guru. Manakala pelajar
perempuan pula walaupun lebih berdisplin dan rajin tetapi pencapaian mereka masih kurang
memuaskan. Antara sebab-sebab gagal di dalam matapelajar Geografi yang telah dinyatakan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima ialah:
- Tidak membaca buku/tidak membuat ulangkaji
- Tidak tahu mengukur bearing/kaedah yang betul/tidak membawa protaktor
- Tidak fahan soalah dan lain-lain lagi
Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100%
telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.
2.0 FOKUS KAJIAN

Saya telah menganalisa soalan Geografi PMR tahun-tahun lepas dan mendapati bahawa mengukur
bearing sudutan dan bearing sukuan merupakan item wajib bagi Kertas 1 . Jika pelajar dapat menguasai
subtopik bearing dan beberapa topik lain yang mudah, peluang untuk mereka lulus adalah tinggi.
Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam subtopik mengukur bearing ialah memahami kaedah
untuk mengukur bearing. Segelintir pelajar sering terlupa untuk membawa protaktor ke dewan
peperiksaan.Mereka juga sukar untuk mengukur bearing menggunakan protaktor dan lambat
memperolehi jawapan.Ada pelajar yang tidak tahu menggunakan protaktor walaupun telah diajar.
Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh pelajar saya semasa menggunakan protaktor ialah;
i. Protaktor yang dijual dipasaran kebiasaannya hanya memberikan nilai bearing kurang
daripada 180º sedangkan nilai bearing diukur sehingga 360 º.
ii. Protaktor tidak menunjukkan arah mata angin seperti utara, selatan, timur dan barat dan nilai
bearingnya.
iii. Pelajar keliru untuk membaca nilai sudut/bearing dalam protaktor samada membaca nilai
bacaan diluar atau dalam.
iv. Protaktor tidak memberikan arah yang betul membaca bearing iaitu hendaklah mengikut arah
pusingan jarum jam
Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap
negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner(1991)
mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh
menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap mengukur
bearing secara anggaran tanpa menggunakan protaktor.

3.2 Objektif Khusus


1.Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan
secara anggaran tanpa menggunakan protaktor.
2.Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian dan seterusnya
peperiksaan PMR.
3.Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan.
4.Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tingkatan 3 Delima
Lelaki : 18 orang
Perempuan : 12 orang
Jumlah : 30 orang

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.Sebelum
kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons dan tidak melakukan aktiviti
terhadap aktiviti mengukur bearing yang diberikan.75% pelajar tidak bersedia
dengan protaktor yang telah dipesan oleh guru semasa P&P
sebelumnya.Sebagaimana kebiasaannya, 100% pelajar perempuan yang lebih
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh-sungguh dan tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang
dijalankan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan kemahiran mereka mengenai sub topik mengukur bearing.Item
ujian pra merupakan item soalan objektif PMR tahun-tahun lepas dan beberapa
soalan yang mirip PMR. Selepas saya menyemak jawapan pelajar , saya tidak
memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya,
sebaliknya saya telah memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ dan 5 hari selepas itu
saya telah memberikan ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan
ujian pra.
Saya juga telah menyediakan latihan berkaitan bearing bagi tujuan pengukuhan.
Latihan pertama pelajar dikehendaki menggunakan protaktor sepenuhnya.Saya
telah berusaha menyediakan protaktor yang secukupnya kepada 30 orang
pelajar tersebut. Selepas menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan
kertas jawapan tersebut sebaliknya dengan latihan yang sama saya
mengarahkan pelajar menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan
teknik ‘MUDAH’.Ini adalah untuk membandingkan keberkesanan penggunaan
teknik ‘MUDAH’ dengan penggunaan protaktor.

5.1.3 Soal Selidik


Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan kaedah mengukur bearing
sebelum dan selepas teknik ‘MUDAH’diperkenalkan.Saya juga telah
mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan tiada
latarbelakang geografi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai teknik
‘MUDAH’

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
-Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan latihan yang diberikan oleh
guru. Mereka dapat menyelesaikan soalan latihan dengan cepat dan
memperolehi markah yang tinggi.
-Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat
oleh guru untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar.
-Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos


Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti
berikut :

GRED BILANGAN PELAJAR


PRA POS
A 0 10
B 1 8
C 2 6
D 2 4
E 25 2
JUM. 30 30
Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.Walaupun
masih terdapat pelajar yang gagal tetapi tiada tiada seorangpun pelajar yang mendapat markah sifar
berbanding dengan Ujian Pra dimana 5 orang pelajar telah mendapat sifar.

Perbandingan dapatan kajian diantara mengukur bearing dengan protaktor dan


teknik ‘MUDAH’
GRED MENGGUNAKAN TEKNIK ‘MUDAH’
PROTAKTOR

A 2 10

B 6 6

C 7 7

D 10 7

E 5 0

JUMLAH 30 30

Dapatan dari latihan pengukuhan mengukur bearing dengan protaktor dengan penggunaan teknik
‘MUDAH’ menunjukkan perbezaan yang ketara.Didapati pelajar lebih memahami untuk mengukur bearing
menggunakan teknik ‘MUDAH’.Bilangan pelajar yang memperolehi gred cemerlang dengan
menggunakan teknik ini lebih ramai dibandingkan dengan menggunakan protaktor.

5.2.3 Analisis Soal Selidik


Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan
komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab
oleh pelajar:
Skala Likert : 1- Sangat Tidak Setuju
2- Tidak Setuju
3- Kurang Setuju
4- Setuju
5- Sangat Setuju
SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1 Geografi merupakan subjek yang mudah 2 4 14 8 2
2 Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri 3 4 16 4 3
daripada teknik ‘MUDAH’
3 Mengukur bearing merupakan satu cabang 6 12 10 2 0
geografi yang mudah dikuasai walaupun tanpa
teknik ‘MUDAH’
4 Saya mudah memahami kaedah menentukan 1 3 3 12 11
bearing selepas guru memperkenalkan teknik
‘MUDAH’
5 Saya mudah memahami kaedah menentukan 0 0 5 17 8
bearing selepas guru memperkenalkan teknik
‘MUDAH’
6 Saya rasa lebih seronok belajar tajuk mengukur 0 0 3 14 13
bearing menggunakan teknik ‘MUDAH’
7 Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ bagi 0 4 5 15 6
tajuk lain dalam Geografi
8 Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ untuk 1 1 6 19 3
subjek lain
9 Teknik ‘MUDAH’ membantu meningkatkan daya 0 2 5 11 12
kreativiti saya

Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru-guru pula adalah seperti berikut;

Guru Pendidikan Seni:


“…Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar.Melatih
pelajar lebih kreatif menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran pelajar…”

Guru Bahasa Inggeris:


“.. Satu teknik yang mudah dan ringkas. Lebih menjimatkan masa dan berkesan.

Guru Sejarah
“..Mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif.Pelajar lebih berminat dan seronok melakukan aktiviti
dalam bilik darjah..”

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


1. Selepas pelajar menjalani ujian pra, saya telah meminta pelajar Tingkatan 3 Delima
menyediakan pensil dan kertas kosong semasa kelas Geografi kerana saya ingin
memperkenalkan satu teknik P&P yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang
lebih baik.

2. Sebelum saya membimbing pelajar menggunakan teknik ‘MUDAH’(Mudah Untuk Dapat


Arah), saya telah menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia
bekerja.

3. Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan


sedia ada disaat sukar dan perlu kreatif dalam kaedah belajar.

4. Seterusnya saya membimbing pelajar menggunakan teknik ‘MUDAH’(Rujuk Lampiran


2).Sebelum itu saya menguji minda pelajar dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih
dahulu.

5. Pelajar diingatkan bahawa kaedah penganggaran ukuran bearing boleh digunakan semasa
menjawab peperiksaan.

6. Pelajar melakukan aktiviti ‘MUDAH’ mengikut langkah demi langkah dibawah bimbingan
guru(Rujuk Lampiran 3 dan 4).

7. Pelajar menjalani Ujian Pos.Selepas Ujian Pos,saya dan pelajar membincangkan jawapan
sebagai langkah pengukuhan.Saya juga mengedarkan borang soal selidik untuk
mengenalpasti keberkesanan kaedah ini.(Rujuk Lampiran 1)

8. Setiap kali kelas Geografi, saya akan mengingatkan pelajar supaya mengulangi semula
teknik ‘MUDAH’ untuk mengukuhkan daya ingatan.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lapan minggu. Semasa saya menjalankan
kajian kajian ini saya telah menyempurnakan Bab 1 dan Bab 2 Sukatan Pelajaran Geografi
Tingkatan 3. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing pelajar
menggunakan teknik ‘MUDAH’.Pelajar telah menjalani ujian Pos 1, lima hari selepas didedahkan
teknik ‘MUDAH’ dan Ujian Pos 2, sebulan selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta
mengisi borang soal-selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik
‘MUDAH’.Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa
menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga telah menerangkan
secara ringkas mengenai teknik ‘MUDAH’ kepada rakan-rakan guru dan meminta mereka
memberi pandangan.

Berdasarkan pemerhatian saya ,Teknik ‘MUDAH’ berjaya membantu pelajar meningkatkan


pencapaian di dalam sub topik Bearing. Pelajar berlumba-lumba untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru daripada set-set soalan PMR dan soalan mirip PMR.Saya berasa lebih
seronok, tidak lagi marah-marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke Tingkatan 3 Delima.
Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap
usaha yang telah saya lakukan. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar anak-
anak mereka menggunakan Teknik ‘MUDAH’.

5.5 Refleksi Kajian


Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan pelajar menggunakan Teknik ‘MUDAH’ merupakan salah satu kemahiran Visual-
Ruang.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik ‘MUDAH’ banyak membantu pelajar
meningkatkan keyakinan diri,daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari
disamping menjadikan suasana P&P lebih seronok dan bermotivasi.

Saya berasa tersentuh dan terharu apabila beberapa pelajar kelas lain dimana saya tidak
mengajar kelas mereka, meminta saya mengajar mereka teknik’MUDAH’.Saya yakin bahawa
Teknik ‘MUDAH’ dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Geografi.
Analisis keputusan Percubaan PMR Tingkatan 3 Delima menunjukkan peratus kelulusan subjek
Geografi adalah ditangga ke 3 selepas Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA


Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
a. Menggunakan teknik ‘MUDAH’ sebaik sahaja guru mengajar bab Arah.
b. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan teknik ‘ MUDAH’ dalam P&P secara lebih
terancang dan teratur.
c. Selepas didedahkan Teknik ‘MUDAH’, pelajar dibekalkan dengan soalan-soalan yang dapat
membantu mereka meningkatkan kefahaman, kemahiran dan daya ingatan.
d. Selepas pelajar dapat menentukan bearing secara anggaran, guru boleh terus mengajar cara
untuk menentukan bearing dengan betul dan tepat.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Semoga hasil kajian saya ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir
kata:
PRASARANA
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI
KONDUSIF
RUJUKAN
1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

2. Kim, P.L(1995). Modul Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Mohd. Jamil b. Mohamed,Hj. Rodzi Hj. Hashim, Hjh Mahani Hj. Mahbar(2003). Geografi Tingkatan 3.
Kuala Lumpur: Penerbit Johore Central Store Sdn. Bhd.

4.________________.(2004). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN 1:
Analisis Soal Selidik
Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina.
Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar:

Skala Likert : 1- Sangat Tidak Setuju


2- Tidak Setuju
3- Kurang Setuju
4- Setuju
5- Sangat Setuju

SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1 Geografi merupakan subjek yang mudah

2 Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri


daripada teknik ‘MUDAH’

3 Mengukur bearing merupakan satu cabang


geografi yang mudah dikuasai walaupun tanpa
teknik ‘MUDAH’

4 Saya mudah memahami kaedah menentukan


bearing selepas guru memperkenalkan teknik
‘MUDAH’

5 Saya mudah memahami kaedah menentukan


bearing selepas guru memperkenalkan teknik
‘MUDAH’

6 Saya rasa lebih seronok belajar tajuk mengukur


bearing menggunakan teknik ‘MUDAH’

7 Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ bagi


tajuk lain dalam Geografi
8 Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ untuk
subjek lain
9 Teknik ‘MUDAH’ membantu meningkatkan daya
kreativiti saya

LAMPIRAN 2:
BEARING SUDUTAN
Kaedah menganggar bearing sudutan simpang tiga Kg. Mas dari Kg. Balik Bukit

BEARING SUKUAN
Kaedah menganggar bearing sukuan jambatan dari muara Sg. Kelat
-

LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
CUBA INI!!!!
LATIHAN
Berdasarkan Lampiran 3 di atas, jawab soalan-soalan berikut;
1. Apakah bearing sudutan simpang tiga Kg. Mas ( RG 344561) dari Kg. Balik Bukit (RG 294545)
A. 60 ° C. 240 °
B. 120 ° D. 300 °

2. Apakah bearing sukuan jambatan ( RG 338546 ) dari muara Sungai Kelat ( RG 300520 )
A. U 50 ° B C. S 50 ° B
B. U 50 ° T D. S 50 ° T

3. Apakah bearing sudutan Kg. Aman ( RG 322511) dari Kg. Balik Bukit ( RG 294545)
A. 40 ° C. 220 °
B. 140 ° D. 320 °

4. Apakah bearing sudutan muara Sungai Kelat ( RG 300520 ) dari jambatan


( RG 338546 )
A. 50 ° C. 230 °
B. 130 ° D. 310 °

5. Apakah bearing sudutan simpang tiga Pekan Seri (RG 335552) dari Kampung Sapi(RG
348533)?
A.35 ° C. 215 °
B. 145 ° D.325 °

6. Apakah bearing sukuan simpang tiga Kg. Mas ( RG 344561) dari Kg. Balik Bukit (RG 294545)
A. U 60 °B C. S 30° B
B. U 60 ° T D. S 60 ° T

7. Apakah bearing sukuan Kg. Aman ( RG 322511) dari Kg. Balik Bukit ( RG 294545)
A. U 40 ° B C. S 40 ° B
B. U 40 ° T D. S 40 ° T

8. Apakah bearing sukuan simpang tiga Pekan Seri (RG 335552) dari Kampung Sapi(RG
348533)?
A. U 35° B C.S 35° T
B. U 55° B D. 55°T

You might also like