S For Superman Menguasai Subject Verb Agreement

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 4

S FOR SUPERMAN: MENGUASAI SUBJECT – VERB AGREEMENT

DALAM MEMBINA AYAT BAHASA INGGERIS BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 MERAH

Oleh:-

EN. AHMAD FAIZAL B ALIASA


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas,
Pontian

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pembinaan ayat yang melibatkan penggunaan subject – verb
agreement yang seringkali membuatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 Merah yang terdiri daripada 40 orang
pelajar, terkeliru dan sekaligus membuatkan mereka membina ayat yang salah dari segi tatabahasa. Satu
teknik telah diperkenalkan untuk memudahkan mereka mengingat secara aktif dan menarik dalam
mengaplikasikan cara dalam membina ayat. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menganalisis buku latihan,
ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan membuat
ayat dari segi subject – verb agreement, iaitu kesalahan dalam meletakkan huruf S pada Singular Verb atau
pada Plural Verb. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik padanan untuk meningkatkan kefahaman
pelajar. Teknik tersebut dinamakan sebagai Teknik S for Superman, sempena nama seorang watak adiwira
sebuah komik yang terkenal. Pelajar telah didedahkan selama 80 minit dan kajian dapat diselesaikan dalam
masa 5 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan pelajar dalam memberi padanan subject
– verb yang betul dalam sesebuah ayat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menanda buku karangan pelajar 1 Merah, saya dapati ramai di
kalangan pelajar tidak tahu bagaimana hendak membina ayat yang betul dari segi
grammar, tenses, subject – verb agreement dan lain-lain lagi. Tidak keterlaluan jika saya
katakan bahawa ayat mereka tunggang-langgang! Sempat juga saya bertanyakan kepada
rakan-rakan guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris yang lain sama ada pelajar
mereka mempunyai masalah yang sama atau tidak. Ternyata pelajar-pelajar mereka juga
menghadapi masalah yang sama, terutama dalam membina ayat yang betul dari segi
tatabahasa. Bila ditanyakan lagi kepada guru-guru ini, pelajar-pelajar mereka amat lemah
terutamanya dalam subject – verb agreement. Pelajar-pelajar ini tidak tahu sama ada
hendak menulis huruf S pada perkataan verb atau tidak.
“Cikgu, kami tak pasti la, nak tulis huruf S atau tak kat perkataan verb ni…”. Kata-kata yang
sering kali saya dengari sewaktu aktiviti P&P, terutamanya ketika aktivitinya adalah menulis
esei. Penat juga melayan setiap pertanyaan pelajar-pelajar saya yang sebenarnya cukup
keliru dengan subject – verb agreement ini. Masalah ini harus saya selesaikan dengan
kadar yang segera. Para pelajar seharusnya dibimbing ke jalan yang lurus dan betul
supaya mereka tidak lagi terkeliru dalam menulis ayat, sama ada mereka perlu menulis
huruf S pada akhir perkataan verb ataupun tidak. Pada pendapat saya kekeliruan ini timbul
akibat daripada teknik pengajaran yang kurang menarik perhatian para pelajar. Diharap,
hasil perbincangan sesama rakan-rakan guru dapat memberikan idea yang menarik dan
bernas untuk kami para pengkaji mengaplikasikannya dalam membimbing pelajar-pelajar
ini supaya mereka tidak terkeliru lagi.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pelajar sebenarnya mempunyai banyak masalah dalam membina ayat. Perlulah


diketahui bahawa terdapat pelbagai ketetapan yang harus dipatuhi dalam membina ayat
Bahasa Inggeris dengan betul. Akan tetapi, fokus kajian ini adalah kepada permasalahan
pelajar dalam memahami subject – verb agreement dalam pembinaan ayat. Mereka keliru
dengan penambahan huruf S pada setiap hujung perkataan verb. Kesilapan yang pelajar
sering lakukan ialah:-

1
• pelajar menulis huruf S pada hujung perkataan verb, sedangkan subject adalah
plural.
• pelajar tidak menulis huruf S pada hujung perkataan verb, sedangkan subject
adalah singular.
Dengan membantu pelajar dalam merungkaikan kekeliruan mereka tentang subject – verb
agreement, saya yakin mereka akan dapat menulis ayat dengan betul, sekaligus dapat
membina keyakinan dan motivasi pelajar dan membuatkan mereka terus seronok untuk
belajar Bahasa Inggeris.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan subject – verb agreement dalam membina ayat
Bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan 1 Merah.

3.2 Objektif Khusus


1. Pelajar dapat mengenalpasti subject dan verb di dalam sesuatu ayat, sama
ada subject itu singular atau plural, ataupun verb itu singular atau plural
dengan menggariskan perkataan tersebut.
2. Pelajar dapat menulis ayat yang betul dari segi subject – verb agreement
sekurang-kurangnya tiga ayat.
3. Guru dapat menjimatkan masa dalam kelas untuk menerangkan topik ini
kepada pelajar.
4. Keadaan kelas yang lebih menarik dengan mengaitkan hal akademik
dengan seorang superhero komik dalam proses P&P di dalam kelas.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 1 Merah yang terdiri daripada
orang 13 pelajar Melayu dan 17 orang pelajar Cina.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Tinjauan Masalah


Sebelum langkah-langkah yang seharusnya dijalankan, tinjauan perlu dilakukan untuk
lebih memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Tinjauan dijalankan dengan
mengutip data seperti berikut:-

5.1.1 Pemerhatian
Terdapat dua cara permerhatian yang dijalankan. Pertama, pelajar-pelajar diminta
untuk membina ayat digunakan untuk menganalisis sejauh mana kekeliruan pelajar
tentang subject – verb agreement. Kedua, latihan karangan pelajar dikumpulkan
dan disemak oleh guru bagi mengesan kesalahan pembinaan ayat berdasarkan
subject – verb agreement.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengetahui sejauh mana
kefahaman pelajar pada bahagian subject-verb agreement. Soalan-soalan ini
memerlukan mereka untuk memilih jawapan yang betul iaitu dengan menggariskan
perkataan verb yang sesuai. Guru memberikan satu lembaran kerja yang
mengandungi teks yang salah dari segi pembinaan ayat mengikut ketetapan
subject – verb agreement. Guru akan menyemak lembaran kerja tersebut dan
memberi markah. Markah yang diperolehi dijadikan data untuk Ujian Pra. Setelah
Teknik S for Superman diperkenalkan (rujuk lampiran), Ujian Pos dilaksanakan
untuk memperolehi data. Markah tersebut digunakan sebagai data Ujian Pos.

2
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasaran
didapati:
1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh
guru, sama ada soalan tersebut disoal terus kepada pelajar atau pun
soalan latihan yang terdapat pada buku latihan.
2. Pelajar dapat memberikan jawapan dengan pantas apabila diajukan
soalan.
3. Suasana pembelajaran dalam kelas menjadi lebih ceria dan
memberangsangkan.

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos


Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah
seperti berikut:
Bilangan Pelajar
Skor
Ujian Pra Ujian Pos
10 19 32
9 8 6
8 8 1
7 2 1
6 2 0
5 1 0
4 0 0
3 0 0
2 0 0
1 0 0
0 0 0
Jumlah
40 40
Pelajar

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


1. Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta mereka
menyenaraikan watak adiwira komik yang paling mereka gemari.
2. Satu senarai nama-nama watak adiwira komik yang telah mereka siapkan
itu dipamerkan dan mereka diminta untuk menjelaskan siapakah watak-
watak tersebut.
3. Selalunya, pelajar tidak pernah tidak menyenaraikan seorang watak
adiwira yang sangat terkenal iaitu Superman. Kemudian, setelah selesai
pelajar-pelajar 1 Merah ini membuat penjelasan, saya membulatkan nama
Superman ini dan memberitahu para pelajar bahawa watak Superman ini
boleh dikaitan dengan Topik Subject – Verb Agreement.
4. Saya cuba kaitan huruf S pada permulaan ayat Superman dengan
penambahan huruf S pada perkataan verb.
5. Penerangan diberikan untuk menjelaskan Teknik S for Superman.
6. Aktiviti penerangan ini diuji dengan saya bertanya secara lisan kepada
pelajar atau dengan memberi latihan.

3
5.4 Refleksi Kajian

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan yang banyak
dari segi skor markah pelajar dalam menjawab soalan subject – verb agreement.
Walaupun begitu, masih terdapat pelajar yang tidak mendapat skor yang tertinggi, iaitu
seorang sahaja yang mendapat skor 7. Akan tetapi, peningkatan sebanyak 32 orang
pelajar yang mendapat skor tertinggi pada Ujian Pos, perbezaan sebanyak 13 orang
pelajar yang meningkat prestasi mereka.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:


1. Menggunakan Teknik S for Superman apabila guru hendak mengajar topik
Subject – Verb agreement.
2. Memastikan bahawa pelajar tahu membezakan kumpulan ayat Subject dan
kumpulan ayat Verb.
3. Memastikan bahawa pengetahuan sedia pelajar dalam mengenalpasti
sama ada ayat itu tergolong dalam kumpulan Singular Subject atau Plural
Subject.
4. Tahap kesukaran soalan dan contoh yang diberikan hendaklah selaras
dengan kesesuaian pelajar tersebut.

Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan ini, terdapat perubahan yang amat
positif dalam keyakinan pelajar dalam membina ayat. Selama ini mereka sering terkeliru
dengan ayat yang mereka bina, tetapi tahap keyakinan pelajar ini telah meningkat.
Suasana pembelajarn juga lebih ceria kerana watak-watak adiwira ini direntaskan dalam
memahami ilmu pengetahuan.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


(2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Watson, J., Yeow, P. (2007). Memory Master through mind maps: English Grammar.
Seri Kembangan. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

LAMPIRAN
Teknik S for Superman
Examples:-
1. Mother cooks everyday - Mother is one person (singular). So Superman will help her. Put
the letter ‘S’ at the end of word ‘cook’.
2. Siti and Ani sing sweetly - Both Siti and Ani are more then one people (plural). They are
strong enough. So, Superman doesn’t need to help them. Never ever put the letter ‘S’ at
the end of word ‘Sing’.
3. Special case for ‘I’ and ‘You’ – Example: I Love you.
I and you are strong enough. So, Superman doesn’t need to help them. Never ever put the
letter ‘S’ at the end of word ‘Love’.

You might also like