Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 725

Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah

( Sughra )

8P

AR-RISALAH AL-‘ALIYAH
FI TARIQATIN
NAQSHBANDIYAH MUJADDIDIYAH
[SUGHRA]

KARANGAN & SUSUNAN:


HAMBA YANG DHAIF
Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi
‘Ufiya Allahu ‘Anhu Wali Walidaihi

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
2009 MASIHI/1430 HIJRI

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


1
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


2
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

‫ار ا‬
‫ﻓﻲﻃﺮﻳﻘﺔ‬


‫اﻟ  اﻟ
د‬
‫ى‬

‫ﻧ‬

‫اﻟي ﺟ!لاﻟ  ا اﻟاﻭي ا‬


‫اﻟ ي اﻟ دي ا‬

# ‫ ﻧ‬$%
١٤٥٠‫ه‬

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


3
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


4
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KANDUNGAN
AR-RISALAH AL-‘ALIYAH
FI TARIQATIN NAQSHBANDIYAH MUJADDIDIYAH

KANDUNGAN
TRANSLITERASI
INTISAB

MUQADDIMAH
1. TARIQAT TASAWWUF
1.1 TARIQAT QADIRIYAH
1.2 TARIQAT SUHRAWARDIYAH
1.3 TARIQAT RIFA’IYAH
1.4 TARIQAT CHISTIYAH
1.5 TARIQAT SYADZILIYAH
1.6 TARIQAT MAULAWIYAH
1.7 TARIQAT TIJANIYAH
1.8 TARIQAT SANUSIYAH
1.9 TARIQAT HADDADIYAH
2. PERMULAAN JALAN DAN JALAN PERMULAAN
3. SILSILAH ‘ALIYAH NAQSHBANDIYAH
4. PENDIRI TARIQAT NAQSHBANDIYAH
5. KEKHUSUSAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH
6. PERKEMBANGAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH

BAB 1: BAI‘AH
1. SYARAT-SYARAT BAI‘AH
2. MURSHID
3. MURID
4. ADAB BERBAI‘AH
5. PENGHASILAN FAIDHZ

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


5
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
BAB 2: ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAH
1. YAD KARD
2. BAZ GASHT
3. NIGAH DASYAT
4. YAD DASYAT
5. HOSH DAR DAM
6. NAZAR BAR QADAM
7. SAFAR DAR WATAN
8. KHALWAT DAR ANJUMAN

BAB 3: TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND


1. WUQUF QALBI
2. WUQUF ‘ADADI
3. WUQUF ZAMANI

BAB 4: LATAIF - SEPULUH LATIFAH INSAN


1. QALB
2. RUH
3. SIRR
4. KHAFI
5. AKHFA
6. NAFS
7. ANGIN
8. API
9. AIR
10. TANAH

BAB 5: TUJUH LANGKAH PENYUCIAN

BAB 6: DAERAH IMKAN


1. ALAM KABIR DAN ALAM SAGHIR
2. 2ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


6
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
BAB 7: PERINGKAT KEJADIAN INSAN
1. NUR MUHAMMAD
2. ALAM ARWAH
3. ALAM ARHAM
4. ALAM DUNIA
5. HIDUP DAN MATI
6. ALAM BARZAKH QUBUR
7. ALAM QIYAMAT
8. ALAM AKHIRAT

BAB 8: ZIKRULLAH
1. DALIL AL-QURAN
2. DALIL AL-HADITS
3. FADHILAT ZIKIR
4. SYARAT-SYARAT ZIKIR
5. ZIKIR ISMU ZAT
6. KAIFIYAT ZIKIR ISMU ZAT
7. ZIKIR NAFI ITSBAT
8. KAIFIYAT ZIKIR NAFI ITSBAT

BAB 9: MURAQABAH
1. KAIFIYAT MURAQABAH
2. MURAQABAH AHADIYAT
3. MURAQABAH TAJALLIYAT

BAB 10: RABITAH


1. USUL NAQSHBANDIYAH
2. SUHBAT SYEIKH
3. RABITAH SYEIKH

BAB 11: FANA


1. FANA QALB
2. FANA NAFS
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
7
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
3. HAQIQAT FANA
4. FANA FI SYEIKH
5. FANA FI MASYAIKH
6. FANA FI RASUL
7. FANA FILLAH

BAB 12: BAQA


1. ISTIGHRAQ
2. JAM‘IYAT
3. JAZBAH
4. WARID
5. FATHUL BAB
6. TAUHID WUJUDI
7. MAQAMAT ‘ASYARAH
8. SYARH SADR
9. TAHLIL LISANI
10. TAUHID SYUHUDI
11. DAWAM HUDHUR
12. TAHZIBUL AKHLAQ

BAB 13: TAWASSUL WASILAH

BAB 14: UWAISIYAH

BAB 15: NASIHAT DAN WASIAT

BAB 16: NUBUWWAT DAN RISALAT

BAB 17: WILAYAT DAN QUTBANIYAT

BAB 18: TAZKIRAH PARA AULIYA

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


8
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
BAB 19: SYAJARAH TAYYIBAH

KHATIMAH
RINGKASAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH
GLOSARI ISTILAHAT NAQSHBANDIYAH
BIBLIOGRAFI – SUMBER RUJUKAN

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


9
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

TRANSLITERASI
AYAT-AYAT Al-Quran atau sebutan bahasa ‘Arab yang
ditransliterasikan kepada tulisan Rumi di dalam Risalah
‘Aliyah ini adalah menggunakan simbol Rumi seperti yang
dinyatakan berikut:

SEBUTAN HURUF SIMBOL RUMI SIMBOL ARAB NILAI ABJAD


Alif A ‫ا‬ 1
Ba B ‫ب‬ 2
Ta T ‫ت‬ 400
Tsa Ts ‫ث‬ 500
Jim J ‫ج‬ 3
Ha H ‫ح‬ 8
Kha Kh ‫خ‬ 600
Dal D ‫د‬ 4
Dzal Dz ‫ذ‬ 700
Ra R ‫ر‬ 200
Zai Z ‫ز‬ 7
Sin S ‫س‬ 60
Shin Sh/Sy ‫ش‬ 300
Sad S ‫ص‬ 90
Dhzad Dh/Dhz ‫ض‬ 800
Ta T ‫ط‬ 9
Za Z ‫ظ‬ 900
‘Ain ‘A ‘I ‘U ‫ع‬ 70
Ghain Gh ‫غ‬ 1000
Fa F ‫ف‬ 80
Qaf Q ‫ق‬ 100
Kaf K ‫ك‬ 20
Lam L ‫ل‬ 30
Mim M ‫م‬ 40
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
10
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Nun N ‫ن‬ 50
Waw W ‫و‬ 6
Ha H ‫ھ‬ 5
Ya Y ‫ي‬ 10

Huruf ‫( ا‬Alif), ‫( و‬Waw) dan ‫( ي‬Ya) adalah huruf Maddah


dan simbol Rumi yang digunakan di dalam Risalah ini
adalah seperti berikut:

1. [a] untuk ‫ ا‬Alif Maddah


2. [u] untuk ‫ و‬Waw Maddah
3. [i] untuk ‫ ي‬Ya Maddah

Kalimah yang mengandungi ّ (Syaddah) dinyatakan dengan


dua simbol Rumi yang berulang seperti “Yusabbihu lillah”
di mana terdapatnya 2 huruf B ( ‫ ) ب‬dan 2 huruf L ( ‫) ل‬
adalah bagi menunjukkan Syaddah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


11
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

INTISAB
DAKU persembahkan Risalah ini kepada Ruhul A’zam
Sayyidul Anbiya Wal Mursalin Rahmatan Lil ‘Alamin
Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan sekelian Hadharat Masyaikh Kiram
Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah khasnya guruku
yang dikasihi lagi dihormati Sayyidina Wa Murshidina
Qiblah Syeikhul Masyaikh ‘Arab Wa ‘Ajam Khwajah
Khwajahgan Hadhrat Maulana Khan Muhammad Sahib
Mudda Zilluhul ‘Ali di Khanqah Sirajiah, Kundiyan Syarif,
Mianwali, Punjab, Pakistan.

Daku juga persembahkan risalah ini kepada sekelian


guru-guru Tariqatku, Hadhrat Syeikh Raja Ashman Shah
Haqqani Putera Sultan Azlan Shah Negeri Perak Darul
Ridzuan Khalifah Hadhrat Maulana Syeikh Muhammad
Nazim ‘Adil Al-Qubrusi An-Naqshbandi Al-Haqqani,
Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdullah Kamal Bin
Muhammad Syuhud An-Naqshbandi Al-Khalidi Pokok
Assam Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Syeikh Muhammad
‘Ali An-Naqshbandi Al-Khalidi Balik Pulau Rahmatullah
‘alaih. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mensucikan
segala rahsia mereka.

Seterusnya daku persembahkan juga risalah ini


kepada sekelian Ahli Tariqat khususnya Tariqat
Naqshbandiyah meskipun dari ranting rantaian silsilah yang
berbeza, sebagai suatu sumber rujukan dalam pengamalan
Tariqat Naqshbandiyah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


12
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tidak lupa, daku persembahkan juga risalah ini
kepada sekelian orang-orang beriman yang ingin mencapai
martabat Ihsan dan Musyahadah yakni melihat limpahan
Allah dalam setiap apa jua keadaan khususnya ketika
beribadah.

Adapun risalah ini khusus pada menerangkan ilmu


Tariqat Naqshbandiyah yang dinisbatkan kepada Imam At-
Tariqat Hadhrat Maulana Khwajah Khwajahgan Sayyid Shah
Muhammad Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi
Rahmatullah ‘alaih.

Walaubagaimanapun, risalah ini lebih khusus pada


menjelaskan pengamalan Tariqat Naqshbandiyah
Mujaddidiyah yang dinisbatkan kepada Hadhrat Mujaddid
Alf Tsani Maulana Syeikh Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan seorang Mujaddid
terulung pada abad ke-11 Hijrah.

Kami menamakan risalah ini sebagai Ar-Risalah Al-


‘Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang
bererti sebuah risalah yang tinggi kandungannya pada
menerangkan Tariqat yang tinggi dan mulia iaitu jalan
Tariqat Silsilah ‘Aliyah An-Naqshbandiyah Al-
Mujaddidiyah.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala meletakkan


risalah ini dan para pembacanya di tempat yang tinggi
sepertimana ketinggian kedudukan sekelian Para Masyaikh
Naqshbandiyah Mujaddidiyah di sisi Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


13
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hamba yang faqir ini sentiasa berdoa Kehadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala mudah-mudahan Dia menerima usaha
hamba yang sedikit ini dalam menegakkan urusan
AgamaNya sebagai asbab keselamatan dan kesejahteraan
hidup hamba di Dunia dan di Akhirat.

Hamba juga berdoa mudah-mudahan risalah ini


menjadi sebagai asbab Hidayat kepada sekelian Ummat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga
menjelangnya Hari Qiyamat.

Segala yang benar dan yang baik itu adalah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan segala kesalahan dan kesilapan
serta kekurangan itu adalah dari kelemahan nafsu hamba
yang dhaif, faqir dan hina. Tiadalah daya dan upaya untuk
melakukan segala sesuatu melainkan dengan Taufiq dan
Hidayah serta daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Semoga Allah Ta’ala merahmati kita, Amin.

Faqir Haqir Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin


Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani
An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi
1430 Hijriyyah / 2009 Masihi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


14
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MUQADDIMAH
SEGALA pujian dan sanjungan yang umum dan yang
khusus adalah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Pemelihara
Sekelian Alam dengan pujian yang sebanyak-banyaknya
dengan penuh kebaikan dan keberkatan padaNya
sepertimana yang dikasihi dan diredhai olehNya. Dialah
Allah Yang Wajib WujudNya namun tidak bertempat, Yang
Maha Esa ZatNya lagi tidak bersyarikat, Yang Maha Agung
Sifatnya, Tunggal, Sedia Ada, Kekal WujudNya, tidak
menyerupai makhluk atau segala sesuatu yang bersifat
baharu dan Dia berdiri megah tanpa memerlukan sebarang
bantuan dan sokongan. Dia Maha Berkuasa lagi Maha
Berkehendak, Maha Hidup lagi Maha Mendengar, Maha
Melihat lagi Maha Menyaksikan dan Dia Maha Berkata-kata
lagi Maha Mengetahui. Dialah Allah Tuhan Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Hidup lagi Maha
Berdiri Sendiri. Dialah Yang Memulakan Penciptaan langit-
langit dan bumi; Dialah Zat Yang Memiliki Segala Kebesaran
dan Kemuliaan. Dialah Raja Yang Menguasai Segala
Kerajaan; Dialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan;
Yang Memuliakan dan Yang Menghinakan. Dialah Maha
Pemberi, Maha Pengampun, Maha Dekat, Maha Penyinta,
Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Mulia, Maha Halus lagi
Maha Sempurna. Dialah Haqq, Dialah Awwal, Dialah Akhir,
Dialah Zahir dan Dialah Batin. Dialah Tuhan di langit dan
Dialah Tuhan di bumi dan Tuhan di antara langit dan bumi
dan sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Esa.
Dia adalah tempat pergantungan sekelian makhluk, Dia
tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada
sesuatu pun yang menyerupaiNya, Dialah Tuhan Yang
Memelihara ‘Arash Yang Mulia. Dia memberikan kerajaan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
15
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepada siapa yang dikehendakiNya dan mencabut kerajaan
dari siapa yang dikehendakiNya, Dia memuliakan siapa
yang dikehendakiNya dan menghinakan siapa yang
dikehendakiNya.

Di TanganNyalah segala kebaikan, sesungguhnya Dia


Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia menerbitkan malam
pada siang dan menerbitkan siang pada malam dan Dia
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan
mengeluarkan sesuatu yang mati dari benda yang hidup dan
Dia memberikan rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya tanpa batas. Sesungguhnya Dialah yang
memuji DiriNya dan memberikan Taufiq kepada hamba-
hambaNya yang terpuji untuk memuji DiriNya.
Sesungguhnya hanya Dialah yang layak dipuji, kerana
Dialah kita dapat memuji DiriNya dan Dialah Zat Yang
Maha Terpuji. Segala puji bagi Allah dalam setiap hal dan
juga dalam setiap keadaan. Daku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang menciptakan dan layak disembah melainkan
Allah, KeesaanNya mutlak, tiada yang dapat bersekutu
denganNya, dan daku bersaksi bahawa Penghulu kita,
Kekasih kita, Pemberi Syafa’at kepada kita dan Nabi Kita,
Muhammad ‘Abdullah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah HambaNya dan PesuruhNya.

Wahai Allah, limpahkanlah Rahmat dan


Kesejahteraan ke atas Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan isteri-isteri Baginda
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selaku ibu-ibu orang beriman,
dan ke atas sekelian zuriatnya dan ahli keluarganya
sepertimana yang telah Allah rahmati ke atas Baginda Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam dan ke atas ahli keluarga Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam. Semoga Allah membalas kebaikan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
16
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bagi pihak kami terhadap Hadhrat Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam apa yang layak untuknya. Dan semoga
Allah membalas kebaikan bagi pihak kami terhadap Hadhrat
Adam, Hadhrat Nuh, Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa,
Hadhrat ‘Isa dan sekelian Hadhrat Para Nabi
‘Alaihimussolatu Wassalam, Para Sahabat, Para Tabi’in, Para
Tabi’it Tabi’in dan sekelian Para Siddiqin, Para Syuhada,
Para Salihin dan sekelian Para Masyaikh dalam sekelian
silsilah, khususnya Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah Uwaisiyah apa yang layak untuk mereka.

Amma Ba’du;

Sesudah kata-kata pujian dan sanjungan serta


memohon Rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, hamba
yang dhaif, faqir lagi hina dina, yang di bawah telapak kaki
Para Masyaikh, yang tiada apa-apa lagi miskin ini,
Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani An-Naqshbandi Al-
Mujaddidi Al-Uwaisi Ibni Nuruddin Ar-Rowi Ibni Haji
‘Abdur Rahim Ar-Rowi, semoga diampunkan dosa-dosanya
dan dosa-dosa kedua ibu bapa dan datuk neneknya, ingin
menjelaskan bahawa sebahagian dari para pencinta jalan
Tariqat yang bersahabat denganku kerana Allah di jalan
Allah telah meminta daku menjelaskan tentang hal ehwal
Tariqat, khususnya Tariqat Naqshbandiyah beserta
pengamalannya, kaedah dan kaifiyat Zikir serta kaifiyat
Muraqabah pada maqam-maqamnya.

Mereka juga meminta daku menghuraikan tentang


rahsia-rahsia dan penghasilan Warid dalam perjalanan Suluk
Tariqat, Tawajjuh Syeikh dan Nisbat Silsilah serta segala
yang berkaitan dengan Tariqat Naqshbandiyah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
17
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mujaddidiyah terutamanya Zikir Khafi yang diamalkan iaitu
Ismu Zat, Nafi Itsbat, Muraqabah dan Rabitah. Sebenarnya
segala maklumat ini ada dijelaskan secara terperinci dalam
himpunan surat-surat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Hadhrat Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih
dan risalah-risalah Qutubul Aqtab Hadhrat Maulana Shah
Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, yang
mana ada mengandungi nasihat-nasihat dan penjelasan
mengenai Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pengetahuan tersebut
ditulis dalam bahasa Arab, Farsi dan Urdu. Maklumat dalam
bahasa Melayu amat kurang didapati lebih-lebih lagi dalam
Bahasa Malaysia. Beberapa buku tentang Tariqat
Naqshbandiyah memang ada di rantau Nusantara tetapi
kebanyakannya telah ditulis oleh para pengarang dari
Indonesia dan agak sukar untuk diperolehi, lalu faqir telah
diminta menulis berkenaan pengetahuan Tariqat ini dalam
Bahasa Melayu Malaysia.

Risalah di tangan faqir ini adalah huraian dari


kandungan kitab-kitab tentang Tariqat Naqshbandiyah iaitu
kitab Maktubat Imam Rabbani karya Hadhrat Mujaddid Alf
Tsani Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi Rahmatullah ‘alaih,
kitab Idhahut Tariqah karya Sayyidina Wa Maulana Qiblah
Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘alaihi, kitab Hidayatut Talibin karya Hadhrat Sahibzadah
Hafiz Shah Abu Sa‘id Sahib Dehlawi Naqshbandi Mujaddidi
Rahmatullah ‘alaihi dan kitab Hadharat Kiram
Naqshbandiyah karya Hadhrat Hafiz Nazir Ahmad
Naqshbandi Mujaddidi dengan ijazah dari Syaikhul
Masyaikh Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Hadhrat
Maulana Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiah. Di
samping itu daku juga menggunakan sumber bacaan lain
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
18
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang berkenaan dengan Tariqat menuju kepada Hadhrat
Allah ‘Azza Wa Jalla yang di antaranya kitab Kashful
Mahjub karya Hadhrat Syeikh 'Ali Hujweri Rahmatullah
'Alaih, kitab Sirrul Asrar karya Hadhrat Ghautsul Tsaqilain
Qutubul Aqtab Sultanul Aulia Syeikh ‘Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah ‘alaih dan kitab ‘Awariful Ma’arif karya
Hadhrat Syeikh Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi
Rahmatullah ‘alaih. Selain dari yang tersebut, banyak lagi
bahan bacaan yang daku ambil sebagai rujukan, antaranya
rencana dan artikel yang berkaitan dengan Tasawwuf dan
Tariqat. Hamba menamakan risalah ini sebagai Ar-Risalah
Al-‘Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang
bermakna sebuah risalah yang tinggi kandungannya pada
menerangkan Tariqat yang tinggi dan mulia iaitu jalan
Tariqat Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Hamba tujukan risalah ini khususnya kepada mereka yang
mengambil jalan Tariqat aliran Naqshbandiyah
Mujaddidiyah yang tersebar meluas di Asia Tengah dan
serata pelusuk alam. Di dalamnya terkandung 19 Bab di
samping Muqaddimah dan Khatimah.

Adapun kami menjadikannya 19 Bab kerana beberapa


sebab. Yang pertamanya dengan merujuk kepada 19 huruf
Hijaiyah yang Zahir di dalam Tasmiyah iaitu Bismillahir-
Rahmanir-Rahim yang rahsianya terkandung di dalam Al-
Quran dan Al-Hadits sebagaimana ada dinyatakan di dalam
Al-Quran pada Surah Al-Muddatsir ayat 30,

∩⊂⊃∪ u|³tã sπyèó¡Î@ $pκön=tæ


‘Alaiha Tis’ata ‘Asyara
“Dan di atasnya ada sembilan belas (Malaikat penjaga).”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


19
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yang bermaksud di atasnya ada sembilan belas
Malaikat penjaga Neraka Saqar. Mudah-mudahan orang-
orang yang diberikan Al-Kitab menjadi yakin dan supaya
orang-orang yang beriman bertambah imannya dan supaya
orang-orang yang diberikan Al-Kitab dan orang-orang
beriman itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di
dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir
mengatakan: apakah yang dikehendaki Allah dengan
bilangan ini sebagai suatu perupamaan? Mudah-mudahan
Allah memelihara kita dari kesesatan dan memberikan kita
petunjuk dan menjadikan diri kita sebagai bala tentera Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana tidak ada yang mengetahui
siapakah dan apakah tentera Allah itu melainkan Dia sendiri.
Menurut kajian yang yang telah dilakukan oleh para
pengkaji Al-Quran mendapati bahawa jumlah bilangan di
dalam huruf, ayat dan surah-surahNya adalah dalam
gandaan kuasa 19.

Kedua, kerana daku dikurniakan Hidayah oleh Allah


Subhanahu Wa Ta’ala yang mana Tiflul Ma’ani yakni Bayi
Ruhaniku telah dilahirkan ketika jasadku berusia 19 tahun.
Ketika itulah kesedaranku tentang penciptaan dan
kewujudan Ruh mulai wujud, lalu lidah hatiku diberikan
keupayaan untuk berkata-kata dan mata hatiku
diperlihatkan dengan berbagai-bagai Musyahadah Alam
Ghaib. Lidah hatiku telah dipaksa dengan tidak terpaksa
untuk menyebut Nama ZatNya dalam setiap keadaan dan
ketika, meskipun ketika daku duduk, bangun, baring dan
berjalan sehinggalah daku menemui Para Guru yang telah
menunjukkan kepadaku jalan untuk sentiasa berada di
HadhratNya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


20
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ketiga, kerana campuran kedua-dua angka satu dan
sembilan tersebut akan menghasilkan jumlah 10 dan
merupakan nombor Binari iaitu satu dan kosong. Dengan
kedua-dua nombor tersebut Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengurniakan kebijaksanaan kepada manusia untuk
mencipta pengaturcaraan komputer, pengaliran maklumat
dan tenaga. Angka satu sehingga sembilan semuanya
melambangkan penciptaan dan setiap bilangan angka wujud
menerusi gabungan dari nombor-nombor satu hingga
sembilan. Pada angka 19, satu menunjukkan yang awal dan
sembilan menunjukkan kepada yang akhir dan jika
digabungkan kedua-dua angka tersebut akan secara jelas
mengisyaratkan kepada Sepuluh Latifah Insan yang telah
dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada sekelian
Ummat Muhammadiyah.

Di dalam Muqaddimah ini mengandungi 6 Fasal yang


menyatakan Ta’aruf pengenalan berkenaan Tariqat dan
Tasawwuf, bagaimana daku berada di atas jalan ini,
berkenaan Silsilah dan pendiri Tariqat Naqshbandiyah,
kekhususannya dan perkembangannya manakala di dalam
Khatimah, hamba sertakan amalan-amalan yang biasa
diamalkan di dalam Tariqat. Semoga orang yang
mengamalkannya beroleh manafaat yang besar di Dunia dan
di Akhirat.

Adapun hamba yang dhaif, faqir lagi hina ini tiada


memiliki sebarang kekuatan dan daya upaya untuk
mengangkat tangan bagi menyediakan risalah ini, namun
harapan hamba dapatlah risalah ini disiapkan dengan berkat
limpahan Rahmat dan kekuatan Ruhaniah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan Para Masyaikh jua. Semoga Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
21
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk menuruti
perjalanan orang-orang terdahulu yang telah dikurniakan
Nikmat.

Segala Puji Bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala Dalam Setiap


Hal Dan Keadaan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


22
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

TARIQAT DAN TASAWWUF


TARIQAT atau Tariqah merupakan intipati pelajaran Ilmu
Tasawwuf yang mana dengannya seseorang itu dapat
menyucikan dirinya dari segala sifat-sifat yang keji dan
menggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaq yang terpuji. Ia
juga merupakan Batin bagi Syari’at yang mana dengannya
seseorang itu dapat memahami hakikat amalan-amalan Salih
di dalam Agama Islam.

Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus


untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan
Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu
Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat
Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi
dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling
khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi
Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup
Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam.

Kemudian ilmu ini dikurniakan secara khusus oleh


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam kepada dua orang Sahabatnya yang unggul
iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat
Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma. Melalui
mereka berdualah berkembangnya sekelian Silsilah Tariqat
yang muktabar di atas muka bumi sehingga ke hari ini.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


23
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengurniakan Ilmu
Keruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman Al-Farisi
Radhiyallahu ‘Anhu.

Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang Tabi’in yang
bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu juga
telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan
tidak pernah sampai ke Makkah dan Madinah bertemu
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zaman
yang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani


Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih telah
membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai
ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang
mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh
Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan


bahawa di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina
Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi
Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan
perhimpunan jemaah-jemaah di mana upacara Bai’ah
dilakukan dan majlis-majlis zikir pun turut diadakan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
24
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan,
aliran, cara, garis, kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan,
mazhab, sistem kepercayaan dan agama. Berasaskan tiga
huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh yang
menyatakan bahawa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti
Redha dan Qaf bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat
ialah Taraiq atau Turuq yang bererti tenunan dari bulu yang
berukuran 4 hingga 8 hasta dan dipertautkan sehelai demi
sehelai.

Tariqat juga bererti garisan pada sesuatu seperti garis-


garis yang terdapat pada telur dan menurut Al-Laits
Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah, atau
pada jenis-jenis pakaian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menyebut lafaz Tariqat sebanyak 9 kali pada 5 Surah di
dalam Al-Quran seperti berikut:

1. Surah An-Nisa ayat 168 –

öΝßγtƒÏ‰öκuÏ9 Ÿωuρ öΝßγs9 t Ï øóu‹Ï9 ª!$# Çä3tƒ öΝs9 (#θßϑn=sßuρ (#ρã x x. tÏ%©!$# ¨βÎ)

∩⊇∉∇∪ $¸)ƒÌ sÛ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan


kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni
dosa mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan
kepada mereka.

Ayat ini menerangkan bahawa Allah hanya akan


menunjukkan jalanNya kepada mereka yang tidak kufur
dan tidak melakukan kezaliman.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


25
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
2. Surah An-Nisa ayat 169 –

#Z$Å¡o„ «!$# ’n?tã y7Ï9≡sŒ tβ%x.uρ 4 #Y‰t/r& !$pκÏù tÏ$Î#≈yz zΟ¨Ψyγy_ t,ƒÌ sÛ ωÎ)

∩⊇∉∪

Kecuali jalan ke Neraka Jahannam, mereka kekal di


dalamnya selama-lamanya, dan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.

Ayat ini menerangkan bahawa jalan yang dipilih


oleh orang-orang kafir itu hanya akan membawa mereka
kekal di dalam Neraka Jahannam.

3. Surah Taha ayat 63 –

Νä3ÅÊö‘r& ôÏiΒ Οä.%y`Ì øƒä† βr& Èβ#y‰ƒÌ ムÈβ≡t Ås≈|¡s9 Èβ≡x‹≈yδ ÷βÎ) (#þθä9$s%

∩∉⊂∪ 4’n?÷Wßϑø9$# ãΝä3ÏGs)ƒÌ sÜÎ/ $t7yδõ‹tƒuρ $yϑÏδÌ ósÅ¡Î0


Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah
benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari
negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan
kedudukan kamu yang utama.

Maksudnya, ahli-ahli sihir Firaun itu


menganggap bahawa kedatangan Hadhrat Nabi Musa
‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Harun ‘Alaihissalam ke
Mesir itu ialah hendak menggantikan Firaun dan orang-
orangnya sebagai Penguasa di Mesir. Sebahagian Ahli
Tafsir mengartikan Tariqat di sini dengan keyakinan
(Agama).
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
26
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
4. Surah Taha ayat 77 –

$Z)ƒÌ sÛ öΝçλm; ó>ÎôÑ$$sù “ÏŠ$t7ÏèÎ/ Îó r& ÷βr& #y›θãΒ 4’n<Î) !$uΖø‹ym÷ρr& ô‰s)s9uρ

∩∠∠∪ 4y´øƒrB Ÿωuρ %Z.u‘yŠ ß#≈sƒrB ω $T¡t6tƒ Ì óst7ø9$# ’Îû


Dan Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa:
"Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) di
malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang
kering di laut itu, kamu tak usah khuatir akan tersasul
dan tidak usah takut (akan tenggelam)".

Membuat jalan yang kering di dalam laut itu


ialah dengan memukul laut itu dengan tongkat. Hadhrat
Baginda Nabi Musa 'Alaihissalam telah dikurniakan
Mukjizat oleh Allah pada tongkatnya. Lihat ayat 63 Surah
Asy-Syu'ara.

5. Surah Taha ayat 104 –

ωÎ) óΟçFø[Î6©9 βÎ) ºπs)ƒÌ sÛ öΝßγè=sWøΒr& ãΑθà)tƒ øŒÎ) tβθä9θà)tƒ $yϑÎ/ ãΝn=÷ær& ßøtªΥ

∩⊇⊃⊆∪ $YΒöθtƒ
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika
berkata orang yang paling lurus jalannya di antara
mereka: "Kamu tidak berdiam (di Dunia), melainkan
hanyalah sehari saja".

Yang dimaksudkan dengan lurus jalannya, ialah


orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di
antara orang-orang yang berdosa itu. Kami lebih
mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
27
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
orang yang paling lurus jalan Tariqatnya di antara
mereka, “Kamu tidak berdiam di Dunia melainkan
hanyalah sehari sahaja.”

6. Surah Al-Ahqaf ayat 30 –

$]%Ïd‰|ÁãΒ 4y›θãΒ Ï‰÷èt/ .ÏΒ tΑÌ“Ρé& $·7≈tFÅ2 $oΨ÷èÏϑy™ $¯ΡÎ) !$oΨtΒöθs)≈tƒ (#θä9$s%

∩⊂⊃∪ 8ΛÉ)tGó¡•Β 9,ƒÌ sÛ 4’n<Î)uρ Èd,ysø9$# ’n<Î) ü“ωöκu‰ ϵ÷ƒy‰tƒ t÷t/ $yϑÏj9
Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami
telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah
diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan Kitab-
Kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran
dan kepada jalan yang lurus.

Yakni mereka berkata, “Hai kaum kami,


sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab Al-Quran
yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan
kitab-kitab yang sebelumnya, lagi memimpin kepada
kebenaran dan kepada jalan Tariqat yang lurus.”

7. Surah Al-Mukminun ayat 17 –

t,Î#Ï ≈xî È,ù=sƒø:$# Çtã $¨Ζä. $tΒuρ t,Í←!#t sÛ yìö7y™ óΟä3s%öθsù $oΨø)n=yz ô‰s)s9uρ

∩⊇∠∪
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu
tujuh buah jalan (tujuh buah langit), dan Kami tidaklah
lengah terhadap segala ciptaan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


28
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yakni sesungguhnya Allah telah menciptakan di
atas kita tujuh buah jalan-jalan Tariqat (tujuh buah
lapisan langit) dan Allah tidaklah lengah dan lalai
terhadap sekelian ciptaanNya.

8. Surah Al-Jin ayat 11 –

∩⊇⊇∪ #YŠy‰Ï% t,Í←!#t sÛ $¨Ζä. ( y7Ï9≡sŒ tβρߊ $¨ΖÏΒuρ tβθßsÎ=≈¢Á9$# $¨ΖÏΒ $¯Ρr&uρ
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang
Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian
halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

Yakni di kalangan manusia dan jin ada orang-


orang yang Salih dan di antara mereka ada pula yang
tidak demikian halnya, mereka menempuh jalan Tariqat
yang berbeza-beza.

9. Surah Al-Jin ayat 16 –

∩⊇∉∪ $]%y‰xî ¹!$¨Β Νßγ≈oΨø‹s)ó™V{ Ïπs)ƒÌ ©Ü9$# ’n?tã (#θßϑ≈s)tFó™$# Èθ©9r&uρ


Dan bahwasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus di
atas jalan itu (Agama Islam), benar-benar Kami akan
memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki
yang banyak).

Tariqat menurut istilah di kalangan ‘Ulama Tasawwuf


bererti:

1) Jalan kepada Allah dengan mengamalkan Ilmu


Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


29
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
2) Cara atau kaifiyat mengerjakan sesuatu amalan untuk
mencapai sesuatu tujuan.

Drs. Imron Aba menyatakan menyatakan dalam


bukunya Di Sekitar Permasalahan Tariqat Naqshbandiyah
bahawa,
“Pengertian Tariqat sebagaimana yang berkembang di
kalangan ‘Ulama Ahli Tasawwuf iaitu jalan atau petunjuk
dalam melaksanakan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran
yang dibawa oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan yang
dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh Para Sahabatnya,
Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan berterusan turun-temurun sampai
kepada Guru-Guru, ‘Ulama-‘Ulama secara bersambung dan
berantai hingga pada masa kita ini.”

Istilah Tariqat ini muncul pada kurun ketiga Hijrah,


walaubagaimanapun pengamalan Tariqat di zaman Nabi
dan Para Sahabat masyhur dengan nama As-Sunnah iaitu
menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan
Batin. Tariqat bertujuan menghidupkan kembali jalan-jalan
untuk menuruti segala Sunnah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan
sebaik mungkin.

Menurut Prof. Dr. H. Abu Bakar Acheh Rahmatullah


‘alaih dalam karangannya yang berjudul Tarekat Dalam
Tasawwuf menyatakan bahawa,
“Pada awal mulanya Islam tidak mengenal ilmu atau
gerakan Batin yang pada waktu ini biasa dinamakan Mistik.
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
membawa Al-Quran yang mengajarkan bahawa Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
30
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala itu pembuat undang-undang dan
Hakim dalam memberi perintah Amar yang harus
dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan
Nahi yang harus dijauhkan oleh hambaNya. Maka oleh
kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi
ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas
perintahNya, dia akan dihukum dengan siksaan.”

Seterusnya beliau menulis bahawa perasaan Mistik ini


sudah terdapat dalam kalangan Ummat Islam sejak abad ke 2
Hijrah dan antara sifat-sifat dari aliran Mistik ini yang
tampak ketara ialah kehendak untuk mengasingkan diri dari
Dunia ini, kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz
yang tertentu mengenai puji-pujian, penyerahan diri yang
tidak terbatas yakni bertawakkal kepada Tuhan sehingga
tidak acuh lagi kepada Dunia bahkan kadang-kadang tidak
acuh lagi kepada dirinya sendiri sehinggakan dia lupa
kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang terhadap
kewajipan duniawi.

Seseorang Mistik yang sesungguh-sungguhnya hanya


meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Mereka juga
berjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang lain
dengan pakaian compang-camping kerana ingin
merendahkan diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Mereka
acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakain dari
kulit-kulit berbulu seperti bulu kambing yang disebut Suf,
maka mereka pun diberikan gelaran Sufi bagi menunjukkan
kehidupan Mistik mereka. Ada aliran-aliran yang berikhtiar
untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, mencari daya upaya
untuk mendapatkan suatu keadaan Fana, lenyap dari segala
perasaan keduniaan dengan maksud untuk berdamping
dengan Tuhan menerusi amalan Muraqabah dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
31
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Musyahadah, bersatu dalam kasih sayang dengan
Penciptanya.

Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang


memberikan kepadanya kekuatan Ghaib dan ada juga yang
mencari jalan dengan melatih fikirannya terus menerus
mengingat Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga
malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau muzik
atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan
atau minuman-minuman yang melenyapkan akalnya atau
salah satu jalan yang lain sehingga mereka mencapai
kepuasan jiwa menurut kehendaknya.

Bermula dari kurun ketiga Hijrah Ummat Islam itu


terdiri dari golongan ‘Ulama, Asfiya, Umara dan ‘Awam.
Para ‘Ulama adalah pewaris Nabi dan mereka
bertanggungjawab memelihara Syari’at Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Para Asfiya adalah Para Sufi yang menjadi pewaris
Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertanggungjawab
memelihara Haqiqat. Umara adalah golongan pemimpin
yang memimpin sesebuah negara Islam. Golongan ‘Awam
pula adalah rakyat biasa yang beragama Islam.

Para Asfiya adalah ‘Ulama yang mengutamakan


Tasawwuf dalam setiap hal dan keadaan kerana Allah kasih
kepada orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa
mensucikan diri. Mereka mula membentuk serta menyusun
sistem dan sukatan pelajaran bagi orang-orang yang
cenderung untuk tunduk dan patuh mengamalkan Agama
Islam sepertimana Para ‘Ulama Mujtahidin yang telah
menyusun sistem perundangan Syari’at. Agama Islam
adalah agama sempurna yang menyeluruh dan meliputi
seluruh bidang kehidupan manusia dan untuk
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
32
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghayatinya memerlukan kesepaduan ilmu-ilmu Syari’at,
Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat barulah seseorang itu akan
mencapai kedudukan yang sempurna di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kesepaduan Ilmu itu adalah seperti
berikut:

1) SYARI‘AT – Ilmu Zahir iaitu pengetahuan tentang


perintah-perintah dan larangan-larangan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala serta hukum ahkam.
Pengetahuannya dapat diperolehi menerusi Ilmu
Feqah yang telah disusun oleh Para ‘Ulama
Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik,
Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu Hambal
Rahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus
Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu
tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits,
Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat
zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at.

2) TARIQAT – Ilmu Batin Syari’at dan ianya adalah


menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik
mungkin kerana menerusi pengamalan yang betul
akan melahirkan Akhlak Muhammadiyah iaitu
tatakrama dan tingkahlaku yang baik serta adab
kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk.
Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi menerusi
Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya setelah
mengambil Bai’ah dengan Guru Murshid menerusi
jalan Tariqat yang muktabar seperti Naqshbandiyah,
Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syadziliyah atau
Chistiyah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


33
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
3) MA’RIFAT – Ilmu Batin iaitu pengetahuan tentang
Zat Allah Yang Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan
PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta Hikmah-
HikmahNya. Ilmu ini dapat diperolehi menerusi Ilmu
Tauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batin
yakni Tariqat kerana Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin
maka ianya memerlukan amalan Batin

4) HAQIQAT – Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagai


perumpamaan, “Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqat
bagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqat
bagaikan buah.” Ilmu Haqiqat ialah mencapai
keyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya,
hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya beserta
HikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita
hasil pengertian sebenar akan hakikat beragama.

TASAWWUF ialah menyucikan Batin dengan cahaya


Ma’rifat dan Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
yang mana dengannya akan terhasillah akhlak kehambaan
yang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sumber
perkataan Tasawwuf telah lama diperdebatkan dan telah
masyhurlah di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawwuf
yang menjelaskan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal
dari perkataan Saf yang bererti suci dan tulus sepertimana
Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada
mengatakan bahawa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus
(Safa) terhadap Tuhan.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


34
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Para Sufi adalah orang-orang yang mengamalkan
Tasawwuf dan mereka dinamakan sebagai Para Sufi kerana
kemurnian dan kebersihan hati serta akhlak mereka yang
baik. Mereka adalah orang-orang yang tulus hatinya
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mendapat Rahmat
yang khusus dariNya. Perkataan Saf merupakan kata
Masdar yang bermakna suci dan perkataan Tasawwuf
adalah kata terbitan pada timbangan wazan Tafa”ul
memberikan pengertian Takalluf yang bermakna penyucian
yakni melakukan suatu amal perbuatan serta tindakan untuk
menyucikan sesuatu. Ada juga yang mengatakan ia berasal
dari perkataan Saf Al-Awwal yang bererti ahli barisan yang
pertama di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
besarnya keinginan dan kecenderungan hati mereka
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala rahsia diri
mereka hanya ada di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Mereka juga sentiasa berusaha mendapatkan saf yang
pertama di dalam Solat berjemaah.

Para Masyaikh menta’birkannya dengan berbagai


perumpamaan seperti orang yang sentiasa bersegera ke arah
kebaikan dan kebajikan serta sentiasa bersedia berjihad dan
berada di barisan yang hadapan. Para Sufi yang benar
sentiasa berusaha meletakkan diri mereka dalam perhatian
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka amat cenderung
untuk mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta
mereka tahu bahawa Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
yang khas ada terdapat di dalam melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan menuruti tindakan yang telah
disunnahkan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah orang-orang
yang berada di saf yang awal. Ada yang mengatakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
35
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bahawa ia berasal dari Ashab As-Suffah iaitu sifat-sifat Para
Sufi itu menyamai sifat-sifat orang-orang yang tinggal di
serambi masjid iaitu Suffah yang hidup di zaman Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Mereka adalah Para Sahabat Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah juga
redha kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang faqir
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hidup mereka
hanya bergantung penuh denganNya menerusi doa munajat,
sabar dan tawakkal. Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
menjadi Ahli Suffah amat tinggi darjat mereka di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana mereka sentiasa memenuhkan
masa mereka dengan zikir dan ibadah. Mereka juga gemar
berpuasa.

Di sebabkan hidup mereka yang sebatang kara,


mereka lebih senang tinggal di serambi masjid kerana dekat
untuk mereka bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika
Solat dan menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Antara
mereka yang masyhur adalah Hadhrat Bilal Ibni Rabah,
Hadhrat Salman Al-Farisi, Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat
Khabbab Ibni Al-Arat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

Para Sufi yang mulia sentiasa menjadikan Para


Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in sebagai panduan
dalam kehidupan mereka kerana Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
bersabda yang mafhumnya bahawa,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


36
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Persamaan yang ada pada diri Para Sahabat adalah
ibarat bintang-bintang, barangsiapa mengikuti mereka
nescaya akan dipimpin ke jalan yang lurus.”

Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan


Tasawwuf itu berasal dari Suf iaitu bulu kambing dan ini
merupakan pendapat yang masyhur. Para Sufi di zaman
awal Islam sering dikaitkan dengan perkataan ini kerana
mereka gemar memakai baju jubah yang diperbuat dari kain
wool iaitu bulu kambing biri-biri. Adapun jubah bulu
kambing itu digemari di kalangan kaum Sufi kerana ia amat
berguna untuk memanaskan badan mereka ketika musim
sejuk dan boleh di jadikan hamparan untuk mereka tidur
dan boleh pula di jadikan sejadah untuk bersolat.

Walaubagaimanapun ada sebilangan Masyaikh yang


memakai jubah yang diperbuat dari bulu kambing untuk
menampilkan tahap kedudukan Ruhaniah masing-masing.
Di dalam kitab Sirrul Asrar ada dinyatakan bahawa bagi
tingkatan permulaan atau Mubtadi, bulu kambing biri-biri
Suf Al-Ghanam digunakan, bagi tingkatan menengah atau
Mutawassit bulu kambing Suf Al-Ma’zi dan bagi tingkatan
atas iaitu Muntahi adalah bulu kambing Suf Al-Mar’az iaitu
bulu yang paling halus. Begitulah juga dengan tingkatan
batin seseorang itu tergantung kepada martabat ketinggian
keadaan keruhaniannya.

Perkataan Tasawwuf itu terdiri dari empat huruf iaitu


Ta, Sad, Waw dan Fa. Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul
Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, huruf Ta itu adalah dari
kata At-Taubah dan Taubat itu terbahagi kepada dua iaitu
Taubat Zahir dan Taubat Batin. Taubat Zahir adalah manusia
kembali dengan seluruh badannya yang zahir dari dosa dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
37
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sifat tercela kepada ketaatan, dari keingkaran kepada
penyerahan menerusi penyucian hati. Apabila seseorang itu
telah berhasil menukarkan segala sifat yang buruk dalam
dirinya kepada sifat yang terpuji, maka sempurnalah dia
menempuh maqam Ta.

Huruf Sad diambil dari As-Saffa yang ertinya bersih.


Bersih terbahagi kepada dua iaitu bersih Qalb dan bersih
Sirr. Bersih Qalb ertinya membersihkan hati dari kekotoran
Sifat Basyariah iaitu sifat-sifat manusiawi seperti syahwat
yang didorong oleh hati, banyak makan dan minum, banyak
tidur dan banyak berbicara, menyenangi benda dunia seperti
usaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan dan
mencintai anak-anak dan kaum keluarga secara berlebihan.

Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini


hanya dapat terhasil dengan tetap melaksanakan zikir yang
telah ditalqinkan oleh Guru Murshid. Bila hati telah
dibersihkan maka akan terukirlah di dalam hati gambaran
ghaib dari kebaikan mahupun keburukan sepertimana
sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mafhumnya,
“Orang ‘Alim itu mengukir dan orang ‘Arif
membersihkannya.”

Adapun bersih Sirr ialah menjauhi segala sesuatu


selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus
melaksanakan Asma Tauhid dengan lidah rahsia di dalam
rahsia dirinya. Apabila seseorang itu berhasil mencapai sifat
yang sedemikian maka sempurnalah baginya maqam Sad.

Adapun huruf Waw diambil dari lafaz Al-Wilayah


dan ianya merupakan tertib dalam menjalani penyucian hati
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
38
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang mana seseorang itu akan mencapai maqam kewalian.
Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam
Al-Quran pada Surah Yunus ayat 62 yang bermaksud,

∩∉⊄∪ šχθçΡt“øts† öΝèδ Ÿωuρ óΟÎγøŠn=tæ ê’öθyz Ÿω «!$# u!$uŠÏ9÷ρr& .χÎ) Iωr&
Ingatlah, sesungguhnya Para Wali Allah itu tidak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati, mereka mendapat khabar gembira dalam
kehidupan di Dunia dan dalam kehidupan di Akhirat.

Natijah dari Al-Wilayah atau Kewalian ini yang mana


seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak Allah Tabaraka
Wa Ta’ala sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Takhallaqu Bi Akhlaqillahi Ta’ala,” yang
bermaksud, berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang itu hanya dapat mencapai sifat-sifat Allah


Subhanahu Wa Ta’ala apabila dia telah menghilangkan sifat-
sifat Basyariah dalam dirinya sepertimana firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Hadits Qudsi,
“Apabila Aku mencintai seorang hamba maka Aku
akan menjadi pendengarannya dan penglihatannya dan
lidahnya dan tangannya dan kakinya. Maka denganKu dia
mendengar dan denganKu dia melihat dan denganKu dia
bicara dan denganKu dia marah dan denganKu dia
berjalan.”

Maka hendaklah kita membersihkan diri dari selain


Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana firman Allah dalam
Surah Al-Isra ayat 81 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


39
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

∩∇⊇∪ $]%θèδy— tβ%x. Ÿ≅ÏÜ≈t7ø9$# ¨βÎ) 4 ã≅ÏÜ≈t6ø9$# t,yδy—uρ ‘,ysø9$# u!%y` ö≅è%uρ
Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil
telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu
yang pasti lenyap.

Yakni katakanlah! Bahawa telah datang yang Haq dan


telah lenyaplah yang Batil, sesungguhnya yang Batil itu pasti
lenyap. Apabila seseorang itu berjaya mencapai ke tingkatan
kewalian ini maka dia telah berhasil mencapai maqam Waw.

Huruf Fa diambil dari perkataan Al-Fana yang


ertinya peleburan diri pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Apabila seseorang Salik telah meleburkan sifat Basyariah
kemanusiawiannya maka akan tinggal sifat Ahadiyah dalam
dirinya. Sifat Ahadiyah adalah sifat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala yang tidak akan rosak dan hilang.

Maka kekallah seseorang hamba itu dalam keadaan


fana bersama Tuhan Maha Pemelihara yang kekal dan
mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
kekallah hati yang fana bersama dengan rahsia yang kekal
dan perumpamaannya sepertimana firman Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dalam Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud,

ωÎ) î7Ï9$yδ >óx« ‘≅ä. 4 uθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) Iω ¢ t yz#u $·γ≈s9Î) «!$# yìtΒ äíô‰s? Ÿωuρ

∩∇∇∪ tβθãèy_ö è? ϵø‹s9Î)uρ â/õ3çtø:$# ã&s! 4 …çµyγô_uρ


Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah,
Tuhan apapun yang lain, tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, tiap-tiap sesuatu pasti binasa,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


40
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kecuali Allah, bagiNyalah segala penentuan dan hanya
kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Ayat ini ditakwilkan dengan keredhaan terhadap apa


yang dapat menghadapkan diri kita kepadaNya dari amalan
yang Salih demi mengharapkan WajahNya dan
KeredhaanNya. Maka kekallah orang yang diredhai bersama
dengan yang meredhai. Dengan mengerjakan amalan yang
Salih akan hiduplah hakikat insan dalam diri seseorang.

Apabila telah sempurnanya Fana, akan terhasillah


Baqa yang ertinya abadi di Alam Qurbah. Itulah merupakan
maqam Para Nabi dan Para Wali di Alam Lahut. Seseorang
yang telah mencapai fana, dia perlu menempuh Al-Faqru
yakni kefakiran dan setelah dia berhasil menempuh maqam
Faqir di mana pergantungannya pada Allah telah sempurna
maka kekallah Sufi dengan Al-Haq Subhanahu Wa Ta’ala
abadi selamanya. Yang dimaksudkan dengan faqir di sini
bukanlah faqir terhadap harta benda, tetapi faqir terhadap
Rahmat dan Kurnia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Al-Faqru Fakhri”.
Yang bermaksud, “Kefakiran itu adalah kebanggaanku.”

Sebilangan Para Masyaikh menyatakan bahawa Ilmu


Tasawwuf ini telah disemai di zaman Hadhrat Adam
‘Alaihissalam, dijadikan permata di zaman Hadhrat Nuh
‘Alaihissalam, bercambah di zaman Hadhrat Ibrahim
‘Alaihissalam, berkembang di zaman Hadhrat Musa
‘Alaihissalam, mencapai kematangan di zaman Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam dan menghasilkan benih-benih suci di zaman
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
41
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Permulaan Tasawwuf adalah Iman yang
terdiri dari enam rukun iaitu meyakini:

1. Kewujudan dan Keesaan Allah


2. Para Malaikat
3. Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala
4. Para Rasul
5. Hari Akhirat
6. Taqdir yang baik dan buruk adalah datang dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan kebangkitan sesudah mati.

Penghujung perjalanan Tasawwuf adalah pada


mengucapkan keenam-enam rukun Iman tersebut dan
membenarkannya di dalam hati. Iman untuk golongan
umum adalah menerusi ilmu yang mana ianya merupakan
turutan dari keenam-enam rukun tersebut. Mereka perlu
mendapatkan ilmu dari Para ‘Ulama dan Para Imam. Mereka
tidak begitu memahami mengapa mereka wajib percaya
pada rukun-rukun keimanan dan tidak begitu memahami
tentang perjalanan untuk mencapai kejayaan hakiki.

Adapun Iman bagi golongan yang khusus, mereka


mendapati bahawa amalan Syari’at dan Tariqat adalah
selaras dan mereka yang tidak mencapai kesempurnaan
Syari’at tidak akan mencapai kesempurnaan Haqiqat.

Menurut Para Masyaikh, perjalanan Tasawwuf


seseorang Murid yang Salik tidak dapat tidak perlu
menempuhi empat tingkatan iaitu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat
dan Haqiqat. Pada tahap Syari’at, seseorang Murid perlu
memerhatikan perlaksanaan Syara’ dan amalan-amalan
dalam Islam. Dia perlu sentiasa ingat pada Syeikhnya dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
42
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya menerusi
Muraqabah, menjadikan Syeikhnya sebagai perisai dari
sebarang sangkaan yang bersifat Syaitaniyah.

Murid perlu menganggap Ruhani Syeikhnya sebagai


pembimbing Ruhani dirinya. Ini merupakan tahap Fana Fi
Syeikh yakni mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya.
Setelah sempurna perjalanan Syari’atnya, maka Murid mula
menjalani Tariqat yang mana dia mula memperolehi
keupayaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjalani
perjalanan Tasawwuf. Pada tahap ini dia akan
mengenepikan segala sesuatu yang bertentangan dengan
Agama dan mula menyerapkan segala amalan ibadah yang
Zahir ke dalam Batinnya.

Tanpa kesungguhan, kelebihan dan kekuatan dari


Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seseorang Murid itu sukar
untuk mencapai pada tahap ini. Syeikh hendaklah
membimbing para Muridnya kepada petunjuk Para
Masyaikh yang terdahulu, sehingga dalam setiap hal dan
keadaan Murid hanya bertawajjuh kepada Para Masyaikh.
Ini merupakan tahap Fana Fi Masyaikh yakni mematikan
dirinya dalam diri Para Masyaikh.

Seterusnya pada tahap Ma’rifat, yang mana Murid


telah mencapai pengetahuan-pengetahuan yang luar biasa
tentang keimanan dan tahap keruhaniannya mencapai sifat-
sifat Kemalaikatan. Dengan bimbingan Syeikh, Murid akan
dibimbing ke Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana dia akan sentiasa bertawajjuh
kepada Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap hal dan keadaan.
Ini merupakan tahap Fana Fi Rasul yakni mematikan dirinya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
43
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dalam diri Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Pada tahap yang terakhir seseorang Murid itu akan


mencapai tahap Haqiqat, yakni tahap kebenaran yang
sempurna, yang mana Murid tersebut sentiasa bersama
dengan Yang Haq, yang mana dia hanya melihat Yang Haq
dalam setiap hal dan keadaan. Ini merupakan tahap Fana
Fillah yakni mematikan dirinya dalam diri Allah Subhanahu
Wa Ta’ala iaitu dengan menyaksikan segala penzahiran
AsmaNya, AwsafNya yakni Sifat-SifatNya dan Af’alNya
yakni perbuatan dan tindakanNya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menetapkan sebelas


tingkatan dalam perjalanan Tasawwuf seperti berikut:

1. Muwafiqat - Murid mula memusuhi segala musuh Allah


iaitu Syaitan, Dunia, Hawa dan Nafsu. Dirinya mula
mengasihi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mail - Murid mula cenderung terhadap Allah dan


melenyapkan segala sesuatu selain Allah pada
permukaan hatinya.

3. Muwanisat - Murid mula meninggalkan segala sesuatu


dan mula mencari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Mawaddat - Murid menyibukkan dirinya dengan


penyerahan, tangisan, cinta dan pengharapan di dalam
hatinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


44
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
5. Hawa - Murid memelihara hatinya dengan penuh
kesungguhan dengan bermujahadah meninggalkan
perkara dosa dan hatinya menjadi lembut.

6. Khullat - Murid menjadikan seluruh anggotanya


dalam ketaatan mengingati Allah Ta’ala dan
melenyapkan segala ingatannya terhadap yang lain.

7. Ulfat - Murid mula mengenepikan dirinya dari


segala sifat-sifat yang tercela dan menggantikannya
dengan sifat-sifat yang mulia.

8. Syaghaf - Murid dengan kesungguhan yang ada


dalam dirinya telah berupaya menyingkap tabir hijab dan
menganggap bahawa membongkarkan rahsia cintanya
terhadap Allah Ta’ala sebagai suatu perkara yang boleh
menimbulkan Syirik, lalu mereka memelihara segala
rahsia tersebut dengan penguasaan Wajd yakni
penerimaan penghasilan segala faedah yang bersifat
Batin.

9. Taym - Murid menjadikan dirinya sebagai hamba


cinta dan menggabungkan dirinya dalam Tajrid dan
Tafrid. Tajrid bererti mengasingkan diri dari khalayak,
manakala Tafrid bererti berkhalwat dalam diri.

10. Walsh - Murid memelihara cermin hatinya di


hadapan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
menjadi mabuk cinta denganNya.

11. ‘Ishiq - Murid sentiasa menyibukkan lidahnya


dengan Zikirullah, hatinya dengan memikiri tentang
Allah Ta’ala dan Ruhnya menikmati Musyahadah melihat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
45
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tanda-tanda Kebesaran Allah Ta’ala sehingga dia
merasakan dirinya sendiri tidak wujud.

Dari perkataan Tasawwuf itu terbitlah pula istilah Sufi


yang diberikan kepada seseorang yang telah mencapai
kesempurnaan Batin dan Ruhaniah. Safa adalah suci dan
merupakan maqam kewalian dengan bukti dan riwayat
manakala Tasawwuf adalah menuruti jalan penyucian tanpa
sebarang alasan. Terdapat tiga golongan yang terbit
menerusi Tasawwuf iaitu Sufi, Mutasawwif dan Mustaswif:

1. Sufi adalah seorang yang mematikan dirinya dan


hidup di sisi Al-Haq. Dia telah melepaskan dirinya
dari sifat-sifat manusiawi dan telah benar-benar
mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mutasawwif adalah seorang yang berusaha untuk


mencapai ke tingkatan Sufi dengan melakukan
berbagai kegiatan Mujahadah dalam mencari rahsia
hakikat dirinya dan hakikat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

3. Mustaswif pula adalah seorang yang mendakwa diri


sebagai Sufi dan Mutasawwif demi mendapatkan
wang dan harta benda serta kuasa dan faedah-faedah
duniawi. Mereka langsung tidak tahu tentang
golongan Sufi dan Mutasawwif tetapi mendakwa diri
mereka sedemikian. Semoga Allah Subhanahu Wa
Ta’ala memelihara kita dari termasuk ke dalam
golongan Mustaswif ini dan menjadikan kita dalam
golongan Sufi dan Mutasawwif; Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


46
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Adapun menurut Hadhrat Khwajah Abu Yazid
Bistami Rahmatullah ‘alaih, perbezaan pendapat tentang
perkara yang suci adalah merupakan suatu Rahmat
melainkan jika ianya membawa jauh dari pengertian Tauhid.
Menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah
‘alaih, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat
Khwajah ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih di
dalam kitabnya Kashful Mahjub bahawa golongan Para Sufi
itu terbahagi kepada dua belas golongan yang mana dua
darinya adalah menyesatkan dan sepuluh darinya adalah
diterima sebagai petunjuk. Setiap satu dari sepuluh golongan
Para Sufi itu mempunyai sistem dan doktrin yang benar lagi
kukuh samada menerusi Mujahadah mahupun Musyahadah.

Meskipun Tariqat mereka berbeza antara satu sama


lain dalam bentuk pengamalan yang khusus dan disiplin,
namun mereka bersependapat dalam perkara-perkara Usul
Syari’at dan Tauhid. Sepuluh golongan Tariqat yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. MUHASIBIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi
Rahmatullah ‘alaih yang terkenal pada zamannya
sebagai Maqbul An-Nafas Wa Maqtul An-Nafs.
Beliau seorang yang ‘Alim dalam Ilmu Kalam, Fiqah
dan Tasawwuf. Antara kekhususan doktrinnya ialah
beliau tidak menetapkan Ridha pada Maqamat
sebaliknya meletakkannya dalam Ahwal. Beliau
adalah orang pertama yang berpegang dengan
pendapat ini dan seterusnya dipegang oleh Para Sufi
di Khurasan. Para Sufi di Iraq berpendapat yang
sebaliknya, bahawa Ridha adalah salah satu dari

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


47
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maqamat dan ianya merupakan kesempurnaan dalam
Tawakkal.

2. QASSARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar
Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan sebuah
doktrin yang menzahirkan Malamat yakni celaan
yang bersifat teguran dan berkhidmat dengan penuh
hormat terhadap Para Sufi.

3. TAIFURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami
Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan doktrin
Ghalabah dan Sukr. Ghalabah bererti mencapai
Jazbah manakala Sukr pula bererti mabuk dalam
percintaan dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Hadhrat Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih dan
para pengikutnya meletakkan Sukr pada kedudukan
yang tinggi mengatasi Sahwu iaitu sifat lupa.

4. JUNAIDIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan ketua Para
‘Ulama di Baghdad pada zamannya dan beliau
memperkenalkan doktrin Sahwu yang bertentangan
dengan Sukr yang ditampilkan oleh golongan
Taifuriyah di Khurasan. Di samping itu menggesa
para pengikutnya sentiasa melakukan Muraqabah
Batin.

5. NURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri
Rahmatullah ‘alaih. Prinsip utama dalam doktrinnya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
48
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
adalah mengetengahkan Tasawwuf yakni penyucian
jiwa adalah lebih utama dari Faqir yang bererti
kemiskinan. Beliau mewajibkan jalan Suhbat bagi Para
Sufi dan menuruti Itsar Para Sahabat Radhiyallahu
‘Anhum Ajma’in.

6. SAHLIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih.
Doktrinnya memperkenalkan konsep Mujahadah
yang bersungguh-sungguh. Maksud utama dari
mujahadah yang keras ini adalah untuk melawan
segala kehendak Hawa dan Nafsu yang dikategorikan
sebagai tahap jiwa yang rendah.

7. HAKIMIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-
Tirmizi Rahmatullah ‘alaih, seorang ‘Alim yang
mengetahui segala Ilmu Usul dan Furu’. Doktrinnya
adalah berasaskan Wilayat iaitu Kewalian dan beliau
telah menjelaskan hakikat sebenar Kewalian serta
darjah-darjah kedudukan Para Wali dalam tingkatan-
tingkatan yang tertentu. Beliau menegaskan bahawa
prinsip asas Tasawwuf dan Ilmu Ketuhanan adalah
berdasarkan Kewalian.

8. KHARRAZIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih yang telah
menulis banyak karya-karya berkenaan Tasawwuf
dan telah mencapai suatu kedudukan yang tinggi
dalam meninggalkan urusan Duniawi. Beliau
merupakan orang yang pertama menjelaskan tentang
keadaan Fana dan Baqa. Menurut beliau, Fana adalah
mematikan diri dalam kesedaran ‘Ubudiyat dan Baqa
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
49
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
adalah kekal dalam menghayati dan memikiri tentang
Ilahiyat Ketuhanan.

9. KHAFIFIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi
Rahmatullah ‘alaih. Doktinnya mengetengahkan
konsep Ghaibah dan Hudhur yang pada zahirnya
nampak berlawanan antara satu sama lain. Adapun
yang beliau maksudkan dengan Hudhur ialah
kehadiran hati sebagai bukti keyakinan dalam diri
seseorang Sufi. Ghaibah bererti ghaib iaitu tidak hadir
yang mana pada hatinya ghaib segala sesuatu kecuali
kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

10. SAYYARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat


Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih. Beliau
adalah seorang Imam di Merv dan ‘Alim dalam
berbagai bidang ilmu dan bersuhbah dengan Hadhrat
Abu Bakar Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih. Doktrin
ajaran beliau mengetengahkan konsep Jama’ yang
bererti penyatuan dan Tafriqah yang bererti
penjauhan.

Kesemua sepuluh golongan Tariqat yang tersebut di


atas adalah benar-benar menuruti jalan Tasawwuf
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Tariqat Tasawwuf
mereka dianggap sebagai Tariqat Tasawwuf yang awal dan
asal bagi sekelian jalan Tariqat yang wujud sehingga kini.
Kesemua jalan Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah
Wal Jama’ah sehingga ke hari ini adalah berpandukan
kepada doktrin dan sistem yang telah diperkenalkan oleh
mereka. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati
mereka sekeliannya dan melimpahkan kepada kita dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
50
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Faidhz limpahan keruhanian yang telah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala limpahkan kepada mereka, berkekalan sehingga
ke Hari Qiyamat. Amin.

Adapun dua golongan Tariqat yang sesat menurut


Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih
adalah seperti berikut:

1. HULULIYAH - Mereka adalah para pengikut Abu


Hulman Ad-Damsyiqi. Beliau telah memperkenalkan
doktrin Hulul, Imtizaj dan Naskh Arwah yang
kesemuanya berlawanan dengan doktrin yang
terdapat di dalam Syari’at Islam.

2. FARISIYAH - Mereka adalah para pengikut


Faris yang mendakwa mereka menuruti ajaran
Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah
‘alaih. Namun golongan Hallajiyah iaitu mereka yang
menuruti ajaran sebenar Hadhrat Hussain Bin Mansur
Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih telah mencela tindakan
Faris sedangkan kedua-dua golongan Hallajiyah dan
Farisiyah tersebut telah mengenepikan perundangan
Syari’at, maka telah wujud satu lagi golongan yang
sesat iaitu golongan Ibahatiyah iaitu golongan yang
menganggap segala sesuatu itu adalah dibenarkan
dan mereka kesemuanya adalah sesat.

Hadhrat Qutubul Aqtab Ghauts Ats-Tsaqilain Syeikh


‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan
dalam kitabnya Sirrul Asrar pada Fasal yang ke 23
berkenaan dengan Ahli Tasawwuf. Menurut beliau, Ahli
Tasawwuf itu ada terbahagi kepada 12 golongan. Golongan
yang pertama adalah:
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
51
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. AS-SUNNIYUN - Mereka adalah orang yang
perkataan dan perbuatan mereka sesuai dengan
Syari’at dan Tariqat secara menyeluruh. Mereka
adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Sebahagian dari
mereka akan masuk Syurga tanpa Hisab dan tanpa
siksa sama sekali. Sebahagian lagi akan masuk Syurga
dengan Hisab yang ringan dan mendapat sedikit
siksaan dengan dimasukkan ke Neraka Jahannam,
dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam Syurga.
Mereka tidak abadi dalam Neraka Jahannam seperti
abadinya orang-orang Kafir dan Munafiq.

2. AL-HALAWIYAH - Mereka adalah dari


golongan yang berpendapat bahawa melihat tubuh
wanita cantik dan lelaki yang tampan itu adalah halal.
Mereka berpendapat bahawa menari, memeluk dan
mencium adalah dibolehkan oleh Agama. Golongan
ini adalah jelas Kufur.

3. AL-HALIYAH - Mereka adalah dari golongan


yang berpendapat bahawa menari dan bertepuk
tangan adalah halal. Syeikhnya disebut sebagai Halah
yang bererti seorang yang sudah tidak diatur oleh
Syara’ dan ini adalah merupakan suatu Bida’ah yang
tidak ada dalam Sunnah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

4. AL-AULIYAIYAH - Mereka adalah dari


golongan yang berpendapat bahawa seseorang hamba
jika sudah sampai ke peringkat Kewalian, maka
jatuhlah darinya tuntutan-tuntutan Syara’ dan mereka
beranggapan bahawa Wali lebih unggul dari Nabi
kerana ilmu Nabi melalui perantaraan Malaikat Jibril
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
52
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Alaihissalam, sedangkan ilmu Para Wali adalah tanpa
perantaraan. Ini adalah suatu takwil yang salah.
Mereka rosak kerana beri’tiqad seperti itu dan
termasuk kepada kekufuran.

5. ATS-TSAMARANIYAH - Mereka adalah


golongan yang berpendapat bahawa Suhbah adalah
bersifat Qadim sehingga mereka menggugurkan
tuntutan suruhan Al-Amar dan larangan An-Nahi.
Mereka menghalalkan tabuhan dan gendang serta
menganggap halal di antara mereka kalangan para
wanita. Mereka pun termasuk Kufur dan boleh
dihukumkan dengan hukuman bunuh.

6. AL-HUBBIYAH - Mereka adalah dari golongan


yang berpendapat bahawa seseorang hamba yang
telah mencapai darjat Mahabbah, maka dia lepas dari
aturan Syari’at dan tidak mahu menutup aurat.

7. AL-HURIYAH - Mereka adalah dari golongan


yang bersependapat dengan golongan Al-Hubbiyah
tetapi mereka ada lebihnya iaitu mengaku bahawa
mereka bersetubuh dengan Bidadari dan apabila
mereka sedar, mereka mandi. Ini pun golongan yang
bohong dan rosak.

8. AL-IBAHIYAH - Mereka adalah dari golongan


yang meninggalkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar,
menghalalkan yang haram dan membolehkan bergaul
dengan wanita.

9. AL-MUTAKASILAH - Mereka adalah dari


golongan yang malas dan tidak mahu berusaha.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
53
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pekerjaannya meminta-minta dan mengaku bahawa
mereka sudah meninggalkan Dunia pada zahirnya,
padahal mereka mengejar-ngejar Dunia pada
batinnya. Mereka pun termasuk golongan hancur.

10. AL-MUTAJAHILAH - Mereka adalah dari


golongan yang sengaja memakai pakaian orang-orang
Fasiq.

11. AL-WAFIQIYAH - Mereka adalah dari


golongan yang berpendapat bahawa tidak ada yang
tahu kepada Allah kecuali Allah sehingga mereka
meninggalkan upaya mencari Ma’rifat. Mereka pun
hancur kerana bodoh.

12. AL-ILHAMIYAH - Mereka adalah dari


golongan yang meninggalkan ilmu, bahkan melarang
belajar. Mereka mengikuti Para Hukama dan
mengatakan bahawa Al-Quran adalah penghalang.
Mereka mengatakan bahawa Syair-syair adalah Quran
bagi Ahli Tariqah sehinggakan mereka meninggalkan
Al-Quran dan mempelajari Syair, mengajarkan Syair-
syair kepada anak-anak mereka dan meninggalkan
Awrad Zikir. Mereka pun termasuk golongan hancur.
Dalam diri mereka terdapat kebatilan.

Sehingga ke hari ini, terdapat begitu banyak golongan


yang sesat lagi menyesatkan. Ada di antaranya yang sesat
disebabkan ‘Aqidah mereka yang begitu jauh menyimpang
dari landasan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ada juga
yang dikategorikan sesat kerana wujudnya amalan Bida’ah
yang bertentangan dengan amalan Sunnah Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
54
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sebagai Ummat Islam, kita perlu berhati-hati agar jangan
sampai dakyah golongan ini merosakkan Aqidah seluruh
Ummat Islam. Golongan yang sesat ini tidak mahu
menggunakan hati mereka untuk mencapai Haqiqat Ma’rifat,
bahkan menggunakan Agama Islam sebagai jalan untuk
mereka meraih kekuasaan, pangkat, kepentingan diri dan
kemasyhuran. Selain dari yang telah dinyatakan di atas,
terdapat lagi beberapa golongan yang sesat menurut
pengetahuan hamba iaitu:

1. SYI’AH RAWAFIDHZIYAH - Golongan ini


diasaskan oleh ‘Abdullah Bin Saba seorang pendita
Yahudi yang berpura-pura memeluk Agama Islam
dan menyokong kepimpinan Hadhrat Sayyidina ‘Ali
Ibni Abi Talib Karramallahu Wajhahu serta
menyebarkan khurafat kepada Ummat Islam pada
zaman itu tentang sifat-sifat Ketuhanan yang ada pada
Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Karramallahu
Wajhahu.

2. MU’TAZILAH QADARIYAH - Golongan ini


mengatakan bahawa manusia sebagai hamba Allah,
berkuasa dan berkeupayaan untuk menjadikan atau
mengadakan sesuatu perbuatan dari dirinya sendiri
secara Ikhtiyari yakni perbuatan yang diusahakan
menurut pilihannya sendiri.

3. JABBARIYAH – Golongan Jabbariyah mengatakan


bahawa manusia sebagai hamba Allah, tiada baginya
sebarang pilihan usaha dan ikhtiyar. Mereka
menganggap bahawa segala perbuatan mereka adalah
dengan keadaan terpaksa dan tergagah semata-mata,
yakni hanya Allah yang berkuasa menjadikan segala-
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
55
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
galanya dan manusia sama sekali tiada upaya
sekalipun untuk berikhtiyar.

4. QADIANI AHMADIYAH - Golongan ini diasaskan


oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang telah
mendakwa bahawa dirinya adalah Imam Mahdi, Nabi
‘Isa ‘Alaihissalam dan juga telah mendakwa bahawa
dirinya adalah Nabi yang terakhir. Mereka ini adalah
sesat lagi menyesatkan umat manusia dengan dakyah
yang amat menyesatkan bagi Ummat Islam. Golongan
ini telah dibiayai oleh kerajaan British sebagai
propaganda untuk merosakkan ‘Aqidah Ummat Islam
di India.

Menurut Hadits mafhumnya, Ummat Muhammad


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan terbahagi kepada 73
golongan, kesemuanya akan masuk Neraka kecuali satu
golongan. Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum telah bertanya
siapakah golongan yang satu itu? Maka Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda bahawa mereka adalah golongan yang
mengamalkan kehidupan Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum ‘Ajma’in dalam hidup mereka. Dalam
Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa Ummat ini tidak
akan tersesat selagi mana mereka berpegang teguh dengan
Al-Quran dan As-Sunnah.

Semua Tariqat yang muktabar adalah berpandukan


Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkan kehidupan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim
‘Ajma’in.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
56
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa,
“Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in adalah
Ahli Jazbah iaitu ahli tarikan Batin, kerana kekuatan mereka
menemani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Tarikan Batin tersebut menyebar kepada Para


Masyaikh Tariqat dan bercabang lagi pada Silsilah yang
banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada
kebanyakan Ummat, yang tinggal adalah orang-orang yang
meniru-niru sebagai Syeikh tanpa sebarang makna yang
dalam, dan tersebarlah kepada ahli-ahli Bida’ah sehingga
menjadi beberapa cabang.

Adapun Ahli Fiqih dan Ahli Irsyad pada zaman ini


sangat sedikit. Ada dua kaedah untuk membezakannya iaitu
pada Zahir dan pada Batin. Zahirnya memegang teguh pada
aturan Syari’at dalam perintah mahupun larangan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Batinnya mengikuti jalur Suluk
dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang sedang
diikuti adalah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu


‘Alaihi Wasallam merupakan perantara antara dirinya
dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan antara
dirinya dengan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Ruh Ruhani Hadhrat
Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang mempunyai Jasmani pada tempatnya dan Ruhani pada
tempatnya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


57
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ANTARA Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah dari abad ke 2 Hijriyah sehingga ke abad 15 Hijriyah
(21 Masihi) ini adalah amat banyak bertebaran di seluruh
muka bumi sebagai pecahan dari jalan Tariqat yang utama.
Untuk hamba menyenaraikan kesemuanya adalah di luar
batas kemampuan hamba. Dr. H. Syeikh Jalaludin telah
menyenaraikan 41 jalan Tariqat yang muktabar. Walaupun
demikian, hamba akan senaraikan beberapa nama jalan
Tariqat beserta nama pendirinya yang menurut penelitian
hamba sepertimana yang telah digariskan oleh Para Akabirin
Syari’at dan Tariqat adalah muktabar seperti berikut:

NAMA TARIQAT NAMA PENDIRI

1. SUNNIYUN Hadhrat Imamul Ummah


Rahmatan Lil ‘Alamin Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
2. UWAISIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani
Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘alaih
3. QARANIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani
Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘alaih
4. SIDDIQIYAH Hadhrat Imam Ja’afar Sadiq
Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘alaih
5. TAIFURIYAH Hadhrat Abu Yazid Taifur Bin
‘Isa Bin Surushan Al-Bistami
Rahmatullah ‘alaih
6. KHWAJAHGANIYAH Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
7. MUHASIBIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits
Bin Asad Al-Muhasibi
Rahmatullah ‘alaih
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
58
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
8. QASSARIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin
Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar
Rahmatullah ‘alaih
9. HAMDUNIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin
Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar
Rahmatullah ‘alaih
10. BUKHARIYAH Hadhrat Sayyid Jalal Makhdum
Jahanian Bukhari Rahmatullah
‘alaih
11. JUNAIDIYAH Hadhrat Abul Qasim Al-Junaid
Bin Muhammad Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih
12. NURIYAH Hadhrat Abul Hassan Ahmad Bin
Muhammad Nuri Rahmatullah
‘alaih
13. SAHLIYAH Hadhrat Sahl Bin ‘Abdullah Al-
Tustari Rahmatullah ‘alaih
14. HAKIMIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah
Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim
At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih
15. KHARRAZIYAH Hadhrat Abu Sa’id Kharraz
Rahmatullah ‘alaih
16. KHAFIFIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah
Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi
Rahmatullah ‘alaih
17. SAYYARIYAH Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari
Rahmatullah ‘alaih
18. ZAIDIYAH Hadhrat ‘Abdul Wahid Bin Zaid
Rahmatullah ‘alaih
19. ‘IYADHZIYAH Hadhrat Fudhzail Bin ‘Iyadhz
Rahmatullah ‘alaih
20. ADHAMIYAH Hadhrat Ibrahim Bin Adham
Rahmatullah ‘alaih
21. HUBAIRIYAH Hadhrat Abu Hubairah Al-Basri
Rahmatullah ‘alaih
22. ‘AJAMIYAH Hadhrat Habib Al-‘Ajami
Rahmatullah ‘alaih
23. KARKHIYAH Hadhrat Ma’aruf Karkhi
Rahmatullah ‘alaih
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
59
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

24. SAQATIYAH Hadhrat Sari As-Saqati


Rahmatullah ‘alaih
25. GAZRUNIYAH Hadhrat Abu Ishaq Gazruni
Rahmatullah ‘alaih
26. TUSIYAH Hadhrat ‘Alauddin At-Tusi
Rahmatullah ‘alaih
27. FIRDAUSIYAH Hadhrat Najmuddin Kubra
Firdausi Rahmatullah ‘alaih
28. QADIRIYAH Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah ‘alaih
29. SUHRAWARDIYAH Hadhrat Najibuddin As-
Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih
30. NAQSHBANDIYAH Hadhrat Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih
31. CHISHTIYAH Hadhrat Mu’inuddin Chishti
Rahmatullah ‘alaih
32. KHADHZRAWIYAH Hadhrat Ahmad Khadhzrawi
Rahmatullah ‘alaih
33. WASIWIYAH Hadhrat Ahmad Wasi
Rahmatullah ‘alaih
34. SYATTARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Syattar
Rahmatullah ‘alaih
35. GHAZALIYAH Hadhrat Abu Hamid Muhammad
Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih
36. ZAHIDIYAH Hadhrat Badruddin Zahid
Rahmatullah ‘alaih
37. ANSARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Ansari
Rahmatullah ‘alaih
38. SAFAWIYAH Hadhrat Syeikh Safiuddin
Rahmatullah ‘alaih
39. ‘AIDRUSIYAH Hadhrat Sayyid ‘Abdullah Bin
Abu Bakar Al-Makki Al-‘Aidrusi
Rahmatullah ‘alaih
40. MADARIYAH Hadhrat Badi’uddin Madar
Rahmatullah ‘alaih
41. RIFA’IYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifa’i
Rahmatullah ‘alaih

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


60
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

42. SYADZILIYAH Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu


Hassan ‘Ali bin ‘Abdullah Asy-
Syadzili Rahmatullah ‘alaih
43. MAWLAWIYAH Hadhrat Syeikh Maulana
Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi
Rahmatullah ‘alaih
44. RUMIYAH Hadhrat Syeikh Maulana
Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi
Rahmatullah ‘alaih
45. TIJANIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid Abu
‘Abbas Ahmad bin Muhammad
bin Mukhtar bin Ahmad Syarif
At-Tijani Rahmatullah ‘alaih
46. SANUSIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid
Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi
Rahmatullah ‘alaih
47. AHRARIYAH Hadhrat Maulana Khwajah
‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah
‘alaih
48. MUJADDIDIYAH Hadhrat Mujaddid Alf Tsani
Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih
49. MA’SUMIYAH Hadhrat Maulana Khwajah
Muhammad Ma’sum
Rahmatullah ‘alaih
50. MAZHARIYAH Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar
Jan Janan Syahid Rahmatullah
‘alaih
51. KHALIDIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin
Khalid ‘Utsmani Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih
52. DHZIAIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin
Khalid ‘Utsmani Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih
53. NIZAMIYAH Hadhrat Nizamuddin Auliya
Rahmatullah ‘alaih
54. SABIRIYAH Hadhrat ‘Alauddin ‘Ali Sabir
Kalyari Rahmatullah ‘alaih
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
61
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

55. IMDADIYAH Hadhrat Haji Imdadullah Muhajir


Makki Rahmatullah ‘alaih
56. HUJWIRIYAH Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-
Hujwiri Rahmatullah ‘alaih
57. IDRISIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Bin Idris
Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih
58. BA ‘ALAWIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad Bin
‘Ali Ba ‘Alawi Rahmatullah ‘alaih
59. HADDADIYAH Hadhrat Syeikh Abdullah Ba
‘Alawi Haddad Rahmatullah
‘alaih
60. SAMMANIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad
Samman Rahmatullah ‘alaih
61. HAQQANIYAH Hadhrat Maulana Syeikh Nazim
‘Adil Al-Haqqani Quddisallahu
Sirrahu
62. DARQAWIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ad-
Darqawi Rahmatullah ‘alaih
63. AHMADIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Al-
Badawi Rahmatullah ‘alaih

Adapun sesungguhnya Syaitan tidak akan dapat


menjelma menjadi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Ruhani mahupun Jasmani
dan ini merupakan isyarat pada orang-orang Salikin agar
dalam perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta.

Hamba yang dhaif ini berkata, berlandaskan ayat-ayat


Al-Quran dan takrifan menurut bahasa dan istilah, dapatlah
dibuatkan kesimpulan bahawa, “Tariqat adalah suatu jalan
atau cara untuk mendekatkan diri serta menuju kepada
kehadiran ZatNya dengan melaksanakan segala amalan
Syari‘at Islam, Iman dan Ihsan dalam Feqah, Tauhid dan
Tasawwuf berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits dan As-Sunnah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


62
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Wujudnya banyak Tariqat adalah kerana terdapat
banyak pendiri Tariqatnya. Tariqat yang benar hendaklah
berpegang kepada ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan
menghindarkan perkara yang bida’ah lagi sesat.

Tariqat yang tidak berpegang kepada 'Aqidah Ahlus


Sunnah Wal Jama'ah adalah Tariqat yang bida'ah lagi sesat
serta menyesatkan. Sebenarnya terdapat banyak aliran
Tariqat yang membawa para pengikutnya ke jalan yang
benar dan meninggikan kedudukan darjat para pengikutnya
di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Seterusnya di bawah ini, hamba senaraikan nama-


nama aliran Tariqat yang benar yang dapat dikenal pasti
kewujudannya sehingga ke hari ini:

Sunniyun Siddiqiyah Uwaisiyah Qarniyah


Ja’afariyah Qadiriyah Chishtiyah Rifa’iyah
Taifuriyah Suhrawardiyah Qalandariyah Haririyah
Hamadaniyah Junaidiyah Malamatiyah Sa’adiyah
Khwajaganiyah Akbariyah Tijaniyah Sayyadiyah
Naqshbandiyah Maulawiyah Sanusiyah Baziyah
Ahrariyah Rumiyah Amirghaniyah Malikiyah
Mujaddidiyah ‘Aliyah Idrisiyah Habibiyah
Ma’sumiyah ‘Alawiyah Hadhzramiyah Haddadiyah
Mazhariyah ‘Aidrusiyah Rashidiyah Sammaniyah
Khalidiyah Ba ‘Alawiyah Anfasiyah Badawiyah
Dhziaiyah Awwaliyah Syattariyah Malawiyah
Bakriyah Muhasibiyah Maghribiyah Sanbaliyah
‘Umariyah Sayyariyah ‘Abbasiyah Bayumiyah
‘Utsmaniyah Khafifiyah ‘Usyaqiyah Hadhiriyah
Ghazaliyah Kharraziyah Kaisaniyah Ghaibiyah
Jalwatiyah Sahliyah Sya’baniyah Hamzawiyah
Khalwatiyah Nuriyah Bakdasiyah Sirajiyah
Kubrawiyah Syadziliyah Qurabiyah Imdadiyah
Hakimiyah Darqawiyah Dasuqiyah Sabiriyah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
63
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ashrafiyah Hamduniyah Mujarradiyah Nizamiyah
Bahaiyah Qassariyah Majzubiyah Gazruniyah
Haqqaniyah Zaidiyah Ahmadiyah Tusiyah
Ak Tagh Adhamiyah ‘Ajamiyah Saqtiyah
Kara Tagh Alwaniyah ‘Azimiyah Awhadiyah
‘Iyadhziyah Hubairiyah Karkhiyah Firdausiyah
Wasiwiyah Khadhzrawiyah Hussainiyah Ansariyah
Safawiyah Zahidiyah Hassaniyah Bukhariyah
Saqafiyah Razaqiyah Hujwiriyah Jerrahiyah
Jazuliyah Tayyibiyah Akmaliyah Zahuriyah
Madariyah Burhaniyah Dandarawiyah Gulshaniyah
Muridiyah Habashiyah Damardasiyah Yunusiyah
Rahmaniyah ‘Ishqiyah Fidawiyah Yusufiyah

Selain dari nama Tariqat yang tersebut, hanya Allah


Ta’ala yang lebih mengetahui yang selebihnya. Seterusnya
hamba akan menjelaskan tentang sepuluh aliran Tariqat
muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Para
Pendirinya yang masyhur sehingga ke hari ini iaitu Tariqat
Qadiriyah, Suhrawardiyah, Rifa’iyah, Chishtiyah,
Syadziliyah, Maulawiyah, Tijaniyah, Sanusiyah, Haddadiyah
dan Naqshbandiyah.

1. TARIQAT QADIRIYAH
PENDIRI Tariqat Qadiriyah adalah Hadhrat Syeikh
Muhiyuddin ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih,
lahir di Jailan dalam wilayah Tibristan, Parsi dalam bulan
Ramadhan pada tahun 470 Hijrah bersamaan 1077 Masihi
dan wafat di Baghdad pada tahun 561 Hijrah bersamaan 1168
Masihi. Nama lengkapnya ialah Abu Muhammad
Muhiyuddin Abdul Qadir bin Musa bin ‘Abdullah Al-Husna
Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan seorang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


64
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Wali Allah yang termasyhur di serata dunia di kalangan
manusia dan jin, begitu juga amat masyhur di kalangan
sekelian Ruh-Ruh dan Malaikat-Malaikat serta di kalangan
Para Rijal Ghaib. Beliau memiliki berbagai gelaran antaranya
Mahbub Subhani, Qutub Rabbani, Sultanul Auliya Ghauts
Tsaqilain dan Ghautsul A’zam.

Beliau adalah Sayyid Hassani dan Hussaini,


berketurunan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menerusi Hadhrat Sayyidina Hassan dan Hadhrat Sayyidina
Hussain Radhiyallahu ‘Anhuma melalui kedua ibubapanya.
Beliau menerima limpahan ilmu-ilmu Keruhanian menerusi
Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Silsilah nasab
beliau adalah seperti berikut:
Ghautsul A’zam Qutubul Aqtab Sultanul Auliya
Hadhrat Maulana Syeikh Muhyiddin ‘Abdul Qadir Al-Jailani
Rahmatullah ‘alaih bin Al-Imam Sayyid Abi Saleh Musa
Janki Dosti bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam
Sayyid Yahya Az-Zahid bin Al-Imam Sayyid Muhammad bin
Al-Imam Sayyid Daud bin Al-Imam Sayyid Musa bin Al-
Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam Sayyid Musa Al-Jun
bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah Al-Mahdi bin Al-Imam
Sayyid Al-Hassan Al-Mutsanna bin Al-Imam Sayyid Al-
Hassan As-Sibthi bin Al-Imam Sayyidina ‘Ali Karramallahu
Wajhahu dan Sayyidatun Nisa Fatimah binti Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau bermazhab Hambali dan amat ‘Alim lagi


bijaksana. Mula menuntut ilmu-ilmu agama ketika berusia 17
tahun, beliau telah ke Baghdad untuk mencari guru dalam
berbagai bidang ilmu dan amat mencintai Ilmu Tasawwuf.
Beliau telah mencapai maqam Siddiqin ketika usianya 18

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


65
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tahun. Pada usianya 57 tahun beliau mengajar dan berfatwa
di Baghdad.

Tariqat beliau adalah berdasarkan Syari’at kerana


beliau amat ‘Alim dalam bidang Fiqah Shafi’i dan Hambali.
Beliau mengarahkan para pengikutnya ber‘aqidah dengan
‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau telah mendalami
Ilmu Tariqat dan Tasawwuf di tangan Hadhrat Syeikh
Hammad Ibnu Muslim Ad-Dabbas Rahmatullah ‘alaih.

Menurut ajaran beliau, jalan untuk mendekatkan diri


kepada Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah dengan
menyempurnakan segala amalan yang fardhu,
memperbanyakkan amalan sunat dan Nawafil siang dan
malam menerusi zikir yang berterusan mengingati Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, memperbanyakkan Selawat ke atas
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, menuruti Sunnah, banyak berpuasa,
bersedekah, berzuhud dan bermujahadah melawan hawa
nafsu sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ini
merupakan Tariqat yang berdasarkan Syari’at.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang di


antaranya Al-Ghuniyah Litalib, Al-Fathur Rabbani, Futuhul
Ghaib, Sirrul Asrar dan Al-Fuyudhatur Rabbaniyah. Beliau
mempunyai ramai murid dan Khalifah yang telah
menyebarluaskan Tariqat beliau. Tariqat Qadiriyah ini
banyak tersebar luas di benua Afrika khasnya di wilayah
Timbuktu, Sudan dan Afrika Barat. Tariqat ini juga telah
lama tersebar di rantau Nusantara terutamanya di Malaysia
dan Indonesia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


66
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Beliau telah memberi nasihat yang amat berharga
kepada sekelian pencinta Tasawwuf dan ianya dapat kita
hayati dalam nasihatnya kepada anaknya Hadhrat Syeikh
Abdur Razzaq Rahmatullah ‘alaih. Dia menasihatinya
supaya berusaha mencapai lapan sifat yang merupakan asas
bagi Tasawwuf iaitu:

1) Sakha – Sifat pemurah seperti Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam.


2) Redha – Sifat berserah seperti Nabi Ishaq ‘Alaihissalam.
3) Sabar – Sifat sabar seperti Nabi Ayyub ‘Alaihissalam.
4) ‘Isyarah – Sifat isyarat seperti Nabi Zakaria ‘Alaihissalam.
5) Ghurba – Sifat orang asing seperti Nabi Yusuf
‘Alaihissalm.
6) Lubs As-Suf – Sifat memakai pakaian bulu seperti Nabi
Yahya ‘Alaihissalam.
7) Siyahah – Sifat bermusafir seperti Nabi ‘Isa ‘Alihissalam.
8) Faqir – Sifat faqir seperti Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Masyaikh Tariqat Qadiriyah telah menetapkan lima


dasar kepada para pengikutnya iaitu:

1. Tinggi cita-cita
2. Memelihara kehormatan
3. Memelihara hikmah
4. Melaksanakan maksud
5. Mengagungkan nikmat dan kesemua dasar tersebut
ditujukan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-
mata.

Antara Wazifah yang biasa diamalkan oleh para pengikut


Tariqat Qadiriyah ialah seperti berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


67
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. Ya ‘Aziz Ya Allah - 100 kali sesudah Solah Subuh
2. Ya Karim Ya Allah - 100 kali sesudah Solah Zuhur
3. Ya Jabbar Ya Allah - 100 kali sesudah Solah ‘Asar
4. Ya Sattar Ya Allah - 100 kali sesudah Solah Maghrib
5. Ya Ghaffar Ya Allah - 100 kali sesudah Solah ‘Isya

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah


‘alaih dan sekelian Para Masyaikh Khurasan sentiasa
beramal dengan Zikir 12 Nama-Nama Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan mengajarkannya kepada sekelian murid mereka,
seperti berikut:

1. La Ilaha Illa Allah


2. Ya Allah
3. Ya Hu
4. Ya Haqq
5. Ya Hayy
6. Ya Qayyum
7. Ya Qahhar
8. Ya Wahhab
9. Ya Fattah
10. Ya Wahid
11. Ya Ahad
12. Ya Samad

2. TARIQAT SUHRAWARDIYAH
PENDIRI Tariqat Suhrawardiyah adalah Hadhrat Syeikh
Abu Najib ‘Abdul Qadir As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih,
lahir di sebuah tempat yang bernama Suhrawardi Nagar
dalam wilayah Jibal di Iran pada tahun 1097 Masihi dan
wafat pada tahun 1169 Masihi. Dia merupakan seorang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
68
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syeikh yang kuat berpegang pada amalan Syari’at Ahlus
Sunnah Wal Jama’ah, bermazhab Syafi’i dan teguh
berpegang pada ‘Aqidah Imam Asy-Sya’ari Rahmatullah
‘alaih. Beliau mempelajari ilmu agama di Baghdad kemudian
mewujudkan sebuah tempat untuk mengajar murid-
muridnya di tepi Sungai Tigris.

Pada usianya mencapai 25 tahun, beliau telah


meninggalkan pengajiannya dan mengabdikan dirinya
dengan kehidupan Tasawwuf dan menjadi seorang murid
yang setia kepada Syeikh Ahmad Al-Ghazali Rahmatullah
‘alaih iaitu adik kepada Imam Abu Hamid Al-Ghazali
Rahmatullah ‘alaih. Beliau pernah mengajar Fiqah Syafi’i di
Jami’ah Nizamiyah dan setelah diberhentikan atas tujuan
politik, kemudian beliau terus menyambung tradisi
pengajiannya di madrasah beliau sendiri dengan mengajar
Fiqah, Hadits dan Tasawwuf. Beliau telah mengarang sebuah
kitab yang berjudul Adabul Muridin.

Antara ciri Tariqat ini yang paling utama ialah


menuruti Sunnah dengan teguh. Tariqat beliau telah disebar
luaskan oleh anak saudara beliau yang bernama Hadhrat
Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi
Rahmatullah ‘alaih yang lahir pada 1144 Masihi dan wafat
pada tahun 1234 Masihi. Meskipun ramai yang menyangka
Hadhrat Syeikh Abu Najib As-Suhrawardi Rahmatullah
‘alaih sebagai pendiri Tariqat Suhrawardiyah, namun yang
sebenarnya Tariqat ini telah dibangunkan oleh Hadhrat
Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-Suhrawardi
Rahmatullah ‘alaih. Beliaulah yang telah menguatkan Tariqat
ini dan menyebarkannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


69
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khalifah Nasiruddin Illah pernah menghantar
Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-
Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih sebagai Dutanya untuk
menemui ‘Alauddin Kaikobad I, pemerintah kerajaan Seljuk
di Konya, Pemerintah kerajaan Ayyubiyah yang bernama Al-
Malikul ‘Adil dan Shah Khwarizmi. Khalifah Nasiruddin
telah membina sebuah Ribat iaitu sebuah tempat untuknya
melatih para pengikut Tariqatnya.

Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar Al-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah mengarang sebuah
kitab Tasawwuf yang menjadi rujukan sehingga kini iaitu
kitab ‘Awariful Ma’arif. Beliau menerima limpahan ilmu
Keruhanian dari Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani
Rahmatullah ‘alaih. Tariqat Suhrawardiyah ini telah tersebar
dengan meluas ke serata pelosok Tanah ‘Arab dan di Tanah
Hindi. Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar As-
Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih menjadi begitu masyhur
menerusi kewibawaannya dengan kitab ‘Awariful Ma’arif
yang dikarangnya yang telah dijadikan suatu sumber
rujukan Tasawwuf dan Tariqat sehingga ke hari ini. Para
muridnya telah memperkenalkan ajaran-ajaran beliau ke
seluruh pelusuk tempat dalam negara-negara Islam khasnya
di benua India dan Pakistan.

Hadhrat Syeikh Sa’adi Rahmatullah ‘alaih, seorang


penyair Farsi yang masyhur adalah salah seorang murid
beliau sewaktu di Baghdad. Beliau telah menyatakan dalam
kitab Syairnya yang berjudul Bustan, tentang kebaikan dan
kasih sayang Hadhrat Syeikh Abu Hafs Shahabuddin ‘Umar
As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih terhadap para muridnya.
Hadhrat ‘Abdur Rahman Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih
menyatakan bahawa Tariqat Suhrawardiyah ini mempunyai
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
70
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
banyak rantingnya melebihi Silsilah Tariqat yang lain.
Hadhrat Syeikh Bahauddin Zakaria Al-Multani (1169-1266)
telah membawa Tariqat ini ke India dan Hadhrat Jalalluddin
Tabrizi Rahmatullah ‘alaih telah membawa Tariqat ini ke
Bengal.

Pada zamannya terdapat seorang lagi ahli Sufi yang


bergelar As-Suhrawardi iaitu bernama Syeikh Shahabuddin
Yahya As-Suhrawardi, hidup di antara 1153 Masihi hingga
1194 Masihi yang digelar Syaikhul Ishraq atau Syaikhul
Maqtul, bermazhab Syi’ah dan telah dihukum bunuh kerana
telah menimbulkan kontroversi di dalam Tariqat Tasawwuf
menerusi teori iluminasi dalam kitabnya Hikmatul Ishraq.

3. TARIQAT RIFA’IYAH
PENDIRI Tariqat Rifa’iyah adalah Hadhrat Syeikh Ahmad
Bin ‘Ali Abul ‘Abbas Ar-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih. Beliau
dilahirkan pada bulan Muharram tahun 500 Hijrah
bersamaan tahun 1106 Masihi dan ada pendapat yang
mengatakan bahawa beliau lahir pada bulan Rejab tahun 512
Hijrah yang bersamaan tahun 1118 Masihi di Basrah, Selatan
Iraq dan wafat pada 22 Jamadil Awwal 578 Hijrah bersamaan
tahun 1183 Masihi di Ummu Abidah, Barat Iraq. Beliau
berketurunan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan memiliki darah
persaudaraan dengan Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah ‘alaih.

Menurut sejarah hidupnya, ayah beliau meninggal


dunia di Baghdad pada tahun 419 Hijrah ketika beliau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
71
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
berusia tujuh tahun, lalu beliau telah dididik oleh bapa
saudaranya iaitu Hadhrat Syeikh Mansur Al-Batha’ihi
Rahmatullah ‘alaih yang juga seorang Syeikh Tariqat
menurut Imam Sya’rani di dalam kitabnya yang berjudul
Lawaqihul Anwar. Beliau juga telah belajar dari seorang lagi
bapa saudaranya yang bernama Hadhrat Abul Fadhl ‘Ali Al-
Wasithi Rahmatullah ‘alaih mengenai hukum-hukum Islam
dalam Mazhab Syafi’i. Beliau telah begitu giat belajar
sehingga beliau berusia 27 tahun

Ada dinyatakan dalam riwayat bahawa para pengikut


beliau telah menyucuk tubuh badan mereka dengan senjata
tajam tanpa melukai tubuh badan mereka. Kejadian ini
merujuk kepada suatu ketika mana Hadhrat Syeikh Ahmad
Ar-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih pergi untuk menunaikan fardhu
Haji di Mekah. Kemudian beliau telah ke Madinah untuk
menziarahi Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Tatkala beliau sampai di Maqam Nabi Sallallahu


‘Alaihi Wasallam, penjaga Maqam tersebut tidak
membenarkannya masuk kerana dia tidak berpakaian seperti
seorang Sayyid yakni keturunan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau
pun mengucapkan,
“Assalamu ‘Alaika Ya Jaddi.”

Lalu kedengaranlah suara Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menjawab,
“ ‘Alaikum Salam Ya Walidi,” dan keluarlah dua
tangan dari Maqam Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
72
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifai’ Rahmatullah ‘alaih
pun mencium kedua-dua tangan tersebut dan melihatkan
keadaan ini, para pengikut beliau menjadi terlalu kagum lagi
takjub, lalu mencederakan diri mereka dengan pisau dan
pedang. Apabila keadaan itu sudah berlalu, Hadhrat Syeikh
Ahmad Ar-Rifai’ Rahmatullah ‘alaih mendapati ramai yang
cedera di sekelilingnya lalu beliau pun menyembuhkan
mereka. Beliau merupakan seorang yang wara’ dan sangat
merendahkan diri dan suka berada bersama dengan mereka
yang miskin dan lemah di dalam masyarakatnya.

Tariqat ini telah tersebar hingga ke Syria dan Mesir


dan terus berkembang sehingga ke Kosovo dan Albania.
Tariqat ini berkembang ke Anatolia pada abad ke 14 dan 15
Hijrah menurut catatan Ibnu Battuta Rahmatullah ‘alaih dan
terus berkembang ke seluruh pelosok Turki di zaman
Kekhalifahan ‘Utsmaniyah.

4. TARIQAT CHISHTIYAH
PENDIRI Tariqat Chishtiyah adalah Hadhrat Maulana
Khwajah Mu’inuddin Hassan Chishti As-Sanjari Al-Ajmeri
Rahmatullah ‘alaih. Beliau telah dilahirkan pada tahun 536
Hijrah bersamaan 1141 Masihi, di sebuah tempat yang
bernama Sanjar di Sijistan, Parsi yang sekarang ini adalah
Iran. Beliau berketurunan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Dia
merupakan seorang Sayyid Hassani dan Hussaini. Bapanya
berketurunan dari Hadhrat Sayyidina Imam Hussain
Radhiyallahu ‘Anhu dan ibunya pula berketurunan dari
Hadhrat Sayyidina Imam Hassan Radhiyallahu ‘Anhu.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
73
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dia dibesarkan di Khurasan dan memperolehi
pengajian ilmu-ilmu Agama dari bapanya yang bernama
Hadhrat Sayyid Ghiyatsuddin Rahmatullah ‘alaih dan
semenjak dia berusia 9 tahun, dia telah menghafal Al-Quran.
Hadhrat Khwajah Mu’inuddin Rahmatullah ‘alaih juga
masyhur dengan gelaran Gharib Nawaz yang bererti
pembantu orang-orang miskin dan merupakan seorang
Mujaddid dalam Silsilah Chishtiyah.

Silsilah ini amat terkenal di Tanah Hindi dan terbit


dari nama Chisht, iaitu sebuah kampung berdekatan Herat,
Afghanistan di mana pendiri asalnya iaitu Hadhrat Khwajah
Abu Ishaq Asy-Syami Rahmatullah ‘alaih tinggal menetap.
Beliau berasal dari Negeri Syam dan telah membawa Tariqat
ini ke Chisht. Beliau wafat pada tahun 941 Masihi.

Hadhrat Maulana Khwajah Mu’inuddin Hassan


Chishti Rahmatullah ‘alaih telah mengambil Bai’ah Silsilah
‘Aliyah Chishtiyah dari gurunya Hadhrat Maulana Khwajah
‘Utsman Haruni Rahmatullah ‘alaih. Beliau telah berkhidmat
kepada gurunya selama dua puluh tahun. Beliau telah
mengungkapkan kisah Bai’ahnya dengan gurunya yang
berlaku pada tahun 561 Hijriyah di India seperti berikut:

“Daku telah diberikah penghormatan untuk tampil di


hadapan Syeikhku, Hadhrat ‘Utsman, dalam kehadiran
ramai orang-orang yang masyhur. Daku menundukkan
kepalaku dengan penghormatan yang bersungguh-sungguh.
Hadhrat ‘Utsman menyuruhku bersolat dua raka’at, daku
pun melaksanakannya. Beliau kemudiannya mengarahkan
daku agar mengadap Ka’abah di Mekkah, daku pun
melakukannya. Kemudian beliau menyuruhku membaca Al-
Quran Surah Al-Baqarah, daku pun membacanya. Kemudian
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
74
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
beliau menyuruhku mengucapkan Selawat dan Salam ke atas
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan ke atas ahli keluarganya ‘Alaihissalam
sebanyak 21 kali dan mengucapkan Subhanallah sebanyak 60
kali, daku pun melakukannya. Kemudian, beliau bangun dan
mengambil tanganku dalam gengamannya dan memandang
ke arah langit seraya berkata,
“Biar daku persembahkan kamu kepada Allah.”

Kemudian beliau memotong rambutku dengan


sebilah gunting dan meletakkan satu kopiah yang khas atas
kepalaku dan menyuruhku duduk. Beliau kemudian
menyuruhku mengulangi pembacaan Surah Al-Ikhlas
sebanyak 1000 kali, daku pun melakukannya.

Kemudian beliau telah berkata,


“Di kalangan para pengikut kita, hanya terdapat
Mujahadah selama sehari semalam, maka pergilah
melakukannya pada hari ini.”

Beliau telah menyuruh daku supaya duduk dan sekali


lagi membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, daku pun
melakukannya. Kemudian beliau telah memberikan arahan
kepadaku,
“Pandanglah ke arah langit.”

Apabila daku mengangkatkan mataku ke arah langit,


beliau bertanya,
“Berapa jauhkah yang dapat kau lihat?”

Daku berkata,
“Jauh ke atas sehingga ke ‘Arash Mu’alla.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


75
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian beliau berkata,
“Pandang ke bawah.”

Daku pun lakukan, lalu beliau bertanya sekali lagi,


“Berapa jauh yang dapat kau lihat?”

Daku berkata,
“Jauh ke bawah sehingga ke Tahta Tsara di bawah
tanah.”

Kemudian beliau menyuruhku duduk membaca


Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, daku pun
melakukannya. Kemudian beliau berkata,
“Pandanglah ke arah langit.”

Apabila daku memandang ke langit, beliau telah


bertanya kepadaku,
“Berapa jauhkah yang dapat kau lihat sekarang?”

Daku berkata,
“Jauh ke atas sehingga ke ‘Azmat Keagungan.”

Kemudian beliau berkata,


“Tutupkan matamu.”

Daku pun melakukannya dan setelah beberapa ketika


beliau pun berkata,
“Bukakan matamu.”

Daku pun melakukannya. Kemudian beliau


menghubungkan dua jari pertama di tangan kanannya dan
bertanya,
“Apa yang dapat kamu lihat menerusinya?”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
76
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Daku berkata,
“Daku melihat lapan belas ribu alam.”

Apabila beliau mendengarkan ini, beliau pun berkata,


“Sekarang urusan pekerjaanmu sudah selesai.”

Kemudian beliau memandang ke arah seketul batu


yang berhampiran dan menyuruhku mengangkatnya,
Apabila daku melakukannya, daku dapati beberapa wang
emas berada di bawahnya. Beliau kemudian menyuruh
daku supaya pergi dan mengagih-agihkannya di kalangan
faqir miskin, yang mana daku pun segera melaksanakannya.
Kemudian beliau telah meyuruhku untuk duduk
bersamanya untuk beberapa waktu.”

Terdapat 9 prinsip utama di dalam Tariqat Chishtiyah iaitu:

1) Mentaati Syeikh.
2) Meninggalkan kehidupan Duniawi.
3) Menjauhi segala kuasa keduniaan.
4) Sama’ (Muzik Zikir).
5) Memperbanyakkan Solat dan Puasa.
6) Tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain.
7) Mengenepikan perkara-perkara luar biasa.
8) Berkhidmat kepada manusia lain.
9) Menghormati ahli Tariqat yang lain.

Dalam khutbah terakhir Hadhrat Khwajah


Mu’inuddin Chishti Rahmatullah ‘alaih yang disampaikan
kepada para pengikutnya sebulan sebelum beliau
menghembus nafas sucinya yang terakhir, beliau telah
berkata:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


77
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Cintailah semua dan jangan bencikan sesiapa,
Hanya bercakap tentang keamanan tidaklah berfaedah
bagimu,
Hanya bercakap tentang Tuhan dan Agama tidak akan
membawa kamu jauh,
Keluarkan segala kekuatan yang terpendam pada kejadian
dirimu,
Dan tampilkan dengan sepenuh kecemerlangan Ruh dirimu
yang kekal,
Penuhkan dirimu dengan keamanan dan kegembiraan,
Dan taburkanlah ia walau dimana saja kamu berada,
Dan walau ke mana juga kamu pergi,
Jadilah seperti api kebenaran yang membakar,
Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah,
Dan jadilah seperti ubat penenang keamanan.
Dengan cahaya Ruhaniahmu,
Usirkanlah kegelapan kejahilan,
Larutkanlah awan-awan perselisihan dan peperangan,
Dan sebarkanlah kehendak yang baik,
keamanan dan keselarasan di kalangan sesama insan.
Jangan meminta sebarang pertolongan,
kemurahan dan kebaikan hati dari sesiapa pun kecuali
Allah.
Jangan pergi ke lapangan istana Para Raja,
Tetapi jangan menolak untuk mendoakan dan menolong
orang yang memerlukan dan yang miskin, para janda dan
anak-anak yatim, sekiranya mereka datang ke pintumu.
Inilah maksudmu untuk berkhidmat kepada manusia,
Pikullah ia dengan penuh tanggungjawab dan berani,
Supaya daku sebagai Guru Murshid tidak menerima malu
terhadap sebarang kekurangan pada pihakmu,
Di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla dan Para Masyaikh yang
terdahulu dalam Silsilah Sufiyah pada Hari Pengadilan
kelak.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
78
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Khwajah Mu’inuddin Chishti Rahmatullah
‘alaih telah membawa Silsilah ini ke Tanah Hindi pada
penghujung abad ke 11 Masihi dan menjadikan Ajmer
sebagai pusat kegiatannya. Tariqat beliau telah berkembang
dengan pesat di India menerusi Khalifah-khalifahnya seperti
Hadhrat Khwajah Qutbuddin Bakhtiar Kaki Rahmatullah
‘alaih, Hadhrat Baba Fariduddin Mas’ud Ganj Shakar
Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Khwajah Nizamuddin Auliya
Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Ali
Ahmad Sabir Kalyari Rahmatullah ‘alaih.

Menerusi Hadhrat Khwajah Nizamuddin Auliya


Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Ali
Ahmad Sabir Rahmatullah ‘alaih telah berkembang dua
aliran Tariqat Chishtiyah di India iaitu Chishtiyah
Nizamiyah dan Chishtiyah Sabiriyah.

5. TARIQAT SYADZILIYAH
PENDIRI Tariqat Syadziliyah adalah Hadhrat Syeikh
Nuruddin Abu Hassan ‘Ali Asy-Syadzili Al-Maghribi Al-
Hussaini Al-Idrisi Rahmatullah ‘alaih Bin ‘Abdullah Bin
‘Abdul Jabbar Bin Tamim Bin Hormuz Bin Hatim Bin Qusyai
Bin Yusuf Bin Yusya’ Bin Warad Bin Abi Battal ‘Ali Bin
Ahmad Bin Muhammad Bin ‘Isa Bin Idris Bin ‘Umar Bin Idris
Bin ‘Abdullah Bin Hassan Al-Mutsanna Bin Abu ‘Ali
Muhammad Hassan Bin ‘Ali Bin Abu Talib Karramallahu
Wajhahu. Beliau adalah dari keturunan Hadhrat Hassan bin
‘Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


79
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Beliau dilahirkan pada tahun 593 Hijrah bersamaan
1195 Masihi di Ghamarah, sebuah perkampungan di Sabtah,
Afrika. Beliau mempelajari Ilmu Fiqih dan Tasawwuf di
Tunis dan kemudian bermukim di Syadzilah. Beliau telah
mengembara ke Negeri Iraq dan telah berguru dengan
seorang ‘Ulama terkenal di Iraq yang bernama Hadhrat
Syeikh Abul Fattah Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Syeikh Abul Fattah Al-Wasiti Rahmatullah


‘alaih pernah berkata kepadanya,
“Engkau telah datang ke Iraq semata-mata untuk
mencari Wali Qutub, sedangkan Wali Qutub yang engkau
cari itu telah pun berada di negaramu sendiri. Oleh itu
engkau pulanglah dengan segera ke negara asalmu, pasti
engkau akan menemuinya.”

Setelah itu Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali


Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih pun pulang ke negaranya
dan akhirnya telah bertemu dengan Wali Qutub yang
dimaksudkan yang bernama Hadhrat Syeikh Wali ‘Arif
Siddiq Qutub Ghauts Abu Muhammad ‘Abdus Salam Bin
Bashish As-Syarif Al-Hassani Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali Asy-


Syadzili Rahmatullah ‘alaih telah menceritakan:
“Ketika aku mula-mula datang menemui Syeikh Abu
Muhammad di desa Magharah, aku dapati beliau hanya
tinggal di sebuah pondok kecil yang terletak di suatu puncak
bukit di desa tersebut. Sebelum menemui beliau, aku telah
mandi terlebih dahulu di sebuah perigi yang terletak di kaki
bukit itu. Setelah itu barulah aku mendaki bukit tersebut
untuk menemui beliau sebagai seorang yang sangat
memerlukan ilmu dan tunjuk ajar daripada seorang Guru.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
80
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tiba-tiba dengan tanpa ku duga, beliau telah turun dari
puncak bukit sana untuk menemuiku.

Bila melihatku beliau lantas berkata,


“Selamat datang ‘Ali Bin ‘Abdullah Bin ‘Abdul
Jabbar.”

Beliau kemudiannya telah menyebut nasab


keturunanku sehingga bersambung kepada Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau berkata lagi kepadaku,


“Wahai ‘Ali, kami tahu bahawa datangnya engkau
kepada kami pada hari ini adalah sebagai seorang yang tidak
berilmu dan kurang amalannya. Jesteru itu, pengembaraan
engkau ini bertujuan ingin mengambil daripada kami
kekayaan Dunia dan Akhirat.”

Setelah itu timbullah rasa kagumku terhadap beliau


dan aku telah menetap bersama-sama beliau di puncak bukit
tersebut untuk beberapa hari. Di sanalah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala telah membuka pandangan Basirahku dan mata
hatiku. Jesteru itu aku telah dapat menyaksikan berbagai
Karamah yang menyalahi adat yang dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kepada beliau.”

Suatu ketika gurunya Hadhrat Syeikh Wali ‘Arif


Siddiq Qutub Ghauts Abu Muhammad ‘Abdus Salam Bin
Bashish As-Syarif Al-Hassani Rahmatullah ‘alaih telah
berkata kepada beliau,
“Wahai ‘Ali, pergilah engkau ke Afrika dan tinggallah
di sana di sebuah kota yang diberi nama Syadzilah kerana
sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menamakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
81
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
engkau dengan nama Asy-Syadzili. Selepas itu engkau
hendaklah berpindah ke kota Tunis dan semasa di kota
tersebut engkau akan dikenakan ujian oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala melalui pemerintahnya. Kemudian hendaklah
engkau berpindah pula ke sebuah negeri yang berada di
sebelah Timur. Di sanalah engkau akan mewarisi martabat
Wali Qutub.”

Kata Hadhrat Imam Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih,


“Aku katakan kepada guruku Syeikh Abu
Muhammad, “Wahai guruku, berikanlah wasiatmu
kepadaku.”

Lalu Guruku berkata,


“Allah Allah! Hendaklah engkau memelihara lidahmu
daripada memperkatakan tentang keaiban manusia.
Sucikanlah hatimu daripada terpengaruh dengan perbuatan-
perbuatan maksiat yang dilakukan oleh mereka."

"Peliharalah anggotamu dan tunaikanlah segala


amalan Fardhu yang diwajibkan kerana dengan ini engkau
akan mendapat pemeliharaan dan pengawasan yang
sempurna daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala."

"Janganlah engkau mengingatkan manusia melainkan


dengan hak-hak mereka yang mesti engkau tunaikan, yang
telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ke atas dirimu kerana sesungguhnya dengan ini akan
sempurnalah sifat Wara’ engkau. Berdoalah engkau dengan
kalimah-kalimah berikut:"

"Ya Allah! Rahmatilah daku dengan memelihara


diriku daripada sibuk menyebutkan segala keaiban manusia,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
82
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepincangan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka.
Selamatkanlah daku daripada kejahatan mereka. Engkau
cukupkanlah daku dengan anugerah kebaikanMu daripada
mengharapkan simpati kebaikan mereka. Engkau
jadikalanlah daku sebagai pemimpin mereka dengan
keistimewaan-keistimewaan yang telah Engkau kurniakan
kepadaku. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas
setiap sesuatu.”

Beliau wafat pada bulan Syawal pada tahun 656


Hijrah bersamaan 1258 Masihi ketika berusia 63 tahun di
padang pasir ‘Aidzab sewaktu melakukan perjalanan Haji ke
Baitullah dan beliau telah dikebumikan di Humaythra,
Mesir.

Tariqat beliau merupakan lanjutan dari Tariqat yang


dibawa oleh Hadhrat Abu Madyan Syu’aib Rahmatullah
‘alaih yang wafat pada tahun 594 Hijrah bersamaan 1198
Masihi dan maqamnya kini berada di Algeria.

Kitab karangan beliau tentang adab Tasawwuf


berjudul Al-Amin dan As-Sirrul Jalil Fi Khawwasi
Hasbunallahi Wa Ni’mal Wakil. Antara pengikutnya yang
masyhur ialah Abul ‘Abbas Al-Mursi Rahmatullah ‘alaih dan
Hadhrat Syeikh Ibnu ‘Ataillah Iskandari Rahmatullah ‘alaih
yang mengarang kitab Al-Hikam.

Tariqat ini banyak berkembang di Tanah ‘Arab dan di


bahagian utara Afrika terutamanya di Maghribi (Marokko).
Ramai Para Masyaikh di Universiti Al-Azhar di Mesir
menjadi pengikut Tariqat Syadziliyah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


83
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

6. TARIQAT MAULAWIYAH
PENDIRI Tariqat Mawlawiyah adalah Hadhrat Syeikh
Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah
‘alaih. Beliau wafat pada tahun 672 Hijrah bersamaan 1273
Masihi dan dikebumikan di Konya, Turki. Beliau merupakan
seorang yang ‘Alim dalam pelbagai bidang ilmu khususnya
Ilmu Kalam. Beliau telah mengarang sebuah kitab tentang
Tasawwuf yang berjudul Matsnawi dan merupakan sebuah
kitab dalam bentuk syair berbahasa Farsi dan ‘Arab. Antara
kata-katanya:

Ilme Baatin Hamchu Masqa, Ilme Zaahir Hamchu Sheer


Ke Buwad Sheer Masqa, Ke Buwad Bey Pir Pir

Terjemahan: Ilmu Batin ibarat keju dan Ilmu Zahir ibarat


susu; sepertimana keju takkan terhasil tanpa susu, Ilmu Batin
takkan terhasil tanpa Syeikh, Syeikh.

Adalah diriwayatkan pada suatu ketika Hadhrat


Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih sedang
mengajar murid-muridnya di sebuah halaman terbuka
bersebelahan dengan kolam air, seorang Sufi yang
berpakaian selekeh tetapi mempunyai keruhanian yang
tinggi bernama Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi
Rahmatullah ‘alaih datang ke majlisnya dan memerhatikan
mereka. Dia melihat Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi
Rahmatullah ‘alaih sedang melakukan pembacaan kitab-
kitab yang bertuliskan tangan di dalam majlis
pengajarannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


84
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi Rahmatullah ‘alaih
bertanya kepada Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi
Rahmatullah ‘alaih apakah yang ada di dalam kitab-kitab
itu?

Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah


‘alaih pun menjawab,
“Wahai Sufi, di dalamnya terkandung ilmu yang
menjangkaui batas kefahamanmu, jadi eloklah engkau
teruskan dengan biji-biji Tasbih.”

Tanpa di sedari oleh Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-


Rumi Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi
Rahmatullah ‘alaih telah mencampakkan kesemua kitab-
kitab itu ke dalam kolam air. Apabila pengikut Hadhrat
Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih melihatkan
keadaan tersebut, mereka mula memukul Hadhrat
Shamsuddin At-Tabrezi Rahmatullah ‘alaih dan jeritannya
telah sampai ke telinga Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-
Rumi Rahmatullah ‘alaih lalu beliau merungut kerana ilmu-
ilmunya yang berharga telah dimusnahkan.

Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi Rahmatullah ‘alaih


pun berkata,
“Katakan kepada murid-murid kamu agar
melepaskan aku dan aku akan mengembalikan kitab-kitab
kamu.”

Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah


‘alaih menganggap perkara itu adalah mustahil tetapi beliau
menjadi takjub apabila melihat Hadhrat Shamsuddin At-
Tabrezi Rahmatullah ‘alaih mengucapkan Bismillah,
mengangkat kitab-kitab yang basah dari kolam air,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
85
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
meniupkan habuk-habuk pada kitab-kitab tersebut dan
memulangkannya kembali dalam keadaan sediakala kepada
Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah


‘alaih bertanya kepada Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi
Rahmatullah ‘alaih,
“Bagaimana kau dapat melakukan yang sedemikian?

Lalu Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi Rahmatullah


‘alaih pun menjawab,
“Ilmu ini adalah di luar jangkauan kefahaman
pemikiranmu, jadi eloklah engkau teruskan mengajar murid-
muridmu.”

Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah


‘alaih terus jatuh di kaki Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi
Rahmatullah ‘alaih dan terus dihanyutkan dalam gelombang
cinta dan kasih sayang. Kehadiran seorang Sufi yang selekeh
seperti Hadhrat Shamsuddin At-Tabrezi Rahmatullah ‘alaih
telah mengubah Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi
Rahmatullah ‘alaih dari seorang Ulama Ilmu Kalam kepada
seorang Pencinta Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi Rahmatullah


‘alaih telah berkata dalam syairnya,

Sad Kitaboh Sad Waraq Dar Nare Kun


Aur Jaanoh Dil Rah Janibeh Dil Daar Kun

Terjemahan: Seribu kitab dan seribu kertas campakkannya ke


dalam api; dan hadapkanlah diri dan hatimu kepada Auliya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


86
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maulvi Hargiz Na Shud Maulae Rumi
Ta Ghulame Shams Tabrezi Na Shud

Terjemahan: Maulawi ini sekali-kali takkan menjadi Maulana


Rumi; sehinggalah dia menjadi hamba kepada Shamsuddin
Tabrezi.

Para pengikut Hadhrat Maulana Jalalluddin Ar-Rumi


Rahmatullah ‘alaih mengamalkan Sama’ iaitu upacara zikir
secara berjemaah dengan menggunakan alat-alat bunyian
dan Para Darwish yang berpakaian putih akan menari
berputar-putar mengikut alunan muzik sambil menyebut
zikir mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Darwish
adalah istilah yang mereka gunakan terhadap mereka yang
menuruti jalan kesufian. Menurut mereka, Sama’ merupakan
suatu perjalanan mistikal Ruhani seseorang menerusi minda
fikirannya dan cintanya kepada kesempurnaan.

Dengan menghadapkan diri mereka kepada


kebenaran, para pengikut akan disuburkan dengan cinta,
mematikan keakuan diri, mencari kebenaran yang hakiki dan
seterusnya menuju kepada kesempurnaan, lalu kembali dari
perjalanan Ruhaninya sebagai seorang insan yang mencapai
kematangan dalam kesempurnaan, mencintai seluruh
makhluk dan berkhidmat kepada mereka.

7. TARIQAT TIJANIYAH
PENDIRI Tariqat Tijaniyah adalah Hadhrat Syeikh Sayyid
Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Mukhtar bin
Ahmad Syarif At-Tijani Rahmatullah ‘alaih, lahir di ‘Ain
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
87
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mahdi pada tahun 1150 Hijrah bersamaan 1738 Masihi.
Beliau berketurunan Hadhrat Sayyidina Hassan Ibni ‘Ali Ibni
Abi Talib dari sebelah bapanya. Gelaran Tijani adalah dari
keturunan sebelah ibunya yang bernama Tijanah.

Beliau telah menghafal Al-Quran ketika berusia 7


tahun, kemudian mempelajari ilmu-ilmu Islam sehingga
beliau berusia 21 tahun, lalu beliau mula bergaul dengan
orang-orang Sufi. Bermazhab Maliki dan seorang yang ‘Alim
dalam bidang Ilmu Usul dan Furu’ serta Ilmu Tasawwuf.
Beliau wafat pada tahun 1230 Hijrah bersamaan 1815 Masihi
pada usianya 80 tahun dan dikuburkan di Fez.

Beliau mengerjakan Haji di Makkah pada tahun 1186


Hijrah bersamaan 1773 Masihi dan telah sempat berkenalan
dengan Hadhrat Muhammad Bin Abdul Karim As-Samman
yang merupakan pendiri Tariqat Sammaniyah serta telah
sempat mempelajari ilmu-ilmu berkenaan rahsia Batin
darinya. Dalam tahun 1196 Hijrah bersamaan 1782 Masihi,
beliau telah pergi ke Tilimsan untuk menambah ilmu dari
Hadhrat Abu Samghun Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat As-
Salalah Rahmatullah ‘alaih.

Amalan Tariqat Tijaniyah ini adalah sangat sederhana


dan Wazifahnya yang mudah iaitu terdiri dari bacaan
Istighfar sebanyak 100 kali, Selawat 100 kali dan Tahlil 100
kali yang boleh dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu
pagi dan petang. Tempoh pagi adalah dari selepas Solat
Subuh sampai habis waktu Dhuha, manakala tempoh waktu
petang adalah dari sesudah Solat ‘Asar sehinggalah habis
waktu ‘Isya. Lafaz Selawat yang diamalkan adalah berbunyi
seperti berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


88
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammadin
Al-Fatihi Lima Ughliqa Wal Khatimi Lima Sabaqa
Nasirul Haqqi Bil Haqqi Wal Hadi Ila Siratil Mustaqim
Wa ‘Ala Alihi Haqqa Qadruhu Wa Miqdaruhul ‘Azim.

Terjemahan: Ya Allah, limpahkanlah Rahmat ke atas


Penghulu kami Muhammad, yang menjadi pembuka bagi
segala yang tertutup dan yang menjadi penutup sekelian
yang terdahulu, pembantu kebenaran dengan kebenaran dan
yang memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Dan
begitu juga ke atas ahli keluarganya dengan kadar yang
sebenarnya dan dengan kadar yang besar.

Ajaran Tariqat ini menetapkan beberapa syarat untuk


melakukan zikir iaitu pertama sekali hendaklah berwudhu,
bersih badan, pakaian dan tempat zikir juga hendaklah
bersih, menutup aurat, tidak boleh berbicara sambil berzikir,
niat yang tegas dan ikhlas dan mengucapkan setiap kalimah
zikir sambil duduk menghadap ke arah Kiblat. Tariqat ini
juga mengamalkan Rabitah Syeikh dan sentiasa menuruti
nasihat-nasihat Syeikh. Tariqat ini berkembang di kawasan
Barat dan Utara Afrika terutamanya di Senegal, Mesir dan
sebelah Barat Jazirah Arab. Tariqat ini telah berkembang di
Indonesia pada sekitar tahun 1928 Masihi di sebuah tempat
yang bernama Tasik Malaya, Cirebon, Jawa Barat. Seorang
Syeikh Sufi yang bernama Hadhrat ‘Ali Bin ‘Abdullah At-
Tayyib Al-Azhari yang berasal dari Madinah telah menulis
sebuah kitab yang berjudul Munayatul Murid yang
diterbitkan di Tasik Malaya pada tahun 1928 Masihi yang
berisi petunjuk tentang kehadiran Tariqat ini di Cirebon,
Jawa Barat.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


89
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

8. TARIQAT SANUSIYAH
PENDIRI Tariqat Sanusiyah adalah Hadhrat Syeikh Sayyid
Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi Rahmatullah ‘alaih, lahir
pada tahun 1791 Masihi di Tursy berdekatan Mushtaghnam
yang sekarang dikenali sebagai negara Algeria atau
Aljazirah. Hadhrat Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Ali As-
Sanusi Rahmatullah ‘alaih meninggal dunia di Jaghbub.
Hadhrat Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi
Rahmatullah ‘alaih mula-mula mendapat didikan agama dari
seorang guru yang bernama Hadhrat Abu Ras Rahmatullah
‘alaih yang meninggal dunia pada tahun 1823 Masihi dan
dari Hadhrat Belganduz Rahmatullah ‘alaih yang meninggal
dunia pada tahun 1829 Masihi di tempat tinggalnya sendiri.
Kemudian beliau telah pergi ke Fas untuk memperdalamkan
ilmu mengenai Tafsir Al-Quran dan ‘Ilmu Hadits, ‘Ilmu
Hukum Fiqah serta lanjutan ilmu-ilmu pengajaran Islam dari
tahun 1821 hingga 1828 Masihi. Beliau pergi mengerjakan
Haji ke Mekah melalui jalan darat melalui Tunisia Selatan
dan Mesir. Di Mekah, beliau telah mendirikan Zawiyah
tempat melatih murid-murid Tariqatnya di sebuah gunung
yang terkenal bernama Jabal Abu Qabais. Beliau juga telah
mendirikan Zawiyahnya di Cyreinaica, Baidha Temessa dan
Jaghdub, kemudian menghembuskan nafasnya di sana pada
tahun 1855 Masihi.

Beliau mempunyai dua orang putera yang bernama


Sidi Muhammad Al-Mahdi yang lahir pada tahun 1844 dan
meninggal dunia pada tahun 1961 Masihi di Guro yang
menjadi Khalifah kepada Hadhrat Syeikh Sayyid
Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi Rahmatullah ‘alaih.
Puteranya yang kedua bernama Sidi Muhammad Syarif yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
90
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
lahir pada tahun 1846 dan meninggal dunia pada tahun 1896
Masihi. Hadhrat Sidi Muhammad Al-Mahdi meninggalkan
dua orang putera yang bernama Sidi Muhammad Idris yang
telah diangkat menjadi raja kecil di bawah pengawasan Itali
dari tahun 1916 hingga 1923 Masihi, dan Sidi Muhammad
Ridha yang telah dikurniakan dengan enam orang putera
yang bernama Sidi Ahmad Syarif yang telah diangkat
sebagai Khalifah Tariqat Sanusiyah antara tahun 1901 hingga
1916 Masihi, Sidi Muhammad Al-‘Abid, Sidi ‘Ali Al-Khattab,
Sidi Safiuddin, Sidi Al-Halal dan Sidi Ar-Ridha.

Markaz Tariqat Sanusiyah pada mulanya berada di


Jaghdub antara tahun 1855 hingga 1895, kemudian
berpindah ke Kufra pada tahun 1895 hingga 1899 dan
kemudiannya telah berpindah ke Guro pada tahun 1899.
Pada tahun 1902 markaznya telah kembali berpindah di
Kufra manakala zawiyah-zawiyahnya telah meningkat dari
dua puluh buah dalam tahun 1859 telah menjadi seratus
buah dalam tahun 1884 Masihi. Tariqatnya berkembang luas
dari Maroko hingga ke Somalia dan daerah pedalaman
Libya. Tariqat ini bersifat keras terutamanya dalam
melakukan Jihad atas Jalan Allah dan mentaati para
pemimpinnya. Antara wirid-wirid yang dilakukan oleh
penganut Tariqat ini ialah zikir “Ya Latif” sebanyak seribu
kali secara Sirr. Mereka berpegang dengan Hukum Syara’
yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadits menuruti
Mazhab Maliki. Tariqat Sanusiyah ini juga dikatakan
mempunyai pengaruh Tariqat Tijaniyah dan Tayyibiyah
yang merupakan cabang dari Tariqat Amirghaniyah,
Rashidiyah dan Idrisiyah yang dinisbatkan dengan gurunya
Hadhrat Ahmad Bin Idris Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih yang
meninggal dunia pada tahun 1837 Masihi di Sabia. Di
katakan juga bahawa Tariqat Sanusiyah ini merupakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
91
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
cabang dari Tariqat Qadiriyah yang telah dikembangkan
oleh Hadhrat Ibnu Dabbagh Rahmatullah ‘alaih di sekitar
tahun 1700 Masihi di Marokko. Tariqat Sanusiyah adalah
sangat sederhana dalam amalan wiridnya dan tidak
menyimpang daripada ajaran Islam yang asli.

9. TARIQAT HADDADIYAH
PENDIRI Tariqat Haddadiyah adalah Hadhrat Syeikh
‘Abdullah Ba ‘Alawi Haddad Al-Hamdani Rahmatullah
‘alaih. Beliau wafat pada tahun 1095 Hijrah. Tariqat ini
bersumber dari Silsilah Tariqat Qadiriyah Hadhrat Syeikh
‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Pengikut Tariqat
ini banyak di negara-negara ‘Arab, Malaysia dan Indonesia.
Tariqat Haddadiyah dan Qadiriyah mengamalkan Suluk
Khalwat selama 40 hari yang biasa disebut sebagai Suluk
Arba’in dalam bahasa ‘Arab atau Chillah dalam bahasa Parsi.
Seseorang Murid perlu melakukan sebanyak tujuh kali Cillah
bagi menyempurnakan perjalanan Suluk Tariqat Qadiriyah.

Selain dari yang disebutkan di atas, terdapat banyak


lagi Tariqat yang tidak hamba nyatakan di sini secara
terperinci namun di terima di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Terdapat lebih dari 40 jalan Tariqat muktabar di atas muka
bumi ini dan ianya telah berkembang dengan meluas
semenjak turun temurun. Walaubagaimanapun terdapat juga
jalan Tariqat yang sesat lagi menyesatkan yang tidak
membawa manusia kepada Allah dan Rasul bahkan
sebaliknya membawa manusia ke arah kesyirikan,
bertuhankan hawa nafsu dan kemunafikan; Na’uzubillahi
Min Zalik.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
92
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hamba yang dhaif ini berkata, hendaklah kita
memohon petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar
Dia menunjukkan kita dengan aliran jalan Tariqat yang Haq
menuruti Al-Quran dan As-Sunnah. Mudah-mudahan Allah
menunjukkan kita kepada jalan Tariqat yang benar dan
sesuai sepertimana yang telah ditetapkan semenjak azali bagi
orang-orang yang Batin Ruhaninya cinta untuk kembali
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Wallahu A’lam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


93
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PERMULAAN JALAN DAN JALAN


PERMULAAN
MENERUSI jalan Tariqat Naqshbandiyah ini hamba yang
faqir telah menerima Tawajjuh dari beberapa orang Syeikh
secara Zahir dan Batin yang di antaranya adalah Syaikhul
Masyaikh Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Hadhrat
Maulana Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiah, Hadhrat
Syeikh Raja Ashman Shah Al-Haqqani Putera Sultan Azlan
Shah Perak Darul Ridzuan, Hadhrat Syeikh Muhammad
Kamal Bin Muhammad Syuhud Al-Khalidi Rumah Suluk
Changkat Chermin Batu Gajah, Hadhrat Syeikh Muhammad
‘Ali Rumah Suluk Pondok Upeh Balik Pulau dan Hadhrat
Syeikh Muhammad Hisham Al-Kabbani Khalifah Kanan
Hadhrat Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Qubrusi Al-
Haqqani Qaddasallahu Asrarahum.

Hamba juga menerima Tawajjuh khas secara Batin


dari sebilangan Para Masyaikh dan mengambil limpahan
Faidhz menerusi jalan Uwaisiyah, khususnya dari Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, Hadhrat Ghautsul Tsaqilain Qutubul Aqtab
Sultanul Aulia Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah
‘alaih, Hadhrat Shah Muhammad Bahauddin Naqshband
Bukhari Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Imam Rabbani
Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad
Qandahari Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Sultanul ‘Arifin
Maulana Syeikh Ismail Pulau Besar Rahmatullah ‘alaih.
Walaubagaimanapun pada hakikatnya, Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang telah memberikan daku
petunjuk dan Dialah yang telah mengeluarkan daku dari
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
94
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kegelapan kepada cahaya dan Dialah Tuhan yang sentiasa
memeliharaku dan mengajariku dan memberikan
TawajjuhNya serta melimpahkan limpahan FaidhzNya
terhadapku.

Daku dilahirkan pada 12 Jun 1973 Masihi bersamaan 1


Jamadil Awwal 1392 Hijriyah di Ipoh, Perak dan merupakan
anak yang ketiga dari 3 orang adik-beradik sesudah abangku
Jamalluddin dan kakakku Jamaliah. Ketika berusia 3 tahun
keluargaku telah berpindah ke Taiping, Perak. Ayahku
bernama Noordin bin Haji ‘Abdur Rahim dari keturunan Rao
atau Rawa yang berasal dari Tanah Sumatera di Pagar
Ruyung lalu berhijrah ke Teluk Intan, Perak. Datukku Haji
‘Abdur Rahim adalah seorang ‘Ulama di Hilir Perak yang
bertanggungjawab mendidik dan mentarbiyah pengetahuan
Agama Islam kepada Raja Muda Perak di Madrasahnya di
Teluk Intan sebelum ditabalkannya menjadi Sultan Perak.
Antara yang telah menerima didikannya adalah Al-Marhum
Sultan Yusuf Syah dan Al-Marhum Sultan Idris Syah.
Silsilah keturunan Rawa datukku sampai kepada Tahan.

Ibuku bernama Wan Siti Halijah, bapanya bernama


‘Abdur Rahman dan ibunya bernama Wan Siti Aminah dan
ibunya bernama Wan Siti ‘Aisyah dan merupakan keturunan
Puteri Saadong yang berasal dari Kelantan, ayahandanya
bernama Raja Loyor, putera kepada Nik Jamaluddin, putera
kepada Wan ‘Abdul Muzaffar, putera kepada Wan Abu
‘Abdullah atau digelar Wan Bo atau digelar Maulana Asy-
Syeikh Israil, putera kepada ‘Ali Nurul ‘Alam atau digelar
Patih Aria Gajah Mada atau digelar Sultan Qumbul dan
beliau adalah putera kepada Hadhrat Maulana Sayyid
Hussain Jamaluddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaihi hasil
daripada perkahwinannya dengan Puteri Syahirah atau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
95
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
digelar Puteri Selindung Bulan dari negeri Kelantan Cermin
Jeddah Serambi Mekah. Keturunan ibuku adalah dari
Hadhrat Syeikh Sayyid Jamaluddin Al-Kubra yang telah
datang dari Tanah Hindi ke Nusantara untuk menyebarkan
Dakwah Islamiyah khususnya Aceh, Pasai dan Perlak di
Sumatera, Kedah, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan dan
Pattani di Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Champa,
Selatan Filipina dan Tanah Jawa.

Silsilah keturunan beliau sampai kepada Hadhrat


Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
seperti berikut:
Syeikh Sayyid Jamaluddin Al-Kubra bin Sayyid Shah
Ahmad Jalalluddin bin Sayyid Shah ‘Abdullah bin Sayyid
‘Abdul Malik bin Sayyid ‘Alwi Hadhramaut bin Sayyid
Muhammad bin Sayyid ‘Ali bin Sayyid ‘Alwi bin Sayyid
Muhammad bin Sayyid ‘Alwi bin Sayyid ‘Ubaidillah bin
Sayyid Ahmad Muhajir bin Sayyid ‘Isa Syakar bin Sayyid
Muhammad bin Sayyid ‘Ali bin Sayyid Ja’afar As-Sadiq bin
Sayyid Muhammad Baqir bin Sayyid ‘Ali Zainal ‘Abidin bin
Hadhrat Imam Hussain putera kepada Hadhrat Sayyidina
‘Ali Karramallahu Wajhah dan Hadhrat Sayyidatun Nisa
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra puteri Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Ayahku meninggal dunia ketika daku berusia 8 tahun


dan ibuku mengasuh serta mendidikku dengan ‘Ilmu
Syari’at dan mengajarkanku Al-Quran serta Solat. Ibuku juga
telah menghantarku ke sekolah Agama dan sekolah
Akademik untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu
akademik kerana keperluan terhadap ilmu-ilmu tersebut
amat besar dalam kehidupan duniawi. Daku gemar
membaca buku-buku dan kitab-kitab semenjak kecil dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
96
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ibuku selalu membacakan kitab Qisasul Anbiya dan
Manaqib Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani
Rahmatullah ‘alaih kepadaku dan daku pula amat gemar
membaca kitab Tazkiratul Auliya karangan Hadhrat Syeikh
Fariduddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaih.

Hamba yang faqir ini telah dikurniakan Nur Hidayah


dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai seorang Majzub
pada tahun 1991 Masihi ketika daku berusia 19 tahun. Daku
telah mengalami Jazbah untuk menuju ke Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikir yang banyak di dalam
hati. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengeluarkan diriku
dari Zulmat kepada Nur. Seterusnya menyedari
tanggungjawabku sebagai seorang Salik, daku telah keluar di
Jalan Allah dengan niat mengislahkan diri dan Mujahadah
selama 40 hari di Negeri Sembilan bersama Jemaah Dakwah
dan Tabligh. Dengan Hidayah dan ‘Inayah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, setelah kembali dari bertabligh di
Jalan Allah, hamba telah disampaikan ke Maqam Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Maulana Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih di
Pulau Besar, Melaka dibawa oleh seorang hamba Allah yang
bernama Muhammad Zakaria yang ada menyertaiku di
dalam jemaah ketika berada di Jalan Allah. Beliau begitu
ingin membawaku ke Pulau Besar lalu membawaku ke sana
dan dengan izin Allah daku tiba di Pulau Besar dengan
menaiki perahu bersamanya.

Setibanya di Pulau Besar, Melaka daku telah dibawa


ke Masjid lalu daku pun bersolat dua raka’at dan daku telah
dibai‘ahkan dengan dengan seorang Syeikh dari Silsilah
Qadiriyah yang dinisbatkan kepada Sultanul Auliya Hadhrat
Maulana Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih.
Daku diberikan awrad zikir Tariqat Qadiriyah untuk
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
97
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
diamalkan tanpa sempat daku bertanyakan nama Syeikh
tersebut dan kemudian daku dibawa ke maqam Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Maulana Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih.
Beliau adalah cicit kepada Hadhrat Maulana Syeikh ‘Abdul
Qadir Jailani Rahmatullah ‘alaih dan merupakan generasi ke-
14 keturunan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Salasilah keturunan beliau dari
bapanya adalah seperti berikut:
Syeikh Ismail bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin Syeikh
‘Abdul Jabbar bin Syeikh Salih bin Ghautsul A’zam Qutbul
Aqtab Sultanul Auliya Hadhrat Maulana Syeikh Muhyiddin
‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih bin Al-Imam
Sayyid Abi Saleh Musa Janki Dosti bin Al-Imam Sayyid
‘Abdullah bin Al-Imam Sayyid Yahya Az-Zahid bin Al-Imam
Sayyid Muhammad bin Al-Imam Sayyid Daud bin Al-Imam
Sayyid Musa bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah bin Al-Imam
Sayyid Musa Al-Jun bin Al-Imam Sayyid ‘Abdullah Al-
Mahdhi bin Al-Imam Sayyid Al-Hassan Al-Mutsanna bin Al-
Imam Sayyid Al-Hassan As-Sibthi bin Al-Imam Sayyidina
‘Ali Karramallahu Wajhahu dan Sayyidatun Nisa Fatimah
Az-Zahra binti Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih dilahirkan di


Baghdad pada hari Jumaat di antara waktu Maghrib dan
‘Isya iaitu 17 Rabi‘ul Awwal tahun 867 Hijrah. Ibunya
bernama Fatimah, seorang wanita yang Salihah di dalam
negeri Baghdad. Menurut riwayat yang tertulis di dalam
manaqibnya Tuhfatul Abrar, pada malam kelahirannya 116
bayi turut dilahirkan di dalam negeri Baghdad dan
kesemuanya dilahirkan sebagai Auliya Allah dan kesemua
bayi tersebut menjadi murid kepada Syeikh Ismail
Rahmatullah ‘alaih.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
98
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ketika dia berusia 3 tahun, penduduk Baghdad
menghadapi masalah menentukan tarikh permulaan
Ramadhan kerana anak bulan tidak kelihatan. Maka Syeikh
Ismail Rahmatullah ‘alaih yang pada masa itu masih anak
kecil berusia tiga tahun mengangkat tangan kanannya dan
dengan menggunakan jari kelingkingnya, beliau
mengisyarahkan ke arah anak bulan yang tidak kelihatan,
lalu anak bulan pun mulalah kelihatan. Ibunya dan semua
yang ada menyaksikan kejadian itu berasa takjub dan
tergamam dengan keajaiban itu dan bertambah kasih sayang
mereka kepada Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih.

Sewaktu Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih berusia 7


tahun dia telah mengikuti rombongan ahli penduduk
Baghdad menunaikan Haji di Baitullah dan setelah selesai
mengerjakan haji mereka pun pergi ke Madinah untuk
menziarahi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Menurut salah seorang yang
menyertai rombongan tersebut:
“Apabila kami telah sampai ke Raudhah yang mulia
untuk menziarah Maqam Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
mulia, kami dan anak tersebut (Syeikh Ismail Rahmatullah
‘alaih) pun mulalah membaca Al-Quran dan berdoa kepada
Allah dengan doa-doa yang baik-baik dan yang penting-
penting menurut Syari’at Muhammadiyah.

Kemudian kami terdengar suara dari belakang


Raudhah yang mulia dengan kata-kata berikut,
“Wahai anakku Ismail, hendaklah engkau bersafar
dengan mereka yang menyertai engkau ke Qutril Jawi
(Tanah Melayu Nusantara). Di kalangan mereka itu
terdapat saudara-saudaramu menerusi nasab keturunan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
99
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan kesemua mereka akan menuruti engkau.” Kami pun
bersyukur kepada Allah setelah mendengar kata-kata
tersebut dan kami pun kembali ke Baghdad.”

Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih dihiasi dengan


akhlak yang baik dan adab yang mulia di kalangan Para
Salihin. Dia pun mula mempelajari ilmu-ilmu Funun
sehingga menjadi seorang yang ‘Alim, penghafaz Al-Quran,
kuat beribadah, kuat bermujahadah dan memiliki berbagai
kelebihan. Ketika dia sudah meningkat dewasa, Allah
memberikannya ilham untuk hidup secara zuhud dan
melakukan ijtihad demi mengembangkan Agama Islam.
Beliau telah mendapat ilham dari Allah dan sekali lagi
berangkat menuju ke Raudhah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di
Madinah. Dia bersolat, membaca Al-Quran dan berdoa
kepada Allah Ta’ala memohon keizinan dariNya. Dengan
izin Allah, Dia memperlihatkan kedua tangan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang mulia terkeluar dari dinding maqamnya lalu
dia mendengar suara Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia
memanggilnya dengan berkata,
“Sejahtera ke atasmu wahai anakku Ismail,
berzuhudlah dan pergilah engkau dengan orang-orang
yang beserta engkau ke Tanah Jawi dan engkau hendaklah
menanggung dengan penuh kesabaran terhadap apa sahaja
dugaan yang akan datang dari sebarang kejahatan dan
keburukan dalam perjalanan itu dan kau akan sampai ke
sana. Berikanlah perkhabaran baik kepada Ummatku
dengan jalan-jalan petunjuk yang jelas. Hendaklah engkau
berkhemah di sebuah pulau yang mana terdapatnya

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


100
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sekumpulan Jin Ifrit yang durjana dan hendaklah engkau
menziarahi moyangmu di Baghdad.”

Setelah menerima wasiat tersebut dia pun meminta


izin dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian menziarahi kubur
neneknya Hadhrat Siti Fatimah Al-Batul Radhiyallahu ‘Anha
dan suaminya Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu
Wajhahu.

Kemudian dia menziarahi kesemua kubur Para


Masyaikh mengambil limpahan Faidhz dari mereka dalam
perjalanan pulangnya ke Baghdad dan berdoa ke Hadhrat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana terhasillah ilmu-ilmu
rahsia padanya dari setiap seorang Syeikh yang diziarahinya.
Setibanya di Baghdad dia pun menziarahi kubur moyangnya
iaitu Hadhrat Qutubul Aqtab Sultanul Auliya Syeikh ‘Abdul
Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih. Allah Subhanahu Wa
Ta’ala pun melimpahkan segala limpahan dan kemuliaan
serta ilmu Ma’rifat kepada Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih
sepertimana yang dilimpahkanNya kepada datuknya dan
memimpinnya ke jalan yang lurus.

Kemudian pada ketika usianya mencapai 33 tahun


iaitu pada tahun 900 Hijrah, Syeikh Ismail Rahmatullah
‘alaih pun berangkat menuju ke Tanah Jawi bersama 16
orang di dalam jemaahnya dan salah seorang dari mereka
adalah guru Syeikh Ismail iaitu Hadhrat Syeikh Yusuf As-
Siddiq Rahmatullah ‘alaih dan saudaranya iaitu Sayyid
Ibrahim Ibni ‘Abdul Qadir Rahmatullah ‘alaih. Mereka pun
belayar ke Tanah Melayu menaiki bahtera merentasi Lautan
Hindi sehingga mereka sampai ke Selat Melaka, mereka pun
berdiam di atas bahtera.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
101
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sesudah beberapa hari keberangkatan rombongan
Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih menuju ke Tanah Melayu,
sebuah rombongan penduduk Basrah seramai 11 orang pula
menuju ke Tanah Melayu dan kemudian serombongan orang
‘Arab seramai 13 orang menuju ke Tanah Melayu dan
sesudah sebulan, datang lagi 2 orang sehingga jumlah
mereka menjadi 43 orang.

Mereka kesemuanya bermastautin di sebuah pulau di


Selat Melaka yang terdapat sebuah bukit besar padanya.
Orang-orang Melayu memanggil pulau itu sebagai Pulau
Besar dan di sanalah Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih
menjalankan tugasnya menyebarkan Agama Islam. Beliau
merupakan seorang yang terhimpun padanya kesempurnaan
Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat, seorang ahli
mujahadah yang ikhlas dan menduduki maqam Sultanul
‘Arifin yakni sultan bagi sekelian Ahli Ma’rifat. Beliau wafat
pada malam 17 Rabi‘ul Awwal tahun 965 Hijrah dengan
meninggalkan dua orang anak perempuan yang Salihah dan
seorang anak lelaki yang Salih.

Nisbat Batin beliau adalah Naqshbandiyah dan beliau


memperolehi dari gurunya Hadhrat Maulana Syeikh Yusuf
As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih yang maqamnya juga berada
di Pulau Besar, Melaka bersebelahan dengan maqam
Sultanul ‘Arifin Hadhrat Maulana Syeikh Ismail
Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan seorang Syeikh
Tariqat Qadiriyah, Naqshbandiyah, Syattariyah dan
Chishtiyah. Dengan Taufiq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala
daku terus mengamalkan Zikir Jihri Awrad Qadiriyah yang
telah diberikan kepadaku sehingga mencapai Fana. Dengan
keberkatan limpahan Keruhanian Hadhrat Sultan Arifin

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


102
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syeikh Ismail Rahmatullah ‘alaih, inilah permulaan daku
menerima Nisbat Qadiriyah Naqshbandiyah.

Setelah mencapai maqam Fana atas jalan Zikir dan


Dakwah Tabligh, pada tahun 1992 Masihi, daku telah
diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk
berkhidmat kepada seorang Da’i dan Wali Allah yang
bernama Hadhrat Syeikh Habibullah Rahmatullah ‘alaih di
Sungai Besi dan kemudiannya di Seri Petaling, yang
merupakan markaz Dakwah dan Tabligh di Nusantara. Daku
bertemu dengannya sewaktu Cillah 40 hari jemaah jalan kaki
di Perak, dari Taiping ke Kuala Kangsar bersama dengan
jemaah jalan kaki setahun dari Karachi, Pakistan. Daku telah
berkhidmat kepadanya selama setahun lalu diberikan Taufiq
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk keluar berdakwah
tabligh selama 40 hari di Negeri Johor dan 40 hari di Medan,
Sumatera. Di samping itu daku juga giat menjalankan kerja-
kerja Maqami Jemaah Masjid dan menjalankan usaha
mengajak manusia keluar ke Jalan Allah di Kampung Aman,
Pokok Assam, Taiping, Perak. Membentuk jemaah dakwah
untuk menjalankan usaha di sekitar Pulau Pinang, Gombak,
Sungai Besi dan Seri Petaling. Kemudian daku berusaha
mengumpulkan perbelanjaan untuk keluar ke Jalan Allah
selama 4 bulan di benua Hindi iaitu 40 hari di negara India,
40 hari di Pakistan dan 40 hari di Bangladesh.

Pada tahun 1993 Masihi, sebelum hamba keluar 4


bulan di Jalan Allah ke negara India, Pakistan dan
Bangladesh untuk Islah dan mempelajari usaha Dakwah dan
Tabligh di sana, hamba telah di temukan dengan Hadhrat
Maulana Syeikh Raja Ashman Shah, Putera Sultan Azlan
Shah Negeri Perak Darul Ridzuan yang merupakan Khalifah
Hadhrat Maulana Syeikh Nazim ‘Adil Qubrusi Al-Haqqani
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
103
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bagi rantau Nusantara. Daku telah dibawa oleh seorang
hamba Allah yang juga merupakan saudaraku atas jalan
Tariqat yang bernama Muhammad Daud. Daku telah
berbai‘ah dengan Hadhrat Maulana Syeikh Raja Ashman
Shah dan menerima Nisbat Naqshbandiyah Haqqaniyah.

Kemudian daku pun berangkat ke India. Setelah 40


hari daku berada di India, daku telah berbai‘ah dengan Amir
Jemaah Tabligh iaitu Hadratji Maulana Syeikh In’amul
Hassan di Basti Nizamuddin, Delhi atas jalan Dakwah dan
Tabligh. Beliau merupakan salah seorang Syeikh Besar
Tariqat Chishtiyah. Di India daku telah berpeluang untuk
bersahabat dengan Para Masyaikh Chishtiyah dan daku juga
telah berpeluang menziarahi Maqam dan mengambil
limpahan Faidhz dari Hadhrat Maulana Syeikh Nizamuddin
Auliya Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Maulana Syeikh
Muhammad Ilyas Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
pengasas gerakan Jemaah Tabligh di India pada awal abad
ke 19 Masihi bersamaan abad ke 14 Hijrah.

Sekembali dari India, Allah Subhanahu Wa Ta’ala


telah menemukan daku dengan seorang Syeikh
Naqshbandiyah Khalidiyah yang bernama Hadhrat Syeikh
Muhammad ‘Abdullah Kamal Bin Muhammad Syuhud
Rahmatullah 'alaih. Daku telah berbai‘ah dengannya dan
menjalani suluk di bawah asuhannya di Rumah Suluk
Changkat Cermin di Batu Gajah, Perak dan Rumah Suluk
Pondok Upeh di Balik Pulau, Pulau Pinang. Menerusinya
daku telah menerima Nisbat Naqshbandiyah Khalidiyah.

Pada tahun 1994 Masihi, hamba telah diberikan Taufiq


oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk mendalami ilmu-
ilmu Syari’at. Daku telah ke Lahore, Pakistan untuk belajar di
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
104
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sebuah Madrasah yang bernama Al-Jami’ah Al-Ashrafiyah.
Di sana daku telah memulakan pengajian dengan menghafal
beberapa juzuk Al-Quran lalu mempelajari Nahwu, Saraf
dan Sighah Bahasa Arab, Bahasa Farsi, Adab Kesusasteraan
Arab dan Farsi, Mantiq, Balaghah dan Ma’ani, Fiqah dan
Usul Fiqah Mazhab Hanafi dan Syafi’i, terjemahan dan Tafsir
Al-Quran dari guruku yang bernama Hadhrat Maulana
Ahmad ‘Ali Al-Ashrafi dan Hadhrat Maulana Muhammad
Zahid Al-Ashrafi. Daku mempelajari Kitab Hidayah Ilmu
Fiqah Hanafiyah dari guruku Hadhrat Maulana Qari
Imtiazur Rahman Thanwi Sahib yang mana sempat daku
bertemu dengannya di dalam Masjidil Haram di Tanah Suci
Mekkah ketika menunaikan Umrah pada 1 Jamadil Awwal
1429 Hijriyah. Daku mempelajari Ilmu Hadits dari guruku
Hadhrat Maulana Muhammad Zubair Ar-Ruhani Al-Bazi
yang merupakan putera sulung Syaikhul Hadits Hadhrat
Maulana Syeikh Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
Rahmatullah ‘alaih, semoga Allah mengharumkan kuburnya
sehingga ke Hari Qiyamat. Daku mempelajari Fiqah Mazhab
Syafi’i dari sahabatku yang bernama Hadhrat Maulana
Syarifuddin Qasim, seorang yang Hafiz Al-Quran yang
‘Alim lagi Wara’.

Adapun sewaktu hamba berada di Pakistan pada


bulan Syawal 1420 Hijrah bersamaan dengan tahun 1998
Masihi, sekembalinya daku dari bertabligh di Jalan Allah,
hamba telah bermohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
agar ditemukan dengan seorang Syeikh yang sempurna
mengamalkan Syari’at Nabawiyah dan Tariqat
Naqshbandiyah, yang telah mencapai Hakikat dalam
Ma’rifat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dapat
membawaku ke Maqam Musyahadah. Setelah hal urusanku
ini terhitung di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka daku
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
105
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
telah di bawa ke bawah telapak kaki Hadhrat Syaikhul
Masyaikh Khwajah Khwajagan Qutub Dauran Maulana
Khwajah Khan Muhammad Sahib di Khanqah Sirajiah,
Kundiyan, Mianwali, Pakistan. Daku telah
memperbaharukan Bai‘ah dan beliau mentalqinkan kalimah
Ismu Zat serta pengetahuan Tariqat Naqshbandiyah
Mujaddidiyah. Menerusi beliau daku memperolehi Nisbat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Sewaktu tempoh pengajianku di Al-Jami’ah Al-


Ashrafiyah Lahore, daku telah berpeluang bersuhbah,
berkhidmat dan mengambil limpahan Faidhz dari ramai
Para Masyaikh Auliya serta ‘Ulama Tafsir dan Hadits seperti
Hadhrat Maulana Syeikh Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Maulana Sufi Muhammad
Sarwar Sahib, Hadhrat Maulana ‘Abdur Rahman Ashrafi
Sahib, Hadhrat Maulana ‘Ubaidullah Ashrafi Sahib, Maulana
Fazlur Rahim Ashrafi Sahib, Haji ‘Abdul Wahab, Maulana
Sa’id Ahmad Khan, Maulana Jamshed, Maulana Nazirur
Rahman, Maulana Ihsan, Maulana Muhammad Akram
Kashmiri Sahib, Maulana Muhammad Baqi Billah Sahib dan
berpeluang menziarahi maqam Hadhrat Data Ganj Syeikh
‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi Rahmatullah ‘alaih
dan Hadhrat Maulana Ahmad ‘Ali Lahori Rahmatullah
‘alaih.

Daku juga telah berkesempatan mengambil Faidhz


dari Maqam Hadhrat Aqdas Maulana Muhammad ‘Abdullah
Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat A’la Maulana Abu Sa’ad
Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih di Khanqah Sirajiah dan
daku juga berkesempatan mengambil Faidhz dari Maqam
Hadhrat Khwajah Haji Muhammad Sirajuddin Rahmatullah
‘alaih, Hadhrat Khwajah Muhammad ‘Utsman Damani
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
106
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Khwajah Haji Dost
Muhammad Qandahari Rahmatullah ‘alaih di Musa Zai
Syarif, Pakistan.

Setelah daku berbai’ah dengan Hadhrat Syeikhul


Masyaikh Khwajah Khwajahgan Maulana Khwajah Khan
Muhammad Sahib di Khanqah Sirajiah, daku sentiasa cuba
melapangkan masaku untuk bersuhbah dengan beliau
meskipun perjalananku dari Jamiah Ashrafiyah di Lahore ke
Khanqah Sirajiah memakan masa perjalanan sehari atau
semalam suntuk.

Pada setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan ketika


cuti pengajian di Jamiah, daku sering ke Khanqah Sirajiah
untuk bersuhbah bersama Hadhrat Syeikhul Masyaikh
Khwajah Khwajahgan Maulana Khwajah Khan Muhammad
Sahib di Khanqah Sirajiah sehingga Hari Raya ‘Aidil Fitri.
Pada malamnya beliau turut bersama jemaah menunaikan
Solat Tarawih dengan mendengar bacaan Al-Quran
sebanyak tiga juzuk pada setiap malam yang mengambil
masa lebih kurang tiga jam untuk disempurnakan.

Selepas Solat Subuh, beliau menjalankan majlis zikir


Khatam Khwajahgan, pembacaan kitab-kitab Tariqat
Tasawwuf Naqshbandiyah khususnya Maktubat Imam
Rabbani Mujaddid Alf Tsani Hadhrat Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih dan Malfuzat Qutub Rabbani
Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘alaih, kemudian beliau dan para jemaah akan bermuraqabah
sehingga ke waktu Ishraq lebih kurang dalam lima belas
minit dan setelah itu beliau akan pulang ke rumahnya untuk
bersarapan pagi jika bukan dalam bulan Ramadhan. Hadhrat
Syeikhul Masyaikh Khwajah Khwajagan Maulana Khwajah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
107
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khan Muhammad Sahib datang kembali ke Khanqah
sesudah sarapan untuk bersuhbah dengan Para Muridnya
sehingga ke tengahari dan beliau akan kembali ke rumahnya
untuk makan tengahari. Beliau akan berehat sebentar
sementara menantikan waktu Zohor dan apabila masuknya
waktu Solat, beliau akan datang ke Masjid untuk mengimami
Solat Zohor dan sesudah Solat, beliau akan menjalankan
majlis Zikir Khatam Imam Rabbani dan sesudah itu kembali
ke Khanqah untuk bersuhbah dengan Para Muridnya
sehinggalah masuk waktu ‘Asar.

Apabila masuk waktu ‘Asar, beliau akan sekali lagi


mengimami Solat ‘Asar dan sesudah Solat, beliau sekali lagi
memimpin majlis zikir Khatam Khwajahgan dan menyemak
pembacaan kitab-kitab Tariqat dan Tasawwuf oleh murid-
muridnya sehinggalah ke waktu Maghrib. Sesudah bersolat
Maghrib secara berjemaah, beliau akan kembali ke rumahnya
untuk menikmati hidangan makan malam dan kembali ke
masjid untuk bersolat Isyak bersama jemaah.

Selepas Solat Isyak, beliau akan bersuhbah dengan


Para Murid sehingga hampir lewat malam dan jika dalam
bulan Ramadhan, beliau akan bersolat Tarawih bersama
jemaah sebanyak 23 rakaat beserta Solat Witir dengan
mendengarkan pembacaan tiga juzuk dari Al-Quran pada
setiap malam. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan
dan keupayaan untuk melakukan amalan yang Salih
sepertimana Para Masyaikh. Segala peningkatan Ruhani dan
Warid yang terhasil adalah dengan berkat Tawajjuh dari
Hadhrat Syeikh menerusi Suhbahku dengannya, dan
menerusi keberkatan dan Tawajjuh dari Hadhrat Shah
Naqshband dan Para Masyaikh, faqir telah menerima nisbat
Naqshbandiyah Qadiriyah, Naqshbandiyah Haqqaniyah,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
108
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Naqshbandiyah Khalidiyah, Naqshbandiyah Mujaddidiyah
dan Naqshbandiyah Uwaisiyah.

Khulasahnya, hamba yang faqir haqir ini telah


berbai’ah mengambil Silsilah ‘Aliyah Zahabiyah Tariqah
Naqshbandiyah ini menerusi tiga jalan sebagaimana yang
akan dinyatakan seperti berikut:

Yang pertamanya, hamba yang faqir haqir di bawah


telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-apa lagi miskin
Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin Ar-Rowi semoga di
ampunkan keduanya ini telah berbai’ah mengambil Silsilah
‘Aliyah Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Khalidiyah
Haqqaniyah dari gurunya Hadhrat Syeikhul Rabbani Raja
Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah Darul Ridzuan Mudda
Zilluhumul ‘Ali di Khanqah Haqqaniyah, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Muhammad Nazim ‘Adil Al-Qubrusi Al-Haqqani Mudda
Zilluhumul ‘Ali dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
‘Abdullah Ad-Daghistani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Sharafuddin Ad-
Daghistani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh
Sultanul Awliya Syeikh Abu Muhammad Al-Madani
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Abu Ahmad As-Sughuri Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh
Sultanul Awliya Syeikh Jamaluddin Al-Ghumuqi
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
109
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Muhammad Afandi Al-Yaraghi Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Khas Muhammad
Shirwani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya
Syeikh Isma’il Muhammad Shirwani Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Awliya Syeikh Khalid Baghdadi
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab
Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘Alaih di Dehli.

Yang keduanya, hamba yang faqir haqir di bawah


telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-apa lagi miskin
Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin Ar-Rowi semoga di
ampunkan keduanya ini juga telah berbai’ah mengambil
Silsilah ‘Aliyah Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah
Khalidiyah dari gurunya Hadhrat Syeikh Syuyukh ‘Abdullah
Kamal Ash-Shuhudi Rahmatullah ‘Alaih di Rumah Suluk
Changkat Chermin, Batu Gajah, Perak dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikh Muhammad
Ja’afar Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Syeikh Muhammad Tayyib
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikh Muhammad Yahya Rahmatullah
‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikh ‘Abdullah Hilmi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikh Khalil Bashah
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikh Yahya Ad-Daghistani Rahmatullah
‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari Hadhrat Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
110
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Abdullah Afandi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Awliya Syeikh Khalid Baghdadi Rahmatullah ‘Alaih
dan beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Maulana Shah
‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih di Dehli.

Yang ketiganya, hamba yang faqir haqir di bawah


telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-apa lagi miskin
Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin Ar-Rowi semoga di
ampunkan keduanya ini telah berbai’ah mengambil Silsilah
‘Aliyah Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubuz-Zaman
Maulana Abul Khalil Khan Muhammad Sahib Mudda
Zilluhumul ‘Ali di Khanqah Sirajiah, Kundiyan Syarif,
Mianwali, Pakistan, dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Dauran
Maulana Muhammad ‘Abdullah Rahmatullah ‘Alaih di
Khanqah Sirajiah dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul A’la
Maulana Abu Sa’ad Ahmad Khan Rahmatullah ‘Alaih di
Khanqah Sirajiah dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubun Nas Wal
Jan Maulana Muhammad Sirajuddin Rahmatullah ‘Alaih di
Musa Zai Syarif, Pakistan dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul
Dauran Maulana Muhammad ‘Utsman Rahmatullah ‘Alaih
di Musa Zai Syarif dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Wali Haji
Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah ‘Alaih di Musa
Zai Syarif dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Dauran Maulana
Shah Ahmad Sa’id Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih di Dehli,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
111
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
India dan beliau telah mengambilnya dari ayahnya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubuz-Zaman Maulana Shah Abu
Sa’id Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Aqtab Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih di Dehli.

Ketiga-tiga Silsilah hamba ini bertemu pada Hadhrat


Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Maulana Shah
‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih.

Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab


Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘Alaih telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Awliya Maulana Mirza Mazhar Jan
Janan Syahid Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Samadani Maulana Sayyid Nur Muhammad
Budayuni Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Dauran Maulana Syeikh Saifuddin Rahmatullah
‘Alaih serta mengambil Istifadah dari Hadhrat Hafiz
Muhammad Muhsin Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Wara’ ‘Urwatil Wutsqa Muhammad Ma’sum
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
ayahnya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab
Ghawts Faidhzani Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘Alaih di Sirhind dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Wilayah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul ‘Ali
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
112
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khwajah Amkangi Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Irshad Maulana Darwish Muhammad
Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul ‘Abid Maulana Muhammad Zahid Rahmatullah
‘Alaih di Turkistan dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Abrar
Maulana ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan
dan beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Rabbani Maulana Ya’aqub
Charkhi Rahmatullah ‘Alaih di Khurasan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Abrar Syeikh ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah ‘Alaih
di Bukhara dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Shah
Bahauddin Naqhband Al-Uwaisi Rahmatullah ‘Alaih di
Bukhara dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Maqam Wal Hal
Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘Alaih di Bukhara dan
menerimanya secara Uwaisiyah dari Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Aqtab Syeikh ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Samadani Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah
‘Alaih di Bukhara dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Faidhzani
‘Azizan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Abrar Mahmud Anjir Faghnawi
Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul ‘Arifin Khwajah ‘Arif Riwagari di Turkistan dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
113
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Aqtab Sultanul Awliya Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan
dan beliau telah menerimanya secara Uwaisiyah dari
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Abul ‘Abbas Khidhir
‘Alaihissalam di Fars dan mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Samadani Syeikh
Yusof Hamdani Rahmatullah ‘Alaih di Fars dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Qutubul Ifrad Syeikh Abu ‘Ali
Faramadi Rahmatullah ‘Alaih di Fars dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Awliya Syeikh Abul Hassan ‘Ali Kharqani
Rahmatullah ‘Alaih di Fars dan beliau telah mengambilnya
dengan cara Uwaisiyah dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul ‘Arifin Syeikh Abu Yazid Bistami
Rahmatullah ‘Alaih di Fars. Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul ‘Arifin Syeikh Abu Yazid Bistami Rahmatullah
‘Alaih telah mengambilnya dengan cara Uwaisiyah dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Siddiqin
Imam Ja’afar Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya juga datuknya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Solihin Imam Qasim Bin
Muhammad Bin Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhum
dan beliau telah mengambilnya dari Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Asfiya Sahibi Rasulullah Sayyidina
Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya juga Sahabatnya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Ummah Khalifah Rasulullah
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu di
Madinah Munawwarah dan beliau telah menerimanya dari
gurunya juga Sahabatnya Hadhrat Syafi’ul Muznibin
Rahmatan Lil ‘Alamin Imamul Anbiya Wal Mursalin
Sayyidina Wa Maulana Muhammad ‘Abdullah Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
114
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Jabal Thur, Mekkah dan
baginda telah menerimanya dari Hadhrat Jibril Al-Amin
‘Alaihissalam di Jabal Nur, Mekkah dan beliau telah
menerimanya dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala Jalla Jalaluhu.

Ya Allah, Rahmatilah kami dan kurniakanlah Kasih


Sayang dan Makrifat serta Jam'iyat Zahir dan Batin serta
‘Afiyat di Dunia dan Akhirat dan Lautan Kesempurnaan dari
Limpahan Faidhz dan keberkatan sekelian Para Masyaikh
ini. Ya Allah Tuhan Pemelihara kami, wafatkanlah kami
sebagai orang-orang Muslimin dan himpunkanlah kami
bersama orang-orang yang Salihin.

Segala puji bagi Allah di atas segala nikmat ini; Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


115
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PENDIRI TARIQAT
NAQSHBANDIYAH
BELIAU adalah Imam Tariqat Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Sayyid Shah Muhammad Bahauddin
Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih,
dilahirkan pada bulan Muharram tahun 717 Hijrah
bersamaan 1317 Masihi iaitu pada abad ke 8 Hijrah
bersamaan dengan abad ke 14 Masihi di sebuah
perkampungan bernama Qasrul ‘Arifan berdekatan Bukhara.

Beliau menerima pendidikan awal Tariqat secara


Zahir dari gurunya Hadhrat Sayyid Muhammad Baba As-
Sammasi Rahmatullah ‘alaih dan seterusnya menerima
rahsia-rahsia Tariqat dan Khilafat dari Syeikhnya, Hadhrat
Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih. Beliau menerima
limpahan Faidhz dari Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi Hadhrat Khwajah
Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih yang telah 200 tahun mendahuluinya secara
Uwaisiyah.

Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata:

Pada suatu hari aku dan sahabatku sedang


bermuraqabah, lalu pintu langit terbuka dan gambaran
Musyahadah hadir kepadaku lalu aku mendengar satu suara
berkata,
“Tidakkah cukup bagimu untuk meninggalkan mereka
yang lain dan hadir ke Hadhrat Kami secara berseorangan?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


116
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Suara itu menakutkan daku hingga menyebabkan
daku lari keluar dari rumah. Daku berlari ke sebuah sungai
dan terjun ke dalamnya. Daku membasuh pakaianku lalu
mendirikan Solat dua raka’at dalam keadaan yang tidak
pernah daku alami, dengan merasakan seolah-olah daku
sedang bersolat dalam kehadiranNya.

Segala-galanya terbuka dalam hatiku secara Kashaf.


Seluruh alam lenyap dan daku tidak menyedari sesuatu yang
lain melainkan bersolat dalam kehadiranNya.

Aku telah ditanya pada permulaan penarikan


tersebut,
“Mengapa kau ingin memasuki jalan ini?”

Aku menjawab,
“Supaya apa sahaja yang aku katakan dan kehendaki
akan terjadi.”

Aku dijawab,
“Itu tidak akan berlaku. Apa sahaja yang Kami
katakan dan apa sahaja yang Kami kehendaki itulah yang
akan terjadi.”

Dan aku pun berkata,


“Aku tidak dapat menerimanya, aku mesti diizinkan
untuk mengatakan dan melakukan apa sahaja yang aku
kehendaki, ataupun aku tidak mahu jalan ini.”

Lalu daku menerima jawapan,


“Tidak! Apa sahaja yang Kami mahu ianya
diperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahu ianya
dilakukan itulah yang mesti dikatakan dan dilakukan.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
117
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dan daku sekali lagi berkata,
“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku
lakukan adalah apa yang mesti berlaku.”

Lalu daku ditinggalkan keseorangan selama lima


belas hari sehingga daku mengalami kesedihan dan tekanan
yang hebat, kemudian daku mendengar satu suara,
“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau mahukan,
Kami akan berikan.”

Daku amat gembira lalu berkata,


“Aku mahu diberikan suatu jalan Tariqat yang akan
menerajui sesiapa jua yang menempuhnya terus ke Hadhrat
Yang Maha Suci.” Dan daku telah mengalami Musyahadah
yang hebat dan mendengar suara berkata,
“Dikau telah diberikan apa yang telah dikau minta.”

Beliau telah menerima limpahan Keruhanian dan


prinsip dasar Tariqat Naqshbandiyah dari Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang
terdiri dari lapan perkara iaitu:

Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat,


Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan,
Khalwat Dar Anjuman.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah


menambah tiga lagi prinsip menjadikannya sebelas iaitu:

Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


118
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah
berkata,
“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan
merupakan ‘Urwatil Wutsqa (Pegangan Kukuh), dengan
berpegang teguh secara sempurna dan menuruti Sunnah
Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa
daku ke jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal hingga ke
akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan
kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami, dengan amal
yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan terbuka dengan
menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu
‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih


mempunyai dua orang Khalifah besar iaitu Hadhrat
Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat
Khwajah Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih, pengarang
kitab Risalah Qudsiyyah.

Dia adalah ibarat lautan ilmu yang tak bertepi dan


dianugerahkan dengan mutiara-mutiara hikmah dari Ilmu
Laduni. Dia menyucikan hati-hati manusia dengan lautan
amal kebaikan. Dia menghilangkan haus sekelian Ruh
dengan air dari pancuran Ruhaniahnya.

Dia amat dikenali oleh sekelian penduduk di langit


dan di bumi. Dia ibarat bintang yang bergemerlapan yang
dihiasi dengan mahkota petunjuk. Dia mensucikan Ruh-Ruh
manusia tanpa pengecualian menerusi nafasnya yang suci.
Dia memikul cahaya Kenabian dan pemelihara Syari’at
Muhammadiyah serta rahsia-rahsia MUHAMMADUR
RASULULLAH.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
119
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Cahaya petunjuknya menerangi segala kegelapan
kejahilan Raja-raja dan orang awam sehingga mereka pun
datang berdiri di pintu rumahnya. Cahaya petunjuknya juga
meliputi seluruh Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Dia
adalah Ghauts, Sultanul Auliya dan rantai bagi sekelian
permata Ruhani.

Semoga Allah Merahmatinya Dan Mengurniakan


Limpahan Faidhznya Yang Berkekalan Kepada Kita. Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


120
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KEKHUSUSAN TARIQAT
NAQSHBANDIYAH
HADHRAT Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
salah seorang dari Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah
telah berkata di dalam surat-suratnya yang terhimpun di
dalam Maktubat Imam Rabbani,
“Ketahuilah bahawa Tariqat yang paling Aqrab dan
Asbaq dan Aufaq dan Autsaq dan Aslam dan Ahkam dan
Asdaq dan Aula dan A’la dan Ajal dan Arfa’ dan Akmal dan
Ajmal adalah Tariqah ‘Aliyah Naqshbandiyah, semoga Allah
Ta’ala mensucikan roh-roh ahlinya dan mensucikan rahsia-
rahsia Para Masyaikhnya. Mereka mencapai darjat yang
tinggi dengan berpegang dan menuruti Sunnah Baginda
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menjauhkan dari
perkara Bida’ah serta menempuh jalan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka berjaya mencapai kehadiran
limpahan Allah secara berterusan dan syuhud serta
mencapai maqam kesempurnaan dan mendahului mereka
yang lain.”

Adapun Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani


Rahmatullah ‘alaih telah menerangkan kelebihan dan
keunggulan Tariqah Naqshbandiyah dengan beberapa lafaz
yang ringkas dan padat adalah menerusi pengalaman
keruhaniannya. Beliau merupakan seorang pembaharu
agama (Mujaddid/Reformer) pada abad ke 11 Hijrah.
Sebelum beliau menerima Silsilah Naqshbandiyah beliau
telah menempuh beberapa jalan Tariqat seperti Chishtiyah,
Qadiriyah, Suhrawardiyah, Kubrawiyah dan beberapa

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


121
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tariqat yang lain dengan cemerlang serta memperolehi
Khilafah dan Sanad Ijazah. Beliau telah menerima Tariqat
Silsilah ‘Aliyah Khwajahganiyah Naqshbandiyah dari
gurunya Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘alaih.

Beliau telah berpendapat bahawa dari kesemua jalan


Tariqat, yang paling mudah dan paling berfaedah adalah
Tariqat Naqshbandiyah dan telah memilihnya serta telah
menunjukkan jalan ini kepada para penuntut kebenaran.

“Allahumma Ajzahu ‘Anna Jaza An Hasanan Kafiyan


Muwaffiyan Li Faidhanihil Faidhi Fil Afaq”

Terjemahan: “Wahai Allah, kurniakanlah kepada kami


kurnia yang baik, cukup lagi mencukupkan dengan
limpahan faidhznya yang tersebar di Alam Maya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Bukhari


Rahmatullah ‘alaih telah bersujud selama lima belas hari di
hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan penuh hina
dan rendah diri, berdoa memohon kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala agar ditemukan dengan jalan Tariqat yang mudah
dan senang bagi seseorang hamba bagi mencapai Zat Maha
Esa. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengkabulkan
doanya dan menganugerahkan Tariqat yang khas ini yang
masyhur dengan nisbat Naqshband atau digelar
Naqshbandiyah.

Naqsh bererti lukisan, ukiran, peta atau tanda dan


Band pula bererti terpahat, terlekat, tertampal atau terpateri.
Naqshband pada maknanya bererti “Ukiran yang terpahat”
dan maksudnya adalah mengukirkan kalimah Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
122
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala di hati sanubari sehingga ianya benar-
benar terpahat di dalam pandangan mata hati yakni
pandangan Basirah. Adalah dikatakan bahawa Hadhrat Shah
Naqshband tekun mengukirkan Kalimah Allah di dalam
hatinya sehingga ukiran kalimah tersebut telah terpahat di
hatinya. Amalan zikir seumpama ini masih diamalkan dalam
sebilangan besar Tariqat Naqshbandiyah iaitu dengan
menggambarkan Kalimah Allah dituliskan pada hati
sanubari dengan tinta emas atau perak dan membayangkan
hati itu sedang menyebut Allah Allah sehingga lafaz Allah
itu benar-benar terpahat di lubuk hati.

Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah ini dinisbatkan


kepada Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radhiyallahu ‘Anhu yang mana telah disepakati oleh
sekalian ‘Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai sebaik-
baik manusia sesudah Para Nabi ‘Alaihimus Solatu
Wassalam. Asas Tariqat ini adalah seikhlas hati menuruti
Sunnah Nabawiyah dan menjauhkan diri dari segala jenis
Bida’ah merupakan syarat yang lazim.

Tariqat ini mengutamakan Jazbah Suluk yang mana


dengan berkat Tawajjuh seorang Syeikh yang sempurna akan
terhasillah kepada seseorang penuntut itu beberapa Ahwal
dan Kaifiat yang dengannya Zauq dan Shauq penuntut itu
bertambah, merasakan kelazatan khas zikir dan ibadat serta
memperolehi ketenangan dan ketenteraman hati. Seseorang
yang mengalami tarikan Jazbah disebut sebagai Majzub.

Dalam Tariqat Naqshbandiyah ini, penghasilan


Faidhz dan peningkatan darjat adalah berdasarkan
persahabatan dengan Syeikh dan Tawajjuh Syeikh.
Bersahabat dengan Syeikh hendaklah dilakukan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
123
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sebagaimana Para Sahabat berdamping dengan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Murid hendaklah bersahabat dengan Syeikh dengan penuh
hormat. Sekadar mana kuatnya persahabatan dengan Syeikh,
maka dengan kadar itulah cepatnya seseorang itu akan
berjalan menaiki tangga peningkatan kesempurnaan
Ruhaniah. Kaedah penghasilan Faidhz dalam Tariqat ini
adalah sepertimana Para Sahabat menghadiri majlis Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Dengan hanya duduk bersama-sama menghadiri


majlis Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang berkat dengan hati yang benar dan ikhlas
serta penuh cinta biarpun hanya sekali, orang yang hadir itu
akan mencapai kesempurnaan iman pada maqam yang
tertinggi. Begitulah keadaannya apabila seseorang itu hadir
dan berkhidmat dalam majlis Hadharat Naqshbandiyah,
dengan hati yang benar dan ikhlas, orang yang hadir itu
akan dapat merasakan maqam Syuhud dan ‘Irfan yang
hanya akan diperolehi setelah begitu lama menuruti jalan-
jalan Tariqat yang lain.

Kerana itulah Para Akabirin Naqshbandiyah


Rahimahumullah mengatakan bahawa,
“Tariqat kami pada ‘Ain hakikatnya merupakan
Tariqat Para Sahabat”.

Dan dikatakan juga,


“Dar Tariqah Ma Mahrumi Nest Wa Har Keh
Mahrum Ast Dar Tariqah Ma Na Khwahad Aamad.” Yang
bermaksud, “Dalam Tariqat kami sesiapa pun tidak
diharamkan dan barangsiapa yang telah diharamkan dalam
Tariqat kami pasti tidak akan dapat datang.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
124
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yakni barangsiapa yang menuruti Tariqat kami, dia
takkan diharamkan dari menurutinya dan barangsiapa yang
Taqdir Allah semenjak azali lagi telah diharamkan dari
menuruti jalan ini, mereka itu sekali-kali takkan dapat
menurutinya.

Di dalam Tariqat Naqshbandiyah, Dawam Hudhur


dan Agahi (sentiasa berjaga-jaga) menduduki maqam yang
suci yang mana di sisi Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim
Ajma’in dikenali sebagai Ihsan dan menurut istilah Para
Sufiyah ianya disebut Musyahadah, Syuhud, Yad Dasyat
atau ‘Ainul Yaqin. Ianya merupakan hakikat:

“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau


melihat Nya”.

Semoga Allah Mengurniakan Kita Taufiq.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


125
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PERKEMBANGAN TARIQAT
NAQSHBANDIYAH
ADAPUN gelaran nama Naqshbandiyah ini mula masyhur
di zaman Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih. Menurut Hadhrat Syeikh Najmuddin Amin Al-Kurdi
Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Tanwirul Qulub
bahawa nama Tariqat Naqshbandiyah ini berbeza-beza
menurut zaman.

Di zaman Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq


Radhiyallahu ‘Anhu sehingga ke zaman Hadhrat Syeikh
Taifur Bin ‘Isa Bin Abu Yazid Bustami Rahmatullah ‘alaih
dinamakan sebagai Siddiqiyah dan amalan khususnya
adalah Zikir Khafi.

Di zaman Hadhrat Syeikh Taifur bin ‘Isa bin Abu


Yazid Bustami Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman
Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dinamakan Taifuriyah dan
tema khusus yang ditampilkan adalah Cinta dan Ma’rifat.

Kemudian di zaman Hadhrat Khwajah Khwajahgan


‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sehingga ke
zaman Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah Shah
Muhammad Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah
‘alaih Tariqat ini dinamakan sebagai Khwajahganiyah. Pada
zaman tersebut Tariqat ini telah diperkuatkan dengan lapan
prinsip asas Tariqat iaitu Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah
Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam,
Safar Dar Watan dan Khalwat Dar Anjuman.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


126
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian pada zaman Hadhrat Imam At-Tariqah
Khwajah Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Bukhari
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Khwajah
‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ini mulai
masyhur dengan nama Naqshbandiyah. Hadhrat Imam At-
Tariqah Khwajah Shah Muhammad Bahauddin Naqshband
Rahmatullah ‘alaih telah menambah tiga asas sebagai
penambahan dari Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih iaitu Wuquf Qalbi,
Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.

Pada zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar


Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Mujaddid
Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih
Tariqat ini dikenali dengan nama Ahrariyah sehinggalah ke
zaman Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘alaih.

Bermula dari zaman Hadhrat Mujaddid Alf Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini
mula dikenali sebagai Mujaddidiyah dan ilmu tentang
Lataif Fauqaniyah dan Daerah Muraqabah pun
diperkenalkan. Semenjak itu Tariqat ini mulai dikenali
dengan nama Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah
ke zaman Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Syahid
Rahmatullah ‘alaih.

Kemudian Tariqat ini dikenali dengan nama


Mazhariyah sehingga ke zaman Hadhrat Qutub Al-Auliya
Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih.

Pada zaman Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah


‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, seorang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
127
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syeikh dari Baghdad yang bernama Hadhrat Syeikh
Dhziauddin Muhammad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-
Baghdadi Rahmatullah ‘alaih telah datang ke Delhi
sekembalinya beliau dari Makkah untuk berbai’ah dengan
Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih setelah beliau menerima isyarah
dari Ruhaniah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mengambil
Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini dan beliau
telah membawanya ke negara Timur Tengah.

Hadhrat Syeikh Dhziauddin Muhammad Khalid


‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih mula
memperkenalkan amalan Suluk iaitu Khalwat Saghirah dan
Tariqat ini mula dikenali sebagai Naqshbandiyah
Khalidiyah di Timur Tengah khususnya di Makkah dan
tersebar di kalangan jemaah Haji dari rantau Nusantara dan
tersebarlah ia di serata Tanah Melayu dan Indonesia.
Walaubagaimanapun di Tanah Hindi, Tariqat ini masih
dikenali sebagai Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Adapun Para Masyaikh Mutaakhirin yang datang


sesudah itu sering menambahkan nama nisbat mereka
sendiri untuk membezakan Silsilah antara satu dengan yang
lain seperti Naqshbandiyah Khalidiyah dan Naqshbandiyah
Mujaddidiyah. Silsilah Naqshbandiyah ini telah berkembang
biak dari Barat hingga ke Timur. Meskipun Silsilah ini telah
dikenali dengan beberapa nama yang berbeza, namun ikatan
keruhanian dari rantaian emas yang telah dipelopori oleh
Hadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radhiyallahu ‘Anhu akan tetap berjalan sehingga ke Hari
Qiyamat menerusi keberkatan yang telah Allah Subhanahu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


128
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Wa Ta’ala kurniakan kepada sekelian Para Masyaikh yang
ditugaskan menyambung Silsilah ini.

Dalam perjalanan mencapai kebenaran yang hakiki,


terdapat dua kaedah jalan yang biasa diperkenalkan oleh
Para Masyaikh Tariqat, iaitu sama ada sesebuah Tariqat itu
menuruti Tariqat Nafsani ataupun Tariqat Ruhani.

Tariqat Nafsani mengambil jalan pendekatan dengan


mentarbiyahkan Nafs dan menundukkan keakuan diri. Nafs
atau keakuan diri ini adalah sifat Ego yang ada dalam diri
seseorang. Nafs dididik bagi menyelamatkan Ruh dan jalan
Tariqat Nafsani ini amat sukar dan berat kerana Salik perlu
melakukan segala yang berlawanan dengan kehendak Nafs.
Ianya merupakan suatu perang Jihad dalam diri seseorang
Mukmin. Tariqat Ruhani adalah lebih mudah yang mana
pada mula-mula sekali Ruh akan disucikan tanpa
menghiraukan tentang keadaan Nafs. Setelah Ruh disucikan
dan telah mengenali hakikat dirinya yang sebenar, maka
Nafs atau Egonya dengan secara terpaksa mahupun tidak,
perlu menuruti dan mentaati Ruh.

Kebanyakan jalan Tariqat yang terdahulu


menggunakan pendekatan Tariqat Nafsani, namun berbeza
dengan Para Masyaikh Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah,
mereka menggunakan pendekatan Tariqat Ruhani iaitu
dengan mentarbiyah dan mensucikan Ruh Para Murid
mereka terlebih dahulu, seterusnya barulah mensucikan
Nafs.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memimpin kita


ke jalan Tariqat yang Haq, yang akan membawa kita atas
landasan Siratul Mustaqim sepertimana yang telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
129
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dikurniakanNya nikmat tersebut kepada Para Nabi, Para
Siddiqin, Para Syuhada dan Para Salihin. Mudah-mudahan
dengan menuruti Tariqat yang Haq itu dapat menjadikan
kita insan yang bertaqwa, beriman dan menyerah diri
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seorang Penyair Sufi pernah berkata,


Al –‘Ajzu ‘An Darakil Idraki Idraku,
Wal Waqfu Fi Turuqil Akhyari Isyraku.

Seseorang yang berasa lemah dari mendapat kefahaman


adalah seorang yang mengerti;
Dan berhenti dalam menjalani perjalanan orang-orang yang
berkebaikan adalah suatu Syirik.

ALLAH HUWA ALLAH HAQQ ALLAH HAYY

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


130
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 1: BAI‘AH
KETAHUILAH bahawa makna Bai‘ah ialah berjanji dan taat
setia kemudian berpegang teguh dan tetap
melaksanakannya. Berbai‘ah merupakan amalan Para Sufi
yang mulia Rahmatullah ‘alaihim dan ianya terus berjalan
sehingga ke hari ini dan akan terus berjalan. Berbai‘ah juga
merupakan Sunnah dan Tariqah Para Sahabat Ridhwanullah
‘Alaihim Ajma’in.

Bai‘ah adalah menetapkan secara sedar hubungan di


antara Murshid dan Murid. Murid membenarkan
Murshidnya memberikan bimbingan kepadanya dan
Murshid menerima Murid sebagai Muridnya dan
pengikutnya dalam mencapai peningkatan Ruhani menuju
kepada maksud yang hakiki.

Perkataan Bai’ah berasal dari kata dasar Ba’a Bai’an


Mabi’an yang bererti menjual dan perkataan ini biasa
digunakan dalam istilah akad jual beli. Biasanya setelah
menjual sesuatu, si penjual akan mengucapkan Bi’tu yang
bererti “Saya menjual” dan pembeli pula mengucapkan
Isytaraitu yang bererti “Saya membeli” dan ini
mengisyaratkan kepada keredhaan kedua belah pihak. Dari
kata dasar tersebut terbit pula kata Baya’a yang bererti
membuat perjanjian atau biasa disebutkan sebagai Bay’at
atau Bai’ah. Dalil Bai‘ah di dalam Al-Quran ada di dalam
Surah Al-Fath ayat 10 yang mana Allah Ta’ala berfirman
yang maksudnya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


131
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

4 öΝÍκ‰É‰÷ƒr& s−öθsù «!$# ߉tƒ ©!$# šχθãè΃$t7ム$yϑ¯ΡÎ) y7tΡθãè΃$t6ムšÏ%©!$# ¨βÎ)

©!$# çµø‹n=tæ y‰yγ≈tã $yϑÎ/ 4’nû÷ρr& ôtΒuρ ( ϵšø tΡ 4’n?tã ß]ä3Ζtƒ $yϑ¯ΡÎ*sù y]s3¯Ρ yϑsù

∩⊇⊃∪ $Vϑ‹Ïàtã #· ô_r& ϵ‹Ï?÷σã‹|¡sù


“Sesungguhnya orang-orang yang berbai‘ah berjanji setia
kepada kamu (Muhammad), sesungguhnya mereka berbai‘ah
berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan
mereka. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya maka
akibat buruk akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa
yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan
memberinya pahala yang besar.”

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada


Nabi Muhammad, sesungguhnya mereka berjanji setia
kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka
barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat dari
melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan
barangsiapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah
akan memberinya pahala yang besar.

Pada bulan Zulqaidah tahun keenam Hijriyyah


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam beserta pengikut-pengikutnya hendak
mengunjungi Makkah untuk melakukan Umrah dan melihat
keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan.
Sesampai sahaja di Hudaibiyah, Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berhenti dan
mengutus Hadhrat ‘Utsman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu
terlebih dahulu ke Makkah untuk menyampaikan maksud
kedatangannya dan kaum Muslimin. Mereka menanti-nanti
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
132
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kembalinya Hadhrat ‘Utsman bin ‘Affan Radhiyallahu
‘Anhu, tetapi tidak juga datang kerana Hadhrat ‘Utsman bin
‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu telah ditahan oleh kaum
Musyrikin, kemudian tersiar lagi khabar bahawa Hadhrat
‘Utsman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu telah dibunuh, maka
Nabi menganjurkan agar kaum Muslimin melakukan Bai'ah
janji setia kepadanya. Mereka pun mengadakan janji setia
kepada Nabi dan mereka akan memerangi kaum Quraisy
bersama Nabi sampai kemenangan tercapai.

Perjanjian setia ini telah diredhai Allah sebagaimana


tersebut dalam ayat 18 Surah Al-Fath, kerana itulah ianya
disebut sebagai Bai'atur Ridhwan. Bai'atur Ridhwan ini
menggetarkan kaum Musyrikin sehingga mereka telah
melepaskan Hadhrat ‘Utsman dan mengirimkan utusan
untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum
Muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Sulhul Hudaibiyah.

Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan.


Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan
Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud
tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahawa
berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan
Allah. Jadi seakan-akan Tangan Allah di atas tangan orang-
orang yang berjanji itu. Hendaklah difahamkan bahawa
Allah Maha suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai
makhluknya.

Di dalam Surah Al-Fath ayat 18 Allah Subhanahu Wa


Ta’ala berfirman yang maksudnya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


133
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Íοt yf¤±9$# |MøtrB š


tΡθãè΃$t7ムøŒÎ) šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# Çtã ª!$# š_ÅÌu‘ ô‰s)©9

∩⊇∇∪ $Y6ƒÌ s% $[s÷Gsù öΝßγt6≈rOr&uρ öΝÍκön=tã sπuΖŠÅ3¡¡9$# tΑt“Ρr'sù öΝÍκÍ5θè=è% ’Îû $tΒ zΝÎ=yèsù
“Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang
beriman ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah
pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati
mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan
memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang
dekat.”
Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-
orang Mukmin ketika mereka berjanji setia kepada Nabi
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam di bawah sebuah
pohon dan Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati
mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan
memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang
dekat waktunya. Yang dimaksudkan dengan kemenangan
yang dekat ialah kemenangan kaum Muslimin pada perang
Khaibar.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum berbai‘ah dengan


Hadhrat Baginda Nabi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dalam banyak keadaan. Ada yang berbai‘ah untuk
ikut berhijrah dan berjuang bersama-sama Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ada yang berbai‘ah
untuk sama-sama menegakkan Rukun Islam, ada yang
berbai‘ah untuk tetap teguh berjuang tanpa undur ke
belakang dalam medan pertempuran jihad menentang orang
kafir, ada yang berbai‘ah untuk tetap berpegang dan
memelihara Sunnah, menjauhi bida‘ah dan berbai‘ah untuk
melakukan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kaum wanita di kalangan Para Sahabat Radhiyallahu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
134
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘anhum juga melakukan Bai‘ah dengan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat bermacam-macam peristiwa Bai‘ah di zaman
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in. Menurut Hadhrat Shah
Waliyullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya
Al-Qaulul Jamil terdapat beberapa bahagian Bai‘ah iaitu:

1. Bai‘ah untuk taat setia kepada Khalifah.


2. Bai‘ah untuk menerima Agama Islam.
3. Bai‘ah untuk tetap teguh berpegang dengan Taqwa.
4. Bai‘ah untuk ikut berhijrah dan berjihad.
5. Bai‘ah untuk tetap setia menyertai Jihad.

Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali


Rahmatullah ‘alaih, terdapat 3 jenis Bai‘ah. Jenis yang
pertama ialah apabila seseorang itu bertaubat pada tangan
seorang yang suci dan berbai‘ah untuk meninggalkan
perbuatan dosa, maka dosa-dosa besarnya juga akan turut
terampun. Jika dia kembali melakukan dosa, maka dia perlu
mengulangi Bai‘ah kali yang kedua yakni Bai‘ah ini boleh
berlaku berulang-ulang kali.

Jenis Bai‘ah yang kedua ialah apabila seseorang itu


berbai‘ah untuk mendapatkan Nisbat Khandaniyah yakni
nisbat dengan sesuatu golongan atau kelompok bagi
mendapatkan perkhabaran baik yang menjadi kekhususan
bagi golongan tersebut. Di samping itu dia mengharapkan
Syafa’at yang tidak terbatas menerusi golongan tersebut.
Misalannya, seseorang itu berbai‘ah dengan Silsilah
Qadiriyah supaya mendapatkan perkhabaran baik Hadhrat
Ghauts Tsaqilain Syeikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah
‘alaih yang mana beliau telah berkata bahawa, “Para murid
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
135
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dalam Silsilahku tidak akan meninggal dunia dalam keadaan
tidak bertaubat.” Bai‘ah seperti ini tidak perlu dilakukan
berulang-ulang.

Jenis Bai‘ah yang ketiga ialah apabila seseorang itu


berniat untuk mengambil faedah dan istifadah dari sesuatu
Khandan atau golongan. Jika seseorang itu telah berikhtiar
dan berusaha untuk melaksanakan Zikir dan Wazifah
Khandan tersebut secara ikhlas namun tidak berupaya
melaksanakannya maka untuk dirinya, dengan kebenaran
yang menjadi kebiasaan ialah hendaklah merujuk kepada
mana-mana orang suci dari kelompok atau golongan yang
lain dan berbai‘ah dengan Murshid yang lain sama ada
Murshid yang sebelum itu redha mahupun tidak. Akan
tetapi tidak boleh sekali-kali menafikan kesucian dan
kesalihan Murshid yang terdahulu sebaliknya hendaklah
beranggapan bahawa mungkin tuahnya tiada di sana.

Jika seseorang Murid mendapati Murshid


mengabaikan pengamalan Syari’at dan usul-usul Tariqat dan
dirinya terikat dengan ahli-ahli duniawi dan mencintai
dunia, maka hendaklah dirinya mencari Murshid yang lain
bagi menghasilkan limpahan Faidhz batin dan kecintaan
serta Ma’rifat. Adapun, amalan mengulangi Bai‘ah memang
ada berlaku di zaman Hadhrat Baginda Rasulullah Salllallhu
‘Alaihi Wasallam, begitu juga di zaman Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in, Para Tabi’in dan Tabi’it
Tabi’in.

Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih bahawa mengulangi Bai‘ah dengan
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu
ada asasnya. Begitu juga melakukan Bai‘ah berulang-ulang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
136
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dengan ahli-ahli Tasawwuf sama ada dengan dua orang
Syeikh yang berlainan atau dua kali dengan Syeikh yang
sama. Ini dilakukan kerana wujudnya kecacatan pada orang
yang menerima Bai‘ah itu yakni Syeikh tersebut, sama ada
selepas kematiannya ataupun berpisah jauh serta putus
hubungan secara zahir. Adapun Bai‘ah yang dilakukan
berulang-ulang kali tanpa sebarang sebab atau uzur maka
boleh dianggap sebagai main-main dan ini boleh
menghilangkan keberkatan dan menyebabkan hati Syeikh
atau Guru Murshid itu berpaling dari menumpukan
perhatian keruhanian terhadapnya. Wallahu A’lam.

Hadhrat Aqdas Maulana Muhammad ‘Abdullah


Rahmatullah ‘alaih suatu ketika telah ditanyakan orang
tentang apakah maksud Bai‘ah? Beliau lalu berkata,
“Cubalah kamu lihat bahawa dengan adanya
pengetahuan hokum-hukum Syariah dan urusan keagamaan
pun orang tidak dapat berakhlak dan melakukan amalan
Salih dengan baik, terdapat juga kebanyakan orang-orang
Islam yang mengerjakan solat dan puasa tetapi masih tidak
dapat menghindarkan diri dari kelakuan buruk seperti
menipu dan berbohong serta mengumpat ghibat. Maksud
utama Bai‘ah ialah supaya menghindarkan kelakuan yang
buruk dan menggantikannya dengan melahirkan akhlak
yang tinggi dan mulia, mendatangkan kemudahan untuk
melakukan amalan Salih dan dengan sendirinya akan
meninggalkan perbuatan maksiat.”

Hukum Bai‘ah adalah Sunat dan bukannya Wajib


kerana manusia melakukan Bai‘ah dengan Hadhrat Baginda
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam atas tujuan Wasilah untuk
tujuan Qurbah menghampirkan diri mereka kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Tidak ada dalil yang menunjukkan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
137
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bahawa meninggalkan atau tidak melakukan Bai‘ah adalah
berdosa dan tidak ada Imam Mujtahidin yang menyatakan
berdosa jika meninggalkan Bai‘ah.

Adapun hikmah melakukan Bai‘ah adalah amat besar


sekali kerana Allah melaksanakan peraturanNya dengan
meletakkan dan menentukan beberapa perbuatan, amalan
dan kata-kata yang bersifat zahir sebagai lambang bagi
membuktikan ketaatan dan bagi menyatakan perkara-
perkara yang bersifat Ruhaniah, halus dan tersembunyi di
jiwa insan. Sebagai contoh, membenarkan dan mempercayai
dengan yakin akan kewujudan Allah Yang Maha Esa dan
Hari Akhirat adalah merupakan perkara ghaib, halus dan
bersifat Ruhaniah, Maka Islam meletakkan pengakuan lidah
atau ikrar sebagai lambang membenarkan kewujudan Allah
dan Hari Akhirat yang bersifat Mujarrad dan halus.
Begitulah juga di dalam urusan Mu’amalat perniagaan dan
jual beli yang mana ianya berasaskan keredhaan penjual dan
pembeli untuk melakukan urusan perniagaan dan keredhaan
itu adalah bersifat halus dan tersembunyi maka amalan akad
Ijab dan Qabul menjadi sebagai lambang bagi menzahirkan
keredhaan antara penjual dan pembeli. Demikian juga dalam
melaksanakan Taubat, keazaman untuk berhenti dari
melakukan dosa adalah bersifat halus dan Mujarrad lagi
tersembunyi, oleh itu telah ditentukan oleh Allah menerusi
amalan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bahawa
amalan Bai‘ah itu secara zahirnya adalah bagi
melambangkan keazaman untuk bertaubat dan
meninggalkan dosa-dosa. Upacara Bai‘ah ini seharusnya
dilakukan secara rahsia pada tempat yang rahsia kerana
ianya merupakan suatu rahsia perjalanan yang rahsia bagi
setiap Salik.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
138
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada hakikatnya Bai’ah adalah merupakan suatu akad
jual beli antara kita dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
kerana Dia telah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat
111,

ÞΟßγs9  χr'Î/ Νçλm;≡uθøΒr&uρ óΟßγ|¡à Ρr& šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š∅ÏΒ 3“utIô©$# ©!$# ¨βÎ)

ϵø‹n=tã #´‰ôãuρ ( šχθè=tFø)ãƒuρ tβθè=çGø)uŠsù «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû šχθè=ÏG≈s)ム4 sπ¨Ψyfø9$#

š∅ÏΒ ÍνωôγyèÎ/ 4†nû÷ρr& ôtΒuρ 4 Éβ#uö à)ø9$#uρ È≅‹ÅgΥM}$#uρ Ïπ1u‘öθ−G9$# †Îû $y)ym

ã—öθx ø9$# uθèδ š


Ï9≡sŒuρ 4 ϵÎ/ Λä÷ètƒ$t/ “Ï%©!$# ãΝä3Ïèø‹u;Î/ (#ρçųö6tFó™$$sù 4 «!$#

∩⊇⊇ ∪ ÞΟŠÏàyèø9$#
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga
untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu
mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji
yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada
Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah
kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.

Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerangkan


ciri-ciri serta sifat-sifat mereka yang telah melakukan jual beli
dengan Allah pada Surah At-Taubah ayat 112 yang
bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


139
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

šχθßsÍׯ≈¡¡9$# šχρ߉Ïϑ≈ptø:$# šχρ߉Î7≈yèø9$# šχθç6Í≥¯≈−F9$#

šχθèδ$¨Ψ9$#uρ Å∃ρã ÷èyϑø9$$Î/ tβρã ÏΒFψ$# šχρ߉Éf≈¡¡9$# šχθãèÅ2≡§ 9$#

∩⊇⊇⊄∪ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ÎÅe³o0uρ 3 «!$# ÏŠρ߉çtÎ: tβθÝàÏ ≈ysø9$#uρ Ì x6Ψßϑø9$# Çtã


Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang
beribadat, yang memuji Allah, yang melawat, yang ruku’,
yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah
berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman itu.

Di dalam ayat tersebut, Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menerangkan dengan lebih jelas akan ciri serta sifat orang-
orang beriman yang menyempurnakan akad jual beli antara
dirinya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yakni mereka itu
adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang
memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang
menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat Munkar
dan yang memelihara hukum-hukum Allah dan
gembirakanlah orang-orang Mukmin itu. Maksudnya
melawat untuk mencari ilmu pengetahuan atau berjihad.

Ada pula yang menafsirkannya dengan orang yang


berpuasa yang sentiasa bertaubat dan melaksanakan amalan
ibadah dengan baik dan sempurna, yang sering berziarah
untuk tujuan Silaturrahim ataupun untuk bertemu dengan
seseorang yang ‘Alim untuk tujuan mendapatkan ilmu
ataupun menziarahi Para Auliya Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan sebaik-baik ziarah adalah menziarahi Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di
Madinatul Munawwarah, yang mendirikan Solah dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
140
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ruku’ dan sujud yang baik dan sempurna, yang menjalankan
kewajipan Dakwah dan Tabligh dengan menyuruh manusia
berbuat amalan kebaikan yang Ma’aruf dan berusaha
mencegah manusia dari melakukan perbuatan yang zalim
dan mungkar serta senantiasa memelihara hukum-hukum
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sepertimana yang termaktub di
dalam Al-Quran dan berpandukan Al-Hadits dan As-
Sunnah.

Dengan berusaha memelihara hukum-hukum Allah,


mereka telah menafkahkan harta mereka dan menyerahkan
diri mereka bagi menegakkan Kalimah Allah. Mereka
berperang dengan Syaitan, Hawa, Nafsu dan Duniawi
semata-mata kerana Allah sehingga mereka
menghembuskan nafas yang terakhir. Maka mereka itu
adalah golongan orang-orang beriman yang berada dalam
tingkatan yang khusus dengan mendapat perkhabaran
gembira dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Maka sebagai
melengkapi syarat jual beli antara orang-orang beriman
dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bahawa Dia telah
membeli diri mereka dan harta mereka dan Syurga adalah
sebagai tukaran.

Bai’ah merupakan akad bagi jual beli ini dan setelah


kita berakad dengan akad Bai’ah ini, menjadi tanggungjawab
kitalah untuk menyerahkan diri kita mentaati perintah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan membelanjakan harta kita menurut kehendak
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan mengikuti petunjuk
RasulNya, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


141
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

SYARAT-SYARAT BAI‘AH
ANTARA syarat-syarat yang penting yang dikemukakan
oleh Hadhrat Shah Waliyullah Ad-Dehlawi Rahmatullah
‘alaih di dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil, bagi seseorang
yang hendak melakukan Bai‘ah hendaklah dia membetulkan
pegangan dan I’tiqadnya supaya sesuai dengan I’tiqad
orang-orang Salih yang terdahulu seperti meyakini akan
kewujudan dan keesaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan seperti Maha Hidup, Maha Mengetahui,
Maha Berkuasa, Maha Berkehendak dan Maha segalanya
sebagaimana yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
menggambarkan Sifat-SifatNya menerusi sumber-sumber
yang Naqli dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan diteruskan oleh
Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in.

Allah itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan yang


bisa hilang dan binasa seperti berjisim, mengambil ruang,
bersifat baharu, yang berubah-ubah, bertempat, berwarna
dan berbentuk. Maha Suci Allah dalam setiap hal dan
keadaan. Apa yang terdapat di dalam Al-Quran tentang
Tuhan bersemayam di atas ‘Arash, Tangan Allah dan
sebagainya itu semuanya hendaklah kita beriman dan
percaya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat
itu pada prinsip zahirnya dan kita hendaklah menyerahkan
huraian tentang ayat-ayat itu kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Secara mutlaknya kita mestilah mengetahui bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu tidak bersifat seperti sifat-
sifat makhluk dan tidak ada sesuatu pun yang serupa
dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah itu Maha
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
142
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mendengar lagi Maha Melihat. Kita juga mesti mengakui
bahawa sifat-sifat kesempurnaan itu tetap tsabit wujudnya di
sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti yang telah
ditegaskan olehNya di dalam Al-Quran. Ini merupakan
syarat yang utama.

Syarat yang kedua, secara umumnya seseorang itu


mestilah mengakui tentang wujudnya Kenabian Para Anbiya
‘Alaihimus Solatu Wassalam dan mengakui pula Kenabian
Penghulu kita Hadhrat Sayyidina Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara khusus. Dia mestilah
mematuhi dan mengikuti apa sahaja yang diperintah dan
dilarang oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mestilah sentiasa mempercayai
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dalam setiap perkara yang
disampaikannya sama ada tentang Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, tentang perkara Akhirat, tentang
Syurga dan Neraka, tentang Mahsyar, tentang Hari Hisab,
tentang melihat Wajah Allah, tentang Qiyamat, tentang azab
kubur dan lain-lain lagi seperti yang telah disebut oleh
hadits-hadits Nabawiyah yang sahih.

Syarat yang ketiga hendaklah dia sentiasa berhati-hati


dan berusaha menjauhkan dirinya dari melakukan perkara-
perkara yang dianggap dosa besar dan sentiasa menyesal
apabila melakukan dosa-dosa kecil.

Syarat yang keempat hendaklah dia berhati-hati


dalam mengamalkan rukun-rukun Islam. Dia hendaklah
melakukan segala amalan ibadat ini dengan betul seperti
yang diperintahkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan memelihara
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
143
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
segala Sunnahnya serta menjaga segala peraturan dan adab
yang berhubung dengan amalan ibadat.

Syarat kelima hendaklah dia memerhati dan


memperbetulkan perkara-perkara yang berhubung dengan
kehidupan seharian seperti makan, minum, pakaian,
percakapan, rakan, saudara mara dan keluarga.
Memperbetulkan urusan rumahtangga dan kekeluargaan,
urusan mu’asyarat dan mu’amalat seperti jual beli, hutang
piutang dan sebagainya menuruti Sunnah Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Syarat keenam hendaklah sentiasa mengamalkan


zikir-zikir Masnun pada waktu pagi dan petang, menjaga
akhlak, membaca Al-Quran, mengingati Akhirat, menghadiri
majlis ilmu dan zikir dan banyak beribadat. Syarat yang
ketujuh ialah menyempurnakan kesemua syarat-syarat tadi
dan menumpukan perhatiannya kepada usaha batin iaitu
menuju Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam
sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Hadhrat Imam
Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Nasai Rahimahumullah
bahawa,
Hadhrat ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’i Radhiyallahu ‘Anhu
telah berkata, “Kami berada bersama Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
seramai sembilan orang atau lapan orang atau tujuh orang.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Apakah kamu semua
tidak berbai’ah dengan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam?” Maka kami pun menghulurkan tangan-tangan
kami dan berkata, “Atas perkara apakah kami hendak
berbai’ah denganmu, Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam?” Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
144
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Atas perkara
bahawa kamu hendaklah beribadat kepada Allah dan
jangan mensyirikkan sesuatu juapun denganNya, dan
bersolat lima waktu dan mendengar dan taat.”

Hadhrat Maulana Shah Ashraf ‘Ali At-Thanwi


Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa Para Sufi yang
mulia mengamalkan Bai’at yang mana ianya dapat
menghasilkan keazaman kuat untuk menyempurnakan
hukum Syari’at yakni bersikap Istiqamah dalam amalan
Zahir dan Batin serta berjanji untuk melaksanakannya. Bai’at
ini dikenali sebagai Bai’at Tariqat.

Sebahagian ‘Ulama Zahir mengatakan bahawa amalan


Bai’at ini adalah Bida’ah dan bukannya amalan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Menurut mereka, Bai’at hanya untuk orang Kafir
yang baru memeluk Agama Islam dan untuk orang Islam
ketika hendak berjihad. Walaubagaimanapun, dari Hadits
yang dinyatakan di atas dapat kita fahami bahawa Para
Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum yang berbai’ah itu bukanlah
berbai’at untuk memeluk Agama Islam kerana mereka
sudahpun beragama Islam. Dari kandungan Bai’at yang
disabdakan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu maka terzahirlah
bahawa Bai’at yang dilakukan itu bukanlah untuk maksud
Jihad, bahkan menerusi lafaznya dapat kita ketahui bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah menegaskan tentang keazaman
menyempurnakan amalan. Maka, Bai’at merupakan Sunnah
dan ianya tidak dapat dinafikan. Sesungguhnya kepentingan
Bai’at Tariqat bukanlah kepada masyarakat umum tetapi
sebaliknya bagi mereka yang terdapat penyakit-penyakit
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
145
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang tersembunyi di dalam hati. Tanpa nasihat dan panduan
dari seseorang Syeikh yang Haq lagi ‘Arif, seseorang itu
tidak akan dapat memahami tentang penyakit Ruhaninya.
Jikalau seseorang itu mengetahui penyakit Ruhaninya
sekalipun, dia tetap tidak tahu apakah cara
penyembuhannya dan jika dia tahu sekalipun, dia akan
menghadapi kesukaran untuk mengubatinya kerana
halangan-halangan dari Nafsnya, kerana itulah bimbingan
seorang Murshid Kamil amat diperlukan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


146
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURSHID
MURSHID pada pengertian bahasa bererti seseorang yang
menunjukkan jalan. Menurut istilah Tasawwuf dan Tariqat,
Murshid adalah pembimbing jalan Keruhanian. Murshid
juga di sebut sebagai Syeikh di Tanah ‘Arab dan di rantau
Nusantara. Namun di negara Asia Tengah seperti di
Khurasan, Bukhara, Turki dan Tanah Hindi, Murshid juga
disebut sebagai Pir. Ada juga yang menyebutnya sebagai
Khalifah dan ada juga yang menyebutnya sebagai Khwajah
yang bermaksud Tuan Guru.

Bagaimanakah yang dikatakan seorang Murshid itu?


Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih, Murshid ialah seorang yang menuruti
Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam secara Zahir dan Batin. Seseorang Murshid juga
adalah seorang yang meninggalkan perkara-perkara yang
bida’ah dan sesat. Bida’ah adalah amalan yang bukan
bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara
yang Bida’ah adalah sesat. Perkara yang sesat apabila
diamalkan akan membawa seseorang itu ke Neraka
Jahannam; Na’uzu Billah.

Murshid hendaklah memiliki ‘Aqidah yang benar dan


sahih sepertimana ‘Aqidah Salafus Salihin dan yang
dipegang oleh sekelian Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu
‘Aqidah adalah berpandukan Al-Quran dan Al-Hadits
sepertimana yang telah disusun oleh Imam Maturidi
Rahmatullah ‘alaih dan Imam Abu Hassan Asy-Sya’ari
Rahmatullah ‘alaih. Seseorang Murshid seharusnya memiliki
‘Aqidah yang kuat dan kukuh sepertimana Hadhrat Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
147
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih dan sekelian Para
Masyaikh Akabirin, kerana mereka menuruti ‘Aqidah Para
Sahabat yang telah beri’tiqad dengan ‘Aqidah Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Dia juga perlu mengetahui Ilmu Fiqah dan memahami


masaalah Fiqah yang penting-penting. Ilmu Fiqah hendaklah
berdasarkan apa yang telah diijtihadkan oleh Para Imam
Mujtahidin dalam bidang Syari’at. Hasil Ijtihad mereka
menimbulkan Mazhab. Terdapat empat Mazhab yang
diiktiraf oleh sekelian ‘Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hambali. Murshid
hendaklah berpegang kepada salah satu dari Mazhab
Syari’at tersebut dalam perlaksanaan hukum-hukum Fiqah.

Dia hendaklah sentiasa melakukan mutala’ah kitab-


kitab Hadis dan kitab Tafsir Al-Quran. Di samping itu dia
juga hendaklah membaca kitab-kitab Para Sufi yang mulia
yang berkaitan dengan pembinaan akhlak dan tatakrama
yang baik. Contohnya seperti kitab Ihya ‘Ulumuddin,
Minhajul ‘Abidin dan Kimia Sa’adat karangan Imam Al-
Ghazali Rahmatullah ‘alaih. Dia juga hendaklah selalu
membaca kitab-kitab tentang hal ehwal pengalaman
keruhanian Para Masyaikh dan kata-kata Malfuzat mereka.

Murshid hendaklah menghindarkan diri dari


hubungan dan takluk yang kuat dengan orang-orang ahli
dunia. Murshid hendaklah memanafaatkan masanya yang
terluang dengan melakukan amalan-amalan kebaikan. Selalu
berkhalwat dan mengasingkan diri dari kesibukan manusia,
selalu mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menjadikan adat tidak bergantung kepada sesama

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


148
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
makhluk. Murshid juga hendaklah selalu melakukan
pembacaan Tilawah Al-Quran.

Jika beliau bukan seorang Hafiz Al-Quran, dan tidak


mampu menghafalnya, bacalah sebahagian dari Al-Quran
menurut kemampuannya. Dia juga hendaklah selalu
memperbanyakkan zikir demi menghasilkan keberkatan dan
faedah Batiniah kepada Ruhani.

Selalu Taubat, Inabat, Zuhud, Wara’, Taqwa, Sabar,


Syukur, Qana’ah, Tawakkal, Taslim dan Redha dengan
ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana ianya
merupakan Maqamat di dalam Tariqat serta hendaklah
menahan hawa nafsu. Ciri-ciri Murshid yang sebegini,
apabila dipandang akan mengingatkan kita kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan hatinya bersih dan suci dari
keinginan dan kehendak yang salah dan tidak baik.

Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali


Rahmatullah ‘alaih lagi, jika seorang itu Murshid silsilah
Tariqat Chistiyah, bersahabat dan Faidhz darinya akan
menimbulkan Zauk dan Shauq serta kecintaan yang tak
terhingga terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berhasil
menghindar dan mengasingkan diri dari golongan ahli
dunia. Jikalau Murshid itu dari silsilah Tariqat Qadiriyah,
maka seseorang murid itu akan mencapai kebersihan hati
dan mencapai takluk dengan Alam Arwah dan Malaikat.
Kepada mereka terbuka sebahagian pengetahuan tentang
perkara yang telah lepas dan akan datang.

Jikalau Murshid itu adalah dari silsilah Tariqat


Naqshbandiyah, maka dengan bersahabat dengannya akan
menghasilkan Kehadiran Zat yakni ingatan yang berterusan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
149
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, menghasilkan Jam’iyat
yakni ketenangan dan ketenteraman hati, menghasilkan Yad
Dasyat yakni ingatan yang bersungguh-sungguh, kehilangan
diri yakni hilang pergantungan pada makhluk dan diri
sendiri, terhasilnya Jazbah dan semangat untuk menuju
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, terhasilnya warid-warid
yang merupakan ilmu pengetahuan dan ilham yang baik
dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan akan terhasil juga
padanya Kasyaf.

Jikalau Murshid itu adalah dari silsilah Tariqat


Mujaddidiyah, maka akan terhasillah kepadanya
pengetahuan tentang Lataif Fauqaniyah yakni latifah-latifah
yang berada di atas ‘Arash di Alam Amar dan menghasilkan
nisbat Batin tentang kaifiyat bagaimana untuk melakukan
penyucian hati pada latifah-latifah tersebut dan
menampakkan padanya cahaya nur dan rahsia-rahsia yang
terdapat di dalam Tariqat Mujaddidiyah ini.

Hadhrat Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani telah


menyatakan antara tanda-tanda seseorang Murshid itu ialah
kamu dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya.
Hati kamu akan memberikan isyarat dan hati tidak
melakukan kesilapan. Jika seseorang itu duduk bersama
seorang Murshid yang benar, dia akan berasa tenang,
tenteram, kepuasan hati dan akan berasa gembira. Ini adalah
tanda-tanda isyarat bagi hati. Dia akan melupakan segala
masaalah dan kesusahan ketika hadir bersamanya dan
merasakan dirinya seperti seekor ikan di dalam lautan.

Kenapa orang suka pergi ke pantai? Kerana apabila


kaki mereka mencecah air, mereka akan memperolehi
ketenteraman dan keriangan. Ruh juga mahukan lautan bagi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
150
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dirinya. Di dalam kehidupan, kita memerlukan seorang yang
seumpama lautan supaya hati kita dapat riang dan tenteram
ketika berada di sampingnya. Murshid diibaratkan sebagai
seorang doktor bagi Ruhani. Mereka menyelamatkan
manusia dari sifat-sifat yang buruk dan melahirkan sifat-sifat
yang baik dalam diri mereka. Doktor dalam bidang jasmani
mungkin dapat berusaha menyelamatkan seseorang dari
mati yang sementara namun segala sifat-sifat yang buruk
dapat menyebabkan seseorang itu mati selama-lamanya.
Doktor Ruhani akan membuang sifat-sifat yang buruk itu
dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang baik dan
membawanya kepada kehidupan yang kekal abadi.

Menurut Imam Al-Qusyairi Rahmatullah ‘alaihi di


dalam kitabnya Ar-Risalah Al-Qusyairiyah,
“Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya
dia dididik oleh Syeikh, kalau sekiranya dia tidak ada guru
yang membimbingnya, selamanya dia tidak akan berjaya di
dalam perjalanannya menuju Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaihi pula


menyatakan di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin seperti
berikut,
“Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan
seorang Syeikh dan guru yang semestinya dia ikuti untuk dia
mendapat panduan ke arah jalan yang betul. Sesungguhnya
jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan
Syaitan amat banyak pula. Oleh itu barangsiapa yang tidak
ada Syeikh yang menunjuk arah kepadanya, maka Syaitan
akan memandu ke arah jalannya.”

Imam Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaihi telah


memperincikan syarat-syarat yang tertentu, di antaranya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
151
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ialah seseorang itu mestilah ‘Alim (terpelajar), tetapi
bukanlah setiap orang ‘Alim boleh menjadi Syeikh Murshid
malah dia mestilah pula mempunyai bakat ketokohan dari
segi kepimpinan. Selain itu, Syeikh juga mestilah
mempunyai banyak tanda yang patut atau mesti dimilikinya
supaya sebarangan orang tidaklah boleh mengakui dirinya
sebagai Syeikh Murshid dengan sewenang-wenangnya.
Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1. Tercabut seluruh perasaan cintakan harta dan pangkat


daripada lubuk hatinya.
2. Tokoh kepimpinan itu berkembang melalui bimbingan
seorang pemimpin, di mana pemimpin itu telah
menerima pimpinan daripada pemimpin yang
sebelumnya. Begitulah seterusnya sehingga sampai
pimpinan itu bermula daripada Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
3. Hendaklah dia pernah mengalami sedikit sebanyak
latihan-latihan seperti sedikit makan, sedikit bercakap
dan sedikit tidur. Memperbanyakkan bersolat, banyak
bersedekah dan banyak berpuasa.
4. Pernah menyedut cahaya Nur Kenabian Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
5. Terkenal mempunyai tingkah laku yang bagus dan
akhlak yang terpuji seperti sabar, syukur, tawakkal
kepada Allah Subahanahu Wa Ta’ala, mempunyai
keyakinan yang teguh, memiliki ketenangan, bermurah
hati, qana‘ah yakni memadai pemberian yang diperolehi,
amanah, lambat marah, merendah diri, memiliki
ma’rifah, bersifat benar, sopan santun, lemah lembut dan
malu.
6. Bersih dari sebarang akhlak yang tercela seperti sombong
dan takabbur, bakhil dan kedekut, hasad dengki, dendam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
152
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kesumat, tamak haloba, panjang angan-angan, cinta
dunia dan takut mati.

Syeikh Abu Ali Daqqaq Rahmatullah ‘alaihi telah


menjelaskan tentang kepentingan seorang Syeikh dengan
katanya,
“Apabila seseorang murid itu tidak ada guru yang
akan membimbing perjalanannya nafas demi nafas yakni
maqam demi maqam, maka dia akan menjadi hamba kepada
nafsunya dan dia tidak mungkin berjaya melepaskan diri
daripadanya.”

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, selepas darjat Nabi, tidak
ada darjat yang lebih tinggi dari kedudukan seorang yang
menjadi Naib Nabi, untuk menyeru manusia dengan jalan
Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk
menuju kepada Hadhrat Allah Subahanahu Wa Ta’ala.
Menjadi Syeikh bererti menjadi seorang Khalifah, maka
darjatnya adalah tinggi di sisi Allah Subahanahu Wa Ta’ala.
Tugas Syeikh adalah untuk menyucikan hati murid dari
segala kekaratan dan kekotoran supaya hatinya mendapat
keindahan pancaran Nur Ketuhanan dan supaya ia kekal
memandang kebesaran Allah dan mencintaiNya dengan hati
yang ikhlas.

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya ‘Awariful
Ma‘arif, terdapat lima belas perkara yang perlu bagi
seseorang Syeikh Tariqat Sufiyah dalam kedudukannya
sebagai Murshid yang membimbing Murid, iaitu:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


153
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. Menyucikan keputusan dan memperbetulkan niat
yakni seseorang itu pertama sekali perlu bertanya
kepada dirinya sendiri supaya keinginannya untuk
menjadi Syeikh itu tidaklah untuk kepentingan
dirinya sendiri atau keinginan untuk menjadi Syeikh
yang mempunyai pengikut.
2. Mengetahui kemampuan murid dalam melakukan
amalan. Syeikh perlulah tahu apakah amalan yang
sesuai untuk diamalkan oleh setiap murid. Syeikh
tidak boleh memberi sesuatu amalan yang di luar
batas kemampuan murid untuk melaksanakannya.
3. Bersikap jujur terhadap harta muridnya iaitu
seseorang Syeikh tidak boleh menunjukkan rasa
keinginannya terhadap sesuatu barang berharga yang
menjadi milik muridnya melainkan jika muridnya
sendiri yang ingin memberikan dengan ikhlas maka
Syeikh boleh menerimanya.
4. Memberi sedekah kepada orang yang memerlukan
seperti fakir miskin dan orang yang dalam kesusahan.
Sesungguhnya sedekah terdapat berbagai-bagai
kelebihan.
5. Amalan yang selari dengan perkataannya yang
menyeru kepada kebaikan dengan jelas dan bukan
dengan jalan yang kabur supaya tidak timbul
keraguan dalam diri murid.
6. Bersifat belas kasihan kepada yang lemah. Apabila
Syeikh melihat terdapat kelemahan dan kekurangan
pada muridnya maka hendaklah dia memberikan
bantuan bagi memenuhi keperluannya.
7. Hendaklah menyucikan perkataannya dari perkara-
perkara yang menuruti hawa nafsu ketika berkata-
kata dengan murid kerana perkataan seorang Syeikh
akan memberikan kesan terhadap hati. Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
154
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hendaklah mengucapkan perkataan yang baik-baik
sahaja.
8. Membesarkan Allah dalam perkataan yakni apabila
Syeikh hendak berkata-kata kepada muridnya maka
hendaklah menghadapkan hatinya kepada Allah dan
memohon petunjuk dariNya agar lidahnya dapat
menjadi jurucakap bagi Allah dan supaya
perkataannya itu nanti akan membuahkan manafaat
kepada murid.
9. Menegur dengan hikmah apabila melihat sesuatu
kesalahan dilakukan oleh murid. Syeikh hendaklah
menegurnya secara bijaksana dan tidak menjatuhkan
air mukanya. Menegur murid hendaklah secara
berseorangan dan bukannya di dalam majlis.
10. Memelihara segala rahsia murid samada yang bersifat
Tajalli di dalam diri ataupun yang berbentuk
karamah. Kesemua rahsia murid hendaklah dipelihara
dengan baik oleh Syeikh.
11. Memaafkan kesalahan murid hendaklah sentiasa
menjadi kelaziman bagi Syeikh jika dia mendapati
muridnya tidak menurut peraturan dan adab atau
apabila murid tidak melaksanakan sesuatu tugas yang
telah diberikan.
12. Jangan mengharapkan penghormatan yang terlalu
tinggi dari murid meskipun itu merupakan hak
baginya ke atas murid. Syeikh perlu memelihara dan
menjaga murid-muridnya namun tidak boleh
meletakkan pengharapan yang terlalu besar kepada
mereka, maka bagi seseorang Syeikh
mengkebelakangkan hak dirinya adalah yang terbaik.
13. Mendahulukan hak-hak murid mengatasi hak-hak
dirinya meskipun dalam keadaan sihat mahupun

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


155
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sakit. Syeikh tidak sepatutnya melambat-lambatkan
dalam menunaikan hak-hak murid.
14. Membahagikan masanya untuk Khalwat dan Jalwat
yakni Syeikh perlu ada masanya yang khusus untuk
bersendirian dengan Allah dan perlu ada masa yang
tertentu untuk bermasyarakat sesama manusia bagi
urusan-urusan Duniawi dan Ukhrawi. Syeikh tidak
sepatutnya meluangkan sepanjang masa bersama
manusia. Kesempurnaan Ihsan bukanlah alasan bagi
Syeikh untuk berkhalwat kerana Hadhrat Baginda
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun
dengan kesempurnaan Hal dan Ihsan dalam dirinya,
Baginda tidak berada sepanjang hari bersama
Sahabatnya. Untuk memohon khazanah dan Rahmat
yang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
Baginda memilih Khalwat dan untuk membahagi-
bahagikan Rahmat, Baginda memilih Jalwat iaitu
bermasyarakat.
15. Memperbanyakkan amalan Sunat dan Nawafil
meskipun telah mencapai kesempurnaan Hal dan
Ihsan sebagai menuruti Hadhrat Baginda Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Amalan Nawafil seperti
Solat Tahajjud, Solat Fajar, Solat Isyraq, Solat Dhuha,
berpuasa, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Hadhrat Shah Waliullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaihi


menyatakan di dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil bahawa
terdapat lima syarat untuk melayakkan seseorang itu
menjadi Syeikh:

1. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang isi kandungan


kitab Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Mempunyai sifat adil dan taqwa.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
156
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
3. Mestilah mempunyai sifat zuhud daripada
kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada
kehidupan Akhirat.
4. Hendaklah dia memiliki sifat sentiasa suka menyuruh
dan mengajak kepada yang makruf dan mencegah
perkara yang mungkar, sangat tegas dengan
fikirannya, mempunyai pendapat dan pandangan
sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak
menyeleweng, mempunyai maruah dan kekuatan akal
yang sempurna.
5. Dalam sejarah keruhaniannya, Syeikh itu mestilah
telah pernah bergaul, bersahabat dan berguru dengan
Syeikh-syeikh keruhanian dalam satu tempoh yang
agak panjang.

Hadhrat Syeikh Hisham Kabbani yang merupakan


Khalifah Kanan bagi Hadhrat Syeikh Nazim Adil Haqqani
menyatakan bahawa di dalam Tariqat Naqshbandiyah
terdapat empat tingkatan Syeikh Murshid. Mereka menjadi
pembimbing yang membawa manusia ke Hadhrat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan seterusnya ke
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka tetap
memelihara perundangan Syari’ah, menghidupkan amalan
ibadah harian seperti yang fardhu, wajib dan sunat,
mempertingkatkan Iman dan seterusnya membawa menuju
ke tingkatan Ihsan. Empat tingkatan Syeikh Murshid adalah
seperti berikut:

1. Murshid Tabaruk - Pembimbing Keruhanian yang


menghasilkan keberkatan kepada murid dan
menyempurnakan maksud murid dengan
memberikannya awrad zikir dan amalan harian.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


157
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
2. Murshid Tazkiyah - Pembimbing Keruhanian yang
mengeluarkan sikap dan hawa nafsu yang buruk
daripada diri murid, membersihkannya dari segala
sifat yang Mazmumah dan menggantikannya dengan
segala sifat Mahmudah.

3. Murshid Tasfiyah - Pembimbing Keruhanian yang


menyucikan muridnya dari segala keinginan duniawi
serta cenderung kepada kehidupan yang qana’ah dan
zuhud. Mereka zuhud di Dunia dan di Akhirat.

4. Murshid Tarbiyah - Pembimbing Keruhanian pada


darjah tingkatan tertinggi yang mendidik dengan jalan
istiqamah dan membawa murid kepada peningkatan
maqam dan Musyahadah kehadiran Zat Yang Suci.

MURSHID TABARUK
ADAPUN bagi Murshid Tabaruk, dia telah diberikan
kebenaran untuk mengajarkan zikir dan mentalqinkan zikir
pada lidah murid. Dia mengajar untuk mengingati dan
menyeru Allah dan bagaimana untuk menuruti perintah-
perintah Allah. Dia memberikan langkah pertama atas jalan
Tariqat. Dia mengajarkan sebutan Kalimah Allah kepada
murid dan membina jambatan perhubungan antara hati
murid dengan Allah Subhanhu Wa Ta’ala.

Dengan mengamalkan zikir yang diberikan, murid


akan diperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Jika murid masih belum dapat menyaksikanNya,
dia belum mencapai ke tingkatan yang ingin ditunjuki oleh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
158
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Murshid. Murshid perlu mengajarkan ayat-ayat Al-Quran,
sebutan Nama-Nama Allah dan lafaz-lafaz Selawat. Dia akan
memberikan ayat-ayat atau Nama-Nama Allah dan lafaz-
lafaz Selawat yang tertentu kepada murid dengan jumlah
bilangan yang tertentu untuk diamalkan menurut
kemampuan dan keperluan seseorang murid.

Murshid Tabaruk mestilah memiliki ilmu dan daya


untuk memuji dengan segala jenis pujian dan sanjungan
serta pensucian kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala baik
secara lisan mahupun secara diam. Dia mengenali Tasbih
sekelian kejadian ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
apakah Tasbih yang diperlukan oleh tubuh badan dan ruhani
muridnya. Dia juga mengetahui Tasbih yang dilakukan
secara sedar mahupun yang tidak sedar oleh sekelian
makhluk ciptaan Allah hatta kepada orang Islam dan yang
bukan Islam.

Dia menerima limpahan ilmu Kenabian dari Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berkenaan apa yang sedang berlaku
pada makhluk Allah di Alam Dunia dan di Alam Barzakh.
Dia mengenali tentang hakikat Jin dan yang berkaitan
dengannya, tentang tipu dayanya, ancaman Allah ke atas
mereka dan bagaimana untuk menghindari gangguannya.
Dia juga mengetahui bagaimana untuk setiap Manusia dan
Jin agar dapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
apakah amalan yang akan membukakan pintu untuk mereka
mencapai dan memperolehi keberkatan dari Hadhrat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Murshid hendaklah mewarisi pengetahuan yang


Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah limpahkan kepada Nabi
Adam ‘Alaihissalam tentang nama-nama makhluk ciptaan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
159
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan memperdalami ilmu
pengetahuan. Dia hendaklah mengenali nama-nama Para
Malaikat yang berdamping dengan manusia dan waktu
pertukaran para malaikat tersebut iaitu selepas Subuh
sehingga terbit matahari dan selepas Asar sehingga sebelum
Maghrib serta waktu turunnya para malaikat ke langit dunia
iaitu ketika sebelum terbitnya Fajar. Ini merupakan waktu-
waktu yang terbaik untuk melakukan awrad zikir. Waktu di
antara Maghrib dan Isya, sesudah Isya sehingga sebelum
Subuh, waktu Dhuha dan waktu di antara Zohor dan Asar
adalah antara masa yang baik untuk melakukan awrad zikir.

Murid hendaklah sentiasa memerhatikan waktu-


waktu tersebut untuk melakukan zikir kerana dapat berserta
dengan Para Malaikat Muqarrabin mengingati Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan memelihara awrad zikir,
ianya dapat membina perhubungan di antara diri murid dan
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi
Syeikh Murshid. Hubungan murid dengan Murshidnya
hendaklah kuat dan kukuh kerana menerusi Murshidnyalah
murid itu diperkenalkan tentang Hakikat Nabi dan Hakikat
Kenabian.

Dengan berzikir menyebut nama Allah dan


berselawat seperti yang diberikan oleh Murshid akan dapat
membina jambatan antara diri murid, Syeikh, Para Masyaikh,
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
seterusnya ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Pada
tahap pertama, murid murid melakukan sebutan zikir Allah
Allah sebanyak 5000 kali menurut kaifiyat zikir dengan lidah
hati pada latifah Qalb sehari semalam dan Selawat serta
Istighfar sebanyak 500 kali. Zikir ini dilakukan tanpa
menggerakkan lidah dengan menongkatkannya ke langit-
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
160
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
langit. Pada tahap seterusnya apabila murid menunjukkan
kesungguhan, zikir Allah Allah hendaklah dipertingkatkan
sehingga 24 000 kali dan Selawat sebanyak 1000 kali sehari
semalam.

Hadhrat Syeikh ‘Abdullah Daghistani Rahmatullah


‘alaih pernah mengatakan bahawa,
“Kamu harus sentiasa memerhatikan tiga perkara ini di
dalam kepala yakni tiga peraturan pada setiap masa untuk
maju di dalam Tariqat iaitu:
1. Jika aku memberi kamu penyodok pecah dan
menyuruh kamu menggali sehingga ke perut bumi
untuk mencari permata, hendaklah kau menggalinya
tanpa bertanya kenapa dan memberi sebarang alasan.
Teruskan saja menggali.
2. Jika aku memberi kamu baldi dan berkata kosongkan
lautan itu, jangan kau tanya sama ada ianya akan
habis atau mempertikaikan yang ianya mustahil
untuk mengosongkan lautan hanya dengan baldi.
Hendaklah kau lakukan saja kerana jika datang dalam
fikiranmu yang pekerjaan itu mustahil atau tidak
berfaedah maka kau gagal dalam ujian dan perlu
memulainya semula.
3. Jika aku memberitahu pada semut yang rezekinya ada
di Timur dan ada di Barat, dia akan terus saja berjalan.
Murid perlu bersikap seperti semut, jangan kau
gunakan akalmu untuk memahami bagaimana kau
akan memperolehi rezekimu. Teruskan berjalan, jika
kau mati dalam berusaha, kau mati dalam
penyerahan.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


161
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURSHID TAZKIYAH
MURSHID Tazkiyah membimbing murinya dalam
penyucian hawa nafsu dan tabiat yang tidak baik yang
disebut sebagai Tazkiyatun Nafs. Bagaimanakah untuk
seseorang itu membersihkan dirinya dari godaan hawa nafsu
jika dia tidak mengenali hakikat nafsu dan tingkatan-
tingkatannya? Sepertimana yang diketahui terdapat tujuh
tingkatan nafsu iaitu:

1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu berada pada tahap kehaiwanan iaitu
pada kedudukan yang rendah, tidak mengenali
hakikat diri dan tidak mengenal hakikat Tuhan, boleh
menjadi lebih buas dari binatang dan sentiasa
mengingkari perintah-perintah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Tahap nafsu ini berada pada tingkatan yang
rendah dan perlu disucikan dengan Taubat dan
Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang lebih
tinggi supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila
nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya,
peribadi manusia itu akan menjadi lebih baik dari
para Malaikat setelah dia menjalani latihan penyucian
diri di bawah asuhan seorang Murshid yang
sempurna. Nafsu Ammarah sentiasa mengajak diri
mengingkari Allah dan Rasul, menurut ajakan
Syaitan, bergelumang dengan dosa-dosa besar dan
maksiat, bertabiat dan bertingkah laku buruk,
bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa
memuaskan kehendak hawa nafsu dan bersikap
mementingkan diri sendiri.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


162
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu berada pada tahap mula menyedari
keingkaran dan sifat buruk yang ada pada dirinya
dan berasa menyesal apabila melakukan perbuatan
yang buruk dan tidak baik. Dia mula untuk berasa
bersalah kerana menurut keakuan dirinya semata-
mata dan lebih mementingkan diri sendiri. Dia akan
melakukan Taubat dan Istighfar tetapi akan kembali
kepada perlakuan dosa dan maksiat kepada Allah
dan Rasul. Kesedarannya baru terbit tetapi tidak
kukuh. Dia perlu menjalani latihan untuk
menerbitkan rasa kesedaran dan insaf pada setiap
masa serta menyerahkan dirinya kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika tidak, dia akan
kembali terjerumus kedalam kancah keburukan.

3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan ini


keakuan seseorang itu berada pada tahap yang lebih
kerap menyesali dirinya kerana mengingkari hukum
dan perintah Allah dan Rasul, kesedaran untuk insaf
semakin bertambah tetapi masih belum mampu
meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat. Dia
belum menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah
kerana keakuan dirinya belum Fana atau dimatikan.
Walaubagaimanapun keinginan untuk kembali
sepenuhnya kepada Allah terasa amat dekat. Dengan
latihan keruhanian dan asuhan Murshid dia akan
berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat
penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan
Murshid kerana seseorang itu tidak akan mampu
mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini dengan
bersendirian melainkan melalui seorang Murshid
secara zahir dan batin. Dia perlu berzikir dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
163
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kalimah Ismu Zat iaitu Allah Allah sebanyak-
banyaknya di dalam hati sehingga terbit ketenangan.

4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan ini


keakuan seseorang itu berjaya mencapai Fana. Dia
berjaya mematikan keakuan dirinya dan
menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Apabila keakuan dimatikan maka akan
lahirlah Bayi Maknawi dari diri insan. Insan bersifat
pelupa dan apabila keakuan insan itu dimatikan
maka akan lahirlah daripada dirinya, dirinya yang
sebenar yang diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul
Qadir Jailani sebagai Tiflul Ma’ani yakni Bayi
Maknawi. Pada tahap ini keimanan seseorang itu
menjadi semakin teguh dan kukuh. Dia perlu
mendawamkan zikir kalimah Ismu Zat pada setiap
Latifah sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan kekal
dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai ketenangan
pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat limpahan
dan asuhan Murshid.

5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu telah diserahkan sepenuhnya kepada
Allah dan dia redha dengan apa jua yang datang dari
Allah. Tidak mementingkan apa yang telah berlaku
dan apa yang akan berlaku. Dia menumpukan
kesedarannya pada Kehadiran Zat Yang Suci pada
setiap masa. Dia hanya menjadikan Allah sebagai
maksud dan sentiasa menuntut keredhaan Allah. Dia
sentiasa merasakan dirinya lemah di hadapan Allah
dan sentiasa bergantung penuh kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Dia mengetepikan segala

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


164
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepentingan Dunia dan Akhirat demi Allah Ta’ala
semata-mata.

6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu telah tenggelam dalam lautan Syuhud.
Dia menyaksikan Kebesaran Allah dengan cahaya
Musyahadah dan mencapai ‘Irfan. Dia berenang di
lautan Makrifat mengenali hakikat diri dan hakikat
Tuhannya. Ruhnya telah aman damai di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut
terhadap sesama makhluk dan zahirlah akhlak yang
baik serta mulia dari dirinya.

7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini keakuan


diri seseorang itu telah mencapai penyucian yang
sempurna dan berjaya menjadi insan yang sempurna
dengan menuruti segala Sunnah Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang mana merupakan insan yang paling sempurna.
Zahir mereka bersama manusia di dalam khalayak
ramai dan menghadiri majlis mereka namun batin
mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga
memerhatikan limpahan Faidhz dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada tingkatan
ini adalah sentiasa bermuraqabah. Penyerahan
mereka sempurna dan Allah menzahirkan Tanda-
Tanda KekuasaanNya menerusi hamba tersebut. Dia
menyerah kepada segala ketentuan Taqdir dan
melaksanakan kewajibannya sebagai hamba dengan
sebaik-baiknya. Ini merupakan tingkatan para Nabi
dan Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam dan inilah
merupakan tingkatan Para Sahabat Ridhwanullah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


165
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Alaihim Ajma’in dan inilah merupakan tingkatan
sekelian Wali Qutub.

Apakah bentuk peperangan yang paling berkesan


untuk memerangi hawa nafsu sehingga seseorang Murid itu
dapat mengawal dan menguasai hawa nafsunya? Murshid
Tazkiyah akan membimbingnya dalam penaklukan tersebut.
Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menyifatkan peperangan melawan hawa nafsu
tersebut sebagai suatu jihad yang besar sepertimana yang
termaktub di dalam Hadits bahawa sekembalinya Baginda
dan Sahabat-Sahabatnya dari suatu peperangan yang besar,
Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi
Wasallam bersabda bahawa,
“Kita kembali dari jihad yang kecil dan menuju
kepada jihad yang besar.”

Para Sahabat bertanya,


“Apakah ada peperangan yang lebih besar dari ini
wahai Rasul? Dengan memerangi orang kafir pada Jalan
Allah dan mengharapkan syahid?”

Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab,


“Mujahadatun Nafs,” yakni peperangan melawan
hawa nafsu.

Ianya disifatkan sebagai suatu perang yang besar


kerana dalam perang yang zahir musuh dapat di kenali dan
dilihat manakala dalam perang batin, hawa nafsu itu tidak
dapat dilihat dan ia tidak akan memberitahu bahawa ia
adalah musuh di dalam diri. Kehendak nafsu adalah datang
dan pergi melalui mulut dan keluar menerusi kemaluan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


166
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda yang mafhumnya,
“Barangsiapa yang dapat menjamin memelihara apa
yang di antara kedua bibirnya dan apa yang ada di antara
kedua kakinya, maka aku akan menjaminkan untuknya
Syurga.”

Jihad Nafs adalah bagi menguasai segala kehendak


nafsu yang ada di mulut dan kemaluan dan yang di antara
keduanya seperti kehendak berkata perkataan yang sia-sia,
keinginan menghidu, mendengar dan melihat serta apa yang
dapat menyedapkan tekak dan perut serta kemahuan
Syahwat. Hawa Nafsu tidak akan membiarkan kita
memeranginya dan ia akan terus memerangi kita. Lidah akan
terus menginginkan makanan yang sedap dan lazat. Syeikh
hendaklah menyuruh muridnya mengusahakan makanan
yang halal dan bersederhana dalam makan minum dan
berpakaian. Lidah juga perlu diawasi dari berkata-kata yang
tidak baik seperti mencaci maki, mencarut, menipu,
menaburkan fitnah dan mengumpat. Kesemuanya itu
merupakan helah dan tipu daya dari Syaitan. Tugas Murshid
Tazkiyah adalah bagi menumpaskan musuh di dalam diri
iaitu Nafs, Hawa, Syaitan dan Dunia dengan menunjukkan
jalan dan kaedah peperangan iaitu dengan menuruti jejak
langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Keempat-empat musuh tersebut ada pada
setiap manusia tidak terkecuali walaupun Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Murshid hendaklah sentiasa berjaga-jaga dari


serangan keempat-empat musuh tersebut dan mengajarkan
muridnya untuk memerangi musuh-musuh tersebut dengan
menuruti amalan Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
167
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi lafaz zikir dan doa-doa
Masnun serta amalan perlakuan Sunnah Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dengan ikhlas dan istiqamah. Murshid perlu mengetahui
tentang hukum Fiqah dan mengetahui tentang sejarah
kehidupan Para Imam Mujtahidin seperti Imam Abu
Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad
Hambali dan pendapat-pendapat mereka dalam pengamalan
Syari’at. Murshid perlu berpegang kepada salah satu mazhab
Syari’at dan mampu menurutinya dengan baik serta dapat
menunjukkan pengamalan Syari’at yang betul kepada para
muridnya.

Murshid Tazkiyah akan mengajarkan zikir LA ILAHA


ILLA ALLAH iaitu zikir Nafi Itsbat kepada muridnya bagi
mengenepikan Nafs yang buruk dan memasukkan cahaya
sifat-sifat Allah ke dalam diri murid. Dia membina Tauhid
yang sempurna dalam diri para muridnya sehingga mereka
dapat mengingati Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
seterusnya dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah
Subhanahu Wa Ta’ala walau di mana jua mereka berada.
Adapun tanda kebesaran Allah yang paling agung adalah
Hadhrat Sayyidina Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Dengan penyaksian ini akan membawa murid itu
kepada hakikat sebenar pengucapan dua kalimah syahadah
iaitu:
Asyhadu An La Ilaha Illa Allahu
Wa Asyhadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluhu.
Terjemahan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam adalah hambaNya dan RasulNya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


168
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Bagi seseorang Murshid Tazkiyah hendaklah sentiasa
memelihara amalan Sunnah dan Syari’at Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik-
baiknya yakni sentiasa beramal dengan ‘Azimah. Murshid
hendaklah memiliki hubungan yang baik dengan Arwah
Para Masyaikh samada yang hidup mahupun yang mati.
Padanya diberikan pengetahuan tentang Aulia Allah pada
setiap zaman menerusi nama dan Ruhaniah mereka serta
dapat mengambil limpahan Faidhz mereka dan memperolehi
pancuran ilmu pengetahuan dari sumber yang sama dengan
Para Aulia Allah. Murshid Tazkiyah mengenali Para Wali
Allah dan mengetahui dari Nabi manakah mereka mewarisi
rahsia ilmu pengetahuan kerana setiap wali itu adalah
menuruti jejak langkah salah seorang dari 124,000 Para Nabi.

Menurut mafhum Hadis Baginda Nabi Muhammad


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Para ‘Ulama adalah pewaris Para Anbiya”.

Murshid yang benar akan dapat hadir dalam mimpi


muridnya dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala
untuk memberikan sesuatu petunjuk kepada murid. Murshid
membimbing muridnya untuk melakukan zikir dalam nafas
yakni setiap nafas yang keluar dan masuk hendaklah dalam
kesedaran bahawa Allah yang menguasai pernafasan kita
dan Dia boleh menghentikan pernafasan kita pada bila-bila
masa yang Dia kehendaki. Murid perlu menyedari hakikat
ini agar pada setiap saat menerusi keberkatan Syeikh
Murshidnya yang diperolehi dari Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, murid
itu dapat mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam
setiap nafasnya iaitu pada masa udara disedut masuk dan
pada masa ianya dihembus keluar.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
169
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih
menegaskan bahawa hendaklah mengingati Allah pada
setiap kali keluar masuk nafas dan di antara keduanya yakni
masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar
dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut
masuk. Kebanyakan dari kita menganggap pernafasan
adalah suatu perkara yang berlaku dengan sendiri dan di
luar kawalan kita tanpa sedar. Kita berdiri, berbaring,
berjalan, duduk, bercakap, makan dan minum sambil
bernafas dan kita tidak menyedarinya. Kita tidak mengingati
pergerakan keluar masuk nafas melainkan jika kita sedang
menyelam di dalam lautan maka barulah kita akan ingat
kepada nafas dan timbul di permukaan air untuk mengambil
udara.

Murshid Tazkiyah akan menjadikan Muridnya


sentiasa sedar bahawa dia sedang tenggelam di dalam lautan
dan tenaga yang diperolehinya keluar dan masuk itu adalah
menerusi Qudrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian dia
akan ingat sebutan Allah Allah di dalam setiap nafas ketika
keluar dan masuknya udara lalu dia akan terus mengingati
Allah menerusi Sifat-SifatNya atau menerusi Nama-
NamaNya menurut hari, masa dan keadaan yang tertentu.

Setiap kali kita menyedut udara masuk ada sepuluh


Malaikat yang mengiringi nafas tersebut dan setiap kali kita
menghembuskan udara keluar ada sepuluh Malaikat yang
mengiringi nafas tersebut. Menurut Para Masyaikh, setiap
Malaikat diciptakan oleh Allah dari cahaya yang berbeza
dari Cahaya Allah. Sembilan persepuluh adalah dari cahaya
Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
sepersepuluh lagi adalah dari cahaya penciptaan yakni dari

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


170
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Bahrul Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Para Awliya menyatakan bahawa manusia


dikurniakan dua puluh empat ribu nafas dalam dua puluh
empat jam. Setiap nafas yang keluar masuk perlulah
disertakan dengan Zikirullah dan ianya hanya dapat
diperolehi menerusi talqin Murshid Tazkiyah. Kerana itu
Para Masyaikh menyuruh Para Murid untuk berzikir Allah
Allah sebanyak dua puluh empat ribu kali sehari semalam.
Jumlah tersebut akan meningkat kepada tujuh puluh ribu
kali sehari semalam dan seterusnya sehingga mencapai tujuh
ratus ribu dalam sehari semalam. Jumlah itu akan terus
meningkat kepada Para Auliya Allah sehingga mencapai
tujuh juta bahkan sehingga mencapai tujuh puluh juta kali
dalam sehari semalam. Nafas yang disucikan akan bergerak
seperti cahaya. Setiap nafas kita tanpa disedari adalah keluar
dan masuk dengan tasbih Zikirullah seperti Huwa, Hu, Ya
Hu, Ha, Hi, His, Him, Ah, Aa, Ii, Uu dan Hayy yang mana
kesemua tasbih zikir tersebut adalah merujuk kepada Zat Dia
Yang Ghaib dan Maha Hidup, yang mana zikir tersebut
berada dalam Rahsia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

MURSHID TASFIYAH
MURSHID Tasfiyah adalah pada tingkatan ketiga mengatasi
kedudukan Murshid Tabaruk dan Tazkiyah kerana dia telah
mencapai kedudukan-kedudukan tersebut. Mereka tiada
keinginan terhadap duniawi dan amat zuhud terhadap
Dunia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


171
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mereka makan dan minum hanya sedikit dan
kehidupan mereka senantiasa dalam ibadah dan memberi
petunjuk kepada manusia. Mereka juga zuhud terhadap
kehidupan Akhirat yang mana Syurga bukanlah menjadi
matlamat mereka yang hakiki. Kepada orang awam,
Jannatul Khuld Syurga yang kekal sentiasa menjadi
matlamat mereka namun bagi Para Auliya Allah, Syurga
bukanlah menjadi keutamaan matlamat mereka bahkan
matlamat mereka adalah maksud yang satu iaitu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Segala sesuatu selain Allah tiada erti bagi mereka.


Mereka tiada lagi cinta dan cenderung dengan makhluk.
Cinta mereka hanyalah terhadap Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Bagi mereka Dunia dan Akhirat adalah sama sahaja
tanpa meletakkan sebarang harapan untuk kedua-dua
kehidupan tersebut. Maksud dan harapan mereka hanyalah
Allah.

Mereka sentiasa ingat akan pengertian dan maksud


kata-kata “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi.”
Mereka mampu menarik perhatian pengikutnya bukan
dengan kata-kata bahkan menerusi Jazbah dan tenungan
Batin.

MURSHID TARBIYAH
MURSHID Tarbiyah menduduki kedudukan yang tertinggi
di kalangan ‘Alim ‘Ulama dalam memberikan bimbingan
kepada Ummah. Mereka menduduki maqam Pewaris Nabi.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


172
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kesemua ilmu pengetahuan yang ada pada Para Wali
adalah sekadar setitis dari lautan ilmu Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
mana telah dibukakan kepada sekelian Para Wali.
Bayangkanlah betapa luasnya ilmu yang Allah Subhanahu
Wa Ta’ala telah kurniakan kepada Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Murshid Tarbiyah adalah mereka yang telah


menjalani kehidupan Ruhaniah dalam tempoh yang cukup
lama dan telah berjaya mencapai hakikat kehidupan dan
mensahihkan kebenaran dari Allah dan Rasul dan
membenarkan segala pengetahuan tentang Ilmu Yaqin,
‘Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin. Mereka telah melepasi
kedudukan Murshid Tabaruk, Murshid Tazkiyah dan
Murshid Tasfiyah.

Ketiga-tiga tahap Murshid tersebut boleh ditemui


dikalangan Tariqat-Tariqat yang lain namun Murshid
Tarbiyah hanya terdapat di dalam Silsilah Naqshbandiyah.
Murshid Tarbiyah adalah pembimbing Ruhani yang
mendidik Para Muridnya.

Dia adalah seorang yang lengkap Syari’at, Tariqat,


Ma’rifat dan Hakikat serta mencapai tahap Mujtahid Mutlaq
dalam Ilmu Syari’at dan Hakikat dan dikurniakan kekuasaan
untuk memutuskan sesuatu keputusan yang penting
berkaitan hukum-ahkam bagi Ummat Islam atau disebut
sebagai Tawkil Asy-Syamilah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


173
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURID
APA yang penting bagi seseorang murid adalah menjaga
dan memelihara adab terhadap Syeikhnya baik ketika berada
bersama-sama Syeikh mahupun ketika berjauhan, secara
Zahir mahupun secara Batin. Antara adab-adab yang utama
ialah menyerahkan segala urusan Keruhanian dirinya secara
mutlak kepada kebijaksanaan Syeikhnya. Para Masyaikh
mengatakan bahawa sesiapa yang berkata kepada gurunya
“Tidak” maka dia selamanya tidak akan berjaya di dalam
perjalanannya menuju Tuhan.

Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam Ali


Rahmatullah ‘alaih, seseorang Murid adalah dia yang
mempunyai keinginan yang membakar di dalam dadanya
untuk mencintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan
perasaan kecintaan yang tidak dapat diungkapkan dengan
kata-kata. Dia menghabiskan masa malamnya dengan
bersolat Tahajjud, berjaga sambil mengalirkan air mata
mengenangkan kegagalan dan kelemahan yang telah
dilaluinya dengan perasaan malu. Dia sentiasa berasa takut
kepada Tuhannya terhadap perkara-perkara yang akan
dilakukannya.

Murid hendaklah berusaha menjauhkan dirinya dari


segala tipu daya Duniawi, berasa menyesal dan malu atas
dosa-dosa yang telah dilakukannya dan mula membahagi-
bahagikan masanya untuk melakukan amalan-amalan
kebaikan. Hendaklah sentiasa bersabar dalam setiap hal dan
keadaan, sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan
redha dengan Taqdir ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Setiap waktu hendaklah mengiktiraf akan kelemahan diri
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
174
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sendiri dan bersangka baik terhadap sekelian makhluk dan
menganggap mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam setiap nafas hendaklah sentiasa mengingati


Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menganggap bahawa ini
merupakan nafasku yang terakhir. Jauhkan diri dari
kelalaian, berbual kosong, berbalah-balahan, bergaduh dan
bertengkar. Jangan menyakiti hati orang lain kerana hati
merupakan rumah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Hendaklah menceritakan tentang kebaikan dan kebajikan
Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum menurut apa yang
dinyatakan di dalam Hadits-hadits. Hendaklah diam
terhadap ikhtilaf yang timbul di kalangan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum kerana itu adalah lebih baik.

Menurut Hadhrat Imam Al-Ghazali Rahmatullah


‘alaih,
“Dan hendaklah Murid itu berpegang sepenuhnya
kepada Syeikhnya sebagaimana seorang buta berpegang
kepada pemandunya semasa dia berjalan di tepi sungai, iaitu
dia menyerahkan kesemua sekali urusannya kepada
Syeikhnya.”

Selanjutnya beliau menyatakan tentang kewajipan


Murid memberi penghormatan kepada Syeikh secara Zahir
dan Batin. Penghormatan Zahir dapat dilakukan dengan
cara:

1. Janganlah Murid mendebat dan membantahinya, juga


jangan menolak hujjah yang dibawanya sekalipun
ternyata kepada kamu kesilapannya.
2. Janganlah menonjolkan diri di hadapannya dengan
mengembangkan hamparan sejadah kecuali jika kamu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
175
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menjadi Imam Solat. Sebaik-baiknya apabila selesai
Solat tinggalkan sejadah dengan segera sebagai
menjaga tata tertib terhadapnya.
3. Janganlah banyak bersolat sunat nafilah di hadapan
Syeikh.
4. Hendaklah kamu melakukan suruhannya mengikut
kemampuan kamu.
5. Janganlah kamu bersujud kepadanya atau kepada
selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
perbuatan murid yang sedemikian adalah kufur.
6. Hendaklah kamu mengikuti dengan bersungguh-
sungguh perintahnya, sekalipun pada zahirnya
kelihatan seolah menderhakai Allah Subhanahu Wa
Ta’ala

Penghormatan Batin pula dapatlah dilakukan oleh


Murid dengan cara berikut:

1. Bahawa setiap perkara yang disampaikan oleh Syeikh


kepada kamu secara Zahir itu janganlah kamu
membantahinya secara Batin. Kalau tidak, berertilah
kamu bersifat munafiq.
2. Kalau kamu tidak mampu melaksanakan perkara
seperti di atas, maka hendaklah kamu buat sementara
waktu mengundurkan diri daripada mendampinginya
sehinggalah kamu dapat menyesuaikan Batin dengan
Zahir kamu sendiri. Ini adalah kerana tidak ada
gunanya persahabatan di samping keingkaran
terhadap orang yang sama pada masa yang sama
pula.

Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi


Rahmatullah ‘alaihi pula telah mengatakan,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
176
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Keadaan atau suasana seseorang Murid di hadapan
seseorang Syeikh adalah bagaikan seorang yang duduk di
tepi pantai menanti rezeki bergerak datang kepada dirinya.”

Bagi Murid, apabila berada di dalam majlis Syeikh,


perkara yang paling utama dibeikan perhatian adalah Adab
kerana ianya akan menimbulkan kecintaan pada hati.
Apabila Murid beradab dengan adab-adab yang sempurna,
ianya akan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang di
dalam hati Syeikh terhadap Murid tersebut. Apabila Syeikh
mengasihinya, maka dia juga akan mendapat kasih Allah.

Perhatian dari Syeikh terhadap diri Murid juga akan


merapatkan perhatian Allah terhadap Murid kerana Allah
sentiasa melihat hati-hati para RakanNya (Para Sufi) dengan
penuh Rahmat, kekurniaan dan pemeliharaan.

Apabila Murid sentiasa mendapat perhatian Syeikh,


dia akan sentiasa mendapat limpahan dari Allah yang tiada
penghujungnya, dia akan mengenali hakikat kewujudan
dirinya. Itu merupakan tanda penerimaan Syeikh terhadap
Murid dan juga merupakan tanda penerimaan Allah Ta’ala,
penerimaan Hadhrat Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi
Wasallam dan penerimaan sekelian Hadhrat Para Masyaikh
Qaddasallahu Asrarahum. Dengan ini Murid akan
memperolehi limpahan Faidhz dari Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menerusi Hadhrat Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh di
dalam Silsilah menerusi Syeikhnya.

Jika Murid mengenepikan Adab, dia tidak akan


mendapat manafaat yang besar dari Syeikhnya. Memuliakan
Para ‘Alim ‘Ulama dan Para Masyaikh adalah suatu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
177
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kewajipan yang besar bagi Ummat kerana Para ‘Ulama
adalah pewaris Para Nabi.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah


Fathir ayat 32:

ÒΟÏ9$sß óΟßγ÷ΨÏϑsù ( $tΡÏŠ$t7Ïã ôÏΒ $uΖøŠx sÜô¹$# tÏ%©!$# |=≈tGÅ3ø9$# $uΖøOu‘÷ρr& §ΝèO

š
Ï9≡sŒ 4 «!$# ÈβøŒÎ*Î/ ÏN≡uö$y‚ø9$$Î/ 7,Î/$y™ öΝåκ÷]ÏΒuρ Ó‰ÅÁtFø)•Β Νåκ÷]ÏΒuρ ϵšø uΖÏj9

∩⊂⊄∪ ç$Î7x6ø9$# ã≅ôÒx ø9$# uθèδ


Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang
yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di
antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan
di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara
mereka ada orang-orang yang berlumba dalam melakukan
kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah
karunia yang amat besar.

Yang dimaksud dengan orang yang menganiaya


dirinya sendiri ialah orang yang lebih banyak kesalahannya
daripada kebaikannya, dan pertengahan ialah orang-orang
yang kebaikannya sebanding dengan kesalahannya, sedang
yang dimaksudkan dengan orang-orang yang lebih dahulu
dalam berbuat kebaikan ialah orang-orang yang kebaikannya
amat banyak dan amat jarang berbuat kesalahan. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran Surah
Fathir pada ayat 28,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


178
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

$yϑ¯ΡÎ) 3 š
Ï9≡x‹x. …çµçΡ≡uθø9r& ì#Î=tFøƒèΧ ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ Å_U!#uρ¤$!$#uρ Ĩ$¨Ζ9$# š∅ÏΒuρ

∩⊄∇∪ î‘θà xî ͕tã ©!$# .χÎ) 3 (#àσ¯≈yϑn=ãèø9$# ÍνÏŠ$t6Ïã ôÏΒ ©!$# y´øƒs†
Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang
melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-
macam warnanya dan jenisnya. Sesungguhnya yang takut
kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah Para
‘Ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun.

Di antara hamba Allah, yang takut kepadaNya


hanyalah Para ‘Ulama. Yang dimaksud dengan 'Ulama
dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran
dan kekuasaan Allah dan kemuliaan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“ ‘Ulama adalah pewaris Para Anbiya kerana mereka
memiliki ‘Ilmu. Seluruh penghuni langit mencintainya dan
penghuni lautan memohon keampunan bagi mereka
sehingga Hari Qiyamat.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Pada Hari Qiyamat Allah akan membangkitkan
seluruh manusia dan Para ‘Ulama akan dipisahkan lalu
Allah berfirman kepada mereka, “Wahai Para ‘Ulama, tidak
Aku berikan ‘IlmuKu kepadamu kecuali kerana Aku
mengetahui keadaanmu dan pemberian ‘IlmuKu
kepadamu bukan kerana Aku akan menyiksamu.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
179
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Masuklah ke dalam Syurga kerana dosa-dosamu telah Aku
ampuni.”

Yang dimaksudkan dengan pewaris Para Nabi


bukanlah hanya sekadar kepada ‘Ulama yang memiliki Ilmu
Zahir kerana walaupun ianya juga merupakan warisan Ilmu
Nabi tetapi darjatnya adalah seperti Zawil Arham dalam
Ilmu Faraidh. Yang dimaksudkan dengan pewaris Nabi yang
sempurna adalah sepertimana pada darjat anak, kerana anak
merupakan pewaris yang terdekat. Anak adalah rahsia ayah
secara Zahir dan Batin.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“Ada ilmu yang seperti tiram yakni mutiara yang
tersembunyi, hanya orang-orang yang mengenal Allah
yang mengetahuinya. Bila mereka berbicara, orang-orang
yang agung tidak dapat menolak.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


180
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ADAB BERBAI‘AH
SEBELUM melakukan Bai‘ah, Sheikh dan Murid hendaklah
dalam keadaan yang suci dari hadas besar dan kecil serta
berpakaian bersih dan suci. Adalah Mustahab bagi Murid
mendirikan Solat Sunat Taubat dua raka’at sebelum
melakukan Bai‘ah bagi memohon Taubat, Rahmat kebaikan,
keberkatan, petunjuk dan keredhaan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Bai‘ah boleh dilakukan di mana-mana tempat yang


suci di atas muka bumi ini kerana di zaman Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
Bai‘ah di lakukan di bawah pohon, di dalam Ka’abah, di
dalam masjid, di dalam rumah dan di medan pertempuran.
Asalkan di tempat yang suci. Boleh di lakukan di tempat
yang tertutup mahupun terbuka. Seluruh muka bumi ini
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah jadikan tempat untuk
bersujud bagi sekelian Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Maka pilihlah tempat yang sesuai dan terbaik
untuk melakukan upacara Bai‘ah.

Ketika memulakan Bai‘ah, Sheikh hendaklah duduk


membelakangi Kiblat dan Murid pula hendaklah duduk
menghadap Sheikh di arah Kiblat. Sheikh dan Murid
hendaklah duduk dalam keadaan antara dua sujud. Setiap
Syeikh Tariqat atau Murshid mungkin berbeza dalam
upacara berbai‘ah iaitu pada bacaan ayat-ayat tertentu dan
kaedahnya. Walaubagaimanapun perkara yang paling utama
adalah menuruti amalan Sunnah Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan Murid

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


181
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
meletakkan tangan kanannya pada tangan kanan Syeikh atau
tongkat Syeikh atau Jubah Syeikh.

Ada juga yang menggunakan tali jika jumlah yang


ingin berbai‘ah adalah ramai. Jika ada orang lain yang turut
hadir untuk melakukan Bai‘ah bolehlah dia meletakkan
tangan kanannya pada bahu orang yang sedang berbai‘ah di
hadapannya. Ketika memegang tangan Syeikh, ada yang
meletakkan tangan di atas tangan Syeikh dan ada juga yang
memegang dengan cara bersalam dan menaikkan kedua ibu
jari ke atas. Ada sesetengah Syeikh yang akan berkhutbah
yang disunatkan sebelum melakukan upacara Bai‘ah dan ada
juga yang berkhutbah sesudah melakukan upacara Bai‘ah.

Adapun Bai‘ah Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah


adalah seperti berikut. Syeikh hendaklah membaca Ta‘awuz
dan Tasmiah serta menganjurkan Murid supaya mengikut
apa yang akan diucapkannya iaitu:

“A’uzubillahi Minasy Syaitanir Rajim;


Bismillahir Rahmanir Rahim”

Terjemahan: Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan


yang direjam; Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang.

Murid perlu menurut lafaz sepertimana yang


disebutkan kemudian Syeikh hendaklah mentalqinkan
kalimah Istighfar dan Taubat sebanyak tiga kali dan Murid
hendaklah menuruti lafaz Istighfar tersebut. Lafaznya adalah
seperti berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


182
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Astaghfirullaha Rabbi Ming Kulli Zambin Wa Atubu Ilaih”
- 3x

Terjemahan: Aku meminta ampun pada Allah Tuhan


Pemeliharaku dari segala dosa dan aku bertaubat
kepadaNya.

Adapun lafaz Istighfar dan Taubat ini mungkin


berbeza pada sebilangan Tariqat namun yang penting
terdapatnya kalimah memohon keampunan dan bertaubat
dari perlakuan dosa. Pada ketika ini Murid hendaklah benar-
benar bersedia mengambil perjanjian dengan berbai‘ah.

Seterusnya Syeikh akan mentalqinkan Dua Kalimah


Syahadah dan Murid hendaklah menurutinya dengan
sebutan yang betul seperti berikut:

“Asyhadu An La Ilaha Illa Allah Wahdahu La Syarikalahu;


Wa Asyhadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluhu.”
Terjemahan: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
yang KeesaanNya tiada yang bersekutu bagiNya; Dan aku
bersaksi bahawa Muhammad adalah HambaNya dan
PesuruhNya.

Kemudian Syeikh akan mengucapkan rukun-rukun


Keimanan secara Tafsil dan Murid hendaklah menuruti
lafaz-lafaznya satu persatu sebagaimana yang disebutkan
oleh Syeikh seperti berikut:

“Amantu Billahi, Wa Malaikatihi, Wa Kutubihi, Wa


Rusulihi, Wal Yaumil Akhir, Wal Qadri Khairihi Wa
Syarrihi Minallahi Ta’ala, Wal Ba’tsi Ba’dal Maut.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


183
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Terjemahan: Aku beriman dengan Allah, dan Para
MalaikatNya, dan sekelian KitabNya, dan Para RasulNya,
dan Hari Akhirat, dan Taqdir yang baik dan buruk adalah
dari Allah Ta’ala, dan kebangkitan sesudah mati.

Kemudian Syeikh hendaklah berdoa untuk dirinya,


untuk Murid agar dilimpahkan oleh Allah Hidayah dan
limpahan Faidhz serta mendoakan juga untuk para hadirin
yang ada beserta dalam majlis upacara Bai‘ah itu. Syeikh
hendaklah mengangkat tangan dan berdoa dengan membaca
Surah Al-Fatihah dan segala permohonan tersebut di dalam
hati. Setelah tamat berdoa Syeikh hendaklah mengucapkan
dengan Tahmid:

“Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.”


Terjemahan: Dan segala pujian adalah bagi Allah Tuhan
Pemelihara Sekelian ‘Alam.

Murid dan para jemaah hadirin hendaklah


mengucapkan Amin. Seterusnya Syeikh hendaklah
memberikan nasihat dan mentalqinkan Zikir Ismu Zat
kepada Murid. Adapun Sheikhku yang amat daku kasihi,
Hadhrat Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib Mudda
Zilluhul ‘Ali memberikan kata-kata nasihat berikut kepadaku
dan sekelian Muridnya ketika sesudah berbai‘ah:

“Hendaklah memelihara Solat lima waktu setiap hari.


Setiap waktu ketika berjalan, berbaring, bangun dan duduk,
di dalam hati hendaklah menyebut Allah Allah dan
bayangkan limpahan Faidhz dari Allah pada hati, sama ada
berwudhuk
ataupun tidak. Semoga Allah Ta’ala merahmati.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


184
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian Syeikh hendaklah menunjukkan
kedudukan Latifah Qalb sebagai pelajaran yang awal bagi
Murid sambil mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz
Allah. Murid hendaklah mengamalkan kalimah zikir yang
telah ditalqinkan oleh Syeikh sebanyak dan sekerap yang
mungkin menurut Kaifiyat Zikir yang telah ditetapkan
sehingga dia merasakan sesuatu perubahan pada dirinya.

Murid hendaklah peka terhadap perkembangan


Ruhaniahnya dan segala perubahan yang dialaminya sama
ada secara Zahir mahupun Batin, hendaklah sentiasa
melaporkan kepada Syeikhnya segala pengalaman dan
perasaan yang dirasainya. Mimpi juga perlu dikhabarkan
kepada Syeikh kerana bagi orang-orang beriman, mimpi
yang benar merupakan satu bab daripada Kenabian.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


185
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PENGHASILAN FAIDHZ
MENURUT Para Masyaikh, cara untuk menghasilkan
faedah yang sebesar-besarnya dengan limpahan Faidhz dan
keberkatan yang sempurna atas jalan Naqshbandiyah ini,
seseorang murid itu hendaklah sentiasa bersahabat dengan
Syeikhnya dengan penuh adab tertib dan keikhlasan hati
serta memenuhi segala syarat-syaratnya serta tetap
memelihara Zikir Azkar seperti yang telah ditalqinkan oleh
Syeikh kepada dirinya.

Dalam Tariqat ini juga terdapat maqam-maqam yang


amat tinggi kedudukan darjatnya dan padanya terdapat
warid-warid yang juga tinggi kedudukannya dan
merupakan bahagian Suluk Para Ulul ‘Azmi dan Para
Muqarrabin. Mereka-mereka yang telah diberikan keahlian
dan kemampuan untuk memasuki dan menempuhi jalan
tersebut telah diberikan kemuliaan oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan mereka itu akan terus maju menuju ke
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Jalan Naqshbandiyah ini seperti yang telah ditegaskan


oleh Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Rahmatullah ‘alaih bahawa ianya merupakan jalan yang
paling dekat, paling mendahului, paling menuruti, paling
kukuh, paling selamat, paling berhikmah, paling benar,
paling baik, paling tinggi, paling agung, paling atas
kedudukannya, paling sempurna dan paling indah jalannya.

Dalam menuruti Tariqat Naqshbandiyah ini, Para


Masyaikh mendahulukan Jazbah sebelum Suluk di mana
seseorang murid yang benar-benar ikhlas akan berusaha
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
186
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghasilkan Tawajjuh yang sempurna dari Syeikhnya.
Dengan berkat Tawajjuh Syeikh, murid itu akan
memperolehi Jazbah yang mana keadaannya akan mula
mengalami perubahan iaitu bertambahnya Zauq dan Shauq
serta Ruhnya akan merasai kelazatan dan ketenangan yang
khas tatkala melakukan Zikir dan Ibadat.

Seseorang Murid yang benar hendaklah mendalami


Ilmu Agama terutamanya yang berkenaan dengan Syari’at
Islam seperti yang telah dibawakan oleh Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta
menghidupkan Sunnah Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di dalam kehidupan
sehari-harian terutamanya di dalam amalan ibadat dan
meninggalkan segala bentuk Bida’ah yang sesat dalam
pelaksanaan ibadat. Murid hendaklah sentiasa berpegang
teguh dengan Al-Quran dan Hadits Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hendaklah melaksanakan Rukun Islam iaitu bersaksi


kepada Allah dan Rasul dengan mengucapkan Dua Kalimah
Syahadah, mendirikan dan memelihara Solat lima waktu
setiap hari, Puasa pada bulan Ramadhan, Zakat dan
menunaikan Haji apabila berkemampuan.

Hendaklah melaksanakan Rukun Iman iaitu beriman


dengan penuh percaya dan yaqin dengan Allah, Para
MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Para RasulNya, Hari Akhirat,
Taqdir yang baik dan buruk adalah dari Allah Ta’ala serta
beriman dan yaqin dengan hari kebangkitan sesudah mati.

Seterusnya hendaklah melaksanakan Rukun Ihsan


iaitu,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
187
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah
engkau melihatNya dan merasakan bahawa Allah sedang
melihat engkau”.

Ihsan di dalam Solat adalah martabat untuk dicapai


oleh orang awam manakala Ihsan di dalam dan di luar Solat
adalah maqam yang dicapai oleh Para Nabi dan Rasul dan
menjadi perjuangan sekelian Ahli Sufi yang menempuh jalan
Tariqat iaitu mencapai As-Solatu Daim yakni Solat yang
berterusan dengan jalan Ihsan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


188
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 2: ASAS TARIQAT


NAQSHBANDIYAH
TARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsip asasnya
yang tersendiri yang telah diasaskan oleh Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Maulana Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih. Beliau telah meletakkan lapan prinsip
asas ini sebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah. Prinsip-
prinsip ini dinyatakannya dalam sebutan bahasa Parsi dan
mengandungi pengertian dan pangajaran yang amat tinggi
nilainya. Adapun prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut:

1. Yad Kard
2. Baz Gasht
3. Nigah Dasyat
4. Yad Dasyat
5. Hosh Dar Dam
6. Nazar Bar Qadam
7. Safar Dar Watan
8. Khalwat Dar Anjuman

Hadhrat Syeikh Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih


yang merupakan sahabat, khalifah dan penulis riwayat
Hadhrat Maulana Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa ajaran
Tariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih berkenaan zikir dan ajaran
lapan prinsip asas seperti yang dinyatakan di atas turut
dianuti dan diamalkan oleh 40 jenis Tariqat. Tariqat lain
menjadikan asas ini sebagai panduan kepada jalan kebenaran
yang mulia iaitu jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
189
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dengan meninggalkan sebarang bentuk Bida’ah dan
bermujahadah melawan hawa nafsu.

Kerana itulah Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh


Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mencapai
ketinggian Ruhani dan menjadi seorang Mahaguru Tariqat
dan penghulu pemimpin keruhanian pada zamannya.

1. YAD KARD
Yad bererti ingat yakni Zikir. Perkataan Kard pula
bagi menyatakan kata kerja bagi ingat yakni pekerjaan
mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya
merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad Kard
bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan
menghadirkan hati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan
telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa sibuk
mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kalimah
zikir yang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir


yang akan membawa seseorang murid itu mencapai
ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkan zikir
kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun Zikir
Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid
hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan
sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap
hari, masa dan keadaan, sama ada dalam keadaaan berdiri
atau duduk atau berbaring ataupun berjalan, hendaklah
sentiasa berzikir.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


190
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat
Naqshbandiyah ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu
Zat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yang perlu dilakukan pada
Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah
berzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak 24 ribu
kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya
Warid.

Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah


permulaan sebanyak lima ribu kali sehari semalam dan ada
juga yang menetapkannya sehingga tujuh puluh ribu kali
sehari semalam.

Seterusnya murid hendaklah mengkhabarkan segala


pengalaman Ruhaniahnya kepada Syeikh apabila menerima
Warid tersebut. Begitulah pada setiap Latifah, murid
hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya pada kesemua
Latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh sehingga
tercapainya Warid. Mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala
secara sempurna adalah dengan berzikir menghadirkan hati
ke Hadhrat ZatNya.

Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan pada setiap Latifah


dengan sempurna, Syeikh akan mentalqinkan pula Zikir Nafi
Itsbat iaitu kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH yang perlu
dilakukan sama ada secara Lisani iaitu menerusi lidah atau
secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.

Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurut kaifiyatnya.


Syeikh akan menentukan dalam bentuk apa sesuatu zikir itu
perlu dilakukan. Yang penting bagi Salik adalah
menyibukkan diri dengan zikir yang telah ditalqinkan oleh
Syeikh sama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
191
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Itsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan hati dan
lidah dengan menyebut Allah Allah iaitu nama bagi Zat
Tuhan yang merangkumi kesemua Nama-NamaNya dan
Sifat-SifatNya yang mulia serta dengan menyebut Zikir Nafi
Itsbat menerusi kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengan
sebanyak-banyaknya. Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi
Itsbat sehingga dia mencapai kejernihan hati dan tenggelam
di dalam Muraqabah. Murid hendaklah melakukan Zikir
Nafi Itsbat sebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali setiap hari bagi
menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut akan
membersihkan hati dan membawa seseorang itu kepada
Musyahadah.

Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin Naqshbandiyah,


seseorang murid yang baru itu hendaklah menutup kedua
matanya, menutup mulutnya, merapatkan giginya,
menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan
nafasnya. Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan
hatinya bermula dari kalimah Nafi dan seterusnya kalimah
Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yang telah lama
hendaklah membukakan kedua matanya dan tidak perlu
menahan nafasnya.

Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yang bererti


Tiada, dia hendaklah menarik kalimah LA ini dari bawah
pusatnya ke atas hingga ke otak. Apabila kalimah LA
mencapai otak, ucapkan pula kalimah ILAHA di dalam hati
yang bererti Tuhan. Kemudian hendaklah digerakkan dari
otak ke bahu kanan sambil menyebut ILLA yang bererti
Melainkan, lalu menghentakkan kalimah Itsbat iaitu ALLAH
ke arah Latifah Qalb. Sewaktu menghentakkan kalimah
ALLAH ke arah Qalb, hendaklah merasakan bahawa kesan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


192
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hentakan itu mengenai kesemua Lataif di dalam tubuh
badan.

Zikir yang sebanyak-banyaknya akan membawa


seseorang Salik itu mencapai kepada kehadiran Zat Allah
dalam kewujudan secara Zihni yakni di dalam fikiran. Salik
hendaklah berzikir dalam setiap nafas yang keluar dan
masuk.

Yad Kard merupakan amalan di fikiran yang mana


fikiran hendaklah sentiasa menggesa diri supaya sentiasa
ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melakukan
zikir bagi mengingati ZatNya. Pekerjaan berzikir mengingati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah suatu amalan yang tiada
batas dan had. Ianya boleh dikerjakan pada sebarang
keadaan, masa dan tempat. Hendaklah sentiasa
memerhatikan nafas supaya setiap nafas yang keluar dan
masuk itu disertai ingatan terhadap Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

2. BAZ GASHT
Baz Gasht bererti kembali. Menurut Para Masyaikh,
maksudnya ialah seseorang yang melakukan zikir dengan
menggunakan lidah hati menyebut Allah Allah dan LA
ILAHA ILLA ALLAH, begitulah juga setelah itu hendaklah
mengucapkan di dalam hati dengan penuh khusyuk dan
merendahkan diri akan ucapan ini:

“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini


Mahabbataka Wa Ma’rifataka”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
193
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulah maksudku dan
keredhaanMu tuntutanku, kurniakanlah Cinta dan Makrifat
ZatMu.”

Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ucapan ini akan meningkatkan
tahap kesedaran kepada kewujudan dan Keesaan Zat Tuhan,
sehingga dia mencapai suatu tahap di mana segala
kewujudan makhluk terhapus pada pandangan matanya.

Apa yang dilihatnya walau ke mana jua dia


memandang, yang dilihatnya hanyalah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Ucapan kata-kata ini juga memberikan kita
pengertian bahawa hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang
menjadi maksud dan matlamat kita dan tidak ada tujuan lain
selain untuk mendapatkan keredhaanNya. Salik hendaklah
mengucapkan kalimah ini bagi menghuraikan segala rahsia
Keesaan Zat Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan
hakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan zikir


kalimah ini meskipun tidak merasakan sebarang kesan pada
hati. Dia hendaklah tetap meneruskan zikir kalimah tersebut
sebagai menuruti anjuran Syeikhnya.

Makna Baz Gasht ialah kembali kepada Allah Yang


Maha Tinggi Lagi Maha Mulia dengan menunjukkan
penyerahan yang sempurna, mentaati segala kehendakNya
dan merendahkan diri dengan sempurna dalam memuji
ZatNya. Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi seperti
yang diamalkan oleh Para Akabirin Naqshabandiyah
Mujaddidiyah adalah seperti berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


194
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Khudawandah, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,
Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Baraey Tu,
Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”
Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalah Engkau dan
keredaanMu, telahku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana
Engkau, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”

Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak memahami


hakikat kebenaran ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap
juga menyebutnya kerana menyebut kata-kata itu dengan
hati yang khusyuk dan merendahkan diri akan
menambahkan lagi pemahamannya dan secara sedikit demi
sedikit Salik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan
tersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya.

Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam telah menyatakan dalam doanya,
“Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika Ya Mazkur.”
Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan hak
mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang
sepatutnya diingati.”

Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir ke Hadhrat


Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya dan tidak
akan dapat mencapai Musyahadah terhadap rahsia-rahsia
dan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya
jika dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala terhadap dirinya.

Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir dengan


kemampuan dirinya bahkan dia hendaklah sentiasa
menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala lah yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
195
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sedang berzikir menerusi dirinya. Hadhrat Maulana Syeikh
Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Apabila daku mencapai ZatNya, daku melihat
bahawa ingatanNya terhadap diriku mendahului ingatanku
terhadap diriNya.”

3. NIGAH DASYAT
Nigah bererti menjaga, mengawasi, memelihara dan
Dasyat pula bererti melakukannya dengan bersungguh-
sungguh. Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktu
melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara hati dari
sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan dengan
bersungguh-sungguh. Jangan biarkan khayalan kedukaan
memberi kesan kepada hati.

Setiap hari hendaklah melapangkan masa selama


sejam ke dua jam ataupun lebih untuk memelihara hati dari
segala ingatan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Selain
DiriNya, jangan ada sebarang khayalan pada fikiran dan
hati. Lakukan latihan ini sehingga segala sesuatu selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadi lenyap.

Nigah Dasyat juga bermakna seseorang Salik itu mesti


memerhatikan hatinya dan menjaganya dengan
menghindarkan sebarang ingatan yang buruk masuk ke
dalam hati. Ingatan dan keinginan yang buruk akan
menjauhkan hati dari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kesufian yang sebenar adalah daya untuk memelihara hati
dari ingatan yang buruk dan memeliharanya dari sebarang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


196
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
keinginan yang rendah. Seseorang yang benar-benar
mengenali hatinya akan dapat mengenali Tuhannya.

Di dalam Tariqat Naqshbandiyah ini, seseorang Salik


yang dapat memelihara hatinya dari sebarang ingatan yang
buruk selama 15 minit adalah merupakan suatu pencapaian
yang besar dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli
Sufi yang benar.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya Idhahut
Tariqah bahawa,
“Nigah Dasyat adalah merupakan syarat ketika
berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklah menghentikan
segala khayalan serta was-was dan apabila sebarang
khayalan yang selain Allah terlintas di dalam hati maka pada
waktu itu juga hendaklah dia menjauhkannya supaya
khayalan Ghairullah tidak menduduki hati.”

Hadhrat Maulana Syeikh Abul Hassan Kharqani


Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Telah berlalu 40 tahun di mana Allah sentiasa
melihat hatiku dan telah melihat tiada sesiapa pun kecuali
DiriNya dan tiada ruang bilik di dalam hatiku untuk selain
dari Allah.”

Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani Rahmatullah


‘alaih pernah berkata,
“Aku menjadi penjaga di pintu hatiku selama 40
tahun dan aku tidak pernah membukanya kepada sesiapa
pun kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku
tidak mengenali sesiapapun kecuali Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
197
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Seorang Syeikh Sufi pernah berkata,
“Oleh kerana aku telah menjaga hatiku selama
sepuluh malam, hatiku telah menjagaku selama dua puluh
tahun.”

4. YAD DASYAT
Yad Dasyat bererti mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani
sehingga mencapai Dawam Hudhur yakni kehadiran Zat
Allah secara kekal berterusan dan berada dalam keadaan
berjaga-jaga memerhatikan limpahan Faidhz dari sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran ini diibaratkan sebagai
Hudhur Bey Ghibat dan merupakan Nisbat Khassah
Naqshbandiyah.

Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang berzikir itu


memelihara hatinya pada setiap penafian dan pengitsbatan
di dalam setiap nafas tanpa meninggalkan Kehadiran Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya menghendaki agar Salik
memelihara hatinya di dalam Kehadiran Kesucian Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala secara berterusan. Ini untuk
membolehkannya agar dapat merasai kesedaran dan melihat
Tajalli Cahaya Zat Yang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-
Zatil-Ahadiyah.

Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyat merupakan istilah
Para Sufi bagi menerangkan keadaan maqam Syuhud atau
Musyahadah yang juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau
Dawam Hudhur dan Dawam Agahi.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
198
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Di zaman para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim
Ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan. Ia merupakan suatu
maksud di dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah
bagi menghasilkan Dawam Hudhur dan Dawam Agahi
dengan Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di
samping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahih menurut
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan melazimkan diri beramal
menuruti Sunnah Nabawiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini iaitu tetap


mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan ‘Aqidah Ahlus
Sunnah Wal Jama’ah dan menuruti Sunnah Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam ataupun meninggalkan salah satu darinya
maka dia adalah terkeluar dari jalan Tariqat Naqshbandiyah,
Na’uzu Billahi Minha!

5. HOSH DAR DAM


Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam dan Dam bererti
nafas, yakni sedar dalam nafas. Seseorang Salik itu
hendaklah berada dalam kesedaran bahawa setiap nafasnya
yang keluar masuk mestilah beserta kesedaran terhadap
Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati menjadi lalai
dan leka dari kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah
Ta’ala. Dalam setiap nafas hendaklah menyedari kehadiran
ZatNya.

Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul


Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih bahawa,
“Seseorang Salik yang benar hendaklah menjaga dan
memelihara nafasnya dari kelalaian pada setiap kali masuk
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
199
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan keluarnya nafas serta menetapkan hatinya sentiasa
berada dalam Kehadiran Kesucian ZatNya dan dia
hendaklah memperbaharukan nafasnya dengan ibadah dan
khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada
Tuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap nafas yang
disedut dan dihembus beserta KehadiranNya adalah hidup
dan berhubung dengan Kehadiran ZatNya Yang Suci. Setiap
nafas yang disedut dan dihembus dengan kelalaian adalah
mati dan terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang
Suci.”

Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh ‘Ubaidullah Ahrar


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Maksud utama seseorang Salik di dalam Tariqah ini
adalah untuk menjaga nafasnya dan seseorang yang tidak
dapat menjaga nafasnya dengan baik maka dikatakan
kepadanya bahawa dia telah kehilangan dirinya.”

Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra


Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnya Fawatihul Jamal
bahawa,
“Zikir adalah sentiasa berjalan di dalam tubuh setiap
satu ciptaan Allah sebagai memenuhi keperluan nafas
mereka biarpun tanpa kehendak sebagai tanda ketaatan yang
merupakan sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi
pernafasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama Allah Yang
Maha Suci berada dalam setiap nafas yang keluar masuk dan
ianya merupakan tanda kewujudan Zat Yang Maha Ghaib
sebagai menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan.
Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedaran dan hadir
dalam setiap nafas sebagai langkah untuk mengenali Zat
Yang Maha Pencipta.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


200
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Nama Allah yang mewakili kesemua Sembilan Puluh
Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya
adalah terdiri dari empat huruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha.

Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak adalah


Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia KetinggianNya dan
DiriNya dinyatakan menerusi huruf yang terakhir dari
Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruf tersebut apabila
ditemukan dengan huruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha
yang memberikan makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kata
ganti diri. Bunyi sebutan Ha itu sebagai menampilkan dan
menyatakan bukti kewujudan Zat DiriNya Yang Ghaib
Mutlak (Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa
Jalla). Huruf Lam yang pertama adalah bermaksud Ta‘arif
atau pengenalan dan huruf Lam yang kedua pula adalah
bermaksud Muballaghah yakni pengkhususan. Menjaga dan
memelihara hati dari kelalaian akan membawa seseorang itu
kepada kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan
Kehadiran Zat akan membawanya kepada kesempurnaan
Musyahadah dan kesempurnaan Musyahadah akan
membawanya kepada kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh
Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seterusnya
Allah akan membawanya kepada penzahiran kesemua
Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah
dan Sifat-SifatNya yang lain kerana adalah dikatakan
bahawa Sifat Allah itu adalah sebanyak nafas-nafas manusia.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih


menegaskan bahawa hendaklah mengingati Allah pada
setiap kali keluar masuk nafas dan di antara keduanya yakni
masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar
dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut
masuk. Terdapat empat ruang untuk diisikan dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
201
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh Dar Dam yakni bezikir
secara sedar dalam nafas. Zikir dalam pernafasan juga
dikenali sebagai Paas Anfas di kalangan Ahli Tariqat
Chistiyah.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Tariqat ini dibina berasaskan nafas, maka adalah
wajib bagi setiap orang untuk menjaga nafasnya pada waktu
menghirup nafas dan menghembuskan nafas dan seterusnya
menjaga nafasnya pada waktu di antara menghirup dan
menghembuskan nafas.”

Udara Masuk Antara Udara Keluar Antara


Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Perlu diketahui bahawa menjaga nafas dari kelalaian


adalah amat sukar bagi seseorang Salik, lantaran itu mereka
hendaklah menjaganya dengan memohon Istighfar yakni
keampunan kerana memohon Istighfar akan menyucikan
hatinya dan mensucikan nafasnya dan menyediakan dirinya
untuk menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala di mana-mana jua.

6. NAZAR BAR QADAM


Nazar bererti memandang, Bar bererti pada, dan
Qadam pula bererti kaki. Seseorang Salik itu ketika berjalan
hendaklah sentiasa memandang ke arah kakinya dan jangan
melebihkan pandangannya ke tempat lain dan setiap kali
ketika duduk hendaklah sentiasa memandang ke hadapan
sambil merendahkan pandangan. Jangan menoleh ke kiri dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
202
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ke kanan kerana ianya akan menimbulkan fasad yang besar
dalam dirinya dan akan menghalangnya dari mencapai
maksud.

Nazar Bar Qadam bermakna ketika seseorang Salik itu


sedang berjalan, dia hendaklah tetap memerhatikan langkah
kakinya. Di mana jua dia hendak meletakkan kakinya,
matanya juga perlu memandang ke arah tersebut. Tidak
dibolehkan baginya melemparkan pandangannya ke sana
sini, memandang kiri dan kanan ataupun di hadapannya
kerana pandangan yang tidak baik akan menghijabkan
hatinya.

Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi kerana


bayangan gambaran yang dipindahkan dari pandangan
penglihatan mata ke otak sewaktu menjalani kehidupan
seharian. Ini akan mengganggu hati dan menimbulkan
keinginan memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti
yang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran
ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan ianya menyekat
Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.

Kerana itulah Para Masyaikh melarang murid mereka


yang telah menyucikan hati mereka menerusi zikir yang
berterusan dari memandang ke tempat yang selain dari kaki
mereka. Hati mereka ibarat cermin yang menerima dan
memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini akan
mengganggu mereka dan akan menyebabkan kekotoran hati.

Maka itu, Salik diarahkan agar merendahkan


pandangan supaya mereka tidak terkena panahan dari
panahan Syaitan. Merendahkan pandangan juga menjadi
tanda kerendahan diri. Orang yang bongkak dan sombong
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
203
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tidak memandang ke arah kaki mereka ketika berjalan. Ia
juga merupakan tanda bagi seseorang yang menuruti jejak
langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika berjalan tidak
menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya
melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantas menuju ke
arah destinasinya. Pengertian batin yang dituntut dari
prinsip ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan
pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang mana apa
jua maqam yang terpandang olehnya maka dengan secepat
yang mungkin kakinya juga segera sampai pada kedudukan
maqam tersebut. Ia juga menjadi tanda ketinggian darjat
seseorang yang mana dia tidak memandang kepada sesuatu
pun kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorang yang hendak
lekas menuju kepada tujuannya, begitulah seorang Salik
yang menuju Kehadhrat Tuhan hendaklah lekas-lekas
bergerak, dengan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri
dan ke kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu
duniawi sebaliknya hanya memandang ke arah mencapai
Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.

Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih telah
berkata dalam suratnya yang ke-259 di dalam Maktubat,
“Pandangan mendahului langkah dan langkah
menuruti pandangan. Mi’raj ke maqam yang tinggi
didahului dengan pandangan Basirah kemudian diikuti
dengan langkah. Apabila langkah telah mencapai Mi’raj
tempat yang dipandang, maka kemudian pandangan akan
diangkat ke suatu maqam yang lain yang mana langkah
perlu menurutinya. Kemudian pandangan akan diangkat ke
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
204
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tempat yang lebih tinggi dan langkah akan menurutinya.
Begitulah seterusnya sehingga pandangan mencapai maqam
kesempurnaan yang mana langkahnya akan diberhentikan.
Kami katakan bahawa, apabila langkah menuruti
pandangan, murid telah mencapai maqam kesediaan untuk
menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah
Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah merupakan sumber asal bagi segala
langkah.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Jika kita memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita
akan ditinggalkan tanpa sahabat kerana tiada seorang juapun
yang sempurna.”

7. SAFAR DAR WATAN


Safar bererti menjelajah, berjalan atau bersiar, Dar
bererti dalam dan Watan bererti kampung. Safar Dar Watan
bermakna bersiar-siar dalam kampung dirinya yakni kembali
berjalan menuju Tuhan. Seseorang Salik itu hendaklah
menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia Yang Maha
Pencipta.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,
“Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu hal
keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baik dan dari
suatu maqam ke suatu maqam yang lebih baik.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


205
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Salik hendaklah berpindah dari kehendak hawa nafsu
yang dilarang kepada kehendak untuk berada dalam
Kehadiran ZatNya. Dia hendaklah berusaha meninggalkan
segala sifat-sifat Basyariyah (Kemanusiawian) yang tidak
baik dan meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat
Malakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiri dari sepuluh
maqam iaitu:

[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5] Qana’ah [6]
Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9] Tawakkal [10] Redha.

Para Masyaikh membahagikan perjalanan ini kepada


dua kategori iaitu Sair Afaqi yakni Perjalanan Luaran dan
Sair Anfusi yakni Perjalanan Dalaman. Perjalanan Luaran
adalah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat mencari
seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya
dan akan menunjukkan jalan ke tempat yang
dimaksudkannya. Ini akan membolehkannya untuk
memulakan Perjalanan Dalaman.

Seseorang Salik apabila dia sudah menemui seorang


pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya adalah
dilarang dari melakukan Perjalanan Luaran. Pada Perjalanan
Luaran ini terdapat berbagai kesukaran yang mana
seseorang yang baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak,
pasti akan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang,
kerana mereka adalah lemah dalam menunaikan ibadah
mereka.

Perjalanan yang bersifat dalaman pula


mengkehendakkan agar seseorang Salik itu meninggalkan
segala tabiat yang buruk dan membawa adab tertib yang
baik ke dalam dirinya serta mengeluarkan dari hatinya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
206
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
segala keinginan Duniawi. Dia akan diangkat dari suatu
maqam yang kotor zulmat ke suatu maqam kesucian. Pada
waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan Perjalanan Luaran.
Hatinya telah dibersihkan dan menjadikannya tulin seperti
air, jernih seperti kaca, bersih bagaikan cermin lalu
menunjukkannya hakikat setiap segala suatu urusan yang
penting dalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukan
sebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihak dirinya.
Di dalam hatinya akan muncul segala apa yang diperlukan
olehnya dalam kehidupan ini dan kehidupan mereka yang
berada di sampingnya.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk dengan
sesuatu selain Allah dan khayalan yang buruk menjadi
semakin kuat maka limpahan Faidhz Ilahi menjadi sukar
untuk dicapai oleh Batin. Jesteru itu dengan kalimah LA
ILAHA hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu
sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu
mengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikan hasad itu
dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAH hendaklah
mengikrarkan cinta dan kasih sayang di dalam hati.
Begitulah ketika melakukan zikir Nafi Itsbat dengan
sebanyak-banyaknya lalu menghadap kepada Allah dengan
rasa hina dan rendah diri bagi menghapuskan segala
keburukan diri sehinggalah keburukan dirinya itu benar-
benar terhapus. Begitulah juga terhadap segala rintangan
Batin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya Tasfiyah
dan Tazkiyah. Latihan ini merupakan salah satu dari maksud
Safar Dar Watan.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


207
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

8. KHALWAT DAR ANJUMAN


Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti
khalayak ramai, maka pengertiannya ialah bersendirian
dalam keramaian. Maksudnya pada zahir, Salik bergaul
dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran atau


disebut sebagai Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan
Khalwat Dalaman atau disebut sebagai Khalwat Kabir yang
bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai Jalwat.
Khalwat Luaran menghendaki Salik agar mengasingkan
dirinya di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan
manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan kepada
Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai penyaksian
Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir fikir dan
semua deria luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman
bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan Keagungan
Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan
membawa kepada Khalwat Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat dalam


kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah sentiasa hadir ke
Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk sedang jasmaninya
sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa seseorang
Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam
hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis
keramaian manusia, dia tidak mendengar suara mereka.
Kerana itu ianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jalwat yakni
berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
208
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan
sedang menariknya membuatkannya tidak menghiraukan
segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan
tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat
yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran
Surah An-Nur ayat 37:

Ï!$tGƒÎ)uρ Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# Ì ø.ÏŒ tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt ≈pgÏB öΝÍκÎγù=è? ω ×Α%y`Í‘

∩⊂∠∪ ã ≈|Áö/F{$#uρ ÛUθè=à)ø9$# ϵŠÏù Ü=¯=s)tGs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†   Íο4θx.¨“9$#


Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak
pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari
mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat,
mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan
menjadi goncang.

Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un ‘An


Zikrillah bermaksud para lelaki yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah. Inilah
merupakan jalan Tariqat Naqshbandiyah. Hadhrat Khwajah
Shah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telah
ditanyakan orang bahawa apakah yang menjadi asas bagi
Tariqatnya?

Beliau menjawab,
“Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni zahir
berada bersama Khalaq dan batin hidup bersama Haq serta
menempuh kehidupan dengan menganggap bahawa Khalaq
mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia
tidak boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya yang
hakiki.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


209
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Padaku terdapat dua sisi. Satu sisiku menghadap ke
arah Penciptaku dan satu sisi lagi menghadap ke arah
makhluk ciptaan.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Tariqatuna As-Suhbah Wal Khayru Fil Jam’iyyat.”
Yang bererti, “Jalan Tariqah kami adalah dengan cara
bersahabat dan kebaikan itu dalam jemaah Jam’iyat.”

Khalwat yang utama di sisi Para Masyaikh


Naqshbandiyah adalah Khalwat Dalaman kerana mereka
sentiasa berada bersama Tuhan mereka dan pada masa yang
sama mereka berada bersama dengan manusia. Adalah
dikatakan bahawa seseorang beriman yang dapat bercampur
gaul dengan manusia dan menanggung berbagai masaalah
dalam kehidupan adalah lebih baik dari orang beriman yang
menghindarkan dirinya dari manusia.

Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Perlulah diketahui bahawa Salik pada permulaan
jalannya mungkin menggunakan khalwat luaran untuk
mengasingkan dirinya dari manusia, beribadat dan
bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia
mencapai tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia
akan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kata Sayyid
Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih iaitu kesempurnaan bukanlah
dalam mempamerkan karamah yang hebat-hebat tetapi
kesempurnaan yang sebenar ialah untuk duduk bersama
manusia, berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


210
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidak meninggalkan
Kehadiran Allah walaupun seketika.”

Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Daripada masamu, jangan ada sebarang waktu pun
yang engkau tidak berzikir dan bertawajjuh serta
mengharapkan Kehadiran Allah Ta’ala dan bertemulah
dengan manusia dan berzikirlah walaupun berada di dalam
keramaian dan sentiasa berjaga-jaga memerhatikan limpahan
Allah.”

Berkata Penyair,
Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi hatiku
memerhatikan waridnya,
Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namun diriku sekali-
kali tidak leka,
Boleh jadi Dia sedang memerhatikanmu dan dikau tidak
memperhatikannya.

Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar Anjuman


iaitu Kainun Haqiqat Wa Bainun Surat yakni hakikat dirinya
berzama Zat Tuhan dan tubuh badan bersama makhluk
ciptaan Tuhan. Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi
Kain Bain. Kelapan-lapan asas Tariqat ini diperkenalkan
oleh Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih dan menjadi ikutan 40 Tariqat yang lain
dan sehingga ke hari ini menjadi asas yang teguh untuk
seseorang hamba Allah kembali menuju kepada Tuhannya.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaihi telah


menerima kelapan-lapan asas Tariqat ini dari Hadhrat
Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani dan beliau telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
211
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menambahkan tiga asas Tariqat iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf
‘Adadi dan Wuquf Zamani menjadikannya sebelas asas.

Hosh Dar Dam, Khalwat Dar Anjuman;


Yad Kard, Yad Dasyat.
Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan;
Baz Gasht, Nigah Dasyat.

Sentiasalah sedar dalam nafas ketika berkhalwat bersama khalayak;


Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-
sungguh.
Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung;
Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi
bersungguh-sungguh.

Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi Dawam


Agahi.

Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa
sedar berjaga-jaga.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


212
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 3: TAMBAHAN SHAH


NAQSHBAND
HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih
merupakan Imam bagi Tariqat Naqshbandiyah dan seorang
Mahaguru Tariqat yang terkemuka. Beliau telah
mengukuhkan lagi jalan ini dengan tiga prinsip penting
dalam Zikir Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip
asas yang telah dikemukakan oleh Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih iaitu:

1. WUQUF QALBI
Mengarahkan penumpuan terhadap hati dan hati pula
mengarahkan penumpuan terhadap Allah Subhanahu Wa
Ta’ala pada setiap masa dan keadaan. Sama ada dalam
keadaan berdiri, berbaring, berjalan mahupun duduk.
Hendaklah bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap
bertawajjuh ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Wuquf
Qalbi merupakan syarat bagi zikir.

Kedudukan Qalbi ini adalah pada kedudukan dua jari


di bawah tetek kiri dan kedudukan ini hendaklah sentiasa
diberikan penumpuan dan Tawajjuh. Bayangan limpahan
Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan melimpah pada
Qalbi dalam pandangan batin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


213
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafi yakni suatu
bentuk zikir yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh Para
Malaikat. Ia merupakan suatu kaedah zikir yang rahsia.

2. WUQUF ‘ADADI
Sentiasa memerhatikan bilangan ganjil ketika
melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat ialah lafaz LA
ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan di dalam hati menurut
kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik
hendaklah sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya
itu dengan memastikannya dalam jumlah bilangan yang
ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atau 23 atau sebarang
bilangan yang ganjil.

Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjil mempunyai


rahsia yang tertentu kerana Allah adalah Ganjil dan
menyukai bilangan yang ganjil dan ianya akan menghasilkan
ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah
Naqshband Rahmatullah ‘alaih,
“Memelihara bilangan di dalam zikir adalah langkah
pertama dalam menghasilkan Ilmu Laduni.”

Memelihara bilangan bukanlah untuk jumlahnya


semata-mata bahkan ianya untuk memelihara hati dari
ingatan selain Allah dan sebagai asbab untuk memberikan
lebih penumpuan dalam usahanya untuk menyempurnakan
zikir yang telah diberikan oleh Guru Murshidnya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


214
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

3. WUQUF ZAMANI
Setiap kali selepas menunaikan Solat, hendaklah
bertawajjuh kepada hati dan sentiasa memastikan hati dalam
keadaan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Lakukan selama beberapa minit sebelum bangkit dari tempat
Solat. Kemudian setelah selang beberapa jam hendaklah
menyemak semula keadaan hati bagi memastikannya
sentiasa dalam keadaan mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Apabila seseorang Murid itu telah naik ke peringkat


menengah dalam bidang Keruhanian maka dia hendaklah
selalu memeriksa keadaan hatinya sekali pada tiap-tiap satu
jam untuk mengetahui sama ada dia ingat ataupun lalai
kepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika dia lalai maka
hendaklah dia beristighfar dan berazam untuk
menghapuskan kelalaian itu pada masa akan datang
sehinggalah dia mencapai peringkat Dawam Hudhur atau
Dawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasa hadir dan
sedar ke Hadhrat ZatNya.

Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dari Hadhrat


Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih dalam
membimbing sekelian para murid dan pengikutnya dan
terus menjadi amalan yang tetap dalam Tariqat
Naqshbandiyah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


215
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 4: LATAIF
LATAIF adalah kata jamak bagi Latifah yang bererti
kehalusan. Allah adalah bersifat Al-Latif iaitu Yang Maha
Halus dan Dia telah mengurniakan KehalusanNya kepada
sekelian Nur Muhammadiyah. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menjadikan manusia dengan mengurniakannya sepuluh
Lataif yang halus. Ianya boleh disifatkan sebagai anggota
dalaman Ruhani bagi manusia atau pancaindera bagi
Ruhani. Ianya diibaratkan sebagai juzuk-juzuk bagi diri
Ruhani sepertimana otak, jantung, limpa, hati, paru-paru dan
anggota dalaman bagi jasad tubuh badan Jasmani.

Konsep seperti ini juga terdapat dalam sistem


kepercayaan sesetengah kaum seperti Hindu dan China
namun dalam perkembangan Tasawwuf Islam, segala ilmu
pengetahuan adalah bersumberkan dari Al-Quran dan As-
Sunnah, manakala penghasilan Ma’rifat mereka adalah
menerusi Muraqabah dan Musyahadah. Seterusnya Para
Masyaikh memperkembangkan ilmu tersebut menerusi
pengamatan mereka yang dalam serta tahap Keruhanian
yang tinggi.

Mungkin ada yang mendakwa mereka mengambilnya


dari falsafah Yunani ataupun Hindu atau China namun tiada
bukti yang jelas tentang tersebut cuma dakwaan yang
meleset. Para Masyaikh Naqshbandiyah memperolehi
pengetahuan tentang Lataif adalah menerusi pengkajian
mereka yang mendalam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits
serta As-Sunnah dan mengamalkan Syari’at dengan teguh
dan mewarisi ilmu pengetahuan dari Guru-Guru mereka
dengan pertalian yang kukuh menerusi Silsilah yang benar.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
216
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Perkembangan Tariqat dalam diri seseorang itu secara


umumnya melibatkan kesedaran dalam turutan yang
tertentu pada latifah-latifah yang menjadi pusat perhentian
dalam pemerhatian perjalanan Ruhani dan ianya terdapat
dalam diri setiap manusia, amnya bagi sekelian Ummat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Setiap Latifah itu dikaitkan dengan Nabi-Nabi yang


tertentu atau warna-warna yang tertentu atau anggota tubuh
badan yang tertentu atau alam-alam yang tertentu atau
Ma’rifat-Ma’rifat yang tertentu dan ianya berbeza di antara
satu Tariqat dengan Tariqat yang lain. Perbezaan ini
menunjukkan betapa luasnya Ilmu Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Tugas Para Masyaikh adalah untuk menghidupkan
kesemua latifah-latifah tersebut pada diri Murid agar latifah-
latifahnya dapat sentiasa berzikir Kehadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Menghidupkan kesemua latifah-latifah ini dengan


Zikirullah adalah merupakan kegiatan sekelian Para Sufi.
Setelah melalui proses ini, seseorang Salik itu dikatakan
sebagai telah mencapai tingkat kesempurnaan Insan dan
menjadi manusia yang sempurna. Seseorang yang menjalani
Tariqat Tasawwuf adalah wajib menyucikan kesemua
Lataifnya dengan ilmu dan zikir kerana kesemua latifah
adalah bersifat Nur dan sesuatu yang bersifat Nur hanya
boleh disucikan dengan sesuatu yang bersifat Nur juga.

Ilmu Syari’at, Ilmu Tariqat, Ilmu Ma’rifat dan Ilmu


Haqiqat juga adalah bersifat Nur kerana ianya bersumberkan
dari Al-Quran dan As-Sunnah dan kedua-duanya bersifat
Nur. Zikir juga akan menghasilkan Nur, jesteru gabungan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
217
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ilmu dan zikir dalam diri seseorang itulah yang akan
menyucikan dan menghidupkan kesemua Lataif dalam
dirinya.

Para Masyaikh dari Silsilah yang bebeza telah


menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di dalam Bahrul
Qudrah dan telah meneroka tentang rahsia Lataif ini.
Meskipun pengetahuan mereka tentang Lataif adalah
berbeza namun ianya merujuk kepada maksud yang satu
iaitu kembali kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Guruku yang mulia Hadhrat Khwajah Khwajahgan


Qutub Dauran Maulana Khan Muhammad Sahib Mudda
Zilluhul ‘Ali telah mengurniakanku dengan kesemua
Sepuluh Latifah dan beliau menyatakan kepadaku bahawa
lima dari Latifah tersebut adalah dari Alam Amar manakala
lima Latifah lagi adalah dari Alam Khalaq. Alam Amar dan
Alam Khalaq adalah alam yang berada dalam lingkungan
Daerah Imkan.

Untuk memahami Tariqat Naqshbandiyah


Mujaddidiyah ini, amat penting untuk kita memahami
tentang Sepuluh Latifah Insan.

Semoga Allah memberikan kita Taufiq dan


Hidayah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


218
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

SEPULUH LATIFAH INSAN


KETAHUILAH bahawa di sisi Hadhrat Imam Rabbani
Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih dan sekelian para pengikutnya telah
tsabit bahawa pada setiap insan terhimpun Sepuluh Latifah.

Begitulah juga seperti yang telah dikatakan oleh


Guruku Hadhrat Khwajah Khawajahgan Maulana Khan
Muhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali kepadaku bahawa
lima Latifah adalah dari Alam Amar dan lima Latifah lagi
adalah dari Alam Khalaq.

Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam yang


berada dalam lingkungan Daerah Imkan.

Lima Latifah Alam Amar itu adalah:

1. Qalb
2. Ruh
3. Sirr
4. Khafi
5. Akhfa

Lima Latifah Alam Khalaq itu adalah:

1. Nafs
2. Angin
3. Api
4. Air
5. Tanah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


219
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ruhaniah setiap insan telah diciptakan dengan
Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya
berasal dari Alam Amar. Santapan Ruhaniah adalah cahaya
Nur Allah yang dapat diperolehi dari Alam Amar menerusi
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana kedudukannya di Alam
Keruhanian adalah seumpama Matahari di dalam sistem
cakrawala.

Ada dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Hadhrat


Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam diibaratkan sebagai cahaya yang terang dan
sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam sebagai suatu sumber keberkatan yang
sempurna lagi terpilih.

Kesemua Para Nabi dan Rasul menerima limpahan


keberkatan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sewaktu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan rupa bentuk jasmani bagi
insan, dikurniakannya juga lima Lataif Alam Amar di
beberapa kedudukan pada badan manusia dan
mengurniakannya takluk keasyikan.

Adapun bagi Alam Amar, kedudukan Latifah Qalb itu


terletak pada tetek kiri pada anggaran dua jari di bawah
puting dan cenderung sedikit ke arah ketiak.

Kedudukan Latifah Ruh adalah di bawah tetek kanan


pada anggaran dua jari di bawah puting. Kedudukan Latifah
Sirr adalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari ke arah
dada. Kedudukan Latifah Khafi adalah pada tetek kanan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
220
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
pada anggaran dua jari ke arah dada dan kedudukan Latifah
Akhfa adalah pada tengah-tengah dada. Allah Subhanahu
Wa Ta’ala mengurniakan takluk keasyikan pada Lataif Alam
Amar ini di tubuh badan manusia.

Takluk Alam Amar ini akan mencapai peningkatan


Ruhani setelah disucikan sehinggalah kita dapat mengenali
diri kita dan asal usul kita yang merupakan cahaya Nur yang
tersembunyi dalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini.
Adapun bagi Alam Khalaq, kedudukan Latifah Nafs itu
adalah di antara kedua-dua kening yang mewakili otak dan
akal manusia. Ia juga merujuk kepada nafsu seseorang.

Seterusnya adalah Latifah Qalibiyah yang terdiri dari


empat anasir iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Ia ada pada
seluruh bahagian tubuh badan jasmani manusia.
Sepertimana Alam Amar, Alam Khalaq juga perlu disucikan
kerana dengan menyucikannya akan membawa seseorang
itu kepada peningkatan Ruhaniah, pengenalan diri dan asal-
usul hakikat kejadian diri.

Ruhaniah Para Masyaikh adalah suci dan sentiasa


hidup di sisi Allah sepertimana hidupnya Para Syuhada di
sisi Allah kerana mereka kesemuanya berjuang di Jalan Allah
demi menegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya. Mereka
adalah orang yang berjaya mencapai hakikat kehidupan
yang kekal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


221
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

1. QALB
TITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmani adalah
pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri dan cenderung
sedikit ke arah ketiak. Latifah Qalb juga disebut Latifah
Adami adalah dari takluk Alam Malakut yakni Alam Para
Malaikat dan ianya merupakan pusat ‘Arash Mu’alla Allah
Ta’ala di dalam diri Insan.

Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentian di Alam


Amar. Sifat yang dikurniakan Allah dengan Latifah Qalb
ialah pendengaran dan ianya merupakan Tajalli Sifat Allah
As-Sami’ iaitu Yang Maha Mendengar.

Mendengar merupakan suatu sifat utama Para


Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah Ta’ala untuk
mendengar segala perintahNya dan taat. Seseorang Salik
perlu menggunakan sifat pendengarannya untuk mendengar
seruan Agama Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum memiliki sifat


Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar dalam ertikata yang
sebenar yang mana apabila mereka mendengar sebarang
perintah dari Allah Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam mereka akan terus mentaatinya.

Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi Adam


‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan langit pertama di
atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari
Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


222
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Qalb Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.

Cahayanya adalah dari langit yang pertama dan


warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang Salik yang
telah sempurna penyucian Latifah Qalbnya menerusi
Tasfiyatul Qalb maka akan terhasillah padanya Kashful
Qulub yakni pandangan mata hatinya celik dan
memperolehi Basirah serta Kashaf iaitu melihat perkara-
perkara yang Ghaib menerusi mata hati.

2. RUH
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada
anggaran dua jari di bawah tetek kanan. Latifah Ruh juga
disebut sebagai Latifah Ibrahimi adalah bertakluk dengan
Alam Jabarut yakni Alam Para Ruh atau dikenali juga
sebagai Alam Arwah.

Sepertimana Latifah Qalb, Latifah Ruh ini juga


merupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar. Sifat yang
dikurniakan dengan Latifah Ruh ialah melihat dan ianya
juga merupakan Tajalli dari Sifat Allah Al-Basir Yang Maha
Melihat dan As-Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat dan
menyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’ala kurniakan
kepada Ruh ketika berada di Alam Amar.

Seluruh Para Ruh bersaksi bahawa Allah Ta’ala


adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara. Melihat,
memerhati dan menyaksi adalah suatu sifat utama bagi Ruh.
Sifat ini ada pada diri zahir iaitu melihat dengan kedua biji
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
223
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mata zahir dan sifat ini juga ada pada diri batin iaitu
menerusi pandangan mata hati iaitu Basirah.

Seseorang Salik perlu melihat tanda-tanda kebesaran


Allah Ta’ala dan memerhatikan perjalanan Tariqatnya agar
sentiasa selari dengan petunjuk Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, banyak mengucapkan Selawat
dan membaca Al-Quran.

Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat Nabi Ibrahim


dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam. Latifah Ruh
merupakan tingkatan langit kedua di atas ‘Arash. Cahaya
Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Ibrahim
dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam terlimpah pada
Latifah Ruh Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Cahayanya adalah dari langit yang kedua dan


warnanya adalah kemerahan. Seseorang Salik yang telah
sempurna penyucian Latifah Ruhnya akan terhasillah
Kashful Qubur yakni terbukanya pandangan ghaib tentang
alam kehidupan sesudah mati di dalam kubur. Dia juga akan
dapat berhubungan dengan Ruh-Ruh Para Masyaikh yang
telah meninggal dunia dan mengambil limpahan keruhanian
dari mereka dengan menziarahi maqam-maqam yang
menjadi tempat pengkebumian mereka.

3. SIRR
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tetek
kiri dengan anggaran dua jari ke arah tengah dada. Latifah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
224
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sirr juga disebut sebagai Latifah Musawi adalah dari
taklukan Alam Lahut yakni Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah
Ta’ala dan merupakan suatu pusat perhentian di Alam
Amar.

Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan dengan Latifah Sirr


adalah menyentuh. Latifah Sirr adalah suatu alam di mana
tersimpannya segala rahsia-rahsia tentang Bayangan Sifat-
Sifat Allah Ta’ala dan seharusnya menjadi rahsia bagi
seseorang Salik.

Latifah Sirr merupakan tahap di mana seseorang Salik


itu akan mengalami perbualan dengan Hadhrat Zat Yang
Maha Suci di dalam hatinya di mana dia akan berinteraksi
dengan limpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akan
mendengar suara-suara Ketuhanan di dalam dirinya.

Alam Lahut adalah wilayah Hadhrat Nabi Musa


‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-kata dengan Allah
dan telah mendengar suaraNya. Alam Lahut merupakan
tingkatan langit yang ketiga di atas ‘Arash.

Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat


Nabi Musa ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Sirr
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Cahayanya adalah dari langit yang ketiga
dan warna Nurnya adalah keputihan.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf-Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih seseorang
Salik akan mengalami Jazbah pada tahap ini iaitu penarikan
dan penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala. Apabila dia
mengalami Jazbah untuk menuju kepada Rahmat Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
225
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
maka dia digelar Majzub. Dan menurut beliau, ini
merupakan tahap Sukr yakni Ruhaniah seseorang itu akan
mabuk dalam melihat kebesaran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

4. KHAFI
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tetek
kanan dengan anggaran dua jari ke arah tengah dada dan
Latifah Khafi ini juga disebut sebagai Latifah ‘Isawi adalah
bertakluk dengan Alam Bahut yakni Alam Sifat-Sifat Allah
Ta’ala.

Ia juga merupakan suatu pusat perhentian di Alam


Amar yang berada di atas ‘Arash Mu’alla. Allah Ta’ala
mengurniakan sifat menghidu beserta dengan Latifah Khafi
dan ianya menampilkan bunyi yang tersembunyi pada
Perkataan-Perkataan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila sesuatu perkataan itu tertulis terdapat bunyi


yang dikaitkan dengannya namun bunyi tersebut tidak akan
didengari melainkan apabila perkataan itu disebutkan. Maka
itulah bunyi adalah tersembunyi dan terkandung didalam
huruf-huruf pada perkataan tersebut. Ia hanya menantikan
masa untuk terzahir apabila bunyi huruf-huruf perkataan itu
disebutkan.

Seseorang Salik akan memperolehi pengetahuan dan


ilham dengan sentiasa membaca Al-Quran dan Asma Al-
Husna. Salik juga akan menghidu wangi-wangian ketika
berada dalam kehadiran Hadhrat Zat. Kerana itulah menjadi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
226
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk memakai wangi-wangian.

Adapun pada tubuh badan Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sentiasa
terbit keringat yang harum kerana Baginda Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sentiasa berada dalam kehadiran Hadhrat Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan keadaan.

Di Alam Bahut ini terdapatnya rahsia-rahsia yang


tersembunyi tentang Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan ia
merupakan wilayah Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam. Alam Bahut
ini berada pada tingkatan langit yang keempat di atas ‘Arash
dan cahaya Nur serta keberkatan daripada Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam yang berada pada langit keempat itu terlimpah
pada Latifah Khafi Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan cahaya kehitaman.

Seseorang Salik perlu meninggalkan Sifat Basyariyat


iaitu sifat-sifat kemanusiawian. Menurut Hadhrat Imam
Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih bahawa seseorang yang telah mencapai
Latifah Khafi, dia akan mengalami Hairat Sughra yakni
ketakjuban yang kecil kerana dapat merasai Kehadiran Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

5. AKHFA
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tengah
dada di antara Latifah Sir dan Latifah Khafi dan ianya
bertakluk dengan Alam Hahut yakni Alam Zat Allah Ta’ala.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
227
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Latifah Akhfa juga disebut sebagai Latifah Muhammadi.
Alam Hahut berada pada tingkatan yang kelima di atas
‘Arash pada Alam Amar. Pada Latifah Akhfa
tersembunyinya rahsia-rahsia yang lebih dalam tentang
Hakikat Zat Ketuhanan Allah Ta’ala. Alam ini adalah suatu
alam yang sunyi di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang Salik akan merasai kehadiran Hadhrat Zat


ketika melakukan sunyi diri dengan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Kerana itulah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sering bersunyi diri dengan
melakukan Khalwat Saghirah di Gua Hira’.

Alam Hahut merupakan wilayah Hadhrat Baginda


Nabi Besar Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan berada pada tingkatan langit yang kelima di
atas ‘Arash. Cahaya Nur serta limpahan keberkatan dari
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam di Alam Hahut itu terlimpah pada Latifah
Akhfanya dengan cahaya kehijauan.

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah, hati


Ruhaniah seseorang itu adalah biasan dari hati Ruhaniah
Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang disebut Haqiqat Muhammadiyah.

Hati Ruhaniah ini menampilkan Bahrul Qudrah yakni


Lautan Kekuasaan Allah Ta’ala yang merupakan sumber
kejadian awal sekelian makhluk. Barangsiapa yang dapat
mencapai ilmu pengetahuan tentang hati, akan mampu
mencapai kefahaman tentang kebenaran Haqiqat Kenabian,
Nur Muhammad dan Haqiqat Muhammadiyah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Limpahan cahaya Nur Muhammad
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
228
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada di dalam lautan
kekuasaan Bahrul Qudrah itu.

Setiap alam yang berada di Alam Amar merupakan


suatu alam yang lengkap dengan membawa ciri-ciri yang
tertentu. Ada sebilangan Masyaikh yang mengaitkan latifah-
latifah Alam Amar ini dengan bunyi dan sunyi yang mana
mereka menyatakan bahawa Latifah Qalb, Ruh, Sir dan Khafi
adalah berada pada tingkatan zikir bunyi manakala Latifah
Akhfa pula berada pada tingkatan zikir sunyi.

Sunyi bererti menjauhkan diri dari sebarang bentuk


bunyi yang bersifat zahir kemudian menjadikan hatinya
sentiasa bersunyian dengan Hadhrat Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Akhfa merupakan maqam Fana sehingga
seseorang Salik itu mencapai erti sunyi yang hakiki di mana
bunyi sekelian makhluk juga telah terlenyap.

Apabila telah terlenyapnya segala bunyi yang tinggal


hanyalah sunyi dan sunyi merupakan suatu bunyi yang
tidak diketahui. Lenyapnya bunyi makhluk tidak bermakna
lenyapnya bunyi dari Hadhrat Zat Yang Maha Suci bahkan
akan tetap terus kedengaran bunyi-bunyian yang bertasbih
memuji kesucian ZatNya. Kesemua bunyi-bunyi ini adalah
bersumber dari Hadhrat Zat Yang Maha Suci dan mengambil
tempat di dalam lautan kekuasaan Bahrul QudrahNya.

Ada Para Masyaikh yang menyatakan bahawa,


“Sunyi adalah bunyi dari Hadhrat Zat.”

Apabila seseorang Salik maju atas jalan Tariqat


sehingga dia mencapai Fana, Murshid akan melimpahkan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


229
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ilmu yang berkaitan dengan alam-alam di Alam Amar
tersebut ke dalam hati Muridnya.

Antara maksud yang utama adalah untuk sampai ke


pusat perhentian Alam Hahut di Latifah Akhfa ini kerana
ianya merupakan tempat persinggahan terakhir bagi Alam
Amar dan merupakan tempat yang tertinggi bagi lautan
kekuasaan Allah Ta’ala di mana Allah Ta’ala mula-mula
menjadikan Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kelima-lima maqam bagi Lataif yang berada di dalam


dada tersebut merupakan pusat perhentian dan ianya bagi
menyatakan suatu perjalanan menuju kepada penyatuan
dengan Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi
cahaya Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam kerana Hadhrat Baginda Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah satu-satunya manusia yang telah benar-
benar mencapai Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kemuliaan ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan ketika
peristiwa Mi’raj iaitu perjalanan menaiki tingkatan-tingkatan
langit menuju Kehadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

6. NAFS
KEDUDUKANNYA ialah pada otak dan titiknya ada di
bahagian dahi di antara dua kening. Takluknya adalah
dengan Alam Khalaq yakni alam ciptaan yang berada di
bawah ‘Arash. Ia adalah tempat penzahiran ‘Aqal manusia
yang bersifat halus pada otak yang berada di dalam
tempurung kepala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


230
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Perkataan Nafs lazimnya merujuk kepada diri
seseorang atau jiwa pada tahap yang rendah atau keakuan
diri seseorang. Sifat semulajadinya terdiri dari sifat-sifat
kemanusiawian dan kehaiwanan. Perkataan Nafs juga
merujuk kepada perkataan Nafas yang bererti pernafasan
dan perkara ini merupakan suatu intipati dalam perkerjaan
zikir kerana ia merupakan sumber tenaga dan menjadi asas
sebilangan besar Tariqat. Sebilangan Para Sufi berpendapat
perkataan Nafs ini merujuk kepada peringkat kejiwaan yang
merangkumi seluruh minda, emosi dan keinginan dalam diri
seseorang.

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, Nafs ada dua pengertian:

1. Nafs Syaik - Iaitu zat dan hakikat bagi sesuatu benda.


2. Nafs Natiqah - Suatu kehalusan dalam Ruhaniah
manusia yang disebut Jiwa dan ianya bercahaya
serta dikurniakan sifat keakuan. Dengan
cahayanya tubuh badan menjadi tempat yang
terdedah kepada berbagai jenis kejahatan dan
kebaikan.

Mengenali Nafs dengan segala sifatnya adalah sukar


kerana ia bersifat seperti seekor sumpah-sumpah yang boleh
bertukar rupa pada sebilangan keadaan dengan warna yang
berbeza.

Mencapai Ma’rifat tentang Nafs dengan segenap ilmu


pengetahuan mengenai sekelian sifatnya adalah di luar
kemampuan sebarang makhluk. Adalah sukar untuk
mencapai Ma’rifat tentang Nafs sepertimana sukarnya
mencapai Ma’rifat tentang Tuhan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
231
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Nafs diciptakan dengan unsur keakuan diri dan ia
mudah dipengaruhi Syaitan kerana adanya persamaan sifat
angkuh dan bongkak dalam diri Syaitan dengan sifat
keakuan yang ada pada Nafs. Tujuan Syaitan menghasut
Nafs melakukan kejahatan adalah untuk mengotorkan Qalb
kerana apabila Nafs seseorang itu dikotori, Qalbnya juga
akan turut dikotori. Hubungan Nafs dengan Qalb adalah
dengan kelajuan cahaya dan kedua-duanya ibarat cermin
yang memantulkan cahaya masing-masing antara satu sama
lain.

Latifah Nafs adalah tempat perjalanan Ruhaniah


melalui tingkatan nafsu-nafsu. Ada sebilangan Masyaikh
yang meletakkan tiga tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah,
Lawwamah dan Mutmainnah. Ada sebilangan Masyaikh
yang meletakkan lima tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah,
Lawwamah, Mutmainnah, Radhiyah dan Mardhiyah. Ada
juga Para Masyaikh yang menetapkan tujuh tingkatan nafsu
iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhammah,
Mutmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamiliyah.
Penyucian Latifah Nafs ini dinamakan sebagai Tazkiyatun
Nafs di mana Para Masyaikh meletakkan berbagai ujian bagi
menguji tahap nafsu Para Murid. Ujian-ujian tersebut berupa
Mujahadah Nafs bagi menundukkan kakuan diri dan
keinginan hawa nafsu. Sebagaimana yang dinyatakan
bahawa terdapat tujuh tingkatan Nafs yang perlu dilalui oleh
setiap Salik seperti berikut:

1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu berada pada tahap kehaiwanan iaitu pada
kedudukan yang rendah, tidak mengenali hakikat diri dan
tidak mengenal hakikat Tuhan, boleh menjadi lebih buas
dari binatang dan sentiasa mengingkari perintah-perintah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
232
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap nafsu ini berada pada
tingkatan yang rendah dan perlu disucikan dengan Taubat
dan Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang lebih
tinggi supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila
nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya, peribadi
manusia itu akan menjadi lebih baik dari Para Malaikat
setelah dia menjalani latihan penyucian diri di bawah
asuhan seorang Murshid yang sempurna. Nafsu Ammarah
sentiasa mengajak diri mengingkari Allah dan Rasul,
menurut ajakan Syaitan, bergelumang dengan dosa-dosa
besar dan maksiat, bertabiat dan bertingkah laku buruk,
bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa memuaskan
kehendak hawa nafsu dan bersikap mementingkan diri
sendiri.

2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu berada pada tahap mula menyedari
keingkaran dan sifat buruk yang ada pada dirinya dan
berasa menyesal apabila melakukan perbuatan yang buruk
dan tidak baik. Dia mula untuk berasa bersalah kerana
menurut keakuan dirinya semata-mata dan lebih
mementingkan diri sendiri. Dia akan melakukan Taubat
dan Istighfar tetapi akan kembali kepada perlakuan dosa
dan maksiat kepada Allah dan Rasul. Kesedarannya baru
terbit tetapi tidak kukuh. Dia perlu menjalani latihan
untuk menerbitkan rasa kesedaran dan insaf pada setiap
masa serta menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala kerana jika tidak, dia akan kembali terjerumus
ke dalam kancah keburukan.

3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu berada pada tahap yang lebih kerap
menyesali dirinya kerana mengingkari hukum dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
233
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
perintah Allah dan Rasul, kesedaran untuk insaf semakin
bertambah tetapi masih belum mampu meninggalkan
perbuatan dosa dan maksiat. Dia belum menyerahkan
dirinya bulat-bulat kepada Allah kerana keakuan dirinya
belum Fana atau dimatikan. Walaubagaimanapun
keinginan untuk kembali sepenuhnya kepada Allah terasa
amat dekat. Dia akan diilhamkan dengan amalan kebaikan
yang dapat mendekatan diri kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Dengan latihan keruhanian dan asuhan Murshid
dia akan berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat
penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan Murshid
kerana seseorang itu tidak akan mampu mencapai
penyucian Nafsu Mulhammah ini dengan bersendirian
melainkan melalui seorang Murshid secara zahir dan
batin. Dia perlu berzikir dengan kalimah Ismu Zat iaitu
Allah Allah sebanyak-banyaknya di dalam hati sehingga
terbit ketenangan.

4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu berjaya mencapai Fana. Dia berjaya
mematikan keakuan dirinya dan menyerahkan dirinya
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila keakuan
dimatikan maka akan lahirlah Bayi Maknawi dari diri
insan. Insan bersifat pelupa dan apabila keakuan insan itu
dimatikan maka akan lahirlah daripada dirinya, dirinya
yang sebenar yang diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul
Qadir Jailani sebagai Tiflul Ma’ani. Pada tahap ini
keimanan seseorang itu menjadi semakin teguh dan
kukuh. Dia perlu mendawamkan zikir kalimah Ismu Zat
pada setiap latifah sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan
kekal dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai
ketenangan pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat
limpahan dan asuhan Murshid.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
234
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini keakuan
seseorang itu telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah
dan dia redha dengan apa jua yang datang dari Allah.
Tidak mementingkan apa yang telah berlaku dan apa yang
akan berlaku. Dia menumpukan kesedarannya pada
Kehadiran Zat Yang Suci pada setiap masa. Dia hanya
menjadikan Allah sebagai maksud dan sentiasa menuntut
keredhaan Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya lemah di
hadapan Allah dan sentiasa bergantung penuh kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia mengetepikan segala
kepentingan Dunia dan Akhirat demi Allah Ta’ala semata-
mata.

6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan ini keakuan


seseorang itu telah tenggelam dalam lautan Syuhud. Dia
menyaksikan Kebesaran Allah dengan cahaya
Musyahadah dan mencapai ‘Irfan. Dia berenang di lautan
Makrifat mengenali hakikat diri dan hakikat Tuhannya.
Ruhnya telah aman damai di sisi Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut terhadap sesama
makhluk dan zahirlah akhlak yang baik serta mulia dari
dirinya.

7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini keakuan diri


seseorang itu telah mencapai penyucian yang sempurna
dan berjaya menjadi insan yang sempurna dengan
menuruti segala Sunnah Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana
merupakan insan yang paling sempurna. Zahir mereka
bersama manusia di dalam khalayak ramai dan
menghadiri majlis mereka namun batin mereka sentiasa
dalam keadaan berjaga-jaga memerhatikan limpahan
faidhz dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
235
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah. Penyerahan
mereka sempurna dan Allah menzahirkan Tanda-Tanda
KekuasaanNya menerusi hamba tersebut. Dia menyerah
kepada segala ketentuan Taqdir dan melaksanakan
kewajibannya sebagai hamba dengan sebaik-baiknya. Ini
merupakan tingkatan Para Nabi dan Rasul
‘Alaihimussolatu Wassalam dan inilah merupakan
tingkatan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in
dan tingkatan sekelian Wali Qutub.

Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi


Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan bahawa terdapat
sepuluh sifat buruk yang ada pada Nafs dan ianya adalah
berasal dari unsur-unsur seperti panas, sejuk, lembab dan
kering seperti berikut:

1. Hawa
2. Nifaq
3. Riya
4. Mengaku Tuhan
5. Bangga Diri
6. Tamak
7. Haloba
8. Banyak Ketawa
9. Malas
10. Lalai

Dari sepuluh sifat yang buruk ini terbit berbagai lagi


sifat-sifat yang buruk seperti hasad dengki, iri hati,
bersangka buruk, putus asa dan sebagainya. Ada sebilangan
Masyaikh yang menganggap Nafs dan Qalb adalah sama
kerana pada penghujungnya mereka mendapati Nafs
Mutmainnah adalah jiwa yang tenang serta menganggap
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
236
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
jiwa letaknya pada hati. Mereka menganggap tiada
perbezaan antara kedua-duanya.

Sebenarnya Qalb dan Nafs adalah dua perkara yang


berbeza tetapi memiliki tanggungjawab yang sama iaitu
untuk disucikan dari segala sesuatu selain Allah dan
menumpukan ingatan terhadapNya serta menggunakan
kemampuan Qalb dan Nafs untuk Ma’rifat Allah Ta’ala dan
seterusnya sentiasa menghadapkannya kepada Wajah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kedua-duanya merupakan dua pusat
perhentian utama yang mewakili Alam Amar dan Alam
Khalaq. Qalb adalah pusat perhentian bagi Alam Amar dan
Nafs adalah pusat perhentian bagi Alam Khalaq.

Seseorang Salik yang telah sempurna menempuh


Alam Amar bermakna dia telah berjaya menempuh Daerah
Wilayah Sughra yakni daerah kewalian kecil dan merupakan
Alam Bayangan Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, apabila
seseorang Salik telah sempurna menempuh Daerah Wilayah
Sughra maka bermulalah Fana yang sebenarnya dan Salik
akan terus menuju kepada Daerah Wilayah Kubra yakni
daerah kewalian yang besar.

Daerah Wilayah Kubra ini berada dalam Bayangan


Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu
dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya merupakan
daerah kewalian Para Nabi dan terdapat tiga setengah
daerah di dalamnya iaitu Daerah Ula, Daerah Tsaniah,
Daerah Tsalisah dan setengah Daerah Qaus.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
237
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Setelah Salik sempurna menjelajah daerah-daerah ini


pada Latifah Nafsnya dia akan meneruskan perjalanan
Ruhaniahnya merentasi Daerah ‘Ulya iaitu daerah Para
Malaikat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Seterusnya Salik hendaklah menyucikan Latifah


Qalibiyahnya iaitu anasir yang empat terdiri dari Tanah, Air,
Api dan Angin. Pada tingkatan ini seseorang Salik tidak lagi
memerlukan sebarang asbab luaran untuk mencapai
KehadiranZat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

7. ANGIN
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan
manusia. Angin sifatnya halus dan tidak kelihatan. Angin
yang besar dapat mengubah keadaan sesuatu tempat dan ia
boleh bergerak ke mana-mana. Unsur Angin terdapat pada
diri manusia secara zahirnya dapat kita perhatikan menerusi
pernafasan keluar dan masuknya udara melalui hidung dan
mulut. Udara Oksigen yang dihirup masuk ke dalam paru-
paru akan diagih-agihkan ke setiap bahagian tubuh badan.
Angin juga dapat kita rasakan melalui dubur ketika telah
sempurnanya penghadaman. Sifat Angin pada manusia
adalah halus kerana ia menampilkan keinginan hawa nafsu
yang tidak terbatas dan kecenderungannya menuruti hawa
nafsu. Adakalanya ia dizahirkan menerusi kesedihan dan
dukacita dan adakalanya terzahir menerusi keinginannya
untuk berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


238
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sepertimana angin yang bertiup dari suatu tempat ke suatu
tempat.

8. API
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh
badan. Api merupakan suatu unsur yang Allah Subhanahu
Wa Ta’ala gunakan untuk menjadikan Syaitan dan Syaitan
adalah dari golongan Jin dan mereka adalah dari Api.

Unsur Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan kepada manusia dan ini dapat dilihat pada ciri-ciri
zahirnya iaitu pembakaran makanan di dalam perut bagi
menghasilkan penghadaman, panas badan dan demam.

Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan adalah bersifat halus dan ada terkandung sifat-
sifat kesyaitanan dan Jin dalam diri manusia seperti
kemarahan, bangga diri, bongkak dan takabbur.

9. AIR
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh
badan. Jasad sekelian manusia adalah dari Air dan ciri-ciri
air itu ada pada manusia seperti air mata, air liur, air hingus,
air peluh, air mani, air najis dan darah.

Air sifatnya mengalir dan begitulah sifatnya dalam


masyarakat, bergerak ke sana dan ke mari seperti air. Ada
sifat air yang jernih dan ada yang sifatnya seperti susu.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
239
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Manusia juga mudah menuruti hawa nafsu yang jahat


dan ada yang boleh menerima perubahan dan mengubah
masyarakat. Ia juga bersifat pelupa dan cenderung kepada
tidur.

10. TANAH
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh
badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam
telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada
tanah. Begitulah juga kepada sekelian anak cucu Hadhrat
Nabi Adam ‘Alaihissalam kesemuanya kembali dikebumikan
ke dalam tanah. Adapun sifat-sifat Tanah itu ada dalam diri
manusia seperti kerendahan hati dan merendahkan diri,
kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk.

Terdapat berbaga jenis sifat tanah iaitu ada yang


subur apabila menerima air hujan serta menumbuhkan
rumput, ada tanah yang keras dan menakungkan air untuk
manafaat makhluk yang lain dan ada jenis tanah yang keras
tidak menakungkan air serta tidak menumbuhkan rumput.

Begitulah diibaratkan kepada orang yang menerima


limpahan ilmu dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ada yang mendapat
manafaat darinya dan ada yang memanafaatkannya kepada
orang lain dan ada yang tidak memanafaatkannya untuk
dirinya mahupun kepada orang lain.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


240
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sifat Tanah adalah mudah dibentukkan kepada
sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat, kejahilan,
kejahatan, kegelapan dan kelemahan.

PARA Masyaikh dari Silsilah yang bebeza telah menyelami


Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di dalam Bahrul Qudrah dan
telah meneroka tentang rahsia Lataif ini. Pengetahuan
mereka tentang Lataif adalah berbeza namun merujuk
kepada maksud yang satu iaitu kembali kepada Hadhrat Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Perbezaan ini mungkin berlaku
kerana mereka menyelaminya dari sudut yang berbeza
dengan pemerhatian yang berbeza. Perkara ini adalah suatu
kelaziman ilmiah kerana dalam ilmu-ilmu yang zahir juga
terdapat perbezaan pendapat kerana masing-masing
mempunyai pandangan yang berbeza lalu ianya
menghasilkan ilmu pengetahuan yang berbeza dan
seterusnya pengenalan Ma’rifat yang berbeza.

Pengenalan Ma’rifat yang berlainan akan


menghasilkan buah pendapat yang berlainan.
Walaubagaimanapun, sesungguhnya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala itu lebih mengetahui dan Maha Mengetahui tentang
segala perbezaan pendapat, segala ilmu dan segala Ma’rifat.
Hasil segala ilmu dan Ma’rifat adalah dari Allah jua. Dia
yang telah menetapkan sedemikian menurut kehendakNya.
Kerana itulah dikatakan bahawa segala yang baik dan benar
itu adalah dari Allah dan segala kesalahan dan kesilapan itu
adalah dari manusia yang bersifat hamba. Latifah-latifah
yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala ciptakan adalah bersifat
cahaya Nur dengan warna dan titik kedudukannya yang
berbeza-beza.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


241
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Para Masyaikh Chishtiyah telah menetapkan bahawa
terdapat 6 Lataif yang perlu disucikan iaitu Latifah Nafsi,
Latifah Qalbi, Latifah Ruhi, Latifah Sirri, Latifah Khafi dan
Latifah Akhfa.

1. NAFSI - Kedudukannya adalah pada sebelah


bawah pusat dan ada di antara Para Masyaikh yang
menetapkan kedudukannya dalam anggaran dua jari di
bawah pusat serta dikaitkan dengan warna kuning namun
ada yang menyatakannya sebagai tidak berwarna. Para
Masyaikh Chistiyah menganggap Nafs sebagai nafsu yang
rendah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadits.
Nafs disamakan dengan sifat-sifat kesyaitanan, keduniaan,
ketamakan, kenginan Hawa Nafsu yang melanggari
batasan Allah, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
Maksud utamanya adalah untuk menyucikan Latifah Nafs
ini dan menukarkannya dari mementingkan keakuan
dirinya kepada tunduk dan patuh terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menerusi proses Tazkiyatun Nafs.
Nafs yang telah disucikan akan menjadikannya ‘Aqal lalu
disebut sebagai Nafs Natiqah.

2. QALBI - Kedudukannya adalah pada sebelah kiri


dada dan dikaitkan dengan warna merah namun ada yang
menyatakan warnanya kuning. Pada Latifah Qalbi ini
manusia akan dapat menyaksikan bahawa amalan
kebaikan dan makanan ruhaniahnya adalah Zikirullah.
Dengan menghidupkan Latifah Qalbi seseorang itu akan
dapat mengetahui tentang Alam Jin. Ia juga merupakan
pintu bagi keasyikan dan cinta terhadap Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Perkataan Qalb bererti hati dan menurut istilah
Tasawwuf, ia merujuk kepada hati Ruhaniah dan
dijelaskan dengan berbagai penjelasan. Ada yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
242
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menyatakan ia sebagai tempat penglihatan batin dan ada
juga yang menyatakan bahawa ia merupakan pintu ‘Ishq
iaitu keasyikan terhadap Cinta Allah Subhanahu Wa Ta’ala
namun bagi sebilangan besar Masyaikh, ia merupakan
medan pertarungan antara dua bala tentera iatu dari Nafs
dan Ruh. Membersihkan Qalb merupakan disiplin yang
utama dalam perjalanan Tasawwuf seseorang Salik. Proses
pembersihannya disebut sebagai Tasfiyatul Qalb dan
maksudnya adalah untuk menghapuskan segala sesuatu
yang menghalangi perjalanan penyucian cinta terhadap
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ada yang menyatakan
bahawa gabungan Qalb dan Nafs menerbitkan Ruh
Haiwani yakni ruh yang memiliki sifat-sifat kehaiwanan
dan kebinatangan.

3. RUHI - Kedudukannya adalah pada sebelah kanan


dada dan dikaitkan dengan warna hijau namun ada yang
mengatakan warnanya adalah merah dan berbeza
pendapat tentang kedudukannya. Ada yang mengatakan
bahawa kedudukan Latifah Ruhi adalah pada tengah
dada. Setelah menghidupkan latifah ini seseorang itu akan
dapat pengenalan tentang Alam ‘Araf iaitu alam sesudah
mati. Makanan ruhaniahnya adalah Hudhur yakni sentiasa
berada dalam Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Terdapat berbagai penjelasan tentang Ruh di kalangan
Ahli Tasawwuf. Ruh dianggap sebagai pejuang dalam
peperangan menentang Nafsu dan Syaitan. Ada yang
menganggapnya kekal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan ada yang menganggapnya sebagai suatu yang
diciptakan olehNya. Pengetahuan tentang Ruh sentiasa
mendapat pertikaian semenjak zaman Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
lagi, orang sering bertanya tentang masaalah Ruh. Para
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
243
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Masyaikh menetapkan amalan yang berterusan untuk
mencapai Tajalli Ruh yakni penjelasan dan penerangan
tentang Ruh.

4. SIRRI - Kedudukannya adalah pada tengah dada dan


ada yang mengatakan bahawa kedudukan Latifah Sirri
adalah pada sebelah kanan dada dan dikaitkan dengan
warna putih. Ia merakamkan segala perintah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala untuk setiap manusia sepertimana
yang telah dicatatkan di Lauh Mahfuz dan menjadi tempat
tersingkapnya hijab tentang segala hakikat. Dengan
menghidupkan Latifah Sirri seseorang itu akan mencapai
pengenalan tentang Alam Mitsal yakni alam kejadian
benda-benda yang merupakan biasan dari pengetahuan
yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Ia merupakan pusat
kesedaran bagi manusia. Perkataan Sirr bererti rahsia dan
pengosongan rahsia dinyatakan sebagai Taqliyah Sirr
pada dasarnya bermaksud memberikan tumpuan terhadap
Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dengan melakukan zikir secara berterusan. Pengosongan
di istilahkan sebagai penafian dan memusnahkan segala
kecenderungan keakuan dalam diri manusia. Gabungan
Sirr dan Ruh akan membentuk Ruh Insani atau digelar
Ruh ‘Ayani.

5. KHAFI - Kedudukannya adalah di tengah antara


dua kening dan dikaitkan dengan warna biru. Ada juga
yang mengatakan bahawa kedudukannya adalah pada
tengah dahi dan dikaitkan dengan warna hitam. Makanan
ruhaniahnya adalah Syuhud dan Fana yakni menyaksikan
Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan berpegang
kepada kebenaran yang hakiki dan memikiri tentangnya,
di samping mematikan keakuan diri dan tenggelam dalam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
244
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tauhid. Perkataan Khafi bererti tersembunyi dan bersifat
misteri, dalam dan halus. Ia menampilkan intuisi pada diri
seseorang dengan mengaitkan kedudukannya sebagai
mata ketiga.

6. AKHFA - Kedudukannya adalah pada atas kepala


dan dikaitkan dengan warna ungu. Makanan Ruhaniahnya
adalah Fana Al-Fana yakni langsung tidak menyedari
tentang Fana yang dialaminya. Ia merupakan Nuqtah
Wahidah yakni titik kesatuan di dalam diri setiap manusia
di mana Tajalli tentang Kebesaran dan Kekuasaan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dilimpahkan secara langsung.
Perkataan Akhfa bererti sesuatu yang lebih tersembunyi
dan ada yang mengatakan bahawa kedudukannya
bertukar-tukar di antara tengah otak dan tengah dada serta
mengaitkannya dengan warna hijau dan menampilkan
pemerhatian yang dalam pada diri seseorang. Ia telah
merakamkan segala pengetahuan rahsia tentang alam
maya. Dengan memasuki Latifah Akhfa, seseorang itu
memasuki sistem dan peraturan alam maya lalu
memperoleh pengetahuan rahsia tentang alam maya.
Latifah Akhfa merupaka suatu kedudukan yang hanya
dapat di capai oleh mereka yang telah menyempurnakan
latifah-latifah yang lain dan ia dikhususkan kepada
mereka yang benar-benar berakal sempurna. Gabungan
Khafi dan Akhfa membentuk Ruh A’zam atau dikenali
sebagai Ruh Sabitah. Ia merupakan suatu lingkungan
cahaya yang terang yang mana segala maklumat tentang
perkara yang ghaib dan tentang alam maya disingkapkan.
Dia akan menerima limpahan Ilmu Wajib yakni
pengetahuan tentang ilmu yang telah dipindahkan kepada
makhluk dengan merujuk kepada Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang mana denganNya makhluk
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
245
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menikmati persamaan dan kesesuaian antara satu dengan
yang lain. Pengetahuan ini disebut sebagai Ilmu Qalam
yakni pengetahuan tentang pena yang menuliskan Taqdir.

Menurut Para Mashaikh Chishtiyah lagi bahawa


tingkatan menuju Hadhrat Allah Ta’ala bermula dari Maqam
Nafs dengan membawa Syari’at Iman, kemudian Maqam
Qalb dengan mengamalkan Tariqat Islam, kemudian Maqam
Ruh dengan membawa Haqiqat Islam, kemudian Maqam
Sirr dengan membawa Ma’rifat Ihsan, kemudian Maqam
Qurb menerusi Fana Fi Rasul dan seterusnya menjadi
seorang Sufi yang menuju Maqam Wisal.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


246
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 5: TUJUH LANGKAH


PENYUCIAN
PENYUCIAN kesemua Sepuluh Lataif Insan ini di lakukan
dalam 7 langkah atau peringkat.

1. Peringkat pertama penyucian Latifah Qalb.


2. Peringkat kedua penyucian Latifah Ruh.
3. Peringkat ketiga penyucian Latifah Sirr.
4. Peringkat keempat penyucian Latifah Khafi.
5. Peringkat kelima penyucian Latifah Akhfa.
6. Peringkat keenam penyucian Latifah Nafs.
7. Peringkat ketujuh adalah penyucian Latifah Qalibiyah
iaitu Empat Anasir merangkumi Angin, Api, Air dan
Tanah.

Penyucian Latifah pertama hingga keenam adalah berzikir


pada kedudukan masing-masing seperti yang telah
dijelaskan, manakala penyucian Latifah yang ketujuh iaitu
Latifah Qalibiyah dengan berzikir pada setiap zarah, jisim
dan rambut pada seluruh bahagian tubuh badan kita yang
merangkumi kesemua Sepuluh Latifah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


247
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 6: DAERAH IMKAN


SELURUH Alam Maya Semesta Raya ini adalah Alam Kabir
dan berada dalam Daerah Imkan. Daerah Imkan atau Daerah
Mumkinat adalah daerah keluasan yang mungkin bagi Alam
Kabir dan ianya terbahagi kepada dua bahagian, atas dan
bawah yang meliputi Alam Amar dan Alam Khalaq. Separuh
bahagian bawahnya adalah bermula dari ‘Arash sehinggalah
ke bawah tanah dan separuh bahagian atasnya adalah
bermula dari atas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya. Alam
Amar adalah pada separuh bahagian atas Daerah Imkan
manakala Alam Khalaq pula adalah pada separuh bahagian
bawah Daerah Imkan (Rajah 1).

Akhfa

Khafi

Sirr
DAERAH IMKAN
DAERAH IMKAN

Ruh

Qalb ALAM AMAR


‘ARASH
ALAM KHALAQ Nafs

Angin

Api

Air
Tanah

Rajah 1

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


248
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada tubuh setiap insan terdapat hubung kaitan
dengan Daerah Imkan yang terdiri dari Alam Amar dan
Alam Khalaq iaitu pada tubuh Ruhani dan Jasmani. Alam
Semesta jika dilihat menerusi pandangan batin mata hati,
tampil dalam bentuk suatu bulatan.

Bulatan ini dinamakan sebagai Daerah Imkan atau


Daerah Mumkinat atau daerah yang mungkin dan daerah ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Alam Amar dan
Alam Khalaq. Di tengah-tengah bulatan itu terdapat satu
garis melintang yang membahagikan bulatan itu kepada satu
bahagian berada di atas dan satu bahagian lagi berada di
bawah.

Garisan di tengah itu merupakan ‘Arash Mu’alla yang


merupakan pembahagi kepada Alam Amar dan Alam
Khalaq. Menurut Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih manusia adalah
alam kecil.

Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan


manusia, Dia menggunakan kuasaNya untuk menempatkan
latifah-latifah Alam Amar ini ke dalam dada manusia dan
menjadikannya asyik dengan takluk tubuh badan. Ini adalah
kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingin menjadikan
manusia itu sempurna dan dilengkapkanNya dengan Alam
Amar dan Alam Khalaq.

Dengan ini manusia itu disebutkan sebagai Alam


Saghir yakni suatu alam kecil dari Alam Kabir.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


249
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ALAM KABIR DAN


ALAM SAGHIR
MANUSIA merupakan biasan dalam bentuk kecil bagi
kejadian Alam Maya Semesta Raya [Kosmos] ini atau
disebutkan sebagai Alam Kabir [Makrokosmos] yang
bermakna alam besar. Sebagai biasan, manusia adalah Alam
Saghir [Mikrokosmos] yang bermakna alam kecil.

Segala apa yang wujud di alam yang kecil juga adalah


wujud di alam yang besar. Namun demikian, setiap apa yang
ada di alam besar tidak kesemuanya berada di alam kecil.
Menerusi alam kecil, dapat dilihat apa yang ada di alam
besar sana.

Walaubagaimanapun, tidak semua manusia yang


dapat melihat alam besar menerusi alam kecil dirinya. Di
dalam diri manusia itu mengandungi suatu daya tenaga
yang jika ianya dibuka maka akan membolehkannya melihat
Alam Maya Semesta Raya kerana dia merupakan Alam
Saghir dan menjadi cermin kepada Alam Kabir di dalam
dirinya. Pada dasarnya, Alam Kabir ini adalah terlalu besar
dan luas sehingga tiada siapa pun yang dapat menyatakan
betapa besarkah kadar keluasannya. Para Masyaikh
mentafsirkannya sebagai Daerah Imkan yang bererti suatu
daerah keluasan yang mungkin baginya.

Daerah Imkan Alam Kabir ini terbahagi kepada dua


bahagian iaitu Alam Amar dan Alam Khalaq. Perbandingan
antara kedua-dua Alam Kabir dan Alam Saghir dapat dilihat
dalam Rajah 2, yang mana di Alam Kabir, ‘Arash Mu’alla
menjadi sebagai pengantara manakala di Alam Saghir pula,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
250
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hati menjadi sebagai pengantara. Kerana itulah ada mafhum
sebuah Hadits yang menyatakan bahawa,
“Allah Ta’ala itu berada dalam hati orang-orang beriman.”

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah, hati


manusia adalah merupakan biasan kepada Hati Ruhaniah
Hakikat Muhammadiyah. Hati Ruhaniah ini mempamerkan
Lautan Kekuasaan atau disebutkan sebagai Bahrul Qudrah,
yang merupakan tempat asal usul segala ciptaan. Lautan
Kekuasaan Bahrul Qudrah ini berada di Alam Kabir dalam
Alam Maya Semesta Raya. Daerah Imkan. Barangsiapa yang
mampu mencapai pengetahuan tentang hati akan
berkemampuan untuk memahami kebenaran Hakikat
Kenabian Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hakikat Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada
di dalam Lautan Kekuasaan Bahrul Qudrah ini. Hati yang
banyak berzikir akan menghasilkan limpahan Faidhz dan
ianya akan turut mengalir di dalam saluran darah di dalam
tubuh badan dan mengisikan tubuh badan dengan limpahan
Faidhz tersebut.

Menurut Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad


Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih, apabila kelima-lima
lataif Alam Amar telah disucikan dengan sempurna, lataif
Alam Khalaq juga dengan sendirinya akan disucikan,
kemudian dia akan memahami hakikat Daerah Imkan.
Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu perlulah mancapai
Fana Fi Syeikh. Ini akan mengangkat hijabnya terhadap
kefahaman tentang Daerah Imkan.

Kebanyakan Salik berhenti pada tahap ini dengan


memikirkan bahawa mereka telah pun sampai ke destinasi
tujuan mereka sedangkan mereka sepatutnya terus bergerak
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
251
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
melewati bulatan Daerah Imkan dengan meneroka Alam
Amar dan seterusnya menempuh Wilayat Sughra, Wilayat
Kubra dan Wilayat ‘Ulya. Seseorang Murid tidak akan sama
sekali dapat menempuh Wilayat-Wilayat ini tanpa
bimbingaan Syeikh dan Para Masyaikh. Untuk ini seseorang
Salik itu perlu mencapai Fana Fi Rasul. Kemudian barulah
dirinya akan dapat merasakan pencapaian Fana Fillah.

Untuk memahami hubung kaitan antara Alam Kabir


dan Alam Saghir, Daerah Imkan dan Lautan Kekuasaan
Bahrul Qudrah, perhatikan kepada Rajah 2 yang berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


252
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Alam Maya Semesta Raya [Kosmos]

Alam Kabir [Alam Besar – Makrokosmos]

Alam Amar [Alam Kekal]

Qalb - Alam Malakut [Malaikat]


Ruh - Alam Jabarut [Roh]
Sir - Alam Lahut [Bayangan Sifat Allah]
Khafi - Alam Bahut [Sifat-Sifat Allah]
Akhfa - Alam Hahut [Zat Allah]

LAUTAN KEKUASAAN BAHRUL QUDRAH


‘Arasy Mu’alla
DAERAH MUMKINAT – DAERAH IMKAN

Alam Khalaq [Alam Tidak Kekal]

Nafs
Angin
Api
Air
Tanah

Alam Saghir [Alam Kecil – Mikrokosmos]

Ruhani

Siddiqin
Kewalian
Kenabian
Ulul ‘Azmi
Ahmad

Hati

Jasmani

Merasa
Menghidu
Menyentuh
Melihat
Mendengar

Rajah 2

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


253
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ


ALAM Amar adalah suatu alam kekal yang mana hanya
dengan perintah “Kun” yang bermakna “Jadilah” maka ianya
akan terjadi. Ini merujuk kepada saat penciptaan langit dan
bumi yang mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menciptakannya dengan perintah “Kun” ini. Alam Amar ini
berada di luar batas masa dan ruang tempat. Alam Amar
berada di dalam Daerah Imkan pada kedudukan di atas
‘Arash.

Alam Amar mengandungi Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan


Akhfa. Alam Amar adalah alam di mana tersembunyinya
segala rahsia hakikat ketuhanan. Di sana tersembunyinya
segala bayangan kebenaran yang berkaitan dengan Zat dan
Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara ringkasnya
Alam Amar adalah merujuk kepada tubuh Ruhani manusia.
Kedudukannya pada badan manusia adalah di bahagian
dada seperti yang dijelaskan dalam Lima Lataif Alam Amar.

Menurut Imam Razi Rahmatullah ‘alaih, Ruh manusia


berasal dari Alam Amar manakala jasad manusia adalah
berasal dari Alam Khalaq. Menurut Imam Ghazali
Rahmatullah ‘alaih, kewujudan Alam Amar adalah di luar
batas pencapaian, menerusi pengalaman dan khayalan. Ianya
tidak mempunyai sempadan dan tidak dapat disukat dengan
masa dan ruang.

Al-Quran menyebut bahawa Allah Subhanahu Wa


Ta’ala menciptakan segala sesuatu hanya dengan satu
kalimah iaitu “Kun” yang bererti “Jadilah”. Ianya merupakan
suatu kalimah amar yang bermakna suruhan. Apabila Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
254
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala menghendaki sesuatu urusan itu
terjadi, maka Dia hanya cuma menyebut “Kun” maka
perkara itu pun akan terjadi.

Allah berfirman di dalam Al-Quran pada Surah Al-


Baqarah ayat 117 yang bermaksud,

ä. …ã&s! ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #XQö∆r& #|Ós% #sŒÎ)uρ ( ÇÚö‘F{$#uρ ÅV≡uθ≈yϑ¡¡9$# ßìƒÏ‰t/

∩⊇⊇∠∪ ãβθä3uŠsù
Yang Menciptakan langit-langit dan bumi, dan bila Dia
bekehendak untuk menciptakan sesuatu urusan (Amar),
maka Dia hanya katakan kepadanya: Jadilah! Lalu jadilah
ia.

Allah juga berfirman menerusi Surah Ali Imran pada


hujung ayat ke 47 yang bermaksud,

ª!$# Å7Ï9≡x‹Ÿ2 tΑ$s% ( ×|³o0 Í_ó¡|¡ôϑtƒ óΟs9uρ Ó$s!uρ ’Í< ãβθä3tƒ 4’¯Τr& Éb>u‘ ôMs9$s%

∩⊆∠∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\ øΒr& #|Ós% 4#sŒÎ) â!$t±o„ $tΒ ß,è=÷‚tƒ
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku
mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh
seorang laki-laki pun." Allah berfirman: Demikianlah Allah
menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah
berkehendak menetapkan sesuatu urusan (Amar), maka
Allah hanya cukup berkata kapadanya: Jadilah! Lalu
jadilah ia.

Di dalam surah An-Nahl, Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menyatakan dalam ayatnya yang ke 40 yang bermaksud,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
255
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

∩⊆⊃∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)¯Ρ βr& çµ≈tΡ÷Šu‘r& !#sŒÎ) >óy´Ï9 $uΖä9öθs% $yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila
Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan
kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di


dalam Surah Maryam pada ayat 35 yang bermaksud,

ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\ øΒr& #|Ós% #sŒÎ) 4 ÿ…çµoΨ≈ysö7ß™ ( 7$s!uρ ÏΒ x‹Ï‚−Gtƒ βr& ¬! tβ%x. $tΒ

∩⊂∈∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9


Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia.
Apabila Dia telah menetapkan sesuatu urusan (Amar), maka
Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Allah menjelaskan lagi di dalam Al-Quran menerusi


Surah Yasin pada ayatNya yang ke 82 yang bermaksud,

∩∇⊄∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)tƒ βr& $º↔ø‹x© yŠ#u‘r& !#sŒÎ) ÿ…çνã øΒr& !$yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya (Amar) perintahNya apabila Dia
menghendaki sesuatu henyalah berkata kepadanya: Jadilah!
Maka jadilah ia.

Di dalam Surah Al-Mukmin pada ayat 68, Allah


Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang bermaksud,

ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\ øΒr& #|Ós% #sŒÎ*sù ( àM‹Ïϑãƒuρ Ç‘øtä† “Ï%©!$# uθèδ

∩∉∇∪

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


256
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dialah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila
Dia menetapkan sesuatu urusan (Amar), Dia hanya berkata
kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menghubungkan


AmarNya dengan Ruh sepertimana yang dinyatakannya di
dalam Al-Quran pada Surah Al-Isra ayat 85,

ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ ΟçF]Ï?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ Ì øΒr& ôÏΒ ßyρ” 9$# È≅è% ( Çyρ” 9$# Çtã š
tΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ)


Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh; Katakanlah:
Ruh itu adalah dari urusan (Amar) Tuhanku dan tidaklah
kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.

Di dalam Surah An-Nahl ayat 2 Allah Subhanahu Wa


Ta’ala berfirman,

÷βr& ÿÍνÏŠ$t6Ïã ôÏΒ â!$t±o„ tΒ 4’n?tã ÍνÌ øΒr& ôÏΒ Çyρ” 9$$Î/ sπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ãΑÍi”t∴ãƒ

∩⊄∪ Èβθà)¨?$$sù O$tΡr& HωÎ) tµ≈s9Î) Iω …絯Ρr& (#ÿρâ‘É‹Ρr&


Dia menurunkan Para Malaikat dengan membawa Ruh
(wahyu) dari AmarNya (perintahNya) kepada siapa yang
Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya iaitu
peringatkanlah olehmu sekelian bahawasanya tidak ada
Tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertaqwa
kepadaKu.

Begitu juga dalam Surah Al-Mukmin pada ayat yang


ke 15 yang maksudnya seperti berikut,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


257
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ôÏΒ â!$t±o„ tΒ 4’n?tã ÍνÌ øΒr& ôÏΒ yyρ” 9$# ’Å+ù=ムĸö yèø9$# ρèŒ ÏM≈y_u‘¤$!$# ßì‹Ïùu‘

∩⊇∈∪ É−Ÿξ−G9$# tΠöθtƒ u‘É‹Ψã‹Ï9 ÍνÏŠ$t7Ïã


Yang Maha Tinggi DarjatNya, Yang memiliki ‘Arash, Yang
mengutuskan Ruh dari Amar urusanNya kepada siapa yang
dikehendakiNya supaya Dia memperingatkan manusia
tentang pertemuan Hari Qiyamat.

Sebilangan Mufassirin mengertikan Ruh di dalam ayat


di atas sebagai Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam. Seterusnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah Asy-Syura
pada ayatNya yang ke 52 bermaksud,

Ü=≈tGÅ3ø9$# $tΒ “Í‘ô‰s? |MΖä. $tΒ 4 $tΡÌ øΒr& ôÏiΒ %[nρâ‘ y7ø‹s9Î) !$uΖø‹ym÷ρr& y7Ï9≡x‹x.uρ

4 $tΡÏŠ$t6Ïã ôÏΒ â!$t±®Σ tΒ ϵÎ/ “ωöκ¨Ξ #Y‘θçΡ çµ≈oΨù=yèy_ Å3≈s9uρ ß≈yϑƒM}$# Ÿωuρ

∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ


Dan demikianlah Kami telah wahyukan kepadamu Ruh dari
Amar urusan Kami, sebelumnya kamu tidaklah mengetahui
apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui
apakah Iman itu? Tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu
cahaya yang Kami tunjuki denganNya siapa yang Kami
kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya
kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang
lurus.

Dalam keempat-empat ayat di atas dapatlah kita


sebuah kesimpulan bahawa terdapat hubung kait di antara
kalimah Ruh dan kalimah Amar. Perkataan Ruh digunakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
258
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
berulang-ulang kali dengan kalimah yang berbeza seperti
Ruh Al-Qudus di dalam Surah Al-Baqarah ayat 87,

$oΨ÷]s?#uuρ ( È≅ß™” 9$$Î/ Íνω÷èt/ .ÏΒ $uΖøŠ¤ s%uρ |=≈tGÅ3ø9$# y›θãΒ $oΨ÷]s?#u ô‰s)s9uρ

öΝä.u!%y` $yϑ¯=ä3sùr& 3 Ĩ߉à)ø9$# Çyρã Î/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ ÏM≈oΨÉi]t6ø9$# zΝtƒóQs∆ tø⌠$# |¤ŠÏã

$Z)ƒÌ sùuρ ÷Λäö/¤‹x. $Z)ƒÌ x sù ÷Λän÷y9õ3tFó™$# ãΝä3Ý¡à Ρr& #“uθöκsE Ÿω $yϑÎ/ 7Αθß™u‘

∩∇∠∪ šχθè=çGø)s?
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al-Kitab
(Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya
(berturut-turut) sesudah itu dengan Rasul-Rasul, dan telah
Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada 'Isa
Putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul
Qudus. Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul
membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan
keinginanmu lalu kamu menyombong; Maka beberapa orang
(di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang
lain) kamu bunuh?

Dalam ayat 253 yang merujuk kepada Hadhrat Nabi


‘Isa ‘Alaihissalam yang mana kejadiannya adalah luar biasa,
tanpa bapa. Maksudnya, kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam adalah kejadian yang luar biasa, tanpa bapak,
Yaitu dengan tiupan Ruhul Qudus oleh Jibril kepada diri
Maryam. Ini termasuk mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam menurut jumhur Musafirin, bahwa Ruhul
Qudus itu ialah Malaikat Jibril. Hanya dengan tiupan Ruh
Al-Qudus dari Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam kepada Maryam
‘Alaihissalam, firmanNya yang bermaksud,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
259
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

yìsùu‘uρ ( ª!$# zΝ¯=x. ¨Β Νßγ÷ΨÏiΒ ¢ <Ù÷èt/ 4’n?tã öΝßγŸÒ÷èt/ $oΨù= Òsù ã≅ß™” 9$# y7ù=Ï?

Çyρã Î/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ ÏM≈uΖÉi]t7ø9$# zΟtƒö tΒ tø⌠$# |¤ŠÏã $oΨ÷]s?#uuρ 4 ;M≈y_u‘yŠ óΟßγŸÒ÷èt/

$tΒ Ï‰÷èt/ .ÏiΒ ΝÏδω÷èt/ .ÏΒ tÏ%©!$# Ÿ≅tGtGø%$# $tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ 3 Ĩ߉à)ø9$#

4 t x x. ¨Β Νåκ÷]ÏΒuρ ztΒ#u ô¨Β Νåκ÷]Ïϑsù (#θà n=tG÷z$# ÇÅ3≈s9uρ àM≈oΨÉi]t6ø9$# ÞΟßγø?u!%y`

∩⊄∈⊂∪ ߉ƒÌ ム$tΒ ã≅yèø tƒ ©!$# £Å3≈s9uρ (#θè=tGtGø%$# $tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ
Rasul-Rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas
sebagian yang lain. di antara mereka ada yang Allah
berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah
meninggikannya beberapa derajat. dan Kami berikan kepada
Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat
Dia dengan Ruhul Qudus, dan kalau Allah menghendaki,
niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang
datang) sesudah Rasul-rasul itu, sesudah datang kepada
mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka
berselisih, Maka ada di antara mereka yang beriman dan
ada (pula) di antara mereka yang kafir. seandainya Allah
menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. akan
tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

Kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihimussalam adalah


kejadian yang luar biasa, tanpa bapak, Yaitu dengan tiupan
Ruhul Qudus oleh Jibril kepada diri Maryam. ini Termasuk
mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihimussalam menurut
jumhur musafirin, bahwa Ruhul Qudus itu ialah Malaikat
Jibril. Menurut sejumlah besar Para Mufassirin, Ruh Al-
Qudus adalah merujuk kepada malaikat Jibril ‘Alaihissalam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
260
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dalam ayat ke 110 Surah Al-Maidah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menyatakan bahawa Dia telah memperkuatkan
Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dengan Ruh Al-Qudus.

øŒÎ) y7Ï?t$Î!≡uρ 4’n?tãuρ y7ø‹n=tã ÉLyϑ÷èÏΡ ö à2øŒ$# zΝtƒó^tΒ tø⌠$# |¤ŠÏè≈tƒ ª!$# tΑ$s% øŒÎ)

øŒÎ)uρ ( WξôγŸ2uρ ωôγyϑø9$# ’Îû }¨$¨Ψ9$# ÞΟÏk=s3è? Ĩ߉à)ø9$# Çyρã Î/ š


›?‰−ƒr&

zÏΒ ß,è=øƒrB øŒÎ)uρ ( Ÿ≅‹ÅgΥM}$#uρ sπ1u‘öθ−G9$#uρ sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tFÅ6ø9$# š


çFôϑ¯=tæ

ä—Îö9è?uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ #Mö$sÛ ãβθä3tFsù $pκÏù ã‡à ΖtFsù ’ÎΤøŒÎ*Î/ Îö$©Ü9$# Ïπt↔øŠyγx. ÈÏeÜ9$#

øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ 4’tAöθyϑø9$# ßlÌ øƒéB øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ š⇑t ö/F{$#uρ tµyϑò2F{$#

tÏ%©!$# tΑ$s)sù ÏM≈uΖÉi]t7ø9$$Î/ ΟßγtGø⁄Å_ øŒÎ) š


Ζtã Ÿ≅ƒÏℜuó Î) ûÍ_t/ àMø x Ÿ2

∩⊇⊇⊃∪ ÑÎ7•Β Ö ósÅ™ ωÎ) !#x‹≈yδ ÷βÎ) öΝåκ÷]ÏΒ (#ρã x x.


Ingatlah ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam,
ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu
aku menguatkan kamu dengan Ruhul qudus. kamu dapat
berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian
dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu aku mengajar
kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula)
diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang
berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup
kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang
sebenarnya) dengan seizin-Ku. dan (ingatlah) di waktu kamu
menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu
dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan
(ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
261
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di
waktu aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka
membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada
mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang
kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan
sihir yang nyata".

Dan dalam Surah An-Nahl ayat 102 Allah Subhanahu


Wa Ta’ala berfirman bahawa Ruh Al-Qudus telah
menurunkan Al-Quran itu dari Tuhan dengan kebenaran,

(#θãΖtΒ#u šÏ%©!$# |MÎm7s[ã‹Ï9 Èd,ptø:$$Î/ š


Îi/¢‘ ÏΒ Ä¨ß‰à)ø9$# ßyρâ‘ …çµs9¨“tΡ ö≅è%

∩⊇⊃⊄∪ tÏϑÎ=ó¡ßϑù=Ï9 2”t ô±ç0uρ “Y‰èδuρ


Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu
dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati)
orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta
kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada
Allah)".

Dalam kesemua ayat-ayat ini Ruh Al-Qudus merujuk


kepada Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam. Hadhrat Jibril
‘Alaihissalam juga disebut sebagai Ruh Al-Amin di dalam
Surah Asy-Syu’ara pada ayat 193,

∩⊇⊂∪ ßÏΒF{$# ßyρ” 9$# ϵÎ/ tΑt“tΡ


Nazala bihir Ruhul Amin
Nazala bihi Ar-Ruh Al-Amin, yakni Al-Quran itu telah
dibawa turun oleh Ruh Al-Amin Hadhrat Jibril
‘Alaihissalam. Dinamakan Alam Amar kerana di sanalah
segala urusan dan suruhan Allah Subhanahu Wa Ta’ala

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


262
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bermula. Alam Amar merupakan alam di mana sekelian Ruh
diciptakan.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


tentang AmarNya dalam Surah Al-A’raf pada hujung ayat ke
54,

§ΝèO 5Θ$−ƒr& Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ .χÎ)

}§ôϑ¤±9$#uρ $ZW]ÏWym …çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸóQyêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$#

ª!$# x8u‘$t6s? 3 âQö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s! Ÿωr& 3 ÿÍνÍQö∆r'Î/ ¤N≡t ¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ t yϑs)ø9$#uρ

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# `>u‘


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia
bersemayam di atas 'Arash. Dia menutupkan malam kepada
siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing)
tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah! BagiNyalah Alam
Khalaq dan Alam Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara
Sekelian Alam.

Bersemayam di atas 'Arash ialah satu sifat Allah yang


wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan
kesucianNya. Sesungguhnya, setelah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala menyempurnakan penciptaan langit-langit dan bumi
dalam enam peringkat masa lalu Dia bersemayam di atas
‘Arash. Di atas ‘Arash adalah Alam Amar di mana Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menguruskan segala urusan makhluk-
makhluk ciptaanNya. Dia yang menguruskan kejadian siang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
263
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan malam dengan menutup malam kepada siang dan
menjadikan hari berlalu semakin cepat. Dia juga telah
menciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang dan
kesemuanya tunduk patuh melaksanakan perintah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang datang dari Alam Amar.
Sedangkan matahari, bulan, bintang-bintang dan segala
makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berada di
bawah ‘Arasy adalah dalam lingkungan Alam Khalaq. Allah
Maha Berkuasa untuk memelihara kedua-dua alam tersebut
dan Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemelihara ke atas
sekelian alam ciptaanNya. Alam Amar adalah suatu alam
yang teramat luas dan pada setiap Ummat Muhammadiyah
telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan talian
perhubungan yang sangat halus di dalam diri mereka
dengan alam-alam yang terdapat di dalam Alam Amar iaitu
pada kedudukan Lataif.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih, terdapat
lima alam di dalam Alam Amar yang merupakan asal usul
kesemua Lataif. Latifah Qalb berasal dari Alam Malakut,
Latifah Ruh berasal dari Alam Arwah atau Jabarut, Latifah
Sirr berasal dari Alam Lahut, Latifah Khafi berasal dari Alam
Bahut dan Latifah Akhfa berasal dari Alam Hahut.

Alam Malakut adalah Alam Para Malaikat dan berada


dalam wilayah Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam dan
cahaya nurnya adalah Kuning. Alam Arwah atau Jabarut
adalah Alam Para Roh dan berada dalam wilayah Hadhrat
Nabi Nuh dan Hadhrat Nabi Ibrahim ‘Alaihimassalam dan
cahaya nurnya adalah Merah. Alam Lahut adalah Alam
Bayangan Sifat-Sifat Allah dan berada dalam wilayah
Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya Putih
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
264
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
berkilau. Alam Bahut adalah Alam Sifat-Sifat Allah dan
merupakan alam yang tersembunyi dan berada dalam
wilayah Hadhrat Nabi Isa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya
adalah Hitam. Alam Hahut pula adalah Alam Hadhrat Zat
Yang Suci dan merupakan alam yang lebih tersembunyi.
Cahaya nurnya adalah Hijau dan alam ini berada dalam
wilayah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang diciptakan


oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tidak kekal yang mana
kejadiannya berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia dicipta
dalam enam tempoh masa dan berada dalam batas masa dan
ruang tempat. Ia juga mengandungi siang dan malam,
kelahiran dan kematian. Alam Khalaq berada di dalam
Daerah Imkan pada kedudukan di bawah ‘Arash Mu‘alla.

Alam Khalaq mengandungi Nafs dan Empat Anasir


iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Secara ringkasnya Alam
Khalaq adalah merujuk kepada tubuh Jasmani manusia.
Kedudukannya pada badan manusia adalah pada seluruh
jasad. Tubuh badan Jasmani manusia mengandungi
keempat-empat unsur ini dan ditemukan dengan Nafs atau
‘Aqal bagi membentuk Alam Khalaq.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang diciptakan


dan ia merangkumi ‘Aqal, Tanah, Air, Api dan Angin. Jasad
tubuh badan insan adalah terbina di Alam Khalaq menerusi
proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat kerana
Alam Khalaq bukanlah sepertimana Alam Amar yang mana
dengan satu ucapan kalimah dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ianya akan terus terjadi, sebaliknya Alam Khalaq
merupakan suatu alam yang mana segala kejadiannya adalah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
265
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dengan Tadrij yakni menerusi peringkat evolusi kejadian
masing-masing. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
tentang AlamNya pada awal Surah Al-Fatihah,

∩⊄∪ šÏϑn=≈yèø9$# Å_Uu‘ ¬! ߉ôϑysø9$#


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pemelihara Sekelian Alam.

Alhamdu (segala puji), memuji orang adalah karena


perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan
kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-
Nya karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan
syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang
terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan
segala puji bagi Allah ialah kerana Allah adalah sumber dari
segala kebaikan yang patut dipuji. Rabb (Tuhan) bererti,
Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan
Memelihara. Lafaz Rabb tidak dapat dipakai selain untuk
Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait
(tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang
diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan
macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-
tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah adalah
Pencipta semua alam-alam itu.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman tentang Alam
Khalaq dalam Surah Al-A’raf pada hujung ayat ke 54,

§ΝèO 5Θ$−ƒr& Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ .χÎ)

}§ôϑ¤±9$#uρ $ZW]ÏWym …çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸóQyêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$#

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


266
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ª!$# x8u‘$t6s? 3 âQö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s! Ÿωr& 3 ÿÍνÍQö∆r'Î/ ¤N≡t ¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ t yϑs)ø9$#uρ

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# `>u‘


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia
bersemayam di atas 'Arash. Dia menutupkan malam kepada
siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing)
tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah! BagiNyalah Alam
Khalaq dan Alam Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara
Sekelian Alam.

Bersemayam di atas ‘Arash ialah satu sifat Allah yang


wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan
kesucian-Nya. Para Masyaikh mengatakan bahawa terdapat
18,000 Alam yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ciptakan. Ada sebahagian mengatakan 30,000 dan ada yang
mengatakan 10,000. Dan sesungguhnya ilmu tentang
sekelian Alam ini ada di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Para ‘Ulama telah membahagikan Alam tersebut kepada tiga
bahagian iaitu:

1. ALAM AJSAD - Alam Jasmani yang bersifat memiliki


tubuh badan.

2. ALAM ARWAH - Alam Ruh yang merangkumi


sekelian Ruh dan Arwah.

3. ALAM MITSAL - Alam Penzahiran yang ada di


antara Alam Arwah dan Alam Ajsad.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


267
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Alam Mitsal bukanlah suatu alam yang wujud secara
Zahir, bahkan ianya adalah suatu alam yang wujud secara
Tajalli yakni secara penzahiran. Setiap kewujudan yang ada
di Alam Ajsad dan Alam Arwah terdapat penzahiran
baginya di Alam Mitsal. Alam Arwah adalah suatu alam
yang berada di luar lingkungan langit yang ke sembilan iaitu
‘Arash. Ianya tidak terbina dengan sesuatu yang bersifat
kebendaan. Alam Arwah juga dikenali sebagai Alam Amar.
Alam Ajsad adalah suatu alam yang kewujudannya bersifat
kebendaan. Ianya juga dikenali sebagai Alam Khalaq.

Alam ini seterusnya terbahagi kepada dua bahagian


iaitu Manusia dan Alam. Manusia dikenali sebagi Alam
Saghir dan segala sesuatu yang wujud selain dari manusia di
alam ini dikenali sebagai Alam Kabir. Setiap segala sesuatu
yang wujud di Alam Kabir ada terdapat sesuatu yang
persamaannya di Alam Saghir yakni pada tubuh badan diri
manusia.

Qalb sebagai hati Ruhani bagi manusia adalah pintu


pembukaan untuk menuju ke Alam Malakut, Alam Ruh dan
Jabarut. Pintu Ruhani ini adalah tertutup pada hati orang-
orang yang kafir yang tidak mahu menerima Islam dan
Iman, maka kerana itulah mereka langsung tidak menyedari
tentang kewujudan Alam Ruh dan Arwah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


268
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 7: PERINGKAT KEJADIAN


INSAN
KEWUJUDAN Insan adalah setelah melalui berbagai
peringkat kejadian bemula dari Alam Amar sehinggalah ke
Alam Khalaq dan seterusnya menempuh kematian untuk
menjalani kehidupan yang kekal sehingga bertemu Hadhrat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam Akhirat. Dia
menciptakan sekelian makhluk ini agar mereka mengenal
Penciptanya dan beribadah kepadaNya.

Beribadah bererti mengabdikan diri kepada Allah


Subhanahu Wa Ta’ala dengan Ma’rifat yang sempurna
kerana jika kita tidak mengenal Pencipta sepertimana yang
sepatutnya maka bagaimanakah kita boleh mengabdikan diri
kita kepadaNya? Mengabdikan diri kepada Allah bermaksud
mengenali Zat Allah menerusi Sifat-SifatNya, Af’al
perlakuanNya dan AsmaNya serta menunaikan segala
suruhan yang telah diperintahkanNya dan meninggalkan
segala laranganNya menurut petunjuk yang telah
disampaikan oleh KekasihNya Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-


Quran Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud,

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar
mereka beribadah kepadaKu.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


269
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang
mafhumnya seperti berikut,
“Aku adalah Kanzun Makhfiyan (perbendaharaan
yang tersembunyi), maka Aku cinta untuk dikenali, maka
Aku telah menjadikan makhluk agar Aku dikenali.”

Untuk memperkenalkan DiriNya, Dia telah


menciptakan Nur Muhammad dan menciptakan sekelian
makhlukNya dari Nur tersebut, khususnya Para Nabi untuk
memperkenalkan tentang Keesaan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur, Allah


Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman menerusi NabiNya
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Aku menjadikan segala perkara kerana engkau
(Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu.”

Dalam Hadits Qudsi yang lain dinyatakan bahawa,


“Kalaulah tidak kerana engkau, Aku tidak jadikan
sekelian Falak ini.”

Ketahuilah bahawa makhluk pertama yang diciptakan


Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah Hakikat Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diciptakan dari Nur Jalal
Allah dan dihiasi dengan Nur Jamal Allah dan ditawajjuhkan
dengan Nur Kamal Allah, yakni dari sumber cahaya
kebesaran, keindahan dan kesempurnaan Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana mafhum firmanNya di
dalam Hadis Qudsi:
“Khalaqtu Ruha Muhammadin Min Nuri Wajhi.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


270
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Terjemahan: Aku telah ciptakan Ruh Muhammad dari
cahaya WajahKu (Zatku).

Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah


‘alaih telah meriwayatkan beberapa Hadits yang masyhur di
dalam kitabnya yang berjudul Bad’u Khalqis Samawati Wal
Ardhz berkaitan penciptaan makhluk yang pertama yang di
antaranya Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah menjadikan Ruh Nabi dari
ZatNya dan Dia menjadikan ‘Alam semuanya dari Ruh
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Uthman El-


Muhammady mengulas berkenaan Hadits ini, maksudnya
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan Ruh Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari tidak ada
kepada ada daripada SisiNya, ini bukan bermakna bahawa
sebahagian dari Allah yang dijadikan Ruh Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sebaliknya Ruh Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu dijadikan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dari Cahaya ZatNya.

Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah


‘alaih juga telah meriwayatkan beberapa Hadits yang
mafhumnya seperti berikut,
“Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah
ialah Ruhku.”

Dalam sebuah Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda yang mafhumnya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


271
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah
ialah Ruh-Ruh.”

Dalam sebuah Hadits yang lain ada dinyatakan


bahawa,
“Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah
ialah ‘Aqal.”

Dalam Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa,


“Perkara yang paling awal diciptakan Allah ialah
Qalam.”

Dalam Hadits yang lain dinyatakan pula bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah
ialah Nurku.”

Di sini seolah-olah menunjukkan kenyataan yang


berlawanan antara satu sama lain dan Para ‘Alim ‘Ulama
telah pun membahaskan perkara ini sedalam-dalamnya.
Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih
telah menghuraikan bahawa ‘Aqal, Qalam dan Ruh dalam
Hadits-Hadits tersebut ialah kejadian Nur Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala ialah Ruhku dan yang pertama diciptakan oleh
Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Nurku dan yang pertama
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Qalam

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


272
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan yang pertama diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ialah ‘Aqal.”

Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani


Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Sirrul Asrar, Ruh, Nur,
Qalam dan ‘Aqal yang dimaksudkan dari Hadits tersebut
adalah merujuk kepada perkara yang satu iaitu Hakikat
Muhammadiyah. Hakikat Muhammadiyah disebut sebagai
Nur (Cahaya) kerana ia bersih dari segala zulmat kegelapan
sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam
ayat 15 Surah Al-Maidah:

$£ϑÏiΒ #Z$ÏWŸ2 öΝä3s9 ÚÎit7ム$oΨä9θß™u‘ öΝà2u!$y_ ô‰s% É=≈tGÅ6ø9$# Ÿ≅÷δr'¯≈tƒ

ô‰s% 4 9$ÏVŸ2 ∅tã (#θà ÷ètƒuρ É=≈tGÅ6ø9$# zÏΒ šχθà øƒéB öΝçFΨà2

∩⊇∈∪ ÑÎ7•Β Ò=≈tGÅ2uρ Ö‘θçΡ «!$# š∅ÏiΒ Νà2u!%y`


Wahai ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu
Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-
Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang)
dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya
dari Allah, dan kitab yang menerangkan.

Cahaya maksudnya, Nabi Muhammad Sallallahu


‘Alaihi Wasallam dan kitab maksudnya, Al Quran. Hakikat
Muhammadiyah juga disebut sebagai ‘Aqal yang mana di
kalangan Para Failusuf mereka menamakannya sebagai
‘Aqal Awwal kerana ia yang menemukan segala sesuatu dan
ianya juga disebut sebagai Qalam kerana ia yang menjadi
sebab perpindahan ilmu sepertimana pena yang menjadi
sebab perpindahan ilmu ke alam huruf dan menyebabkan
ianya tertulis. Ia juga disebut sebagai Nur kerana ia bersih
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
273
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dari segala zulmat kegelapan dan ia juga disebut sebagai Ruh
kerana ia merupakan suatu urusan Amar Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang


telah menciptakan Hakikat Muhammadiyah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang merupakan Rahmat bagi Sekelian
Alam.

1. NUR MUHAMMAD SALLALLAHU


‘ALAIHI WASALLAM
MENURUT Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Rahmatullah ‘alaih bahawa Nur Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam itu adalah dari pancaran Nur Ahadiyat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila telah bersatu Sifat Jalal
dan Sifat Jamal Allah, maka Sifat Jamal menguasai Sifat Jalal
dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan daripada
dua sifat tersebut Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dari tiada kepada ada. Beliau menjelaskan bahawa
yang dijadikan itu adalah makhluk juga dan bukannya
sambungan daripada Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
jika berlaku yang sedemikian maka akan wujud dua perkara
yang Qadim yakni sedia ada dan itu merupakan suatu
kesyirikan. Menurut beliau lagi bahawa selepas Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan Nur Muhammad atau
Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka Dia
menilik kepada Nur tersebut dengan tilikan Mahabbah yakni
dengan penuh cinta dan kasih sayang sehingga Nur tersebut
menjadi malu sehingga mengeluarkan peluh.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


274
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dari peluh yang terbit dari Nur itulah dijadikan Ruh-
Ruh sekelian Para Nabi dan Para Wali dan Ruh sekelian
orang Mukmin yang Solih. Dari Ruh sekelian orang Mukmin
yang Solih itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian orang
Mukmin yang Fasiq. Daripada Ruh sekelian orang Mukmin
yang Fasiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian Mukmin yang
Munafiq dan dari Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq itu
Dia menjadikan Ruh sekelian mereka yang kafir. Dari Ruh
sekelian insan itu, maka Dia menjadikan Ruh sekelian
Malaikat dan daripada Ruh sekelian Malaikat itu Dia
menjadikan Ruh sekelian Jin dan dari Ruh sekelian Jin itu
Dia menjadikan pula Ruh sekelian Syaitan dan daripada Ruh
Syaitan itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian binatang.
Daripada Ruh sekelian binatang itu Dia menjadikan Ruh
sekelian tumbuh-tumbuhan. Setengahnya mempunyai
martabat yang melebihi yang lainnya. Kemudian Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menilik pula dengan tilikan Haibah
terhadap sekelian Ruh-Ruh tersebut yakni dengan tilikan
kehebatanNya, maka hancurlah ia, setengahnya menjadi air,
setengahnya menjadi api yang menghanguskan air lantas
mengeluarkan asap hingga naik ke angkasa lalu Dia
menjadikan dari asap-asap tersebut tujuh petala langit.
Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan
matahari, bulan dan bintang-bintang.

Di dalam kitab Kashful Ghaibiyyah karangan


Hadhrat ‘Allamah Syeikh Zainal ‘Abidin Al-Fattani
Rahmatullah ‘alaih, beliau menukilkan berdasarkan kitab
Daqaiqul Akhbar Fi Zikril Jannah Wan Nar karangan
Hadhrat Imam ‘Abdur Rahim bin Ahmad Al-Qadhi
Rahmatullah ‘alaih dan dari kitab Durarul Hisan karangan
Hadhrat ‘Allamah Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih
dan kitab Masyariqul Anwar karangan Hadhrat Syeikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
275
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hassan Al-‘Adawi tentang bab awal berkenaan dengan
penciptaan Ruhul A’zam iaitu Ruh teragung Nabi kita
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, telah
menukilkan seperti berikut:
“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh
bahawasanya Allah Ta’ala telah menjadikan sebuah pohon
kayu yang terdapat empat dahan. Maka Dia menamakannya
sebagai Syajaratul Muttaqin (Pokok orang-orang yang
bertaqwa) dan pada setengah riwayat dinamakan Syajaratul
Yaqin (Pokok Keyakinan). Kemudian Dia telah menjadikan
Nur Muhammad di dalam sebuah hijab daripada permata
yang sangat putih seakan menyerupai burung merak dan Dia
meletakkannya Nur itu di atas pokok tersebut. Maka Nur itu
pun mengucapkan Tasbih di atas pohon tersebut selama
tujuh puluh ribu tahun. Kemudian Allah menjadikan cermin
kemaluan, lalu dihantarkan kehadapan Nur tersebut. Tatkala
Nur itu menilik di dalam cermin melihat akan rupanya yang
terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka Nur itu
berasa malu di hadapan Allah Ta’ala lalu ia mengeluarkan
peluh. Nur tersebut mengeluarkan enam titik peluh, pada
titik peluh yang pertama Allah Ta’ala menjadikan Ruh
Hadhrat Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh
yang kedua Dia menjadikan Ruh Hadhrat ‘Umar
Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang ketiga Dia
menjadikan Ruh Hadhrat ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu dan
dari titik peluh yang keempat Dia menjadikan Ruh Hadhrat
‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang kelima itu
Dia menjadikan pohon bunga mawar dan daripada titik
peluh yang keenam itu Dia menjadikan padi. Kemudian Nur
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu Allah Ta’ala
menjadikan dalam bentuk burung merak lalu ia sujud
sebanyak lima kali, maka difardhukan Solat lima waktu ke
atas Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
276
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ummatnya. Kemudian Allah juga menilik kepad Nur
tersebut lalu ia menjadi malu sehingga berpeluh ia kerana
malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan Malaikat,
daripada peluh mukanya Allah menjadikan ‘Arash, Kursi,
Lauh, Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan
segala apa yang ada di langit. Daripada peluh dadanya
dijadikan Para Nabi dan Para Rasul, Para ‘Ulama, Para
Syuhada dan Para Solihin. Daripada peluh belakangnya
dijadikan Baitul Makmur, Kaabah, Baitul Maqdis dan segala
tempat masjid dalam Dunia. Disebutkan juga beberapa
kejadian daripada peluhnya itu. Daripada peluh kedua
keningnya, maka Allah menjadikan sekelian Ruh Mukminin
dan Mukminat dari Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Daripada peluh kedua telinganya Allah
menjadikan Ruh-Ruh Yahudi, Nasrani, Majusi, golongan
Mulhid, Kafir yang ingkar kebenaran dan Munafiqin.
Daripada peluh dua kakinya, Allah menjadikan segala bumi
dari Timur ke Barat dan apa yang ada di dalamnya.
Kemudian Allah memerintahkan Nur itu supaya
memandang ke hadapan. Di hadapannya ada Nur, di kanan
dan kiri serta di belakangnya juga ada Nur. Mereka itu
adalah Nur Abu Bakar, Nur ‘Umar, Nur ‘Utsman dan Nur
‘Ali. Kemudian Nur-Nur itu mengucapkan Tasbih selama
tujuh puluh ribu tahun. Ruh Para Nabi terbit dari peluh Nur
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan dijadikan
segala Ruh Ummat Nabi-Nabi itu daripada peluh Nur Ruh
Nabi-Nabi mereka.

Kemudian diriwayatkan bahawa Allah Ta’ala telah


menjadikan sebuah kandil lampu daripada ‘Aqiq yang
merah, kemudian Allah Ta’ala menjadikan rupa Nur
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu seperti rupa
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di dunia ini, kemudian
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
277
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
diletakkan dalam kandil lampu tersebut lalu Baginda
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdiri seperti berdirinya di
dalam Sembahyang. Kemudian berkeliling Ruh Segala
Anbiya dan lannya di sekeliling kandil Nur Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu sambil mengucapkan Tasbih
dan Tahlil selama seratus ribu tahun. Kemudian Allah Ta’ala
menyuruh sekelian Ruh menilik kepada Nur Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu. Yang menilik kepada
kepalanya menjadi Khalifah dan Sultan antara sekelian
makhluk, yang menilik kepada dahinya menjadi Amir yang
adil, yang menilik kepada dua matanya menjadi Hafiz Kalam
Allah, yang melihat dua keningnya menjadi Tukang Lukis,
yang melihat kepada dua telinganya menjadilah ia menuntut
dengar dan menerima pengajaran, yang melihat kedua
pipinya menjadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal,
yang melihat dua bibir mulutnya menjadilah ia orang-orang
besar Raja, yang melihat hidungnya menjadi Hakim, Tabib
dan penjual bau-bauan, yang melihat mulut menjadi orang
yang berpuasa. Demikianlah seterusnya, dengan melihat
anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat
tertentu di Dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya
menjadi orang ‘Alim, mulia dan Mujtahid. Ruh-ruh yang
tidak menilik sesuatu kepada Nur tersebut, jadilah ia
mengaku menjadi Tuhan seperti Firaun dan yang
sepertinya.” Wallahu A’lam.

Dalam sebuah Hadits masyhur yang dinisbahkan


kepada riwayat Hadhrat Imam Abdur Razzaq dengan
sanadnya:
Dari Hadhrat Jabir bin ‘Abdullah Radhiyallahu
‘anhu, beliau berkata, “Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, demi bapaku dan ibuku menjadi tebusan Tuan,
khabarkanlah daku berkenaan awal-awal sesuatu yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
278
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Ta’ala telah ciptakan sebelum sesuatu?” Bersabda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Ya Jabir, sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan
sebelum sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya, maka
jadilah Nur tersebut berkisar dengan QudratNya sekira-
kira yang dikehendaki Allah Ta’ala, padahal pada waktu
itu tiada lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada
Neraka dan tiada Malaikat dan tiada langit dan tiada bumi
dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada Jin dan tiada
Manusia. Maka bila Allah Ta’ala hendak menjadikan
sekelian makhluk, Dia membahagikan Nur itu kepada
empat bahagian, daripada juzuk yang pertama Dia
menjadikan Qalam, daripada yang kedua Dia menjadikan
Lauh, daripada yang ketika Dia menjadikan ‘Arash,
kemudian Dia membahagikan pula juzuk yang keempat
itu kepada empat bahagian. Maka daripada juzuk yang
pertama Dia menjadikan Malaikat penanggung ‘Arash,
daripada juzuk yang kedua Dia menjadikan Kursi,
daripada juzuk yang ketiga Dia menjadikan Malaikat yang
baki. Kemudian Allah Ta’ala membahagikan lagi juzuk
yang keempat itu kepada empat bahagian, yang pertamaya
dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang
ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya
dibahagikan kepada empat bahagian, yang pertamanya
dijadikanNya Nur pandangan mata Muslimin, daripada
bahagian kedua Dia menjadikan cahaya hati mereka iaitu
Ma’rifat terhadap Allah Ta’ala, daripada juzuk yang ketiga
dijadikanNya Nur kejinakan mereka dengan Tuhan iaitu
Nur LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD
RASULULLAH.”

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


279
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

$£ϑÏiΒ #Z$ÏWŸ2 öΝä3s9 ÚÎit7ム$oΨä9θß™u‘ öΝà2u!$y_ ô‰s% É=≈tGÅ6ø9$# Ÿ≅÷δr'¯≈tƒ

ô‰s% 4 9$ÏVŸ2 ∅tã (#θà ÷ètƒuρ É=≈tGÅ6ø9$# zÏΒ šχθà øƒéB öΝçFΨà2

∩⊇∈∪ ÑÎ7•Β Ò=≈tGÅ2uρ Ö‘θçΡ «!$# š∅ÏiΒ Νà2u!%y`


Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul
Kami menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang
kamu sembunyikan dan mereka banyak membiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan
kitab yang menjelaskan.

Menurut Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti


Rahmatullah ‘alaih, Nur dari Allah itu bermaksud Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan inilah merupakan pandangan yang sebenar-
benarnya kerana ianya merupakan pegangan sekelian Para
Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan sekelian Para
Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in dan sekelian Para Imam Ahlus
Sunnah Wal Jama’ah. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menyatakan menerusi firmanNya di dalam Al-Quran pada
Surah An-Nur ayat 35 yang bermaksud,

( îy$t6óÁÏΒ $pκÏù ;ο4θs3ô±Ïϑx. ÍνÍ‘θçΡ ã≅sWtΒ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÅV≡uθ≈yϑ¡¡9$# â‘θçΡ ª!$#

;οt yfx© ÏΒ ß‰s%θムA“Íh‘ߊ Ò=x.öθx. $pκ¨Ξr(x. èπy_%y`–“9$# ( >πy_%y`ã— ’Îû ßy$t6óÁÏϑø9$#

óΟs9 öθs9uρ âûÅÓム$pκçJ÷ƒy— ߊ%s3tƒ 7π¨ŠÎ/ó^xî Ÿωuρ 7π§‹Ï%÷Ÿ° ω 7πtΡθçG÷ƒy— 7πŸ2t ≈t6•Β

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


280
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ÛUÎôØo„uρ 4 â!$t±o„ tΒ ÍνÍ‘θãΖÏ9 ª!$# “ωöκu‰ 3 9‘θçΡ 4’n?tã î‘θœΡ 4 Ö‘$tΡ çµó¡|¡ôϑs?

∩⊂∈∪ ÒΟŠÎ=tæ >óx« Èe≅ä3Î/ ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ=Ï9 Ÿ≅≈sWøΒF{$# ª!$#


Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi.
perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang
yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. pelita
itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang
bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak
dari pohon yang berkahnya, yaitu pohon zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah Timur sesuatu dan tidak pula di
sebelah Baratnya, yang minyaknya saja Hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas
cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada
cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah
memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,
dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat)


ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus
sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat
lampu, atau barang-barang lain. Pohon zaitun itu tumbuh di
puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari
terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga
pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang
baik. Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah cahaya yang
meliputi segala sesuatu dan dariNyalah punca segala
sesuatu. CahayaNya meliputi sekelian lapis langit yang kita
ketahui mahupun yang tidak ketahui. Perumpamaan yang
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan tentang Nur CahayaNya
di dalam ayat tersebut adalah bersifat abstrak yang perlu
difahami dengan penuh mendalam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
281
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Cahaya Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu
menerbitkan Cahaya Sifat-SifatNya dan dari Cahaya Sifat-
SifatNya itu maka terbitlah segala Cahaya Bayangan Sifat-
Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala diibaratkan seumpama
minyak Zaitun yang amat diberkati. Ia tumbuh di puncak
bukit, tidak di Timur dan tidak pula di Barat bukit bagi
mendapatkan cahaya mentari sepanjang hari. Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala tidak tertakluk dengan arah Timur
mahupun Barat kerana Allah adalah Zat Yang Maha Tinggi
lagi Maha Memberkati. Sifat-Sifat dan Bayangan Sifat-
SifatNya juga tidak tertentu pada Timur mahupun Barat
bahkan meliputi segala sesuatu sepertimana sifat-sifat pohon
Zaitun. Minyak dari pohon Zaitun ini sahaja pun sudah
bersinar, berkilau seperti cahaya meskipun api belum
menyentuhnya.

Pohon Zaitun itu menghasilkan beratus ribu buah


bagi menghasilkan minyak. Dari pohon menjadi buah dan
seterusnya menjadi minyak melalui tiga peringkat maka
begitulah dari Cahaya Zat Haqq Allah Subhanahu wa Ta’ala
telah menerbitkan Cahaya Sifat-SifatNya yang tak terkira
banyaknya dan dari Cahaya Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala tersebut telah menerbitkan pula segala Cahaya
Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Cahaya
Bayangan Sifat ZatNya itu pun sudah cukup untuk Dia
memperlihatkan Cahaya ZatNya. Apabila minyak Zaitun itu
dinyalakan dengan api maka bertambah teranglah cahaya
dari minyak Zaitun itu. Api adalah makhluk Allah dari Alam
Khalaq dan darinyalah dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan.

Pada diri manusia juga ada unsur api iaitu Syaitan


yang berjalan dalam urat darah dan Iblis yang sentiasa cuba
menakluk hati sehingga mensyirikkan Allah dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
282
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengingkari PerintahNya serta Jin yang menggoda hawa
nafsu untuk melakukan kemaksiatan dan kerosakan. Hanya
Para Nabi sahaya yang tidak dapat ditakluki oleh Iblis, Jin
dan Syaitan ini kerana Para Nabi sentiasa mendapat
limpahan kurnia dari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Mereka berjaya menundukkan sekelian Iblis, Jin dan


Syaitan yang di dalam diri mereka mahupun yang berada di
luar diri mereka dari kalangan Jin dan Manusia. Unsur api
dalam diri mereka telah disucikan. Hanya api yang terang
dapat menyalakan minyak Zaitun itu dan apabila api itu
menyentuh minyak, maka bernyalalah ia dengan
menerbitkan cahaya yang jauh lebih terang benderang dari
api yang sebelumnya.

Di antara minyak dan api itu perlu ada sumbu sebagai


pengantara di antara keduanya. Begitulah juga keadaan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kedua-
duanya adalah Nur dan apabila Nur Allah Subhanahu Wa
Ta’ala bertemu dengan Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, maka terhasillah Nur yang meliputi seluruh langit
dan bumi. Namun pertemuan di antara Nur Allah dan Nur
Muhammad adalah dengan perantaraan Jibril ‘Alaihissalam
yang turun ke Alam Khalaq di bawah ‘Arash sehingga ke
langit Dunia demi membawakan wahyu dari Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ke Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hubungan ketiga-tiganya menghasilkan cahaya yang


meliputi seluruh Alam Semesta. Kemudian, nyalaan dari
pelita minyak Zaitun itu diletakkan di dalam bekas kaca
yang menyebabkannya tambah bersinar seumpama bintang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
283
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang berkilau bak mutiara. Cahaya Zat, Sifat dan Bayangan
Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu telah diletakkan di
dalam Af’alNya yakni segala tindakan dan perbuatanNya,
lalu dari Cahaya Zat, Sifat dan Af’alNya itu telah
menerbitkan segala Asma yakni Nama-NamaNya Yang
Mulia.

Bayangan Sifat Allah itu kelihatan seolah-olah


SifatNya namun kedua-duanya adalah berbeza. Kita dapat
melihat Cahaya Allah menerusi Nama-NamaNya itu.
Sesungguhnya Allah memiliki Nama-Nama yang terbaik
berjumlah 99 sepertimana yang masyhur di dalam Hadits.
Kita diibaratkan hanya melihat dari sebalik dinding kaca
akan cahaya lampu minyak Zaitun. Seluruh Alam Maya
adalah Cahaya dari Asma Allah dan kita hanya melihat
Cahaya Zat, Sifat, Bayangan Sifat dan Af’alNya seumpama
dari sebalik dinding kaca yang bercahaya-cahaya iaitu
menerusi Tajalli AsmaNya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan
membimbing sesiapa juga yang Dia kehendaki kepada
cahaya Nur tersebut. Sesiapa juga boleh menerima limpahan
cahaya tersebut asalkan dia beriman kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan Jibril ‘Alaihissalam. Sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala itu menunjuki siapa yang
dikehendakiNya lagi Maha Mengetahui terhadap segala
sesuatu.

Seterusnya di dalam Surah Al-Ahzab ayat 6, 7 dan 8


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


284
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

(#θä9'ρé&uρ 3 öΝåκçJ≈yγ¨Βé& ÿ…çµã_≡uρø—r&uρ ( öΝÍκŦà Ρr& ôÏΒ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$$Î/ 4’n<÷ρr& eÉ<¨Ζ9$#

šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# zÏΒ «!$# É=≈tFÅ2 ’Îû <Ù÷èt7Î/ 4†n<÷ρr& öΝåκÝÕ÷èt/ ÏΘ%tnö‘F{$#

’Îû y7Ï9≡sŒ šχ%Ÿ2 4 $]ùρã ÷è¨Β Νä3Í←!$uŠÏ9÷ρr& #’n<Î) (#þθè=yèø s? βr& HωÎ) tÌ Éf≈yγßϑø9$#uρ

∩∉∪ #Y‘θäÜó¡tΒ É=≈tGÅ6ø9$#


Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin
dari diri mereka sendiridan isteri-isterinya adalah ibu-ibu
mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah
satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam kitab
Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang
Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada
saudara-saudaramu (seagama), adalah yang demikian itu
telah tertulis di dalam Kitab Allah.

4y›θãΒuρ tΛÏδ≡t ö/Î)uρ 8yθœΡ ÏΒuρ š


ΖÏΒuρ öΝßγs)≈sV‹ÏΒ z↵ÍhŠÎ;¨Ψ9$# zÏΒ $tΡõ‹s{r& øŒÎ)uρ

( zΝtƒó^tΒ Èø⌠$# |¤ŠÏãuρ

∩∠∪ $ZàŠÎ=xî $¸)≈sW‹ÏiΒ Νßγ÷ΨÏΒ $tΡõ‹s{r&uρ


Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-
nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan
‘Isa Putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka
Perjanjian yang teguh.

∩∇∪ $VϑŠÏ9r& $¹/#x‹tã tÌ Ï ≈s3ù=Ï9 £‰tãr&uρ 4 öΝÎγÏ%ô‰Ï¹ tã tÏ%ω≈¢Á9$# Ÿ≅t↔ó¡uŠÏj9

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


285
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar
tentang kebenaran mereka dan Dia menyediakan bagi orang-
orang kafir siksa yang pedih.

Maksudnya, orang-orang mukmin itu mencintai Nabi


mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala
urusan. Yang dimaksudkan dengan berbuat baik disini ialah
Berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. Perjanjian
yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan Agama
kepada umatnya masing-masing. Pada hari Qiyamat Allah
akan menanyakan kepada Rasul-rasul sampai di mana usaha
mereka menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada umatnya
dan sampai di mana umatnya melaksanakan ajaran Allah itu.
Orang-orang Mukmin itu mencintai Nabi mereka lebih dari
mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. Yang
dimaksudkan dengan berbuat baik disini ialah Berwasiat
yang tidak lebih dari sepertiga harta. Perjanjian yang teguh
ialah kesanggupan menyampaikan agama kepada umatnya
masing-masing. Pada hari kiamat Allah akan menanyakan
kepada Rasul-rasul sampai di mana usaha mereka
menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada umatnya dan
sampai di mana umatnya melaksanakan ajaran Allah itu.

Pada menerangkan ayat ke 7 dari Surah Al-Ahzab itu


Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih
telah meriwayatkan di dalam Al-Khasais Al-Kubra bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya
bermaksud,
“Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang
terakhir diutuskan.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


286
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan bahawa Dia
telah mengambil perjanjian dari Sekelian Para Nabi di Alam
Arwah dan yang pertama sekali adalah dari Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
kemudian Hadhrat Nuh, Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa
dan Hadhrat ‘Isa ‘Alaihimus Solatu Wassalam.

Dalam sebuah Hadits Hassan Sahih Gharib yang


diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tarmizi:
Dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu,
beliau berkata, Para Sahabat telah bertanya, “Wahai
Rasulullah, semenjak bilakah telah ditetapkan bagimu
Nubuwwah?” Baginda bersabda, “Semenjak Adam di
antara Ruh dan Jasad.”

Hadits ini juga telah diriwayatkan oleh Hadhrat Al-


Ghumari, Al-Hakim, Abu Na’im, Al-Baihaqi
Rahimahumullah dan mereka telah mensahihkannya. Dalam
Hadits yang semakna menerusi riwayat yang lain iaitu:
Dari Hadhrat Abu ‘Umar, Para Sahabat telah
bertanya kepada Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Bilakah diwajibkan padamu
Kenabian?” Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Adalah aku Nabi padahal Adam di antara Ruh dan Jasad.”

Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah


yang termurni dari sekelian Ruh dan merupakan ciptaan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang pertama dan juga
merupakan asal usul seluruh makhluk sepertimana sabdaan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam:
“Ana Minallahi Wal Mukminuna Minni.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


287
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Terjemahan: Aku adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan orang-orang yang beriman itu adalah dari aku.

Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang


beriman itu adalah Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat,
Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan orang-orang sesudah mereka
yang menuruti ajaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan baik. Ruh-ruh
manusia yang beriman dan yang tidak beriman adalah dari
pancaran Ruh Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Kerana itulah Hadhrat Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di gelar sebagai Rahmatan Lil
‘Alamin yakni Rahmat bagi seluruh alam.

Ruh Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


adalah dari Ruh Allah. Ruh orang beriman adalah dari Ruh
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ini bermakna
Ruh mereka juga adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ruh setiap orang beriman adalah dari pancaran Ruh Allah
dan Ruh Muhammad. Ruh orang-orang yang tidak beriman
juga adalah dari sumber yang sama tetapi mereka telah
dipesongkan keimanan mereka dari ‘Aqidah yang benar oleh
Syaitan sehingga menyebabkan mereka menolak dan
mendustakan kebenaran.

Menurut Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘alaih, asal


usul wujud ini ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian
Allah Subhanahu Wa Ta’ala jadikan kejadian Makhluk.
Makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ialah Haqiqat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang di dalam Al-Quran disebutkan sebagai Qalam ataupun
Al-‘Aqlul Awwal menurut istilah golongan Ahli Falsafah.
Kemudian Allah menciptakan Al-Lauhul Mahfuz yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
288
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bererti tempat menerima kesan Qalam lagi terpelihara atau
disebut Nafs Al-Kulliyah yang mana kesan dari tindakan
Qalam atau ‘Aqal itu tadi akan terpancar pada Lauh atau
Nafs Al-Kulliyah ini. Lauh diwujudkan sebagai tempat
menerima tindakan Qalam maka begitulah perkaitannya
dengan Nafs yang diwujudkan sebagai tempat menerima
tindakan ‘Aqal.

Kemudian Allah menciptakan Al-Haba iaitu Debu


Semesta yang mengandungi Panjang, Lebar dan Dalam, yang
mana bentuk-bentuk yang berjisim akan terzahir mengambil
tempat yakni ianya akan menjadi tempat terzahirnya Alam
Tabi’I. Panjangnya dari ‘Aqal dan Lebarnya dari Nafs, dan
Dalam adalah ruang yang menghala ke tengah. Oleh kerana
itu wujudlah tiga ukuran tersebut. Menerusi tindakan Qalam
pada Lauh itu maka keluarlah dua jenis wujud pada
tanggapan akal iaitu Tabi’I Semesta. Tabi’i berada di antara
Nafs dan Al-Haba. Pada Tabi’I Semesta ini terdiri dari empat
sifat iaitu Panas, Sejuk, Kering dan Lembab. Jisim Al-
Kulliyah yakni bentuk berjisim pertama yang terbentuk di
Alam Tabi’I adalah bentuk Bulat yang dinamakan Falak
‘Arash.

Kemudian Allah menjadikan Falak Kursi yang berada


di dalam lingkungan bulatan Falak ‘Arash. Falak Kursi ini
berada dalam ruang Falak ‘Arash seperti sebentuk cincin
yang terletak di tanah lapang yang luas. Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menempatkan Para MalaikatNya pada Falak
‘Arash dan Falak Kursi ini yang bertanggungjawab
menguruskan pentadbiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kemudian, di dalam ruang Falak Kursi Allah menciptakan
Falak Atlas yang mana keadaannya seperti sebentuk cincin
di tanah lapang yang luas. Pada Falak Atlas ini Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
289
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Al-Buruj iaitu gugusan
bintang-bintang. Gugusan bintang-bintang berada dalam
lingkungan Falak Atlas yang terbahagi pada dua belas
bahagian dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan
dua belas Malaikat yang berbeza-beza bentuknya.

Falak Atlas ini tidak bersifat kekal. Kemudian Allah


Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan sebuah lagi Falak yang
bersifat kekal iaitu Falak Ar-Ridhwan yang merupakan Falak
Syurga. Setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyiapkan
Falak yang tetap dan kekal itu, maka Dia pun menjadikan
empat unsur atau disebut Anasir yang empat iaitu Angin,
Api, Air dan Tanah di dalam Falak Atlas. Maka
diciptakanlah Matahari, Planet ‘Utarid, Zuhrah, termasuk
Bumi dan Bulan serta Planet Marikh, Musytari dan Zuhal
yang kesemuanya mengambil bentuk Bulat. Demikian
menurut pendapat Ibnu ‘Arabi, Wallahu A’lam.

2. ALAM ARWAH
ARWAH adalah kata jamak bagi Ruh. Haqiqat
Muhammadiyah itu tercipta dari Nur Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan ianya terdiri dari Nur, Ruh, ‘Aqal dan Qalam.
Ianya diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam
Hahut Alam Amar lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menerbitkan Ruh-Ruh orang beriman dari kalangan Para
Nabi, Para Rasul, Para Sahabat, Para Siddiqin, Para Syuhada
dan Para Solihin dan dipindahkan ke Alam Bahut di Alam
Amar. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerbitkan
dari Ruh-Ruh tersebut sekelian Ruh orang-orang yang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


290
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
beriman dan tidak beriman lalu dikumpulkan kesemuanya
di Alam Lahut Alam Amar.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Isra pada ayat 85 yang bermaksud,

ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ ΟçF]Ï?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ Ì øΒr& ôÏΒ ßyρ” 9$# È≅è% ( Çyρ” 9$# Çtã š
tΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ)


Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh;
Katakanlah, Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan
tidaklah kamu dikurniakan ilmu melainkan hanyalah
sedikit.

Pada hakikatnya kesemua Ruh tersebut adalah dari


pancaran Hakikat Muhammadiyah yang berasal dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah dikatakan bahawa dari
Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
Dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah menciptakan semua Ruh di Alam
Amar dalam bentuk yang terbaik iaitu Ahsanu Taqwim yang
hakiki. Ianya merupakan nama bagi sekelian insan di Alam
Amar yang merupakan negeri asal bagi Insan.

Setelah empat ribu tahun Ruh diciptakan maka Allah


Subhanahu Wa Ta’ala pun menciptakan ‘Arash dari Cahaya
Zat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan begitulah
juga sekelian makhluk, kesemuanya tercipta dari Nur Zat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kemudian sekelian
Ruh diturunkan ke Alam Khalaq yang lebih rendah iaitu
Asfala Safilin iaitu alam jasad tubuh badan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


291
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, Ruh
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam Amar
dan berasal dari Alam Hahut iaitu Alam Hadhrat Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala lalu diturunkan ke Alam Bahut iaitu
Alam Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kemudian
diturunkan ke Alam Lahut iaitu Alam Bayangan Sifat-Sifat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala lalu diturunkan ke Alam Jabarut
iaitu Alam Arwah atau di sebut Alam Ruh dan seterusnya
diturunkan ke Alam Malakut iaitu Alam Para Malaikat. Dari
Alam Malakut, Ruh dipindahkan ke Alam Rahim Ibu di
mana Ruh akan bertemu jasadnya yang terbina dari Nafs dan
empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menciptakan jasad tubuh badan manusia dari
empat unsur-unsur tersebut yang terdapat di bumi dan
dikurniakannya dengan Nafs.

Setelah jasad tersedia di dalam Rahim maka Allah


Subhanahu Wa Ta’ala pun meniupkan Ruh kedalam jasad
sepertimana firmanNya:

∩⊄∪ tωÉf≈y™ …çµs9 (#θãès)sù Çrρ•‘ ÏΒ ÏµŠÏù àM÷‚x tΡuρ …çµçF÷ƒ§θy™ #sŒÎ*sù
Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka tunduklah
kamu kepadanya dengan bersujud.

Yakni Allah telah tiupkan ke dalam jasad itu dari Ruh


ciptaanNya. Dimaksud dengan sujud di sini bukan
menyembah, tetapi sebagai penghormatan. Adapun sewaktu
di Alam Amar kesemua Ruh-Ruh telah dikumpulkan
termasuklah Ruh-Ruh Para Nabi, Para Rasul, Para Siddiqin,
Syuhada, Solihin, orang-orang beriman dan yang tak
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
292
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
beriman termasuklah Ruh Namrud, Firaun, Qarun, Abu
Jahal dan Abu Lahab yang mana kesemuanya akan menjadi
keturunan Bani Adam lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengambil penyaksian dari mereka dengan berfirman
seperti mana tersebut di dalam Al-Quran pada Surah Al-
A’raf ayat 172 yang bermaksud,

#’n?tã öΝèδy‰pκô−r&uρ öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ óΟÏδÍ‘θßγàß ÏΒ tΠyŠ#u ûÍ_t/ .ÏΒ y7•/u‘ x‹s{r& øŒÎ)uρ

( öΝä3În/t Î/ àMó¡s9r& öΝÍκŦà Ρr&

#x‹≈yδ ôtã $¨Ζà2 $¯ΡÎ) Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ (#θä9θà)s? χr& ¡ !$tΡô‰Îγx© ¡ 4’n?t/ (#θä9$s%

∩⊇∠⊄∪ t,Î#Ï ≈xî


Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: “A Lastu
Bi Rabbikum?” (Apa bukankah Aku Tuhan Pemelihara
kamu?) Sidang Para Ruh pun menjawab: “Bala Syahidna”
(Bahkan kami bersaksi). Demikian, agar di Hari Qiyamat
kamu tidak mengatakan, sesungguhnya kami adalah orang-
orang yang lengah terhadap perkara ini.

Sekelian Para Ruh itu bersaksi kepada Rabbaniyah


Allah Subhanahu Wa Ta’ala bahawa Dialah satu-satunya
Tuhan Yang Memelihara dan menyempurnakan segala
keperluan Ruh tanpa sebarang asbab, segala-galanya terus
dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesemua Ruh ini akan diuji
kebenaran penyaksian mereka di suatu alam yang penuh
dengan segala asbab iaitu Dunia Darul Asbab yang berada di
Alam Khalaq di bawah ‘Arash. Sebelum Ruh itu diuji,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
293
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
terlebih dahulu dia diketemukan dengan pasangannya dari
Alam Khalaq iaitu jasadnya yang Allah jadikan dan sediakan
di dalam rahim ibunya yang disebut sebagai Alam Arham.

Setelah Ruh di hantar ke Alam Khalaq untuk bertemu


dengan Jasadnya, mereka mula melupai akan penyaksian di
Alam Amar tersebut dan mula mengambil sesuatu yang lain
sebagai Tuhan. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengutuskan Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam untuk
menyeru manusia supaya kembali kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala namun tidak kesemuanya beriman kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Seorang Yahudi telah datang kepada Hadhrat Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
telah bertanyakan tentang Dzul Qarnain, Ashab Raqim dan
Ruh, maka turunlah Surah Al-Isra pada ayat 85 yang
bermaksud,

ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ ΟçF]Ï?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ Ì øΒr& ôÏΒ ßyρ” 9$# È≅è% ( Çyρ” 9$# Çtã š
tΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ)


Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh;
Katakanlah, Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan
tidaklah kamu dikurniakan ilmu melainkan hanyalah
sedikit.

Adapun pengetahuan tentang Ruh yang ada pada


kefahaman kita amatlah terhad dan sangat sedikit jika
dibandingkan dengan hakikat sebenar Ruh itu. Walaupun
demikian, Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menyatakan
bahawa Ruh itu adalah dari AmarNya yakni Ruh itu adalah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
294
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
suatu Amar Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan itulah hakikat
sebenar Ruh. Wallahu A’lam. Insan beriman pertama yang
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah jadikan dalam rupabentuk
manusia yang lengkap adalah Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
dan Baginda digelar Abul Basyar yakni bapa bagi sekelian
manusia.

Perkataan Insan berasal dari kata Nis Yan yang bererti


Pelupa. Manusia pada fitrahnya adalah bersifat pelupa, tidak
berdaya untuk mengingat sesuatu untuk selama-lamanya.
Segala kegembiraan dan kesedihan akan terhenti apabila
manusia mula lupa terhadapnya. Begitulah juga dengan asal
usul kejadian insan, kebanyakan manusia lupa tentang asal
usul kejadian diri kecuali segelintir dari mereka yang benar-
benar berasa ingin kembali Kehadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Lupa merupakan suatu kelemahan tabiat pada fitrah
manusia dan untuk mengubatinya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala telah mengurniakan amalan Da’wah kepada Para Nabi
dan Rasul untuk menyeru manusia kembali kepada Allah
beserta amalan Zikirullah supaya mereka tidak lupa dan lalai
dari ingatan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
Dialah Zat yang menjadikan segala sesuatu dan hakikat
segala ilmu pengetahuan ada dalam pengetahuanNya.

Ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak


menjadikan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, Dia bermaksud
menjadikannya dan sebilangan anak cucunya sebagai
Khalifah di atas muka bumi. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah menciptakan jasmani Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
daripada unsur-unsur Alam Khalaq iaitu tanah kering yang
dicampurkan air lalu menjadi tanah liat, kemudian Dia
menjadikan rupabentuk Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dalam

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


295
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
keadaan yang sebaik-baik rupabentuk dengan TanganNya
Yang Mulia.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memerintahkan


Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam turun ke Alam Khalaq melewati
langit dunia sehingga ke bumi untuk mendapatkan tanah-
tanah yang tertentu dari bahagian-bahagian bumi yang
tertentu untuk membentuk jasad Hadhrat Adam
‘Alaihissalam di dalam Syurga.

Kejadian Hadhrat Adam ‘Alaihissalam adalah tanpa


bapa dan ibu, langsung diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan TanganNya. Setelah siap sempurna jasad
dibentuk, lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala meniupkan Ruh
Adam ‘Alaihissalam ke dalam jasadnya.

Apabila jasad yang diciptakanNya telah benar-benar


bersedia untuk menerima kemasukan Ruh, ianya dinamakan
Taswiyah yakni Dia menyediakan Jasad untuk menerima
kemasukan Ruh dan ketika Ruh itu ditiupkan ke dalam jasad
ianya dinamakan Nafakh. Ruh Adam ‘Alaihissalam adalah
terbit dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu
ditiupkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Jasad
Adam ‘Alaihissalam. Setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
meniupkan RuhNya ke jasad Adam ‘Alaihissalam, lalu
hiduplah dia serta diajarkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala akan segala nama-nama benda yang mana Para
Malaikat pun tidak mengetahuinya lantas Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman kepada sekelian Para Malaikat agar
sujud kepada Adam ‘Alaihissalam.

Adapun sujud ini bukanlah bererti menyembah


Hadhrat Adam ‘Alaihissalam akan tetapi ianya bererti
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
296
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghormati dan memuliakannya serta menunjukkan
ketaatan terhadap perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
terhadap Hadhrat Adam dan keturunannya. Kesemua Para
Malaikat di langit dan di bumi tunduk sujud kepada
Hadhrat Adam ‘Alaihissalam kecuali Iblis La’natullah ‘Alaih
kerana ia enggan mengakui Kekhalifahan Hadhrat Adam
‘Alaihissalam dan keturunannya kerana Takabur dan
merasakan dirinya adalah jauh lebih mulia dari Hadhrat
Adam ‘Alaihissalam.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan


manusia sebagai KhalifahNya di dunia bagi menyatakan
KebesaranNya. Walaubagaimanapun manusia itu bersifat
pelupa, dia lupa asal usulnya, lupa Tuhannya dan lupa
tanggungjawabnya sebagai Khalifah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Hakikat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala nyatakan di


dalam Al-Quran pada Surah Al-Baqarah ayat 30 - 34 yang
bermaksud,

ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx ‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š


•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ßøtwΥuρ u!$tΒÏe$!$# à7Ï ó¡o„uρ $pκÏù ߉šø ムtΒ $pκÏù

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9


Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
Padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
297
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

’ÎΤθä↔Î6/Ρr& tΑ$s)sù Ïπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ’n?tã öΝåκyÎzQtä §ΝèO $yγ¯=ä. u!$oÿôœF{$# tΠyŠ#u zΝ¯=tæuρ

ÏIωàσ¯≈yδ Ï!$yϑó™r'Î/

∩⊂⊇∪ tÏ%ω≈|¹ öΝçFΖä. βÎ)


Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-
benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada
Para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepadaKu
nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-
orang yang benar!"

ÞΟŠÅ3ptø:$# ãΛÎ=yèø9$# |MΡr& y7¨ΡÎ) ( !$oΨtFôϑ¯=tã $tΒ ωÎ) !$uΖs9 zΝù=Ïæ Ÿω y7oΨ≈ysö6ß™ (#θä9$s%

∩⊂⊄∪
Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

≅è%r& öΝs9r& tΑ$s% öΝÎηÍ←!$oÿôœr'Î/ Νèδr't6/Ρr& !$£ϑn=sù ( öΝÎηÍ←!$oÿôœr'Î/ Νßγ÷∞Î;/Ρr& ãΠyŠ$t↔¯≈tƒ tΑ$s%

öΝçFΨä. $tΒuρ tβρ߉ö7è? $tΒ ãΝn=÷ær&uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# |=ø‹xî ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) öΝä3©9

∩⊂⊂∪ tβθãΚçFõ3s?
Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka
nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
298
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:
"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahwa
sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan?"

uy9õ3tFó™$#uρ 4’n1r& }§ŠÎ=ö/Î) HωÎ) (#ÿρ߉yf|¡sù tΠyŠKψ (#ρ߉àfó™$# Ïπs3Íׯ≈n=uΚù=Ï9 $oΨù=è% øŒÎ)uρ

∩⊂⊆∪ šÍ Ï ≈s3ø9$# zÏΒ tβ%x.uρ


Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka
kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk
golongan orang-orang yang kafir.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah


Al-Hijr ayat 28 – 31 yang bermaksud,

:*yϑym ôÏiΒ 9≅≈|Áù=|¹ ÏiΒ #\ t±o0 7,Î=≈yz ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 y7•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

∩⊄∇∪ 5βθãΖó¡¨Β
Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk,

∩⊄∪ tωÉf≈y™ …çµs9 (#θãès)sù Çrρ•‘ ÏΒ ÏµŠÏù àM÷‚x tΡuρ …çµçF÷ƒ§θy™ #sŒÎ*sù
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka
tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

∩⊂⊃∪ tβθãèuΗødr& öΝßγh=à2 èπs3Íׯ≈n=yϑø9$# y‰yf|¡sù


© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
299
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maka bersujudlah Para Malaikat itu semuanya bersama-
sama,

∩⊂⊇∪ šωÉf≈¡¡9$# yìtΒ tβθä3tƒ βr& #’n1r& }§ŠÎ=ö/Î) HωÎ)


Kecuali Iblis, ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang
sujud itu.

Yang dimaksudkan dengan sujud pada ayat ini


bukanlah bererti menyembah, tetapi sujud sebagai suatu
tanda penghormatan. Iblis asalnya bernama Azazil dan
bukanlah dari golongan Malaikat sebaliknya dari golongan
Jin yang dijadikan dari api yang panas. Dia telah mentaati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga telah ditinggikan
darjatnya menjadi ketua Para Malaikat. Iblis merasakan
dirinya lebih baik dari Hadhrat Adam ‘Alaihissalam kerana
dia diciptakan dari api manakala Hadhrat Adam
‘Alaihissalam diciptakan dari tanah. Iblis bersifat takabur,
sombong dan kafir kerana itu dinamakannya sebagai Syaitan
lalu dia berusaha menyesatkan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
namun Allah sentiasa memelihara keimanannya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-A’raf pada ayat 11 dan 12 yang bermaksud,

tΠyŠKψ (#ρ߉àfó™$# Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 $uΖù=è% §ΝèO öΝä3≈tΡö‘§θ|¹ §ΝèO öΝà6≈oΨø)n=yz ô‰s)s9uρ

∩⊇⊇∪ šωÉf≈¡¡9$# zÏiΒ ä3tƒ óΟs9 }§ŠÎ=ö/Î) HωÎ) (#ÿρ߉yf|¡sù


Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu
Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada
Para Malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka
merekapun bersujud kecuali Iblis, dia tidak termasuk mereka
yang bersujud.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
300
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ÏΒ Í_tFø)n=yz çµ÷ΖÏiΒ ×ö$yz O$tΡr& tΑ$s% ( y7è?óQs∆r& øŒÎ) y‰àfó¡n@ ωr& y7yèuΖtΒ $tΒ tΑ$s%

∩⊇⊄∪ &ÏÛ ÏΒ …çµtGø)n=yzuρ 9‘$¯Ρ


Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk
bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?"
Menjawab Iblis “Aku lebih baik darinya, Engkau telah
menciptakanku dari api dan Engkau menciptakannya dari
tanah.”

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan makhluk-


makhlukNya secara berpasang-pasangan, lalu
diciptakanNya Hadhrat Hawa ‘Alaihassalam dari tulang
rusuk Hadhrat Adam ‘Alaihissalam sebagai pasangan
baginya. Allah mengurniakan pasangan Hadhrat Adam dan
Hadhrat Hawa ‘Alaihimassalam dengan segala nikmat
kehidupan di Syurga namun Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah menetapkan suatu batas di mana mereka tidak
dibenarkan mendekati sebuah pohon yang mana jika mereka
ingkar akan mengakibatkan mereka berdua termasuk dalam
golongan orang-orang yang zalim.

Dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala,


Syaitan berupaya menggelincirkan ketaatan mereka lalu
keduanya dikeluarkan dari Syurga dan diturunkan ke bumi
sepertimana maksud firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah
ayat 35 – 38:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


301
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ß]ø‹ym #´‰xîu‘ $yγ÷ΖÏΒ Ÿξä.uρ sπ¨Ψpgø:$# y7ã_÷ρy—uρ |MΡr& ôä3ó™$# ãΠyŠ$t↔¯≈tƒ $uΖù=è%uρ

∩⊂∈∪ tÏΗÍ>≈©à9$# zÏΒ $tΡθä3tFsù nοt yf¤±9$# ÍνÉ‹≈yδ $t/t ø)s? Ÿωuρ $yϑçFø⁄Ï©
Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya
yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu
Termasuk orang-orang yang zalim.

(#θäÜÎ7÷δ$# $uΖù=è%uρ ( ϵŠÏù $tΡ%x. $£ϑÏΒ $yϑßγy_t ÷zr'sù $pκ÷]tã ß≈sÜø‹¤±9$# $yϑßγ©9y—r'sù

( Aρ߉tã CÙ÷èt7Ï9 ö/ä3àÒ÷èt/

∩⊂∉∪ &Ïm 4’n<Î) ìì≈tFtΒuρ @ s)tGó¡ãΒ ÇÚö‘F{$# ’Îû ö/ä3s9uρ


Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan
dikeluarkan dari keadaan semuladan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang
lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan
kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."

ãΛÏm§ 9$# Ü>#§θ−G9$# uθèδ …çµ¯ΡÎ) 4 ϵø‹n=tã z>$tGsù ;M≈yϑÎ=x. ϵÎn/§‘ ÏΒ ãΠyŠ#u #‘¤)n=tGsù

∩⊂∠∪
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari
Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


302
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

y“#y‰èδ yìÎ7s? yϑsù “W‰èδ Íh_ÏiΒ Νä3¨Ψt]Ï?ù'tƒ $¨ΒÎ*sù ( $YèŠÏΗsd $pκ÷]ÏΒ (#θäÜÎ7÷δ$# $oΨù=è%

öΝÍκön=tæ ì∃öθyz Ÿξsù

∩⊂∇∪ tβθçΡt“øts† öΝèδ Ÿωuρ


Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu!
kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barang
siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada
kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih
hati".

Pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat


dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak
menerangkannya. ada yang menamakan pohon Khuldi
sebagaimana tersebut dalam Surah Thaha ayat 120,

Ï$ù#èƒø:$# Íοt yfx© 4’n?tã y7—9ߊr& ö≅yδ ãΠyŠ$t↔¯≈tƒ tΑ$s% ß≈sÜø‹¤±9$# ϵøŠs9Î) šZuθó™uθsù

∩⊇⊄⊃∪ 4’n?ö7tƒ ω 77ù=ãΒuρ


Kemudian Syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya,
dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada
kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

Pohon itu dinamakan Syajaratul Khuldi (pohon


kekekalan), karena menurut Syaitan, orang yang memakan
buahnya akan kekal, tidak akan mati, pohon yang dilarang
Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al-Quran
dan Hadits tidak menerangkannya. ada yang menamakan
pohon Khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Taha ayat
120, tapi itu adalah nama yang diberikan Syaitan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
303
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Adam dan hawa dengan tipu daya syaitan memakan
buah pohon yang dilarang itu, yang mengakibatkan
keduanya keluar dari surga, dan Allah menyuruh mereka
turun ke dunia. yang dimaksud dengan syaitan di sini ialah
Iblis yang disebut dalam surat Al Baqarah ayat 34,

uy9õ3tFó™$#uρ 4’n1r& }§ŠÎ=ö/Î) HωÎ) (#ÿρ߉yf|¡sù tΠyŠKψ (#ρ߉àfó™$# Ïπs3Íׯ≈n=uΚù=Ï9 $oΨù=è% øŒÎ)uρ

∩⊂⊆∪ šÍ Ï ≈s3ø9$# zÏΒ tβ%x.uρ


Dan ingatlah, ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka
kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk
golongan orang-orang yang kafir.

Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan


Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri,
karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-
mata kepada Allah. Maksud Keadaan semula ialah
kenikmatan, kemewahan dan kemuliaan hidup dalam surga.

Tentang beberapa kalimat (ajaran-ajaran) dari Tuhan


yang diterima oleh Adam sebahagian ahli tafsir
mengartikannya dengan kata-kata untuk bertaubat. Namun
kebanyakan manusia di kalangan anak cucu Adam itu
adalah orang-orang kafir yang mendustakan Ayat-Ayat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melupakan tentang hakikat
asal-usul kejadiannya kerana tertipu dengan hasutan Syaitan
dan bisikan Hawa Nafsu.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman pada Surah Al-


Baqarah ayat 39 yang maksudnya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


304
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

$pκÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ptõ¾r& y7Íׯ≈s9'ρé& !$oΨÏF≈tƒ$t↔Î/ (#θç/¤‹x.uρ (#ρã x x. tÏ%©!$#uρ

∩⊂∪ tβρà$Î#≈yz
Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan Ayat-
Ayat Kami, mereka itu penghuni Neraka, mereka kekal di
dalamnya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengurniakan


Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan. Begitulah juga dengan sekelian anak cucu
Hadhrat Baginda Adam ‘Alaihissalam, mereka di kurniakan
dengan kebijaksanaan untuk mengetahui tentang berbagai
macam ilmu pengetahuan dan sesungguhnya segala ilmu
pengetahuan itu adalah dari Allah juga datangnya.

Sepertimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah


mengajarkan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dengan
pengetahuan dan kefahaman begitulah juga tindakan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala terhadap sekelian anak cucu Hadhrat
Adam ‘Alaihisalam. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah memerintahkan sekelian Para Malaikat untuk sujud
kepada Hadhrat Adam ‘Alaihissalam. Begitulah juga dengan
sekelian anak cucu Hadhrat Adam ‘Alaihissalam sehingga ke
Hari Qiyamat, Allah Ta’ala telah perintahkan Para Malaikat
itu untuk menunaikan segala keperluan dan hajat mereka
seperti petunjuk hidayah, rezeki, keselamatan, hujan, udara,
doa dan sebagainya, bagi melaksanakan tanggungjawab
menyempurnakan segala keperluan Hadhrat Adam
‘Alaihissalam dan anak cucunya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


305
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

3. ALAM ARHAM
ARHAM adalah kata jamak bagi Rahimun iaitu rahim
wanita atau disebut Uterus. Alam Arham adalah alam
kandungan rahim ibu. Ruh Hadhrat Adam dan Hawa
‘Alaihimassalam tidak melalui Alam Rahim Ibu manakala
Ruh-Ruh lain yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ciptakan, dihantarkan mereka ke Dunia ini ketika jasad
mereka itu terbentuk di dalam rahim ibu-ibu mereka. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang memulakan segala penciptaan
makhluk-makhlukNya lalu mematikan mereka kemudian
menghidupkan mereka sekali lagi dan kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala juga mereka kembali.

FirmanNya di dalam Surah Ar-Rum ayat 11 yang


bermaksud,

∩⊇⊇∪ šχθãèy_ö è? ϵø‹s9Î) §ΝèO …çν߉‹Ïèム§ΝèO t,ù=y⇐ø9$# (#äτy‰ö7tƒ ª!$#


Allah yang memulakan penciptaan makhluk kemudian
menghidupkannya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu
akan dikembalikan.

Adapun kejadian manusia ada dinyatakan Allah di


dalam Al-Quran pada Surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 16
yang mafhumnya seperti berikut,

∩⊇⊄∪ &ÏÛ ÏiΒ 7's#≈n=ß™ ÏΒ z≈|¡ΣM}$# $oΨø)n=yz ô‰s)s9uρ


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
suatu saripati (berasal) dari tanah.

∩⊇⊂∪ &Å3¨Β 9‘#t s% ’Îû Zπx ôÜçΡ çµ≈oΨù=yèy_ §ΝèO

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


306
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang
disimpan) dalam tempat yang kukuh (Rahim).

sπtóôÒßϑø9$# $uΖø)n=y‚sù ZπtóôÒãΒ sπs)n=yèø9$# $uΖø)n=y‚sù Zπs)n=tæ sπx ôÜ‘Ζ9$# $uΖø)n=yz ¢ΟèO

ª!$# x8u‘$t7tFsù 4 t yz#u $¸)ù=yz çµ≈tΡù't±Σr& ¢ΟèO $Vϑøtm: zΟ≈sàÏèø9$# $tΡöθ|¡s3sù $Vϑ≈sàÏã

∩⊇⊆∪ tÉ)Î=≈sƒø:$# ß|¡ômr&


Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu
tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian
Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka
Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.

∩⊇∈∪ tβθçFÍh‹yϑs9 y7Ï9≡sŒ y‰÷èt/ /ä3¯ΡÎ) §ΝèO


Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-
benar akan mati.

∩⊇∉∪ šχθèWyèö7è? Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ ö/ä3¯ΡÎ) ¢ΟèO


Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan
(dari kuburmu) di hari Qiyamat.

FirmanNya di dalam Surah Ar-Rum ayat 20 – 21 yang


bermaksud,

∩⊄⊃∪ šχρçųtFΖs? Ö t±o0 ΟçFΡr& !#sŒÎ) ¢ΟèO 5>#t è? ÏiΒ Νä3s)n=s{ ÷βr& ÿϵÏG≈tƒ#u ôÏΒuρ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu
(menjadi) manusia yang berkembang biak.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


307
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Ÿ≅yèy_uρ $yγøŠs9Î) (#þθãΖä3ó¡tFÏj9 %[`≡uρø—r& öΝä3Å¡à Ρr& ôÏiΒ /ä3s9 t,n=y{ ÷βr& ÿϵÏG≈tƒ#u ôÏΒuρ

∩⊄⊇∪ tβρã ©3x tGtƒ 5Θöθs)Ïj9 ;M≈tƒUψ y7Ï9≡sŒ ’Îû ¨βÎ) 4 ºπyϑômu‘uρ Zο¨Šuθ¨Β Νà6uΖ÷]t/
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Semua manusia adalah dari keturunan Hadhrat Adam


‘Alaihissalam dan bentuk jasmaninya dijadikan dari Tanah
dan begitulah juga pada kejadian Hadhrat Hawa
‘Alaihassalam. Habil dan Qabil adalah anak-anak Hadhrat
Adam ‘Alaihissalam dan kejadian mereka Allah Subhanahu
Wa Ta’ala telah jadikan menerusi hubungan kelamin antara
Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dan Hadhrat Hawa
‘Alaihassalam dan Ruh mereka ditiupkan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ketika mereka berada di dalam
kandungan rahim ibu mereka iaitu Hadhrat Hawa
‘Alaihassalam. Begitulah juga dengan kejadian sekelian
manusia sesudah Hadhrat Adam dan Hawa
‘Alaihimassalam. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengingatkan perkara ini di dalam Al-Quran pada Surah Al-
A’raf ayat 189 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


308
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

$pκös9Î) zä3ó¡uŠÏ9 $yγy_÷ρy— $pκ÷]ÏΒ Ÿ≅yèy_uρ ;οy‰Ïn≡uρ <§ø ¯Ρ ÏiΒ Νä3s)n=s{ “Ï%©!$# uθèδ

#uθt㨊 Mn=s)øOr& !$£ϑn=sù ( ϵÎ/ ôN§ yϑsù $Z ‹Ï yz ¸ξôϑym ôMn=yϑym $yγ8¤±tós? $£ϑn=sù (

∩⊇∇∪ šÌ Å3≈¤±9$# zÏΒ ¨sðθä3uΖ©9 $[sÎ=≈|¹ $oΨtGøŠs?#u ÷È⌡s9 $yϑßγ−/u‘ ©!$#
Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari
padanya Dia menciptakan isterinya, agar Dia merasa
senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu
mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah Dia
merasa ringan (Beberapa waktu). kemudian tatkala Dia
merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada
Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika
Engkau memberi Kami anak yang saleh, tentulah Kami
terraasuk orang-orang yang bersyukur".

Menerusi perhubungan kelamin yang sah secara


pernikahan maka akan terpancarlah air mani dari pihak bapa
dan berpindahlah air mani tersebut ke dalam rahim ibu. Ini
merupakan tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala pada kejadian Alam Semesta khususnya kepada
manusia. Dialah yang telah menciptakan sekelian Ruh dan
Jasad bagi Insan sebagaimana firmanNya dalam Surah As-
Sajdah ayat 7 – 9 yang bermaksud,

∩∠∪ &ÏÛ ÏΒ Ç≈|¡ΣM}$# t,ù=yz r&y‰t/uρ ( …çµs)n=yz >óx« ¨≅ä. z|¡ômr& ü“Ï%©!$#
Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-
baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah.

∩∇∪ &Îγ¨Β &!$¨Β ÏiΒ 7's#≈n=ß™ ÏΒ …ã&s#ó¡nΣ Ÿ≅yèy_ ¢ΟèO

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


309
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air
yang hina.

t ≈|Áö/F{$#uρ yìôϑ¡¡9$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_uρ ( ϵÏmρ•‘ ÏΒ ÏµŠÏù y‡x tΡuρ çµ1§θy™ ¢ΟèO

∩∪ šχρã à6ô±n@ $¨Β Wξ‹Î=s% 4 nοy‰Ï↔øùF{$#uρ


Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke
dalamnya Ruh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi
kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu
sedikit sekali bersyukur.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam surah


An-Nahl ayat 4 yang bermaksud,

∩⊆∪ ×Î7•Β ÒΟ‹ÅÁyz uθèδ #sŒÎ*sù 7πx õÜœΡ ÏΒ z≈|¡ΣM}$# šYn=y{
Dia telah menciptakan manusia dari air Mani, tiba-tiba dia
menjadi pembantah yang nyata.

Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh


Hadhrat Imam Muslim Rahmatullah ‘alaih, dari Hadhrat
‘Abdullah Ibni Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Bahawasanya seseorang dari kamu itu
dikumpulkan kejadiannya dalam kandungan ibunya
selama empat puluh hari sebagai air mani Nutfah ,
kemudian menjadilah ‘Alaqah segumpal darah selama
tempoh empat puluh hari itu juga, kemudian menjadilah
Mudghah seketul daging selama tempoh empat puluh hari
itu juga. Kemudian Allah Ta’ala mengutuskan Malaikat
lalu meniupkan Ruh di dalam tubuhnya dan diperintahkan
dengan empat perkara iaitu, menuliskan tentang rezekinya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
310
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ajalnya, amalannya dan sama ada menjadi seorang yang
celaka atau bahagia.”

Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits
dinyatakan dalam Sahih Muslim, dari Hadhrat Huzaifah Ibni
Asid Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
telah bersabda,
“Apabila habis tempoh empat puluh dua hari
setelah air mani menetap dalam rahim ibu, Allah utuskan
Malaikat untuk membentuknya, menjadikan telinganya,
matanya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Setelah
semuanya siap, Malaikat bertanya kepada Allah, “Wahai
Tuhanku, beritahulah apakah ia patut dijadikan lelaki atau
perempuan?”Allah kemudian membuat keputusan seperti
yang dikehendakiNya dan Malaikat menulisnya.Malaikat
kemudian bertanya tentang umurnya. Allah pun
menentukan sebagimana yang dikehendakiNya dan
Malaikat menulis. Kemudian Malaikat keluar dengan kitab
bertulis dalam tangannya, tanpa tambahan atau kurangan
apa-apa pun.”

Dalam tempoh lebih kurang enam hingga ke sembilan


bulan, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyempurnakan
kejadian manusia di dalam Rahim Ibu yang dilapisi dengan
tiga lapis kegelapan bermula dari setitis benih zarah Mani
atau Nutfah dari seorang bapa yang dipindahkan melalui
zakar kemaluannya kepada faraj kemaluan seorang ibu lalu
ia berpindah ke pangkal Rahim ibu itu untuk disenyawakan
dengan benihnya. Dalam tempoh empat puluh hari kedua-
dua benih dari bapa dan ibu itupun disenyawakan oleh
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga ia bertukar menjadi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
311
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
darah dan dalam tempoh empat puluh hari yang berikutnya
ia berubah menjadi daging kemudian tempoh empat puluh
hari berikutnya ia ditumbuhi tulang belulang, kemudian
empat puluh hari berikutnya ia dibungkuskan dengan
daging kemudian empat puluh hari yang berikutnya Allah
memberikan rupabentuk kemudian ditiupkanNya Ruh ke
dalam jasad tersebut.

4. ALAM DUNIA
SETELAH sempurna kejadian manusia di dalam kandungan
rahim ibunya, maka Allah mengeluarkannya ke Alam Dunia
bagi menguji penyaksian mereka masing-masing, agar
mengenali antara satu sama lain, membiakkan keturunan
mereka agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Dia yang
menjadikan berbagai kaum serta suku-suku bangsa dan
semuanya itu membuktikan kekuasaanNya. Banyak
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh manusia
dalam kehidupan di Dunia bagi menyempurnakan amanah
yang telah Allah kurniakan kepada manusia semenjak awal
penciptaannya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


An-Nahl ayat 78,

ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_uρ $\↔ø‹x© šχθßϑn=÷ès? Ÿω öΝä3ÏF≈yγ¨Βé& ÈβθäÜç/ .ÏiΒ Νä3y_t ÷zr& ª!$#uρ

∩∠∇∪ šχρã ä3ô±s? öΝä3ª=yès9   nοy‰Ï↔øùF{$#uρ t ≈|Áö/F{$#uρ yìôϑ¡¡9$#


Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia
menjadikan bagi kamu As-Sam’u yakni pendengaran, Al-
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
312
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Absar yakni penglihatan dan Al-Af-idah yakni hati-hati,
agar kamu bersyukur.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam ayat 212


surah Al-Baqarah yang bermaksud,

¢ (#θãΖtΒ#u zƒÏ%©!$# zÏΒ tβρã y‚ó¡o„uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θuŠysø9$# (#ρã x x. tÏ%©#Ï9 tÉiã—

5>$|¡Ïm Îö$tóÎ/ â!$t±o„ tΒ ä−ã—ö tƒ ª!$#uρ 3 Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ óΟßγs%öθsù (#öθs)¨?$# zƒÉ‹©9$#uρ

∩⊄⊇⊄∪
Kehidupan Dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-
orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang
beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih
mulia daripada mereka di hari Qiyamat. dan Allah memberi
rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa
batas.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Mukmin ayat 39 yang bermaksud,

Í‘#t s)ø9$# â‘#yŠ }‘Ïδ nοt ÅzFψ$# ¨βÎ)uρ Óì≈tFtΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θu‹ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ $yϑ¯ΡÎ) ÉΘöθs)≈tƒ

∩⊂∪
Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah
kesenangan (sementara) dan Sesungguhnya akhirat Itulah
negeri yang kekal.

Dalam Surah Ali Imran ayat 185, Allah Subhanahu Wa


Ta’ala berfirman yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


313
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

( Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ öΝà2u‘θã_é& šχöθ©ùuθè? $yϑ¯ΡÎ)uρ 3 ÏNöθpRùQ$# èπs)Í←!#sŒ <§ø tΡ ‘≅ä.

ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θuŠy⇔ø9$# $tΒuρ 3 y—$sù ô‰s)sù sπ¨Ψyfø9$# Ÿ≅Åz÷Šé&uρ Í‘$¨Ψ9$# Çtã yyÌ“ômã— yϑsù

∩⊇∇∈∪ Í‘ρã äóø9$# ßì≈tFtΒ


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan
Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah
beruntung. Dan tidaklah kehidupan Dunia itu melainkan
kesenangan kebendaan yang memperdayakan.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-An’am ayat 32 yang bermaksud,

3 tβθà)−Gtƒ tÏ%©#Ïj9 ×ö$yz äοt ÅzFψ$# â‘#¤$#s9uρ ( ×θôγs9uρ Ò=Ïès9 ωÎ) !$uŠ÷Ρ‘$!$# äο4θu‹ysø9$# $tΒuρ

∩⊂⊄∪ tβθè=É)÷ès? Ÿξsùr&


Dan tiadalah kehidupan Dunia ini, selain dari main-main
dan senda gurau belaka dan sungguh kampung Akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah
kamu memahaminya?

Maksudnya, kesenangan-kesenangan duniawi itu


hanya sebentar dan tidak kekal. janganlah orang terperdaya
dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari
memperhatikan urusan akhirat. Seterusnya Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 64 yang
bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


314
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

}‘Îγs9 nοt ÅzFψ$# u‘#¤$!$# .χÎ)uρ 4 Ò=Ïès9uρ ×θôγs9 ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θu‹ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ $tΒuρ

∩∉⊆∪ šχθßϑn=ôètƒ (#θçΡ$Ÿ2 öθs9 4 ãβ#uθu‹ptø:$#


Dan tiadalah kehidupan Dunia ini melainkan senda gurau
dan main-main dan sesungguhnya Akhirat Itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.

Dalam Surah At-Taubah ayat 38 Allah Subhanahu Wa


Ta’ala berfirman yang bermaksud,

«!$# È≅‹Î6y™ ’Îû (#ρã Ï Ρ$# â/ä3s9 Ÿ≅ŠÏ% #sŒÎ) ö/ä3s9 $tΒ (#θãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

$yϑsù 4 Íοt ÅzFψ$# š∅ÏΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$$Î/ ΟçF]ÅÊu‘r& 4 ÇÚö‘F{$# ’n<Î) óΟçFù=s%$¯O$#

∩⊂∇∪ î≅‹Î=s% ωÎ) Íοt ÅzFψ$# ’Îû $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$# ßì≈tFtΒ


Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila
dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada
jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di
tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia
sebagai ganti kehidupan di Akhirat? Padahal kenikmatan
hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan)
diakhirat hanyalah sedikit.

Seterusnya pada ayat 55 Surah At-Taubah, Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang maksudnya,

’Îû $pκÍ5 Νåκu5Éj‹yèã‹Ï9 ª!$# ߉ƒÌ ム$yϑ¯ΡÎ) 4 öΝèδ߉≈s9÷ρr& Iωuρ óΟßγä9≡uθøΒr& y7ö7Éf÷èè? Ÿξsù

∩∈∈∪ tβρã Ï ≈x. öΝèδuρ öΝåκߦà Ρr& t,yδ÷“s?uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$#

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


315
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka
menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan
(memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa
mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang
nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberikan


perumpamaan tentang kehidupan Dunia ini menerusi
Firmannya dalam surah Yunus ayat 24 yang bermaksud,

ϵÎ/ xÝn=tG÷z$$sù Ï!$yϑ¡¡9$# zÏΒ çµ≈uΖø9t“Ρr& >!$yϑx. $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$# ã≅sWtΒ $yϑ¯ΡÎ)

ÞÚö‘F{$# ÏNx‹s{r& !#sŒÎ) #¨Lym ÞΟ≈yè÷ΡF{$#uρ â¨$¨Ζ9$# ã≅ä.ù'tƒ $£ϑÏΒ ÇÚö‘F{$# ßN$t6tΡ

$tΡâQö∆r& !$yγ9s?r& !$pκön=tæ šχρâ‘ω≈s% öΝåκ¨Ξr& !$yγè=÷δr&  ∅sßuρ ôMoΨ−ƒ¨—$#uρ $yγsùã ÷zã—

y7Ï9≡x‹x. 4 ħøΒF{$$Î/ š∅øós? öΝ©9 βr(x. #Y‰ŠÅÁym $yγ≈uΖù=yèyfsù #Y‘$pκtΞ ÷ρr& ¸ξø‹s9

∩⊄⊆∪ tβρã ¤6x tGtƒ 5Θöθs)Ï9 ÏM≈tƒFψ$# ã≅Å_Áx çΡ


Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah
seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu
tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman
bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan
binatang ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna
keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya dan
pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti
menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami
di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-
tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit,
seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


316
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada
orang-orang berfikir.

Perhiasan maksudnya, bumi yang indah dengan


gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau
dengan tanam-tanamannya dan dapat memetik hasilnya.
Perumpamaan kehidupan Dunia seperti air dijelaskan lagi
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Kahfi ayat
45 yang bermaksud,

xÝn=tG÷z$$sù Ï!$yϑ¡¡9$# zÏΒ çµ≈oΨø9t“Ρr& >!$yϑx. $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠptø:$# Ÿ≅sV¨Β Μçλm; ó>ÎôÑ$#uρ

4’n?tã ª!$# tβ%x.uρ 3 ßx≈tƒÌh 9$# çνρâ‘õ‹s? $Vϑ‹Ï±yδ yxt7ô¹r'sù ÇÚö‘F{$# ÛV$t6tΡ ϵÎ/

∩⊆∈∪ #·‘ωtGø)•Β &óx« Èe≅ä.


Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia),
kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari
langit, Maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di
muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering
yang diterbangkan oleh angin, dan adalah Allah, Maha
Kuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


pada ayat 46 dalam surah Al-Kahfi yang bermaksud,

îö$yz àM≈ysÎ=≈¢Á9$# àM≈uŠÉ)≈t7ø9$#uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠysø9$# èπuΖƒÎ— tβθãΖt6ø9$#uρ ãΑ$yϑø9$#

∩⊆∉∪ WξtΒr& îö$yzuρ $\/#uθrO y7În/u‘ y‰ΖÏã


Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan Dunia
tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


317
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk
menjadi harapan.

Dalam Surah Al-Hadid ayat 20, Allah subhanahu Wa


Ta’ala berfirman yang maksudnya,

Ö èO%s3s?uρ öΝä3oΨ÷]t/ 7 äz$x s?uρ ×πuΖƒÎ—uρ ×θøλm;uρ Ò=Ïès9 $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θu‹ysø9$# $yϑ¯Ρr& (#þθßϑn=ôã$#

ßk‹Íκu‰ §ΝèO …çµè?$t7tΡ u‘$¤ ä3ø9$# |=yfôãr& B]ø‹xî È≅sVyϑx. ( ω≈s9÷ρF{$#uρ ÉΑ≡uθøΒF{$# ’Îû

×οt Ï øótΒuρ Ó‰ƒÏ‰x© Ò>#x‹tã Íοt ÅzFψ$# ’Îûuρ ( $Vϑ≈sÜãm ãβθä3tƒ §ΝèO #v x óÁãΒ çµ1utIsù

∩⊄⊃∪ Í‘ρã äóø9$# ßì≈tFtΒ ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θu‹ysø9$# $tΒuρ 4 ×β≡uθôÊÍ‘uρ «!$# zÏiΒ
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan Dunia ini
hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan
dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-
banggaan tentang banyaknya harta dan anak-anak, seperti
hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan Para petani;
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu Lihat
warnanya kuning kemudian menjadi hancur dan di Akhirat
(nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta
keridhaanNya, dan kehidupan Dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang menipu.

Maka, Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah


memperingatkan manusia menerusi FirmanNya dalam Surah
Luqman ayat 33 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


318
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Íνωs9uρ tã ì$Î!#uρ ”Ì“øgs† ω $YΒöθtƒ (#öθt±÷z$#uρ öΝä3−/u‘ (#θà)®?$# â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Ÿξsù ( A,ym «!$# y‰ôãuρ .χÎ) 4 $º↔ø‹x© ÍνÏ$Î!#uρ tã A—%y` uθèδ îŠθä9öθtΒ Ÿωuρ

∩⊂⊂∪ â‘ρã tóø9$# «!$$Î/ Νà6¯Ρ§ äótƒ Ÿωuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θu‹ysø9$# ãΝà6¯Ρ§ äós?
Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan
takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak
tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak
dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya
janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula)
penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati)
Allah.

Namun, perkara yang paling utama dalam kehidupan


di Alam Dunia ini adalah Ma’rifat Allah yakni mengenal
siapakah Tuhan yang disebut Allah itu? Allah adalah Tuhan
Semesta Alam dan kita adalah hamba-hambaNya dari
kalangan makhluk-makhluk ciptaanNya. Tugas kita sebagai
hamba adalah mengenalinya dengan seakrab yang mungkin
dan menunaikan ketaatan pengabdian dan kehambaan kita
terhadapNya. Allah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat
56 yang bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepadaKu.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Hujurat ayat 13,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
319
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Ÿ≅Í←!$t7s%uρ $\/θãèä© öΝä3≈oΨù=yèy_uρ 4s\Ρé&uρ 9 x.sŒ ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ) â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊂∪ ×$Î7yz îΛÎ=tã ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä39s)ø?r& «!$# y‰ΨÏã ö/ä3tΒt ò2r& ¨βÎ) 4 (#þθèùu‘$yètGÏ9
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Menyedari.

FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Insan ayat 1 – 3


yang bermaksud,

∩⊇∪ #·‘θä.õ‹¨Β $\↔ø‹x© ä3tƒ öΝs9 Ì ÷δ¤$!$# zÏiΒ ×Ïm Ç≈|¡ΣM}$# ’n?tã 4’tAr& ö≅yδ
Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,
sedang Dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat
disebut?

#·$ÅÁt/ $Jè‹Ïϑy™ çµ≈oΨù=yèyfsù ϵ‹Î=tGö6¯Ρ 8l$t±øΒr& >πx ôÜœΡ ÏΒ z≈|¡ΣM}$# $oΨø)n=yz $¯ΡÎ)

∩⊄∪
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes
mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya
(dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan
Dia mendengar dan melihat.

∩⊂∪ #·‘θà x. $¨ΒÎ)uρ #[ Ï.$x© $¨ΒÎ) Ÿ≅‹Î6¡¡9$# çµ≈uΖ÷ƒy‰yδ $¯ΡÎ)


Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus;
ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
320
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

HIDUP DAN MATI


HIDUP bererti hayat dan mati bererti maut. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang menciptakan kehidupan dan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala jugalah yang menciptakan
kematian. Dialah Zat yang menghidupkan dan memberikan
kehidupan dan Dialah juga Zat yang tidak mati dan
mematikan segala yang telah dihidupkanNya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Ali Imran ayat 156,

#sŒÎ) öΝÎγÏΡ≡uθ÷z\} (#θä9$s%uρ (#ρã x x. tÏ%©!$%x. (#θçΡθä3s? Ÿω (#θãΨtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

(#θè=ÏFè% $tΒuρ (#θè?$tΒ $tΒ $tΡy‰ΨÏã (#θçΡ%x. öθ©9 “x“äî (#θçΡ%x. ÷ρr& ÇÚö‘F{$# ’Îû (#θç/uŸÑ

$yϑÎ/ ª!$#uρ 3 àM‹Ïÿä‡uρ Ç‘øtä† ª!$#uρ 3 öΝÍκÍ5θè=è% ’Îû Zοuô£ym y7Ï9≡sŒ ª!$# Ÿ≅yèôfuŠÏ9

∩⊇∈∉∪ ×$ÅÁt/ tβθè=yϑ÷ès?


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti
orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang
mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila
mereka Mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka
berperang: "Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah
mereka tidak mati dan tidak dibunuh," akibat (dari
Perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah
menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati
mereka. Dan Allah menghidupkan dan mematikan dan Allah
melihat apa yang kamu kerjakan.

FirmanNya lagi dalam surah Al-A’raf ayat 158,


© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
321
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Û
ù=ãΒ …çµs9 “Ï%©!$# $·èŠÏΗsd öΝà6ö‹s9Î) «!$# ãΑθß™u‘ ’ÎoΤÎ) ÚZ$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ ö≅è%

«!$$Î/ (#θãΨÏΒ$t↔sù ( àM‹Ïϑãƒuρ Ç‘ósムuθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) Iω ( ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#

çνθãèÎ7¨?$#uρ ϵÏG≈yϑÎ=Ÿ2uρ «!$$Î/ Ú∅ÏΒ÷σム”Ï%©!$# Çc’ÍhΓW{$# ÄcÉ<¨Ψ9$# Ï&Î!θß™u‘uρ

∩⊇∈∇∪ šχρ߉tGôγs? öΝà6¯=yès9


Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan
Allah kepadamu semua, Yaitu Allah yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan,
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi
yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kepada
kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia,
supaya kamu mendapat petunjuk".

Dalam Surah Al-Mukminun ayat 80, Allah Subhanahu


Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud,

Ÿξsùr& 4 Í‘$yγ¨Ζ9$#uρ È≅ø‹©9$# ß#≈n=ÏG÷z$# ã&s!uρ àM‹Ïϑãƒuρ Ç‘øtä† “Ï%©!$# uθèδuρ

∩∇⊃∪ šχθè=É)÷ès?
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah
yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Maka apakah
kamu tidak menggunakan akalmu untuk memahaminya?

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala lagi dalam Surah


Al-Hijr ayat 23 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


322
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

∩⊄⊂∪ tβθèOÍ‘≡uθø9$# ßøtwΥuρ àM‹ÏϑçΡuρ ÄôvéΥ ßósuΖs9 $¯ΡÎ)uρ


Dan sesungguhnya benar-benar Kamilah yang
menghidupkan dan mematikan dan Kami (pulalah) yang
mewarisi.

Kehidupan di Dunia Allah Ta’ala jadikan sebagai


laluan untuk menuju kehidupan Barzakh Qubur dan
seterusnya kehidupan Akhirat yang panjang. Untuk
menghayati maksud sebenar manusia dihantar ke Dunia,
seseorang itu hendaklah kembali kepada pedoman Allah dan
Rasul iaitu menerusi petunjuk Al-Quran dan Al-Hadits dan
mengamalkannya di dalam kehidupan sepertimana Sunnah
yang telah diajarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jika seseorang itu
mengambil petunjuk selain dari petunjuk Allah dan Rasul,
ianya tidak akan membawanya ke arah kejayaan yang hakiki.
Sebagai seorang yang Muslim dan Mukmin lagi Muhsin,
seseorang itu perlu sentiasa hidup dalam menghayati
Kebesaran Allah dan Kemuliaan Sunnah Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sunnah adalah cara kehidupan
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap
hal dan keadaan sebagai persediaan kita menghadapi maut
kerana sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ali


Imran ayat 185 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


323
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

( Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ öΝà2u‘θã_é& šχöθ©ùuθè? $yϑ¯ΡÎ)uρ 3 ÏNöθpRùQ$# èπs)Í←!#sŒ <§ø tΡ ‘≅ä.

ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θuŠy⇔ø9$# $tΒuρ 3 y—$sù ô‰s)sù sπ¨Ψyfø9$# Ÿ≅Åz÷Šé&uρ Í‘$¨Ψ9$# Çtã yyÌ“ômã— yϑsù

∩⊇∇∈∪ Í‘ρã äóø9$# ßì≈tFtΒ


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan
sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah
beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan.

Allah menjadikan kehidupan Dunia ini sebagai


tempat ujian sepertimana firmanNya dalam Surah Al-Mulk
ayat 1 dan 2 yang bermaksud,

∩⊇∪ í ƒÏ‰s% &óx« Èe≅ä. 4’n?tã uθèδuρ à7ù=ßϑø9$# Íνωu‹Î/ “Ï%©!$# x8t ≈t6s?
Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ⓝ͕yèø9$# uθèδuρ 4 WξuΚtã ß|¡ômr& ö/ä3•ƒr& öΝä.uθè=ö7u‹Ï9 nο4θu‹ptø:$#uρ |Nöθyϑø9$# t,n=y{ “Ï%©!$#

∩⊄∪ â‘θà tóø9$#


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan
Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berpesan kepada orang-


orang yang beriman dalam Surah Ali Imran ayat 102 yang
bermaksud,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
324
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ΝçFΡr&uρ ωÎ) ¨è∫θèÿsC Ÿωuρ ϵÏ?$s)è? ¨,ym ©!$# (#θà)®?$# (#θãΨtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊃⊄∪ tβθßϑÎ=ó¡•Β
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada
Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama
Islam.

Selanjutnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 yang bermaksud,

§ΝèO öΝä3çG‹Ïϑム§ΝèO ( öΝà6≈uŠômr'sù $Y?≡uθøΒr& öΝçGΨà2uρ «!$$Î/ šχρã à õ3s? y#ø‹x.

∩⊄∇∪ šχθãèy_ö è? ϵøŠs9Î) §ΝèO öΝä3‹Í‹øtä†


Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya
mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu
dimatikan dan dihidupkanNya kembali, kemudian
kepadaNyalah kamu dikembalikan?

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


pada Surah Al-Baqarah ayat 56 yang bermaksud,

∩∈∉∪ tβρã ä3ô±n@ öΝà6¯=yès9 öΝä3Ï?öθtΒ Ï‰÷èt/ -∅ÏiΒ Νä3≈oΨ÷Vyèt/ §ΝèO


Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati,
supaya kamu bersyukur.

Yang dimaksud dengan mati di sini menurut sebagian


Mufassirin ialah mati yang sebenarnya, dan menurut
sebagian yang lain ialah, pengsan akibat sambaran halilintar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


325
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Terdapat juga golongan yang menafikan kewujudan
Alam Barzakh kerana menganggap jasad yang telah
dikebumikan akan hancur menjadi tanah semula. Mereka
menafikan tentang hari kebangkitan sesudah mati. Mereka
tidak menyedari kewujudan Ruh dalam diri mereka dan
menafikan segala yang bersifat Ruhaniah atau mungkin saja
kerana mereka takut untuk menghadapi Hari Perhisaban di
Padang Mahsyar dalam kehidpan di Akhirat kelak.
Kebanyakan manusia itu membantah peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada mereka.
Kebanyakan manusia juga mengingkari tentang kehidupan
sesudah mati di mana semua manusia akan dibangkitkan
dari kubur mereka masing-masing pada Hari Qiyamat kelak.
Di kalangan manusia ada yang meyakini kebenaran Hari
Kebangkitan dari kubur dan kebanyakan manusia
meraguinya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam
Surah Al-Hajj pada ayat 5 yang bermaksud,

5>#t è? ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ*sù Ï]÷èt7ø9$# zÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû óΟçFΖä. βÎ) â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

tÎit7ãΨÏj9 7πs)¯=sƒèΧ Îö$xîuρ 7πs)¯=sƒ’Χ 7πtóôÒ•Β ÏΒ ¢ΟèO 7πs)n=tæ ôÏΒ §ΝèO 7πx õÜœΡ ÏΒ §ΝèO

Wξø ÏÛ öΝä3ã_Ì øƒéΥ §ΝèO ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) â!$t±nΣ $tΒ ÏΘ%tnö‘F{$# ’Îû ” É)çΡuρ 4 öΝä3s9

#’n<Î) –Št ム¨Β Νà6ΖÏΒuρ 4†¯ûuθtGム¨Β Νà6ΖÏΒuρ ( öΝà2£‰ä©r& (#þθäóè=ö7tFÏ9 ¢ΟèO

š⇓ö‘F{$# “t s?uρ 4 $\↔ø‹x© 8Νù=Ïæ ω÷èt/ .ÏΒ zΝn=÷ètƒ Ÿξø‹x6Ï9 Ì ßϑãèø9$# ÉΑsŒö‘r&

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


326
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Èe≅à2 ÏΒ ôMtFt6/Ρr&uρ ôMt/u‘uρ ôN¨”tI÷δ$# u!$yϑø9$# $yγøŠn=tæ $uΖø9t“Ρr& !#sŒÎ*sù Zοy‰ÏΒ$yδ

∩∈∪ 8kŠÎγt/ £l÷ρy—


Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang
kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) sesungguhnya
Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari
setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak
sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami
tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai
waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan
kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur)
kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu
ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang
dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah
diketahuinya. dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian
apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi
itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam
tumbuh-tumbuhan yang indah.

Bermula dari bangun tidur sehingga ke masuk tidur,


dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki seharusnya
dihiasi dengan amalan Sunnah. Untuk kehidupan di Dunia
seseorang itu amat memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu
Duniawi untuk urusan Dunia dan Ilmu Agama untuk urusan
Dunia dan Akhirat. Ilmu Duniawi ini ada berbagai macam
untuk kita mengetahui tentang hakikat segala macam benda
dan perkara. Barangsiapa yang melihat bukti-bukti
Kebesaran Allah dalam ilmu-ilmu Duniawi tersebut, maka
dia akan beroleh petunjuk dan sebaliknya jika dia menafikan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
327
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kewujudan Tuhan, penghasilan ilmunya akan buntu tanpa
jawapan.

Bagi mengurus kehidupan di Dunia seseorang itu


perlu menggunakan segala kebijaksaannya untuk
memperolehi rezeki, mendapatkan tempat perlindungan,
kenderaan dan pengangkutan serta isteri dan anak-anak
kerana kesemuanya itu merupakan keperluan asas bagi
jasmani dan emosi. Rezeki boleh dicari menerusi perniagaan,
pertanian, bekerja dan sebagainya manakala untuk
keperluan emosi, dia boleh berkahwin dengan mana-mana
wanita yang halal untuk dinikahi bagi menghasilkan zuriat-
zuriat yang akan menyejukkan matanya.

Segala aturan kehidupan dan panduan untuk


menempuh kehidupan di Dunia telah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berikan menerusi Kitab SuciNya Al-Quran dan
menerusi kehidupan amali Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Segala
larangan dan tegahan juga ada dinyatakan di dalamnya
selain perintah dan hukum-hakam.

Maka hendaklah seseorang Salik itu sentiasa membaca


Kitab Al-Quran dan fahamkan isi kandungannya untuk
diamalkan di dalam kehidupan. Di samping itu sentiasa
beramal dengan amalan Sunnah Nabi dan berusaha
menghidupkan amalan Sunnah Nabi dalam keluarga dan
masyarakat. Kehidupan Dunia adalah singkat bagi setiap
yang bernyawa kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati
dan mati adalah sesuatu yang pasti bagi setiap yang
bernyawa. Setelah menjalani kehidupan Dunia dari bayi
menjadi kanak-kanak lalu menjadi budak kemudian menjadi
remaja lalu menjadi ‘aqil dan baligh seterusnya menjadi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
328
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
seorang yang dewasa. Setelah cukup tempoh dewasa, dia
akan menjadi tua dan menanti saat kematian datang
menjemput.

Hendaklah kita sentiasa berusaha memperbaiki mutu


amalan kita yang zahir dan yang batin dengan penuh
keikhlasan dan Istiqamah demi mengharapkan
KeredhaanNya. Perjalanan peringkat kehidupan manusia
adalah kejadian yang telah diciptakan oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan Dialah juga yang mengurniakan nyawa dalam
kehidupan dan bahawa sesungguhnya setiap yang bernyawa
pasti akan mati.

Kematian adalah Haq yang mana setiap yang hidup


pasti akan menempuhinya kecuali Zat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala Yang Maha Hidup lagi Kekal Abadi. Kematian juga
merupakan suatu kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Dialah yang menjadikannya sebagai suatu peringatan
kepada manusia bahawa kehidupan di Dunia ini adalah
bersifat sementara, main-main, senda gurau dan tipu daya
belaka.

Setiap yang hidup akan mati dan evolusi akan silih


berganti. Musim berubah dan keturunan manusia
berkembang biak dan bercambah kerana alam adalah bersifat
baharu dan sentiasa berubah-ubah. Ajal kematian adalah
pintu untuk menempuh Alam Barzakh dan saat serta
waktunya telahpun menjadi suatu ketetapan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan seorang pun tidak dapat
melarikan diri darinya.

Untuk mendapatkan kehidupan yang baik serta


dalam pemeliharaan Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
329
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
maka hendaklah seseorang manusia beriman dan taat
kepada Allah Tuhan Penciptanya dan mengambil petunjuk
dari kehidupan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Maka hendaklah
sentiasa berpegang kepada ajaran-ajaran dari Al-Quran dan
As-Sunnah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud,

4’n<Î) tβρ–Št è? ¢ΟèO ( öΝà6‹É)≈n=ãΒ …絯ΡÎ*sù çµ÷ΖÏΒ šχρ” Ï s? “Ï%©!$# |Nöθyϑø9$# ¨βÎ) ö≅è%

∩∇∪ tβθè=yϑ÷ès? ÷ΛäΖä. $yϑÎ/ Νä3ã⁄Îm7t⊥ã‹sù Íοy‰≈y㤱9$#uρ É=ø‹tóø9$# ÉΟÎ=≈tã


Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan
menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu
Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".

Di dalam Surah An-Nisa ayat 78, Allah Subhanahu


Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud,

βÎ)uρ 3 ;οy‰§‹t±•Β 8lρã ç/ ’Îû ÷ΛäΖä. öθs9uρ ÝVöθyϑø9$# ãΝœ3.Í‘ô‰ãƒ (#θçΡθä3s? $yϑoΨ÷ƒr&

×πy∞ÍhŠy™ öΝßγö6ÅÁè? βÎ)uρ ( «!$# ωΖÏã ôÏΒ ÍνÉ‹≈yδ (#θä9θà)tƒ ×πuΖ|¡ym öΝßγö6ÅÁè?

ÏIωàσ¯≈yδ ÉΑ$yϑsù ( «!$# ωΖÏã ôÏiΒ @≅ä. ö≅è% 4 x8ωΖÏã ôÏΒ ÍνÉ‹≈yδ (#θä9θà)tƒ

∩∠∇∪ $ZVƒÏ‰tn tβθßγs)ø tƒ tβρߊ%s3tƒ Ÿω ÏΘöθs)ø9$#


Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan
kamu, meskipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
330
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka
mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka
ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini
(datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah:
"Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-
orang itu (orang munafik) Hampir-hampir tidak memahami
pembicaraan sedikitpun?

Kemenangan dalam peperangan atau rezki. Pelajaran


dan nasihat-nasihat yang diberikan. Pada ayat 145 Surah Ali
Imran, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang
bermaksud,

÷ŠÌ ム∅tΒuρ 3 Wξ§_xσ•Β $Y7≈tFÏ. «!$# ÈβøŒÎ*Î/ ωÎ) |Nθßϑs? βr& C§ø uΖÏ9 tβ$Ÿ2 $tΒuρ

4 $pκ÷]ÏΒ ϵÏ?÷σçΡ Íοt ÅzFψ$# z>#uθrO ÷ŠÌ ムtΒuρ $pκ÷]ÏΒ ϵÏ?÷σçΡ $u‹÷Ρ‘‰9$# z>#uθrO

∩⊇⊆∈∪ tÌ Å3≈¤±9$# “Ì“ôfuΖy™uρ


Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan
waktunya. barang siapa menghendaki pahala Dunia,
niscaya Kami berikan kepadanya pahala Dunia itu, dan
barang siapa menghendaki pahala Akhirat, Kami berikan
(pula) kepadanya pahala Akhirat itu. dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


An-Nahl ayat 61 yang bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


331
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Å3≈s9uρ 7π−/!#yŠ ÏΒ $pκön=tæ x8t s? $¨Β /ÏSÏϑù=ÝàÎ/ }¨$¨Ζ9$# ª!$# ä‹Ï{#xσムöθs9uρ

( ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) öΝèδã ½jzxσãƒ

∩∉⊇∪ tβθãΒωø)tGó¡o„ Ÿωuρ ( Zπtã$y™ šχρã Ï‚ø↔tFó¡tƒ Ÿω óΟßγè=y_r& u!%y` #sŒÎ*sù


Jikalau Allah menghukum manusia karena kezalimannya,
niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi
sesuatupun dari makhluk yang melata, tetapi Allah
menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang
ditentukan. Maka apabila telah tiba waktunya (yang
ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat
mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula)
mendahulukannya.

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda yang mafhumnya,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan Malaikat ke dalam lubang-
lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
Ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
Malaikat yang lain masuk menarik Ruh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk dan menarik
Ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik Ruh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


332
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Seterusnya Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“Jika orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka Malaikat Jibrail ‘Alaihissalam akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail ‘Alaihissalam. Jika
orang yang nazak itu orang Munafik, maka Jibrail
‘Alaihissalam akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.”

Dinyatakan dalam Hadits bahawa apabila Allah


Subhanahu Wa Ta’ala mengkehendaki seorang Mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah Malaikat Maut. Apabila
Malaikat Maut hendak mencabut Ruh orang Mukmin itu
dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
Mukmin itu dengan berkata,
“Tidak ada jalan bagimu mencabut rohongan ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala”.

Setelah Malaikat Maut mendengar penjelasan itu


maka dia pun kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
Mukmin itu. Lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
yang bermaksud,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
333
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Wahai Malaikat Maut, kamu cabutlah Ruhnya dari
arah lain.”

Sebaik sahaja Malaikat Maut mendapat perintah Allah


Subhanahu Wa Ta’ala, maka Malaikat Maut pun cuba
mencabut Ruh orang Mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang Mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah
penulisan ilmu. Maka berkata tangan,
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut Ruh
orang Mukmin dari arah ini kerana tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-
anak yatim dan angan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana Malaikat Maut gagal untuk mencabut


Ruh Orang Mukmin dari arah tangan maka Malaikat Maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya Malaikat Maut juga
gagal melakukannya sebab kaki berkata,
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berulang alik mengerjakan Solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-
majlis ilmu.”

Apabila gagal Malaikat Maut mencabut Ruh orang


Mukmin dari arah kaki, maka Malaikat Maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik sahaja Malaikat Maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata,
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali Malaikat Maut cuba mencabut Ruh orang


Mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkatalah mata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
334
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa Mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal, maka Malaikat Maut kembali kepada


Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud,
“Wahai MalaikatKu, tulis AsmaKu di telapak
tanganmu dan tunjukkan kepada Ruh orang yang beriman
itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah dari Allah


Subhanahu Wa Ta’ala, maka Malaikat maut menghampiri
Ruh orang beriman itu dan menunjukkan Asma Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka
keluarlah Ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Menurut Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan
Ibnu Abi Dunya Rahmatullah ‘alaihima bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah bersabda,
“Secerdik cerdik manusia adalah yang terbanyak
ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak
persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka
itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka
pergi ke Alam Baqa dengan membawa kemuliaan Dunia
serta kemuliaan Akhirat.”

Ibnu Abi Dunya Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


335
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Perbanyakkanlah mengingat kematian kerana yang
sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan
menyebabkan timbulnya kezuhudan di Dunia.”

Imam Tabrani dan Imam Baihaqi Rahmatullah


‘alaihima telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.”

Imam At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,
“Perbanyakkanlah mengingat sesuatu yang
melenyapkan segala macam kelazatan.”

5. ALAM BARZAKH QUBUR


ALAM Barzakh adalah Alam Qubur atau kubur iaitu alam
sesudah mati. Banyak Hadits yang mengkhabarkan tentang
keperitan azab yang tersedia di Alam Barzakh. Kubur akan
menjadi tempat yang sempit bagi mereka yang munafiq,
kafir dan tidak beriman sebaliknya akan menjadi sebuah
taman dari taman-taman Syurga bagi orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Alam Kubur merupakan tahap
pertama kehidupan Akhirat dan sesiapa yang selamat dalam
kehidupan kubur, maka akan selamatlah dirinya dalam
kehidupan Akhirat yang seterusnya iaitu di Mahsyar, Mizan
dan Sirat.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


336
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
‘Abasa pada ayat 18 hingga 22 yang bermaksud,

§ΝèO ∩⊇∪ …çνu‘£‰s)sù …çµs)n=yz >πx ôÜœΡ ÏΒ ∩⊇∇∪ …çµs)n=yz >óx« Äd“r& ôÏΒ

∩⊄⊄∪ …çνu|³Σr& u!$x© #sŒÎ) §ΝèO ∩⊄⊇∪ …çνuy9ø%r'sù …çµs?$tΒr& §ΝèO ∩⊄⊃∪ …çνuœ£o„ Ÿ≅‹Î6¡¡9$#
Dari apakah Allah telah menciptakannya? Dari setitis Mani
Allah telah menciptakannya lalu menentukan Qadar
baginya. Kemudian Dia memudahkan jalannya. Kemudian
Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam Kubur.
Kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya
kembali.

Yang dimaksudkan dengan menentukan Qadar ialah


menentukan tahap-tahap kejadiannya, umurnya, rezekinya
dan nasibnya. Memudahkan jalan bermaksud memudahkan
kelahirannya atau memberi persediaan kepadanya untuk
menjalani jalan yang benar atau jalan yang sesat.

Di dalam Surah At-Takatsur yang terdiri dari 8 ayat,


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang maksudnya,

tβθßϑn=÷ès? š’ôθy™ ξx. ∩⊄∪ t Î/$s)yϑø9$# ãΛänö‘ã— 4®Lym ∩⊇∪ ã èO%s3−G9$# ãΝä39yγø9r&

∩∈∪ ÈÉ)u‹ø9$# zΝù=Ïæ tβθßϑn=÷ès? öθs9 ξx. ∩⊆∪ tβθßϑn=÷ès? t∃ôθy™ ξx. §ΝèO ∩⊂∪

£è=t↔ó¡çFs9 ¢ΟèO ∩∠∪ ÈÉ)u‹ø9$# š÷tã $pκ¨ΞãρutIs9 ¢ΟèO ∩∉∪ zΟŠÅspgø:$# .χãρutIs9

∩∇∪ ÉΟŠÏè¨Ζ9$# Çtã >‹Í≥tΒöθtƒ


Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu
masuk ke dalam Kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
337
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengetahui akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu,
kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu jika kamu
mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu
benar-benar akan melihat Neraka Jahim. Dan sesungguhnya
kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan
yang yakin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari
itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di
Dunia itu.

Bermegah-megahan bermaksud dalam soal banyak


harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah
melalaikan kamu dari ketaatan. ‘Ainul Yaqin artinya melihat
dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan
keyakinan yang kuat. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dalam Surah Al-Haj ayat 7 yang bermaksud,

∩∠∪ Í‘θç7à)ø9$# ’Îû tΒ ß]yèö7tƒ ©!$# .χr&uρ $pκÏù |=÷ƒu‘ ω ×πuŠÏ?#u sπtã$¡¡9$# ¨βr&uρ
Dan sesungguhnya hari Qiyamat itu pasti datang, tidak ada
keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah membangkitkan
semua orang yang ada di dalam Kubur.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-


‘Adiyat ayat 9 yang bermaksud,

∩∪ Í‘θç7à)ø9$# ’Îû $tΒ uÏY÷èç/ #sŒÎ) ãΝn=÷ètƒ Ÿξsùr&


Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan
apa yang ada di dalam Kubur.

FirmanNya lagi dalam Surah Al-Infitar ayat 4 yang


bermaksud,

∩⊆∪ ôNuÏY÷èç/ â‘θç7à)ø9$# #sŒÎ)uρ


© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
338
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dan apabila Kubur dibongkarkan.

FirmanNya dalam Surah Fatir ayat 22 yang


bermaksud,

!$tΒuρ ( â!$t±o„ tΒ ßìÏϑó¡ç„ ©!$# ¨βÎ) 4 ÝV≡uθøΒF{$# Ÿωuρ â!$u‹ômF{$# “ÈθtGó¡o„ $tΒuρ

∩⊄⊄∪ Í‘θç7à)ø9$# ’Îû ¨Β 8ìÏϑó¡ßϑÎ/ |MΡr&


Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dan orang-orang
yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran
kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali
tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam Kubur dapat
mendengar.
Maksudnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak dapat memberi
petunjuk kepada orang-orang Musyrikin yang telah mati
hatinya. FirmanNya dalam Surah Taubah ayat 84 yang
bermaksud,

(#ρã x x. öΝåκ¨ΞÎ) ( ÿÍνÎö9s% 4’n?tã öΝà)s? Ÿωuρ #Y‰t/r& |N$¨Β Νåκ÷]ÏiΒ 7‰tnr& #’n?tã Èe≅|Áè? Ÿωuρ

∩∇⊆∪ šχθà)Å¡≈sù öΝèδuρ (#θè?$tΒuρ Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/


Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan
(jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan
janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.
Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan
RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

FirmanNya dalam Surah Taha ayat 124 yang


bermaksud,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


339
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

uΘöθtƒ …çνã à±øtwΥuρ %Z3Ψ|Ê Zπt±ŠÏètΒ …ã&s! ¨βÎ*sù “Ì ò2ÏŒ tã uÚt ôãr& ôtΒuρ

∩⊇⊄⊆∪ 4‘yϑôãr& Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$#


Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka
sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami
akan menghimpunkannya pada hari Qiyamat dalam
keadaan buta.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika mentafsirkan ayat yang
tersebut di atas bersabda,
“Iaitu siksa orang kafir di dalam kubur. Dan demi
Zat yang jiwaku berada pada genggaman KekuasaanNya,
bahawasanya Dia menguasakan 99 Tanin. Tahukah kamu
semua apakah Tanin itu? Tanin adalah 99 ular yang setiap
ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan
menyakari orang kafir hingga Hari Qiyamat dan dia akan
digiring dari kuburnya dalam keadaan buta.”

Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tiba di Masjid.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam melihat sekumpulan manusia yang sedang
bersenda gurau dan bergelak ketawa lantas Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda,
“Jika sekiranya kamu senantiasa mengingat akan
maut maka sudah tentu tidak akan terjadi sedemikian ini.
Tiada suatu hari pun di mana Kubur tidak mengatakan
bahawa, “Aku adalah tempat sesalan dan gundah gulana.
Aku adalah tempat pensunyian. Aku adalah rumah bagi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
340
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
binatang-binatang melata.” Apabila seorang Mukmin
dikebumikan maka Kubur menyambutnya dengan baik
dan berkata kepadanya, “Selamat datang, alangkah
bagusnya kau telah datang kepadaku. Di antara mereka
yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling ku
cintai. Kini kau telah diserahkan kepadaku, nescaya aku
bertindak baik terhadapmu.” Kemudian Kubur
diperluaskan sehingga sejauh matanya memandang,
terbukalah padanya pintu Syurga dari mana dia merasai
hawa dan keharuman Syurga. Sebaliknya apabila seorang
yang berdosa dikebumikan maka Kubur menyambutnya
dengan berkata, “Alangkah celakanya dan nahasnya kamu
datang kepadaku, apakah gunanya kamu datang
kepadaku? Di antara mereka yang tinggal di permukaanku,
kaulah yang paling aku benci. Kini kau telah diserahkan
kepada aku, maka akan kau lihat apa yang akan aku
perbuat denganmu nanti.” Kemudian dia dihimpit oleh
Kubur hingga tulang-tulang rusuknya berceragah seperti
jari-jari tangan berceragahan apabila tergenggam di antara
satu dengan yang lain. Kemudian sembilan puluh atau
sembilan puluh sembilan ekor ular dilepaskan ke atasnya.
Ular-ular itu akan menyiksanya sehingga ke Hari
Qiyamat.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika seekor ular itu bertempik sekali ke arah bumi
maka kerana bisanya tidak akan tumbuh lagi rumput-
rumput di bumi itu sehingga ke Hari Qiyamat.”

Diberitakan dalam sebuah Hadits bahawa sekali


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam berada dalam satu perjalanan, dengan tak
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
341
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
semena-mena unta yang dikenderai Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam enggan
ke muka seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di
situ.

Seorang Sahabat bertanya kepada Hadhrat Baginda


Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Kenapa berlaku sedemikan Ya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab,
“Ada seorang yang sedang disiksa di dalam
Kuburnya. Suara siksa Kubur itu terdengar oleh unta ini,
itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan ke muka.”

Dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah melalui dua buah Kubur lalu Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,
“Ahli kedua-dua Kubur ini sedang disiksa.
Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi
disiksa kerana dia tidak menjaga kebersihan ketika dia
beristinja membuang air kecil.”

Dalam sebuah Hadits Hassan yang diriwayatkan oleh


Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu
mendengar bunyi suara terompah kasut orang-orang yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
342
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan
tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di Dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah
kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan Ihsan diletakkan dihujung dua
kakinya. Ia akan didatangi Malaikat dari arah kepala, maka
Solat itu berkata kepada Malaikat,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
Puasa berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka Zakat
berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal kebajikan,
“Di bahagianku tidak ada jalan masuk.”
Maka Malaikat berkata kepadanya,
“Duduklah kamu.”
Kepada mayat itu diperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu,
“Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki
(Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya d an bagaimana penyaksian kamu kepadanya?”
Maka berkata mayat itu,
“Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersolat.”
Maka berkata Malaikat,
“Sesungguhnya engkau boleh mengerjakan Solat
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam)
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
343
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan
bagaimanakah penyaksian kamu kepadanya?” Maka
berkata mayat itu,
“Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah Pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.” Maka Malaikat berkata kepada mayat itu,
“Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
dibangkitkan semula di Akhirat, Insya Allah.” Kemudian
dibuka baginya satu pintu Syurga, maka dikatakan
padanya,
“Itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi
kamu dan kamu akan berada di dalamnya.” Maka
bertambah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan
kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan disinari cahaya
baginya.”

Sebaik sahaja seseorang itu dikebumikan, Malaikat


Munkar dan Nakir akan datang mengajukan soalan-soalan
tentang keimanan kepada Ruh manusia di dalam kubur.
Yang pertama sekali adalah soalan,
“Man Rabbuka?” (Siapa Tuhan Pemelihara kamu?)
“Man Nabiyyuka?” (Siapa Nabi kamu?)
“Ma Dinuka?” (Apa Agama kamu?)
“Ma Imamuka? (Apa Pedoman kamu?)
“Man Ikhwanuka?” (Siapakah saudara-saudara
kamu?)

Maka sebagai seorang Islam yang beriman hendaklah


menjawab pertanyaan itu sebagai berikut:
Allah adalah Tuhan Pemeliharaku,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
344
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
Nabiku,
Islam adalah Agamaku,
Al-Quran adalah pedomanku dan
Seluruh kaum Muslimin adalah saudara-saudaraku.

Kemudian akan ditayangkan sebuah gambaran


seorang lelaki di hadapannya dan akan ditanyakan
kepadanya sama ada dia mengenali lelaki tersebut dan
apakah pandangannya terhadap orang tersebut yang mana
beliau adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang mengenali
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan mengamalkan ajaran serta Sunnah-Sunnahnya
nescaya dia akan dapat mengecam lelaki tersebut, iaitulah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang tidak dapat mengecam
gambaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka tidak syak lagi bahawa dia
adalah orang yang tidak beriman dengan apa yang telah
disampaikan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Majah


Rahmatullah ‘alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits
dari Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu,
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Alam Qubur itu adalah tahap
pertama untuk Alam Akhirat. Bilamana seseorang telah
selamat dalam tahap yang pertama itu, maka untuk tahap-
tahap selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


345
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-
tahap selanjutnya akan lebih dahsyat.”

Setiap kali Hadhrat Sayyidina ‘Utsman Ibnu ‘Affan


Radhiyallahu ‘Anhu menziarahi perkuburan maka beliau
menangis teresak-esak sehingga membasahi janggutnya yang
mulia. Seorang bertanya kepada beliau,
“Tuan tidak pernah menangis tatkala Tuan
mendengar perkhabaran-perkhabaran tentang Syurga dan
Neraka sepertimana Tuan menangis ketika menziarahi
perkuburan ini.”

Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu


menjawab,
“Kubur ini adalah merupakan tempat persinggahan
yang pertama dalam perjalanan menuju ke Alam Akhirat.
Barangsiapa yang telah selamat di tempat persinggahan
yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang
berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya,
barangsiapa yang gagal di tempat persinggahan yang
pertama ini maka dia akan mengalami berbagai kesulitan
di persinggahan-persinggahan yang berikutnya.”

Selanjutnya beliau berkata,


“Aku mendengar Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam pernah bersabda;
“Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu
pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-
kejadian yang berlaku di dalam Kubur.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu


‘Anhu telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


346
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,
“Seorang mayat akan disiksa dalam Kubur menurut
apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.”

Hadhrat Zaid Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda mafhumnya,
“Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan
mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya Dia
mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab
siksa Kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara
siksa Kubur kecuali makhluk-makhluk manusia dan jin.”

Dalam Hadits ada dijelaskan bahawa Ruh-Ruh itu


menduduki tempat-tempat yang tertentu dan ada yang
berterbangan bersama Para Malaikat, menduduki pada
tempat-tempat yang tertentu di langit, dalam kubur dan juga
di angkasa bersama dengan golongan-golongan yang
tertentu pula.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang
mafhumnya,
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh Para Malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya iaitu orang-orang yang mati Syahid, orang-orang
yang mengerjakan Solat malam dalam bulan Ramadhan
dan orang-orang yang berpuasa di hari ‘Arafah.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


347
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang
mafhumnya,
“Bahawasanya kubur itu merupakan satu taman dari
taman-taman Syurga dan merupakan lubang dari lubang-
lubang Neraka.”

Hadhrat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha memberitakan


bahawa selepas tiap-tiap Solah adalah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
memohon perlindungan dari siksa Kubur. Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
selalu berdoa dengan doa berikut,
“Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan Mu dari azab Neraka Jahannam, dan dari azab
siksa Qubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan
dari fitnah Dajal Al-Masih.”

Dari Hadhrat Mu’adz Ibnu Jabal Radhiyallahu ‘Anhu


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda
yang mafhumnya,
“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan
yang lebih selamat baginya dari siksa Kubur daripada
Zikrullah.”

Menurut sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh


Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus, dari Hadhrat Mu’adz
Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,
“Mengingati Para Nabi adalah sebahagian dari
Ibadah, dan mengingati Para Solihin adalah merupakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
348
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kaffarah, dan mengingati Maut adalah Sadaqah, dan
mengingati Qubur akan mendekatkan kamu kepada
Syurga.”

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh


Hadhrat Imam Tabrani Rahmatullah ‘alaih, bahawa Hadhrat
‘Uqbah Ibni Amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata, bahawa
Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Sedekah dapat menghindarkan dari
ahlinya akan kepanasan azab Qubur dan adapun
sesungguhnya orang beriman hanya dapat bernaung pada
Hari Qiyamat di bawah naungan Sedekahnya.”

Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq


Radhiyallahu ‘Anhu telah ditanya tentang ke mana Ruh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka beliau berkata,
“Ruh itu menuju ke tujuh tempat. Ruh Para Nabi
dan Rasul menuju ke Syurga ‘Adnin, Ruh Para ‘Ulama
menuju ke Syurga Firdaus, Ruh mereka yang berbahagia
menuju ke Syurga ‘Illiyyin, Ruh Para Syuhada
berterbangan seperti burung di Syurga mengikut
kehendak mereka, Ruh Para Mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai Hari Qiyamat, Ruh anak-anak orang beriman akan
berada di gunung dari minyak Misik, Ruh orang-orang
kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa
berserta jasadnya hingga sampai Hari Qiyamat.”

Di dalam Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada menyatakan
tempat kediaman Para Ruh di Alam Barzakh yakni sesudah
manusia itu mati sebagaimana berikut:
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
349
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. Ada Ruh yang bertempat dan berdiam di suatu
tempat yang tertinggi sekali yang dinamakan ‘Iliyyin
dan ada Ruh yang berkumpul dengan kelompok Para
Malaikat. Mereka adalah Ruh-Ruh Para Nabi
‘Alaihimus Solatu Wassalam. Namun di antara
golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada
tingkatannya yang tersendiri, sebagaimana yang telah
pernah dilihat oleh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
pada malam perjalanan Isra dan Mi’raj beliau.

2. Ada Ruh-Ruh yang bertempat tinggal dan berdiam di


tempat peristirehatan burung-burung yang bulunya
hijau menyedapkan pandangan, dan Ruh-Ruh itu
dapat berkeliaran di dalam Syurga sesuka hatinya.
Itulah Ruh-Ruh orang yang mati Syahid untuk
menegakkan Kalimah Allah yang luhur dan
mempertahankan ajaran Agama Islam.

3. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di pintu Syurga iaitu


sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang
mafhumnya, “Daku melihat sahabatmu ditahan di
pintu Syurga.”

4. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam Kuburnya


sendiri sebagaimana yang tersebut dalam sebuah
Hadits yang meriwayatkan bahawa seorang yang
menyembunyikan pakaian rampasan perang lalu
orang tersbut mati Syahid. Orang ramai
menyangkakan bahawa Si Fulan tersebut pasti akan
mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
350
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ditentukan masuk Syurga. Tetapi Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam lalu bersabda, “Demi Zat yang jiwaku
dalam kekuasaanNya, bahawasanya pakaian yang
disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala
menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam
Kuburnya itu.”

5. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tepi sungai di pintu


Syurga sebagaimana disebutkan dalam sebuah Hadits
yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Ibnu ‘Abbas
Radhiyallahu ‘anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
telah bersabda, “Para Syuhada itu ada di tepi sungai
di pintunya Syurga dan berada di dalam sebuah
kubah yang berwarna hijau. Mereka memperoleh
rezeki mereka dari Syurga pada waktu pagi dan
petang.”

6. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam bumi dan


tidak dapat naik ke atas langit sebab memang Ruh
yang hina sewajarnya menetap di dalam tanah sahaja.
Ruh yang sedemikian tidak dapat berkumpul dengan
Ruh-Ruh lain yang mulia dan terhormat yang ada di
atas langit. Hal ini seperti halnya tidak dapat
berkumpulnya antara manusia yang hina dan
manusia yang mulia dan terhormat sewaktu di Dunia.
Pada hakikatnya, sesudah mati Ruh manusia akan
berkumpul dengan golongannya sendiri, yakni yang
mulia berkumpul dengan yang mulia dan yang hina
berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


351
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
7. Ada Ruh-Ruh yang berenang di sungai yang berair
darah dan menelan batu.

8. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tempat yang panas


iaitu sebuah tungku api. Ini merupakan tempat bagi
Ruh-Ruh yang ahli zina, baik yang lelaki mahupun
yang perempuan.

Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Ruh orang-orang selepas mati
terbahagi kepada beberapa golongan seperti berikut:

1. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat


tinggi yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini
adalah golongan Insan Kamil. Mereka ini ada urusan
yang bersifat semesta.

2. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat


tinggi yang tertentu. Dalam golongan ini termasuklah
mereka yang mati Syahid di zaman dahulu dan lain-
lain yang seperti mereka, seperti Hadhrat Sayyidina
Hamzah Radhiyallahu ‘Anhu dan sebagainya. Urusan
mereka bersifat semesta dalam pengkhususan yang
tertentu.

3. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat


rendah. Mereka ini ada berbagai golongan seperti Para
Syuhada, Para ‘Abid dan mereka yang mencapai
peringkat Zauq dalam peringkat Fana yang awal.
Kegiatan mereka daripada jenis yang khusus, seperti
menolong orang yang tertindas, menyempurnakan
kerja-kerja tertentu yang memberi faedah kepada

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


352
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
orang ramai, mengelakkan kejahatan tertentu dan
memberi bantuan untuk mencapai kemenangan.

4. Ruh mereka yang bersatu dengan Jin. Mereka ini


adalah orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis
kejahatan. Akibatnya satu aspek timbul dari semua
kejahatan mereka itu dan mereka tenggelam di dalam
aspek yang satu itu. Golongan ini terbahagi kepada
banyak pecahan menurut besar atau kecilnya
pengaruh kejahatan itu. Mereka ini termasuklah
orang-orang yang merosakkan orang-orang lain dan
setengahnya membuat tindakan kezaliman dan
kejahatan.

5. Ruh mereka yang berhubung dengan Jin tetapi


perhubungan itu idak berapa erat. Mereka ini adalah
orang-orang yang mengamalkan satu kejahatan terus
menerus yang akibatnya Ruh mereka Fana dalam
kejahatan itu. Mereka ini ada berbagai-bagai jenis
menurut perbezaan kejahatan mereka itu.

6. Ruh mereka yang tenggelam dalam suatu jenis


kebaikan.

7. Ruh mereka yang Fana dan tenggelam dalam berbagai


jenis kebaikan sepertimana orang yang Fana dalam
berbagai jenis kejahatan.

8. Ruh mereka yang tidak Fana dalam sebarang


kebaikan atau kejahatan dan tidak terpengaruh secara
luar biasa oleh apa-apa kebaikan atau kejahatan.
Kebanyakan manusia adalah dari jenis ini.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


353
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sebahagian Para Ahli Hukum telah menerangkan
tentang tempat kedudukan Ruh-ruh setelah mati seperti
berikut:

1. Ruh Para Anbiya berada di dalam Syurga ‘Adnin.


Mereka berada dalam liang yang selesa keadaan
tubuh mereka. Adapun tubuh mereka sentiasa
bersujud kepada Tuhan.
2. Ruh Para Syuhada berada di Syurga Firdaus dalam
bentuk seekor burung yang hijau di tengah-tengah
syurga itu. Mereka terbang sekehendak hati mereka
lalu hinggap pada sebuah kendil yang digantungkan
di ‘Arash.

3. Ruh anak-anak orang Islam berada dalam bentuk


seekor burung pipit dan berterbangan di dalam
Syurga.

4. Ruh anak-anak orang Musyrik berputar-putar di


Syurga dan tidak punya tempat yang khusus
sehinggalah ke Hari Qiyamat, lalu mereka melayani
Ruh Para Mukminin.

5. Ruh Para Mukminin yang berhutang dan menganiaya


akan digantung di angkasa. Mereka tidak sampai ke
Syurga dan tidak pula sampai ke langit sehinggalah
kerabatnya membayarkan hutangnya dan mengadili
penganiayaannya.

6. Ruh orang-orang Islam yang berdosa akan diazab


dalam Kubur beserta tubuh mereka.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


354
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
7. Ruh orang-orang Kafir dan Munafik akan
dipenjarakan dalam Neraka Jahannam.

6. ALAM QIYAMAT
ALAM Qiyamat adalah alam kemusnahan bagi sekelian
makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya telah
berulang-ulang kali dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala di dalam kitab suci Al-Quran. Ia merupakan hari yang
terakhir bagi manusia mendiami Dunia ini. Huru-hara yang
sangat menggemparkan akan berlaku menjelangnya hari
Qiyamat.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga sentiasa mengingatkan
kepada Para Sahabatnya tentang kedahsyatan hari Qiyamat
dan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapinya dengan
kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
memperbaiki mutu amalan Solih supaya apabila berlakunya
hari kebangkitan kelak, manusia tidak akan mengalami
kerugian.

Di dalam Al-Quran, Alam Qiyamat dijelaskan dengan


berbagai perkataan dan ayat. Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
menjelaskan tanda-tanda yang berkaitan tentang hampirnya
berlaku Hari Qiyamat.

Adapun Qiyamat itu terbahagi kepada dua, Qiyamat


kecil dan Qiyamat besar. Qiyamat kecil adalah kematian
yang menimpa seseorang manakala Qiyamat besar pula
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
355
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
adalah kematian menyeluruh yang melibatkan seluruh
manusia, jin dan Para Malaikat. Langit dan Bumi ini akan
dimusnahkan hanya dengan satu tiupan serunai Sangkakala.

Kedahsyatan yang berlaku pada Hari Qiyamat itu


nanti sukar untuk digambarkan, namun hakikat ini pasti
berlaku kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah pun
memberitahu kepada Ummatnya tentang peristiwa-peristiwa
yang akan berlaku menjelangnya Hari Qiyamat. Ia akan
berlaku pada hari Jumaat, 10 haribulan Muharram tetapi
bilakah akan berlakunya hari tersebut tidak ada sesiapa pun
yang tahu kerana ianya ada dalam Ilmu Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Sebagai orang yang beriman dengan kehidupan


Akhirat, seseorang itu juga perlu yakin dengan Hari Qiyamat
dan Hari Kebangkitan sesudah mati. Seseorang itu juga wajib
mempercayai akan alamat tanda-tanda sebelum berlakunya
Hari Qiyamat kerana dengan ini akan menimbulkan
kegentaran terhadap Hari Perhisaban, perasaan insaf dan
segera bertaubat di dalam hati.

Jika seseorang yang menolak kepercayaannya


terhadap Hari Qiyamat dan Hari Kebangkitan sesudah mati
di kehidupan Akhirat, maka adalah jelas bahawa
keimanannya telah rosak dan jika dia meninggalkan Dunia
sebelum dia bertaubat dan memperbaiki keimanannya, maka
adalah dia mati dalam keadaan Kafir, Na’uzu Billahi Min
Zalik.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


356
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

7. ALAM AKHIRAT
KEHIDUPAN yang sejahtera di Akhirat telah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ciptakan untuk orang-orang yang
beriman sepertimana maksud Firman Allah dalam ayat 4
Surah Al-Baqarah,

ö/ãφ Íοt ÅzFψ$$Î/uρ y7Î=ö7s% ÏΒ tΑÌ“Ρé& !$tΒuρ y7ø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$oÿÏ3 tβθãΖÏΒ÷σムtÏ%©!$#uρ

∩⊆∪ tβθãΖÏ%θãƒ
Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang
telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah
diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya
(kehidupan) Akhirat.

Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelum Hadhrat


Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam ialah Kitab-Kitab yang diturunkan sebelum Al
Quran seperti: Taurat, Zabur, Injil dan Shuhuf-Shuhuf yang
tersebut dalam Al Quran yang diturunkan kepada Para
Rasul. Allah menurunkan kitab kepada Rasul ialah dengan
memberikan wahyu kepada Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam.,
lalu Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam menyampaikannya kepada
Rasul.

Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak


dicampuri keraguan sedikitpun Akhirat lawan Dunia.
Kehidupan Akhirat ialah kehidupan sesudah Dunia berakhir.
Yakin akan adanya kehidupan Akhirat ialah benar-benar
percaya akan adanya kehidupan sesudah Dunia berakhir.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


357
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
Al-Mukmin ayat 39 yang bermaksud,

Í‘#t s)ø9$# â‘#yŠ }‘Ïδ nοt ÅzFψ$# ¨βÎ)uρ Óì≈tFtΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# äο4θu‹ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ $yϑ¯ΡÎ) ÉΘöθs)≈tƒ

∩⊂∪
Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan Dunia ini
hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya
Akhirat itulah negeri yang kekal.

FirmanNya lagi dalam Surah Al-A’la ayat 17 yang


bermaksud,

∩⊇∠∪ #’s+ö/r&uρ ×ö$yz äοt ÅzFψ$#uρ


Dan kehidupan Akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.”

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala lagi dalam Surah


Al-A’raf ayat 169 yang bermaksud,

#x‹≈yδ uÚzQtä tβρä‹è{ù'tƒ |=≈tGÅ3ø9$# (#θèOÍ‘uρ ×#ù=yz öΝÏδω÷èt/ .ÏΒ y#n=y⇐sù

óΟs9r& 4 çνρä‹è{ù'tƒ …ã&é#÷WÏiΒ ÖÚ{^tã öΝÍκÌEù'tƒ βÎ)uρ $uΖs9 ã x øóã‹y™ tβθä9θà)tƒuρ 4’oΤ÷ŠF{$#

(#θß™u‘yŠuρ ¨,ysø9$# ωÎ) «!$# ’n?tã (#θä9θà)tƒ ω βr& É=≈tGÅ3ø9$# ß,≈sV‹ÏiΒ ΝÍκön=tã õ‹s{÷σãƒ

∩⊇∉∪ tβθè=É)÷ès? Ÿξsùr& 3 tβθà)−Gtƒ šÏ%©#Ïj9 ×ö$yz äοt ÅzFψ$# â‘#¤$!$#uρ 3 ϵŠÏù $tΒ
Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang
mewarisi Kitab Taurat, yang mengambil harta benda dunia
yang rendah ini dan berkata, "Kami akan diberi ampun",
dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
358
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya
(juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari
mereka, iaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan
terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah
mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung
Akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah
kamu sekalian tidak mengerti?

Dan seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 64 yang bermaksud,

nοt ÅzFψ$# u‘#¤$!$# .χÎ)uρ 4 Ò=Ïès9uρ ×θôγs9 ωÎ) !$u‹÷Ρ‘$!$# äο4θu‹ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ $tΒuρ

∩∉⊆∪ šχθßϑn=ôètƒ (#θçΡ$Ÿ2 öθs9 4 ãβ#uθu‹ptø:$# }‘Îγs9

Dan tiadalah kehidupan Dunia ini melainkan senda gurau


dan main-main, dan sesungguhnya Akhirat itulah yang
sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Qasas ayat 83 yang bermaksud,

Ÿωuρ ÇÚö‘F{$# ’Îû #vθè=ãæ tβρ߉ƒÌ ムŸω tÏ%©#Ï9 $yγè=yèøgwΥ äοt ÅzFψ$# â‘#¤$!$# y7ù=Ï?

∩∇⊂∪ tÉ)−Fßϑù=Ï9 èπt7É)≈yèø9$#uρ 4 #YŠ$|¡sù


Negeri Akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang
tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di
muka Bumi, dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-
orang yang bertaqwa.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


359
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yang dimaksudkan Negeri Akhirat di sini ialah
kebahagiaan dan kenikmatan di Akhirat dan kesudahan
yang baik itu adalah Syurga. Sebagai hamba Allah hendaklah
kita sentiasa berdoa untuk kebaikan di Dunia dan di Akhirat
serta memohon perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dari azab api Neraka Jahannam. Di kehidupan Akhirat setiap
manusia akan menempuh kehidupan yang amat panjang
jauh melebihi dari tempoh kehidupan yang berlaku di Dunia.
Di Akhirat, kita akan menempuh Alam Mahsyar yang mana
semua ruh yang dibangkitkan kembali bergerak menuju ke
tempat pengadilan di Padang Mahsyar. Kemudian kita akan
menempuh Alam Mizan iaitu hari pengadilan amal dan
seterusnya menempuh Alam Sirat iaitu melintasi jambatan
Siratul Mustaqim.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


360
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 8: ZIKRULLAH
SESUNGGUHNYA Zikrullah adalah mengingati Zat Allah
dan ia adalah suatu amalan ibadah yang sangat besar
darjatnya dan amat tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Zikrullah merupakan intipati bagi segala amalan
ibadah. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang boleh
dikerjakan tanpa batas dan had. Solah yang tidak disertai
dengan Zikrullah adalah Solah yang lalai. Begitulah juga
dalam setiap amalan ibadah fardhu yang lain seperti Puasa,
Zakat dan Haji, sekiranya tidak disertai Zikrullah ianya akan
menjadi amalan ibadah yang lalai dan kurang nilai
pahalanya.

DALIL AL-QURAN
DI DALAM Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang
menyatakan dengan jelas dalil bagi amalan zikir. Amalan
zikir mempunyai kelebihan yang banyak seperti yang telah
dinyatakan oleh Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam di dalam Hadis. Jika hamba hendak
menyatakan kesemua ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis
Nabawiyah, adalah terlalu banyak dan diluar batas
kemampuan hamba untuk melakukannya. Namun
sebahagian darinya dapatlah hamba nyatakan sebagai dalil
dan hujah untuk menguatkan keyakinan kita dengan amalan
Zikrullah.

Andaikata jika tiada dalil sekalipun, ketahuilah


bahawa sesungguhnya mengingati Zat Tuhan yang
menguasai seluruh alam dan diri kita adalah suatu amalan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
361
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mulia yang tidak dapat sesiapa pun menafikannya. Adapun
antara kandungan ayat-ayat Al-Quran berkenaan Zikrullah:

∩⊇∈⊄∪ Èβρã à õ3s? Ÿωuρ ’Í< (#ρã à6ô©$#uρ öΝä.ö ä.øŒr& þ’ÎΤρã ä.øŒ$$sù
1. Fazkuruni Azkurkum Washkuruli Wala Takfurun.

Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat


kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah
kamu mengingkariKu. [Al-Baqarah : 152]

∩⊆⊇∪ Ì ≈x6ö/M}$#uρ ÄcÅ´yèø9$$Î/ ôxÎm7y™uρ #Z$ÏWŸ2 y7−/§‘ ä.øŒ$#uρ


2. Wazkur Rabbaka Katsiranw Wasabbih Bil ‘Ashiyyi
Wal Ibkar.

Dan berzikirlah mengingati Tuhanmu sebanyak-banyaknya


serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari." [Ali Imran
: 41]

’Îû tβρã ¤6x tGtƒuρ öΝÎγÎ/θãΖã_ 4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# tβρã ä.õ‹tƒ tÏ%©!$#

$oΨÉ)sù y7oΨ≈ysö6ß™ WξÏÜ≈t/ #x‹≈yδ |Mø)n=yz $tΒ $uΖ−/u‘ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# È,ù=yz

∩⊇⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã


3. Allazina Yazkurunallaha Qiyamanw Waqu’udanw
Wa ‘Ala Junubihim Wayatafakkaruna Fi Khalqis Samawati
Wal Ardh, Robbana Ma Khalaqta Haza Batila, Subhanaka
Faqina ‘Azabannar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


362
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
(Ulul Albab) iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil
berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya
berkata Wahai Tuhan kami, tidak Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami
dari siksa api neraka. [Ali Imran : 191]

öΝà6Î/θãΖã_ 4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# (#ρã à2øŒ$$sù nο4θn=¢Á9$# ÞΟçFøŠŸÒs% #sŒÎ*sù

’n?tã ôMtΡ%x. nο4θn=¢Á9$# ¨βÎ) 4 nο4θn=¢Á9$# (#θßϑŠÏ%r'sù öΝçGΨtΡù'yϑôÛ$# #sŒÎ*sù 4

∩⊇⊃⊂∪ $Y?θè%öθ¨Β $Y7≈tFÏ. šÏΖÏΒ÷σßϑø9$#


4. Fa Iza Qadhoitumus Solata Fazkurullaha Qiyamanw
Wa Qu’udanw Wa ‘Ala Junubikum.

Maka apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka


hendaklah kamu berzikir mengingati Allah di waktu berdiri
dan duduk dan di waktu kamu berbaring, kemudian apabila
kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah shalat itu
(sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu
yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
[An-Nisaa : 103]

ÉΑöθs)ø9$# zÏΒ Ì ôγyfø9$# tβρߊuρ Zπx ‹Åzuρ %Yæ•|Øn@ š


Å¡ø tΡ ’Îû š
−/§‘ ä.øŒ$#uρ

∩⊄⊃∈∪ t,Î#Ï ≈tóø9$# zÏiΒ ä3s? Ÿωuρ ÉΑ$|¹Fψ$#uρ Íiρ߉äóø9$$Î/


5. Wazkur Rabbaka Fi Nafsika Tadharru’anw Wa
Khifatanw Wa Dunal Jahri Minal Qauli Bil Ghuduwwi Wal
Asoli Wala Takum Minal Ghafilin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


363
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dan berzikirlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut serta dengan tidak
mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah
kamu termasuk orang-orang yang lalai. [Al-A’raf : 205]

öΝÍκön=tã ôMu‹Î=è? #sŒÎ)uρ öΝåκæ5θè=è% ôMn=Å_uρ ª!$# t Ï.èŒ #sŒÎ) tÏ%©!$# šχθãΖÏΒ÷σßϑø9$# $yϑ¯ΡÎ)

∩⊄∪ tβθè=©.uθtGtƒ óΟÎγÎn/u‘ 4’n?tãuρ $YΖ≈yϑƒÎ) öΝåκøEyŠ#y— …çµçG≈tƒ#u


6. Innamal Mukminunal Lazina Iza Zukirallahu Wajilat
Qulubuhum, Wa Iza Tuliyat ‘Alaihim Ayatuhu Zadathum
Imananw Wa ‘Ala Robbihim Yatawakkalun.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah


mereka yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka
bertawakkal. [Al-Anfal : 2]

©!$# .χÎ) ö≅è% 3 ϵÎn/§‘ ÏiΒ ×πtƒ#u ϵø‹n=tã tΑÌ“Ρé& Iωöθs9 (#ρã x x. tÏ%©!$# ãΑθà)tƒuρ

’È⌡uΚôÜs?uρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# ∩⊄∠∪ z>$tΡr& ôtΒ Ïµø‹s9Î) ü“ωöκu‰uρ â!$t±o„ tΒ ‘≅ÅÒãƒ

∩⊄∇∪ Ü>θè=à)ø9$# ’È⌡yϑôÜs? «!$# Ì ò2É‹Î/ Ÿωr& 3 «!$# Ì ø.É‹Î/ Οßγç/θè=è%


7. Wa Yahdi Ilaihi Man Anab. Allazina Amanu Wa
Tatma Innu Qulubuhum Bizikrillah, Ala Bizikrillahi Tatma
Innul Qulub.

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan


kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?"
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
364
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang
Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat
kepadaNya", (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.
[Ar-Ra’d : 27 – 28]

Ï!$tGƒÎ)uρ Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# Ì ø.ÏŒ tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt ≈pgÏB öΝÍκÎγù=è? ω ×Α%y`Í‘

∩⊂∠∪ ã ≈|Áö/F{$#uρ ÛUθè=à)ø9$# ϵŠÏù Ü=¯=s)tGs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†   Íο4θx.¨“9$#


8. Rijalun La Tulhihim Tijaratunw Wala Bai’un ‘An
Zikrillah.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak


(pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari)
mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat.
mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan
penglihatan menjadi goncang. [An-Nur : 37]

nο4θn=¢Á9$# .χÎ) ( nο4θn=¢Á9$# ÉΟÏ%r&uρ É=≈tGÅ3ø9$# š∅ÏΒ y7ø‹s9Î) zÇrρé& !$tΒ ã≅ø?$#

$tΒ ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 çt9ò2r& «!$# ã ø.Ï%s!uρ 3 Ì s3Ζßϑø9$#uρ Ï!$t±ósx ø9$# Ç∅tã 4‘sS÷Ζs?

∩⊆∈∪ tβθãèoΨóÁs?
9. Walazikrullahi Akbar

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-


Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya shalat
itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
365
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan sesungguhnya mengingat Allah (Solat) adalah lebih
besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-‘Ankabut : 45]

tΠöθu‹ø9$#uρ ©!$# (#θã_ö tƒ tβ%x. yϑÏj9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ô‰s)©9

∩⊄⊇∪ #Z$ÏVx. ©!$# t x.sŒuρ t ÅzFψ$#


10. Laqod Kana Lakum Fi Rasulillahi Uswatun
Hasanatun Liman Kana Yarjullaha Walyaumil Akhiri
Wazakarallaha Katsira.

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah Sallallahu


‘Alaihi Wasallam tauladan yang baik bagi kamu iaitu bagi
orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah dan
keselamatan di hari Akhirat dan berzikir kepada Allah
sebanyak-banyaknya. [Al-Ahzab : 21]

tÏGÏΖ≈s)ø9$#uρ ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$#uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$#uρ ÏM≈yϑÎ=ó¡ßϑø9$#uρ šÏϑÎ=ó¡ßϑø9$# ¨βÎ)

ÏN≡uÉ9≈¢Á9$#uρ tÎÉ9≈¢Á9$#uρ ÏM≈s%ω≈¢Á9$#uρ tÏ%ω≈¢Á9$#uρ ÏM≈tFÏΖ≈s)ø9$#uρ

tÏϑÍׯ≈¢Á9$#uρ ÏM≈s%Ïd‰|ÁtFßϑø9$#uρ tÏ%Ïd‰|ÁtFßϑø9$#uρ ÏM≈yèϱ≈y‚ø9$#uρ tÏèϱ≈y‚ø9$#uρ

šÌ Å2≡©%!$#uρ ÏM≈sàÏ ≈ysø9$#uρ öΝßγy_ρã èù šÏàÏ ≈ptø:$#uρ ÏM≈yϑÍׯ≈¢Á9$#uρ

∩⊂∈∪ $Vϑ‹Ïàtã #· ô_r&uρ Zοt Ï øó¨Β Μçλm; ª!$# £‰tãr& ÏN≡t Å2≡©%!$#uρ #Z$ÏVx. ©!$#
11. Wazzakirinallaha Wazzakirati A’addallahu Lahum
Maghfiratanw Wa Ajran ‘Azima.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
366
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-
laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan
yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang
benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan
perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang
bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-
laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, Dan
laki-laki yang berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya
dan perempuan yang berzikir, Allah telah menyediakan
untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab
: 35]

Zοt õ3ç/ çνθßsÎm7y™uρ ∩⊆⊇∪ #Z$ÏVx. #[ ø.ÏŒ ©!$# (#ρâQè0øŒ$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆⊄∪ ¸ξ‹Ï¹r&uρ
12. Ya Ayyuhallazina Amanu Uzkurullaha Zikran
Katsira. Wa Sabbihu Hu Bukratanw Wa Asila.

Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah,


zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah
kepadaNya di waktu pagi dan petang. [Al-Ahzab : 41 – 42]

ߊθè=ã_ çµ÷ΖÏΒ ” Ïèt±ø)s? u’ÎΤ$sW¨Β $YγÎ6≈t±tF•Β $Y6≈tGÏ. Ï]ƒÏ‰ptø:$# z|¡ômr& tΑ¨“tΡ ª!$#

y7Ï9≡sŒ 4 «!$# Ì ø.ÏŒ 4’n<Î) öΝßγç/θè=è%uρ öΝèδߊθè=ã_ ß,Î#s? §ΝèO öΝåκ®5u‘ šχöθt±øƒs† tÏ%©!$#

∩⊄⊂∪ >Š$yδ ôÏΒ …çµs9 $yϑsù ª!$# È≅Î=ôÒムtΒuρ 4 â!$t±o„ tΒ ϵÎ/ “ωöκu‰ «!$# “y‰èδ
13. Allahu Nazzala Ahsanal Haditsi Kitabam
Mutasyabiham Matsaniya Taqsya’irru Minhu Juludullazina
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
367
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yakhsyauna Rabbahum, Tsumma Talinu Juluduhum Wa
Qulubuhum Ila Zikrillah, Zalika Hudallahi Yahdi Bihi Man
Yasyaa.

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (Al-


Quran) yang serupa mutu ayatNya lagi berulang-ulang,
gementar kerananya badan orang-orang yang takut kepad
Tuhannya, kemudian menjadi tenang badan dan hati mereka
di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, Dia
memimpin siapa yang dikehendakiNya, dan Barangsiapa
yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang
pemimpinpun. [Az-Zumar : 23]

∩⊂∉∪ ÖƒÌ s% …çµs9 uθßγsù $YΖ≈sÜø‹x© …çµs9 ôÙÍh‹s)çΡ Ç≈uΗ÷q§ 9$# Ì ø.ÏŒ tã ß·÷ètƒ tΒuρ
14. Waman Ya’syu ‘An Zikrir Rahmani Nuqayyidhz Lahu
Syaitanan Fahuwa Lahu Qarin.

Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan Yang


Maha Pemurah, kami adakan baginya Syaitan, maka dialah
teman yang selalu menyertainya. [Az-Zukhruf : 36]

Èd,ptø:$# zÏΒ tΑt“tΡ $tΒuρ «!$# Ì ò2Ï%Î! öΝåκæ5θè=è% yìt±øƒrB βr& (#þθãΖtΒ#u tÏ%©#Ï9 Èβù'tƒ öΝs9r&

߉tΒF{$# ãΝÍκön=tã tΑ$sÜsù ã≅ö6s% ÏΒ |=≈tGÅ3ø9$# (#θè?ρé& tÏ%©!$%x. (#θçΡθä3tƒ Ÿωuρ

∩⊇∉∪ šχθà)Å¡≈sù öΝåκ÷]ÏiΒ ×$ÏWx.uρ ( öΝåκæ5θè=è% ôM|¡s)sù


15. Alam Yakni Lillazina Amanu An Takhsya’a
Qulubuhum Lizikrillah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


368
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman,
untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada
kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah
mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah
diturunkan Al kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa
yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras.
dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang
fasik. [Al-Hadid : 16]

«!$# È≅ôÒsù ÏΒ (#θäótGö/$#uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρã ϱtFΡ$$sù äο4θn=¢Á9$# ÏMuŠÅÒè% #sŒÎ*sù

∩⊇⊃∪ tβθßsÎ=ø è? ö/ä3¯=yè©9 #Z$ÏWx. ©!$# (#ρã ä.øŒ$#uρ


16. Fa Iza Qudhiyatis Solatu Fantasyiru Fil Ardh
Wabtaghu Min Fadhlillahi Wazkurullaha Katsiran
La’allakum Tuflihun.

Apabila telah ditunaikan Solat (Juma’at) maka bertebaranlah


kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan berzikirlah
kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya kamu
beruntung.
[Jumu’ah : 10]

«!$# Ì ò2ÏŒ tã öΝà2߉≈s9÷ρr& Iωuρ öΝä3ä9≡uθøΒr& ö/ä3Îγù=è? Ÿω (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩∪ tβρçÅ£≈y‚ø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù y7Ï9≡sŒ ö≅yèø tƒ tΒuρ 4


17. Ya Ayyuhallazina Amanu La Tulhikum Amwalukum
Wala Awladukum ‘An Zikrillah, Waman Yaf’al Zalika Fa
Ula Ika Humul Khasirun.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


369
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan
anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah,
barangsiapa yang berbuat demikian sesungguhnya mereka
itulah orang-orang yang rugi. [Al-Munafiqun : 9]

∩∇∪ Wξ‹ÏFö;s? ϵø‹s9Î) ö≅−Gu;s?uρ y7În/u‘ zΝó™$# Ì ä.øŒ$#uρ


18. Wazkurisma Rabbika Wa Tabattal Ilaihi Tabtila.

Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya


dengan penuh ketekunan. [Al-Muzammil : 8]

∩⊄∈∪ Wξ‹Ï¹r&uρ Zοt õ3ç/ y7În/u‘ zΝó™$# Ì ä.øŒ$#uρ


19. Wazkurisma Rabbika Bukratanw Wa Asila.

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.


[Al-Insan : 25]

∩⊇∈∪ 4’©?|Ásù ϵÎn/u‘ zΟó™$# t x.sŒuρ ∩⊇⊆∪ 4’ª1t“s? tΒ yxn=øùr& ô‰s%
20. Qod Aflaha Man Tazakka. Wa Zakarasma Rabbihi
Fasolla.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri


(dari perangai yang keji). Dan dia berzikir nama Tuhannya,
lalu mendirikan Solat. [Al-A’la : 14 – 15]

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


370
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

#Z$ÏWŸ2 ©!$# (#ρã à2øŒ$#uρ (#θçFç6øO$$sù Zπt⁄Ïù óΟçGŠÉ)s9 #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊆∈∪ šχθßsÎ=ø è? öΝä3¯=yè©9


21. Wazkurullaha Katsiran La’allakum Tuflihun

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi


pasukan musuh, maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah
nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. [Al-
Anfal : 45]

Maksud menyebut nama Allah sebanyak-banyaknyanya


ialah dengan memperbanyak zikir dan doa.

DALIL AL-HADITS
ADAPUN hadits-hadits Nabawiyah berkenaan Zikrullah itu
teramat banyak, namun hamba hanya dapat menukilkan
sebahagiannya sepertimana yang telah termaktub di dalam
kitab-kitab hadis. Walaubagaimanapun, daku menyatakan
maksud terjemahan dari sabdaan Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

1. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu) memberitahu


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya
Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu
terhadapKu, adalah Aku bersamanya apabila dia
mengingati Aku, jika dia mengingati Aku di dalam hatinya
maka Aku mengingatinya di dalam hatiKu dan jika dia
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
371
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam
jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat
yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hambaku
mendekatiKu sejengkal maka Aku dekati dia sehasta.
Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku dekati dia
sedepa, dan apabila dia datang mendekati Aku dengan
berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.”

[ Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi, An-


Nasai, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi ]

2. Hadhrat Abu Darda (R. ‘anhu) telah meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada para
Sahabatnya (R. ‘anhum), “Mahukah daku khabarkan
kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat
suci di sisi Allah yang meninggikan darjatmu ke peringkat
yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada
menafkahkan emas dan perak di Jalan Allah, yang lebih
utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah
medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka
menanggalkan lehermu? Para Sahabat berkata, “Bahkan,
apakah itu Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Zikrullah.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu Majah, Ibnu Abi Dunya,


Al-Hakim dan Al-Baihaqi ]

3. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Berapa
banyak orang yang di dunia ini mengingati Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
372
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala di kasur yang empuk yang
kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat yang
tertinggi di dalam Syurga.” Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga pernah bersabda, “Jika
sekiranya kamu senantiasa berzikir nescaya para Malaikat
akan berjabat tangan denganmu di jalan-jalan dan tempat
tidur kamu.” Dalam sebuah hadits lagi Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri.” Para
Sahabat bertanya, “Siapakah yang unggul sendiri, Ya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Ialah mereka yang menyebut nama Allah
sebanyak-banyaknya.”

[ Riwayat Ibnu Hibban dan Muslim ]


4. Hadhrat Abu Musa (R. ‘anhu) memberitakan
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Perbandingan
orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir
adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.
Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang
mati.”

[ Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi ]

5. Hadhrat Abu Musa (R. ‘anhu) memberitakan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Jika sekiranya
orang yang mempunyai wang yang banyak lalu
membahagi-bahagikan (bersedekah di Jalan Allah) dan
seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir kepada Allah
maka yang berzikir kepada Allah itu adalah lebih utama.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


373
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

[ Riwayat At-Tabarani ]

6. Hadhrat Mu’az bin Jabal (R. ‘anhu) memberitakan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Bahawa para
penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan
menyesal dan tidak akan berduka cita mengenai suatu apa
pun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa
zikrullah.”

[ Riwayat At-Tabarani, Ibnu Abi Dunya, Ahmad, Ibnu


Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi ]

7. Hadhrat Abu Hurairah dan Abu Sa’id (R. ‘anhuma)


memberitakan bahawa mereka menyaksikan dan
mendengar Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Tidak ada jemaah
yang duduk sambil berzikirullah melainkan
dikerumunilah mereka oleh Para Malaikat, diliputinya
mereka dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka
ketenangan dan disebutkan mereka oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala di hadapan mereka yang berada di sisiNya.”

[ Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim, At-Tarmizi,


Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi ]

8. Hadhrat Abu Zar (R. ‘anhu) meriwayatkan bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Aku nasihatkanmu, kamu
hendaklah bertakwa kepada Allah kerana ianya sumber
segala amalan. Utamakanlah bacaan Al-Quran dan
zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
374
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi.
Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap nescaya
syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong
tentang urusan-urusan agamamu. Janganlah sekali-kali
banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan
cahaya dari wajahmu akan terlenyap. Utamakanlah jihad
kerana itulah kebanggaan umatku. Hendaklah
mengasihani orang-orang miskin dan menggauli mereka
dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah
daripada keadaanmu. Janganlah sekali-kali
memperhatikan keadaan mereka yang lebih tinggi
daripada keadaanmu kerana dengan ini kamu tidak dapat
mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah Dia
anugerahkan kepada kamu. Hendaklah mengukuhkan tali
persaudaraan dengan kaum kerabatmu walaupun mereka
memutuskan perhubungan mereka denganmu. Hendaklah
berbicara yang benar walaupun dirasai pahit. Janganlah
sekali-kali menghiraukan para pencela mengenai urusan-
urusan agama Allah. Carilah keaiban dirimu sendiri,
janganlah sekali-kali menghibuhkan keaiban orang lain.
Janganlah sekali-kali memurkai seseorang kerana
keburukannya yang terlibat di dalam dirimu sendiri.
Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang lebih
bernilai daripada tindakan yang sewajarnya. Sebaik-baik
taqwa ialah menjauhi segala larangan dan tidak ada
kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang sempurna.”

[ Riwayat At-Tabarani dan Abdu Ibni Hamid ]

9. Hadhrat Muawiyah (R. ‘anhu) memberitakan


bahawa sekali Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam keluar menemui satu halqah majlis para
Sahabat (R. ‘anhum) lalu Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada mereka,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
375
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Mengapa anda sekelian duduk di sini?” Sahut mereka,
“Kami menyebut Allah dan memujiNya atas nikmat agama
Islam yang telah dilimpahkanNya kepada kami.” Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Kerana itukah anda sekelian duduk di sini? Aku tak akan
meminta kamu bersumpah atau aku hendak menuduh
kamu, namun Malaikat Jibrail telah mendatangiku dan
mengatakan bahawa Allah Ta’ala membanggakan kamu
atas para malaikatNya.”

[ Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim, At-Tarmizi


dan An-Nasai ]

10. Hadhrat Anas (R. ‘anhu) memberitakan bahawa


Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Orang-orang yang berkumpul untuk
berzikirullah hanya dengan tujuan mendapatkan
keredhaanNya maka seorang malaikat berseru dari langit
bahawa dosa-dosamu telah diampunkan dan kejahatan-
kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.” Menurut
hadis yang lain, “Sebaliknya jika orang-orang berkumpul
di sesuatu majlis kemudian berpisah dari majlis itu tanpa
zikirullah maka majlis itu menyebabkan mereka akan
menyesal pada hari Kiamat.”

[ Riwayat Ahmad, Al-Bazar, Abu Ya’la, At-Tabarani, Al-


Baihaqi, Al-Munziri, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan As-Sayuti ]

11. Hadhrat Muaz Ibnu Jabal (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Tiada
seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih
selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
376
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
[ Riwayat Ahmad, At-Tabarani, Malik, At-Tarmizi, Ibnu
Majah, Al-Hakim, Az-Zahabi, Al-Baihaqi, Ibnu Abi Sayibah
dan Ibnu Abi Dunya ]

12. Hadhrat Abu Darda Hadhrat (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Allah
Subhanahu Wa Ta’ala akan membangkitkan pada hari
Kiamat setengah-setengah kaum yang muka-mukanya
cemerlang menyilaukan mata. Mereka berada di mimbar-
mimbar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan
beriri hati dengan mereka sedangkan mereka itu bukannya
Nabi dan bukan pula Syahid.” Maka seorang berkata, “Ya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, terangkanlah
kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami
mengenali mereka-mereka itu.” Sebagai menjawab
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Mereka itu adalah orang-
orang yang berasal dari keluarga dan kampung yang
berlainan yang datang berkumpul di suatu tempat lalu
mencintai Allah dengan menyebutNya.”

[ Riwayat At-Tabarani, Al-Munziri, Ahmad dan Al-Baihaqi ]

13. Hadhrat Anas (R. ‘anhu) meriwayatkan bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Jika kamu melawat pada
kebun-kebun syurga maka rasailah kemewahannya sebaik-
baiknya.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah kebun itu Ya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Jawab Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, “Majlis zikrullah.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


377
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
[ Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibnu Abi Dunya,
Al-Bazar, Abu Ya’la dan Al-Hakim ]

14. Hadhrat Abdullah Ibnu ‘Abbas (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Jika
seseorang daripada kamu yang tidak berani untuk beramal
di malam hari, tidak dapat membelanjakan hartanya pada
jalan Allah kerana bakhil dan tidak dapat berjuang pada
Jalan Allah kerana takut maka hendaklah mengerjakan
zikrullah sebanyak-banyaknya.”
[ Riwayat At-Tabarani, Al-Baihaqi, Al-Bazar, Al-Bukhari, At-
Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah ]

15. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa sesungguhnya Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Hendaklah kamu berzikir sebanyak-banyaknya sehingga
orang mengatakan kamu gila.”

[ Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

16. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Ada tujuh
golongan yang akan dilindungi Allah di bawah
RahmatNya pada hari yang tiada perlindungan selain dari
lindungan Allah iaitu: [1] Imam pemerintah yang adil [2]
Pemuda yang menggunakan masa mudanya untuk
beribadah kepada Tuhan [3] Lelaki yang hatinya saban
waktu berada di masjid. [4] Dua lelaki yang mencintai satu
dengan yang lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan
berpisah semata-mata kerana Allah [5] Lelaki yang digoda
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
378
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
oleh wanita bangsawan lagi jelita lalu dia berkata, “Aku ini
takut akan Allah” [6] Lelaki yang memberi sedekah dengan
disembunyikannya sehingga tidak tahu tangan kirinya apa
yang diberikan oleh tangan kanannya [7] Lelaki yang
berzikir mengingati Allah s.w.t. bersunyi diri sehingga
berlinangan air matanya.”

[ Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

17. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu) memberitakan


bahawa sekali beliau bertanya kepada Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Siapakah yang
akan mencapai kebahagiaan pada hari Kiamat melalui
Syafa’at Baginda?” Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam menjawab, “Wahai Abu Hurairah,
sesungguhnya setelah aku melihat minat kau terhadap
Hadis maka aku menyangka bahawa tentang perkara ini
tidak ada seorang pun bertanya sebelummu.” Lantas
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda lagi, “Yang akan mencapai
kebahagiaan dan keuntungan melalui Syafa’atku ialah
orang yang mengucapkan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH
dengan ikhlas dari Qalbnya atau Nafsnya.”

[ Riwayat Al-Bukhari dan Al-Hakim ]

18. Hadhrat ‘Ubadah (R. ‘anhu) meriwayatkan bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sebaik-baik zikir ialah zikir
khafi dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi.”

[ Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la ]

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


379
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

19. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Dunia dan apa-apa
yang ada padanya dikutuk Allah kecuali zikrullah, apa-apa
yang menghampiri kepadanya, alim ulamak dan para
penuntut.”

[ Riwayat At-Tarmizi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, At-Tabarani,


As-Sayuti dan Al-Bazar ]

20. Hadhrat Jabir (R. ‘anhu) meriwayatkan bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Zikir yang termulia ialah LA
ILAHA ILLA ALLAH dan doa yang terbaik ialah
ALHAMDULILLAH.”

[ Riwayat At-Tarmizi, Ibnu Majah, Al-Munziri, An-Nasai,


Ibnu Hibban, Al-Hakim, Az-Zahabi dan As-Sayuti ]

21. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sekali
Hadhrat Musa Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memohon
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, “Wahai Tuhan
ajarkanlah aku akan sesuatu yang dapat aku
mengingatiMu dengannya.” Allah berfirman, “Ucapkanlah
olehmu LA ILAHA ILLA ALLAH.” Baginda Sallallahu
‘Alaihi Wasallam berkata, “Ya Tuhan, semua hambaMu
mengucapkan kalimah ini.” Tuhan berfirman,
“Ucapkanlah olehmu LA ILAHA ILLA ALLAH.” Baginda
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata lagi, “Ya Tuhan,
sesungguhnya aku menghendaki sesuatu yang terkhas
bagiku.” Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Jika
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
380
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di
atas sebelah dacing dan LA ILAHA ILLA ALLAH di sebelah
yang lain maka nescaya dacing di sebelah LA ILAHA ILLA
ALLAH itu lebih berat.”

[ Riwayat An-Nasai, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Az-Zahabi,


Abu Na’im, Al-Baihaqi dan Abu Ya’la ]

22. Hadhrat Abu Hurairah (R.’anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Seorang penyeru
akan menyeru pada Hari Kiamat, di manakah orang-orang
yang berakal? Orang ramai akan bertanya, siapakah yang
dimaksudkan dengan orang-orang yang berakal itu?
Pertanyaan itu akan dijelaskan seperti berikut: Mereka itu
ialah orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri
dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan bumi dan langit seraya
berkata, Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami
dari siksaan api neraka. Mereka akan berjalan mengikuti
bendera itu dan dikatakan kepada mereka bahawa
masuklah kamu sekelian ke dalam syurga buat selama-
lamanya.”

[ Riwayat Al-Asbahani ]

23. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Tiada seorang
hamba yang mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH
melainkan dibukakan baginya pintu-pintu di langit

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


381
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sehingga kalimah itu terus menuju ke ‘Arasy kecuali orang
itu terlibat di dalam dosa-dosa yang besar.”

[ Riwayat At-Tarmizi, Al-Qari, An-Nasai, Ibnu Hibban, As-


Sayuti dan At-Tabarani ]

24. Hadhrat Zaid Bin Arqam (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Barangsiapa yang
mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH dengan ikhlas, dia
akan dimasukkan ke dalam Syurga.”

[ Riwayat At-Tabarani ]

25. Hadhrat Ya’la bin Syaddad (R. ‘anhu) menceritakan


suatu peristiwa yang dibenarkan oleh Hadhrat ‘Ubadah
(R.’anhu), katanya bahawa sekali kami berada di dalam
masjid Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan tak semena-mena
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bertanya, “Di antara kamu ini adakah seseorang yang
bukan orang Islam?” Kami menyahut, “Tidak, Ya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Lalu Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menyuruh kami menutup pintu kemudian
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Angkatlah tangan-tanganmu
dan ucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH.” Maka kami pun
mengangkat tangan-tangan kami dan mengucapkan LA
ILAHA ILLA ALLAH.” Lantas Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Wahai
Tuhan sesungguhnya Engkau mengutuskanku dengan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
382
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kalimah ini. Engkau telah janjikan Syurga dengan kalimah
ini dan Engkau tidaklah memungkiri janji.” Seterusnya
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam berkata kepada kami, “Gembiralah kamu
kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengampuni
kamu sekelian.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tabarani, Al-Hakim, Az-Zahabi dan


Al-Bazar ]

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


383
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

FADHILAT ZIKIR
AMALAN Zikir memiliki berbagai kelebihan sepertimana
yang masyhur dinyatakan dalam kitab-kitab Hadits. Hadhrat
Hafiz Ibnul Qayyim Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
seorang ‘Ulama Hadits telah menyatakan berbagai-bagai
penjelasan mengenai kelebihan Zikir. Beliau menyatakan
terdapat lebih dari seratus faedah yang dapat diperolehi
menerusi amalan Zikir dan telah beliau nukilkan sebanyak
tujuh puluh sembilan faedah di dalam sebuah risalah yang
bertajuk Al-Wabil. Hadhrat Maulana Muhammad Zakaria
Al-Kandahlawi Rahmatullah ‘alaih telah meyalin faedah-
faedah itu satu persatu secara ringkas dalam kitabnya
Fadhail Zikir dan hamba pun menyalinnya sebagai berikut:

1. Zikir adalah menjauhkan Syaitan dan menghancurkan


kekuatannya.
2. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
redha.
3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati
manusia.
4. Zikir adalah menggembirakan hati.
5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan
sanubari.
6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan
mencurah-curah yakni memurahkan rezeki.
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada
kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang
wajahnya seseorang merasa gentar.
9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana cinta itulah merupakan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
384
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ruh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan
kebahagiaan. Barang siapa ingin mendapatkan cinta
Ilahi itu maka hendaklah dia berzikir sebanyak-
banyaknya. Sebagaimana mutala’ah dan muzakarah itu
merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah Zikrullah
itu merupakan pintu Cinta Ilahi.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan
Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat
Ihsan. Denganadanya martabat Ihsan maka manusia
dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang
seolah-olah dia melihatNya dan keadaan seperti inilah
yang merupakan tujuan asasi daripada perjuangan Para
Sufi.
11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan
diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini
lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap
keadaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadi pelindung
dan pembantu baginya.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Taqarrub
yakni mendekatkan diri kepada Allah. Jika zikir itu
bertambah banyak maka dengan sendirinya dia
bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika dia
bertambah lalai daripada berzikir maka dengan
sendirinya dia bertambah jauh daripada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
13. Zikir adalah membukakan pintu Ma’rifat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan
keagungan dan kehebatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan melahirkan semangat buat merapatkan diri
denganNya.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta’ala
ingat kepada seseorang yang ingat kepadaNya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
385
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran: “Fazkuruni
Azkurkum.” Ertinya: Kerana itu ingatlah kamu
kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan
diterangkan pula di dalam Hadits: “Man Zakarani Fi
Nafsihi, Zakrtuhu Fi Nafsi.” Ertinya: Barangsiapa
mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku
mengingatinya pula di dalam hatiKu.”
16. Zikir adalah menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyah
Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa perbandingan
Zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan
dengan air. Ingatlah, apakah halnya ikan itu jika ia tidak
berada di dalam air?
17. Zikir adalah santapan bagi Ruh dan Hati. Andaikata jika
kedua-duanya tidak dapat menikmati santapannya
maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat
makanannya.
18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karat
kekotorannya sepertimana diterangkan di dalam Hadits
bahawa tiap-tiap sesuatu ada daki dan kekotoran
baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan
kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan
dengan berzikir.
19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.
20. Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebenarnya hati
orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu atau
gelisah terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya
dapat dihapuskan hanya oleh Zikrullah.
21. Orang yang berzikir dengan mensucikan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, memujiNya, mengagungkanNya
dan mengesakanNya, maka kalimah-kalimah zikirnya
itu akan berpusing-pusing mengelilingi ‘Arash Allah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


386
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala sambil menyebut nama penzikir
itu dengan suara yang perlahan.
22. Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingat pula kepadanya
dalam kesusahan.
23. Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu
daripada azab Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
24. Zikir adalah menyebabkan turunnya Sakinah
ketenangan dan Para Malaikat melingkungi orang-orang
yang berzikir itu.
25. Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang
yang berzikir itu daripada menumpat, mencela,
berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia-sia. Telah
dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsipa yang
membiasakan lidahnya dengan berzikir maka
terselamatlah daripada sifat-sifat yang keji. Sebaliknya
orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan
sendirinya dia terlibat di dalam keburukan dan sifat-
sifat yang keji itu.
26. Majlis-majlis zikir adalah seperti majlis Para Malaikat
sebaliknya majlis kelalaian yakni majlis yang peserta-
pesertanya lalai daripada berzikir adalah seperti majlis
Syaitan. Kini terserah kepada manusia, sertailah majlis
mana yang suka. Menururt kebiasaan manusia sukakan
akan sesuatu yang sesuai dengan sikap dan
perangainya.
27. Zikir adalah memasukkan orang-orang yang berzikir itu
ke dalam golongan orang-orang yang berbahagia dan
demikian juga mereka yang mendampinginya.
Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-
kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah
kecelakaan. Demikian juga orang-orang yang menyertai
mereka itu.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
387
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
28. Zikir akan memelihara seseorang yang berzikir daripada
menyesal pada Hari Qiyamat. Di dalam Hadits ada
disebutkan bahawa majlis-majlis yang terkosong
daripada Zikrullah menyebabkan mendapat kerugian
dan menyesal pad Hari Qiyamat.
29. Jika seseorang yang berzikir sambil menangis-nangis
dalam keadaan sunyi diri maka pada Hari Qiyamat dia
akan ditempatkan di bawah naungan ‘Arash Ilahi di
mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana
kepanasan hari yang amat dahsyat itu.
30. Pada hati manusia ada suatu bahagian yang tidak subur
melainkan dengan Zikrullah.
31. Zikrullah adalah merupakan pohon di dalam Syurga.
32. Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata
kerana Zikrullah.
33. Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir maka
Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kepadanya
lebih daripada orang yang meminta kepadaNya. Di
dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Barangsiapa yang
tertahan oleh zikirKu daripada berdoa nescaya Aku
berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan
kepada orang-orang yang berdoa.”
34. Sungguhpun zikir merupakan suatu ibadat yang ringan
dan mudah sekali namun ia adalah lebih afdhal dan
utama daripada seluruh ibadat kerana menggerakkan
lidah itu lebih mudah daripada menggerakkan seluruh
badan.
35. Nikmat dan kekurniaan yang diberikan Allah kepada
seseorang kerana zikir tidaklah diberikan kerana amal-
amal yang lain yang mana diterangkan di dalam
mafhum sebuah Hadits: “Barangsiapa yang membaca
kalimah: La Ilaha Illa Allahu Wahdahu La Syarikalahu,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
388
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Lahul Mulk Wa Lahul Hamd, Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai
in Qadir, sebanyak seratus kali pada suatu hari maka
Allah memberikan pahala kepadanya yang
seimbangan dengan memerdekakan sepuluh hamba
sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya
seratus kebajikan, dihapuskan daripadanya seratus
dosa, dipelihara daripada godaan Syaitan dan tidak
sesiapa pun yang lebih afdhal daripadanya kecuali
orang yang amalan-amalannya telah melebihi.”
36. Seseorang yang berzikir berterusan dengan secara
Istiqamah, dia akan terselamat daripada melupakan
dirinya yang menyebabkan kecelakaan Dunia dan
Akhirat, kerana melupakan diri sendiri dan muslihat-
muslihatnya bererti melupakan Tuhan dan yang
melupakan Tuhan nescaya akan tercampak ke dalam
kancah kerugian. Diperingatkan oleh Allah di dalam
Kitab Suci Al-Quran pada Surah Al-Hasyar ayat 19 yang
ertinya: “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang
lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan kamu seperti
orang-orang yang lupa kepada diri mereka sendiri.
Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Yakni janganlah
kamu menyerupai orang-orang yang tidak
menghiraukan Allah, lantas Allah menjadikan mereka
tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal
fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat
menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang
hakiki kerana apabila manusia melupakan dirinya maka
dengan sendirinya dia terlalai daripada muslihat-
muslihatnya dan akhirnya dia akan menjadi mengsa
kebinasaan. Sepertimana seorang petani yang
melupakan sawah atau ladangnya, tidak
menghiraukannya sedikit pun. Maka tentulah sawah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


389
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
atau ladangnya itu tidak akan mendatangkan hasil apa-
apa dan akhirnya keadaan berubah menjadi belukar.
37. Seseorang akan merasai keamanan dan ketenangan jiwa
manakala dia membasahi lidahnya dengan berzikir
sehingga dia cinta kepada zikir. Sepertimana seorang
yang cinta kepada air ketika dia mengalami dahaga
yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika dia
lapar ataupun cinta kepada pakaian dan rumah
kediaman semasa dia merasai panas atau dingin yang
amat sangat, bahkan Zikrullah itu lebih mustahak lagi
kerana jika segala-gala yang disebutkan itu tidak
tersedia, maka tubuh ksar manusia saja mengalami
kebinasaan sedangkan tanpa zikir, Ruh dan Hati juga
akan mengalami kebinasaan.
38. Zikir adalah merupakan suatu pohon yang setiap masa
mendatangkan buah Ma’rifat. Menururt istilah ‘Ulama
Tasawwuf, pohon itu mendatangkan buah Ahwal dan
Maqamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin
akar pohon itu terkukuh dan semakin akarnya kukuh
semakin pohon itu mengeluarkan buah-buahannya.
39. Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak
mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dia tidak dapat
bersyukur kepadaNya.
40. Dengan zikir, seseorang manusia mencapai kemajuan
dan kejayaan dengan secara terus menerus ketika dia
beristirehat ataupun berada di pasar, ketika dia sihat
ataupun sakit, ketika dia sibuk dengan mengecap
kenikmatan hidup ataupun berada dalam serba
kekurangan. Pada setiap masa dan dalam setiap
keadaan dia mencapai kejayaan. Tiada suatu apa pun
yang menyebabkan dia mencapai kemajuan dengan
secra terus menerus kecuali dengan zikir. Jika hatinya
telah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
390
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
keadaan dia meningkat ke martabat yang setinggi-
tingginya.
41. Zikir adalah intisari Ilmu Tasawwuf yang diamalkan
oleh setiap Ahli Tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir
bagi seseorang bererti telah terbuka baginya jalan yang
menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Barangsiapa yang telah menuju kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala nescaya dia telah mendapat
segala-gala yang dikehendakinya kerana tidak
berkurangan apa-apa pada khazanah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
42. Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur
dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa
manusia tidak sedar maka selama itulah dia mengalami
kerugian demi kerugian.
43. Apabila zikir telah menguasai hati maka bukan saja ia
menyubur ke bahagian hati itu sahaja bahkan ia
menjadikan orang yang berzikir itu hidup dengan
makmur walaupun dia tidak berharta benda,
memuliakannya walaupun dia tidak berkeluarga dan
menjadikannya penguasa walaupun dia tidak
mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai
daripada zikir pasti dia akan dihinakan walaupun dia
mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan
yang besar.
44. Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah
bercerai dan menseraikan yang telah terhimpun,
mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat,
yakni hati manusia yang diselubungi oleh berbagai-
bagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya
dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman
dan ketenangan jiwa dan hati atau jiwa manusia yang
dikuasai oleh perbuatan-perbuatan yang keji itu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
391
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dibersihkan dan manusia yang senantiasa digoda dan
dikuasai oleh tentera-tentera Syaitan itu diceraikan
daripadanya dan Akhirat yang jauh itu didekatkan dan
Dunia yang dekat itu dijauhkan dari jiwa manusia.
45. Zikir adalah mendekatkan kepada Zat yang zikirnya
dikerjakan sehingga mendapat penyertaan denganNya
sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran, “Inna
Allaha Ma’allazi Nattaqau,” yang bererti:
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berserta
orang-orang yang bertaqwa. Diterangkan di dalam satu
Hadits Qudsi, “Ana Ma’a ‘Abdi Ma Zakarani,” ertinya:
Adalah Aku menyertai hambaKu selama dia mengingati
Aku. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Orang yang
mengingati Aku itu adalah orang Aku. Aku tidak
menjauhkannya daripada RahmatKu. Jika mereka
bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi
Kekasih bagi mereka tetapi sebaliknya jika mereka
tidak bertaubat maka Aku menjadi Jururawat bagi
mereka lalu Aku mencampakkan mereka ke alam
kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka
daripada dosa-dosa.”
46. Penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang dicapai
menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada
tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak
mungkin dicatit dan tidak pula mungkin dibicarakan.
Kelazatannya dengan ertikata yang sebenarnya boleh
dirasai hanya oleh orang yang telah mencapainya. Ya
Allah, berikanlah kepadaku barang sedikit daripada
kenikmatanNya.
47. Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba,
seimbang dengan membelanjakan harta dan seimbang
pula dengan berjuang pada Jalan Allah.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
392
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
48. Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa
Hadhrat Musa ‘Alaihissalam pernah berkata kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Ya Allah, Engkau telah
menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang
amat banyak maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur
kepadaMu.” Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
kepadanya: “Sebanyak yang engkau berzikir sebanyak
itulah engkau dapat bersyukur.”
49. Di dalam Hadits yang lain diterangkan bahawa Hadhrat
Musa ‘Alaihissalam memohon kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala: “Ya Allah! Bagaimanakah cara bersyukur
yang sesuai dengan keadaanMu yang terunggul?”
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hendaklah
lidahmu senantiasa dibasahi dengan berzikir.”
50. Yang paling mulia di antara orang-orang yang bertaqwa
pada sisi Allah ialah yang senantiasa sibuk dengan
berzikir kerana natijah Taqwa ialah Syurga sedangkan
natijah zikir ialah penyertaan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
51. Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada
berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.
52. Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah
sebaliknya lalai adalah sumber permusuhan
denganNya.
53. Tiadalah satu apapun yang menambahkan nikmat-
nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menyelamatkan
daripada azabNya lebih daripada Zikrullah.
54. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan RahmatNya
kepada orang-orang yang berzikir dan Para Malaikat
berdoa untuk mereka.
55. Barangsiapa yang ingin menikmati Syurga sedangkan
dia masih berada di dalam Dunia ini maka hendaklah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


393
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dia menyertai majlis-majlis zikir kerana majlis-majlis
zikir itu adalah seumpama taman-taman Syurga.
56. Barangsiapa senantiasa berzikir, dia akan memasuki
syurga sambil tersenyum-senyum.
57. Amalan yang paling afdhal ialah amalan yang disertai
dengan berzikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang
afdhal sekali ialah puasa yang disertai dengan berzikir
sebanyak-banyaknya. Haji yang afdhal ialah haji yang
disertai dengan zikir sebanyak-banyaknya dan
demikianlah Jihad serta amalan-amalan yang lainnya.
58. Zikir adalah pengganti kepada ibadat-ibadat Nafilah.
Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadits
bahawa segolongan orang-orang miskin datang lalu
merayu hal mereka kepada Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan berkata, “Ya
Rasulullah, saudara kami yang berharta benda telah
meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan
harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang
seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti
kami berpuasa tetapi kerana harta kekayaan, mereka
telah mendahului kami dengan mengerjakan Haji,
Umrah, Jihad dan lain-lainya.” Sebagai menjawab
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Mahukah kamu sekelian ku
ajarkan sesuatu untuk mencapai yang mendahului dan
untuk mendahului sesudah kamu sehingga tiadalah
lagi seorang pun yang lebih afdhal daripada kamu
kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu
perbuat.” Selanjutnya Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Bacalah kamu
sekelian: Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
selepas tiap-tiap Solat.” Ini menunjukkan bahawa
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
394
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, umrah,
jihad dan lain-lain bagi yang tidak berada.
59. Majlis Zikir adalah majlis Para Malaikat.
60. Allah Subhanahu Wa Ta’ala membanggakan orang-
orang yang berzikir di hadapan Para Malaikat.
61. Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
62. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat yang lain.
Dengan berzikir sebanyak-banyaknya maka ibadat-
ibadat yang lain itu menjadi mudah dan senang serta
kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar, oleh itu
semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan
kesukaran apa-apa.
63. Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi
ringan, setiap kesukaran akan berubah menjadi senang,
setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana
akan terlenyap.
64. Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan
kebimbangan akan terhindar.
65. Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang terkhas untuk
melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan
ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di
mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya semakin
itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap
ketakutan.
66. Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang
terkhas kepada manusia. Maka dengan kekuatan itu dia
dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak
sukar.
67. Pemberes urusan-urusan keakhiratan adalah dahulu-
mendahului di antara satu dengan yang lain dan di
dalam mendahului ini yang kelihatan di hadapan sekali
ialah orang-orang yang berzikir. Di dalam sebuah
Hadits, Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
395
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Telah
mendahului mereka yang Munfarrid.” Para Sahabat
bertanya, “Siapakah yang Munfarrid itu Ya
Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka yang
mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir
adalah meringankan bebanan mereka.”
68. Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang membenarkan
dan menguji orang-orang yang berzikir. Orang-orang
yang dibenarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu
tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang-orang
yang dusta. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan
bahawa apabila seorang hamba mengucapkan: “La
Ilaha Illa Allah Wallahu Akbar,” maka Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Benarlah ucapan
hambaKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku dan
Akulah Maha Besar.”
69. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam
Syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada
berzikir maka Para malaikat berhenti daripada membina
rumah itu. Manakala mereka ditanyakan, mengapakah
kamu berhenti daripada membina rumah itu? Mereka
menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba.
70. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa
barangsiapa mengucapkan: “Subhanallahi
Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim” sebanyak tujuh kali
nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam
Syurga.
71. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka
Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalam
Neraka kerana amal perbuatannya yang tidak baik maka
zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan
Neraka Jahannam. Semakin banyak zikir dibuat maka
semakin kuatlah pendinding itu.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
396
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
72. Jika seseorang yang berzikir di atas sebuah gunung atau
di tanah datar maka tempat tersebut akan merasa amat
bangga. Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan
bahawa gunung-ganang bertanya-tanyakan di antara
satu dengan yang lain bahawa hari ini adalah seseorang
yang berzikir melalui di atas engkau. Jika diberitahukan
bahawa ada yang melaluinya sambil berzikir, maka ia
berasa gembira lagi bangga.
73. Nur Zikir adalah sentiasa bersama orang yang berzikir
itu sama ada di Dunia mahupun di dalam Kubur dan ia
memimpin di Titian Sirat. Ia tidak berpisah di mana-
mana pun. Diperingatkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala di dalam Kitab Suci al-Quran pada Surah Al-
An’am ayat 122 yang bermaksud, “Apakah orang yang
sudah mati kemudian Kami hidupkan dia dan Kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan
cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah
masyarakat manusia, serupa dengan orang yang
keadaannya berada di dalam gelap gelita yang tidak
dapat keluar daripadanya?” Orang pertama itu beriman
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang hatinya
bersinar cemerlang dengan cinta makrifat dan zikirnya
sementara orang yang kedua itu ialah yang terkosong
dari sifat-sifat tersebut. Penghasilan Nur adalah sesuatu
yang teragung sekali, ianya membawa kepada kejayaan
yang gilang-gemilang.
74. Para Malaikat beristighfar memohon keampunan bagi
orang yang berzikir. Hadits ada menyebut bahawa
apabila seseorang hamba mengucapkan: Subhanallahi
Wabihamdihi atau Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
maka Para Malaikat berkata, “Ya Allah, ampunilah dia.”
Adalah termaklum bahawa doa Para Malaikat itu tidak
ditolak malahan terus dikabulkanNya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
397
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
75. Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi
kelepasan dari kemunafikan kerana orang-orang yang
Munafik tiada mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala
melainkan sedikit. Hadhrat Ka’ab Ahbar Radhiyallahu
‘anhu berkata, “Barangsiapa berzikir sebanyak-
banyaknya maka terpelihara dia daripada
kemunafikan.”
76. Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka
zikir mempunyai suatu kelazatan yang tidak di dapati
pada amalan-amalan yang lain. Hadhrat Malik bin Dinar
Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa seseorang tidak akan
berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan zikir.
77. Pada wajah orang yang berzikir itu di dapati
kegembiraan di Dunia dan akan kelihatan Nur padanya
di Hari Qiyamat.
78. Barangsiapa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala
sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, dirumah,
di dalam safar perjalanan dan ketika berada di
kampung, maka dia akan mempunyai pembela-pembela
yang ramai sekali di Hari Hisab kelak.
79. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah
dia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia,
berdusta, mengumpat dan sebagainya. Lidah itu
sememangnya tidak mahu diam, ia akan sibuk dengan
berzikir, kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.
Demikian juga halnya dengan hati, jika ia tidak sibuk
dengan mencintai Khaliq iaitu Allah Subhanahu Wa
Ta’ala maka sudah tentu dia akan sibuk dengan
mencintai makhluk.
80. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia
mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan
dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga
mengerumuni mereka dari setiap penjuru. Orang yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
398
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
halnya sedemikian rupa senantiasa berada di tengah-
tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap
seorang darinya ingin menimpakan ke atasnya
penderitaan demi penderitaan. Maka tiadalah apa-apa
untuk mematahkan serangan-serangan musuh itu
melainkan Zikrullah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


399
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

SYARAT-SYARAT ZIKIR
SEBAHAGIAN Para Masyaikh dari Silsilah lain menganggap
syarat utama untuk melakukan zikir adalah mengambil
wudhu dengan sempurna lalu memulakan zikir sambil
menghadap Kiblat. Ada yang menetapkan adab-adab
tertentu ketika berzikir seperti menghadapkan diri ke arah
Qiblat dan duduk dalam keadaan antara dua sujud, duduk
tasyahud atau kebalikan tasyahud. Tempat yang bersih juga
perlu diberikan perhatian namun amalan Zikir mengingati
Allah adalah suatu amalan yang tidak ditetapkan had masa,
bilangan mahupun keadaan. Mengingati Zat Allah dengan
hati yang ikhlas serta mengerti dengan sebenar-benarnya
akan maksud kalimah zikir itu merupakan syarat yang
paling utama. Walaubagaimanapun Para Masyaikh
Naqshbandiyah tidak menjadikan berwudhu sebagai syarat
yang utama bahkan syarat yang paling utama adalah
menghayati makna lafaz zikir yang disebut.

Hadhrat Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali


Rahmatullah ‘Alaih telah menyatakan syarat-syarat zikir di
dalam kitabnya Idhahut Tariqah bahawa menghayati makna
lafaz zikir bermakna bahawa selain dari Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala tiada sesuatu pun yang menjadi
maksud. Bagi setiap lafaz, makna adalah lazim baginya
kerana tanpa makna, lafaz tidak bererti apa-apa.

Syarat yang seterusnya ialah ketika melakukan Zikir


Nafi Itsbat iaitu ketika mengucapkan kalimah Nafi,
hendaklah menafikan kewujudan segala sesuatu dan ketika
mengucapkan kalimah Itsbat hendaklah menetapkan di
dalam hati hanyalah Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
400
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ta’ala Yang Maha Suci. Meskipun seseorang itu telah
menafikan segala maksudnya selain Allah Subhanau wa
Ta’ala namun dia akan beroleh hasil dan manafaat yang
besar dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Syarat yang selanjutnya ialah ketika seseorang itu


berzikir sama ada Ismu Zat ataupun Nafi Itsbat, setelah
beberapa lama melakukan zikir, hendaklah mengucapkan di
dalam hati dengan merasa penuh kerendahan diri dan penuh
pengharapan akan kalimah Baz Gasht iaitu,

Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi.


Yang bererti, “Oh Tuhanku, Engkaulah maksudku dan
keredhaanMulah tuntutanku.”

Bagi Salik peringkat pertengahan hendaklah


menambah ucapan:

A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka.


Yang bererti, “Kurniakanlah Cinta Mahabbah dan
Ma’rifatMu.”

Bagi peringkat tinggi, sebelum itu harus diucapkan,

Taraktu Dunya Wal Akhirah Laka


A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka
Yang bererti, “Telah ku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana
Engkau”

Adapun lafaz Baz Gasht bagi peringkat tinggi dalam


Bahasa Parsi seperti mana yang di ucapkan oleh Para
Khwajahgan adalah seperti berikut,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


401
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khudawandah Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,
Tarak Kardam Dunia Wa Akhirat Ra Baraey Tu,
Mahabbati Khud Wa Ma’rifati Khud Badih.
Yang bererti, “Wahai Tuhan, maksudku adalah Engkau dan
Keredhaan Engkau, telah ku lepaskan Dunia dan Akhirat
kerana Engkau, kurniakanlah CintaMu dan Ma’rifatMu.”

Jikalau Murid Salik belum benar-benar bersedia, lafaz


“Telah ku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana Engkau”
janganlah disebut melainkan telah benar-benar bersedia,
maka perlu mengucapkannya dengan lidah hati dengan
ucapan:

Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi,


A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka.

Atau dalam bahasa Farsi:

Khudawandah Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,


Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.
Yang bererti, “Wahai Tuhan, maksudku adalah Engkau dan
Keredhaan Engkau, kurniakanlah Cinta dan Ma’rifatMu.”

Syarat yang seterusnya hendaklah bertawajjuh


terhadap Qalb tetapi tidak perlu membayangkan rupabentuk
hati sanubari ataupun membayangkan kalimah Ismu Zat,
hanya menghadapkan perhatian dan menumpukan
pandangan batin ke arah kedudukan Qalb. Tawajjuh yang
sedemikian ini dinamakan Wuquf Qalbi dan Tawajjuh yang
seperti ini menduduki Maqam Dharab dalam Tariqat yang
lain.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


402
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syarat seterusnya hendaklah bertawajjuh kepada Zat
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Pandangan batinnya
hendaklah sentiasa terarah ke atas dan menyedari bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedang melihat, di samping itu
menantikan limpahan Faidhz dari sisiNya. Bertawajjuh
pandangan batin ke arah atas adalah kerana memelihara
Adab, bahawa kedudukan Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu
adalah atas daripada sekelian makhluk dan dariNyalah
sumber limpahan Faidhz itu terlimpah. Wuquf Qalbi dan
bertawajjuh dengan sumber Faidhz adalah merupakan rukun
bagi zikir yang akan menghasilkan Nisbat Kehadiran
Bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tanpa kedua-dua
rukun tersebut, mencapai Nisbat Kehadiran Bersama Allah
Subhanahu Wa Ta’ala adalah mustahil.

Syarat yang terakhir ialah ketika melakukan zikir


hendaklah menghentikan segala khayalan hati dan was-was.
Setiap kali hati mengkhayalkan sesuatu selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, maka pada waktu itu juga hendaklah
dijauhkan segala khayalan tersebut supaya ingtan terhadap
sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak dapat
menakluki hati dan di dalam Tariqat Naqshbandiyah
Mujaddidiyah ianya dinamakan sebagai Nigah Dasyat.

Menahan nafas ketika berzikir amat memberi faedah


namun ianya bukanlah menjadi suatu syarat. Dengan
menahan nafas, kehangatan di dalam Qalb akan terasa
kemudian akan terbit Syauq iaitu rasa rindu terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Hatinya akan menjadi lembut dan
menafikan sebarang khayalan hingga mencapai Zauq yakni
rasa kenikmatan dalam berzikir dan seterusnya akan
menerbitkan rasa Cinta. Dengan menahan nafas juga akan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


403
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
memungkinkan seseorang Salik itu menjadi seorang Ahli
Kasyaf.

Adapun syarat ketika melakukan Zikir Nafi Itsbat


hendaklah sentiasa ingat akan jumlah bilangan yang ganjil
dan ianya dinamakan sebagai Wuquf ‘Adadi. Para Akabirin
Naqshbandiyah telah berkata bahawa Wuquf ‘Adadi
merupakan pelajaran pertama Ilmu Laduni yang mana
dengan melakukannya akan menghasilkan kaifiat dan ilmu
tersebut. Penyingkapan rahsia-rahsia dan segala persoalan
akan terjawab menerusi zikir ini. Zikir ini adalah bersumber
dari Hadhrat Khidhr ‘Alaihissalam dan diriwayatkan
pengamalannya dengan cara menahan nafas.

Ketika menahan nafas tersebut, hendaklah


mengucapkan kalimah Nafi Itsbat menurut kaifiat dalam
jumlah bilangan yang ganjil. Jika seseorang Murid yang
dapat menyebut kalimah Nafi Itsbat sehingga mencapai
jumlah bilangan 21 kali dalam satu nafas namun masih
belum memberikannya sebarang manafaat, maka terbatallah
amalannya dan sia-sia serta tidak tergolong sebagai Ahli
Tariqat. Dia hendaklah memulakan perjalanannya sekali lagi
dan hendaklah menjaga kesemua syarat-syarat ketika
berzikir.

Adapun bagi golongan peringkat tinggi mereka tidak


lagi perlu berzikir sambil menahan nafas ataupun sambil
menutup mata kerana amalan mereka adalah Muraqabah
dan mereka sentiasa berada dalam Musyahadah. Amalan
mereka merupakan Zikir Khafi yang tersembunyi dalam
Hakikat diri mereka dan hanya diketahui oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


404
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ZIKIR KHAFI
MENURUT Para Masyaikh, apabila Allah Subhanahu Wa
Ta’ala mengkehendaki seseorang hamba itu termasuk ke
dalam urusanNya, maka Dia akan menyampaikan hamba itu
untuk berkhidmat kepada salah seorang dari RakanNya,
kemudian RakanNya itu akan menilai hal keadaannya dan
memberikan arahan untuknya melakukan latihan
Keruhanian dan Mujahadah dan menyucikan batinnya dan
menerusi memperbanyakkan Zikir dan Fikir, Latifah-
Latifahnya yang tersembunyi itu akan kembali bertawajjuh
kepada asal usulnya.

Pada zaman ini, disebabkan kebanyakan penuntut


menghadapi lemah semangat dan Himmat, kerana itulah
Para Masyaikh Naqshbandiyah Rahimahumullah semenjak
awal lagi mengarahkan murid mengamalkan jalan zikir dan
sebagai menggantikan amalan dan latihan yang sukar serta
Mujahadah dan ‘Ibadah yang berat, mengarahkan amalan
yang sederhana dan sentiasa memerhatikan waktu untuk
melaksanakan ‘Ibadah dan melakukankan Tawajjuh kepada
murid.

Para Masyaikh Naqshbandiyah telah mengarahkan


sekelian Murid mereka menuruti Sunnah Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
menjauhi segala bentuk Bida’ah serta mengarahkan Para
Murid mereka untuk melakukan Zikir Khafi iaitu zikir yang
tersembunyi. Untuk menghasilkan nikmat zikir yang
berterusan Para Masyaikh Naqshbandiyah telah menetapkan
tiga jalan Zikir Khafi iaitu:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


405
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. Zikir Ismu Zat dan Nafi Itsbat
2. Muraqabah
3. Rabitah Syeikh.

Zikir Qalbi bererti mengingati Allah di dalam hati dan


Zikir Khafi bererti mengingati Allah secara tersembunyi.
Kaifiyat Zikir Qalbi dan Khafi adalah berbeza dalam Tariqat-
tariqat yang lain. Ada yang berbeza pada lafaz zikir dan ada
juga yang berbeza dalam kaedah zikir.

Sebagai contoh, ada yang menggunakan lafaz Hu


Allah ketika menarik nafas dan Allah Hu ketika
menghembuskan nafas. Para Masyaikh di India banyak yang
mengamalkan Zikir Qalbi dengan keluar masuk nafas.
Kaedah zikir tersebut dinamakan kaedah zikir Paas Anfas.

Zikir Khafi adalah mengingati Allah dengan cara


yang tersembunyi sama ada secara ucapan di hati mahupun
secara gambaran di hati atau di fikiran. Zikir Khafi adalah
suatu bentuk zikir yang istimewa kerana ia memberikan
kesan yang sangat besar kepada orang yang senantiasa
mengamalkannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


406
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ZIKIR ISMU ZAT


ISMU Zat adalah Nama Allah. Ianya merupakan nama bagi
zat yang Wajibul Wujud yakni kewujudanNya adalah wajib
serta memiliki segala sifat kesempurnaan dan suci dari
segala sifat kekurangan. Setiap murid atas jalan
Naqshbandiyah hendaklah memperbanyakkan menyebut
nama Allah di dalam hati tanpa menggerakkan lidah pada
setiap masa dan keadaan, baik dalam keadaan berdiri,
duduk, berbaring atau berjalan.

Para Masyaikh Naqshbandiyah beramal dengan


‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah. Beramal dengan
‘Azimah bererti beramal dengan amalan yang lebih besar
nilainya iaitu Fardhu, Wajib, Sunat, Nafilah dan Mustahab
manakala meninggalkan Rukhsah bererti meninggalkan
keuzuran beribadat. Kerana itulah Para Masyaikh telah
memilih Zikir Khafi kerana ada dinyatakan dalam Hadis
Nabawiyah bahawa Zikir Khafi (Zikir Tersembunyi) lebih
baik dari Zikir Jihri (Zikir Mengangkat Suara) dengan tujuh
puluh darjah kelebihan. Pada mula-mula menjalani Tariqat
Naqshbandiyah, Para Masyaikh mentalqinkan Zikir Ismu Zat
iaitu nama Allah kepada murid mereka dengan kaifiat yang
tertentu.

Caranya adalah seperti berikut, iaitu murid hendaklah


membersihkan hati dari sebarang Khatrah iaitu kekhuatiran
dalam hati dan sebarang khayalan perkataan hati dengan
melakukan Istighfar dalam bilangan yang ganjil iaitu
sebanyak 25 kali. Lenyapkan segala fikiran tentang perkara
yang telah lepas dan yang akan datang. Mohon
perlindungan Allah dari segala kejahatan dan tipu daya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
407
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syaitan yang direjam dengan membaca Ta’awuz lalu
hendaklah membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah sekali
dan Surah Al-Ikhlas bersama Bismillah sebanyak tiga kali
dan hadiahkan seluruh bacaan tadi kepada sekelian Arwah
Muqaddasah (Ruh-Ruh yang telah disucikan) Para Mashaikh
Akabirin Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Seterusnya murid hendaklah membayangkan maut


yakni menghadirkan saat kematian diri. Ini merupakan pintu
bagi memasuki Alam Ghaib dan menuju ke Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya juga merupakan pintu bagi
menghubungi Para Arwah Muqaddasah Mashaikh Akabirin
Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Pada waktu berzikir hendaklah melenyapkan segala
perkataan, kekhuatiran dan khayalan di dalam hati dan
fikiran yang selain Allah. Hati hendaklah menyebut Allah
Allah dengan merendahkan diri. Jikalau kekhuatiran dan
khayalan hati itu tidak dapat dilenyapkan, maka hendaklah
membayangkan wajah Syeikh iaitu orang yang mentalqinkan
zikir. Bayangan Syeikh hendaklah digambarkan dalam
fikiran di kedudukan antara dua kening, kemudian berada
pada kedudukan bertentangan dengan hati kita, lalu
memelihara bayangan wajah Syeikh di dalam hati.
Membayangkan wajah Syeikh disebut sebagai Zikir Rabitah
atau Rabitah Syeikh.

Rabitah yang sempurna ialah apabila kita dapat


mengambarkan diri kita sebagai Syeikh. Setelah
membersihkan hati dari kekhuatiran dan khayalan hati,
hendaklah sibuk melaksanakan Zikir Khafi.

Untuk menghilangkan kekhuatiran dan khayalan hati,


hendaklah benar-benar merendahkan diri dan hati
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
408
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
melakukan Zikir Ismu Zat dengan sempurna. Dalam
melaksanakan zikir, memelihara Wuquf Qalbi sangatlah
penting iaitu diri bertawajjuh terhadap hati dan hati
bertawajjuh kepada Zat Allah Ta’ala. Wuquf Qalbi amat
penting kerana berzikir tanpanya tidak mendatangkan
sebarang faedah. Berzikir tanpa Wuquf Qalbi akan
mendatangkan kehuatiran dan khayalan hati. Hadhrat Shah
Naqshband Rahmatullah ‘alaih amat mengutamakan Wuquf
Qalbi dan menganggapnya sebagai syarat yang wajib.

Sentiasa berzikir dengan memelihara syarat-syaratnya


iaitu tongkatkan lidah ke langit-langit dan dengan
menggunakan lidah hati hendaklah menyebut Allah Allah di
maqam Latifah Qalb iaitu pada kedudukan dua jari di bawah
tetek kiri cenderung ke arah ketiak sambil memahami
pengertiannya iaitu, Zat Allah adalah bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan.
Letakkan dalam fikiran bahawa diri kita beriman dengan Zat
Allah tersebut yakni mewujudkan Zat Allah dalam fikiran
dan disebutkan sebagai Wujud Zihni. Sewaktu berzikir,
badan dan lidah jangan sengaja digerakkan dan bagi
seseorang Salik, setiap waktunya hendaklah berzikir
menggunakan lidah hatinya sehinggalah hatinya menjadi
sentiasa berzikir.

Seterusnya hendaklah berzikir Ismu Zat iaitu Allah


Allah pada maqam Latifah Ruh iaitu pada kedudukan dua
jari di bawah tetek kanan. Seterusnya hendaklah berzikir
Allah Allah pada maqam Latifah Sirr iaitu pada kedudukan
dua jari dari tetek kiri menghadap ke dada. Seterusnya
hendaklah berzikir Allah Allah pada maqam Latifah Khafi
iaitu pada kedudukan dua jari dari tetek kanan menghadap
ke dada. Seterusnya hendaklah berzikir Allah Allah pada
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
409
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
maqam Latifah Akhfa iaitu pada kedudukan di tengah-
tengah dada. Hendaklah memperbanyakkan zikir pada
setiap maqam Latifah sehingga zikir menjadi sifat yang lazim
bagi hati.

Setelah berhasil melakukan zikir pada kesemua


Latifah Alam Amar, hendaklah berzikir Allah Allah pada
maqam Latifah Nafs iaitu pada kedudukan di tengah-tengah
dahi. Seterusnya hendaklah berzikir nama Allah pada
maqam Latifah Qalibiyah iaitu pada seluruh jisim. (Lihat
Rajah 3) Hendaklah berzikir dengan merasakan kedengaran
suara dalam diri menyebut Allah Allah pada setiap zarah,
urat dan saraf serta seluruh rambut. Ini merupakan amalan
dalam Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah dan
biasa dikenali sebagai Sultanul Azkar ataupun Zikir Kulli
Jasad.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


410
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KAIFIYAT ZIKIR ISMU ZAT


1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli Zanbin
Wa Atubu Ilaihi]
2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan A’uzubillah
dan Bismillah]
3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan Bismillah]
4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah
Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya Allah! Telah ku
hadiahkan seumpama pahala bacaan Fatihah dan Qul Hu
Allah kepada sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh
Kibaar Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”]
5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam hati, "Aku
sudah mati, dimandikan orang, dikapankan orang,
disembahyangkan orang, dihantarkan orang jenazah aku
ke dalam liang lahad”]
6. Khayalkan hati sedang mengucapkan Allah Allah… tanpa
menggerakkan lidah.
7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati bertawajjuh
kepada Allah Taala. Ini adalah Wuquf Qalbi.
8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan limpahan
Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati kita.
9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan dalam hati
dengan rasa rendah diri dan mengharap dengan ucapan
Baz Gasht : -

• “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi, A’tini


Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab] atau,
• “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi Tu,
Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” - [Parsi] yang
bermaksud, “Ya Tuhanku! Maksudku hanyalah Engkau

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


411
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan Keredhaan Mu, Kurniakanlah Cinta dan Ma'rifat
Mu”
• Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara syarat-
syarat Zikir. Jika berwudhuk sangatlah besar faedahnya
namun ia bukanlah syarat.
10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu majlis
atau majlis yang berbilang-bilang, hendaklah mengerjakan
zikir ini sebanyak 24 ribu kali sehari semalam, lebih
kurang dalam 2 setengah jam untuk dilakukan.
11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun dan
duduk, samada berwudhuk ataupun tidak, setiap waktu
dan keadaan hendaklah tetap tekun berzikir sehinggalah
amalan zikir itu menjadi sifat yang lazim bagi hati.

Semoga Allah Memberikan Taufiq.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


412
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ZIKIR NAFI ITSBAT


PARA Masyaikh Naqshbandiyah seterusnya akan
mentalqinkan Zikir Nafi Itsbat kepada murid setelah mereka
melakukan Zikir Ismu Zat dengan sempurna. Adapun Zikir
Nafi Itsbat itu adalah zikir kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH
dalam bilangan yang ganjil dengan keadaan menahan nafas
dan disertai kalimah MUHAMMADUR RASULULLAH
ketika melepaskan nafas. Kaifiat cara melakukan zikir Nafi
Itsbat adalah seperti berikut, iaitu hendaklah menahan Nafas
di bawah pusat dan tongkatkan lidah ke langit-langit.
Dengan menggunakan lidah hati, hendaklah menyebut lafaz
LA dengan menariknya dari pusat hinggalah ke otak dan
ketika menyebut lafaz ILAHA hendaklah membawanya ke
arah bahu kanan dan ketika menyebut lafaz ILLA ALLAH
hendaklah dipalukan ke hati dengan merasakan kesannya
terhadap kelima-lima Lataif Alam Amar. (Lihat Rajah 4)
Kesan paluan itu juga hendaklah dirasakan ke seluruh
anggota tubuh badan yang mewakili kelima-lima Lataif
Alam Khalaq. Sewaktu menyebut kalimah yang mulia ini
hendaklah memahami akan makna dan pengertiannya iaitu,
“Daku tidak bermaksud kepada selain dari Zat Allah Yang
Maha Suci”.

Adalah menjadi syarat sewaktu melakukan Zikir Nafi,


hendaklah menafikan kewujudan diri dan sekelian yang
wujud manakala ketika Zikir Itsbat, hendaklah
mengitsbatkan hanya Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang
Maha Suci. Zikir ini hendaklah dilakukan dalam keadaan
berdiam diri dengan tidak menggerakkan sebarang anggota
tubuh badan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


413
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Jika murid tidak dapat menahan nafas kerana sukar
maka hendaklah berzikir dengan tanpa menahan nafas
kerana menahan nafas bukanlah syarat.
Walaubagaimanapun, berzikir sambil menahan nafas
amatlah berfaedah kerana dengannya hati akan terasa
kepanasan zikir lalu menjadikan hati itu lembut dan mampu
menepis sebarang khayalan di samping melahirkan rasa
Shauq, Zauq dan Cinta Mahabbah. Dengan berzikir secara
menahan nafas ini juga akan memungkinkan seseorang
murid itu dapat mencapai Kashaf.

Zikir Nafi Itsbat ini hendaklah dilakukan dalam


jumlah bilangan yang ganjil di dalam satu nafas dan ini
dikenali sebagai Wuquf ‘Adadi kerana murid perlu
memerhatikan dan berjaga-jaga terhadap bilangan yang
ganjil.

Para Masyaikh berkata bahawa Wuquf ‘Adadi


merupakan matapelajaran awal dalam Ilmu Laduni yang
mana dengan mengamalkannya seseorang itu akan
memperolehi Kaifiat Ilmu serta Ilmu itu sendiri. Memohon
rahsia-rahsia Kashaf adalah menerusi zikir seperti ini yang
mana ianya diriwayatkan bersumber dari Hadhrat Khidhzr
‘Alaihissalam.

Sebaik-baiknya dalam satu nafas dapat menyebut 21


atau 23 atau 25 kali Zikir Nafi Itsbat. Ketika melepaskan
nafas hendaklah menyebut lafaz MUHAMMADUR
RASULULLAH di dalam hati. Setelah berzikir beberapa lama
hendaklah menyebut lafaz Baz Gasht di dalam hati beberapa
kali dengan merendahkan diri dan dengan penuh
pengharapan iaitu melafazkan:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


414
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi”


dalam Bahasa Arab yang pengertiannya dalam Bahasa
Melayu adalah seperti berikut:

“Ya Tuhanku, Engkaulah maksudku dan keredhaan-Mu lah


yang ku tuntut”.

Murid hendaklah melazimkan zikir dalam setiap


keadaannya sama ada sedang berjalan, berdiri, berbaring,
bangun, duduk, makan, minum dan pada setiap masa dan
waktu dengan sentiasa memerhatikan keadaan hati dengan
melakukan Nigah Dasyat dan Wuquf Qalbi supaya dapat
menghasilkan penyucian batin dan melahirkan kehadiran
dan tawajjuh hati terhadap Zat Allah Ta’ala.

Antara tanda-tanda penyucian batin di kalangan Ahli


Kashaf ialah terzahirnya cahaya-cahaya Nur pada setiap
Latifah dan mengalami Musyahadah. Jika seseorang
penuntut itu tidak memperolehi sebarang manafaat dan
kesan sepertimana yang telah dijelaskan maka amalannya
adalah terbatal dan sia-sia serta tidak termasuk ke dalam
golongan Ahli Tariqat. Hendaklah dia mengulangi semua
amalannya semula dengan memerhatikan kesemua syarat-
syaratnya dengan baik.

Para Masyaikh Naqshband telah menerangkan cahaya


Nur yang berbeza-beza bagi setiap Latifah. Adapun Nur
Qalb adalah Kuning, dan Nur Ruh adalah Merah, dan Nur
Sir adalah Putih, dan Nur Khafi adalah Hitam, dan Nur
Akhfa adalah Hijau. Apabila penuntut menyaksikan
Musyahadah cahaya-cahaya Nur ini di luar dirinya maka
ianya disebut sebagai Sair Afaqi dan jika dia melihat dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
415
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
merasakan cahaya-cahaya Nur ini di dalam diri batinnya
maka ia dikatakan sebagai Sair Anfusi.

Hadhrat Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah


‘Alaih telah berkata bahawa Sair Afaqi adalah dari bawah
‘Arash sehinggalah sebawah-bawahnya dan Sair Anfusi pula
adalah dari atas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya yakni
apabila seseorang Salik itu bertawajjuh dari dirinya sehingga
ke ‘Arash maka ia adalah Sair Afaqi dan apabila Salik itu
tawajjuhnya tertarik ke bahagian atas ‘Arash maka di situlah
permulaan Sair Anfusi bagi dirinya.

Para Ahli Kashaf boleh melihat sendiri cahaya-cahaya


Nur dalam Musyahadah mereka dan boleh memilih sendiri
untuk melakukan mana-mana Sair Afaqi mahupun Anfusi.
Walaubagaimanapun, dalam zaman ini pemakanan yang
halal sukar diperolehi maka ahli-ahli Kashaf ‘Ayani juga
turut berkurangan. Terdapat dua jenis Kashaf iaitu Kashaf
‘Ayani dan Kashaf Wijdani. Perbezaan di antara dua jenis
Kashaf ini ialah seseorang yang memiliki Kashaf ‘Ayani
dapat melihat dan Musyahadah secara zahir dan jelas
perjalanan dari suatu maqam ke maqam yang lain dan
menyaksikan pergerakannya.

Ahli Kashaf Wijdani pula tidak dapat melihat dan


menyaksikan sebarang perjalanan dan pergerakan dari suatu
maqam ke maqam yang lain tetapi hal ehwal keadaannya
dan Warid hasil perubahan dalam dirinya dapat
dirasakannya seperti perumpamaan angin yang berhembus,
secara zahirnya ia tidak dapat dilihat tetapi dengan
keupayaan deria rasa kita dapat merasai kuat dan lembutnya
hembusan angin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


416
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Seandainya seseorang penuntut itu langsung tidak
dapat merasai perubahan dalam dirinya menerusi Kashaf
‘Ayani mahupun menerusi Kashaf Wijdani, maka
mengkhabarkan tentang maqam-maqam Latifah dan
perkhabaran baiknya adalah seumpama menyebarkan
keburukan nama perjalanan Tariqat.

Semoga Allah mengurniakan kita Kashaf dan memelihara


kita dari sebarang keburukan, Amin!

Adapun, jalan yang kedua adalah dengan cara Muraqabah


yang akan faqir jelaskan pada lembaran-lembaran
seterusnya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


417
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KAIFIYAT ZIKIR NAFI ITSBAT


1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli Zanbin
Wa Atubu Ilaihi]
2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan A’uzubillah
dan Bismillah]
3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan Bismillah]
4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah
Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya Allah! Telah ku
hadiahkan seumpama pahala bacaan Fatihah dan Qul Hu
Allah kepada sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh
Kibaar Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”]
5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam hati, "Aku
sudah mati, dimandikan orang, dikapankan orang,
disembahyangkan orang, dihantarkan orang jenazah aku
ke dalam liang lahad”]
6. Buang nafas dan tahan di bawah pusat serta tongkatkan
lidah ke langit-langit. Hati mengucapkan LA sambil
menariknya dari pusat hinggalah ke otak dan ketika
menyebut lafaz ILAHA hendaklah membawanya ke arah
bahu kanan dan ketika menyebut lafaz ILLA ALLAH
hendaklah dipalukan ke hati dengan merasakan kesannya
terhadap kesemua Lataif Alam Amar dan Alam Khalaq
tanpa menggerakkan lidah dan anggota tubuh badan.
Zikir dalam bilangan ganjil dan ketika hendak melepaskan
nafas ucapkan MUHAMMADUR RASULULLAH.
7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati bertawajjuh
kepada Allah Taala. Ini adalah Wuquf Qalbi.
8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan limpahan
Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati kita.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


418
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan dalam hati
dengan rasa rendah diri dan mengharap dengan ucapan
Baz Gasht : -
• “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi, A’tini
Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab] atau,
• “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi Tu,
Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” - [Parsi] yang
bermaksud,
• “Ya Tuhanku! Maksudku hanyalah Engkau dan Keredhaan
Mu, Kurniakanlah Cinta dan Ma'rifat Mu”
• Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara syarat-syarat
Zikir. Jika berwudhuk sangatlah besar faedahnya namun
ia bukanlah syarat. Begitu juga menahan nafas bukanlah
syarat namun mengandungi rahsia dan faedah yang amat
besar.
10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu majlis
atau majlis yang berbilang-bilang, hendaklah mengerjakan
zikir ini sebanyak 2 ribu kali sehari semalam, lebih kurang
dalam dua jam untuk dilakukan.
11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun dan
duduk, samada berwudhuk ataupun tidak, setiap waktu
dan keadaan hendaklah tetap tekun berzikir sehinggalah
amalan zikir itu menjadi sifat yang lazim bagi hati.

Semoga Allah Memberikan Taufiq.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


419
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 9: MURAQABAH
MURAQABAH pada pengertian bahasa bermakna ‘Berjaga-
jaga’ namun pada pengertian istilah Tariqat Tasawwuf ia
bermaksud menantikan limpahan Faidhz dari sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Dalil amalan Muraqabah adalah berdasarkan Nas Al-


Quran,
“Wa Fi Anfusikum, Afala Tubsirun”
Terjemahannya: Dan di dalam diri kamu, apa tidakkah kamu
memerhatikannya?

Di dalam ayat Ilahi ini menyatakan bahawa di dalam


diri insan itu terdapat Latifah-Latifah dengan cahaya Nur
yang berbeza yang hanya dapat dikenalpasti menerusi
Muraqabah. Apabila kandungan ayat tersebut difikirkan
dengan lebih mendalam dapatlah difahami bahawa Dia
memerintahkan kita supaya sentiasa berkeadaan berjaga-jaga
dan Syuhud. Menerusi Muraqabah, seseorang Salik akan
dapat menempuh kesemua maqam-maqam Ruhani dan di
dalam batinnya akan terlimpahlah Nur-nur dan Rahsia-
rahsia Rabbaniyah (Ketuhanan) kepada dirinya secara
berterusan. Kerana itulah seseorang ‘Arif Kamil yang telah
mencapai darjat yang tinggi, apa sahaja yang mereka lihat
adalah merupakan penglihatan dari matahati. Dari Qalb
sehinggalah ke La Ta’yin, kesemua wilayah-wilayah yang
merangkumi Sair Qadami dan Sair Nazari adalah terhasil
menerusi Muraqabah.

Menerusi Muraqabah jugalah akan mudah terhasilnya


Dawam Hudhur iaitu sentiasa berada dalam Kehadiran Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
420
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala, merasakan bahawa limpahan dari sisi
Allah Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa terlimpah ke atas kita
pada setiap waktu dan keadaan. Ini merupakan martabat
Ihsan iaitu merasakan seolah-olah kita melihat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ataupun merasakan bahawa Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sedang memerhati kita. Ihsan juga
diistilahkan sebagai Syuhud atau Musyahadah dan inilah
merupakan usaha perjuangan Para Auliya dan Asfiya,
supaya sentiasa berasa Kehadiran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Muraqabah lazimnya dikaitkan dengan berkhalwat


atau bersunyi diri. Khalwat adalah mengosongkan hati dari
ingatan selain Allah dan mengosongkan hati dari pandangan
terhadap makhluk. Menerusi Muraqabah ianya dapat
menghalang hati kita dari mengingati makhluk selain Allah
meskipun orang yang bermuraqabah tersebut duduk dan
bergaul bersama-sama dengan makhluk. Adapun sesetengah
orang yang melakukan Muraqabah dengan menutupkan
kepala dengan kain dan menutup mata adalah untuk
membolehkan seseorang Salik itu memberikan Tawajjuh
yang sempurna terhadap Zat Allah Ta’ala dengan hati yang
tenang dan tenteram. Melakukan Khalwat sambil menutup
kepala dengan kain dinamakan Khalwat Saghirah.
Melakukan Muraqabah sambil menahan nafas juga ada
diamalkan oleh sebilangan besar Masyaikh namun ia
bukanlah wajib. Walaubagaimanapun banyak rahsia yang
akan dapat diperolehi apabila seseorang Salik itu dapat
mengawal pernafasannya kerana ia dapat meningkatkan
penumpuan.

Muraqabah hendaklah dilakukan dalam keadaan


tenang dan carilah tempat yang tenteram dan sebaik-baiknya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
421
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar sambil duduk
menghadap Kiblat. Jika melakukan Muraqabah secara
berjemaah maka hendaklah duduk dalam satu bulatan dan
sekiranya ramai maka hendaklah duduk rapat-rapat dengan
menghadapkan diri kepada Syeikh. Seluruh pemikirannya
hendaklah bertawajjuh Kehadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan memberikan tumpuan kepada suatu gambaran
yang bersifat abstrak di dalam fikiran. Sebutkan Allah dalam
hati sambil membayangkan limpahan yang bersifat Nur
terlimpah dari sisi atas dan jatuh kepada Latifah-Latifah
pada tubuh badan.

KAIFIYAT MURAQABAH
AWAL Muraqabah memang agak sukar untuk mensucikan
Allah pada gambaran abstrak di dalam fikiran namun
hendaklah terus memberikan penumpuan kepada limpahan
dari Allah untuk mensucikan segala gambaran abstrak
tersebut dengan pengertian yang suci. Hendaklah
bersungguh-sungguh berusaha mensucikan makna Allah
dari segala pengertian yang tidak layak untukNya. Berikan
sepenuh penumpuan terhadap makna Allah dan elakkan
dari mencampur adukkanNya dengan tumpuan terhadap
lintasan hati dan nafsu atau perkara-perkara keduniaan. Jika
dia menyedari dirinya telah menumpukan ingatan kepada
selain Allah maka hendaklah dia cepat-cepat bermunajat
dengan mengucapkan kalimah Baz Gasht iaitu lafaz,
“Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi, A’tini
Mahabbataka Wa Ma’rifataka”
beberapa kali di dalam hati dan segera kembali memberikan
penumpuan terhadap limpahan Allah dan pengertian makna
Allah.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
422
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Fikiran hendaklah dikosongkan dari segala ingatan
yang selainNya dan begitu juga hati perlu dikosongkan dari
sebarang Ghairullah yakni segala sesuatu selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Bayangkan dalam fikiran bahawa
suatu pancaran cahaya Nur dari arah atas ‘Arasy sentiasa
terlimpah ke atas kesemua sepuluh Latifah seterusnya
menghidupkan kesemua Latifah tersebut untuk berzikir
mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Muraqabah secara
amaliahnya memerlukan kekuatan hati dan fikiran dan perlu
dilakukan secara berterusan kerana segala gambaran abstrak
dalam fikiran manusia itu selalunya dikotori dengan
gambaran-gambaran Hawa, Nafsu, Syaitan dan Dunia.
Dalam Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah terdapat
beberapa peringkat Muraqabah seperti Muraqabah Ahadiyat,
Muraqabah Ma’iyat, Muraqabah Aqrabiyat dan sebagainya.

Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Muraqabah merupakan kaedah
Zikir Khafi kedua sesudah Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang
diamalkan dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah, yakni seseorang itu memberikan tumpuan
Tawajjuh terhadap hatinya dan mensucikannya dari
sebarang ingatan dan khayalan tentang selain Allah serta
sentiasa memerhatikan limpahan Faidhz Ilahi terlimpah
pada hati tanpa perantaraan Zikir dan tanpa perantaraan
Murshid.

Adalah dikehendaki seseorang itu agar setiap waktu


memberikan Tawajjuh terhadap Zat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan merendahkan diri dan hati sehingga dirinya
tenggelam dalam Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan
ini hendaklah berkekalan dalam dirinya kerana ianya

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


423
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
merupakan suatu Nikmat yang agung dari sisi Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Suci.

Daimi Tawajjuh yakni penumpuan yang berterusan


merupakan suatu tahap Zikir yang amat tinggi dan
merupakan maksud bagi sekelian bentuk zikir. Yang
dituntut daripada amalan Zikir adalah Hudhur Ma’a Allah
yakni mencapai kehadiran bersama-sama Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan bukanlah sekadar Zikir itu sahaja
yang bertindak sebagai perantaraan. Hanya itulah sahaja
maksud yang dituntut lupakan kepada segala yang lain.

Menururt Para Masyaikh, melakukan Muraqabah


dengan penuh Jazbah akan membawa lebih pendekatan
terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengatasi amalan
Zikir Nafi Itsbat. Jika seseorang Murid berjaya melakukan
Muraqabah secara Daimi yakni berterusan, maka dia
mencapai kedudukan Wizarat (Kata Jamak bagi Wazir).
Akan terbukalah Kasyaf perkataan-perkataan hati dalam
dirinya dan mencapai Tasarruf dengan kehidupan Alam
Malak dan Alam Malakut.

Namun keupayaan untuk melakukan Muraqabah


tidak akan terhasil dengan mudah tanpa amalan Zikir yang
banyak dan tanpa bersahabat dengan Syeikh. Maka
Seseorang Murid hendaklah sentiasa memperbanyakkan
Zikir sepertimana yang telah ditalqinkan oleh Syeikhnya dan
hendaklah sentiasa melakukan Rabitah dengan Syeikhnya
agar dapatlah dia menikmati Limpahan Faidhz secara
berterusan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


424
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH AHADIYAT

PADA permulaan melakukan Muraqabah, hendaklah kita


benar-benar memahami Mabda Faidhz (Tempat Punca
Limpahan) dan Mawrid Faidhz (Tempat Terima Limpahan).

Hendaklah membayangkan atau mengkhayalkan


bahawa suatu limpahan dari sisi Zat Yang Maha Tinggi yang
berupa cahaya turun melimpah ke atas hati kita.

Bayangkanlah limpahan Faidhz dari sisi Allah


Subhanahu Wa Ta’ala yang berupa cahaya turun ke atas
Latifah Qalb dengan limpahan yang senantiasa mencurah-
curah secara berterusan setiap masa dan keadaan
sehinggalah kita mendapat kenikmatan dalam Syuhud dan
Musyahadah atau disebut Martabat Ihsan yang hanya dapat
diperolehi menerusi latihan Muraqabah.

Semoga Allah memberikan kita Taufiq.

Seterusnya hendaklah melakukan Muraqabah


Ahadiyat pada setiap Latifah Alam Amar iaitu pada Latifah
Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah Khafi dan pada
Latifah Akhfa dengan lafaz niat seperti berikut:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


425
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
LATIFAH QALB

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’


Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal.
Mawrid Faidhz Latifah Qalb Man Ast.” [Bahasa Farsi]

Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala


Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan
Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Qalb Ku.

LATIFAH RUH

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’


Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal.
Mawrid Faidhz Latifah Ruh Man Ast.”

Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala


Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan
Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Ruh Ku.

LATIFAH SIRR

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’


Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal.
Mawrid Faidhz Latifah Sirr Man Ast.”

Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala


Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan
Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Sirr Ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


426
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
LATIFAH KHAFI

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’


Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal.
Mawrid Faidhz Latifah Khafi Man Ast.”

Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala


Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan
Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Khafi Ku.

LATIFAH AKHFA

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’


Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal.
Mawrid Faidhz Latifah Akhfa Man Ast.”

Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala


Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan
Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Akhfa Ku.

Para Masyaikh Naqshbandiyah Mujaddidiyah telah


menetapkan bahawa setiap Latifah Alam Amar perlu
dilakukan Muraqabah secara berasingan dan ianya
bermaksud agar setiap Latifah itu diterokai satu persatu
kerana setiap Latifah Alam Amar adalah suatu alam yang
berasingan dan setiap alam adalah tidak sama antara satu
dengan yang lain. Maka hendaklah menempuhnya satu
persatu.

Muraqabah bererti memerhatikan limpahan Faidhz


dari sumber Faidhz iaitu Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan memelihara bayangan limpahan Faidhz
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
427
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tersebut senantiasa terlimpah pada Mawrid Faidhz yakni
Latifah-latifah yang tertentu secara berterusan. Adapun,
limpahan Faidhz dari Hadhrat Haq Subhanahu Wa Ta’ala
yang diterima pada Latifah seseorang Salik, maka Latifah itu
merupakan Mawrid Faidhz dan kerana itulah Para Masyaikh
telah menetapkan bagi seseuatu maqam itu dengan
Muraqabah yang berasingan.

Bagi penerokaan Daerah Imkan mereka telah


mengarahkan Para Murid melakukan Muraqabah Ahadiyat.
Ianya merupakan Muraqabah terhadap Zat Yang Maha
Memiliki Ketinggian yang terhimpun padaNya segala sifat
kesempurnaan dan suci dari sebarang kekurangan dan
kelemahan dan Zat tersebut dinamakan dengan suatu nama
yang agung lagi diberkati iaitu Allah.

Ketahuilah bahawa pada setiap Muraqabah Latifah


hendaklah benar-benar memerhatikan Mawrid Faidhz iaitu
tempat limpahan itu diterima. Kesemua Latifah itu setiap
satu darinya adalah dari Hadhrat Masyaikh Kiram Silsilah
‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah kepada
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam iaitu dengan cara membayangkan bahawa
dada mereka berhadapan secara ‘akas bertentangan atau
disebut Ta’akkus.

Gambaran mereka berada dalam keadaan seperti kita


sedang melihat cermin.Bayangan gambaran hendaklah
dilakukan dengan membayangkan dari limpahan Faidhz
yang khusus kepada Latifah yang khusus pada diri secara
terbalik sebagaimana yang dikehendaki dengan ungkapan
“Ana ‘Inda Zonni ‘Abdi Bi” yakni Allah adalah bertindak
menurut sangkaan hambaNya terhadapNya. Sesungguhnya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
428
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ia adalah mudah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk
melakukannya.

Setelah Murid sempurna melakukan Muraqabah


Ahadiyat, seterusnya hendaklah melakukan Muraqabah
Tajalliyat pada setiap satu Maqam Latifah Alam Amar iaitu
pada Latifah Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah Khafi
dan Latifah Akhfa dengan lafaz niatnya seperti yang akan
dinyatakan nanti.

Wama Zalika ‘Ala Allahi Bi ‘Aziz

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


429
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH


QALB
BAYANGKAN Latifah Qalb diri berkedudukan berhadapan
dengan Latifah Qalb Mubarak Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:

“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Af’aliyah Keh Az Latifah Qalb


Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah
Qalb Hadhrat Adam ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah,
Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Qalb Man Ilqa Kun”

Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Af’aliyah dari


Latifah Qalb Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Qalb Hadhrat
Adam ‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada
Latifah Qalb ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


430
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH


RUH
Bayangkan Latifah Ruh diri berkedudukan berhadapan
dengan Latifah Ruh Mubarak Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:

“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Sifat Tsubutiyah Keh Az Latifah


Ruh Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala
‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar
Latifah Ruh Hadhrat Nuh Wa Ibrahim ‘Alaihimassalam
Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Ruh
Man Ilqa Kun”

Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Sifat


Tsubutiyah dari Latifah Ruh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada
Latifah Ruh Hadhrat Nuh dan Hadhrat Ibrahim
‘Alaihimassalam, dengan kehormatan Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada
Latifah Ruh ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


431
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH


SIRR
Bayangkan Latifah Sirr diri berkedudukan berhadapan
dengan Latifah Sirr Mubarak Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:

“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyah Keh Az Latifah


Sirr Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala
‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar
Latifah Sirr Hadhrat Musa ‘Alaihissalam Ifadhzah
Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Sirr Man Ilqa
Kun”

Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyah


dari Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Sirr
Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para
Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Sirr ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


432
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH


KHAFI
Bayangkan Latifah Khafi diri berkedudukan berhadapan
dengan Latifah Khafi Mubarak Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:

“Ilahi, Faidhz Sifat Salbiyah Keh Az Latifah Khafi Hadhrat


Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala
Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Khafi
Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati
Piran Kibar Dar Latifah Khafi Man Ilqa Kun”

Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Sifat Salbiyah dari Latifah


Khafi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Khafi Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin
Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah
Khafi ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


433
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH


AKHFA
Bayangkan Latifah Akhfa diri berkedudukan berhadapan
dengan Latifah Akhfa Mubarak Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:

“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shan Jami’ Keh Az Latifah Akhfa


Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Ifadhzah
Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Akhfa Man
Ilqa Kun”

Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Shan Jami’ dari


Latifah Akhfa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dengan kehormatan Para
Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Akhfa ku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


434
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 10: RABITAH


RABITAH pada bahasa bererti ikatan dan pada istilah
bererti ikatan Ruhaniah antara Murid dengan Syeikh
Murshid. Rabitah adalah suatu Wasilah yang bererti Qurbah
yakni jalan pendekatan terhadap Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Para Masyaikh Kiram Naqshbandiyah Mujaddidiyah
telah menetapkan bahawa Rabitah adalah suatu Wasilah
yang sempurna kerana bagi seseorang Murid itu dalam
perjalanannya menuju kepada Allah, dia perlu sentiasa
mencari jalan pendekatan untuk berada dalam kehadiran
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila dia merasakan bahawa Allah Yang Maha Suci


dan Maha Tinggi itu terlalu jauh untuk dicapainya, maka
hendaklah dia bersama dengan orang-orang yang benar yang
sentiasa bersama dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sama
ada secara Zahir mahupun Batin.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Al-Maidah ayat 35 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada
Allah dan carilah jalan Wasilah yang mendekatkan diri
kepadaNya dan bermujahadahlah pada jalanNya, supaya
kamu mendapat kejayaan.”

Orang-orang beriman telah diperintahkan oleh Allah


Subhanahu Wa Ta’ala agar berwasilah kerana amalan
Wasilah itu dapat mendekatkan diri seseorang kepada
kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


435
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Apabila diperintahkan untuk mencari Wasilah, maka
di sisi sekelian Para Masyaikh Naqshbandiyah
Mujaddidiyah, Rabitah adalah jalan yang paling dekat untuk
mencapai kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
kerana hakikat Wasilah yang dapat membawa seseorang
Murid itu mencapai kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala hanyalah dengan mencintai Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dan sekelian Hadharat Para Masyaikh.

Maksud Rabitah yang sebenar adalah


menghubungkan Ruh kita dengan Ruhaniah Para Masyaikh
dan Ruhaniah Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


At-Taubah ayat 119 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada
Allah dan hendaklah kamu bersama dengan Para Siddiqin
yang benar.”

Rabitah bererti mewujudkan suatu ikatan Ruhaniah


yang bersifat Batin dengan orang-orang yang telah disucikan
Ruhnya iaitu Syeikh, Para Masyaikh, Para Sahabat dan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, yang merupakan hamba-hamba Allah
yang Salihin dan Siddiqin.

Hadhrat Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq


Radhiyallahu ‘Anhu sentiasa berabitah dengan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sepertimana ada dinyatakan dalam sebuah Hadits

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


436
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Al-Bukhari
Rahmatullah ‘alaih seperti berikut,
“Bahawa Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq
mengadukan halnya kepada Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahawa dia tidak pernah
lekang berpisah dari Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehinggakan walau sampai ke
dalam bilik air.”

Yang dimaksudkan dengan tidak pernah lekang


berpisah adalah ikatan Rabitahnya dengan Ruhaniah Nabi.

USUL NAQSHBANDIYAH
KETAHUILAH, Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam
kitabnya Idhahut Tariqah, bahawa sesungguhnya Tariqat
Mujaddidiyah adalah terbina berdasarkan Usul Tariqat
Naqshbandiyah yang perlu dipegang dengan kukuh iaitu:

1. Wuquf Qalbi
2. Tawajjuh Mabda Faidhz
3. Nigah Dasyat Khawatir
4. Dawam Zikir
5. Suhbat Syeikh

Wuquf Qalbi bererti bertawajjuh dengan memusatkan


sepenuh perhatian kepada Qalb dan dalam masa yang sama
Qalb bertawajjuh terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


437
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hendaklah benar-benar memerhatikan tempat
pengambilan Faidhz dan tempat terhasilnya Faidhz serta
senantiasa memelihara hati terhadap sebarang lintasan atau
Khatrah yang menyebabkan hati merasa khuatir. Murid
hendaklah memelihara Ruh, hati dan fikiran dari sebarang
lintasan Khatrah yang datang menjelma dalam Batin.

Seterusnya Murid perlu memperbanyakkan Zikir


mengingati Allah dengan Zikir yang sebanyak-banyaknya
dan memperbanyakkan bertasbih di waktu pagi dan petang.
Murid juga perlu sentiasa bersahabat dengan Syeikh secara
Zahir kerana ianya akan menghasilkan nikmat bersahabat
dengan Syeikh secara Batin.

Bersahabat dengan Syeikh secara Batin bererti


sepertimana seseorang itu menghadiri majlis Syeikh secara
Zahir dengan penuh adab dan tertib, maka Suhbat secara
Batin itu juga membawa maksud yang sama iaitu merasakan
bahawa kita sedang menghadiri majlis Syeikh dan
membayangkan bahawa diri kita sedang berada dengan
Syeikh di dalam majlisnya.

Maka, bagi seseorang Murid untuk dia menuju


kepada kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dia
perlu pertama sekali menfanakan Ruhnya dan
menghadirkan Ruh Syeikhnya dalam Batin dirinya, kerana
Syeikhnya juga dalam keadaan yang sama, iaitu bahawa Ruh
Syeikhnya fana dalam kehadiran Ruh Masyaikhnya
sehinggalah kepada perhubungan antara Ruh Hadhrat
Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radhiyallahu ‘Anhu yang fana dalam kehadiran Ruh
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
438
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yang paling dekat dan hampir dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala adalah Ruh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
yang paling dekat dengan Ruh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
Ruh Hadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu Bakar As-
Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu dan begitulah seterusnya dalam
rantaian Silsilah Emas Naqshbandiyah Mujaddidiyah
sehingga sampai pada perhubungan antara Syeikh dan
Murid.

Apabila sempurna Murid menfanakan diri dalam


kehadiran Syeikhnya, maka dia sedang bersedia untuk
menuju kepada fana dalam kehadiran Para Masyaikh, dan
apabila sempurna Murid menfanakan diri dalam kehadiran
Para Masyaikh, ini seterusnya akan membawa Murid kepada
peringkat fana dalam kehadiran Ruh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Apabila Murid mencapai kesempurnaan dalam


menfanakan dirinya dalam kehadiran Ruh Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
maka bermulalah fananya dalam kehadiran Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

SUHBAT SYEIKH
SUHBAT Syeikh bererti bersahabat dengan Syeikh dan ianya
merupakan amalan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim
Ajma’in bersama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Suhbat akan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
439
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghasilkan Rabitah yakni suatu ikatan Ruhaniah secara
Batin.

Ianya merupakan jalan yang paling dekat untuk


mencapai kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan
cara apabila seseorang Murid itu mewujudkan ikatan Batin
antara Ruhnya dan Ruh Syeikhnya, maka begitulah juga
Syeikhnya turut mewujudkan ikatan Batin dengan Syeikhnya
sama ada beliau masih hidup ataupun mati, sehinggalah
keadaan yang sama berlaku pada sekelian Masyaikh dalam
Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehingga
kepada Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radhiyallahu ‘Anhu yang telah berjaya mewujudkan ikatan
Batin Ruhaniahnya dengan Ruhaniah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ikatan
Batin ini tidak tertakluk kepada sebarang masa, jarak
mahupun zaman. Nikmat ikatan Batin ini tidak akan terhasil
dengan mudah melainkan menerusi Suhbat. Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum adalah mereka yang telah beriman
dan telah bersuhbat secara Zahir dengan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
walaupun seketika dan wafat dalam keadaan beriman.

Bersuhbat dengan Syeikh dengan penuh Adab secara


Zahir dan Batin akan menghasilkan fadhilat yang besar
kerana ianya menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para
Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in, maka kerana itulah
usul ini perlu dipegang dengan kukuh oleh setiap Murid dan
Salik.

Suhbat Syeikh mewujudkan Rabitah dan seterusnya


membawa Murid kepada Fana Fi Syeikh yang mana
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
440
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
merupakan pintu untuk menuju kepada Fana Fi Rasul dan
seterusnya membawa Salik kepada Fana Fillah yakni Fana
dalam kehadiran Hadhrat Zat Yang Maha Suci lagi Maha
Tinggi. Pada setiap maqam Latifah, hendaklah benar-benar
memerhatikan tempat terhasilnya Faidhz dan tempat
pengambilan Faidhz serta senantiasa berikhtiar untuk
mengamalkan zikir-zikir dan latihan-latihan Tariqat
Naqshbandiyah. Adapun bagi Para Akabirin Mujaddidiyah
terdapat berbagai maqam yang tinggi serta berbagai istilah
yang bijaksana dan ianya adalah merupakan suatu perkara
yang lain dari perkara-perkara usul yang telah dinyatakan.
Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
bernasib baik kerana menerima pengurniaan nikmat ini
menerusi keberkatan Suhbat dengan Masyaikh Akabirin
mereka serta berhasil menjalani Suluk pada setiap maqam-
maqam yang tinggi itu.

Para Masyaikh Naqshbandiyah Mujaddidiyah telah


menetapkan bahawa kaedah Zikir Khafi yang ketiga adalah
dengan mencintai Syeikh Sahibul Kamal yakni Syeikh Kamil.
Dengan bersuhbah dan menerusi keberkatan Tawajjuh dan
Ikhlas mereka akan dapat menghindarkan Ghaflah kealpaan
dalam hati seseorang Murid. Mencintai Syeikh akan
menghasilkan Cinta Allah dan Cinta Rasul dan apabila ianya
terhasil dalam diri Murid, maka akan teranglah Musyahadah
cahaya-cahaya Ketuhanan dalam hati Murid. Maka, lazim
bagi Murid sentiasa memerhatikan adab sewaktu kehadiran
Syeikh.

Hamba yang dhaif dan faqir ini juga telah bernasib


baik kerana telah berpeluang bersuhbat dengan Syeikhku
yang dikasihi Hadhrat Sayyiduna Wa Syaikhuna, Syaikhul
Masyaikh, Syaikhul ‘Arab Wal ‘Ajam, Syaikhul Mashriq Wal
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
441
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maghrib, Syaikhuna Fi Dunya Wal Akhirah, Muhyi Sunan
Nabawiyah, Qayyum Tariqat Mujaddidiyah, Qiblah Pir
Dastagir, Qutub Dauran, Ghauts Tsaqilain, Pir Piran,
Khwajah Khwajahgan, Maulana Khwajah Khan Muhammad
Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali di Khanqah Sirajiah dan segala
kebaikan yang terhasil pada faqir adalah berkat Suhbat
dengannya secara Zahir dan Batin.

RABITAH SYEIKH
RABITAH mempunyai berbagai pengertian yang khusus
sepertimana Hadhrat Shah Abu Sa’id Dehlawi Naqshbandi
Mujaddidi Rahmatullah ‘alaih yang merupakan Khalifah
Kanan kepada Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam
kitabnya Hidayatut Talibin bahawa,
“Rabitah perlu ketika memulakan zikir iaitu dengan
membayangkan wajah Syeikh yang telah mentalqinkan zikir
kepadanya pada kedudukan berhadapan dengan hatinya
atau di dalam hatinya dengan memelihara gambaran
bayangan tersebut dan disebut sebagai Nigah Dasyat dan
memberikan kesan yang amat sempurna bagi
menghilangkan sebarang khawatir dan khayalan dan di sisi
Para Masyaikh Naqshbandiyah, membayangkan rupa wajah
Syeikh adalah disebut sebagai Zikir Rabitah.”

Menghadirkan Rabitah bererti menghadirkan wajah


Syeikh ketika hendak berzikir. Menurut Hadhrat Syeikh
Muhammad Bin ‘Abdullah Al-Khani Al-Khalidi dalam
kitabnya Bahjatus Saniyah, terdapat 6 kaedah melakukan
Rabitah Syeikh iaitu seperti berikut:
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
442
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

1. Menghadirkan wajah Syeikhnya di depan mata


dengan sempurna.
2. Membayangkan Syeikhnya sedang berada di kanan
dan kirinya sambil memusatkan perhatian kepada
Ruhaniah Syeikh.
3. Mengkhayalkan rupa wajah Syeikh di tengah-tengah
dahi.
4. Menghadirkan rupa wajah Syeikh di tengah-tenagh
hati.
5. Mengkhayalkan rupa wajah Syeikh di tengah-tengah
dahi di antara dua kening, kemudian menurunkan
gambaran tersebut ke tengah-tengah hati.
6. Menafikan wujud diri dan mentsabitkan wujud
Syeikh di dalam dirinya.

Rabitah merupakan suatu ibarat bagi memelihara


rupa wajah Syeikh di dalam fikiran atau di dalam hati
seseorang Murid ataupun membayangkan bahawa wajahnya
adalah wajah Syeikhnya dan membayangkan bahawa
jisimnya adalah jisim Syeikhnya. Apabila Zikir Rabitah ini
ghalib ke atas seseorang Murid yakni dirinya sudah
tenggelam dengan Zikir Rabitah, maka dia akan melihat
wajah Syeikhnya pada segala sesuatu dan keadaan ini
dinamakan sebagai Fana Fi Syeikh.

Apabila Ruhaniah Syeikh yang dijadikan Rabitah itu


lenyap, maka Murid akan mengalami sesuatu peristiwa
secara ghaib. Jika peristiwa yang dialami secara ghaib itu
lenyap, maka Murid harus kembali berhubungan dengan
Ruhaniah Syeikh agar peristiwa ghaib yang dialami itu dapat
muncul kembali. Murid perlu melatih amalan Rabitah ini
untuk mencapai Fana dan menyaksikan Musyahadah Alam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
443
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ghaib yang menyatakan bukti-bukti Kebesaran dan
Keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menerusi Rabitah yang beradab sempurna akan


membawa seseorang Murid itu menikmati perhubungan
yang khusus dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan Murid
akan diasuh dan diberikan bimbingan Ruhaniah secara
berterusan meskipun pada jarak yang sejauh Timur dan
Barat. Ketika bersuhbah secara Zahir dengan Syeikh
hendaklah memelihara adab tertib dan mengembirakan
hatinya. Ketika ketiadaan Syeikh hendaklah Nigah Dasyat
memelihara bayangan wajah Syeikh sambil menerima
limpahan Faidhz darinya. Para Akabirin Naqsbandiyah
mengatakan bahawa jalan Rabitah ini akan dapat
menyampaikan Murid untuk merasa bersama dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan merupakan jalan yang paling
dekat dan mudah berbanding dengan jalan Zikir dan jalan
Muraqabah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


444
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 11: FANA

FANA QALB
DALAM Wilayah Sughra, seseorang Murid Salik akan
mengalami Istighraq yakni merasa bahawa dirinya seakan-
akan tenggelam dan Sukr yakni merasa mabuk cintanya
terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam Wilayah
ini, hati akan terputus hubungan secara keseluruhan dengan
segala sesuatu yang selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala sama
ada pada pengetahuan mahupun kecintaan terhadap sesuatu
dan hatinya akan lupa secara keseluruhan terhadap sesuatu
yang selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kaifiat keadaan ini
dinamakan Fana Qalb.

Penyair Sufi bermadah,


Key Bud Khud Za Khud Juda Mandah
Man Wa Tu Raftah Wa Khuda Mandah
Seseorang yang sudah meninggalkan dirinya ke manakah
haluannya?
Daku dan Dikau sudah pergi dan yang tinggal hanyalah Allah.

Fana Qalb akan menghasilkan Tajjalliyat Af’aliyah


Ilahiyah dalam diri Salik yakni dalam kesedaran dan
khalayannya dia akan melihat bahawa segala Af’al tindakan
dan perlakuan segala sesuatu yang selain Allah adalah kesan
daripada Af’al tindakan dan perlakuan Hadhrat Haq Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan ini akan Ghalabah
menguasai dirinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


445
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian, segala zat dan sifat Wujud Mumkinat akan
dianggapkan olehnya sebagai penzahiran Zat dan Sifat
Hadhrat Haq Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Maka, pada
waktu itu Salik sedang berdiri di pintu Tauhid Wujudi
ataupun masyhur dengan sebutan Wahdatul Wujud yakni
menganggap bahawa segala tindakan yang wujud pada
Mumkinat itu adalah merupakan ombak dari tindakan
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala Zat yang Wajibul
Wujud.

Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi


Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa Fana terbahagi
kepada empat keadaan seperti berikut:

1. Fana Khalaq - Segala pengharapan Murid dan


rasa ketakutannya terhadap selain Allah akan menjadi
lenyap.

2. Fana Hawa - Hati Murid hanya berkendakkan


Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan merasa tidak
berkehendak kepada segala sesuatu yang selain Allah.

3. Fana Iradah - Segala keinginan dalam hati


Murid menjadi tiada, seumpama orang yang mati.

4. Fana Fi’il - Murid mengalami Fana dalam


perbuatan dan perlakuan, maka segala penglihatannya,
pendengarannya, percakapannya, makan dan minumnya,
berjalannya dan berfikirnya dia akan merasakan bahawa
segalanya itu adalah merupakan perbuatan dan perlakuan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


446
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dalam sebuah Hadits Qudsi ada dinyatakan bahawa
apabila seseorang hamba berusaha mendekatkan dirinya
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi amalan
Nawafil sehingga Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menjadikannya sebagai kekasihNya, maka Allah Subhanahu
Wa Ta’ala akan menjadi pendengarannya yang dia dapat
mendengar denganNya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
akan menjadi penglihatannya yang dia dapat melihat
denganNya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menjadi
tangannya yang dia dapat memegang denganNya dan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala akan menjadi kakinya yang dia dapat
berjalan denganNya.

HAQIQAT FANA
HADHRAT Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam
kitabnya Ma’arif Laduniyyah pada Makrifat 26 berkenaan
Fana dan Latifah sebagai berikut:
“Fana bererti melupakan semua perkara kecuali Allah
Ta’ala. Setiap satu dari kelima-lima Latifah dalam Alam
Amar terkandung bayangan gambaran dan takluk keasyikan
di dalam tubuh badan manusia. Kelima-lima Latifah itu telah
diberikan nama sebagai Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa.
Kebanyakan Aulia Allah tidak dapat membezakannya di
antara satu dengan yang lain lalu menggelarkan kesemuanya
sebagai Ruh. Apabila dimaksudkan Ruh, maka kelima-lima
perkara ini juga turut difahami.
Ruh iaitu suatu Latifah, sudah pun mengenali Allah
Ta’ala sebelum ia digabungkan dengan tubuh badan jasmani.
Ia memiliki sedikit keinginan, pengetahuan dan cinta
terhadap Allah Ta’ala. Ia telah diberikan tenaga dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
447
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kemampuan untuk mencapai ketinggian dan terpuji. Akan
tetapi ia tidak akan dapat mencapai kecemerlangan selagi ia
tidak bergabung dengan tubuh badan jasmani.
Untuk maju dan cemerlang, ia perlu disatukan dengan
tubuh badan. Untuk maksud ini, pada mulanya Ruh telah
diberikan takluk keasyikan terhadap tubuh badan.
Kemudian, ia telah diberikan kebenaran untuk menuju ke
tubuh badan lalu ia tercampak ke tubuh badan. Dengan
keadaannya yang halus dan suci, ia tenggelam ke dalam
tubuh badan manusia. Ia menjadi tidak dikenali, tidak
dikenali oleh tubuh badan. Ia lupa tentang dirinya. Ia terus
menyangka dirinya adalah tubuh badan. Ia kehilangan
dirinya di dalam tubuh badan. Kerana itulah kebanyakan
manusia menyangka diri mereka sebagai hanya tubuh
badan. Tidak menyedari tentang kewujudan Ruh, mereka
menafikannya.
Allah Ta’ala dengan sifatNya Yang Maha Mengasihani
telah menghantar pesanan kepada manusia iaitu Ruh,
menerusi Para Nabi dan Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam.
Dia mengajak mereka kepada DiriNya. Dia melarang mereka
dari bergantung kepada tubuh badan yang gelap ini.
Seseorang yang yang telah ditetapkan untuk
memperolehi kebaikan yang kekal akan mentaati perintah-
perintah Allah dan meninggalkan pergantungannya
terhadap tubuh badan. Dia mengucapkan kesejahteraan
kepadanya dan ia akan terus kembali ke atas pada tahap
ketinggiannya yang sebenar.
Cintanya terhadap asal-usulnya yang pernah
dirasakannya sebelum bergabung dengan tubuh badan
meningkat secara peringkat demi peringkat. Cintanya
terhadap benda yang bersifat sementara makin berkurangan.
Apabila dia melupakan keseluruhan tentang tubuh badan
jasmaninya yang gelap, yang mana tiada lagi rasa asyik dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
448
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
cinta yang tinggal, maka dia sudah mencapai fana tubuh
badan.
Seterusnya, dia perlu melepasi satu daripada dua
langkah asas pada jalan Tasawwuf iaitu Fana dan Baqa.
Kemudian jika Allah menghendaki dan merahmatinya, dia
akan mencapai peningkatan Ruhaniah lalu terus melupakan
tentang dirinya. Apabila ketidak sedaran ini meningkat, dia
akan langsung melupakan terus tentang dirinya. Dia tidak
akan lagi mengenali sesuatu apapun selain dari Allah Ta’ala.
Seterusnya dia akan mencapai Fana Ruh yang mana
seterusnya dia perlu bergerak meneruskan langkahnya yang
kedua. Ruh datang ke dunia ini dengan keinginan untuk
mencapai Fana yang kedua ini. Ianya tidak akan dapat
dicapai tanpa datang ke dunia ini. Jika Latifah Qalb melepasi
kedua-dua langkah ini bersama-sama Ruh, ia akan mencapai
Fananya sendiri bersama-sama dengan Ruh. Jika Nafs
menyertai Qalb dengan cara ini, ia juga akan disucikan, iaitu
ia juga akan mancapai Fananya. Tetapi apabila Nafs telah
mencapai tahap Qalb, jika ia tetap berada di situ tanpa
berusaha mencapai peningkatan dan melepasi kedua-dua
langkah ini, ia tidak akan dapat mencapai tahap
ketidaksedaran. Ia tidak akan menjadi Mutmainnah atau jiwa
yang tenang.
Seseorang yang telah mencapai Fana Ruh mungkin
tidak mencapai Fana Qalb. Ruh ibarat bapa kepada Qalb dan
Nafs pula ibarat ibu kepada Qalb. Jika Qalb mempunyai
keinginan terhadap Ruh sebagai bapanya dan memalingkan
dirinya dari Nafs sebagai ibunya dan jika keinginan ini
bertambah kuat dan menarik Qalb ke arah bapanya, maka ia
akan mencapai darjatnya. Ianya adalah dengan melepasi
kedua-dua langkah ini. Apabila Qalb dan Ruh mencapai
Fana, Nafs tidak semestinya turut mencapai Fana.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


449
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Jika Nafs mempunyai keasyikan dan keinginan
terhadap anaknya, dan jika keinginan ini semakin bertambah
dan membuatkannya semakin dekat dengan anaknya yang
telah mencapai darjat bapanya, maka ibunya juga akan
menjadi seperti mereka. Keadaan yang sama juga berlaku
untuk mencapai Fana pada Latifah Sirr, Khafi dan Akhfa.
Segala ingatan dan fikiran yang telah dipadamkan
dan dilenyapkan dari Qalb hatinya menunjukkan kebenaran
bahawa Ia telah melupakan segala perkara yang lain selain
Allah Ta’ala. Tidak ada daya upaya untuk mengingat sesuatu
apa pun bermakna bahawa pengetahuan dan segala sesuatu
telah lenyap. Di dalam Fana, ilmu pengetahuan juga perlu
dilenyapkan.”

Masyaikh berkata,

‘Ilm Sufi ‘Ain Zat Haq Bud,


‘Ilm Haq U Khud Sifat Haq Bud.
‘Ilm Haq Dar ‘Ilm Sufi Gum Syawad,
In Sukhn Key Bawar Mardam Syawad.

Ilmu Sufi adalah mata air Ilmu Zat Yang Haq,


Ilmu Haq pada mereka adalah sifat yang Haq.
Ilmu Haq dalam Ilmu Sufi telah lenyap,
Kebenaran perkataan ini ada dalam hati lelaki Sufi.

FANA FI SYEIKH
APABILA Zikir Rabitah ghalib ke atas seseorang Murid
yakni dirinya sudah tenggelam dengan Zikir Rabitah, maka
dia akan melihat wajah Syeikhnya pada segala sesuatu dan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


450
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
keadaan ini dinamakan sebagai Fana Fi Syeikh. Hadhrat
Shah Abu Sai’d Dehlawi yang merupakan Khalifah Kanan
kepada Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya
Hidayatut Talibin bahawa keadaan warid seperti ini juga
berlaku ke atas dirinya ketika mula-mula melakukan Zikir
Rabitah sehinggakan beliau mendapati bahawa dari ‘Arash
sehingga ke tanah dipenuhi dengan wajah Hadhrat
Syeikhnya dan beliau melihat bahawa setiap pergerakan
mahupun diamnya adalah pergerakan dan diam Hadhrat
Syeikhnya. Ketahuilah bahawa jalan Rabitah merupakan
jalan yang paling dekat dari sekelian jalan. Banyak perkara-
perkara ajaib dan pelik akan terzahir menerusi jalan ini.

Hadhrat ‘Urwatil Wutsqa Khwajah Muhammad


Ma’sum Rahmatullah ‘alaih telah berkata bahawa,
“Zikir semata-mata tanpa Rabitah dan tanpa Fana Fi
Syeikh tidak akan dapat menyampaikan kepada maksud dan
Rabitah semata-mata dengan mengamati Adab Suhbah
adalah mencukupi.”

Seseorang yang telah tenggelam dalam Fana Fi Syeikh


akan sentiasa merasakan bahawa Syeikhnya sentiasa ada
dalam dirinya, dalam setiap pergerakan dan perkataannya.
Yang diingatnya hanyalah Syeikhnya dan ini hanya akan
terhasil dengan sempurna apabila ianya disertai dengan
Mahabbah iaitu Cinta dan Kasih Sayang yang terhasil dari
Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Fana Fi Syeikh bererti
meletakkan segala urusan perjalanan Keruhaniannya pada
tangan Syeikhnya dan bersedia menurut segala anjuran,
teguran, nasihat dan tunjuk ajar dari Syeikhnya. Fana Fi
Syeikh akan membawa seseorang Murid itu ke arah ketaatan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


451
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
terhadap Syeikh yang dianggap sebagai pemimpin dan
pembimbing Ruhani bagi Murid.

Menurut Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad


Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, apabila kelima-lima
Lataif Alam Amar telah disucikan dengan sempurna, Lataif
Alam Khalaq juga dengan sendirinya akan disucikan,
kemudian dia akan memahami hakikat Daerah Imkan.
Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu perlulah mancapai
Fana Fi Syeikh. Ini akan mengangkat hijabnya terhadap
kefahaman tentang Daerah Imkan. Seseorang Murid yang
Salik menuju Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala perlu
kembali kepada Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam kerana Ruh kita terbit dari Ruh Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Untuk
kembali kepada Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seseorang Murid itu perlu
mengenali Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi pimpinan dan
bimbingan seorang Syeikh yang akan memberikannya
beberapa petunjuk untuk menuju Hadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Syeikh adalah Ulul
Amri yang memelihara urusan Keruhanian Murid. Mentaati
Syeikh bererti mentaati Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ketaatan kepada
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bererti kita mentaati Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Seseorang Murid yang Fana Fi
Syeikhnya sempurna, maka Syeikhnya hendaklah
membimbingnya kepada Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan
Haqiqat Muhammadiyah sehingga Murid yang Salik itu
tenggelam dalam lautan Fana Fi Rasul. Para Masyaikh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
452
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menyatakan bahawa Fana Fi Syeikh adalah Muqaddimah
bagi Fana Fi Rasul dan Fana Fillah. Setelah mencapai Fana Fi
Syeikh, Murid perlu menuju Fana Fi Masyaikh terlebih
dahulu dan seterusnya Fana Fi Rasul.

FANA FI MASYAIKH
FANA Fi Masyaikh bererti seseorang Murid yang sudah
mulai patuh pada Syeikhnya, maka hendaklah dia turut
mematuhi sekelian Para Masyaikh dalam Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah kerana segala limpahan Ruhaniah dan
Faidhz adalah datang menerusi pertalian Batin mereka yang
kukuh sehinggalah kepada Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Masyaikh adalah orang-orang yang menuruti


kehidupan Zahir dan Batin Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Mengasihi mereka bererti mengasihi Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kerana
Para Masyaikh adalah Para ‘Alim ‘Ulama dan mereka adalah
Pewaris Nabi sehingga ke hari Qiyamat.

Para Masyaikh adalah orang-orang yang terdahulu


menjalani kehidupan Tariqat Tasawwuf dan jasad mereka
telah Fana manakala Ruh mereka kekal Baqa di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka adalah orang yang hidup dan
matinya berada atas jalan Allah, berjuang untuk menegakkan
Kalimah Allah yang Agung. Fana Fi Masyaikh adalah pintu-
pintu jalan untuk menuju Fana Fi Rasul. Wallahu A’lam, Wa
‘Ilmuhu Atam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
453
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

FANA FI RASUL
FANA Fi Rasul bererti seseorang Murid yang tenggelam
dalam Haqiqat Muhammadiyah setelah dia menyedari
bahawa Syeikhnya dan Para Masyaikhnya adalah bayangan
kepada Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana sekelian Ruh
Mukmin bersumber darinya. Seseorang Murid akan
mengalami rasa Cinta dan Kasih Sayang yang hebat terhadap
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam sehingga dia berusaha membawa
kehidupannya selaras dengan kehendak kalimah:

MUHAMMADUR RASULULLAH.

Syeikh hendaklah membimbing Muridnya kepada


Amalan Sunnah Nabawiyah yang Zahir mahupun yang
Batin. Tiada satupun amalan yang kecil di dalam Sunnah
Nabawiyah bahkan kesemuanya adalah amat besar di sisi
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Seseorang Mukmin tidak akan
mencapai darjat Iman yang sempurna sehinggalah segala
Hawa dan Nafsunya tunduk sepenuhnya kepada Agama dan
Sunnah Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam juga adalah Insan dan manusia biasa
seperti kita yang memiliki Hawa dan Nafsu, namun Ruhnya
telah disucikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Hawa
Nafsunya juga telah ditarbiyah dan disucikan untuk
menuruti kemahuan Ruh.

Ruh Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam adalah terbit dari Ruh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
454
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan hubungan di antara keduanya amat rapat sehingga
segala kecintaan dalam hati Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
hanyalah tertumpu kepada Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Ruh orang-orang yang beriman dengan Allah adalah


terbit dari Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mereka
hendaklah kembali kepada fitrah mereka yang asal iaitu
fitrah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi sumber petunjuk
bagi orang-orang beriman untuk menuju kepada Allah.
Orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala hendaklah mencintai Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lebih
daripada apa yang mereka cintai untuk diri mereka, ibu bapa
mereka dan kaum keluarga mereka sendiri.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah


Ali Imran ayat 31 yang bermaksud,
“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah,
maka turutilah aku (Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam), nescaya Allah akan mencintai kamu dan
Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu, dan Allah adalah
Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

Untuk mencapai Fana Fi Rasul, Salik perlu


menanamkan dalam dirinya tentang kemuliaan, kehebatan
dan keagungan Sunnah Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta sentiasa beramal
dengannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


455
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemuliaan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum adalah
terhasil menerusi ketaatan mereka terhadap Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan kecintaan mereka untuk menuruti segala
Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Maka itulah, Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah menyuruh sekelian para pengikut
mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan amalan
Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada setiap masa dan keadaan.
Semoga Allah memberikan kita Taufiq. Amin.

FANA FILLAH
FANA Fillah adalah suatu hal keadaan di mana Murid yang
Salik itu merasa kehilangan dirinya dalam menyaksikan
Musyahadah Keagungan dan Kebesaran Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menerusi Tajalli yang dilimpahkan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ke dalam hatinya. Ianya terhasil
menerusi Zikir kalimah Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang
banyak. Pintu hati tidak akan terbuka tanpa Zikir yang
banyak. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan melimpahkan
Tajalli Nama ZatNya bagi memperkenalkan Sifat-SifatNya
dan Af’al perlakuan serta tindakanNya.

Seseorang Salik yang baru mencapai Fana Fillah akan


mengalami Ghalabah atau disebut keadaan Bey Khudi yakni
merasakan bahawa dirinya telah hilang, berkeadaan tidak
tentu arah seolah-olah menggelabah dalam perasaannya.
Sukar baginya mengungkapkan segala rahsia-rahsia
Ketuhanan yang diperlihatkan secara Musyahadah di dalam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
456
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hatinya. Dia akan merasai tenggelam dalam lautan Rahmat
dan Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila
terhasilnya Kaifiat ketika berzikir maka hendaklah
memeliharanya, dan jika Kaifiat tersebut ghaib maka
hendaklah teruskan berzikir sehingga Kaifiat kembali
terhasil dan rasa kehadiran menjadi semakin teguh. Apabila
Murid mencapai Jazbah Qabuliyat yakni tarikan penerimaan
dari Allah Ta’ala, maka dia akan merasakan limpahan Faidhz
dan hembusan Rahmaniyah dari Tuhan Yang Maha Pemurah
melimpahi dirinya.

Kadang-kadang Faidhz akan terlimpah ke dalam hati


secara tiba-tiba dan terhasilnya Warid pada hati, lalu
menjadikannya dalam keadaan tidak tentu arah. Maka
apabila kaifiat yang sedemikan itu berlaku secara berterusan,
seseorang Murid itu hendaklah mengharap dan memohon
penghasilan Fana dan kesenantiasaan merasai kehadiran
bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Fana Fillah juga diertikan sebagai Fana Fi Zat yang


bermakna seseorang Salik itu tenggelam dalam lautan
kehadiran Zat yang meliputi segala sesuatu. Apabila
seseorang itu tenggelam dalam lautan Zat yang menguasai
dan meliputi segala sesuatu, maka pandangannya tidak akan
melihat sesuatu yang lain selain ZatNya yang Maha
Berkuasa dan kekuasaanNya meliputi setiap benda dan
segala sesuatu yang ada di langit, di bumi dan apa yang ada
di antara langit dan bumi. Sesungguhnya Allah adalah Al-
Latif yang Maha Halus dan Dialah Al-Muhit yang
kewujudanNya dan kekuasaanNya meliputi segala sesuatu.
Sewaktu seseorang itu sedang tenggelam dalam lautan Fana
Fi Zat ini, dia akan mengalami suatu perasaan bahawa
dirinya juga bukanlah sutu wujud yang bersifat hakiki
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
457
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bahkan tidak wujud sama sekali. Yang difahami olehnya
hanyalah Wujud Allah yang mana kewujudanNya adalah
wajib dan Haq, tidak dapat disangkal sama sekali. Dia akan
melihat bahawa segala kejadian ciptaan, hal peristiwa dan
keadaan, perbuatan serta tindakan itu hanya dapat berlaku
dengan kehendak dan izin dari Allah Tuhan Semesta Alam.
Maka dia akan merasai bahawa Wujud Haqiqi hanyalah satu
iaitu Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan inilah permulaan
hal Tauhid Wujudi atau digelar Wahdatul Wujud.

Menerusi Zikir Ismu Zat yang banyak akan membawa


Salik mencapai Fana pada Qalbnya dan dia akan mengalami
suatu Jazbah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan Qalbnya akan mula memberi
tumpuan Tawajjuh kepada limpahan Faidhz dari sisi yang di
atas ‘Arash.

Seterusnya dia akan mengalami Jam’iyat dan Hudhur


yang mana segala lintasan pada hati dan fikiran menjadi
semakin berkurangan dan mungkin lenyap sama sekali.
Keadaan ini apabila berterusan akan menghasilkan Warid
pada diri Salik yang mana dia akan mengalami perasaan
sukar dan tiada terdaya untuk menerima sesuatu Hal dalam
hatinya, dengan merasakan ketiadaan wujud pada dirinya.
Pada peringkat awal pencapaian Fana, keadaan ini berlaku
sekali-sekala bahkan mungkin sebulan sekali.

Seseorang yang banyak berzikir mungkin akan sering


mengalaminya seperti seminggu sekali atau bahkan mungkin
pada setiap hari dan mungkin berkali-kali menerima Warid
yang sedemikian dalam sehari. Segalanya ini berlaku dengan
Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


458
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Para Akabirin Naqshbandiyah berkata,
Zikir Ast Keh Mujib Husul Fana Wa Baqa Ast,
Zikir Ast Keh Musil Billah Ast.
Hanya Zikir yang wajib akan menghasilkan Fana dan Baqa,
Hanya Zikir yang akan menyampaikan kehadiran bersama Allah.

Para Masyaikh Naqshbandiyah berkata,


Zikir Go Zikir Ta Tura Jan Ast,
Pakaey Dil Za Zikir Rahman Ast.
Zikir terus zikir selama mana kamu masih hidup,
Kebersihan hati akan terhasil dari ingatan terhadap Tuhan Yang
Pemurah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman pada Surah Al-


Anfal ayat 45,

#Z$ÏWŸ2 ©!$# (#ρã à2øŒ$#uρ (#θçFç6øO$$sù Zπt⁄Ïù óΟçGŠÉ)s9 #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊆∈∪ šχθßsÎ=ø è? öΝä3¯=yè©9


Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi
pasukan musuh, maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah
nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

Wazkurullaha Katsiran La’allakum Tuflihun. Dan


berzikirlah mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya
supaya kamu mendapat kejayaan. Maksudnya ialah:
memperbanyak zikir dan doa. Kemudian Allah berfirman
dalam Surah Al-Ahzab ayat 41,

∩⊆⊇∪ #Z$ÏVx. #[ ø.ÏŒ ©!$# (#ρâQè0øŒ$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ


Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan
menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
459
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Para Masyaikh berkata bahawa,
“Tasawwuf secara keseluruhannya adalah Adab, dan
barangsiapa yang biadab dengan tidak memelihara Adab
tidak akan dapat mencapai Tuhan.”

Para Akabirin Naqshbandiyah berkata,


Man Dhzayya’ar Rabbal Adna,
Lam Yasil Ilar Rabbil A’la.
Barangsiapa yang mensia-siakan Pentarbiyah yang rendah (Syeikh
Murshid),
Dia sekali-kali tidak akan sampai kepada Pentarbiyah Yang Maha
Tinggi (Allah Ta’ala).

Fana Fillah bererti melupakan semua perkara kecuali


Allah Ta’ala. Apabila dia melupakan keseluruhan tentang
tubuh badan jasmaninya yang gelap, yang mana tiada lagi
rasa asyik dan cinta yang tinggal, maka dia sudah mencapai
fana tubuh badan. Seterusnya, dia perlu melepasi satu
daripada dua langkah asas pada jalan Tasawwuf iaitu Fana
Qalb. Seterusnya dia akan mencapai Fana Ruh yang mana
seterusnya dia perlu bergerak meneruskan langkahnya yang
kedua. Seseorang yang telah mencapai Fana Ruh mungkin
tidak mencapai Fana Qalb. Apabila Qalb dan Ruh mencapai
Fana, Nafs tidak semestinya turut mencapai Fana. Keadaan
yang sama juga berlaku untuk mencapai Fana pada Latifah
Sirr, Khafi dan Akhfa. Segala ingatan dan fikiran yang telah
dipadamkan dan dilenyapkan dari Qalb menunjukkan
kebenaran bahawa Ia telah melupakan segala perkara yang
lain selain Allah Ta’ala. Tidak ada daya upaya untuk
mengingat sesuatu apa pun bermakna bahawa pengetahuan
dan segala sesuatu telah lenyap. Di dalam Fana, ilmu
pengetahuan juga perlu dilenyapkan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


460
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 12: BAQA


ISTIGHRAQ
DALAM menantikan limpahan Faidhz dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, jika pada diri seseorang itu terhasil
rasa kehadiran Allah secara berterusan, dia akan merasakan
kelapangan di dalam hatinya. Seseorang yang telah
mencapai kehadiran bersama Allah dan merasakan bahawa
dirinya diliputi limpahan Faidhz Allah dari enam sudut iaitu
Timur, Barat, Utara, Selatan, Atas dan Bawah, dan dirinya
merasakan bahawa Tawajjuhnya terhadap Allah tidak dapat
diungkapkan Kaifiyatnya, maka hendaklah dia memelihara
Kaifiyat tersebut dan tetap Istiqamah dengan amalannya,
maka dia sedang mencapai darjah tertinggi dalam kehadiran
bersama Allah Ta’ala. Orang yang sedemikian adalah
merupakan seorang daripada Rakan Allah Ta’ala dan dia
sedang tenggelam dalam Lautan Wahdah. Dalam Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah, seseorang yang telah
mencapai Istighraq, maka dia sudah boleh menerima Ijazah.

FATHUL BAB
APABILA Nur Zikir semakin bercahaya di dalam hati
seseorang Talib, maka akan terbitlah suatu cahaya yang
terang dalam hatinya. Tariqat Mazhariyah menamakannya
sebagai Fathul Bab yakni pembukaan pintu hati. Fathul Bab
merupakan antara permulaan perkhabaran baik bagi
seseorang Murid yang Salik lagi Talib.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


461
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada waktu itu, Latifah Qalbnya akan mula
mengingati akan asal-usulnya yang sudah dilupakannya dan
mulalah dia memberikan penumpuan Tawajjuhnya kepada
perkara yang di atas ‘Arash. Tidak berapa lama kemudian,
cahaya Nur yang terbit pada Latifah Qalb itu akan mula
datang dan Zahir pada Latifah Qalibiyah yakni pada
keseluruhan anggota tubuh badan. Secara-sedikit demi
sedikit, dia akan mula menerokai dan merantau untuk
mengenali asal-usulnya yang di atas ‘Arash.

Ketahuilah, bahawa di sisi Para Masyaikh


Naqshbandiyah Rahmatullah ‘alaihim, pekerjaan yang asli
dalam Tariqat ini adalah mengusahakan Hudhzur dan
Jam’iyat. Maka kerana itulah mereka tidak memberikan
sebarang Tawajjuh terhadap sebarang rupa bentuk atau
gambaran yang ghaib, dan mereka tidak membuat sebarang
iktibar terhadap Kasyaf-kasyaf dan Nur-nur, sebaliknya
memberikan dorongan kepada Para Murid mereka untuk
menghasilkan Jam’iyat, Hudhzur, Jazbah dan Warid-warid.

JAM‘IYAT
JAM’IYAT bererti suatu keadaan hati yang lenyap dari
sebarang Khatrah ataupun semakin kurang Khatrah di
dalam hati. Jam’iyat bermaksud, Lataif seseorang Salik itu
dalam keadaan mengingati Allah dengan sepenuh tumpuan
sehingga tiada lagi sebarang lintasan hati atau perkataan
Nafs dalam dirinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


462
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

HUDZHUR
HUDZHUR bererti suatu keadaan dalam hati seseorang
Talib itu yang mula bertawajjuh kepada Hadhrat Haq
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya bermaksud kehadiran hati pada
setiap masa dan keadaan menghadap limpahan Faidhz Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

WARID
WARID atau Waridat bererti suatu keadaan apabila Qalb
mengalami suatu hal keadaan yang sukar dan tidak terdaya
untuk menanggungnya. Dalam Tariqat Naqshbandiyah,
seseorang Salik itu akan mengalami suatu Warid yang
dinamakan ‘Adam dan Wujud ‘Adam yang bererti
merasakan bahawa dirinya tiada atau berasa lupa tentang
kewujudan dirinya. Dia akan menyedari bahawa kewujudan
dirinya adalah suatu wujud yang seolah-olah tidak wujud.

Pengalaman Warid seperti ini pada mulanya akan


berlaku sekali-sekala pada diri Salik, kemudian mungkin
akan berlaku sebulan sekali atau seminggu sekali atau pada
setiap hari atau mungkin akan berlaku berkali-kali dalam
sehari. Keadaan Warid seperti ini akan berlaku berterusan
pada dirinya.

Para Masyaikh Akabirin Tariqat Naqshbandiyah


berkata,

Wasali A’dam Gar Tuani Kard


Kari Mardan Mardawani Kard
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
463
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Jika engkau berjaya sampai pada keadaan A’dam,
Maka engkau mampu melakukan kerja orang lelaki.

Warid ‘Adam dan Wujud ‘Adam ini jika dicapai


dengan Jazbah yang betul akan membawa Salik kepada Fana
dan menerusinya juga akan membawa Salik kepada
pencapaian Baqa. Walaubagaimanapun, Fana Qalb tidak
akan terhasil sama sekali jika dalam dada Salik masih ada
walau sedikit takluk perhubungan pengetahuan mahupun
cinta dan kasih sayang pada sesuatu yang selain Allah dan
jika masih ada terdapat sebarang lintasan pada hati dan
fikiran Salik.

Hadhrat Hafiz Shah Abu Sa’id Dehlawi Rahmatullah


‘alaih berkata,

Khiyal Ma Siwaey Az Dil Beyrun Kun,


Guzar Az Chun Wa Hub Beychegun Kun.
Khayalan sesuatu selain Allah hendaklah dikeluarkan dari hati,
Lintasan dan cinta terhadap sesuatu juga hendaklah dikeluarkan.

Seseorang Murid itu akan mencapai Fana Qalb apabila


dirinya sentiasa dalam keadaan Jam’iyat dan Hudhzur
kerana menerusi kedua-dua perkara itu akan menghasilkan
Jazbah dan dengan Jazbah yang benar akan menghasilkan
Warid dalam dalam diri Murid.

Untuk menghasilkan Jam’iyat dan Hudhzur, maka


Murid hendaklah sentiasa memperbanyakkan Zikir Ismu Zat
iaitu Allah Allah pada Latifah Qalb sehingga dia akan
merasakan bahawa dalam hatinya tidak ada sesuatupun
yang tinggal melainkan hanyalah ingatan tentang
pengetahuannya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
464
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kecintaan terhadap Hadhrat ZatNya Yang Maha Suci lagi
Maha Memiliki Ketinggian.

Hatinya hendaklah dikosongkan dari sebarang


ingatan dan rasa cinta terhadap makhluk. Kemudian,
hendaklah mengisi hati dengan ingatan terhadap Zat Allah
secara berterusan dalam gerak dan diam, sambil duduk
mahupun berjalan, ketika berdiri mahupun berbaring.

Dengan Zikirullah yang banyak dengan kaifiat


Jam’iyat ini akan menghasilkan perasaan sentiasa hadir di
Hadhrat Allah dan inilah yang dikatakan Dawam Hudhzur
atau Hudhzur Daim yang disifatkan sebagai Solat yang
kekal. Keadaan ini apabila berterusan maka akan terhasillah
Tajalliyat Af’aliyah dalam dirinya dengan menyaksikan
bahawa segala perbuatan, perlakuan dan tindakan yang
telah, sedang dan akan berlaku adalah perbuatan, perlakuan
dan tindakan dari Haq Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-
mata. Hatinya menjadi tenggelam dalam lautan kebesaran
Allah dan menyaksikan bahawa segala sesuatu adalah Dia
Yang Haq.

JAZBAH
JAZBAH bererti suatu keadaan apabila Lataif berusaha
menuju ke arah Fauqul ‘Arash yakni menuju kearah Hadhrat
Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang beristiwa di atas
‘Arash. Adapun kenyataan bahawa Allah itu di atas ‘Arash
adalah sebagai suatu adat yang mana DiriNya adalah Maha
Tinggi lagi Maha Memiliki Segala Ketinggian, maka
Tawajjuh Ruh adalah terhadap Zat yang Maha Tinggi.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
465
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah
Maha Suci dari tertakluk dengan sebarang arah mahupun
tempat. Salik hendaklah mencari Allah di luar dari sebarang
arah dan tempat.

TAUHID WUJUDI
AHLI Tauhid Wujudi adalah mereka yang merasakan diri
mereka dan keseluruhan alam ini tenggelam dalam lautan
Wujud Hadhrat Haq Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
mereka berenang di dalamnya. Mereka yang mengalami
Tauhid Wujudi adalah orang-orang mengalami Fana Fillah.
Ibarat bagi orang yang tenggelam dalam lautan Wujud ini
adalah seperti seorang yang berenang dalam sebuah lautan
yang tidak bertepi, maka pada pandangannya dia tidak
melihatkan perkara lain melainkan hanyalah lautan itu
semata-mata.

Walau ke mana jua diangkatkan pandangannya, yang


dilihatnya hanyalah lautan dan ombaknya dan tiada perkara
yang selain dari itu. Sehinggakan dia akan merasa bahawa
kewujudan dirinya dalam lautan yang luas itu adalah
seumpama hanya sekadar satu titik air. Ini yang dinamakan
Istighraq yakni merasa tenggelam dalam lautan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Istighraq yang sempurna ialah apabila
Salik itu sendiri tidak dapat membezakan sama ada dirinya
adalah setitik dari air lautan itu ataupun sebahagian darinya.

Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi


Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan dalam Maktubatnya
pada kandungan suratnya yang ke-61. Surat ini telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
466
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dituliskan kepada Khwajah Hassan Mawdud menyatakan
seperti berikut:

“Kesemua surat yang memberi petunjuk tentang


penjelasan Wahdatul Wujud oleh Hadhrat Khwajah Hassan
Sahib, tiada sebarang perkataan yang perlu disebutkan lagi
bagi menerangkan keagungannya, ianya mengandungi
kebenaran, dapat diterima, amat perlu dan merupakan
secebis ilmu pengetahuan yang telah diakui oleh Para
Masyaikh yang agung.

Ianya menjadi kesukaan bagi Para Auliya yang mulia.


Dengan kegigihan menghadapi kesukaran dan
membahayakan diri, mereka berjaya mencapai hal keadaan
tersebut. Rahsia Tauhid berpunca dari perlaksanaan Zikir,
melakukan banyak Muraqabah dan dengan cinta yang amat
mendalam. Penulisan kamu tentang hal-hal keadaan Tauhid
dengan adab ini telah amat menyukakan hati Faqir ini.

Semoga Allah merahmatimu. Semoga Dia


mengurniakan ganjaran kebaikan atas khidmatmu. Jika daku
tidak menulis apa yang daku tahu tentang perkara ini, daku
tidak menunaikan kewajipan terhadapmu. Jika daku
menulis, daku akan melakukan suatu ketidakhormatan
terhadap seorang yang mulia. Para Masyaikh kami telah
memerintahkan kami untuk menjawab pertanyaan yang
ditanyakan dengan Ikhlas. Mentaati perintah datang
mendahului memerhatikan adab. Daku menulis atas maksud
ini.

Para Masyaikh Mujaddidiyah yakni para pengikut


Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad
Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaih sehingga ke hari ini, telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
467
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengatakan bahawa sewaktu melakukan Zikir dan
Muraqabah, kehadiran Kaifiyat-kaifiyat yang tertentu, hal-
hal dan cahaya-cahaya adalah disebut sebagai 'Ilmul Yaqin.

Sinaran cahaya pada tingkatan Ihsan di dalam hati


sepertimana yang ada dinyatakan dalam sebuah Hadits
adalah disebut sebagai 'Ainul Yaqin. Mengambil tabiat Allah
Ta'ala adalah disebut sebagai Haqqul Yaqin.

Sewaktu melakukan Zikir, pengertian maknanya


hendaklah sentiasa difikirkan. Apabila pengertian makna itu
melimpah pada seluruh kesedaran seseorang, hatinya
menjadi bersinar dengan Nur. Maka, seseorang itu berfikir
bahawa dia telah mencapai pada pengertian makna.
Seseorang itu merasakan bahawa seolah-olah dia sedang
bersatu dengan Allah Ta'ala.

Wahai Tuan, siapakah di atas muka bumi ini yang


mampu menolak perkataan-perkataan Para Masyaikh ini?
Ruzbahan Baqli dan Mulla 'Ali Qari Rahimahumallah tetap
menafikan Ma'rifat ini. Sebagai suatu tindak balas terhadap
mereka, Faqir ini telah menulis bahawa, disebabkan cinta
yang begitu mendalam terhadap Laila, Majnun Amiri
meninggalkan segala makan dan minum. Dia berpaling dari
segala sesuatu. Dia mula menyebut nama Laila secara
berterusan. Sehingga pada suatu ketika dia berkata bahawa
dia adalah Laila. Dia mendapati segala sesuatu adalah Laila.

Setelah menderita begitu banyak kesusahan, Nafs


akan disucikan, hilang sebarang takluk dan kesan pada
tubuh badan dan mencapai kepada suatu hal Keruhanian.
Apabila seseorang itu melakukan Zikir dengan banyak dan
pengertian makna Zikir tersebut meliputi seluruh dirinya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
468
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dia memikirkan bahawa dirinya sedang bersatu dengan
tingkatan yang suci juga.

Apabila diliputi dengan hal pemikiran ini, Hadhrat


Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah 'alaih telah
berkata, "Ana Al-Haqq", yakni "aku adalah Al-Haqq". Kita
orang yang jahil ini tidak dapat memikirkan tentang Ma'rifat
yang halus ini.

Perkataan yang seumpama "Aku adalah Ahmad tanpa


Mim" yakni "Aku adalah Ahad" yang bermaksud Allah dan
"Aku adalah 'Arab tanpa 'Ain" yakni "Aku adalah Rabb",
yang merupakan nama lain bagi Allah, kesemuanya ini
bukanlah Hadits. Perkataan-perkataan ini telah diungkapkan
oleh para pengikut mereka yang telah mencapai tingkatan
Tauhid. Semoga Allah mengampuni mereka semua. Juga,
segala perkataan yang tertulis dalam kitab Nahjatul Balaghah
di bawah nama khutbah Hadhrat Sayyidina 'Ali
Radhiyallahu 'Anhu adalah tidak benar.

Rahsia berkenaan Tauhid Wujudi telah pun lahir


dalam hati-hati mereka yang telah menghadapi susah payah
dalam Riyadhah dan mereka yang telah menyelam dalam
lautan cinta.

Bilangan orang-orang yang ditinggikan ini adalah


begitu banyak yang mana adalah mustahil untuk menolak
kebenaran ini. Adalah tidak perlu bagi mereka yang
menuruti orang-orang yang agung ini memberikan
pengertian yang lain pada ayat-ayat Al-Quran ataupun Al-
Hadits demi untuk membuktikan bahawa perkataan mereka
adalah benar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


469
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tiada siapa pun yang dapat menyangkal tentang
kewujudan Ma'rifat yang seumpama ini, tetapi ianya telah
dilarang menerusi ayat, "Ilmu Pengetahuan mereka tidak
akan dapat mencapaiNya," untuk menganggap bahawa
Ma'rifat ini adalah maksud Tasawwuf dan menjadi
penghujung Sair dan Suluk, bahkan orang-orang yang
terdahulu pun menjauhi Ma'rifat yang seumpama ini.

Kamu belum menyempurnakan petunjuk dengan


menjelaskan perkataanmu, "Seseorang yang tidak
mempercayai Ma'rifat ini tidak akan mendapat pencapaian."
Atas maksud ini, adalah perlu untuk menjelaskan terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian.”

Hadhrat Syeikh Akbar Qaddasallahu Sirrahu berkata,

Lautan itu adalah tetap lautan atas kedudukannya yang Qadim,


Sesungguhnya segala ciptaan yang baharu itu adalah ombak dan
sungainya.
Janganlah bentuk ombak dan sungai itu menghijabkan pandangan
kamu,
Dari Pembentuk yang membentukkannya sedangkan diriNya itu
terhijab.

Hadhrat Syeikh Sanad At-Taifah Qaddasallahu


Sirrahu berkata,

Tiada Adam di Alam Wujud ini dan juga tiada Iblis,


Tiada Kerajaan Sulaiman dan juga tiada Kerajaan Balqis,
Maka segalanya itu hanya sekadar ibarat dan Engkau adalah
makna,
Wahai Dia, yang bagi sekelian hati seumpama Magnetis.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


470
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Apabila Salik sempurna mencapai Fana Fillah, maka
dengan keadaan wujudnya yang disayangi oleh Allah Ta’ala,
dia akan kembali merasai akan kewujudan dirinya dan akan
dikurniakan suatu pengkhususan padanya dengan
pencapaian sifat Baqa.

Maka seterusnya dia akan menyaksikan dengan


pandangan Musyahadah bahawa dirinya ada dalam semua
benda dan semua benda ada dalam dirinya. Dia akan melihat
seluruh alam ini menerusi cermin keindahan yang ada dalam
dirinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


471
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

WUJUD DAN MARTABAT WUJUD


Wujud bererti sesuatu yang ada dan ianya terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu:

1. Wajibul Wujud - Sesuatu yang mesti ada dan tidak


mungkin tiada. Keadaan wujudnya sentiasa ada dan
tidak pernah tiada dan akan terus kekal dengan
kewujudannya. Hanya Allah sahaja yang layak
sebagai Zat yang Wajibul Wujud dan sebarang
makhluk yang lain tidak berhak mendakwa diri
mereka sebagai Zat Wajibul Wujud.

2. Mumtani’ul Wujud - Sesuatu yang tidak boleh


ada dan tidak sepatutnya ada. Sebagai contoh,
wujudnya sebarang Tuhan yang lain selain Allah, dan
adalah jelas bagi orang-orang yang beriman bahawa
kewujudan sebarang Tuhan yang lain tidak
sepatutnya ada dan pasti tidak akan ada. Allah tidak
bersekutu dengan mana-mana Tuhan pun dan
sebarang Tuhan yang lain sebenarnya tidak Wujud.

3. Mumkinul Wujud - Sesuatu yang mungkin ada


dan mungkin tidak ada, yakni ianya boleh
diwujudkan oleh Allah pada bila-bila masa dan boleh
ditiadakanNya pada bila-bila masa juga menurut
kehendakNya. Sebagai contoh, seluruh Alam Maya
dan segala ciptaanNya dan termasuklah manusia
dengan tidak terkecuiali.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


472
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Menurut Hadhrat Hafiz Shah Abu Sa’id Rahmatullah
‘alaih, Martabat Wujud terbahagi kepada tujuh tingkatan
iaitu:

1. Wahdah - Ianya merupakan Martabat Ta’ayin Awal


iaitu Ta’ayin ‘Ilmi Ijmali yakni pada menentukan
pengetahuan peringkat permulaan secara keseluruhan.
Telah Tsabit bahawa Martabat Wahdat ini merupakan
martabat yang mula-mula sekali ditentukan dengan
pengkhususan yang berasal dari Ahadiyat Mujarradah.
Martabat Wahdat sebagai Ta’ayin Awal juga dikenali
sebagai Haqiqatul Haqaiq yakni hakikat bagi segala
bentuk hakikat. Ianya juga dikenali sebagai Haqiqat
Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan juga di
kenali sebagai Martabat Lahut.

2. Wahidiyah - Ianya merupakan Martabat Ta’yin Tsani


yang bermaksud penentuan pada martabat kedua.
Martabat Wahidiyah ini merupakan suatu martabat di
mana Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah diperjelaskan.
Martabat ini uga dikenali sebagai Martabat Haqaiq
Mumkinat yakni martabat hakikat bagi segala makhluk
ciptaan Allah dan dikenali juga sebagai Martabat Jabarut.
Martabat Wahdat dan Martabat Wahidiyat yakni Ta’ayin
Awal dan Ta’ayin Tsani dinamakan sebagai Maratib
Wujubi yakni Martabat yang wajib.

3. Alam Arwah - Ianya merupakan alam Para Ruh.


Perkataan Arwah adalah lafaz Jamak bagi Ruh dan ianya
merupakan suatu alam tempat Ruh Para Nabi, Siddiqin,
Syuhada dan Salihin terhimpun. Ruh adalah suatu jisim
yang bersifat halus yang diciptakan oleh Allah dari Ruh
Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Ruh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
473
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
diciptakan dari Ruh Suci Allah. Alam Arwah ini juga
merupakan tempat Ruh orang-orang beriman
dihimpunkan. Alam Arwah adalah suatu alam yang
sangat tinggi dan ianya mengatasi alam Para Malaikat.
Alam Arwah adalah bersifat kekal kerana ianya berada di
atas ‘Arash dan lebih hampir kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Ruh orang-orang yang tak beriman tidak akan
dapat menyertai Para Ruh di Alam Arwah kerana mereka
ditempatkan di dalam Neraka pada kedudukan yang
sangat rendah.

4. Alam Malakut - Ianya merupakan alam Para Malaikat.


Alam Malakut terdiri dari kalangan Para Malaikat yang
dekat dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sentiasa
bertasbih mensucikan ZatNya serta taat kepadaNya.
Mereka bertanggungjawab memikul ‘Arash dan taat
melaksanakan urusan pentadbiran Alam Semesta
sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada
mereka.

5. Alam Mitsal - Alam penzahiran yang berada di antara


Alam Ruh dan Alam Ajsam. Alam Mitsal adalah alam akal
fikiran di mana sesuatu benda atau perkara itu akan
terzahir ke Alam Ajsam setelah ianya wujud dengan
sempurna di Alam Mitsal. Wujud Alam Mitsal bagi
manusia adalah pada akal fikiran bapa sebelum dia
memancarkan benihnya ke dalam Rahim ibu. Alam Mitsal
hanya dapat diperhatikan menerusi Musyahadah Nafs
kerana Latifah Nafs adalah berkait dengan akal fikiran
yang bertempat di otak manusia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


474
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
6. Alam Ajsam - Alam Jasmani yang bersifat memiliki
tubuh badan. Setiap benda yang kita dapat rasa keadaan
sifatnya adalah jisim. Ruh suatu jisim yang halus telah
digabungkan oleh Allah dengan 4 Anasir yang bersifat
kasar iaitu air, angin, api dan tanah.

7. Alam Nasut - Alam kehidupan manusia yang bersifat


Zahir. Martabat Alam Arwah, Martabat Alam Malakut,
Martabat Alam Mitsal, Martabat Alam Ajsam dan
Martabat Alam Nasut dinamakan sebagai Maratib Imkani
yakni Martabat yang mungkin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


475
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

MAQAMAT ‘ASYARAH
[ SEPULUH MAQAMAT ]
MENURUT Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Ad-
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, kewalian tidak akan terhasil
pada diri seseorang melainkan apabila ada padanya sepuluh
sifat yang merupakan Maqamat yang lazim iaitu:

1. Taubah
2. Inabah
3. Sabar
4. Syukur
5. Qana’ah
6. Wara’
7. Taqwa
8. Taslim
9. Tawakkal
10. Redha

Adapun sepuluh Maqamat yang akan terhasil


menerusi Suluk menurut Hadhrat Maulana Hafiz Shah Abu
Sa’id Ad-Dehlawi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan Khalifah kanan Hadhrat
Shah ‘Abdullah Ghulam ‘ali Ad-Dehlawi Rahmatullah ‘alaih
adalah seperti berikut:

1. Taubah
2. Inabah
3. Zuhud
4. Riyadhah
5. Wara’
6. Qana’ah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
476
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
7. Tawakkal
8. Taslim
9. Sabar
10. Redha
Adakalanya mungkin bagi sesetengah Wali, bahawa
kaki mereka tidak begitu kukuh dalam berpijak pada
Maqamat yang tersebut, akan tetapi setiap Wali amat perlu
melewati kesemua Maqamat ini. Para Khandan
Mujaddidiyah menempuh kesemua Maqamat ini secara
Ijmali dan Jazabi namun tidak secara Tafsili seperti yang
biasa diamalkan oleh Silsilah Tariqat yang lain, yang mana
mereka menetapkan Sair Tafsili dan Suluk pada setiap
Maqamat tersebut. Para Masyaikh Akabirin mengatakan
bahawa Murid hendaklah menguatkan kehadiran hati secara
sempurna dan hendaklah sentiasa berusaha menghasilkan
Fana dan Baqa.

Dalam menjalani perjalanan Tariqat Tasawwuf,


seseorang Salik tidak dapat tidak, akan melalui perkara Hal
Ahwal keadaan dan Maqamat perhentian. Perkara Hal
datang dan pergi dalam diri Salik apabila dia menyibukkan
dirinya dengan amalan untuk berada di samping Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Perkara Hal akan datang dalam macam-macam


keadaan dan bentuk terhadap seseorang Salik namun ianya
bukanlah maksud yang utama dalam Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah, sebaliknya seseorang Salik
hendaklah berusaha menghasilkan Maqamat dalam dirinya
dan menjadikan Maqamat tersebut sebagai suatu perhentian
dalam dirinya sewaktu dirinya menjalani perjalanan menuju
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


477
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Perkara Hal merupakan kekurniaan dari Allah
semata-mata dan ianya tidak perlu diusahakan, akan tetapi
bagi Maqamat juga merupakan kekurniaan dari Rahmat
Allah Ta’ala namun ianya perlu diusahakan. Ada sebilangan
Masyaikh yang menetapkan sekurang-kurangnya tiga
Maqamat yang utama perlu terhasil pada diri seseorang Salik
iaitu Taubah, Muhasabah dan Muraqabah.

Adapun bilangan Maqamat yang sebenarnya sangat


banyak, ada yang menetapkan sehingga dua puluh
Maqamat, namun di sisi Akabirin Naqshbandiyah
Mujaddidiyah, kesemua sepuluh Maqamat yang dinyatakan
di atas perlu terhasil dalam diri setiap Salik yang
berkeinginan kuat menempuh Maqam Wilayat Kubra.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


478
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 13: TAWASSUL WASILAH


TAWASSUL menurut pengertian bahasa berasal dari kata
dasar Waw, Sin dan Lam iaitu Wasala Yasilu Wasilatan
dengan penambahan huruf Ta pada awal kalimah pada
wazan timbangan Tafa’’ul yang bererti memohon belas
kasihan, wasitah atau jalan yang digunakan untuk membuat
permintaan dan permohonan. Adapun Tawassul menurut
pengertian istilah ialah jalan pendekatan untuk memohon
sesuatu kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Jalan pendekatan yang dimaksudkan ini ialah


melakukan sesuatu amalan tertentu yang dapat membawa
kita menjadi lebih dekat dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Terdapat berbagai-bagai bentuk jalan pendekatan untuk
membawa kita menghampirkan diri dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Pengertian Wasilah menurut bahasa
ialah sesuatu yang dapat mendekatkan kepada yang lain.
Perkataan jamak bagi Wasilah ialah Wasail. Perkataan Tausil
dan Tawassul terbit dari perkataan Wasilah ini. Sepertimana
biasa dikatakan, “Dia mendekatkan diri kepada Tuhannya
dengan sesuatu Wasilah amal perbuatan.”

Perkataan Wasilah juga bermakna suatu kedudukan


di sisi raja dan diertikan juga dengan Darjat dan Qurbat
yakni darjah tingkatan kemuliaan dan penghampiran dengan
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman menerusi


Surah Al-Maidah ayat 35 di dalam Al-Quran,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


479
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

’Îû (#ρ߉Îγ≈y_uρ s's#‹Å™uθø9$# ϵø‹s9Î) (#þθäótGö/$#uρ ©!$# (#θà)®?$# (#θãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊂∈∪ šχθßsÎ=ø è? öΝà6¯=yès9 Ï&Î#‹Î6y™


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan carilah jalan Wasilah yang mendekatkan diri
kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu
mendapat keberuntungan.

Dalam Tafsir Ibnu Katsir ada menyatakan bahawa Al-


Wasilah ialah sesuatu yang menyampaikan kepada maksud,
dan ianya merupakan nama bagi sebuah tempat kediaman
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam di dalam Syurga suatu tempat yang paling
dekat dengan ‘Arash.

Di dalam Qamus Al-Munjid menyatakan Wasilah


sebagai sesuatu yang didekatkan kepada yang lain. Tawassul
menurut hukum Islam ialah pendekatan kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan mentaati dan beribadah
kepadaNya, mengikuti Para Nabi dan RasulNya dengan
semua amal yang dikasihi dan diredhaiNya.

Hadhrat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu


menegaskan bahawa, “Al-Wasilah Hiyal Qurbah,” yang
bermaksud Wasilah ialah pendekatan. Pendapat ini juga
dipegang oleh sebilangan besar Para Mufassir seperti
Hadharat Sufyan Ats-Tsauri, Talhah, ‘Ata, Mujahid, Abu
Wail, Al-Hassan, ‘Abdullah Ibni Katsir, Ibnu Zaid dan
Qatadah Rahimahumullah ‘Alaihim Ajma’in.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


480
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Qatadah Radhiyallahu ‘anhu menafsirkan Al-
Qurbah itu sebagai mendekatkan diri kepada Allah dengan
mentaatiNya dan mengerjakan apa saja yang disukaiNya.
Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran telah menyatakan sebuah
riwayat dari Hadhrat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu
bahawa dalam ayat yang tersebut di atas, Al-Wasilah
bermakna Hajat yang bermaksud, “Dan carilah jalan hajat
kepadaNya.” Ar-Raghib dalam kitabnya Mufradatul Quran
menyatakan bahawa hakikat Wasilah kepada Allah itu ialah
memelihara jalanNya dengan ‘Ilmu dan ‘Ibadah.

Tafsir Futuhatul Ilahiyah menyatakan Al-Wasilah itu


sebagai, “Sesuatu yang mendekatkan kamu kepadaNya
dengan mentaatiNya.” Tafsir Jalalain manafsirkan Al-
Wasilah sebagai, “apa yang mendekatkan kamu kepadaNya
dari amalan ketaatan kepadaNya.”

Dalam ayat yang tersebut di atas menegaskan bahawa


kita telah diperintahkan supaya mencari jalan Wasilah untuk
mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Wasilah dalam ayat
ini mengandungi maksud yang umum. Para Ahli Tariqat
berpendapat, salah satu jalan pendekatan diri kepada Allah
itu adalah dengan perantaraan Rabitah, kerana menurut
mereka Rabitah adalah Wasilah yang sebaik-baiknya, kerana
yang dijadikan Rabitah itu adalah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Para
Masyaikh atau orang-yang menmpati kedudukan mereka.

Ahli Tariqat tidak mengertikan Wasilah dalam ayat itu


sebagai Rabitah kerana erti yang sedemikian adalah
bertentangan dengan penafsiran kitab-kitab Tafsir yang
mu’tabar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


481
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Cuma, dari sekian banyak jalan pendekatan Wasilah,
mereka berpendapat jalan pendekatan Wasilah yang paling
baik adalah melalui Rabitah.

Wasilah terbahagi kepada dua iaitu Wasilah Masyru’


dan Wasilah Mamnu’. Wasilah Masyru’ adalah Wasilah
Syari’at seperti yang telah ditetapkan oleh Syara’ manakala
Wasilah Mamnu’ adalah Wasilah yang dilarang oleh Syara’.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menjelaskan menerusi
kehidupannya yang mulia bahawa Wasilah adalah sesuatu
pendekatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan
melakukan ketaatan dan mengerjakan amalan-amalan Salih
yang disukai dan diredhaiNya.

Maka dari sini dapatlah dibuat suatu kesimpulan


bahawa setiap perkara yang telah diperintahkan oleh Allah
menerusi Syara’ baik yang Fardhu, Wajib mahupun Sunnat
adalah Tawassul dan Wasilah pada hakikat Syara’. Menurut
Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Wasilah yang disyari’atkan itu
terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Seseorang Mukmin yang bertawassul Wasilah kepada


Allah menerusi ZatNya, AsmaNya dan Asma SifatNya
yang tinggi.
2. Seseorang Mukmin yang bertawassul Wasilah kepada
Allah menerusi Amal-amal Salih.
3. Seseorang Mukmin yang bertawassul Wasilah kepada
Allah menerusi Doa saudaranya yang Mukmin.

Kemudian Allah berfirman dalam Surah Al-Isra pada


ayat 57 dinyatakan seperti berikut,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
482
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

öΝåκš‰r& s's#‹Å™uθø9$# ÞΟÎγÎn/u‘ 4’n<Î) šχθäótGö6tƒ šχθããô‰tƒ tÏ%©!$# y7Íׯ≈s9'ρé&

tβ%x. y7În/u‘ z>#x‹tã ¨βÎ) 4 ÿ…çµt/#x‹tã šχθèù$sƒs†uρ …çµtGyϑômu‘ tβθã_ö tƒuρ Ü>t ø%r&

∩∈∠∪ #Y‘ρä‹øtxΧ
Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari
jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang
lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmatNya
dan takut akan azabNya; Sesungguhnya azab Tuhanmu
adalah suatu yang (harus) ditakuti.

Maksudnya Nabi Isa ‘Alaihissalam, Para Malaikat dan


'Uzair yang Para Yahudi dan Nasrani sembah dan seru itu
pun menyeru dan mencari jalan mendekatkan diri kepada
Allah.

Menurut Prof. Dr. H. Abu Bakar Atjeh, Wasilah atau


Tawassul biasa diamalkan oleh para pengikut Tariqat, yang
mana ianya mempunyai pengertian yang tertentu. Ianya
dapat diterjemahkan sebagai penghubung sesuatu
hubungan, khususnya hubungan dengan guru. Beliau juga
mengambil perbandingan dari kisah Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Mi’raj ke
langit menemui Allah Ta’ala yang di antarakan oleh Malaikat
Jibrail ‘Alaihissalam. Pengantaraan ini dianggap sebagai
Wasilah.

Di kalangan ahli Tariqat terkenal dengan kata-kata:


Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak
bertemu dengan Tuhannya berwasilah kepada Malaikat
Jibrail ‘Alaihissalam dan sesampai pada Sidratul Muntaha,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
483
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Malaikat Jibrail ‘Alaihissalam ditinggalkan di situ kerana
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika itu
hendak masuk ke dalam lautan Ma’rifatullah dan
Musyahadah akan Allah Ta’ala yang bersifat Laitsa
Kamitslihi Syai-un yang tidak dapat diumpamakan dengan
sesuatu benda apa pun juga.

Di sini, ahli Tariqat mengambil ibarat bahawa mereka


pun ada baiknya jika berwasilah kepada guru atau kepada
pengajaran guru pada waktu beribadah kepada Allah Ta’ala.
Lalu, istilah Wasilah itu beroleh erti yang khusus baginya
iaitu jalan yang menyampaikan hambanya kepada Allah
Ta’ala.

Tariqat Naqshbandiyah mengertikan hakikat Wasilah


itu sebagai Tabarruk atau mengamil keberkatan sebagaimana
yang dikerjakan oleh murid-murid Taiqat sebelum
melakukan Zikir. Misalnya berdoa, “Ya Allah, aku pinta
padaMu dengan Berkat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan dengan Berkat guruku, agar Engkau
memberikan daku Ma’rifat dan kasih hatiku kepadaMu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


484
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

DOA TAWASSUL

Maka perlulah bagi Murid memohon perlindungan


dan petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui untuk memahami hakikat
ini supaya dia terselamat dari segala tipu daya dari Syaitan
yang direjam.

Wama Taufiqi Illa Billah.

ALLAHU HADHZIRI ALLAHU NAZIRI ALLAHU MA’IY

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


485
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 14: UWAISIYAH


UWAISIYAH atau Uwaisi pada pengertian bahasa merujuk
kepada Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘Alaih dan manakala pada pengertian
istilahnya merujuk kepada seseorang Muslim yang Mukmin
lagi Muhsin yang mengambil limpahan Keruhanian dari Ruh
seseorang Nabi atau Wali yang telah wafat mahupun yang
masih hidup tetapi berada dalam jarak yang jauh secara
Keruhanian dan bersifat Batin.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa


Rahmatullah ‘Alaih merupakan perintis jalan Uwaisiyah di
kalangan Ummat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tetapi terhalang dari berjumpa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, pertama sekali kerana mabuk cinta yang
mendalam dan kedua kerana menunaikan tanggungjawab
kepada ibunya. Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu
‘Anhu telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang
jauh dan tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah
bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah


membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai
ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
486
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh
Akabirin dan Para Auliya meskipun pada jarak dan masa
yang jauh.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa


Rahmatullah ‘Alaih berhubung dengan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
secara Ruhaniah Batin atau apa yang disebutkan sebagai
Telepathy.

juga golongan yang mengistilahkan seseorang Uwaisi


dengan seorang yang miskin dan seorang yang mengambil
jalan Keruhanian, tanpa mempunyai sebarang Syeikh untuk
memimpin Ruhaninya, tetapi mendakwa menerima
bimbingan dan petunjuk dari Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
mendidiknya secara ghaib, dan seseorang yang tenggelam
dalam hubungan dalamannya dengan seseorang Nabi atau
Wali.

Penghasilan Faidhz secara Uwaisiyah merupakan


suatu kaedah yang merentasi jarak, tempat dan waktu.
Limpahan Faidhz yang dihasilkan menerusi jalan Uwaisiyah
adalah amat kuat berbanding dengan jalan Tariqat yang lain
dan ia merupakan suatu jalan yang muktabar di sisi Ahlus
Sunnah Wal Jamaah.

Contoh perhubungan Ruhaniah di antara Hadhrat


Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah
‘Alaih dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hendaklah sentiasa
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
487
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menjadi panduan bagi setiap Salik atas jalan Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah kerana kaedah Uwaisiyah ini
merupakan intipati ajaran Hadhrat Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih.

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan kita yang hampir


1500 tahun sesudah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, tanpa melihat wajah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam secara zahir dan nyata, kita tetap beriman
dan percaya bahawa sesungguhnya Muhammad adalah
Rasul Allah dan sentiasa menanamkan rasa cinta yang
mendalam kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan
mengamalkan ajaran-ajaran Al-Kitab dan As-Sunnah yang
telah disampaikannya.

Pada kurun ke 11, Hadhrat Khwajah Abul Hassan


Kharqani Rahmatullah ‘alaih yang wafat pada tahun 1034
Masihi telah mengambil limpahan Faidhz Keruhanian dari
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dari Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Bistami Rahmatullah
‘alaih menerusi jalan Uwaisiyah dan beliau pula mengambil
limpahan Faidhz Keruhanian dari Hadhrat Imam Ja’afar As-
Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu juga menerusi jalan Uwaisiyah.
Rantaian Silsilah yang diperolehi menerusi jalan Uwaisiyah
adalah muktabar di dalam Silsilah Para Khwajahgan
Naqshbandiyah. Terdapat ramai Para Masyaikh yang telah
mengambil limpahan Faidhz dari Hadhrat Khidhr
‘Alaihissalam sepertimana yang telah berlaku kepada
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pada kurun ke 12 Masihi.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


488
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Adalah diriwayatkan bahawa pada kurun ke 14,
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih
juga telah menerima limpahan Faidhz Keruhanian dari
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang telah wafat dua ratus
tahun sebelumnya pada tahun 1179 Masihi secara Uwaisiyah
dan pada masa yang sama menerima limpahan Faidhz
Keruhanian dari gurunya yang sedang hidup iaitu Hadhrat
Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih yang
kemudiannya wafat pada tahun 1371 Masihi.

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih juga memperolehi nisbat Keruhanian menerusi jalan
Uwaisiyah dari Hadhrat Qutubul Aqtab Ghauts Ats-
Tsaqilain Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani yang hidup
sezaman dengan Hadhrat Khwajah Khwajahgan Khwajah
‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih.

Pada kurun ke 17 Masihi, Hadhrat Imam Rabbani


Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih telah menjadi seorang lagi tokoh
perjalanan Uwaisiyah yang mana beliau merupakan seorang
penuntut jalan Naqshbandiyah dan Uwaisiyah. Beliau telah
dilahirkan pada tahun 1564 Masihi dan wafat pada tahun
1624 Masihi. Beliau menjelaskan bahawa dirinya adalah
seorang pengikut Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi perantaraan rantaian
Silsilah Para Masyaikh Naqshbandiyah yang diperolehinya
dari Syeikhnya Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘alaih. Setelah ketiadaan Syeikhnya, dia
menjadi seorang Uwaisi yang mana tiada guru yang Zahir
bagi dirinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


489
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Meskipun demikian keadaannya sebagai seorang
Uwaisi, Hadhrat Imam Rabbani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih tetap menerima bimbingan dan
limpahan keruhanian dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat
Khwajah Abul Hassan Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Maka
dia adalah pengikut Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menerima limpahan Faidhz
Keruhanian yang sama sepertimana Para Masyaikh
Naqshbandiyah yang menerima hidangan Keruhanian dari
meja yang sama dengan Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sepertimana seorang
hamba yang berkongsi hidangan bersama tuannya dengan
jemputan dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Semenjak kurun ke 18 Masihi, Hadhrat Shah


Waliyullah Muhaddits Dehlawi Rahmatullah ‘alaih yang
lahir pada tahun 1703 Masihi dan wafat pada 1762 Masihi
telah memperkenalkan suatu teori tentang Nisbat iaitu
pertalian hubungan dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala, bahawa setiap Para Sufi itu mempunyai maksud dan
tujuan yang satu iaitu mewujudkan suatu perhubungan yang
khusus dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menerusi persahabatan dengan sesebuah kelompok yang
khusus. Beliau menyatakan bahawa perhubungan yang
wujud dalam kelompok Tariqat Qadiriyah yang diasaskan
oleh Hadhrat Khwajah Ghautsul Tsaqilain Syeikh ‘Abdul
Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih yang wafat pada tahun
1165 Masihi adalah perhubungan Uwaisiyah.

Menerusi jalan yang ditunjukkan oleh Hadhrat Uwais


Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih ini,
ianys telah membangkitkan ramai Para Sufi yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
490
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengamalkan perhubungan Ruhaniah dengan Ruh Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, Para Anbiya dan Para Auliya. Semoga Allah
merahmati kita dengan limpahanNya; Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


491
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 15: NASIHAT DAN


WASIAT
IMAN DAN YAQIN

Iman dan Yaqin pada Kalimah LA ILAHA ILLA


ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH yang bermakna
Tiada Tuhan Melainkan Allah Muhammad Rasul Allah.
Kalimah ini mengandungi dua bahagian.

Yang pertamanya ialah Kalimah LA ILAHA ILLA


ALLAH yang bermaksud bahawa tidak ada yang berkuasa
melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia Maha Berkuasa
untuk menjadikan, menghidupkan, mematikan,
memuliakan, menghinakan dan menjadi tempat
pergantungan sekelian makhluk. Allah adalah Khaliq dan
segala sesuatu selain dari Allah adalah makhluk. Allah
adalah Tuhan Semesta ‘Alam, Maha Pengasih dan Maha
Penyayang dan Dialah yang Maha Berkuasa untuk
menentukan dan membuat keputusan di Hari Pembalasan di
kehidupan Akhirat kelak.

Kita perlu meyakini bahawa hanya Allah Subhanahu


Wa Ta’ala yang Maha Berkuasa dan makhluk tidak ada apa-
apa kuasa melainkan sekadar kemampuan yang dikurniakan
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang kedua ialah Kalimah MUHAMMADUR


RASULULLAH yang bermaksud bahawa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
Pesuruh Allah yang membawa perutusan Risalah dari Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
492
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala kepada umat manusia. Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah HambaNya dan RasulNya yang
bertanggungjawab memikul amanah untuk menyampaikan
segala ajaran Al-Quran yang merupakan Kitab Allah yang
terakhir kepada umat manusia. Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
Insan yang bertanggungjawab mengamalkan segala ajaran
yang terkandung dalam Al-Quran dan mengajarkannya
kepada sekelian umat manusia.

Seluruh kehidupan Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
kehidupan yang berdasarkan ajaran Al-Quran. Zahir dan
Batin Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah penzahiran Al-Quran dan
kita hendaklah meyakini bahawa setiap tutur katanya adalah
Wahyu dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Bersama ini hamba sertakan sebuah risalah tentang ‘Aqidah


Ahlus Sunnah Wal Jama’ah oleh Al Habib Al Sayyid
Abdullah bin Alawi Al-Haddad Rhamtullah ‘Alaih yang
telah diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait:

Segala puji bagi Allah yang Esa. Selawat dan Salam


keatas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarganya
dan sekalian para sahabatnya. Adapun, sesudah itu,
Maka sesungguhnya kami mengetahui dan
mengi'tikadkan, mempercayai dan menyakini, dan kami
memyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah
Yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Tuhan Maha Besar, Raja
Maha Agung, tiada Tuhan selainNya, tiada yang disembah
melainkan Dia.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
493
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Yang Lama [Qadim], Yang Kekal [Azali], Yang


sentiasa Ada, Yang Abadi, Yang tiada awal bagi
permulaanNya, dan Yang tiada akhir bagi penghabisanNya,
Yang Esa tempat meminta, Yang tiada beranak dan Yang
tiada diberanakkan, dan Yang tiada sesuatu pun yang
diserupakan.

…ã&©! ä3tƒ öΝs9uρ ∩⊂∪ ô‰s9θムöΝs9uρ ô$Î#tƒ öΝs9 ∩⊄∪ ߉yϑ¢Á9$# ª!$#

∩⊆∪ 7‰ymr& #·θà à2


Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. [Surah
112 Al-Ikhlas]

Yang tiada serupa dan Yang tidak semacam, dan Yang


tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya, dan Dia Maha
Melihat Maha Mendengar.

.χÎ) 4 Ĩ$¨Ζ9$# š∅ÏΒuρ Wξߙ①Ïπx6Íׯ≈n=yϑø9$# š∅ÏΒ ’Å∀sÜóÁtƒ ª!$#

∩∠∈∪ ×$ÅÁt/ 7ì‹Ïϑy™ ©!$#


Allah memilih utusan-utusanNya dari Malaikat dan dari
manusia; Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha
melihat. [Surah 22 Al-Haj : 75]

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


494
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

7ì‹Ïÿxœ ©!$# ¨βÎ) 3 >οy‰Ïn≡uρ <§ø uΖŸ2 ωÎ) öΝä3èW÷èt/ Ÿωuρ öΝä3à)ù=yz $¨Β

∩⊄∇∪ î$ÅÁt/
Tidaklah Allah menciptakan dan membangkitkan kamu
(dari dalam kubur) itu melainkan hanyalah seperti
(menciptakan dan membangkitkan) satu jiwa saja.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat.
[Surah 31 Luqman : 28]

tβθàÒø)tƒ Ÿω ϵÏΡρߊ ÏΒ tβθããô‰tƒ tÏ%©!$#uρ ( Èd,ysø9$$Î/ ÅÓø)tƒ ª!$#uρ

3 >óy´Î/

∩⊄⊃∪ ç$ÅÁt7ø9$# ßì‹Ïϑ¡¡9$# uθèδ ©!$# ¨βÎ)


Dan Allah menghukum dengan keadilan. dan sembahan-
sembahan yang mereka sembah selain Allah tiada dapat
menghukum dengan sesuatu apapun. Sesungguhnya Allah
Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha melihat. [Surah 40
Al-Mu'min : 20]

  öΝßγ9s?r& ?≈sÜù=ß™ Îö$tóÎ/ «!$# ÏM≈tƒ#u þ’Îû šχθä9ω≈pgä† šÏ%©!$# ¨βÎ)

uθèδ …çµ¯ΡÎ) ( «!$$Î/ õ‹ÏètGó™$$sù 4 ϵŠÉóÎ=≈t6Î/ Νèδ $¨Β ×ö9Å2 ωÎ) öΝÏδÍ‘ρ߉߹ ’Îû βÎ)

∩∈∉∪ ç$ÅÁt7ø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$#


Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang
ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
495
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah
(keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada
akan mencapainya, Maka mintalah perlindungan kepada
Allah. Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi Maha
melihat. [Surah 40 Al-Mu'min : 56]

Dan bahwasanya Dia Maha Suci dari di lingkari oleh


zaman atau di batasi oleh tempat, ataupun wujudNya sama
dengan wujudnya seisi alam, tiada di liputi oleh arah [jihat],
atau di pengaruhi oleh sifat yang baru.

tβ%x. 5Θöθtƒ ’Îû ϵø‹s9Î) ßlã ÷ètƒ ¢ΟèO ÇÚö‘F{$# ’n<Î) Ï!$yϑ¡¡9$# š∅ÏΒ t øΒF{$# ã În/y‰ãƒ

ÿ…çνâ‘#y‰ø)ÏΒ

∩∈∪ tβρ‘‰ãès? $£ϑÏiΒ 7πuΖy™ y#ø9r&


Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian
(urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya
adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. [Surah 32 As-
Sajdah : 5]

∩⊆∠∪ tβθãèÅ™θßϑs9 $¯ΡÎ)uρ 7‰&‹÷ƒr'Î/ $yγ≈oΨø‹t⊥t/ u!$uΚ¡¡9$#uρ


Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan
(Kami) dan Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.
[Surah 51 Az-Zariyat : 47]

Dia bersemayam di atas ArasyNya sesuai dengan


keadaan yang difirmankanNya, dan sepadan dengan makna
yang dikehendakiNya, semayaman yang layak dengan mulia
kebesaranNya, dan tinggi keagunganNya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


496
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dan bahwasanya Tuhan itu Maha Dekat kepada
semua yang ada [maujud], dan kepada manusia pula Dia
lebih hampir dari urat leher. [Surah 50 Qaf Ayat 16]

Dan Dia terhadap sesuatu Maha Penjaga Maha


Penyaksi. Dia Maha hidup, Berdiri dengan sendirinya, tiada
dihinggapi kelalaian atau ketiduran. (Surah 2 Al Baqarah
Ayat 255)

Dialah Pencipta langit dan bumi dengan seindah-


indahnya, dan jika Dia mahu memutuskan sesuatu perkara,
hanya Dia mengatakan "Jadilah", lalu ia jadi. (Surah 2 Al
Baqarah Ayat 117)

Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Pengurus


terhadap semua itu. (Surah 39 Al Zumur Verse 62)

Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Berkuasa terhadap


segala sesuatu, dan Maha Mengetahui pula terhadap segala-
galanya. IlmuNya meniputi semua perkara serta menghitung
semua yang ada, tiada sesuatu pun yang terlepas dari ilmu
Tuhanmu sekalipun seberat atom, semada di bumi atau di
langit. (Surah 65 Al Talaq Ayat 12, Surah 10 Yunus Ayat 61)

Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi, dan


apa yang keluar daripadanya, apa yang turun dari langit
dan apa yang naik kepadanya, Dia sentiasa bersama-sama
kamu di mana saja kamu berada, dan Allah melihat segala
apa yang kamu lakukan. (Surah 57 Al Hadid Ayat 4)

Sesungguhnya Dia mengetahui yang rahsia dan yang


tersembunyi. (Surah 20 Ta Ha Ayat 7)

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


497
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dia mengetahui segala apa di darat dan di laut, tiada
sehelai daun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan
tiada sebutir biji di dalam kegelapan bumi yang basah dan
yang kering, melainkan tercatit di dalam Kitab yang terang.
(Surah 6 Al An'am Ayat 59).

Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha


Menghendaki ke atas segala yang di jadikanNya, dan Maha
Mengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Dan
bahwasanya tiada sesuatu yang berlaku, samada baik atau
jahat, manfaat atau mudharat, melainkan dengan ketentuan
dan kehendakNya. Apa yang Dia kehendaki akan berlaku,
dan apa yang Dia tiada menghendaki tidak akan berlaku.
Andai kata sekalian makhluk berkumpul untuk
menggerakkan sebutir atom, atau menahannya dari bergerak
di alam ini, tanpa kudrat dan iradat Allah Ta'ala, niscaya
mereka sekalian tidak akan berkuasa.

Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha Mendengar,


dan Maha Melihat. Dia juga Berkata-kata dengan
percakapan lama azali [kalam qadim azali], tiada
menyerupai percakapan makhluk.

Dan bahwasanya Al-Quran Al-Azhim itu adalah


percakapanNya [kalam] yang lama [qadim], dan KitabNya
yang di turunkan ke atas Nabi dan Rasul pilihanNya
Muhammad s.a.w.

Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha Pencipta


terhadap semua yang ada. Dia Maha Pemberi rezeki, Maha
Pentadbir dan Pengurus terhadap segala sesuatu yang ada di
alam ini menurut kemahuanNya, tidak akan ada yang dapat
menentang perintahNya, dan tidak akan ada sesiapa yang
menyalahkan hukumNya. Dia memberi siapa yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
498
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
disukaiNya, dan menahan siapa yang disukaiNya, Dia
mengampunkan sesiapa yang disukaiNya, dan menyiksa
sesiapa yang disukaiNya. Dia tiada disoal tentang apa yang
dilakukan, malah mereka akan ditanya. (Surah 21 Al Anbiya
Ayat 23)

Dan bahwasanya Allah Ta'ala itu Maha Bijaksana


dalam segala pebuatanNya. Maha Adil dalam segala
keputusanNya. Mustahil berlaku sesuatu kezaliman atau
penganiayaan daripadaNya, tiada sesuatu pun yang wajib
atas Allah terhadap manusia.

Sekiranya Allah Ta'ala menbinasakan semua


makhlukNya dalam sekelip mata, pun tiada boleh Dia
dianggap zalim atau penganiaya, sebab semua mereka itu
adalah hak-milikNya dan hamba-hambaNya, tentulah Dia
berhak melakukan kepada hak-milikNya apa yang
disukaiNya, akan tetapi Tuhanmu itu tiadalah menganiaya
hamba-hambaNya. (Surah 41 Fussilat Ayat 46).

Malah diberiNya mereka balasan pahala terhadap


semua ketaatan yang mereka melakukan dengan kelebihan
dan kemurahanNya, serta menyiksa mereka terhadap
maksiat yang mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan
keadilanNya.

Sekaliaan hamba-hambaNya wajib mentaatiNya


dengan mematuhi seruan yang diajarkan ke atas lidah para
NabiNya ‘Alaihimus Shalatu Wassalam.

Kita sekalian mempercayai semua Kitab-kitab yang


diturunkan Allah, sekalian Rasul-rasul yang diutusNya,
semua Malaikat-malaikatNya, dan ketentuanNya [qadar]
yang baik dan yang jahat.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
499
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Dan bahwasanya kami menyaksikan Muhammad itu
adalah hamba Allah dan RasulNya. Baginda diutus kepada
jinn dan manusia, bangsa Arab dan bangsa bukan Arab
[Ajam], dengan petunjuk dan agama yang benar, agar
ditempatkan agama itu ke semua agama yang ada meskipun
dibenci oleh orang-orang musyrikin. (Surah 9 Al Tawbah
Ayat 33).

Kami menyaksikan juga bahwa baginda


(Muhammad) telah menyampaikan perutusan, menunaikan
amanah, menasihati umat, menyingkap kemusykilan, dan
berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dan
bahwasanya dia itu benar, dipercayai, disokong dengan
berbagai bukti yang benar dan mu'jizat tang luarbiasa.

Dan bahwasanya Allah s.w.t. telah mewajibkan ke


atas sekalian hambaNya untuk mempercayaiNya,
mentaatiNya dan mengikutiNya. Dan bahwasanya Allah
s.w.t. tidak akan menerima iman seseorng, biar betapa teguh
sekalipun iman orang itu, sehingga ia beriman dengan
Muhammad s.a.w. serta kepada apa yang diajarkannya dan
apa yang disampaikannya dari perkara-perkara yang
mengenai keduniaan, keakhiratan ataupun alam barzakh.

Di antara perkara-perkara yang wajib dipercayai oleh


seseorang manusia ialah soal Munkar dan Nakir terhadap
orang-orang mati di dalam kubur. Mereka akan bertanya
tentang perkara tauhid, agama dan kenabian. Kemudian
hendaklah ia beriman dengan kenikmatan yang dirasakan
oleh orang-orang yang taat-setia di dalam kubur, dan azab
sengsara yang dirasakan oleh orang-orang yang
menderhakai Tuhan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


500
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Semua tubuh dan roh dimahsyarkan kepada Allah
Ta'ala untuk berdiri di hadapan pengadilan Tuhan untuk
menerima hisab masing-masing.

Tiap hamba-hambaNya di situ tidak sama


keadaannya, ada yang dimaafkan dan ada yang dibicarakan
satu-persatu, dan ada yang dibenarkan terus memasuki
Syurga tanpa dihisab lagi.

Kemudian hendaklah dia mempercayai Timbangan


Tuhan [Mizan] yang di timbang di dalamnya amalan-
amalan kebajikan dan amalan-amalan kejelekan. Sesudah
itu semua manusia akan melewati Shirat; iaitu suatu
jambatan yang memanjang di permukaan neraka Jahannan.
Kemudian kita wajib mempercayai Haudh; iaitu sebuah
perigi yang di perkenankan Tuhan untuk Nabi Muhammad
s.a.w. yang mana airnya akan diberi minum hanya kepada
orang-orang yang beriman dengan baginda sebelum mereka
masuk Syurga. Air perigi (Haudh) ini mengalir dari Syurga.

Kemudian hendaklah ia mempercayai syafaat para


Nabi. Sesudah itu barulah para shiddiqin, para syuhada,
para ulama salihin dan orang-orang Mu'min yang lain.

Dan bahwasanya syafaat yang agung itu hanya di


khususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. saja. Kemudian
hendaklah ia mempercayai orang-orang yang beriman serta
mentauhidkan (mengesakan) Allah Ta'ala itu tidak duduk
kekal di dalam neraka, malah mereka akan di keluarkan
daripadanya setelah menjalani hukum selagi di dalam hati
mereka terdapat cahaya iman, meskipun sebesar atom
sekalipun. Manakala orang-orang kafir dan orang-orang
yang mensyirikkan Tuhan akan menetap selama-lamanya di
dalam api neraka, tiada akan diringani azab dan siksa yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
501
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menimpa mereka. Dan tidak akan di belas-kasihani lagi.
(Surah 2 Al Baqarah Ayat 162)

Dan bahwasanya orang-orang yang beriman itu akan


menetap selama-lamanya di dalam Syurga, tiada disentuhi
sesuatu kesusahan dan mereka tidak akan di keluarkan
daripadanya. (Surah 15 Al Hijr Ayat 48).

Kemudian hendaklah ia mempercayai bahwa orang-


orang yang beriman itu akan di benarkan melihat Tuhan di
dalam Syurga dengan mata kepala sendiri, sesuai dengan
kemaha-agungan Allah Ta'ala dan kesucian
kesempurnaanNya.

Kemudian hendaklah ia menyakini di hati tentang


keutamaan para sahabat Rasullulah s.a.w. dan tertib
susunan mereka. Dan bahwasanya mereka sekalian adalah
orang-orang lurus perjalanannya, benar perilakunya serta
dipercayai. Tiada dibolehkan orang memakinya atau
merendahkan taraf dan kedudukan seseorang pun di
antaranya.

Dan bahwasanya Khalifah uang berhak sesudah


Rasulullah s.a.w. ialah Abu Bakar As-Siddiq r.a.,
sesudahnya Umar Ibnul Khattab yang bergelar Al-Faruq r.a.,
dan sesudahnya Usman bin Affan yang mati syahid r.a. dan
sesudahnya Ali bin Abu Talib Al-Murtada yang di redhai r.a.
Moga-moga Allah Ta'ala redha kepada mereka sekalian, dan
juga kepada sekalian para sahabat Rasulullah s.a.w. dan
seterusnya kepada para Tabi'in dengan baik sehingga ke
Hari Kiamat. Dan juga kepada kita sekalian dengan
kemurahan Engkau, walai Tuhan yang Maha Pemurah,
Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


502
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 16: NUBUWWAT DAN


RISALAT
NUBUWWAT bererti Kenabian dan Risalat bererti
Kerasulan. Kenabian bermaksud seseorang yang dikurniakan
dengan kedudukan sebagai seorang Nabi Allah manakala
Kerasulan pula bermaksud seseorang yang telah dikurniakan
dengan kedudukan sebagai Rasul Allah. Nabi dan Rasul
adalah orang-orang pilihan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Mereka telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
untuk menjadi Nabi dan Rasul.

Perkataan Nabi pada pengertian bahasa bermakna


seorang pemberi khabar. Pada pengertian istilah, Nabi
bererti seorang yang memberi khabar gembira untuk orang-
orang yang beriman dan memberi khabar ancaman untuk
orang-orang yang tidak mahu beriman. Khabar yang
dimaksudkan ialah perkhabaran tentang Hari Qiyamat dan
perkhabaran tentang kehidupan di Hari Akhirat dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Perkataan Rasul pada pengertian bahasa bermakna


seorang utusan yang menyampaikan surat dan menurut
pengertian istilah, Rasul bermakna seorang utusan atau
pesuruh yang menyampaikan Risalah Syari’at Islam iaitu Al-
Quran dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada ummat
manusia. Setiap Nabi bukanlah Rasul namun setiap Rasul
adalah Nabi. Nisbat yang ada di antara kedudukan Nabi dan
Rasul ini ialah Nabi bersifat umum manakala Rasul pula
bersifat khusus.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


503
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Menurut Para ‘Ulama terdapat lebih 124,000 Para
Nabi dan di antara mereka Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengangkat sebanyak 313 orang menjadi Rasul. Ada
sebahagian ‘Ulama mengatakan terdapat 315 orang Rasul
kesemuanya. Hanya sebahagian dari mereka sahaja yang ada
disebutkan di dalam Al-Quranul Karim manakala yang lain
tidak dinyatakan. Terdapat 33 Nabi yang masyhur iaitu
Hadharat Adam, Idris, Syiths, Nuh, Hud, Salih, Luth,
Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’aqub, Yusuf, Ayyub, Shu’aib,
Musa, Harun, Yusha’, Khidhzr, Ilyas, Ilyasa’ Dzulkifli,
Sham’un, Ishmoil, Yunus, Daud, Sulaiman, Luqman,
Dzulqarnain, Zakariyya, Yahya, ‘Uzair, ‘Isa dan Muhammad
‘Alaihimus Solatu Wassalam. Nama Para Nabi yang ada
dinyatakan di dalam Al-Quran hanya terdapat 28 orang,
yakni yang tidak disebut adalah Hadharat Nabi Syiths,
Khidhzr, Yusha’, Sham’un dan Ishmoil ‘Alaihimus Solatu
Wassalam. Dari kalangan 28 yang dinyatakan di dalam Al-
Quran itu, Para ‘Ulama ada yang berselisih pendapat sama
ada Hadharat Dzulqarnain, Luqman dan ‘Uzair ‘Alaihimus
Solatu Wassalam diangkat sebagai Nabi ataupun tidak.
Walaubagaimanapun 25 orang yang ada disebutkan di
dalam Al-Quran adalah Nabi dan Rasul Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Terdapat 6 orang Nabi yang diberikan gelaran sebagai


Ulul ‘Azmi kerana mereka telah diuji dengan ujian yang
besar dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka itu adalah
Hadharat Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa,
Nabi ‘Isa dan Nabi Muhammad Rasulullah ‘Alaihimus
Solatu Wassalam. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
menurunkan 4 kitab-kitabNya kepada 4 orang Nabi dan
Rasul iaitu Kitab Taurat kepada Hadhrat Nabi Musa
‘Alaihissalam, Kitab Zabur kepada Hadhrat Nabi Daud
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
504
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Alaihissalam, Kitab Injil kepada Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam dan Kitab Al-Quran kepada Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka
kesemuanya adalah Rasul yang membawa Syari’at kepada
ummat mereka masing-masing. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
juga telah menurunkan 100 Suhuf, 60 Suhuf kepada Nabi
Ibrahim, 30 Suhuf kepada Nabi Syiths dan 10 Suhuf kepada
Nabi Musa ‘Alaihimussalam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


505
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 17: WILAYAT DAN


QUTBANIYAT
WILAYAT bererti maqam kewalian dan ia merupakan
maqam yang khas di kalangan Ummat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
beriman. Seseorang yang telah mengamalkan Syari‘at Islam
dengan sempurna dan menuruti Tariqat yang dibawakan
oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan menuruti segala Adab
dan Sunnahnya, Makrifat dan mengenal Zat Allah dengan
Sifat-SifatNya, Nama-NamaNya serta Perbuatan-
PerbuatanNya dengan keyakinan yang sempurna serta telah
mencapai Haqiqat dalam kefahamannya tentang wajibnya
kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, hakikat Kenabian
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, hakikat Agama, hakikat kewujudan diri, dan
segala hakikat kewujudan makhluk dan alam semesta, dia
pasti akan Allah Subhanahu Wa Ta’ala angkatkan ke darjat
Para WaliNya.

Wali adalah seseorang yang beriman kepada Allah


dan Rasul dengan keimanan yang sempurna dan dia sentiasa
dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
membantunya dalam setiap urusan. Allah mengasihinya dan
dia mengasihi Allah. Di dalam hatinya tidak ada rasa takut
terhadap makhluk dan tidak ada rasa kesusahan hati
baginya.

Perkataan Auliya adalah lafaz jamak bagi Wali yang


bererti Para Wali dan memberikan makna Para Kekasih
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Wali adalah mereka yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
506
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menjadikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai pelindung
dan sentiasa menyerahkan segala urusan mereka kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala itu adalah Al-Waliy yang bererti Yang
Maha Melindungi dan Dialah juga Al-Wali yang bererti
Yang Maha Memerintah dan Menguasai Segala Urusan.
Perkataan Wali dari sudut timbangan wazan dalam bahasa
‘Arab boleh membawa makna Isim Fa’il yang bermaksud
katanama pelaku dan ianya juga boleh membawa makna
Isim Maf’ul yang bermaksud katanama bagi sesuatu yang
kena dari perlakuan tersebut.

Jika diandaikan perkataan Wali itu membawa makna


Isim Fa’il, maka Wali itu bermaksud, orang yang sentiasa
menjaga ketaatannya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menolak semua perkara yang selain dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah, maka Wali adalah
seorang yang mendapat pertolongan dari Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Jika diandaikan perkataan Wali itu membawa
makna Isim Maf’ul, maka perkataan Wali itu bermaksud,
orang yang sentiasa dijaga dan dilindungi oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Jesteru, seorang Wali itu jika dilihat dari sudut hamba,


maka dia sentiasa taat menjaga hukum Allah Subhanahu Wa
Ta’ala, melaksanakan segala yang telah diperintahkan dan
meninggalkan segala yang telah dilarang oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Jika dilihat dari sudut Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, maka dia sentiasa dijaga dan
dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia
boleh melakukan ketaatan kepadaNya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


507
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman di dalam
Al-Quran pada Surah Yunus ayat 62 – 64 bagi menerangkan
keadaan Para WaliNya yang bermaksud,
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak
ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka
selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam
kehidupan di Dunia dan di Akhirat, tidak ada perubahan
bagi kalimah janji-janji Allah, yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar.”

Para Wali sentiasa mendapat perlindungan khusus


dari Allah dan di kalangan mereka ada yang mencapai
berbagai tahap dan tingkatan kesucian. Mereka adalah
orang-orang yang sentiasa menyucikan dan mensucikan diri
dengan Istighfar, Taubat, Zikrullah dan Selawat serta
pembacaan Al-Quran.

Di dalam kitab Risalah Qusyairiyah ada dinyatakan


ciri-ciri untuk mengenal pasti bahawa seseorang itu adalah
Wali Allah dan ianya menerusi tiga perkara, iaitu:

1) Mereka selalu menyibukkan diri dengan beribadah


kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2) Mereka selalu bermunajat, meminta dan memohon


kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3) Mereka menjadikan maksud dan tujuan mereka satu


iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Hadhrat ‘Abdullah As-Salim Rahmatullah ‘alaih


mentakrifkan Wali sebagai,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
508
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Mereka yang dapat dikenal kerana bicara mereka
yang baik, tingkah laku yang sopan, merendahkan diri,
murah hati, tak suka berselisih, menerima permintaan maaf
dari siapa saja yang meminta maaf kepadanya, halus budi
terhadap segala ciptaan baik yang elok rupanya mahupun
yang buruk.”

Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘alaih menyatakan


bahawa,
“Seseorang itu disebutkan sebagai Wali apabila dia
sudah mencapai tingkatan Ma’rifat, iaitu tingkatan tertinggi
dalam tingkatan Tasawwuf Akhlak. Tetapi yang sulitnya
Ma’rifat ini tidak dapat diperolehi melalui teori atau manhaj.
Ma’rifat adalah pemberian dan anugerah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


berkata bahawa,
“Wali ialah seorang yang sentiasa sabar di bawah
suruhan dan larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Walaubagaimanapun, di kalangan Para Wali dan


Auliya, Wilayat merupakan suatu maqam yang umum yang
mampu dicapai oleh sekelian Ummat Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan di
sisi Allah terdapat suatu maqam kewalian yang lebih tinggi
dan merupakan suatu maqam yang khusus di kalangan Para
Wali yang menduduki maqam Wilayat dan ianya merupakan
maqam Qutbaniyat. Ianya merupakan suatu kedudukan
yang khusus bagi golongan yang khas.

Terdapat berbagai jenis Wali yang datang silih


berganti yakni apabila wafatnya salah seorang dari mereka
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
509
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mengangkat seorang
lagi hambanya dikalangan orang-orang yang beriman untuk
menggantikan tempat WaliNya yang telah wafat.

Iman merupakan syarat utama kerana sekiranya


seseorang itu tidak beriman, bagaimanakah dia hendak
mengenali Penciptanya? Walaubagaimanapun, hanya orang-
orang beriman yang telah mencapai martabat Iman dan
‘Amal yang sempurna kepada Allah dan Rasul, barulah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mengangkatnya sebagai
Wali. Seseorang Wali sekali-kali tidak akan dapat mencapai
pangkat Nabi dan sesungguhnya setiap Nabi adalah Wali.

Hadhrat Ibrahim bin Adham Rahmatullah ‘alaih


pernah bertanya kepada seorang lelaki,
“Apakah kamu suka bila Allah menjadikanmu
seorang Wali?” Kemudian lelaki itu menjawab,
“Ya, aku suka.”

Ibrahim bin Adham Rahmatullah ‘alaih lalu berkata,


“Janganlah engakau menyenangi perkara dunia dan
akhirat tetapi kosongkanlah jiwamu untuk Allah semata dan
hadapkan wajahmu kepada Nya supaya Allah menerimamu
dan menjadikanmu sebagai WaliNya.”

Hadhrat Syeikh Ahmad Al-Fathani Rahmatullah ‘alaih


telah menyatakan di dalam kitabnya Faridatul Faraid
bahawa,
“Mengi’tiqadkan tsabit Karamat bagi Para Auliya
pada ketika hidup dan setelah wafat mereka adalah wajib.
Karamat atau Karamah ialah sesuatu pekerjaan atau
perbuatan atau perlakuan yang menyalahi dan mencarik
adat secara nyata dan ianya dikurniakan oleh Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
510
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang
beriman lagi beramal soleh. Mereka adalah orang-orang yang
sentiasa mendirikan dan menegakkan segala hak-hak Allah
di atas muka bumi.”

Berkata Hadhrat Syeikh Abu Hafs Umar bin


Muhammad bin Ahmad An-Nasafi Rahmatullah ‘alaih di
dalam kitabnya ‘Aqaid An-Nasafi menyebutkan bahawa,
“Segala Karamah yakni segala perlakuan yang mulia
dan indah yang terbit dari segala Wali itu adalah kebenaran
yang Haq. Maka menjadi nyatalah segala Karamah itu atas
jalan melawan adat bagi seseorang Wali, seperti melalui
perjalanan yang jauh dalam masa yang sedikit, kelihatan
hadirnya makanan atau minuman atau pakaian tatkala
berkehendak, berjalan di atas air dan pada udara, boleh
berkata-kata dengan Jamad yakni segala benda yang bersifat
beku dan juga boleh berkata-kata dengan ‘Ajma yakni segala
benda yang tidak tahu berkata-kata, dapat menolak sesuatu
bala yang dihadapi, dapat memelihara daripada sesuatu
yang mendukakan dari kalangan musuh dan seteru serta
berbagai-bagai lagi yang selain dari yang telah disebutkan.”

Adapun perkara yang sedemikian itu apabila berlaku


ke atas Para Nabi maka ianya disebutkan sebagai Mukjizat
dan bagi orang-orang yang beriman, perkara tersebut
dinamakan sebagai Karamat. Apabila perkara-perkara yang
berbentuk Karamat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala zahirkan
di kalangan Ummat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya adalah untuk menzahirkan
bahawa sesungguhnya dia itu seorang Wali.

Hadhrat Ibnu ‘Ataillah Al-Iskandari Rahmatullah


‘alaih ada menyebut,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
511
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Maha Suci Allah yang telah menutup berbagai rahsia
Wali dengan ternampaknya sifat-sifat manusia biasa.”

Menurut Hadhrat Syeikh Abu ‘Abbas Al-Mursi


Rahmatullah ‘alaih bahawa,
“Jika Allah bukakan dan perlihatkan rahsia atau Nur
Kewalian itu nescaya boleh merosakkan Tauhid Wali itu
sendiri. Misalnya Hadhrat Mansur Al-Hallaj Rahmatullah
‘alaih yang pernah mengucapkan:
“Maha Suci Engkau, Maha Suci Aku” adalah ketika
Nur Kewaliannya Tajalli pada dirinya.”

TINGKATAN PARA WALI


ADALAH terkenal di kalangan Para Wali dengan tingkatan
kedudukannya di Alam Ruhaniyah iaitu suatu yang berupa
hirarki tingkatan dan kuasa keruhanian. Tingkatan
kekuasaan yang tertinggi yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala
berikan hanya kepada satu hamba sahaja dan dia takkan
digantikan kecuali dia wafat. Mereka di gelarkan dengan
gelaran Qutub kerana telah mencapai maqam Qutbaniyat
yakni maqam yang khas dikalangan Para Wali.
Perumpamaan yang dapat hamba berikan adalah Para Wali
itu diibaratkan seperti Para Nabi dan Para Qutub itu pula
diibaratkan seperti Para Rasul di kalangan Ummat
Muhammadiyah ini. Wallahu A’lam. Menurut sebuah Hadits
yang telah dikeluarkan oleh Hadhrat Abu Na’im dan
Hadhrat Ibnu ‘Asakir yang meriwayatkan daripada Hadhrat
‘Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
512
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Sesungguhnya bagi Allah ‘Azza Wa Jalla ada 300
orang dari kalangan manusia ini yang hati mereka itu
seperti hati Nabi Adam ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu
ada 7 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu
seperti hati Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu
ada 40 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu
seperti hati Nabi Musa ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu
ada 5 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu
seperti hati Jibril ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu ada 3
orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti
hati Mikail ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu ada seorang
di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti hati
Israfil ‘Alaihissalam. Apabila wafat yang seorang ini, maka
Allah akan menggantikannya dengan melantik salah
seorang dari yang 3 orang itu. Apabila wafat seorang dari
yang 3 orang itu maka Allah akan menggantikannya
dengan melantik salah seorang dari yang 5 orang itu.
Apabila wafat seorang dari yang 5 orang itu maka Allah
akan menggantikannya dengan melantik salah seorang
dari yang 7 orang itu. Apabila wafat seorang dari yang 7
orang itu maka Allah akan menggantikannya dengan
melantik salah seorang dari yang 40 orang itu. Dan apabila
wafat seorang dari yang 40 orang itu maka Allah akan
menggantikannya dengan melantik salah seorang dari
golongan yang 300 orang itu. Dan apabila wafat seorang
dari yang 300 orang itu, maka Allah menggantikannya
dengan melantik salah seorang dari kalangan orang ramai.
Maka dengan Para Wali yang tersebut itulah seseorang itu
dihidupkan dan dimatikan, diturunkan hujan, dihidupkan
tumbuh-tumbuhan dan dihalang bala dari menimpa
ummat manusia ini.” Hadhrat ‘Abdullah Ibnu Mas’ud telah
ditanya, “Bagaimana dikatakan bahawa dengan Para Wali
itulah seseorang itu dihidupkan dan dimatikan?” Beliau
menjawab, “Kerana Para Wali itu memohon kepada Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
513
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
supaya Allah meramaikan bilangan manusia, maka
manusia pun menjadi bertambah ramai. Mereka itu berdoa
kepada Allah agar orang-orang yang zalim dan tidak
berbelas kasihan dibinasakan, maka mereka itupun
dihancurkan. Mereka memohon supaya diturunkan hujan,
maka diturunkanlah hujan. Mereka memohon agar
disuburkan bumi, maka suburlah bumi. Mereka itu
berdoa, maka dengan doa mereka itu dijauhkan berbagai
rupa bala.”

Bilangan Para Wali tidak dapat ditentukan jumlahnya


yang sebenar kerana mereka adalah Ahli-Ahli Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan hanya Dialah yang tahu
berapakah jumlah bilangan yang sebenar Para AuliyaNya.
Namun bilangan mereka yang khusus dari kalangan Para
Wali itu adalah tetap sepertimana yang ada dinyatakan
dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Hadhrat Abu
Na’im Rahmatullah ‘alaih bermafhum,
“Orang-orang yang terbaik dari kalangan Ummatku
pada setiap kurun itu ialah seramai lima ratus orang.”

Mereka adalah orang-orang yang ‘Arif tentang Allah


serta tekun membuat kebaikan dan menjauhkan maksiat dan
nafsu syahwat. Ingatan mereka hanya tetap kehadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Muslim dan At-Tirmizi
Rahmatullah ‘alaihima bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda yang mafhumnya,
“Telah beroleh kemenangan golongan Al-
Mufarridun.” Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya,
“Siapakah mereka itu, Ya! Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam? Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
514
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Mereka itu ialah orang-orang yang sangat suka
menghabiskan masa untuk berzikir mengingati Allah.
Zikir itu tidak memberatkan mereka, maka mereka itu
akan datang di Hari Qiyamat dalam keadaan ringan.”

Sebuah Hadits ada menyatakan yang mafhumnya,


“Satu golongan dari Ummat Islam ini sentiasa dapat
menegakkan kebenaran, tidak akan membahayakan
mereka orang yang menentang mereka itu sehinggalah
datang ketentuan urusan Allah Ta’ala.”

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh


Hadhrat An-Nasa’I dan Hadhrat Ibnu Hibban Rahmatullah
‘alaihima, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya ada hamba-hamba dari kalangan
Hamba Allah yang dipandang tinggi dan sangat mulia oleh
Para Nabi dan Syuhada.” Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
ditanya, “Siapakah mereka itu, Ya! Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam? Mudah-mudahan kami juga kasihkan
mereka. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Mereka itu ialah
kaum yang berkasih sayang antara satu dengan yang lain
dengan Nur Allah tanpa memandang kepada harta
kekayaan dan keturunan. Wajah-wajah mereka adalah
bercahaya dan mereka itu adalah berada di atas limpahan
Cahaya Allah. Mereka tidak akan berasa takut walaupun
manusia lainnya berasa takut dan mereka tidak akan
berasa dukacita bila manusia lain berdukacita.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


515
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Mujaddidul Millat Maulana Ashraf ‘Ali
Thanwi Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa, istilah-
istilah Tasawwuf terbahagi kepada dua jenis.

Yang pertama ialah apa yang bertakluk dengan


maksud, iaitu apa yang terkandung di dalam Syari’at, yang
mana hakikat segala istilah yang digunakan dalam
Tasawwuf adalah untuk merujuk kepada Syari’at.

Yang kedua ialah, istilah-istilah yang digunakan


untuk perkara-perkara tambahan. Ianya digunakan untuk
menyatakan perkara-perkara yang di luar Syari’at, sebagai
contohnya Tajdid Imtsal, Tauhid Wujudi, Shughal, Rabitah
dan sebagainya.

Perkara-perkara ini merupakan sesuatu yang halus di


kalangan Para Sufi yang mulia, yang mana bagi
menyembunyikan rahsia mereka dari pengetahuan umum,
maka mereka pun menggunakan berbagai istilah. Jikalau
tidak, tentulah ianya akan bercanggah dengan Al-Quran dan
Hadits, maka wujudlah perkataan-perkataan yang baharu.

Sebahagian ‘Ulama yang tidak mengerti dengan


penggunaan istilah mereka telah membantah ke atas mereka,
yang mana pada hakikatnya memang perkara itu tidak
berlaku secara Waqi’, bahkan ianya hanya berlaku pada
sudut kefahaman seseorang.

Istilahate Ast Mur Abdal Ra


Bagi Para Abdal terdapat istilah-istilah yang khas.

Hadhrat Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri


Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya Kashful
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
516
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mahjub bahawa, menurut Hadhrat Syeikh Abu ‘Abdullah
Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim Al-Tirmizi Rahmatullah
‘alaih, ada terdapat seramai empat ribu Wali yang sentiasa
hidup di dunia ini dan tidak dapat diketahui oleh orang
ramai kerana mereka dilindungi dan disembunyikan oleh
Allah Ta’ala, dan mereka tidak mengenal antara satu dengan
yang lain.

Beliau menyatakan lagi bahawa terdapat tiga ratus


orang yang bergelar Akhyar, empat puluh orang yang
bergelar Abdal, tujuh orang yang bergelar Abrar, empat
orang yang bergelar Awtad, tiga orang yang bergelar
Nuqaba dan seorang yang bergelar Qutub dan Ghauts.

Mereka yang termasuk dalam golongan tersebut itu


adalah mengenali diri mereka antara satu sama lain. Adapun
pembahagian jenis-jenis Wali dinyatakan seperti berikut
seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab-kitab:

1. Wali Abdal
2. Wali Abrar
3. Wali Akhyar
4. Wali Aqtab
5. Wali Autad
6. Wali ‘Imad
7. Wali Ghauts
8. Wali Mufradan
9. Wali Maktuman
10. Wali Nujaba
11. Wali Nuqaba
12. Wali Qutub

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


517
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. ABDAL

Terdapat empat puluh orang Wali Abdal kesemuanya. Dua


puluh dua orang dari mereka berada di Negara Syam yakni
Damsyik, Syria dan lapan belas dari mereka berada di
Negara Iraq.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam


Ahmad bin Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa sekali
Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu telah
ditanyakan orang tentang Ahli Syam yakni Para Abdal.

Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu telah


berkata bahawa dia telah mendengar Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda bahawa,
“Wali Abdal berada di Negeri Syam dan mereka
berjumlah empat puluh orang kesemuanya. Apabila
seorang daripada mereka mati, Allah Subhanahu Wa Ta’ala
akan menggantikan tempatnya dengan seorang yang lain.
Dengan menerusi keberkatan mereka maka diturunkan
hujan dan membantu mereka menghadapi musuh-musuh
dan menjauhkan azab bagi para penduduk Syam.”

2. ABRAR

Kebanyakan Ulama mengatakan bahawa Wali Abdal adalah


Wali Abrar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


518
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
3. AKHYAR

Terdapat lima ratus orang Wali Akhyar kesemuanya dan


adakalanya meningkat sehingga tujuh ratus orang.
Kedudukan mereka ada di merata tempat di atas muka bumi
ini. Terdapat Hussain pada nama mereka.

4. AQTAB

Terdapat 2 jenis Wali Aqtab:

1. AQTAB MU‘AIYINAH - Terdapat satu Qutub


Al-‘Alam yang dikenali juga sebagai Qutub Akbar atau
Qutub Al-Irshad atau Qutub Al-Aqtab atau sebagai
Qutub Al-Madar. Namanya di Alam Ghaib ialah
‘Abdullah dan memiliki dua orang pembantu. Di
bawahnya terdapat dua belas orang Wali Qutub. Tujuh
orang dari Wali Qutub tersebut menduduki tujuh benua
dan dinamakan mereka sebagai Qutub Aqlim dan lima
orang dari Wali Qutub tersebut tinggal di Negara Yaman.
Mereka dinamakan sebagai Qutub Wilayat.

2. AQTAB GHAIR MU‘AIYINAH - Terdapat di


setiap bandar atau kariah, seorang Qutub yang akan
mendoakan kesejahteraan dan memohon dijauhkan dari
segala bala dan musibah.

5. AUTAD

Tedapat 4 orang kesemuanya dan mereka menduduki empat


penjuru alam.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
519
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
6. ‘IMAD

Terdapat 4 orang kesemuanya dan mereka juga menduduki


empat penjuru alam dan bernama Muhammad.

7. GHAUTS

Hanya seorang sahaja Ghauts pada setiap zaman dan


sebahagian Ulama mengatakan bahawa dia juga adalah
Qutub Al-Aqtab dan sebahagian Ulama mengatakan tidak.
Beliau tinggal di Mekah dan sebahagian Ulama mengatakan
bahawa dia tidak tinggal di Mekah.

8. MUFRADAN

Seseorang Wali Ghauts yang menuju kepada maqam Qutub


Al-Aqtab akan terlebih dahulu melalui kedudukan Wali
Fard atau dikenali sebagai Mufradan atau Mufarridan.

9. MAKTUMAN

Mereka adalah Auliya yang tersembunyi dan tidak diketahui


keadaan mereka.

10. NUJABA

Mereka berjumlah 70 orang kesemuanya dan tinggal di


Negara Mesir serta terdapat Hassan pada nama mereka.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


520
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
11. NUQABA

Mereka berjumlah tiga ratus orang kesemuanya dan mereka


tinggal di Negara Maghribi (Maroko) dan mereka bernama
‘Ali.

12. QUTUB

Terdapat 2 jenis Wali Qutub:

1. QUTUB AL-IRSHAD - Yang pertama adalah


mereka yang memberi khidmat petunjuk, memperbaiki
hati, mentarbiyah nafsu, membimbing kepada jalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan makbul di sisiNya.
Mereka dikenali sebagai Ahli Irshad. Dari kalangan
mereka ini yang paling sempurna dan terbaik di zaman
masing-masing dan memiliki limpahan Faidhz yang
sempurna, maka mereka digelar sebagai Qutub Al-Irshad.
Mereka adalah Naib Para Anbiya yang hakiki. Hati-hati
manusia bercahaya dan diberkati kerana mereka dan
syarat bagi memperolehi keberkatan tersebut dari mereka
adalah dengan meletakkan I’tiqad serta kepercayaan yang
penuh terhadap mereka. Keupayaan mereka seumpama
Nubuwwat.

2. QUTUB AT-TAKWIN - Kemudian ada golongan


yang kedua iaitu mereka yang berkhidmat mengislahkan
manusia dan mentadbir urusan keagamaan dan sebagai
penghindar bala dan musibah yang mana dengan
kehendak Batin mereka dengan izin Allah akan
memperbetulkan urusan-urusan tersebut. Mereka digelar
sebagai Ahli Takwin. Dari kalangan mereka itu yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
521
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
paling tinggi dan kuat kedudukannya dan menjadi
penghukum atau penyembuh bagi mereka yang lain,
maka mereka itu digelar sebagai Qutub At-Takwin. Hal
kehidupan mereka sepertimana kehidupan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan menjalankan urusan pentadbiran. Hadhrat
Khidhr ‘Alaihissalam menduduki maqam seperti ini.
Dengan kedudukan mereka yang tinggi maka terzahirlah
perkara-perkara yang ajaib dan perkara ini adalah lazim.
Keadaan mereka tidak seperti Ahli Irshad kerana pada
Ahli Irshad tidaklah semestinya berlaku perkara-perkara
yang menyalahi adat. Ahli Irshad memiliki Karamat
dalam bentuk yang berbeza di mana orang-orang awam
tidak dapat memahaminya, bahkan ianya adalah urusan
yang berupa Zauq dan perasaan Syauq. Seseorang yang
berhajat dan berkhidmat dengan mereka ini dalam suatu
jangkamasa yang panjang akan beroleh faedah yang besar
dan adalah mereka ini mengetahui keadaan tersebut.

Perkataan Qutub pada pengertian bahasa ‘Arab


bererti penghulu kaum manakala menurut istilah Ahli
Tasawwuf dan Tariqat, Qutub bererti Penghulu bagi Para
Auliya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka berada pada
tingkatan yang teratas dari kebanyakan Para Wali serta
terhimpun padanya kesempurnaan Syari’at, Tariqat, Ma’rifat
dan Haqiqat. Para Qutub menjadi tempat rujukan dan
petunjuk bagi Para Wali yang lain.

Mereka membantu menyembuhkan penyakit-penyakit


hati yang ada dalam diri Para Wali dan orang-orang yang
menuju kepada Kewalian. Kedudukan mereka sangat tinggi
dan tidak mudah dicapai melainkan dengan Rahmat dari
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka ada di tiap pelosok
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
522
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
muka bumi dan tidak seorang pun yang mengenali mereka
kecuali bagi orang-orang yang benar-benar ikhlas ingin
mengenali mereka dan mengambil istifadah ruhaniah yakni
faedah keruhanian dari mereka.

Di dalam kitab Jami’ Karamatil Auliya dinyatakan


bahawa Wali Qutub diberi gelaran ‘Abdullah dan tingkatan
Wali sesudahnya adalah Wali Aimmah yang berjumlah dua
orang sahaja. Seorang diberikan nama ‘Abdur Rabb dan
seorang lagi bernama ‘Abdul Malik. Dua orang Wali inilah
yang nantinya akan menggantikan Wali Qutub ketika dia
wafat meninggalkan Dunia. Di bawah keduanya terdapat
Wali Autad yang berjumlah empat orang dan mempunyai
tugas yang berlainan pada kawasan yang berlainan. Seorang
di Timur, seorang di Barat, seorang di Utara dan seorang di
Selatan. Wali Autad adakalanya terdiri dari kalangan kaum
perempuan.

Tingkatan selanjutnya di bawah mereka adalah Wali


Abdal dan mereka berjumlah tujuh orang dan ditugaskan
menjaga tujuh iklim benua di Dunia. Kemudian ada
tingkatan Wali Nuqaba iaitu Wali Pengganti sebanyak dua
belas orang di setiap peredaran masa dan jumlah mereka
tidak akan pernah bertambah mahupun berkurang sesuai
dengan jumlah Buruj Falak yang berjumlah dua belas.
Kemudian terdapat juga di bawah mereka tingkatan Wali
Nujaba yang berjumlah lapan orang dan tingkatan yang
terakhir sekali adalah tingkatan Hawariyun. Wallahu A’lam.

Menurut Hadhrat Syeikh Muhammad Hisham


Kabbani Quddisallahu Sirruhu terdapat lima tingkatan
Qutub yang tertinggi iaitu:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


523
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
1. Qutub
2. Qutub Al-Bilad
3. Qutub Al-Mutasarrif
4. Qutub Al-Irshad
5. Qutub Al-Aqtab

Menurut beliau, Qutub adalah seseorang yang Allah


Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan keupayaan menerusi
Hakikat Muhammadiyah untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan tentang hakikat Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sebelum kewujudannya sehinggalah diutuskan ke
Dunia. Qutub juga menghuraikan cabang-cabang ilmu
pengetahuan yang baru menerusi hati Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Qutub
Al-Bilad adalah bertanggungjawab untuk mentadbir urusan
di Dunia dan memastikannya berjalan lancar.

Dia mengetahui tentang keperluan jasmani setiap


bangsa manusia dan bukan manusia. Qutub Al-Mutasarrif
diberikan kemuliaan untuk mengarahkan Malaikat kepada
manusia atau makhluk yang berlainan dan dia
bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada makhluk
sehinggakan kepada ulat di dalam batu. Segala kemuliaan ini
diperolehinya menerusi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Qutub Al-Irshad
pula bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan
petunjuk kepada seratus dua puluh empat ribu Para Wali
manakala Qutub Al-Aqtab pula bertanggungjawab
mengawasi kesemua Wali Aqtab.

Di atas sekelian Wali Qutub dan Aqtab adalah Ghauts


dan Rohaniahnya adalah yang paling dekat dengan Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada zamannya. Ghauts ada
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
524
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
pada setiap zaman dan dia diibaratkan seperti suatu terusan
yang akan membawa sesiapa sahaja yang dikehendakinya
kepada Hakikat Muhammadiyah dan Hakikat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Hadhrat Khwajah Khwajagan Ghautsul Tsaqilain


Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih
merupakan salah seorang dari mereka sepertimana Hadhrat
Qutubul Aqtab Ghautsul A’zam Syeikh ‘Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Ghautsul Aqtab Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan begitu
juga Hadhrat Imam Rabbani Ghauts As-Samdani Mujaddid
Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih.
Mereka datang silih berganti pada setiap zaman sama ada
mereka diketahui ataupun tidak diketahui. Para Wali Qutub,
Aqtab dan Ghauts menghasilkan limpahan ilmu kerohanian
terus dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi hati ke hati. Mereka
diberikan pengetahuan tentang segala perkara dan kejadian
yang berlaku di atas muka bumi yang berkaitan dengan
angin ribut, gempa bumi dan hujan yang lebat.

Mereka selalunya dari keturunan yang mulia Ahli


Keluarga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu menerusi Hassani dan
Hussaini. Meskipun jika seseorang yang dikurniakan Qutub
atau Aqtab atau Ghauts tidak mempunyai pertalian
keturunan Hassani mahupun Hussaini, mereka adalah
orang-orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak
meninggikannya sepertimana Hadhrat Salman Al-Farisi
Radhiyallahu ‘Anhu yang mendapat pengiktirafan sebagai
Ahli Keluarga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Meskipun beliau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
525
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
adalah seorang A’jam yang datang berhijrah dari Parsi dan
memeluk Islam setelah bertemu dengan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
namun kerana ketinggian Iman dan amalannya yang Ikhlas,
beliau telah diisytiharkan sebagai Ahlul Bait Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Adapun kedudukan yang lebih tinggi dari yang


tersebut di atas, adalah Sultanul Auliya dan ianya
merupakan kedudukan yang tertinggi bagi seseorang Wali
Allah. Mereka diberikan kewajipan untuk memenuhi
keperluan hati dan ruhani manusia. Mereka membawa raja-
raja di Dunia kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sultanul
Auliya merupakan Khalifah Allah yang sebenar di atas muka
bumi pada zamannya dan dia merupakan wakil Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sementara seratus dua puluh empat ribu Para Wali
yang lain adalah sebagai mewakili kesemua seratus dua
puluh empat ribu Para Nabi dan Rasul ‘Alaihimus Solatu
Wassalam. Wallahu A’lam.

Walaubagaimanapun, satu perkara yang perlu


sentiasa dipegang oleh sekelian Ahli Tariqat bahawasanya
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam adalah Khatamun Nabiyyin yang bererti
Penutup Sekelian Nabi. Ini bermaksud, sesudah Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, tidak akan ada lagi sebarang Nabi atau Rasul
yang baru akan muncul dengan membawa sebarang Syari’at
yang baru sehinggalah ke Hari Qiyamat yang mana inilah
merupakan ‘Aqidah sekelian Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
yang telah disepakati.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
526
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Jika ada yang mendakwa dirinya sebagai Nabi atau
Rasul atau mendakwa membawa suatu Syari’at yang baru
untuk ummat manusia dan ianya bercanggah dengan
Syari’at yang telah dibawakan oleh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka
adalah diyakini bahawa ianya tertolak, manakala orang yang
mengeluarkan dakwaan tersebut adalah sesat dan jika dia
mengajak manusia lain maka adalah dia itu sesat lagi
menyesatkan, dan adalah mereka itu Dajjal-Dajjal kecil yang
sememangnya ditakdirkan wujud sesudah kewafatan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam di kalangan Ummat sepertimana
Musailamah Al-Kazzab dan ini merupakan suatui ujian atas
keimanan dan I’tiqad di kalangan Ummat Islam.

Adapun Hadhrat Baginda Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam


yang akan muncul menjelangnya Hari Qiyamat bukanlah
Nabi yang baru kerana Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam telah pun
dihantar 600 tahun sebelum kelahiran Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
pada usia 33 tahun telah diangkat ke langit. Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam tidak akan membawa sebarang Syari’at yang
baharu, sebaliknya beliau akan turun sebagai seorang
Ummat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan melaksanakan Syari’at Islam
dengan Haq.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


527
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 18: TAZKIRAH PARA


AWLIYA
HADHRAT UWAIS AL-QARANI
HADHRAT Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘Alaih merupakan perintis jalan Uwaisiyah di
kalangan Ummat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau hidup di
zaman Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam tetapi terhalang dari berjumpa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
pertama sekali kerana hal keadaannya mabuk cinta yang
mendalam dengan Allah dan kedua kerana menunaikan
tanggungjawab kepada ibunya.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah


menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak
pernah sampai ke Mekah dan Madinah bertemu Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah


membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai
ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang
mana seseorang itu boleh menerima limpahan kerohanian
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh
Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
528
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sekali telah bersabda kepada
Para Sahabatnya,
“Ada seorang lelaki di Qaran bernama Uwais yang
pada hari kebangkitan nanti akan memberi syafaat kepada
sebilangan besar dari kalangan Ummatku sepertimana
banyaknya kambing-kambing Rabi’ah dan Mudhar.”

Dalam Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda yang mafhumnya,
“Di kalangan Ummatku ada seorang lelaki yang
mana Syafa’atnya akan diterima bagi pihak segolongan
manusia yang jumlah bilangannya menyamai bulu-bulu
kambing dari kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”

Rabi’ah dan Mudhar adalah nama bagi dua kabilah


‘Arab yang memiliki paling banyak kambing dan kibas.
Apabila Para Sahabat bertanya tentang ciri-cirinya, Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“Seorang hamba dari kalangan hamba-hamba
Allah.”

Para Sahabat berkata,


“Kita semua adalah hamba-hamba Allah. Apakah
namanya?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Uwais Al-Qarani.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


529
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Para Sahabat bertanya,
“Di manakah dia?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Di Qaran.”

Para Sahabat bertanya,


“Adakah dia telah bertemu denganmu?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Tidak dengan mata Jasmaninya tetapi dia telah
melihat daku dengan mata Ruhaninya.”

Para Sahabat berkata,


“Seorang kekasih yang sungguh ‘asyik, tetapi
mengapa dia tidak menyertai dalam jemaah Para
Sahabatmu?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Ada dua sebab. Yang pertama adalah kerana
Ghalbah Hal (beliau sentiasa dalam Keruhanian yang
tinggi sehinggakan dia tidak menyedari segala sesuatu
selain Allah Ta’ala). Yang kedua adalah kerana dia
menuruti Syari’atku. Ibunya yang beriman adalah terlalu
tua dan buta matanya. Dia mengembala unta dan dengan
pendapatannya dia menyara ibunya.”

Para Sahabat bertanya,


“Bolehkah kami melihatnya?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


530
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Hadhrat
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu,
“Kamu tidak akan melihatnya, tetapi ‘Umar dan ‘Ali
akan melihatnya. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan
bulu. Pada tapak tangannya dan pada sebelah kiri terdapat
satu tanda yang sebesar Dirham yang bukan tanda
penyakit sopak. Apabila kamu menemuinya, sampaikan
Salam dariku kepadanya dan beritahu padanya agar
memohon Doa untuk Ummatku. Di kalangan Para Auliya
terdapat Para Atqiya, dia adalah yang terbaik.”

Para Sahabat bertanya,


“Di manakah dapat kami mencarinya?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Di Yaman, dia mengembala unta dan bernama
Uwais. Kamu patut menuruti jejak langkahnya.”

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh


Imam Muslim di dalam Sahihnya bahawa Hadhrat Sayyidina
‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Aku telah mendengar Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda bahawa, “Uwais Ibni ‘Amir akan datang dengan
sejumlah bilangan orang sebanyak kabilah Mudhar di
daerah Qaran, seolah-olah dia menghidap penyakit kulit.
Dia mempunyai seorang ibu dan sentiasa berkhidmat
dengan sepenuh hati kepadanya, dan jika dia meminta
sesuatu kepada Allah nescaya dikurniakan kepadanya. Jika
kamu bertemunya, mintalah padanya untuk memohon
keampunan untukmu.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
531
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Adakalanya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan menghadapkan
dirinya ke arah Yaman dan bersabda,
“Aku mencium haruman Cinta.”

Dalam sebuah Hadits Qudsi yang diriwayatkan oleh


Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawasanya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang mafhumnya
bermaksud,
“Allah, Maha Memiliki Ketinggian dan Yang Maha
Perkasa adalah Dia, mengasihi hamba-hambaNya yang
sentiasa takutkan Tuhan, ikhlas di dalam hatinya, mereka
yang tersembunyi, mereka yang tidak melakukan
kesalahan, yang wajah mereka berdebu, yang rambut
mereka kusut masai, yang perut mereka kosong, dan
seseorang yang jika dia meminta kebenaran untuk masuk
menemui pemerintah dia tidak akan dibenarkan, dan jika
dia melamar seorang gadis bangsawan permohonannya
tidak akan ditunaikan, dan jika dia meninggalkan dunia
ini, ia tidak akan merinduinya, dan jika dia keluar dari
sesebuah majlis, tiada seorang pun yang akan
menyedarinya, dan jika dia jatuh sakit, tiada orang yang
akan menziarahinya dan jika dia mati dia tidak akan
ditemani hingga ke Kuburnya.”

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya,


“Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
bagaimana boleh kami bertemu dengan seseorang yang
sedemikian?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


532
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Uwais Al-Qarani adalah seorang yang sedemikian.”

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya kepada


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam,
“Dan siapakah Uwais Al-Qarani?”

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Dia adalah seorang yang berkulit gelap, lebar
bahunya dan sederhana tingginya. Warna wajahnya
hampir sama dengan warnanya tanah. Janggutnya
mencecah hingga ke dada. Matanya sentiasa memandang
ke bawah pada tempat sujud, dan tangan kanannya berada
di atas tangan kirinya. Dia menangis mengenangkan
dirinya dengan tangisan yang berlarutan hinggakan
bibirnya bengkak. Dia memakai jubah bulu kambing dan
amat dikenali pada kalangan penduduk langit. Jika dia
membuat suatu perjanjian dengan Nama Allah, dia akan
memeliharanya. Di bawah bahu kirinya terdapat satu titik
putih. Apabila tibanya Hari Kebangkitan dan diumumkan
kepada hamba-hambaNya,
“Masuklah ke dalam Taman Syurga.”

Akan dikatakan kepada Uwais,


“Berhenti dan berikan Syafa’at.” Allah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Memiliki Ketinggian akan
mengampunkan manusia sebanyak bilangan penduduk
Rabi'ah dan Mudhar. Maka wahai ‘Umar dan ‘Ali, jika
kamu dapat mencarinya, mintalah dia memohonkan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


533
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Syafa’at untuk kamu, maka Allah akan mengampuni
kamu.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa
mafhumnya,
“Uwais Al-Qarani adalah yang terbaik di kalangan
Tabi’in dalam pencapaian Ihsan.”

Ketika Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hampir wafat, Para Sahabat telah
bertanya kepadanya,
“Kepada siapakah patut kami berikan jubahmu?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Uwais Al-Qarani.”

Setelah kewafatan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina
‘Umar Ibnul Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi
Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah pergi ke Kufah. Sesudah
menyampaikan khutbah, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul
Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Wahai orang-orang Najd, hendaklah kamu semua
bangun.”

Semua orang menurut. Hadhrat Sayyidina ‘Umar


Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu lalu bertanya,
“Adakah sesiapa di kalangan kamu yang berasal dari
Qaran?”

Apabila ada yang menjawab “Ya”, Hadhrat Sayyidina


‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun telah bertanya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
534
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dengan lebih lanjut maklumat berkenaan Hadhrat Uwais Al-
Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih. Mereka
menjawab,
“Kami tidak kenal dia, walau bagaimanapun terdapat
seorang lelaki gila yang begitu terasing dari orang ramai. Dia
menjauhkan diri dari orang ramai.”

Apabila Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu bertanya tentang di mana dia sering
berada, beliau telah diberitahu bahawa,
“Dia sering mengembala unta di Wadi ‘Urnah. Pada
waktu malam dia hanya makan roti kering. Dia tidak pergi
ke bandar. Dia tidak bercakap dengan sesiapa pun. Dia tidak
makan apa yang orang biasa makan. Dia tidak tahu sedih
dan gembira. Bila orang ketawa dia menangis, bila mereka
menangis dia ketawa.”

Setelah sepuluh tahun berlalu yang mana Para


Sahabat mencari-cari dan bertanya tentang dirinya tetapi
masih tidak dapat menemuinya. Pada tahun 21 Hijrah
bersamaan 644 Masihi, pada tahun yang sama Hadhrat
‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu diangkat menjadi
Khalifah yang kedua sesudah kewafatan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dan sebagai Amirul Mukminin, beliau telah naik ke gunung
Jabal Abi Qubais dan menyeru dengan sekuat-kuat suaranya,

“Wahai orang-orang Yaman, adakah sesiapa di sana


yang bernama Uwais?”

Seorang lelaki tua dengan janggut yang panjang


bingkas bangun dan menjawab,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


535
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Kami tidak tahu siapakah Uwais yang engkau
tanyakan, tetapi anak saudaraku bernama Uwais, tetapi dia
tidaklah begitu penting untuk ditanyakan tentangnya dan
terlalu miskin serta taat bahawa dia juga perlu mencapai
pada tingkatanmu. Dia adalah pengembala unta-unta kami
dan dia tiada sebarang kedudukan di kalangan orang-orang
kami.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu sekali


lagi bertanya jika dia mengenali Hadhrat Uwais Al-Qarani
Rahmatullah ‘alaih. Lelaki itu menjawab,
“Kenapa kau bertanya tentangnya wahai Amirul
Mukminin? Demi Allah, tiada seorang pun di kalangan kami
yang lebih bodoh dan lebih miskin darinya.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu lalu


menangis dan berkata kepadanya,
“Adapun kamu yang sebegitu, dia tidak sedemikian.
Sesungguhnya daku telah mendengar Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Mereka yang masuk Syurga menerusi Uwais yang akan
memohon keampunan untuk mereka adalah mereka yang
terdiri dari kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


bertanya kepadanya di manakah dia dapat mencarinya, dan
dia telah diberitahu,
“Di atas Gunung ‘Arafat.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi


Talib Radhiyallahu ‘Anhuma kemudian segera menuju ke
‘Arafat dan ada riwayat yang menyatakan mereka berdua
telah pergi ke Wadi ‘Urnah di mana mereka menemui
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
536
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih sedang
bersolat di bawah sepohon pokok dengan unta-unta
berkeliaran mengelilinginya.

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi


Talib Radhiyallahu ‘Anhuma menghampirinya dan
mengucapkan Salam dengan berkata,
“Assalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun


memendekkan Solatnya dan setelah menyempurnakan
Solatnya dia pun menjawab Salam mereka. Mereka bertanya
kepadanya,
“Siapakah engkau?”

Dia menjawab,
“Seorang pengembala unta-unta dan seorang yang
digajikan untuk bekerja dengan satu puak.”

Mereka, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali


Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma berkata,
“Kami tidak bertanya tentang kerja engkau
mengembala ternakan mahupun tentang pekerjaanmu yang
makan gaji, tetapi apakah namamu?”

Dia menjawab,
“ ‘Abdullah (Hamba Allah).”

Mereka, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali


Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


537
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Kesemua penduduk di Langit dan di Bumi adalah
Hamba Allah, tetapi apakah nama yang telah diberikan oleh
ibumu?”

Dia menjawab,
“Uwais. Wahai kamu berdua, apakah yang kamu
mahu dariku?

Mereka berkata,
“Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sekali telah memberitahu kami berkenaan Uwais
Al-Qarani. Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah memberitahu kepada kami tentang sifat
warna matanya yang hitam kebiruan dan telah memberitahu
kami bahawa dia memiliki satu tanda putih di bawah bahu
kirinya. Maka tolonglah tunjukkan kepada kami jika engkau
memiliki tanda tersebut, kerana sesungguhnya jika
sedemikian engkaulah yang sedang kami cari.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


kemudian mendedahkan bahu kirinya dan mereka telah
terlihat satu tanda putih. Mereka kemudian memeluknya
dan menciumnya dan berkata,
“Kami mengakui bahawa engkau adalah Uwais Al-
Qarani, maka mohonkanlah keampunan untuk kami dan
semoga Allah mengampuni kamu.”

Dia menjawab,
“Sedangkan aku tidak dapat mengampuni diriku
sendiri apatah lagi seorang pun dari anak Adam. Tetapi
terdapat mereka yang berada di daratan dan di lautan,
orang-orang lelaki dan wanita yang beriman, lelaki dan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


538
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
wanita yang Muslim yang doa-doa mereka terhadap Allah
akan dijawab.”

Maka Hadhrat ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat


‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma pun berkata,
“Sesungguhnya, inilah dia.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu


‘Anhu berkata,
“Wahai kamu berdua, kamu tahu tentang diriku dan
aku tahu tentang kedudukanku, tetapi siapakah kamu?”

Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu Wa


Radhiyallahu ‘Anhu menjawab,
“Ini adalah Hadhrat Amirul Mukminin, ‘Umar Ibni
Al-Khattab dan aku adalah ‘Ali Ibni Abi Talib.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun


bangun berdiri tegak dan berkata,
“Assalamu ‘Alaikum Ya Amirul Mukminin dan
kepadamu wahai ‘Ali, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala
membalasmu dengan kebaikan untuk Ummat ini.”

Mereka menjawab Salam dan berkata,


“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasmu
dengan segala kebaikanmu.”

Dalam sebuah riwayat yang lain Hadhrat ‘Umar Al-


Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Unjurkan tangan kananmu.”

Maka Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun


mengunjurkan tangannya dan setelah Hadhrat ‘Umar Al-
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
539
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khattab Radhiyallahu ‘Anhu melihat tanda seperti yang
telah dikhabarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat ‘Umar Al-
Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun mencium tangannya
seraya berkata,
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
mengirimkan Salam kepadamu dan memberikan jubah ini
kepadamu dan telah memerintahkan agar dikau berdoa
untuk Ummatnya.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
Engkau adalah lebih layak untuk mendoakan kerana
tiadalah kelebihanku mengatasi kamu.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Aku sentiasa melakukan tanggungjawab doa ini,
walau bagaimanapun kau perlu patuh kepada arahan
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Wahai ‘Umar, fikirkannya baik-baik. Mungkin apa
yang ada dalam fikiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah orang lain yang selain diriku.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Kesemua tanda-tanda yang telah dinyatakan oleh
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam wujud pada dirimu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


540
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu
‘Anhu pun berkata,
“Berikan kepadaku jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, aku akan berdoa.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun


mengambil jubah yang telah diwasiatkan oleh Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam lalu berkata,
“Tunggulah di sini.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pergi


tidak berapa jauh dari situ lalu merebahkan dirinya bersujud
ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala seraya memohon
Doa,
“Ya Allah, daku ridak akan memakai jubah ini selagi
Dikau tidak mengampuni kesemua Ummat Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. ‘Umar Faruq dan ‘Ali
Murtadhza telah menyempurnakan tugas mereka dengan
menyampaikan jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
ini.”

Lalu kedengaran satu suara yang berkata,


“Kami telah mengampunkan sebilangan dengan
kelebihan Syafa’atmu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun


berkata,
“Ya Allah, selagi mana Dikau tidak mengampuni
kesemuanya, daku tidak akan memakai jubah ini.”

Suara itu berkata,


“Daku telah mengampuni ribuan.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
541
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu
berkata,
“Daku merayu keampunan untuk kesemuanya.”

Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali suara


itu mengisytiharkan peningkatan dalam bilangan mereka
yang mendapat keampunan menerusi kelebihan Syafa’at
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘alaih. Dalam pada itu Hadhrat Sayyidina
‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali
Radhiyallahu ‘Anhuma sambil bersikap sabar telah datang
menghampiri Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu
untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku.

Apabila Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu


‘Anhu melihat mereka seraya berkata,
“Kenapakah aku tidak mahu memakai jubah ini selagi
mana Allah Ta’ala tidak mengampuni kesemua Ummat
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu memandang kepada Hadhrat Uwais Al-
Qarani Radhiyallahu ‘Anhu dengan penuh tumpuan dan
kerisauan lalu menerima Musyahadah penglihatan Ghaib
18,000 Alam Ruhaniah di bawah kain selimut yang dipakai
oleh Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pada
ketika itu.

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu telah ditenggelami dengan perasaan
tidak tentu arah lalu berteriak,
“Adakah sesiapa yang yang sanggup untuk menerima
tugas Khilafat dengan tukaran sekeping roti?”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
542
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu
berkata,
“Hanya orang bodoh yang akan melakukannya.
Apakah yang kau bercakap tentang jual dan beli?
Tinggalkannya! Sesiapa sahaja yang berkehendak, dia boleh
mengambilnya.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu


‘Anhu pun memakai jubah pemberian Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya
berkata,
“Dengan keberkatan jubah ini dan Syafa’atku,
bilangan jumlah Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang mendapat keampunan adalah sejumlah
bilangan bulu-bulu yang ada pada kambing-kambing
Rabi’ah dan Mudhir.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu bertanya,
“Wahai Uwais, kenapa kau tidak pergi menemui
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu


‘Anhu berkata,
“Mungkin kamu telah melihat dahi wajah Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Khabarkan padaku tentang
kening Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan


Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma keduanya
tidak dapat menjelaskan tentang kening Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


543
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu
pun berkata,
“Adakah kamu Sahabt Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam?”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu pun menjawab,
“Sudah tentu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Pada hari gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
yang mulia telah Syahid, mengapakah kamu tidak
mensyahidkan gigi kamu sendiri? Cinta memerlukan bukti.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun


membuka mulutnya lalu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-
Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma
pun melihat bahawa kesemua giginya telah tiada.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Aku mematahkan gigiku tanpa melihat mulut
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah aku
mematahkan sebatang gigi, aku tidak berpuas hati. Mungkin
gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang patah tidak
sama dengan yang aku patahkan dalam mulutku. Dengan
keadaan ini, daku terus mematahkan gigi-gigiku sehingga
kesemuanya telah dipatahkan.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan


Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma telah
mengalami tekanan perasaan yang kuat dan telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
544
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mempelajari suatu pengertian baru tentang Cinta dan
perhubungan Ruhaniah. Mereka telah mempelajari
perhubungan Ruhaniah dari Hadhrat Uwais Al-Qarani
Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih.

Lalu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Doakanlah untuk diriku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Aku sudahpun berdoa. Kau tidak sepatutnya
meminta lebih. Dalam Tasyahud pada setiap kali Solah, aku
berdoa: “Ya Allah! Rahmatilah sekelian orang Islam lelaki
dan wanita dan ampunilah mereka.” Jika kamu sampai ke
Kubur dengan Iman yang baik, maka sudah tentu kau akan
mendapat habuan dari doaku. Aku tidak mahu merosakkan
doaku.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Nasihatilah aku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,


“’Umar, adakah kau sudah mengenali Allah Ta’ala?”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Ya, aku sudah mengenaliNya.”

Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


545
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Adalah yang terbaik apabila kau hanya mengenali
Allah Ta’ala dan tiada seorang pun selainNya.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Katakanlah lagi sesuatu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Allah Ta’ala mengetahui kamu. Adalah yang paling
baik ialah selain Allah, tiada seorang jua pun yang
mengetahui tentang kamu.”

Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berkata kepada Hadhrat Uwais Al-
Qarani Radhiyallahu ‘Anhu,
“Tempatmu adalah di sini sehingga aku kembali ke
Madinah dan semoga Allah Merahmatimu. Kemudian aku
akan membawa padamu bantuan dari sebahagian barangan
keperluanku dan sebahagian pakaianku. Ini merupakan
tempat pertemuan antara engkau dan aku.”

Tetapi Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


menjawab kepadanya,
“Wahai Amirul Mukminin, tidak akan ada sebarang
tempat pertemuan yang lain dalam Ilmu Allah di antara
engkau dan aku kecuali ini. Maka khabarkanlah padaku,
apakah yang patut aku lakukan dengan barangan
keperluanmu dan apakah yang patut aku lakukan dengan
pakaianmu? Tidakkah kau lihat bahawa aku sedang
memakai jubah dan selimut dari bulu kambing, jadi bilakah
kamu melihat aku mengoyakkannya? Atau adakah kau lihat
kasut yang ku pakai sudah lapuk dan koyak? Bilakah kau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
546
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
lihat aku tidak memakainya? Antara tangan kamu dan
tanganku terdapat satu halangan yang tinggi yang tidak
dapat dilangkah oleh orang yang berat badannya, maka
tinggalkanlah semua perkara ini dan Allah akan memberikan
Rahmat ke atasmu.”

Apabila Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu


mendengarkan perkataan ini, dia memukul tanah dengan
tongkatnya dan menjerit dengan sekuat-kuat suaranya,
“Alangkah baiknya jika ‘Umar tidak dilahirkan oleh
ibunya dan dia menjadi wanita yang suci.”

Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu berusaha untuk memberi Hadhrat
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih dengan pemberian
wang. Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun
mengeluarkan dua Dirham dari koceknya seraya berkata,
“Ini adalah pendapatanku kerana mengembala unta.
Jika kau boleh berjanji bahawa Dirham ini akan berkurangan
sebelum kematianku, barulah aku akan menerimanya.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab


Radhiyallahu ‘Anhu dengan jelas tidak dapat
menunaikannya, maka Hadhrat Uwais Al-Qarani
Rahmatullah ‘alaih pun menolak pemberiannya.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Kamu berdua telah menghadapi berbagai kesulitan
untuk sampai kepadaku. Sekarang kembalilah. Qiyamat
semakin hampir. Kita akan bertemu pada suatu masa yang
tidak akan ada lagi perpisahan. Sekarang ini aku dalam serba
salah mengenangkan persediaan untuk menghadapi
perjalanan ini.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
547
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian Hadhrat ‘Umar dan Hadhrat ‘Ali
Radhiyallahu ‘Anhuma mengucapkan selamat tinggal lalu
kembali ke Madinah dengan hati yang amat berat. Hadhrat
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pula kembali
mengembala unta-unta dan pulang kepada kabilahnya.

Tidak berapa lama sesudah itu Hadhrat Uwais Al-


Qarani Rahmatullah ‘alaih pun meninggalkan kerjanya
sebagai pengembala dan telah menuju ke Kufah di mana dia
meneruskan pengabdiannya sehinggalah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala mengambilnya ke sisi HadhratNya.

Sewaktu Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu


mendengar yang Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah
‘alaih hendak kembali ke Kufah, dia berkata kepadanya,
“Kemanakah engkau hendak pergi?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Ke Kufah.”

Kemudian Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu


berkata,
“Mahukah ku tuliskan untukmu sepucuk surat
kepada Gabenornya?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Aku lebih suka berada bersama golongan rakyat
yang berada dekat di hatiku.”

Setelah Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


menuju ke Kufah, orang ramai mula memberikan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
548
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
penghormatan terhadapnya sehingga ada yang terlalu
melebih-lebihkannya, maka dia mengambil keputusan untuk
beredar dari Kufah sehingga tiada siapa pun yang dapat
menemuinya. Suatu ketika dia pernah ditemui oleh Hadhrat
Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih dan menurut suatu
riwayat yang lain dia telah ditemui oleh Hadhrat Hiram Bin
Hibban Rahmatullah ‘alaih.

Kemudian tiada siapa pun yang melihatnya


sehinggalah berlakunya zaman perang di antara Hadhrat
‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Hadhrat Mu’awiyah
Radhiyallahu ‘Anhu yang mana Hadhrat Uwais Al-Qarani
Rahmatullah ‘alaih telah berperang bagi pihak Hadhrat ‘Ali
Radhiyallahu ‘Anhu. Beliau telah Syahid dalam peperangan
Siffin. Semoga Allah meredhainya dan merahmatinya, dan
semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kita
Taufiq untuk menuruti contoh perjalanan Keruhaniannya
dan melimpahkan kita dengan limpahan Faidhznya yang
sempurna lagi berkekalan, Amin.

HADHRAT HARIM BIN HAYYAN


HADHRAT Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih adalah
salah seorang dari kalangan Tabi’in dan beliau telah
berkesempatan bertemu dengan Hadhrat Uwais Al-Qarani
Rahmatullah ‘alaih. Beliau meriwayatkan bahawa apabila dia
telah mendengar tentang kedudukan Hadhrat Uwais Al-
Qarani Rahmatullah ‘alaih sebagai salah seorang pemberi
Syafa’at, maka dia telah begitu berkeinginan untuk bertemu
dengan Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih. Maka
dia telah pergi ke Qaran untuk mencarinya namun Hadhrat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
549
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih tiada di sana. Ada yang
mengatakan bahawa Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah
‘alaih telah menuju ke Basrah, maka dia pun telah pergi
mencarinya di sana. Ada yang mengatakan bahawa Hadhrat
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih telah pergi ke Kufah,
maka diapun telah pergi mencarinya di sana. Dalam
perjalanannya ke sana, dia telah bertemu dengan seorang
lelaki yang bajunya bertampal sedang melakukan wudhu di
tebing Sungai Euphrates. Setelah melihatnya selesai
mengambil wudhu, dia pun menyikat janggutnya.

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan seperti berikut:
“Ramai orang telah bercerita kepadaku tentang
kedudukan Uwais Al-Qarani, maka apabila aku mendengar
bahawa beliau tinggal di Kufah, aku telah ke sana untuk
mencarinya kerana daku tiada sebarang keinginan lain
melainkan hanya untuk bertemunya. Daku menjumpainya
sedang duduk di tebing Sungai Tigris dan aku mengenalinya
menerusi keterangan yang telah aku perolehi tentang
dirinya. Seorang lelaki yang kurus sedang memandang ke
arahku dan aku pun menghulurkan tangan sambil
mengucapkan Salam kepadanya, tetapi beliau langsung tidak
menyahut Salamku. Aku berasa kecewa lalu bertanya
kepadanya,
“Adakah kau Uwais?”
Pakaiannya begitu miskin dan beliau berada dalam
keadaan yang mengasingkan diri, yang mana dengan
keadaan inilah telah menyebabkan orang-orang yang jahil
berkata bahawa beliau telah gila dan tidak siuman. Tetapi
aku mengetahui bahawa ketekunan dan penyerahannya itu
adalah menunjukkan sifat kefakirannya yang sebenar, yang
mana beliau tidak mengendahkan perkataan orang-orang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
550
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang berkata bahawa keadannya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah. Orang-orang yang sedemikian adalah jahil
tentang Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
sebenar, iaitu meninggalkan kebendaan Duniawi dan
sebarang urusan makhluk dan mendekatkan diri kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu meninggalkan sebarang
ikatan yang selain dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


melihat keadaan Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah
‘alaih yang begitu dhaif dengan tubuh badannya yang lemah
sehingga menyebabkannya menangis berlinangan air mata
seraya berkata,
“Semoga Allah merahmatimu Uwais dan
mengampunimu, bagaimanakah keadaanmu?”

Lalu suaranya terhenti tidak dapat meneruskan kata-


kata kerana hatinya terlalu sebak dan merasakan tarikan
dalaman yang begitu lembut terhadap Hadhrat Uwais Al-
Qarani Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih juga


telah turut menangis lalu berkata kepadanya,
“Semoga Allah merahmatimu Harim Ibnu Hayyan,
siapakah yang telah menunjukkan kamu jalan hingga sampai
kepadaku di sini?”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Allah yang telah menunjukkan jalan kepadaku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
551
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Tiada Tuhan melainkan Allah. Segala puji hanya bagi
Allah. Jika sesuatu itu merupakan kehendak Allah, ianya
pasti akan berlaku, maka pertemuan ini adalah suatu
kehendak Allah.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Bagaimana kau mengetahui namaku dan nama
bapaku sedangkan kau tidak pernah bertemu denganku?
Namaku ialah Harim Bin Hayyan.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih lalu


menjawab,
“Dia Yang Maha Mengetahui memberitahu kepadaku.
Ruhku mengenali Ruhmu sewaktu diriku berkata-kata
dengan dirimu, kerana Ruh orang-orang yang beriman
mengenali antara satu dengan yang lain kerana Cinta mereka
terhadap Allah meskipun mereka tidak bertemu. Dan apabila
mereka datang ke tempat kami beristirehat, mereka
mengenali antara satu dengan yang lain walaupun mereka
datang dari tempat yang jauh.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Khabarkan kepadaku tentang Hadhrat Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Aku tidak pernah melihat Hadhrat Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara berhadapan dan aku tidak
pernah hadir dalam majlis Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam cuma daku mendengar tentang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
552
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sifat-sifatnya dari orang lain, tetapi aku sanggup
mengorbankan kehidupanku demi kerananya.

Walaubagaimanapun, aku tidak suka bercakap


tentang perkara ini kerana aku bukanlah seorang Muhaddits
atau Mufti atau seorang periwayat Hadts kerana aku
disibukkan dengan kegiatan yang lain.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih pun


lalu berkata,
“Bacakanlah kepadaku beberapa ayat dari Kitab
Allah, supaya aku dapat mendengarnya darimu dan supaya
aku dapat belajar darimu dan memeliharanya di dalam hati,
kerana aku mengasihi dirimu kerana Allah.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


memegang tangan Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah
‘alaih seraya mengucapkan,
“Aku memohon perlindungan Allah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang
direjam.”

Lalu beliau membaca ayat ke 38 dari Surah Ad-


Dukhan yang bermaksud:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan
apa yang ada di antara keduanya dengan main-main.”

Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


tersenyum dengan senyuman yang sinis dan Hadhrat Harim
Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih pun melihat kepadanya
dengan perasaan kasih.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


553
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tidak berapa lama kemudian Hadhrat Uwais Al-
Qarani Rahmatullah ‘alaih pun berkata kepada Hadhrat
Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih,
“Wahai anak Hayyan, apa yang menyebabkan kau
datang ke sini?”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Untuk menjadi sahabatmu dan untuk memperbaiki
diriku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Aku tidak tahu memikirkan bagaimana seorang yang
sudah mengenal Allah Ta’ala, masih mengharapkan cinta
dan keinginan terhadap yang lain dan mencari keselesaan
dari selain Allah.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Berikan aku sedikit nasihat.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun


berkata,
“Wahai anak Hayyan, letakkanlah maut di bawah
bantalmu ketika tidur. Apabila kamu bangkit dari tidur
janganlah mengharapkan apa-apa dari kehidupan Dunia ini.
Jangan menganggap kecil akan sebarang dosa kerana apabila
kamu menganggap dosa kamu sebagai kecil maka ketahuilah
bahawa sesungguhnya kamu menganggap Allah Ta’ala
sebagai tidak penting.

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


bertanya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
554
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Di manakah aku harus mencari tempat tinggal?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun


berkata,
“Di Syam.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


bertanya,
“Bagaimana aku harus mencari keperluan hidup
ketika di sana?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun


berkata,
“Sungguh memalukan bagi Ruh-Ruh yang dikuasai
oleh ketidak pastian dan menjauhkan diri dari menerima
nasihat.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Berikan lagi daku nasihat.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun


berkata,
“Wahai anak Hayyan, bapamu sudah mati dan kau
juga akan mati menuju sama ada ke Syurga ataupun ke
Neraka. Hadhrat Adam, Hadhrat Hawa, Hadhrat Nuh,
Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa dan Hadhrat Daud
‘Alaihimussalam kesemuanya sudah mati. Hadhrat
Muhammad Sallallahu ‘Alahi Wasallam juga sudah mati.
Hadhrat Abu Bakar Khalifah Rasulullah yang pertama juga
sudah mati. Saudaraku dan Sahabatku, Hadhrat ‘Umar Ibnul
Khattab juga sudah mati.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


555
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih
berkata,
“Semoga Allah Ta’ala merahmatimu, tetapi Hadhrat
‘Umar belum lagi mati.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Ya, dan orang ramai sudahpun mengisytiharkan
kematiannya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
memaklumkannya kepadaku dan juga sudah
mengisytiharkan kematianku. Engkau dan aku adalah orang-
orang yang mati.”

Kemudian beliau berselawat kepada Hadhrat Baginda


Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
lalu berdoa. Kemudian beliau berkata,
“Inilah apa yang aku tinggalkan untukmu, Kitab
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Sunnah Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hendaklah engkau sentiasa
mengingati mati dan janganlah melupakannya dari hatimu
walau sedetik pun. Peringatkanlah perkara ini kepada
kaummu apabila kau kembali kepada mereka dan
katakanlah kepada mereka, “Janganlah mengabaikan
manusia, kerana jika kamu melakukannya bermakna kamu
mengabaikan Agamamu tanpa kamu menyedarinya, dan
kamu akan memasuki Neraka Jahannam, maka berdoalah
untuk diriku dan juga untuk dirimu.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah


‘alaih berkata kepada Hadhrat Harim Bin Hayyan
Rahmatullah ‘alaih,
“Ya Allah, ini adalah suatu tuntutan dariku, kerana
dia mencintaiku keranaMu, dan dia telah menziarahiku
semata-mata keranaMu, dan mengizinkanku untuk melihat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
556
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
wajahnya dalam Syurga, dan masukkanlah dia ke dalam
rumah kesejahteraanMu, dan peliharalah dia dalam
kehidupan Dunia ini selama mana dia masih hidup.
Peliharalah dia dari kebendaan Duniawi ini dengan
menjalani Tariqat, dan jadikanlah dia orang yang bersyukur
dengan segala Rahmat yang telahEngkau kurniakan, dan
berikanlah kepadanya kebaikan dari pihak daku.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Assalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Oleh kerana aku tidak akan melihatmu lagi selepas ini,
semoga Allah merahmatimu, tetapi aku tidak suka untuk
dikenali dan aku lebih suka bersendiri kerana aku akan
berada dalam duka-cita apabila aku bersama manusia. Maka,
janganlah bertanya tentang diriku dan janganlah memanggil
aku, tetapi keahuilah bahawa dirimu berada dalam hatiku
meskipun aku tidak melihatmu dan kamu tidak melihatku.
Ingati aku dan berdoalah untuk diriku kerana akau akan
mengingati kamu dan mendoakan untuk dirimu jika Allah
Subhanahu Wa Ta’ala mengkehendakinya. Sekarang, kamu
janganlah mengikut aku kerana aku hendak pergi, maka
kamupun pergilah dari sini.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Daku benar-benar ingin untuk menurutinya
beberapa langkah dan berjalan bersamanya walau sejam,
tetapi selepas itu dia tidak membenarkan daku menurutinya
lagi. Maka daku pun meninggalkannya dan mulai menangis
dan beliau juga turut menangis. Daku memandangnya dari
jauh sehinggalah dia lenyap dari pandanganku. Sesudah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


557
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
peristiwa itu, daku tidak mendengar lagi berita tentang
dirinya.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih


berkata lagi,
“Setelah peristiwa itu, daku bertanya pada orang
ramai tentangnya dan cuba untuk mencarinya tetatpi tiada
seorang pun yang dapat menceritakan kepadaku tentang
dirinya. Setelah berlalu beberapa minggu, daku telah
melihatnya sekali atau dua kali di dalam mimpiku.

Hadhrat Uwais berkata,


“Rasul Allah sudah mati,” tetapi beliau tidak berkata
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, adapun yang
dimaksudkannya adalah Para Nabi yang sebelumnya.
Dengan ini apa yang dimaksudkannya ialah kemuliaan Para
Rasul Allah adalah memang diketahui ramai, dan beliau
dikenali kerana kesempurnaan kehormatannya terhadap
Para Rasul Allah dan dia tidak memerlukan sebarang pujian
dari manusia.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT HASSAN AL-BASRI


HADHRAT Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih juga dikenali
dengan nama Abu ‘Ali, Abu Muhammad dan Abu Sa’id.
Beliau menduduki suatu kedudukan yang tinggi dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
558
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menjadi contoh tauladan bagi Para Sufi. Beliau sering
memberikan penjelasan yang halus tentang ‘Ilmu Mu’amalat.
Sebelum menjadi seorang Sufi, beliau adalah seorang
peniaga intan berlian.

Suatu ketika seorang Badwi datang kepadanya dan


bertanya tentang Sabar. Lalu Hadhrat Hassan Al-Basri
Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Sabar ada dalam dua bentuk. Yang pertama, sabar
dalam menghadapi bala dan musibah dan yang kedua, sabar
dalam memelihara diri dari perkara-perkara yang Allah
Ta’ala telah perintahkan kita menjauhinya dan telah
melarang kita mengerjakannya.”

Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih pernah


ditanya, apakah Islam dan siapakah orang Islam? Lalu beliau
menjawab,
“Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu
dalam Kubur.”

Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Janganlah kamu tinggalkan amalan Agamamu
kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu, bahkan
mereka itu mengganggu Allah.”

“Akhir Dunia dan awal Akhirat ialah dalam Kubur.”

“Barangsiapa yang kenal Allah menganggap Dunia ini


sebagai musuhnya dan siapa yang kasih akan Dunia akan
menjadi musuh Allah.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


559
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Sesiapa yang memencilkan dirinya akan selamat.
Sesiapa yang memisahkan dirinya dari Nafsunya akan
merasai kebebasan.”

“Orang yang membuang amalan Ruhaniah dan


menggantikannya dengan bermurah hati kepada Dunia dan
cuba menerapkan cara-caranya yang jahat itu adalah orang
yang rosak.”

“Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan


dihinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya
sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.”

Beliau sering menulis dosa-dosa yang telah


dilakukannya pada pakaiannya dan sering melihat kepada
tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis
hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang telah
dilakukannya itu. Beliau sangat merendahkan diri hingga
menganggap bahawa dirinya itu adalah lebih hina dari
segala yang lain. Sekali beliau telah ditanya, “Bagaimanakah
keadaanmu?”

Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Daku adalah ibarat orang di tengah laut yang
kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


560
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

HADHRAT HABIB AL-‘AJAMI


HADHRAT Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih telah
bertaubat di tangan Hadhrat Hassan Basri Rahmatullah
‘alaih. Pada mulanya beliau adalah seorang yang melakukan
berbagai jenis kemungkaran, akan tetapi Allah Subhanahu
Wa Ta’ala telah mengurniakan kepadanya Taubat yang
ikhlas. Sesudah bertaubat, beliau telah mempelajari ilmu-
ilmu Agama dari Hadhrat Hassan Basri Rahmatullah ‘alaih.
Beliau adalah seorang yang berbahasa Parsi dan tidak dapat
bertutur bahasa ‘Arab dengan baik, maka kerana itulah
beliau dikenali sebagai ‘Ajami.

Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Allah sendiri akan memelihara mereka yang
mengabdikan diri kepadaNya. Dengki dan cinta Dunia
mestilah disingkirkan dari hati orang-yang betul-betul
menuju Allah.”

Pada suatu petang ketika waktu ‘Asar, Hadhrat


Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih telah tiba di tempat
ibadah Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih. Ketika
itu Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih sedang
berdiri dalam Solat dan Hadhrat Hassan Al-Basri
Rahmatullah ‘alaih mendengar bacaan Hadhrat Habib Al-
‘Ajami Rahmatullah ‘alaih serta mendapati bahawa
bacaannya tidak betul kerana beliau tidak boleh bercakap
bahasa ‘Arab dan membaca Al-Quran dengan fasih dan
lancar. Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih tidak
mahu Solat di belakangnya lalu bersolat secara berasingan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


561
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada malam itu Hadhrat Hassan Al-Basri
Rahmatullah ‘alaih telah bermimpi bahawa Allah Ta’ala telah
berkata kepadanya,
“Hassan, jikalau kamu menjadi makmum dalam Solat
dengan ‘Ajami itu, kamu akan mendapat keredhaanKu dan
Solat itu adalah lebih berfaedah dari Solat yang kamu telah
lakukan sepanjang hidupmu. Kamu menyalahkan salah
sebutan bacaannya tetapi kamu tidak tahu kesucian dan
keikhlasan hatinya. Ketahuilah bahawa Kami lebih
mementingkan hati yang suci, bukan hanya menyebut
bacaan yang betul.”

Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih telah


bertanya kepada Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah
‘alaih,
“Bagaimana kamu boleh sampai ke peringkat
Keruhanian yang tinggi itu?”

Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Dengan membersihkan hati melalui Solat dan bukan
dengan menghitamkan kertas melalui tulisan.”

Hadhrat Hassan Al-Basri Rahmatullah ‘alaih lalu


berkata,
“Sayang, pengajaranku telah menguntungkan orang
lain dan bukannya diriku.”

Hadhrat Habib Al-‘Ajami menangis terisak-isak bila


mendengar orang membaca Al-Quran. Orang bertanya
kepadanya,
“Jika kamu tidak tahu maksud bacaan Al-Quran,
kenapa kamu menangis?
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
562
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Beliau menjawab,
“Meskipun daku ini adalah orang Iran tetapi hatiku
adalah ‘Arab.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT MALIK BIN DINAR


HADHRAT Malik Bin Dinar Rahmatullah ‘alaih adalah salah
seorang sahabat kepada Hadhrat Hassan Basri Rahmatullah
‘alaih. Beliau merupakan seorang Ahli Sufi yang sangat
dihormati semenjak beliau menjalinkan perhubungan
dengan Hadhrat Hassan Basri Rahmatullah ‘alaih. Kisah
permulaan beliau menjalani kehidupan Sufi adalah
diriwayatkan seperti berikut, pada suatu hari beliau telah
menghadiri majlis keramaian bersama dengan rakan-
rakannya.

Ketika mereka sedang bermain gitar dan bernyanyi,


tiba-tiba kedengaran suatu suara dari sebuah gitar yang
sedang mereka mainkan,
“Wahai Malik, mengapakah kamu masih belum mahu
bertaubat?”

Hadhrat Malik pun terus meninggalkan majlis


tersebut dan segala amalannya yang buruk, lalu menuju
kepada Hadhrat Hassan Basri Rahmatullah ‘alaih dan
bertaubat pada tangannya. Kemudian beliau terus tetap
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
563
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menunjukkan kesungguhan dalam Taubatnya sehingga
mencapai kepada suatu darjat yang tinggi.

Suatu ketika beliau telah dituduh mencuri seketul


permata. Beliau tidak mengalihkan pandangannya ke arah
langit. Kemudian semua ikan-ikan di laut timbul
dipermukaannya dan setiap seekor ikan itu membawakan
seketul permata di dalam mulutnya. Hadhrat Malik pun
mengambil seketul permata dari mulut ikan tersebut lalu
memberikannya kepada orang yang mendakwa kehilangan
batu permata itu. Beliau lalu beredar menuju ke laut dan
berhenti sehingga ke tepi pantai.

Seorang telah bertanya kepadanya, kenapa beliau


tidak berkahwin? Hadhrat Malik lalu menjawab,
“Daku telah tinggalkan Dunia, dan perempuan itu
adalah sebahagian daripada Dunia.”

Seorang telah bertanya kepadanya, mengapakah


beliau tidak tidur? Hadhrat Malik Bin Dinar Rahmatullah
‘alaih lalu menjawab,
“Aku takutkan Allah dan aku tidak tahu bila
BerkatNya jatuh kepadaku. Kalau aku tidur, BerkatNya itu
alan lepas dariku. Di samping itu, aku adalah orang yang
malang jika memakan Kurnia Allah tetapi menurut
kehendak Syaitan. Jika adalah orang berdiri di pintu masjid
sambil berteriak hendak tahu siapakah manusia yang paling
hina di Dunia ini, maka aku akan tampil ke muka
menunjukkan diriku.”

Hadhrat Malik Bin Dinar Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


564
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Oleh kerana Allah telah menjadikan daku
sahabatNya, maka daku korbankan segala-galanya
untukNya dan menghabiskan masaku dengan mematuhi
perintahNya.”

“Apabila daku tahu keadaan Dunia yang fana ini,


daku pun tidak peduli tentang pandangan Dunia terhadap
diriku dan perbuatanku.”

“Janganlah bersahabat dengan orang yang mana


persahabatan itu tidak akan menolongmu selepas mati
kelak.”

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman dalam


Al-Quran, “Ingatilah Aku dan Aku akan ingat padamu.”
Dan FirmanNya lagi, “Aku akan jawab seruanmu dan terima
doamu.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT ABU HALIM HABIB BIN SALIM


AR-RA’I
HADHRAT Abu Halim Habib Bin Salim Ar-Ra’I Rahmatullah
‘alaih adalah seorang sahabat Hadhrat Salman Al-Farisi
Radhiyallahu ‘Anhu dan Beliau memelihara sekumpulan
kambing dan rumahnya berada di tebing sungai Euphrates.
Perjalanan Tariqatnya adalah dengan meninggalkan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
565
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kesibukan kehidupan Duniawi. Beliau telah meriwayatkan
sebuah Hadits dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang telah bersabda,
“Niat seseorang yang beriman adalah lebih baik dari
amalannya.”

Seorang Syeikh telah meriwayatkan kisah


pertemuannya dengan Hadhrat Abu Halim Habib Bin Salim
Ar-Ra’I Rahmatullah ‘alaih seperti berikut,
“Suatu ketika daku telah berjalan melewatinya dan
mendapati beliau sedang bersolat dan berdoa sementara
seekor serigala sedang menjaga kambing-kambingnya. Daku
membuat keputusan untuk menziarahinya kerana dalam
pandanganku terdapatnya tanda-tanda keagungan pada
dirinya.

Daku memberi Salam dan setelah bersalaman


dengannya, daku berkata,
“Wahai Syeikh, daku melihat serigala itu memiliki
persefahaman dengan kambing-kambing itu.”

Hadhrat Abu Halim Habib Bin Salim Ar-Ra’I


Rahmatullah ‘alaih pun menjawab,
“Ianya adalah kerana pengembalanya memiliki
persefahaman dengan Tuhan.”

Setelah mengucapkan kata-kata tersebut, dia pun


mengangkat satu mangkuk kayu yang diletakkannya di
bawah sebuah batu dan dua pancuran terbit dari batu
tersebut, satu pancuran air susu dan satu pancuran air madu.
Beliau lalu menyuruh daku meminumnya.

Daku kehairanan lalu bertanya kepadanya,


© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
566
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Wahai Syeikh, bagaimanakah tuan dapat mencapai
darjat yang sebegini?”

Hadhrat Abu Halim Habib Bin Salim Ar-Ra’I


Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Dengan mentaati Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Wahai anakku, batu itu telah
memberikan air kepada kaum Hadhrat Musa ‘Alaihissalam,
meskipun mereka tidak mentaatinya, dan sesungguhnya
kedudukan Hadhrat Musa ‘Alaihissalam tidaklah menyamai
darjat kedudukan Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kenapa batu itu tidak
memberikan kepadaku air susu dan air madu sedangkan
daku mentaati Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan Baginda adalah lebih tinggi darjatnya
dari Hadhrat Musa ‘Alaihissalam?”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT ABU HAZIM AL-MADANI


HADHRAT Abu Hazim Al-Madani Rahmatullah ‘alaih adalah
seorang yang menjalani kehidupan yang faqir dan sentiasa
melakukan berbagai-bagai bentuk amalan Mujahadah.

Pada suatu ketika seorang lelaki telah datang untuk


menemuinya dan mendapatinya sedang tidur. Apabila dia
terjaga dari tidurnya lalu berkata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
567
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Daku bermimpi sebentar tadi bahawa Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
memberikan daku suatu pesanan untukmu. Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh daku
memberitahu kepadamu bahawa adalah lebih baik bagi
seseorang untuk menunaikan tanggungjawab kepada ibunya
dari melakukan Haji. Kembalilah kamu kepada ibumu dan
berusahalah untuk berkhidmat padanya.”

Orang yang meriwayatkan kisah itu lalu kembali ke


rumahnya dan langsung tidak jadi pergi ke Mekah. Semoga
Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat dan Keberkatan
yang sempurna dan mudah-mudahan Allah Ta’ala
melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka yang
sempurna, Amin.

HADHRAT ABUL ‘ABBAS AHMAD BIN


MUHAMMAD AL-QASSAB
HADHRAT Abul ‘Abbas Ahmad Bin Muhammad Al-Qassab
Rahmatullah ‘alaih telah bersuhbah dengan ramai Syeikh
yang masyhur di Transoxania. Beliau juga sangat masyhur
dengan sumbangan Keruhaniannya yang hebat dan
kebijaksanaannya, bukti Kewaliannya yang banyak, sering
melakukan latihan Mujahadah dan banyak Keramat.
Hadhrat Abu ‘Abdullah Khayyati Rahmatullah ‘alaih,
seorang Imam di Tabaristan berkata tentang Hadhrat Abul
‘Abbas Ahmad Bin Muhammad Al-Qassab Rahmatullah
‘alaih,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


568
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Ianya merupakan suatu limpahan Rahmat Kurniaan
Allah bahawa Dia telah menjadikan seorang yang tidak
pernah belajar mampu memberikan jawapan pada persoalan
kami tentang apa juga permasalahan yang menyentuh
berkenaan prinsip-prinsip Agama dan perkara yang halus
berkenaan Tauhid.”

Meskipun Hadhrat Abul ‘Abbas Ahmad Bin


Muhammad Al-Qassab Rahmatullah ‘alaih adalah seorang
yang Ummi yakni tidak tahu membaca dan menulis, beliau
memberikan penjelasan dalam bentuk yang menakjubkan
berkenaan ‘Ilmu Tasawwuf dan ‘Ilmu Tauhid.

Pada suatu hari, ada seekor unta yang penuh dengan


muatan yang berat sedang bergerak menuju ke tempat pasar
di Amul yang sentiasa berlumpur. Unta tersebut terjatuh
kerana licin dan kakinya telah patah. Sementara pemuda
yang bertanggung jawab ke atas unta itu sedang bersedih
dan mengangkat tangannya untuk memohon pertolongan
Tuhan, dan orang ramai pun sedang sibuk mengalihkan
muatan di belakang unta itu, Hadhrat Abul ‘Abbas Ahmad
Bin Muhammad Al-Qassab Rahmatullah ‘alaih lalu di situ
dan bertanya apakah yang telah terjadi?

Setelah dikhabarkan kepadanya tentang hal keadaan


yang sedang berlaku itu, beliau memegang kaki unta
tersebut dan menghadapkan wajahnya ke langit dan berkata,
“Ya Allah, jadikanlah kaki unta ini sembuh semula,
jika Engkau tidak melakukannya, mengapakah Engkau telah
menyebabkan hatiku menjadi cair disebabkan tangisan
seorang pemuda?” Unta itu tiba-tiba bingkas bangun dan
menyambung kembali perjalanannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


569
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Antara kata-kata Hadhrat Abul ‘Abbas Ahmad Bin
Muhammad Al-Qassab Rahmatullah ‘alaih,

1. “Sesiapa yang mencari sesuatu di samping Tuhan,


sebenarnya menyembah dua Tuhan.”

2. “Jika Allah membawa aku masuk kepada tidak wujud


yakni Fana dan kemudian dipakaikanNya aku dengan
pakaian WujudNya, dan kemudian jika aku lakukan
satu ‘Ibadatku kepadaNya, maka ‘Ibadat itu adalah
lebih bernilai daripada semua ‘Ibadat hamba-hamba
Allah dalam alam ini semuanya.”

3. “Langkah pertama dalam Tariqat ialah cuba


melampaui semua makhluk.”

4. “Ada pahlawan-pahlawan dalam Tariqat dan bagi


mereka tidak ada tempat dalam Dunia ini dan di
Akhirat juga.”

5. “Sekelian manusia sama ada mereka hendak atau


tidak mestilah menghubungkan diri mereka kepada
Allah atau jika tidak mereka akan menderita
kesakitan.”

Apabila kita menghubungkan diri kepadaNya ketika


berlakunya musibah, kamu hanya akan melihat Pencipta
musibah itu dan musibah itu sendiri tidak datang. Dan jika
kita tidak menghubungkan diri kita kepadaNya, musibah
akan datang dan hati kamu akan dipenuhi dengan
kemarahan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


570
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Semoga Allah melimpahi kepadanya dengan Rahmat
dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT ABU ‘ALI HASSAN BIN


MUHAMMAD AL-DAQQAQ
HADHRAT Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-
Daqqaq Rahmatullah ‘alaih adalah seorang dari kalangan
‘Ulama terulung dalam bidang Ilmu-ilmu Islam pada
zamannya. Beliau adalah seorang yang jelas dalam
penampilan dan lancar dalam pengucapan kata-katanya bagi
menjelaskan Firman-firman yang berkaitan dengan jalan
untuk menuju kepada Allah.

Beliau telah menemui ramai Syeikh-Syeikh yang


terkemuka dan telah bersuhbat dengan mereka. Beliau
adalah Murid kepada Hadhrat Abul Qasim Ibrahim Bin
Muhammad Bin Mahmud An-Nasrabadi Rahmatullah ‘alaih
dan merupakan seorang yang sering memberi Tazkirah.

Pada suatu hari beliau sedang berzikir – Allah, Allah,


Allah. Di antara orang ramai yang berzikir itu ada seorang
bertanya kepadanya,
“Apakah itu Allah?”

Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-


Daqqaq Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Aku tidak tahu.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


571
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Orang itu berkata,
“Kalau tuan tidak tahu Dia kenapa menyebut
NamaNya?”

Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-


Daqqaq Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Beritahulah kepadaku nama apakah yang patut aku
sebut?

Pada suatu hari beliau sedang duduk dengan


memakai pakaian yang cantik dan lawa. Seorang Sufi Agung
bernama Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah
‘alaih yang memakai pakaian compang-camping datang
melawat beliau. Secara berjenaka Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali
Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih
menarik pakaian yang koyak yang dipakai oleh Hadhrat
Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih itu.

Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-


Daqqaq Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Apa gunanya tuan memakai pakaian yang buruk
ini?”

Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah


‘alaih menjerit dan berkata,
“Aku beli pakaian ini dengan harga Dunia ini dan
Akhirat juga, dan aku hargainya dengan nilai yang tinggi
dan sekiranya semua kekayaan dalam Syurga dikurniakan
kepadaku supaya aku melepaskan pakaian ini nescaya aku
tidak mahu melepaskannya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


572
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-
Daqqaq Rahmatullah ‘alaih lalu menangis dan bersumpah
tidak mahu berseloroh lagi dengan orang Sufi.

Pada suatu hari seorang Darwish Sufi melawat


Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq
Rahmatullah ‘alaih dan meminta sebuah ruang yang kecil di
mana beliau hendak mati. Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan
Bin Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih memberinya
ruang di sebuah penjuru. Orang itu duduk di situ dan mula
berzikir. Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad
Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih melihat kelakuan orang itu
dari jauh.

Darwish itu berkata,


“Al-Daqqaq, janganlah kotorkan saya.”
Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq
Rahmatullah ‘alaih pun pergi berlindung di satu tempat.
Sedang Darwish itu berzikir, dia pun meninggal Dunia.
Selepas itu Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad
Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih pergi ke tempat Darwish yang
berzikir tadi, tetapi beliau tidak melihat Darwish tersebut
yang telah ghaib. Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin
Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih bermohon
kepada Allah untuk mengetahui di mana Darwish tersebut.

Terdengar suara berkata,


“Jangan cari dia, bahkan Malaikat Maut pun tidak
tahu di mana dia. Malaikat Penjaga Syurga pun tidak tahu di
mana dia.”

Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-


Daqqaq Rahmatullah ‘alaih bertanya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
573
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Jadi, di manakah dia?”

Suara itu berkata,


“Dia berada di Majlis Haqq di Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.”

Adalah diriwayatkan bahawa Hadhrat Syeikh Abu


‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih
pernah berkata,
“Barangsiapa yang rapat perhubungannya dengan
sesiapa selain Allah adalah lemah dalam hal Keruhaniannya,
dan barangsiapa yang yang berkata tentang seseorang selain
Allah adalah palsu dalam pengucapan kata-katanya.”

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah


‘alaih telah mengulas perkataannya ini dengan berkata
bahawa ianya adalah kerana rapatnya perhubungan dengan
seseorang yang selain Allah adalah terbit dari tidak
mengetahui tentang Allah dengan secukupnya, dan dengan
merapatkan perhubungan dengan DiriNya akan
menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai rakan pada
tanggapan orang ramai dan seseorang yang tidak
mempunyai rakan tidak akan bercakap tentang orang lain.

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah


‘alaih juga telah meriwayatkan di dalam kitab Kashful
Mahjub bahawa seorang tua telah menceritakan kepada
beliau bahawa pada suatu hari dia telah pergi ke tempat
Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq
Rahmatullah ‘alaih sering mengadakan majlis pertemuannya,
dengan niat untuk bertanyakan tentang hal keadaan orang-
orang Mutawakkilun yakni orang-orang yang bertawakkal
dengan Allah Ta’ala.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
574
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-
Daqqaq Rahmatullah ‘alaih sedang memakai serban elok
yang yang dibuat di Tabaristan yang mana sangat diinginkan
oleh orang tua tersebut.

Orang tua itu lantas berkata kepada Hadhrat Syeikh


Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah
‘alaih,
“Apakah ertinya bertawakkal dengan Allah?”

Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali Hassan Bin Muhammad Al-


Daqqaq Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Mengelakkan diri dari mengingini serban orang
lain.”

Setelah mengungkapkan kata-kata ini, beliau pun


mencampakkan serbannya ke hadapan orang yang bertanya
itu.

PERKATAAN HIKMAHNYA DAN HIKMAHs


PERKATAANNYA

1. Jika seseorang Wali Allah itu mendapat arahan dari


Tuhan supaya membuat syarahan di sesuatu tempat,
maka dia tidak boleh meninggalkan Maqam itu
ataupun menukar tugasnya.

2. Murid yang tidak sentiasa tinggal berkhidmat


bersama gurunya tidak akan mendapat faedah apa-
apa. Dia ibarat pokok di hutan yang tidak berbuah.
Jika pun berbuah, buahnya itu tidak berapa baik
kerana kurang sempurna penjagaannya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
575
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

3. Jika kamu kaitkan hatimu kepada apa-apa dalam


alam, kamu tidak akan merasai ketenteraman jiwa.
Oleh itu buangkan segala kehendak terhadap alam
jika kamu mahu aman dan tenteram.

4. Tidak ada orang yang dapat mengenal Allah tanpa


berguru.

5. Orang yang menjual Akhirat kerana Dunia akan


terlaknat.

6. Dalam Tariqat, janganlah kamu tamak.

7. Walaupun seseorang itu mencapai semua ‘Ilmu dan


membuat semua ‘Ibadat, bersikap Zuhud danduduk
di majlis Auliya Allah, namun jika dia tidak
diijazahkan oleh guru dan tidak menurut panduan
gurunya itu, maka orang itu tidak akan maju dalam
Tariqatnya.

8. Ya Allah, jadikanlah aku ini merendahkan diri seperti


semut dan layanlah aku seperti rumput yang kering
dan ampunkanlah dosaku. Janganlah hinakan aku
pada akhirnya kerana aku telah bercakap besar dan
memuji diri semasa bersyarah di pentas di hadapan
orang ramai. Jika saya hinakan pakaian Sufi, hantarlah
aku ke Neraka agar di sana aku tersiksa kerana
berpisah dengan Engkau.

9. Oh Tuhan, kerana membuat banyak dosa, aku telah


menghitamkan suratan Taqdir, dan Engkau dengan
RahmatMu telah memutihkan rambutku yang hitam
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
576
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
apabila usiaku bertambah lama. Janganlah pandang
perbuatan saya yang hitam itu tetapi lihatlah Rahmat
Engkau yang memutihkan aku.

10. Oh Tuhan, orang yang mengetahui Engkau sentiasa


mencari Engkau, walaupun Engkau itu tidak akan
dijumpai.

11. Oh Tuhan, walaupun Engkau kurniakan padaku


Syurga namun aku berasa malu dan sakit rasanya hati
ini kerana tidak mengabdikan diriku sebagaimana
sepatutnya terhadap Engkau.

Di akhir-akhir hayatnya, Hadhrat Syeikh Abu ‘Ali


Hassan Bin Muhammad Al-Daqqaq Rahmatullah ‘alaih telah
amat maju dalam Keruhaniannya hingga sedikit sahaja orang
yang dapat memahami beliau. Oleh itu sedikit sahaja orang
yang datang berguru kepada beliau.

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT ABU ‘ABDULLAH MUHAMMAD


BIN ‘ALI AL-DASTANI
HADHRAT Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Dastani
Rahmatullah ‘alaih tinggal menetap di Bistam dan
merupakan seorang yang ‘Alim dalam berbagai bidang
‘Ilmu-ilmu Islam dan juga merupakan seorang pengarang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
577
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kitab-kitab Tasawwuf. Beliau sering memberikan syarahan
yang terkandung berbagai Hikmah.

Beliau mempunyai seorang Khalifah yang bernama


Hadhrat Syeikh Sahlagi Rahmatullah ‘alaih dan beliau
merupakan seorang Imam dalam bidang Tasawwuf. Hadhrat
Syeikh Sahlagi Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan
banyak kata-kata pengucapan Ruhaniah Hadhrat Abu
‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Dastani Rahmatullah
‘alaih yang amat memberansangkan lagi diminati.

Antara kata-kata Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad


Bin ‘Ali Al-Dastani Rahmatullah ‘alaih adalah seperti
berikut,
“Tauhid yang datang dari sisiNya adalah Maujud,
tetapi kamu dalam Tauhid adalah Mafqud.”

Yakni, pencapaian Tauhid itu jika datangnya dari


pihak Allah Ta’ala adalah betul dan jauh dari kesalahan,
akan tetapi jika ianya dari pihak kamu pencapaian Tauhid
akan mengalami berbagai kesilapan kerana kamu tidak
memenuhi segala tuntutanNya. Tingkat yang paling rendah
dalam pencapaian Tauhid alah menafikan penguasaan diri
kamu atas segala benda yang ada pada kamu dan
mengitsbatkan pengabdian secara Mutlak terhadap Allah
dalam segala urusan dan tindak tanduk kehidupanmu.

Hadhrat Syeikh Sahlagi Rahmatullah ‘alaih telah


meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, sekumpulan
kumbang telah datang ke Bistam dalam keadaan yang mana
setiap pokok dan padang menjadi gelap kerananya. Orang
ramai mulai berteriak meminta pertolongan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


578
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-
Dastani Rahmatullah ‘alaih bertanya kepada Hadhrat Syeikh
Sahlagi Rahmatullah ‘alaih apakah yang sedang berlaku?
Hadhrat Syeikh Sahlagi Rahmatullah ‘alaih pun
memberitahunya bahawa sekumpulan kumbang telah
datang dan orang ramai menjadi tertekan dengan keadaan
tersebut.

Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-


Dastani Rahmatullah ‘alaih lalu bingkas bangun dan terus
menuju ke bumbung rumah dan mendongak ke arah langit.
Kumbang-kumbang tersebut pun segera terbang pergi.
Menjelang waktu Solat Zuhur, tidak seekor pun yang tinggal
dan tidak seorang pun yang mengalami kerugian walaupun
sepotong rumput.

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

HADHRAT ABUL QASIM BIN ‘ALI BIN


‘ABDULLAH AL-GURGANI
DALAM zamannya Hadhrat Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin
‘Abdullah Al-Gurgani Rahmatullah ‘alaih merupakan
seorang yang unik dan tiada tandingan. Permulaannya
begitu kuat dan cemerlang dan perjalanannya dilaksanakan
dengan berhati-hati menurut Syari’at.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


579
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada zamannya, sekelian orang yang hendak
berbai’ah datang mengadapnya dan sekelian para penuntut
memiliki keyakinan yang teguh terhadapnya. Beliau
mempunyai kebolehan mengungkapkan pengalaman
dalaman seseorang Murid yang amat mengkagumkan dan
beliau adalah seorang yang amat berilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang ilmu.

Kesemua khalifah-khalifahnya adalah seumpama


permata di dalam masyarakat yang mana mereka berada.
Beliau mempunyai seorang khalifah agung yang amat
dikenali oleh sekelian Para Sufi yang bernama Hadhrat Abu
‘Ali Al-Fadhl Bin Muhammad Al-Faramadi Rahmatullah
‘alaih yang tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya
terhadap Gurunya dan telah memalingkan dirinya dari
segala perkara keduniaan dan dengan Rahmat dari sikapnya
itu Allah telah menjadikan dirinya sebagai lidah Keruhanian
bagi Para Masyaikh.

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah


‘alaih telah meriwayatkan bahawa pada suatu hari, beliau
sedang duduk bersuhbah dalam kehadiran Gurunya
Hadhrat Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin ‘Abdullah Al-
Gurgani Rahmatullah ‘alaih.

Sebagai seorang Murid, Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-


Hujwiri Rahmatullah ‘alaih telah mengkhabarkan tentang
pengalaman dan Musyahadah yang dialaminya. Hadhrat
Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin ‘Abdullah Al-Gurgani
Rahmatullah ‘alaih mendengar dengan penuh teliti akan apa
yang diperkatakan oleh Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri
Rahmatullah ‘alaih. Beliau menceritakan segala
pengalamannya itu dengan penuh semangat mudanya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
580
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Tiba-tiba datang dalam fikirannya bahawa mungkin
apa yang sedang diceritakannya itu tidak disenangi oleh
Hadhrat Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin ‘Abdullah Al-
Gurgani Rahmatullah ‘alaih kerana dia melihat gurunya itu
sedang mendengar perkataannya dengan begitu Tawadhu’
dan rendah diri sehingga langsung tidak mempersoalkan
tentang hal Keruhaniannya.

Hadhrat Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin ‘Abdullah


Al-Gurgani Rahmatullah ‘alaih mengetahui apa yang sedang
difikirkannya lalu berkata,
“Wahai sahabatku, kau perlu tahu bahawa Tawadhu’
rendah diriku bukanlah kerana kamu atau pengalaman
Keruhanianmu, akan tetapi ianya ditunjukkan terhadap Dia
yang mendatangkan segala pengalaman untuk dilalui.
Semua pengalaman itu bukanlah sesuatu yang ganjil bagi
dirimu tetapi ianya adalah perkara yang biasa bagi semua
orang yang mencari Allah.”

Mendengarkan perkataan Gurunya, Hadhrat ‘Ali Bin


‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih begitu terkejut
kerana Gurunya itu dapat mengetahui segala keraguan yang
sedang timbul di dalam dirinya.

Hadhrat Syeikh Abul Qasim Bin ‘Ali Bin ‘Abdullah


Al-Gurgani Rahmatullah ‘alaih lalu berkata,
“Wahai anakku, seseorang itu tidak ada sangkut paut
dengan jalan Tariqat melainkan bahawa, apabila dia
mendampinginya dia membayangkan bahawa dia telah
menemuinya dan apabila dia menjauhinya, dia memakaikan
segala bayangannya itu dengan kata-kata. Maka, kedua-dua
penafiannya dan penetapannya serta kedua-dua
ketidakwujudannya dan kewujudannya adalah bayangan.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
581
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Seseorang itu tidak dapat lari dari penjara bayangan. Ini
mendidiknya untuk menjadi seperti seorang hamba yang
berdiri di pintu dan menjauhkan dirinya dari sebarang nisbat
perhubungan kecuali sebagai insan dan ketaatan.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat


dan Keberkatan yang sempurna dan mudah-mudahan Allah
Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan Faidhz mereka
yang sempurna, Amin.

SULTANUL AULIYA WAL ‘ARIFIN


HADHRAT KHWAJAH ABU YAZID AL-
BISTAMI
HADHRAT Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih adalah seorang Syeikh yang teragung dalam bidang
Tasawwuf dan Keruhanian, khususnya dalam perjalanan
Tariqat menuju Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Beliau
telah menerima Nisbat ‘Ilmu Batin dari Hadhrat Imam
Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan salah
seorang Imam yang teragung dari kalangan Ahli Bait
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Nama beliau ialah Taifur Bin ‘Isa Bin Adam Bin


Sarushan. Abu Yazid adalah nama Kuniyatnya. Beliau amat
dikenali menerusi nama Kuniyatnya dan sering dipanggil
dengan nama Bayazid. Datuk beliau pada asalnya adalah
seorang Majusi yang menyembah api, kemudian telah
bernasib baik diberikan Hidayah dan Nikmat oleh Allah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
582
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Subhanahu Wa Ta’ala untuk memeluk Agama Islam. Bapa
beliau adalah seorang yang amat dikenali dan dihormati di
Bistam.

Beliau hidup sezaman dengan Hadhrat Ahmad


Khadhrawiyah Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Abu Hafs
Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Yahya Bin Mu’az
Rahmatullah ‘alaih dan beliau juga pernah bertemu dengan
Hadhrat Syafiq Balkhi Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan
Ketua bagi Para Wali dan seorang Sultan bagi Para ‘Arifin.
Beliau juga merupakan salah seorang periwayat dan
pemegang Sanad Hadits yang tinggi serta merupakan
pengarang bagi banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan
‘Ilmu Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih merupakan salah seorang dari
sepuluh Imam yang begitu disanjung tinggi oleh para
pencinta ‘Ilmu Tasawwuf. Tiada seorang pun sebelum beliau
yang begitu memberikan penekanan yang tinggi dalam
bidang ‘Ilmu Tasawwuf ini. Pada diri beliau terdapat begitu
banyak Keramat dan Maqamat yang terhasil menerusi
amalan dan latihan Riyadhah dan Mujahadah. Dalam setiap
masa dan keadaan beliau begitu mencitai ‘Ilmu Tauhid dan
begitu memberikan penumpuan terhadap bidang ‘Ilmu
tersebut.

Beliau begitu mendahului dalam hal-hal Keruhanian


dan Muraqabah sehinggakan Hadhrat Sayyid At-Taifah
Junaid Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


583
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Hadhrat Abu Yazid di kalangan kami menduduki
suatu maqam yang tinggi sepertimana kedudukan Hadhrat
Jibril ‘Alaihissalam di kalangan Para Malaikat.”

Hadhrat Sayyid At-Taifah Junaid Al-Baghdadi


Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata,
“Dalam medan Tauhid ini, penghujung bagi mereka
yang menjalaninya adalah permulaan bagi orang Khurasan
ini,” sambil merujuk kepada Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu
Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih.

Semenjak awal perjalanannya dalam bidang


Tasawwuf, beliau begitu rajin beribadah dan melakukan
latihan-latihan Mujahadah dan Riyadhah Keruhanian.
Diriwayatkan bahawa beliau telah berkata,
“Selama tiga puluh tahun aku begitu giat menjalankan
kegiatan Mujahadah dan aku telah dapati bahawa tiada yang
lebih sukar dari mempelajari tentang Kesucian Agama dan
menuruti segala pengajarannya, namun jika tidak
disebabkan terdapatnya perbezaan pendapat dalam Agama
yang suci ini aku telah hampir gagal dalam usahaku.
Perbezaan pendapat dalam Kesucian Agama ini adalah
Rahmat kecuali jika tidak terkeluar dari pengertian Tauhid.”

PENCARIAN KEBENARANNYA DAN


KEBENARAN PENCARIANNYA

ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan rasa cinta


terhadap DiriNya dan pencarian Ma’rifat ZatNya di dalam
hati Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih
semenjak beliau kecil lagi. Pada suatu hari ketika beliau

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


584
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
berada di samping gurunya sedang mempelajari Al-Quran,
ketika sampai pada Surah Luqman yang AyatNya berbunyi,
“Inishkur Li Wali Walidaika,” bermaksud,
“Bersyukurlah kerana Aku dan kerana kedua ibubapamu.”

Ayat ini telah memberikan kesan pada hatinya, lalu


beliau meminta izin dari gurunya untuk pulang ke rumah
dan bertemu ibunya seraya berkata,
“Saya telah sampai pada satu pengertian Ayat yang
mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Bersyukurlah
kerana Aku dan kerana kedua ibubapamu.” Saya tidak dapat
menunaikan hak berkhidmat untuk dua rumah. Oleh kerana
Firman Ilahi ini saya begitu sedih, sama ada Ibu memohon
dari Allah supaya saya tetap terus bersama Ibu ataupun
menyerahkan diri saya untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala
sahaja.”

Ibunya berkata,
“Pergilah. Aku telah lepaskan engkau untuk Jalan
Tuhan dan aku memaafkan kamu bagi segala hak-hakku.”

Setelah mendapat keizinan dari ibunya, Hadhrat Abu


Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah keluar dari negeri
Bistam dan pergi menyibukkan dirinya dengan beribadat di
sebuah hutan dalam negeri Syam selama tiga puluh tahun.
Di sana juga beliau giat menjalankan latihan Mujahadah dan
Riyadhah Keruhanian. Beliau selalu berada dalam keadaan
lapar dan ketika beliau bersolat, disebabkan dirinya yang
begitu Khauf terhadap Tuhan serta mengagungkan Syari’at,
dada beliau telah mengeluarkan bunyi yang seolah
menggelegak.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


585
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-
Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Pada suatu ketika, orang ramai memberitahu bahawa
pada tempat yang sekian terdapat seorang Darwish yang
Kamil. Daku telah pergi untuk melihatnya. Apabila aku
sampai padanya aku melihat bahawa beliau meludah pada
arah Qiblat.

Pada waktu itu juga aku terus kembali dan aku


berkata dalam hatiku, jikalau dalam Tariqat Darwish ini
terdapat sebarang martabat tentulah dia tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Syari’at. Jauh
rumahku dari Masjid adalah dalam jarak empat puluh
langkah. Demi penghormatanku terhadap Masjid, aku tidak
pernah sekalipun meludah dalam perjalananku.”

Beliau telah pergi bersafar ke Mekkah untuk


menunaikan ‘Ibadat Haji. Dalam perjalanannya, setelah
beliau melangkah beberapa langkah lalu beliau pun bersolat
Nafil dua raka’at. Beliau melakukan perkara ini dalam
perjalanannya ke Mekkah yang mengambil masa selama dua
belas tahun. Setelah tiba di Mekkah beliau berkata,
“Rumah Tuhan bukanlah pintu gerbang Para Raja.”

Pada suatu ketika beliau telah pergi menghadiri


musim Haji di Mekkah. Setelah selesai mengerjakan Haji
beliau terus saja pulang menuju ke rumahnya tanpa
melakukan Ziarah di Madinah Munawwarah. Kemudian,
pada tahun yang berikutnya beliau telah pergi melakukan
Ziarah Raudhah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah Munawwarah.
Beliau berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


586
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Menjadikan safar Madinah Munawwarah menuruti
safar Mekkah Mukarramah adalah bertentangan dengan
adab.”

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Aku telah pergi ke Mekkah dan aku melihat sebuah
Rumah yang berdiri berasingan. Aku berkata pada diriku,
“Hajiku ini tidak diterima kerana aku telah melihat banyak
batu yang seumpama ini.” Aku telah pergi sekali lagi dan
aku melihat sebuah Rumah yang juga Rumah Tuhan. Aku
berkata, “Ini bukanlah hakikat Tauhid yang sebenarnya.”
Aku telah pergi kali ketiga dan aku melihat hanya Tuhan
Rumah tersebut. Suatu suara datang membisik di hatiku,
“Wahai Bayazid, jika engkau tidak melihat DiriNya, engkau
tidak akan menjadi seorang Mushrik meskipun engkau dapat
melihat seluruh Alam Maya, dan semenjak engkau melihat
DiriNya, engkau adalah Mushrik meskipun buta
penglihatanmu terhadap seluruh Alam Maya.” Kerana
disebabkan perkara itu aku pun bertaubat dengan sebanyak-
banyaknya.”

Tatkala Hadhrat Abu Yazid pergi ke Madinah, ramai


orang yang sama hendak pergi bersama beliau. Beliau
berdoa kepada Allah supaya beliau ditinggalkan
berseorangan dan orang lain itu jangan pergi bersama beliau.
Doanya telah dimakbulkan Allah.

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Apa yang aku inginkan ialah pada Hari Qiyamat
nanti, aku dapat berada dalam khemahku di tepi tebing
Neraka supaya apabila aku melihatnya api Neraka akan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
587
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menjadi sejuk dan aku menjadi sebab untuk kerehatan
makhluk Tuhan.”

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih juga pernah berkata,
“Aku telah melihat Allah dalam mimpiku. Aku pun
bertanya, “Wahai Allah, apakah jalan untuk datang
kepadaMu?” Dia berfirman, “Tinggalkan Nafsmu dan
datang kepadaKu.”

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih menerima Nisbat Batin dan
berguru dari Ruh Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq
Radhiyallahu ‘Anhu yang wafat pada tahun 148 Hijrah
manakala Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami telah dilahirkan
pada tahun 188 Hijrah dan wafat pada tahun 261 Hijrah pada
usianya 73 tahun.

Beliau memperolehi Nisbat tersebut secara Zahir


menerusi Hadhrat Ma’aruf Al-Karkhi Rahmatullah ‘alaih
yang memperolehinya menerusi Hadhrat Imam ‘Ali Ridha
Radhiyallahu ‘Anhu yang memperolehinya menerusi
Hadhrat Imam Musa Al-Kazim Radhiyallahu ‘Anhu yang
memperolehinya dari Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq
Radhiyallahu ‘Anhu.

Pada suatu ketika sedang beliau bermuraqabah di


Kubur Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu,
Ruh Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq menyuruh beliau
membawa sebuah buku yang terletak di almari dalam
biliknya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


588
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih
betanya di manakah letaknya almari itu? Gurunya berkata,
“Kamu telah bertahun-tahun lamanya bersama aku
tetapi kamu tidak tahu tempat almari itu.”

Hadhrat Abu Yazid Taifur Al-Bistami Rahmatullah


‘alaih menjawab,
“Selama ini aku tidak pernah memandang ke atas atau
ke bawah dalam bilik itu.”

Gurunya berkata,
“Kamu telah cukup maju dan kembalilah ke Bistam, di
sana kamu akan menjadi maju dan masyhur lagi dalam
bidang Keruhanian ini.”

KESEMPURNAAN SIFATNYA DAN SIFAT


KESEMPURNAANNYA
TELAH menjadi kebiasaan kepada Hadhrat Abu Yazid Al-
Bistami Rahmatullah ‘alaih iaitu apabila dia hendak masuk
ke Masjid, dia akan berhenti di pintu Masjid itu beberapa
ketika dan menangis.

Apabila orang bertanya kenapa beliau berlaku


demikian? Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih menjawab bahawa ketika itu dia menganggap dirinya
lebih kotor daripada perempuan yang sedang haidh dan
khuatir Masjid itu akan kotor apabila beliau masuk ke dalam.

Pada suatu hari sedang beliau berjalan di lorong yang


penuh dengan orang ramai, beliau dalam keadaan Fananya
telah berteriak,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
589
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Aku Allah, kenapa kamu semua tidak menyembah
aku?”

Orang menganggap beliau sebagai gila. Pengikut-


pengikutnya terus meninggalkan beliau. Selepas itu beliau
ternampak sebuah tengkorak yang padanya tertulis
perkataan ini,
“Aku tidak mempunyai telinga untuk mendengar
perkataanNya, tidak ada mata untuk melihat cahaya
keindahanNya dan tidak ada lidah untuk memujiNya.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


bertempik lalu jatuh pengsan. Apabila sedar, beliau terus
mencium tengkorak itu dan berkata bahawa tengkorak itu
ialah tengkorak orang Sufi yang telah Fana seluruhnya
dalam mengingati Allah.

Hadhrat ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah


berkata,
“Aku telah tinggal bersama Hadhrat Abu Yazid
selama tiga puluh tahun dan tidak pernah mendengar dia
bercakap. Dia duduk dengan kepalanya antara dua lututnya.
Kadangkala dia mengangkat kepalanya, mengeluh dan
kembali berbuat seperti semula lagi.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


telah berkata,
“Selama tiga puluh tahun aku mencari Tuhan, tatapi
apabila aku fikir dan pandang dengan teliti, aku dapati pada
hakikatnya Allah yang mencari dan aku yang dicari.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


juga telah berkata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
590
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Selama tiga puluh tahun lamanya aku mengamalkan
membasuh mulut tiga kali sebelum aku duduk menyebut
nama Allah.”

Orang telah bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih,
“Apakah pendapat kamu yang menjadi penghalang
besar dalam menuju Allah?

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Tanpa kehendakNya, sangat susah untuk
menhghadapkan hati kepadaNya dan jika dengan
kehendakNya, senang sahaja berjalan menuju Dia itu.”

Pernah suatu ketika Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami


Rahmatullah ‘alaih hendak pergi ke Mekkah. Dalam
perjalanan beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki dari
Zanj. Orang itu berkata kepadanya,
“Tuan telah tinggalkan Allah di Bistam dan sekarang
hendak pergi ke Mekkah.”

Mendengarkan perkataan orang itu, Hadhrat Abu


Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pun kembali ke Bistam
di tempat tinggalnya. Dalam ketika yang lain pula, sedang
beliau dalam perjalanannya menuju ke Mekkah, beliau telah
bertemu dengan seorang yang miskin.

Orang itu bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid Al-


Bistami Rahmatullah ‘alaih,
“Berapakah wang yang ada padamu?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


591
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih
menjawab,
“Dua ratus dinar.”

Orang itu meminta wang itu kerana katanya anaknya


sedang kelaparan dan menyuruh Hadhrat Abu Yazid Al-
Bistami Rahmatullah ‘alaih berjalan mengelilinginya
sebanyak tujuh kali dan jika berbuat demikian, Hadhrat Abu
Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih akan mendapat banyak
manafaat. Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih
mematuhi kehendak orang itu. Selepas beliau melakukan
perkara itu, beliau semakin bertambah maju dan bersinar
dalam pengalaman Keruhaniannya. Perkataan yang
diucapkan oleh beliau menjadi semakin tinggi maksudnya
sehingga sukar untuk difahami oleh orang lain. Ramai yang
menuduh dia sesat dan telah dihalau dari Bistam.

Pada ketika itu beliau berkata,


“Itulah tempat yang paling baik dan penduduknya
yang paling jahat ialah Abu Yazid.”

Dalam penyembahannya terhadap Allah, Hadhrat


Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menutup semua
lubang dan liang pada dinding biliknya agar suara di luar
tidak kedengaran, maka dengan itu tidak ada yang
mengganggu fikirannya untuk menerima ilham-ilham dari
Allah Ta’ala.

Telah diriwayatkan bahawa pada suatu ketika


Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih sedang
memagang sebiji buah epal, lalu beliau berkata,
“Alangkah baiknya!”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


592
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Lalu beliau terdengar suara Ketuhanan berkata,
“Tidakkah engkau malu memuji buah epal itu
padahal segala pujian itu adalah untuk Aku sahaja?”

Beliau terus merasa bersalah dan sebagai hukuman


bagi dirinya, beliau tidak mengalami keseronokan dalam
ibadah Solatnya selama empat puluh hari. Setelah itu, beliau
membuat keputusan tidak mahu makan buah-buahan di
Bistam.

Adalah diriwayatkan juga bahawa Hadhrat Abu


Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah menjalankan
Riadhah latihan Keruhanian Kesufian di sebuah Masjid yang
sama selama empat puluh tahun penuh.

Seorang pernah bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid


Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih,
“Apakah pada pendapat kamu yang menjadi
penghalang besar dalam menuju Allah?”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Tanpa kehendakNya adalah sangat susah untuk
menghadapkan hati kepadaNya, dan jika dengan
kehendakNya senang sahaja berjalan menuju Dia itu.”

KERAMAT KEMULIAANNYA DAN


KEMULIAAN KERAMATNYA
HADHRAT Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih selalu
menasihatkan murid-muridnya supaya menziarahi Hadhrat
Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih kerana beliau itu jauh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
593
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
lebih tinggi darjatnya dan dengan selintas pandangannya
pun telah cukup memberi manafaat kepada orang yang
menziarahnya.

Seorang dari murid Hadhrat Abu Turab Al-Bakhsyi


Rahmatullah ‘alaih enggan melawat Hadhrat Syeikh Abu
Yazid Rahmatullah ‘alaih kerana katanya,
“Saya melihat Tuhan Abu Yazid itu tiap-tiap hari. Apa
manafaat yang dapat dia beri kepada saya?”

Hadhrat Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih


pun berkata,
“Hingga kini kamu hanya melihat Tuhan menurut
pandanganmu sahaja, denganmenerusi Abu Yazid kamu
akan melihat Tuhan sebagaimana Dia sepatutnya dilihat.
Pandangan itu ada berperingkat-peringkat. Adakah kamu
tahu bahawa di Akhirat kelak Allah Ta’ala akan
menunjukkan lebih sinarnya kepad Nabi dan kurang sedikit
kepada yang lain?”

Maka barulah murid itu mahu bersama gurunya pergi


menziarahi Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih.
Apabila sampai ke rumah Hadhrat Syeikh Abu Yazid
Rahmatullah ‘alaih, mereka dapati beliau telah pergi
mengambil air. Mereka pun pergi ke tempat Hadhrat Syeikh
Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih mengambil air. Apabila
sampai sahaja, murid itu pun melihat Hadhrat Syeikh Abu
Yazid Rahmatullah ‘alaih. Tak semena-mena dia pun
bertempik, jatuh pengsan lalu mati.

Hadhrat Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih


bertanya kepada Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah
‘alaih,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
594
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Kenapa ini Abu Yazid? Dengan sekilas pandangan
sahaja tuan telah membunuh muridku?”

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Muridmu ini sangat tinggi dan maju darjatnya,
hanya satu tingkat sahaja lagi untuknya sampai ke sinaran
yang terakhir itu. Setelah dia memandang aku, dia pun
sampai ke tingkat yang tinggi itu lalu dia pun menyaksikan
tingkatan yang terakhir itu. Tetapi oleh kerana badannya
tidak sanggup menahan keadaan tingkatan yang tinggi itu,
maka dia pun mati. Ingatkah kamu akan kisah Zulaikha dan
dayang-dayangnya, apabila mereka melihat kecantikan
Hadhrat Nabi Yusuf ‘Alaihissalam, mereka terpesona dan
dengan tidak sedar mereka telah terpotong jari-jari mereka
dengan pisau yang ada di tangan mereka itu. Kerana sangat
terpesona dengan kecantikan Hadhrat Nabi Yusuf
‘Alaihissalam, mereka tidak sedar terhadap badan mereka
lagi.”

Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah


‘alaih pernah menulis kepada Hadhrat Syeikh Abu Yazid
Rahmatullah ‘alaih dan bertanya soalan berikut,
“Apakah pendapat tuan tentang seorang yang telah
meminum dari piala yang kekal dan sangat mabuk hingga
kesannya sampai ke tempat yang kekal?”

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Ada seorang yang meminum tiap-tiap hari air dari
dua dunia (Dunia dan Akhirat) tetapi masih juga hendak
minum lagi.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


595
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah
‘alaih mengirim pula satu lagi perutusan yang berbunyi
seperti berikut,
“Saya ingin hendak menyampaikan sesuatu kepada
tuan dan akan saya sampaikan bila kita berdua duduk di
Syurga kelak, dan saya juga akan mengirim kepada tuan
sepotong kuih yang dihiasi dengan air Syurga untuk tuan
memakannya.”

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih


menjawab,
“Di mana sahaja Allah itu dikenang, maka di situ
adalah Syurga dan semua percakapan di situ adalah lebih
bernilai daripada rahsia yang paling besar yang diceritakan
di bawah pohon di Syurga. Berkenaan kuih itu, aku tidak
mahu memakannya kerana aku tidak tahu sama ada tepung
yang dengannya kiuh itu dibuat benar-benar didapati secara
halal. Aku syak wasangka terhadap kebersihannya.”

Setelah menerima jawapan itu, Hadhrat Yahya Bin


Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah ‘alaih pergi ke tempat
Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih tetapi beliau
tidak ada di rumah. Ditunggunya sehingga malam tetapi
beliau belum juga pulang.

Keesokannya Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi


Rahmatullah ‘alaih mendapati Hadhrat Syeikh Abu Yazid
Rahmatullah ‘alaih berada di tanah perkuburan, sedang
tegak berdiri Solat. Beliau berdiri tegak sepanjang malam.

Setelah selesai Solat, beliau terdengar Hadhrat Syeikh


Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih berdoa,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


596
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Aku berlindung kepadaMu Ya Allah, dan aku ingin
tahu rahsia di sebalik peringkat tinggi yang aku alami malam
tadi.”

Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah


‘alaih lalu mengucapkan Salam kepada Hadhrat Syeikh Abu
Yazid Rahmatullah ‘alaih dan bertanya apakah pengalaman
beliau malam itu? Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah
‘alaih menjawab,
“Tuhan hendak memberi dua puluh kurniaan
kepadaku tetapi aku enggan menerimanya kerana semuanya
itu menjadi hijab antara Dia dan aku.”

Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Kenapa tuan tidak minta Ma’rifat?”

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih


bertempik dan berkata,
“Jangan, aku berasa malu meminta itu kerana aku
tidak mahu kenal Dia. Dia yang sebenarnya mengenal
DiriNya. Aku tidak mahu campur tangan dalam
KeesaanNya. Aku harap jangan ada orang yang hina
sepertiku ini hendak campur tangan dalam majlis Tuhan
Yang Esa itu. Adalah menjadi harapan Tuhan bahawa jangan
ada yang lain kecuali Dia jua yang patut mengenal DiriNya.”

Hadhrat Yahya Bin Ma’adhz Ar-Razi Rahmatullah


‘alaih meminta Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah
‘alaih membahagikan sedikit pengalaman Keruhaniannya.

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih


berkata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
597
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Ingatlah, jika sekiranya kebajikan yang dilimpahi
Allah kepada Adam, kesucian Malaikat Jibrail ‘Alaihissalam,
kemuliaan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, rindu dendam Nabi
Musa ‘Alaihissalam dan cinta Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dikurniakan kepadamu, maka janganlah
kamu suka kerana semuanya itu adalah hijab. Carilah Dia
dari Dia sahaja, maka yang lain itu semuanya kamu akan
dapat.”

PENCAPAIAN ‘URUJNYA DAN ‘URUJ


PENCAPAIANNYA
HADHRAT Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih telah
menceritakan sendiri pengalamannya tentang apa yang
dicapainya dalam bidang Keruhanian seperti berikut:

“Apabila Allah melepaskan dan memisahkan aku dari


semua makhluk dan Dia mengurniakan aku dengan
sinaranNya dan aku telah diberitahu tentang rahsia-
rahsiaNya, maka terlihatlah olehku akan Allah itu dengan
mata hatiku. Apabila aku bandingkan Nur Allah dengan
diriku, maka terasa hina dan tidak bernilainya aku. Di
hadapan KesucianNya, aku adalah tidak suci. Aku dapati
bahawa hanya dengan adanya kekurniaan Allah untuk
memberi daya upaya kepada kita untuk melakukan latihan
Keruhanian itu sahaja, maka kita dapat melakukannya. Oleh
itu, pelaku pada hakikatnya ialah Allah Ta’ala jua.

Apabila Allah memfanakan aku dan membawa aku


Baqa denganNya dan membuka hijab yang mendinding aku
dengan Dia, maka aku pun dapat memandangNya dan
ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
598
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hendak berkata apa-apa. Hijab keegoan diri tersingkap dan
aku berada pada keadaan itu beberapa lama tanpa
pertolongan sebarang pancaindera. Kemudian Allah
kurniakan aku mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan
aku dapati segala-galanya adalah di dalam Dia jua.

Aku memohon supaya berada dalam Dia. Aku pun


diperintahkan supaya keluar dari bidang Syari’at. Dalam Dia
itu, aku meminta kepadaNya dan bermohon kepadaNya
agar Dia berada di sampingku dan jauh dari manusia dan
hal-hal keduniaan dan apa sahaja selain Dia. Allah pun
mengurniakan kepadaku RahmatNya dan masuklah aku ke
dalam bidang Tauhid dan di situ aku diberitahu bahawa
semenjak peristiwa itu kehendakku adalah kehendak Dia jua.

Aku pun masuk ke dalam suatu kehidupan yang tidak


ada mati-mati lagi dan wujud aku adalah kekal. Kemudian,
suara Ketuhanan memberitahuku bahawa makhluk ingin
hendak melihatku. Aku menjawab,
“Aku hendak melihat Engkau sahaja, tidak mahu
melihat yang lain. Tetapi sekiranya sudah kehendakMu
supaya makhluk melihatku, maka aku patuh kepada
perintahMu. Aku berdoa agar Engkau kurniakan kepadaku
Wahdaniyat KeesaanMu, agar apabila makhluk melihatku,
mereka akan menumpukan pandangan mereka kepada
kejadianMu dan kepadaMu dan aku menjadi pengantara
antara Engkau dengan kejadian makhluk Engkau”.

Allah memperkenankan doaku. Semenjak itu, dalam


keadaan itu, makhluk nampak oleh aku. Aku keluar
selangkah dari bendul Ketuhanan itu tetapi aku berasa lemah
lalu jatuh.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


599
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Terdengar suara Ketuhanan berkata,
“Bawa kembali kekasihKu kepada Aku, kerana dia
tidak dapat hidup tanpa Aku dan tidak dapat bergerak
selangkah pun tanpa Aku.”

Hadhrat Syeikh Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah


‘alaih pun berdoa,
“Ya Allah, buangkanlah hijab antara aku dan Engkau,
agar Wujudku tidak berpisah dari WujudMu. Oh Tuhan,
kemiskinan dan puasa telah membawaku hampir kepadaMu.
Aku tahu Engkau sahaja melalui RahmatMu.”

UCAPAN HIKMAHNYA DAN HIKMAH


UCAPANNYA
HADHRAT Sultanul ‘Arifin Syeikh Abu Yazid Al-Bistami
Rahmatullah ‘alaih pernah berkata:

1. “Aku ini adalah hamba Allah, kenapa pula kehendakku


mendahului kehendakNya?”

2. “Aku bersyarah selama empat puluh tahun, tidak seorang


pun yang dapat maju melalui syarahanku itu kecuali jika
Allah menghendaki supaya orang itu maju dalam bidang
Keruhanian itu tanpa syarahanku.”

3. “Siapa yang dikasihi Allah, dia akan diberi penderitaan.”

4. “Bersama dengan orang-orang Salih itu adalah lebih baik


dari melakukan amalan Salih. Bersama dengan Syaitan itu
adalah lebih hina dari melakukan perbuatan yang keji.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
600
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

5. “Jangan bergantung dengan usahamu, tetapi


bergantunglah dengan Rahmat Allah.”

6. “Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini,


tidak lebih dari itu.”

7. “Kasih kepada Allah akan menyebabkan kamu lupakan


Dunia ini dan Akhirat.”

8. “Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.”

9. “Buangkanlah keseronokan dan tuntutlah usaha, inilah


Tasawwuf.”

10. “Kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak


akan aku tukarkan dengan kerajaan Dunia.”

11. “Jangan uji Tuhan dengan sebuku dua roti.”

12. “Hendaklah engkau rasai dirimu tu sebagai kosong.”

13. “Aku memohon RahmatNya dari Pemberi Rahmat


dan bukan memohon Mukjizat Keramat.”

14. “Apa sahaja yang aku dapat adalah kerana


kekurniaan Allah dan bukan kerana usaha dan amalan
Keruhanianku.”

15. “Kalau aku pinta satu lepas satu permintaan dari


Allah, Dia menjauhkan diriNya dariku, tetapi bila aku
inginkan pandanganNya, aku pun lupa segala
permintaanku dan berkata, “Ya Allah, jadilah kepunyaan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
601
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Abu Yazid dan lakukanlah apa yang Engkau suka
kepadanya.”

16. “Orang yang tidak merasa lazat dalam menyembah


Allah akan menghabiskan masanya dalam hal-hal
Keduniaan, tetapi orang yang lazat dalam mengenang
Allah menasihatkan mereka yang ingin menuju Allah
supaya menghindarkan makhluk. Bersama dengan orang
ramai itu adalah membuat seseorang lupakan Allah.”

IMAMUL ASFIYA QUTUBUL AQTAB


GHAUTS SAMADANI
HADHRAT KHWAJAH ABUL HASSAN
‘ALI AL-KHARQANI
HADHRAT Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih menerima nisbat Batin dari Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih. Beliau menerima Tarbiyah Suluk dari Ruhaniah
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Al-Bistami
Rahmatullah ‘alaih kerana kelahiran Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih adalah hampir
setengah abad sesudah kewafatan Hadhrat Sultanul ‘Arifin
Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Pada
setiap tahun sekali telah menjadi kebiasaan bagi Hadhrat
Sultanul ‘Arifin Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih untuk pergi menziarahi Kubur Para Auliya dan orang-
orang yang mati Syahid di Dahistan. Apabila beliau tiba di
Kharqan, beliau menarik nafas panjang seolah-olah
menghidu bau bunga yang wangi.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
602
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

Apabila Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah


‘alaih ditanya oleh murid-murid beliau apakah yang
dihidunya dan dari manakah datangnya bau wangi itu?
Beliau menjawab,
“Bahawa akan datang di bandar ini kelahiran seorang
hamba Allah yang mendapat keharuman dari Allah Ta’ala
bernama ‘Ali dan nama Kuniyatnya adalah Abul Hassan
yang peringkat Keruhaniannya akan lebih tinggi dariku tiga
kali ganda dan dia akan menghabiskan hayatnya dengan
keluarganya dan bertani. Dia akan lahir seratus tahun
sesudahku.”

Setelah beberapa tahun kemudian Hadhrat Khwajah


Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun lahir.
Setelah sampai usianya dua puluh tahun, maka tiap-tiap hari
dia pergi mengunjungi Maqam Hadhrat Sultanul ‘Arifin
Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih selepas
menunaikan Solat.

Di Maqam Kubur Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami


Rahmatullah ‘alaih itu dia berdoa,
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sebahagian
daripada Keruhanian yang Engkau beri kepada Abu Yazid.”

Setelah dua belas tahun beliau berbuat demikian,


maka pada suatu hari semasa pulang dari Maqam itu, beliau
terdengar satu suara dari Maqam itu berkata,
“Abul Hassan, semua Keruhanianku adalah
hadiahmu kepadaku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih menjawab,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
603
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Tuan, saya lahir tiga puluh sembilan tahun selepas
tuan, bagaimana saya menghadiahkan Keruhanian saya
kepada tuan?”

Suara itu berkata lagi,


“Daku telah terhalang dalam perjalanan
Keruhanianku, maka daku berdoa kepada Allah meminta
halangan itu dibuang. Daku terdengar suara Ketuhanan
berkata, “Berdoalah kepada Nur yang akan meliputi kamu
apabila kamu melawat Kharqan kali ini.” Bila daku sampai
di Kharqan, daku benar-benar bertemu dengan nur itu yang
meliputi dari bumi sampai ke langit. Daku berdoa
kepadaNya seperti disuruh oleh Allah, maka dari semenjak
itu terhapuslah halangan itu.”

Apabila Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-


Kharqani Rahmatullah ‘alaih pulang selepas peristiwa itu,
beliau terasa mendapat kurnia dalam dirinya. Beliau dapat
menghabiskan bacaan Al-Quran dalam dua puluh empat
jam, padahal beliau tidak tahu membaca sebelum peristiwa
itu.

Beliau merupakan seorang Syeikh yang teragung dan


menerima kedudukan yang terpuji di kalangan sekelian Para
Auliya pada zamannya. Hadhrat Syeikh Abu Sa’id
Rahmatullah ‘alaih, seorang Ahli Sufi yang masyhur pada
ketika itu pernah menziarahinya dan mereka telah banyak
bermuzakarah antara satu sama lain tentang berbagai tajuk.

Pada suatu ketika sedang mereka berbual-bual kerana


keadaan dzauq, Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih telah memeluk Hadhrat Syeikh
Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih. Setelah kembali ke tempatnya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
604
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih telah
menghabiskan masa malam itu dengan bertafakkur, sambil
duduk melutut dan selalu juga dia menjerit dalam keadaan
mabuknya itu.

Pada keesokan harinya, Hadhrat Syeikh Abu Sa’id


Rahmatullah ‘alaih telah pergi berjumpa Hadhrat Khwajah
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan
meminta supaya beliau ambil balik percikan cahaya
Keruhanian yang tersinar dalam dirinya itu akibat pelukan
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih kerana katanya, beliau masih belum
mencapai kemajuan dalam bidang Keruhanian seperti yang
dicapai oleh Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih dan beliau tidak tahan dengan keadaan
yang terlalu tinggi itu. Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun memeluk beliau sekali
lagi dan kembalilah Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah
‘alaih sepertimana biasa.

Ketika Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih


hendak pergi, beliau telah berkata kepada Hadhrat Khwajah
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih,
“Daku memilih kamu untuk menjadi Khalifahku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih lalu memberitahu Hadhrat Syeikh Abu
Sa’id Rahmatullah ‘alaih seperti berikut,
“Daku akan jadikan kamu seorang Keruhanian yang
tinggi kerana Allah telah mengurniakan kamu kepadaku
setelah daku berdoa kepadaNya memohon Dia memberi
kepadaku seorang sahabat yang dapat daku berbincang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


605
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tentang hal-hal Keruhanian dengannya. Syukurlah, Allah
telah mengkabulkan permohonan itu.”

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah


‘alaih meriwayatkan bahawa beliau mendengar dari Hadhrat
Hassan Mu’addib Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
seorang juru khidmat bagi Hadhrat Syeikh Abu Sa’id
Rahmatullah ‘alaih bahawa apabila Hadhrat Syeikh Abu
Sa’id Rahmatullah ‘alaih datang menghadirkan diri di
samping Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih, dia tidak akan mengucapkan sebarang
perkataan tetapi hanya mendengar dan cuma akan
menjawab dengan apa yang telah diucapkan oleh Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih telah bertanya kepada Hadhrat Syeikh
Abu Sa’id Rahmatullah ‘alaih, mengapakah beliau sentiasa
mendiamkan diri? Hadhrat Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah
‘alaih menjawab,
“Seorang penterjemah adalah mencukupi untuk satu
tajuk.”

Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah


‘alaih juga telah meriwayatkan bahawa beliau telah
mendengar Hadhrat Khwajah Abul-Qasim Qusyairi
Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Apabila daku tiba di Kharqan, kelancaranku mula
keluar dan daku tidak lagi memiliki daya dan upaya untuk
menerangkan keadaan diriku di sebabkan amalan yang telah
diberikan oleh pembimbing Keruhanian, dan daku
menyangka bahawa daku telah dilucutkan dari
Kewalianku.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
606
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KERAMAT KEBESARANNYA DAN


KEBESARAN KERAMATNYA
PADA suatu hari, Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih menggali tanah di rumahnya.
Tiba-tiba wang perak keluar. Ditutupnya tempat itu. Digali
pula di tempat lain dan di situ keluar pula emas. Ditutupnya
lubang itu juga. Pada kali ketiganya keluar pula intan.
Lubang itu juga ditutupnya. Digalinya di tempat yang
keempat, maka keluar pula berlian. Itu pun ditutupnya.

Kemudian Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-


Kharqani Rahmatullah ‘alaih berdoa,
“Ya Allah, walaupun aku dapat seluruh harta Dunia
ini dan harta di Akhirat kelak, namun tidak akan aku
tukarkan dengan wajahMu.”

Pada suatu hari, seorang Sufi duduk di samping


Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih sambil menunjukkan keramatnya dengan
mengeluarkan seekor ikan hidup dari sebaldi air yang
diletakkan di hadapan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih meletakkan
tangannya dalamapi dapur yang menyala di hadapannya
dan mengeluarkan ikan hidup dari dalam api itu. Kemudian,
orang itu meminta Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih melompat dengannya ke dalam
api itu dan lihatlah siapa akan hidup selepas masuk ke
dalam api itu.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


607
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Menunjukkan keramat itu tidaklah baik. Marilah kita
tenggelamkan diri kita dalam lautan Wujud Fana dan timbul
semula dengan memakai pakaian Wujud Baqa.” Orang Sufi
itu pun diam.

Pada suatu masa, sebelum mula berjalan menunaikan


Haji, beberapa orang telah berjumpa dengan Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
dan bertanya kepadanya apa yang mereka akan buat
sekiranya penyamun menyerang mereka. Hadhrat Khwajah
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Ingatlah daku pada waktu itu.”

Dalam perjalanan itu, Kafilah yang mereka sertai itu


diserang oleh penyamun. Semua orang dalam Kafilah itu
dirompak oleh penyamun kecuali seorang yang ingat pada
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih. Pada masa orang itu ingat kepada
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih, nampak olehnya Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berada di
hadapannya. Orang itu dan barang-barangnya tidak
kelihatan oleh penyamun itu. Maka dia pun selamat. Setelah
kembali, orang-orang bertanya kepada Hadhrat Khwajah
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih kenapa
mereka tidak diselamatkan pada hal mereka berdoa kepada
Allah? Orang yang seorang itu hanya meminta pertolongan
kepada beliau.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
608
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Kamu semua hanya menyebut Allah di mulut saja,
tetapi daku mengingatNya dengan seluruh jiwa ragaku. Oleh
itu, jika kamu semua mengingatiku, daku akan mengingati
Allah bagi pihak kamu semua dengan seluruh hati dan jiwa,
dan permintaan kamu akan dikabulkan. Tetapi jika kamu
semua hanya menyebut Allah di bibir saja tanpa terhunjam
sepenuhnya dalam hati, maka permohonan kamu tidak akan
mendatangkan hasil.”

Seorang Murid Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali


Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih meminta kebenaran beliau
hendak pergi ke Iraq untuk belajar Hadits, kerana tidak ada
guru yang pakar di tempat beliau itu.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Daku akan ajarkan kepada kamu sebagaimana aku
belajar dari Nabi itu sendiri.”

Murid itu tidak percaya cakap beliau itu. Tetapi


semasa dia tidur, dia melihat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Baginda berkata bahawa apa
yang dikatakan oleh Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih itu adalah benar. Maka mulalah
Murid itu belajar Hadits pada Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Selalu juga
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa Hadits itu telah salah.
Murid itu bertanya kenapa Hadits yang demikian itu salah?

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih menjawab,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


609
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Nabi sentiasa bersama aku semasa aku mengajar
kamu. Apabila sesuatu Hadits salah dinyatakan, mukanya
berubah tanda tidak setuju. Dari situlah saya tahu sama ada
sesuatu Hadits itu betul atau tidak.”

Suatu ketika Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-


Kharqani Rahmatullah ‘alaih hadir dan mengambil bahagian
dalam upacara Sama’ iaitu tarian muzik Keruhanian di
rumah seorang hamba Allah. Dalam Sama’ itu beliau telah
sampai kepada keadaan dzauq mabuk Allah dan memukul
tanah dengan kakinya tiga kali. Dinding rumah itu
bergoyang dan orang lain merasai seolah-olah dinding itu
telah menari bersamanya serta juga tanah di situ. Setelah
beliau sedar semula, beliau ditanya kenapa beliau berbuat
demikian.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Sama’ ialah bagi mereka yang dalam keadaan itu
telah dibawa ke peringkat Ruhaniah yang tinggi di mana
semua hijab tersingkap dan mereka dapat melihat Alam
Malaikat.”

Satu hari, seorang telah datang kepada Hadhrat


Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
dan meminta kepada beliau hendak memakai pakaiannya
agar dia dapat menjadi seperti Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih juga.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih bertanya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


610
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Bolehkah perempuan yang memakai baju lelaki
menjadi lelaki atau orang lelaki memakai baju perempuan
menjadi perempuan?”

Orang itu berkata tidak boleh, lalu Hadhrat Khwajah


Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih pun
berkata,
“Jika itu tidak mungkin, bagaimana kamu memakai
pakaianku boleh menjadi diriku?”

Seorang ‘Alim telah bertanya kepada Hadhrat


Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
dan meminta beliau memberi syarahan kepadanya. Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
berkata,
“Serulah manusia ke Jalan Allah dan janganlah
dipanggil mereka kepada diri kamu sendiri. Jika seorang
‘Alim itu dengki kepada seorang ‘Alim yang lain yang
menjalankan tugas sepertinya juga iaitu mengajak manusia
ke Jalan Allah, maka itu bererti dia bukan mengajak manusia
ke Jalan Allah tetapi adalah kepada dirinya sendiri. Jika
tidak, apakah sebabnya dia dengki?”

Pada suatu ketika, Hadhrat Abu Sina Rahmatullah


‘alaih datang melawat Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Bila sampai ke rumah
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih, beliau memanggil tuan rumah itu.
Datanglah isteri Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih. Isteri Hadhrat Khwajah Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih menggelar
Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih itu sebagai seorang
kafir dan meminta beliau jangan memanggil Hadhrat
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
611
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
kerana dia telah pergi mencari kayu api ke dalam hutan.

Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih pergi mencari


Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih dan dilihatnya seekor singa membawa
kayu api Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih itu. Hadhrat Abu Sina Rahmatullah ‘alaih
menundukkan kepadalanya tanda hormat kepada Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih.

Dalam perbualan mereka itu, Hadhrat Abu Sina


Rahmatullah ‘alaih bertanya kenapa isteri Hadhrat Khwajah
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
menggelarnya kafir? Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih menjawab bahawa jikalau
beliau tidak sabar terhadap isterinya itu, tentulah beliau
tidak dapat menguasai singa itu. Pada malam itu mereka
pun berbual-bual tentang hal-hal Keruhanian dan Kesufian.

Keesokan harinya tatkala Hadhrat Khwajah Abul


Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih membaiki
dinding rumahnya, sekeping besi yang dipegangnya itu
terjatuh. Sebelum beliau tunduk mengambil keeping besi
yang terjatuh itu, besi itu melayang sendirinya pergi ke
tangan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih.

Dengan itu kepercayaan Hadhrat Abu Sina


Rahmatullah ‘alaih tentang ketinggian Ruhaniah Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
bertambah teguh dan semua syak wasangkanya tentang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


612
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
ketinggian Ruhaniah Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani Rahmatullah ‘alaih itu pun hilang dan lenyap.

Satu ketika suara Ketuhanan berkata,


“Abul Hassan, jika Kami nyatakan kepada Dunia apa
yang Kami ketahui dan tersembunyi dari Dunia tentang apa
yang telah kamu capai, mereka akan lemparkan batu kepada
kamu hingga kamu mati kerana ucapan-ucapan kamu itu.”

Mendengarkan itu Hadhrat Khwajah Abul Hassan


‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Adakah Engkau mahu, Oh Tuhan, supaya aku
nyatakan kepada Dunia sebagaimana Engkau layan kami
dalam keadaan Engkau itu? Ketahuilah bahawa tidak akan
ada orang menyembah Engkau dan semua mereka akan
membuangkan penyembahan mereka terhadap Engkau.”

Suara itu berkata lagi,


“Jangan hebahkan kepada Dunia apa yang kamu tahu
tentang Kami dan Kami tidak akan nyatakan kepada Dunia
apa yang Kami tahu tentang kamu.”

Satu ketika suara Ketuhanan terdengar berkata,


“Abul Hassan, Kami ini kepunyaan kamu dan kamu
itu kepunyaan Kami.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Oh Tuhan, Engkau Tuhan Yang Maha Berkuasa dan
aku ini hambaMu yang hina.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


613
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

AJARAN KEUNGGULANNYA DAN


KEUNGGULAN AJARANNYA
HADHRAT Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih dilapurkan sebagai telah berkata,
“Terdapat dua jalan, satu adalah salah dan satu adalah
betul. Jalan yang salah ialah jalan manusia kepada Tuhan
dan jalan yang betul ialah jalan Tuhan kepada manusia.
Barangsiapa yang berkata bahawa dia telah mencapai Tuhan
sebenarnya masih belum mencapainya, akan tetapi apabila
seseorang berkata bahawa dia telah dijadikan untuk
mencapai Allah, ketahuilah bahawa dia benar-benar telah
mencapaiNya.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih telah memberitahu kepada seorang
daripada Murid kesayangannya,
“Pada pandangan Dunia, Abu Yazid telah mati, tetapi
pada pandanganku dia masih hidup dan mengetahui semua
gerak-geriku.”

Antara kata-kata hikmah Hadhrat Khwajah Abul


Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih yang berisi
pengajarannya seperti berikut:

1. “Carilah Rahmat Tuhan kerana ianya melampaui azab


Neraka dan nikmat Syurga.”

2. “Masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang itu


adalah hijab. Bila hijab ini disingkap, kamu boleh lihat
semua.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


614
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
3. “Menganggap diri sendiri itu seorang Sufi adalah satu
anggapan yang besar. Sekurang-kurangnya dia bukanlah
Sufi.”

4. “Orang yang menunjukkan keramatnya adalah


dilemparkan jauh dari Hadhrat Allah.”

5. “Apabila seseorang itu betul-betul dengan ikhlas menuju


Allah dan mati dalam diri mereka, maka Allah akan
ditemui.”

6. “Seorang Muslim itu bukanlah terpuji kerana dia


berpuasa dan bersembahyang tetapi dia terpuji kerana
dalam catatan amalannya dia tidak ada berdosa semasa
hidupnya. Apabila peringkat itu tercapai, dia akan takut
kepada Allah dan berada dalam sopan santun dan
merendahkan diri.”

7. “Barangsiapa dengan kehendak Allah dapat melihat


Tuhan, dia tidak nampak yang lain. Orang yang sampai
kepada Allah akan lenyaplah dirinya.”

8. “Pahlawan Tariqat itu mati walaupun dia hidup di Dunia


ini.”

9. “Wahai Salik, janganlah menganggap kamu telah


mendapat Nur, sehingga belum kamu mengalami tujuh
puluh tahun apa yang dialami semasa daku
bersembahyang di Khurasan sambil rukuk menghadap
Mekkah dan semua harta bumi dan langit diletakkan di
hadapan kamu, tetapi meskipun begitu kamu tetap tidak
terpengaruh olenya dan terus merendahkan diri kepada

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


615
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Allah kerana takut Allah tidak akan menerima
ibadatmu.”

10. “Banyak orang bertawaf keliling Ka’abah, tetapi ada juga


yang bertawaf keliling langit dan Syurga, namun begitu
yang lebih agung dan terpuji ialah mereka yang bertawaf
keliling Tauhid.”

11. “Benda-benda mula dicari dalam Dunia dan kemudian


didapati, tetapi Allah dijumpai dahulu dan kemudian
dicari.”

12. “Ada hamba-hamba Allah itu yang menjadi kekasihNya.


Apabila mereka memanggil Nama Allah, semua burung-
burung dan binatang-binatang tegak berdiam diri,
Malaikat terketar, langit dan bumi akan bercahaya.
Demikianlah agungnya menyebut Nama Allah itu oleh
mereka hinggakan bumi bergoyang.”

13. “Tidak ada orang yang dapat menempuh jalan menuju


Allah itu tanpa pertolonganNya. Dengan kesungguhan
dan daya sendiri sahaja tidak akan berjaya.”

14. “Hiduplah dalam Dunia ini tanpa dosa.”

15. “Sentiasalah berada di samping Allah dan bukan di


samping alam, kerana seseorang itu sentiasa
berdampingan dengan sahabatnya, dan tidak ada sahabat
yang lebih agung dari Allah.”

16. “Setengah daripada sahabat-sahabat Allah itu dapat


membaca apa yang tertulis dalam Taqdir meskipun
mereka berada dalam Dunia ini.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
616
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
17. “Allah kurniakan rindu dendamNya kepada mereka
yang dilimpahiNya Nur.”

18. “Wali Allah itu bukanlah makhluk atau pun insan Dunia
ini.”

19. “Orang yang mencapai Allah dalam hidup yang sekarang


ini dan tidak menangguhkan perjumpaan dengan Allah
itu hingga selepas mati, maka dia itulah sebenarnya
kekasih Allah.”

20. “Apabila Allah membawa seseorang itu ke JalanNya,


maka dia akan sampai ke lembah Tauhid, tidak ada yang
tahu keadaannya kecuali Allah.”

21. “Hati yang rindu kepada Allah itulah hati yang paling
baik.”

22. “Apabila sakit, Allah itulah menjadi Tabib.”

23. “Barangsiapa hendakkan Syurga akan terhindar dari


RahmatNya. Orang yang sentiasa berkhalwat dan
menyingkirkan diri dari segala makhluk dan terus
mematikan dirinya, maka terbukalah hijab yang
melindungi pandangannya dengan Tuhan.”

24. “Barangsiapa mencari keduniaan akan diperhambakan


oleh Dunia. Tetapi barangsiapa menyingkirkan
keduniaan, maka Dunia ini akan menjadi hambanya.”

25. “Jika dalam sesuatu masyarakat itu ada orang yang


dikurniakan Allah dengan Nur dan kehampiran
denganNya, maka Allah dengan RahmatNya akan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
617
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengampunkan dosa yang dilakukan oleh masyarakat
itu.”

26. “Orang Darwish tidak menumpukan pandangannya


kepada Dunia ini atau Akhirat.”

27. “Hanya orang yang bercita-cita tinggi itu mencapai


Tuhan.”

28. “Nama Allah itu hendaklah disebut berulang-ulang


setelah mematikan diri.”
29. “Hapuskan dosa dan sembahlah Allah, maka Allah akan
ditemui.”

30. “Tiap-tiap orang hendak membawa sesuatu dari Dunia


ini ke Akhirat, tetapi tidak ada apa-apa dalam Dunia ini
yang boleh mencari jalan ke sana kecuali Fana tidak ada
diri.”

31. “Takutlah Allah dan serulah Dia, dan kamu akan


ditempatkan dalam keadaan Fana.”

32. “Di antara beribu-ribu orang yang menjalani jalan yang


diterangkan oleh Al-Quran itu, ada seorang yang
jalannya diikuti oleh Al-Quran itu sendiri, iaitu tiap-tiap
lakuannya bersesuaian dengan apa yang diterangkan
oleh Al-Quran.”

33. “Orang Sufi tidak perlu cahaya matahari dan bulan


kerana Cahaya Allah yang ada padanya itu lebih terang
dari segala cahaya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


618
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
34. “Jalan itu akan dipendekkan oleh Allah bagi mereka yang
dibimbingNya.”

35. “Makan dan minum Auliya Allah itu ialah mengenang


Allah dan membicarakan tentang Allah.”

36. “Tuhan Allah itu menjadi benar-benar cahaya mata


hamba-hambaNya.”

37. “Sebahagian kecil daripada Cinta Allah itu turun ke


Dunia dan mencari tiap-tiap hati dalam Dunia, dan
didapati tidak ada yang upaya memegangnya. Maka
kembalilah ia kepada Allah.”

38. “Selepas tiap-tiap seratus tahun, satu jiwa yang sempurna


akan lahir ke Dunia.”

39. “Orang yang bertemu dengan Allah itu akan mati


dirinya.”

40. “Siapa yang hatinya kasih kepada yang lain dari Allah,
meskipun dia melakukan Ibadat dan bermujahadah
sepanjang hidup, namun semua itu tidak akan diterima
Allah dan hatinya itu tetap tinggal mati.”

41. “Hijab yang paling besar antara insan dengan Tuhan


ialah Hawa Nafsu.”

42. “Kegiatan yang paling besar ialah mengenang Allah.


Selepas itu ialah kesucian hidup, bersedekah dan
bersikap Zuhud.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


619
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
43. “Pada segi Keruhanian, duduk bersama di majlis Auliya
Allah itu adalah satu amalan yang terpuji.”

44. “Bersama di majlis Auliya Allah itu adalah satu kurniaan


Allah yang besar.”

45. “Kamu melakukan Ibadat yang paling besar jika kamu


dapat melarikan diri dari keduniaan.”

46. “Ka’abah yang paling besar itu ialah memandang wajah


Allah.”

47. “Apabila sepuluh kali Si Salik itu merasai racun dengan


gembira dan rela, maka pada kali ke sebelas rasa gula
akan diberi kepadanya. Di awal perjalanan Si Salik itu
akan diuji dan ditapis.Selepas itu akan dikurniakan
kehampiran dengan Allah.”

48. “Kamu akan berjaya mencapai Allah setelah kamu


diberiNya kekuatan untuk mencapaiNya dan itu pun
dengan kehendakNya jua.”

49. “Orang yang mengorbankan kemuliaannya kerana Allah,


maka Allah akan memberinya pakaian KemuliaanNya
sendiri.”

50. “Allah akan ditemui apabila Aku dimatikan.”

51. “Orang yang mengatakan dia mendapat Nur dan


kemudian menyibarkan kepada orang ramai adalah
sebenarnya dia tidak ada Nur itu kerana perbuatan
demikian itu adalah hijab juga.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


620
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
52. “Teruskan melakukan latihan Ruhaniah itu sehingga
latihan Ruhaniah itu sendiri meninggalkan kamu.”

53. “Mematuhi kehendak Ruhaniah itu adalah lebih baik dari


melakukan banyak latihan.”

54. Sekiranya setitik sahaja Rahmat Allah itu jatuh kepada


kamu, nescaya kamu tidak akan mahu apa-apa lagi dalam
Dunia ini, bahkan tidak mahu bercakap atau mendengar
orang lain.”

55. “Ingat kepada Allah itu lebih tajam daripada tikaman


seribu pedang sekali gus.”

56. “Apabila kamu melihat wajah Allah, kamu tidak akan


melihat yang lain lagi sepanjang masa.”

57. “Seseorang itu hendaklah berlatih sepenuhnya selama


empat puluh tahun dan kemudian bolehlah
mengharapkan hasil yang memuaskan. Sepuluh tahun
melakukan latihan Keruhanian itu ialah untuk
membetulkan kesalahan lidah, sepuluh tahun lagi untuk
mengurangkan gemuk badan, sepuluh tahun untuk
membetulkan kesalahan hati dan sepuluh tahun lagi
untuk membetulkan segala kejahatan yang lain itu.”

58. “Sedikit ketawa dan banyak tangis, makan dan tidur


sedikit sahaja.”

59. “Malanglah orang yang hidup dalam Dunia ini tanpa


bercakap dengan Allah.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


621
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
60. “Jalan Ma’rifatullah itu ialah untuk orang-orang yang
suci dan mabuk dalam Allah, kerana bercakap dalam
dzauq dengan Tuhan itu sangatlah seronok.”

61. “Ingat dan kenanglah Allah sentiasa.”

62. “Apabila seseorang itu menyebut Nama Allah, lidahnya


terbakar dan tidak dapat menyebut nama itu lagi. Jika
terlihat ia menyebutnya, maka sebenarnya memuji Dia.”

63. “Kemarahan api perpisahan dengan Tuhan itu sangatlah


panas hingga jika ia terlepas dari hati orang yang
mengandungnya, seluruh Dunia ini akan hangus. Tidak
lain kehendak hati orang-orang yang demikian itu ialah
hendak mengenang Allah tetapi mereka dapati mereka
tidak dapat berbuat demikian.”

64. “Jika hatimu terpaku pada Tuhan, seluruh Dunia tidak


akan dapat memudharatkan kamu jika mereka semuanya
menjadi musuhmu.”

65. “Melihat Allah beserta dengan dirimu ialah Fana dan


melihat Allah sahaja tanpa dirimu ialah Baqa.”

66. “Bergaullah dengan orang yang hatinya terbakar dalam


cinta kepada Allah dan tenggelam dengan rindu dendam
kepadaNya.”

67. “Jangan buat kegiatan lain kecuali mengingat nama Allah


dan jangan ingat apa-apa kecuali Dia.”

68. “Bersama dengan Allah seketika adalah lebih bernilai


daripada beribadat sepanjang hayat kerana keduniaan.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
622
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
69. “Tiap-tiap makhluk itu adalah hijab dan jarring kepada
Salik yang ikhlas. Tidak diketahui bagaimana dan bila
seseorang itu boleh terjerat pada mereka itu.”

70. “Walaupun sekali dalam seumur hidup kamu


membuatkan Allah murka, maka wajarlah kamu
memohon ampun sepanjang hidup kepadaNya, kerana
meskipun Dia ampunkan kamu, namun dalam hati masih
terasa yang kamu telah menimbulkan kemurkaan Tuhan
dan tidak mematuhi Dia.”

71. “Orang yang paling baik dalam menghampirkan diri dan


mengabdi kepada Ilahi ialah orang yang buta tidak
melihat yang lain kecuali Allah, pekak tidak mendengar
yang lain kecuali Allah dan bisu tidak bercakap kecuali
tentang Allah.”

72. “Allah telah mengurniakan sesuatu perkara kepada kita


dan setelah mendampingkan kita dengan perkara itu, Dia
pun menghilangkannya dari kita. Maka sewajarnyalah
kita membuang semua perkara keduniaan dan
berdampingan dengan Dia, agar Dia tidak jauhkan
diriNya dengan kita.”

73. “Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka


mati. Banyak juga yang telah berkubur tetapi mereka
masih hidup.”

74. “Orang yang cinta kepada Allah itu ialah orang yang
hatinya hancur lebur menjadi abu kerana Allah.”

75. “Tinggalkan semua Ibadat dan dosa, dan tenggelamkan


dirimu dalam lautan RahmatNya.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
623
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
76. “Manusia melihat Allah di Akhirat dengan mata
Ketuhanan.”

77. “Makin kuat kamu berkhidmat dengan gurumu, makin


tinggi naik taraf Ruhaniahnya.”

78. “Badan, lidah dan hati tidak ada padaku, hanya Allah
sahaja dalam diriku.”

79. “Banyak orang yang bersembahyang dan beribadat


dalam Dunia ini, tetapi sedikit benar yang membawa
hasilnya bersama mereka ke Akhirat.”

80. “Ahli Dunia mendapat apa yang tercatit dalam nasib


mereka, tetapi Auliya Allah mendapat apa yang tidak
tercatit dalam nasibnya.”

81. “Di jalan Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Tuhan.”

82. “Menangislah dalam Dunia agar kamu ketawa di Akhirat


kelak.”

83. “Apabila hamba itu Fana, dia akan diberi pakaian Baqa.”

84. “Dalam peringkat Ruhaniah yang paling tinggi, dahaga


terhadap Allah itu sangat kuat dalam diri si hamba
hinggakan jika air dari semua sungai diberi kepadanya
tidaklah dapat menghilangkan dahaganya itu bahkan
bertambah dahaga lagi. Si hamba seperti ini memutuskan
segala perhubungan dengan alam dan tidak pernah
megah dengan keramat yang mengalir keluar tanpa
disedarinya daripada dirinya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


624
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
85. “Gelaran paling bagus untuk si hamba Allah ialah
‘Abdullah.”

86. “Untuk si Mukmin, tiap-tiap tempat itu adalah Masjid


dan tiap-tiap hari itu adalah hari Jumaat.”

87. “Jangan biarkan pengemis pulang dengan tangan kosong


dari rumahmu, berilah dia sesuatu walaupun kamu
berhutang untuk itu.”

88. “Layanlah tetamu kamu dengan sebaik-baiknya.”

89. “Ada tiga hal keadaan yang terakhir dalam Keruhanian.


Pertama kamu anggap diri kamu sebagaimana Tuhan
menganggap kamu. Kedua, kamu menjadi kepunyaan
Dia dan Dia menjadi kepunyaan kamu. Ketiga, kamu
lenyap dan hapus dan Dia sahaja yang mengisikan
kamu.”

90. “Sebelum kamu mati, kamu mestilah berusaha untuk


mencapai tiga perkara. Pertama, dalam cintamu kepada
Allah kamu menangis sebanyak-banyaknya hingga
airmata darah mengalir dari matamu. Kedua, kerana
takutkan Allah hinggakan air kencing kamu menjadi
berupa darah. Ketiga, berjaga malam hingga kurus kering
badan kamu.”

91. Berdampinglah dengan Allah sahaja dan janganlah


berkeinginan hendak bertemu dengan makhluk,
walaupun makhluk itu Khidhr. Adakah kamu jemu
berdamping dengan Allah maka kamu hendak
berdamping pula dengan makhluk? Sepatutnya engkau

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


625
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hanya rindukan hendak berdampingan dengan Allah
sahaja tiada yang lain.”

92. “Makhluk itu ditakluki oleh waktu atau masa dan Aku
ini Tuhan bagi masa itu.”

93. “Apabila aku telah Fana, aku lihat diriku dibalut oleh
Wujud Ketuhanan tetapi apabila aku pandang diriku,
Fana itu pun terjatuh dari aku.”

94. “Apabila aku melampaui diri sendiri (ego), air tidak


boleh melemaskan aku dan api tidak boleh membakar
aku. Kemudian selama tiga bulan empat hari aku tidak
makan dan dapat menghadapi semua ujian.”

95. “Kebaikan itu adalah Sifat Allah sahaja, kita tidak boleh
mengatakan kita baik.”

96. “Wahai Salik, jika kamu ingin menjadi pakar keramat,


maka mulalah berpuasa tiap-tiap tiga hari sekali. Selepas
itu empat belas hari terus-menerus. Selepas itu berpuasa
selama empat puluh hari terus-menerus. Selepas itu
berpuasa selama empat bulan. Akhirnya berpuasalah
selama satu tahun penuh. Maka kamu akan capai satu
peringkat di mana kamu akan lihat perkara Ghaib yang
memegang sesuatu dengan mulutnya yang rupanya
seperti ular. Jika kamu makan benda itu, kamu tidak akan
berasa lapar selama-lamanya. Bila aku mula berpuasa,
datanglah benda yang berupa ular itu. Aku enggan
menerimanya kerana itu akan menghalang aku dari
mendapat Rahmat Tuhan. Aku berdoa kepada Allah
supaya mengurniakan aku apa yang Dia kehendaki terus
langsung dan bukan melalui perantara. Tuhan berfirman,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
626
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Selepas ini kamu akan berasa kenyang dan tidak dahaga
tanpa makan dan minum apa pun.” Maka aku pun tidak
lagi berasa lapar dan dahaga. Aku pun diberi makan
secara Ghaib ini tetapi rasanya manis seperti madu dan
wangi seperti kasturi. Dunia tidak tahu dari mana aku
dapat makan.”

97. “Selagi aku memandang kepada pertolongan yang lain


dari Allah, maka selagi itulah aku tidak berjaya dalam
Ibadatku. Tetapi bila aku putuskan perhubungan dengan
makhluk dan berharap kepada Allah sahaja, maka aku
dapati segala rintangan dalam perjalanan Keruhanianku
itu hilang lenyap dengan kurnia Allah dan tanpa daya
usaha dari diriku dan hasilnya sangatlah besar dan
memuaskan.”

98. “Ketahuilah luas kasih sayang Tuhan itu. Jika dosa


seluruh Dunia ini dibandingkan dengannya adalah tidak
lebih dari sebutir pasir sahaja.”

99. “Aku minta jangan ada hendaknya Neraka dan Syurga


agar manusia cinta kepada Allah kerana Allah sahaja.”

100. “Jalan-jalan menuju Allah itu tidak terkira dan tidak


terhad. Bolehlah dikatakan banyaknya itu seperti
banyaknya makhluk ini. Tiap-tiap orang berjalan di jalan
itu menurut daya upayanya. Aku telah menjalani hampir
jalan-jalan itu dan aku dapati ada orang yang berjalan di
jalan-jalan tersebut. Tidak ada jalan yang kosong dan
tidak ditempuhi orang. Kemudian aku berdoa kepada
Allah, “Tunjukilah kepadaku jalan yang tidak ada orang
menempuhinya dan tidak ada di jalan itu kecuali Engkau
dan aku sahaja.” Allah tunjukkan kepadaku jalan rindu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
627
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dendamnya jiwa. Ini bererti barangsiapa hendak berjalan
di jalan Cinta Allah ini hendaklah jangan takut susah
payah yang akan menimpanya dalam perjalanan itu.
Hendaklah patuh sepenuhnya menurut perintahNya dan
ingat kurniaNya dan sentiasa bersyukur kepadaNya.”

101. Orang yang dipandang penakut oleh Dunia ini


adalah berani pada pandangan Tuhan dan orang yang
penakut pada pandangan Tuhan itu ialah orang yang
dipuji dan dipuja oleh Dunia sebagai pahlawan.”

102. “Apa yang aku ceritakan kepada kamu adalah


perutusan dari Allah, ianya sangat suci dan Dunia tidak
boleh mengatakan itu haknya.”

103. “Apa sahaja keutamaan Ruhaniah yang aku capai


adalah hasil dari memencilkan diri dan menututp
mulutku.”

104. “Suara Ketuhanan berkata, “Abul Hassan, patuhlah


kepadaKu kerana Aku hidup tanpa mati. Jika kamu
patuh kepadaku, maka Aku akan kurniakan kepadamu
hidup yang kekal. Janganlah hampir kepada perkara
yang aku larang.”

105. “Dengan kurnia Allah, diberinya aku peringkat


Ruhaniah yang lebih tinggi dari yang dikurniakanNya
kepada Abu Yazid.

106. “Aku ini bukan menetap dan bukan pula dalam


perjalanan. Peringkat ini lebih rendah dari peringkat yang
aku nikmati sekarang iaitu aku telah menetap dalam
Tauhid dan berjalan dalam Allah. Oleh kerana Allah telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
628
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menghapuskan diri egoku, maka Neraka dan Syurga
tidak menjadi persoalan kepadaku. Keadaan aku
sekarang ialah jika semua penghuni Neraka dan Syurga
masuk ke dalamnya nescaya mereka semua akan Fana
hancur lebur.”

107. “Ya Allah, KurniaMu padaku tidak kekal dan


kurniaku padaMu adalah kekal. Kerana KurniaMu
padaku ialah diri Aku dan kurniaku kepadaMu ialah
Engkau. Aku mati tetapi Engkau hidup abadi.”

108. “Ya Allah, aku ingin mencapai peringkat di mana


aku tidak ada lagi dan Engkau sahaja yang ada
dalamku.”

109. “Dunia lari dari mereka yang menuntutnya. Engkau


Maha Kasih dan suka menghampirkan diriMu kepada
mereka yang menuju jalan kepadaMu.”

110. “Oh Tuhan, aku juga yang selalu menyakitkan Kamu,


tetapi Kamu sentiasa memberi kurnia yang tidak putus-
putus kepadaku.”

111. “Ada orang mencari kebahagiaan dengan sikap


Zuhud, ada yang dengan berjalan menuju Ka’abah dan
ada pula yang mencari kebahagiaan dalam Ibadat.
Jadikanlah aku tidak termasuk dalam golongan mereka
itu, tetapi jadikanlah bahagiaku itu dalam Engkau dan
Engkau sahaja.”

112. “Oh Tuhan, bawalah aku kepada AuliyaMu yang


tahu menyebut NamaMu sebagaimana ia patut disebut,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


629
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
agar aku dapat berkat dengan mengkhidmati mereka
itu.”

113. “Ya Allah, aku ini hanya hambaMu yang hina.


Ibadatku dan Zikirku tidak bernilai padaMu. Terimalah
aku yang lemah ini yang tidak ada pergantungan selain
Kamu dan Kamu sahaja pelindungku.”

KEAJAIBAN PERKATAANNYA DAN


PERKATAAN KEAJAIBANNYA
PADA suatu hari, seorang Sufi berjalan di udara dan turun di
hadapan Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih dan dia mengatakan dirinya sebagai Al-
Junaid dan Asy-Syibli pada hari tersebut. Mendengarkan itu,
Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih masuk ke dalam keadaan dzauq dan
dalam keadaan itu dia menghentakkan kakinya ke tanah dan
berkata,
“Aku ini Tuhan pada hari ini dan Nabi pada hari ini.”

Hadhrat Khwajah Fariduddin ‘Attar Rahmatullah


‘alaih pengarang kitab Tazkiratul Auliya berkata bahawa
inilah keadaannya di mana Hadhrat Abul Mughits Hussain
Bin Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih telah lalui. Hadhrat
Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih
pernah berdoa kepada Allah untuk mengeluarkan dirinya
dari Dunia.

Suara Ketuhanan berkata,


“Kami sengaja menyimpan kamu dalam Dunia agar
Wali-Wali Kami dapat datang dan bergaul dengan kamu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
630
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan orang yang tidak dapat datang kepada kamu dan hanya
menyebut nama kamu dan bercakap tentang kamu juga akan
mendapat faedah Keruhanian yang besar.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Apabila aku lupa wujud diriku, aku lihat Yang Haqq
di sekelilingku dan tidak ada yang lain.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Allah berkata kepadaku bahawa tidak ada apa-apa
dalam alam ini dan di Alam Akhirat yang bersekutu
denganNya. Allah sahaja yang ada.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Allah berkata kepadaku, “Abul Hassan, Kami
kurniakan kepada kamu segala-galanya kecuali
Ketuhanan.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Tuhan, buangkan hijab yang akhir ini dariku tentang
kurniaan dan penolakan antara aku dakn Kamu, kerana itu
adalah halangan bagi siapa yang mengatakan Kamu itu
haknya. Aku pinta supaya tidak ada perpisahan antara
Kamu dan aku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Oleh kerana aku telah membuangkan Dunia, aku
pun tidak memandangnya lagi. Oleh kerana aku telah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
631
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bercakap dengan Tuhan, aku tidak lagi bercakap dengan
insan.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Sehingga aku telah yakin dan percaya bahawa Allah
bertanggungjawab memberi nafkah kepadaku, maka barulah
aku tidak mahu berusaha mencari nafkah lagi.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Aku tidak mahu menjadi guru sesiapa pun. Aku
harap aku sentiasa dapat berkata dan merasai, “Cukuplah
Allah bagiku.”

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Apabila aku lihat makhluk ini semuanya tidak
berdaya upaya, maka aku pun tidak lagi bergantung kepada
mereka dan meminta perlindungan dari mereka dan aku pun
melepaskan perkaitan dengan mereka.

Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani


Rahmatullah ‘alaih sentiasa mencari Fana diri ataupun
menyerapkan segalanya. Dia lenyap dalam dirinya seribu
kali setiap jam dalam sehari. Dengan Rahmat Allah, beliau
tahu tiap-tiap apa yang terjadi, sedang terjadi dan akan
terjadi pada setiap makhluk sepanjang masa. Beliau berkata
bahawa, barangsiapa yang tidak dilengkapi dengan ilmu itu
tidak boleh menjadi guru.

Walaupun duri menikam tapak kaki seseorang di


mana sahaja dalam Dunia ini, dia tahu kejadian itu dan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
632
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengalaminya sendiri dan menunjukkan orang yang
menderita oleh duri itu. Ini ialah kerana dia telah kenal akan
makhluk. Dia hanya mencari Wajah Allah dan tidak takut
kepada Neraka atau berharapkan Syurga. Dia berharap di
Hari Qiyamat kelak, dia akan disoal tentang dosa segala
makhluk dan rela menanggung azab kerana dosa mereka itu
agar dengan itu semua makhluk akan terselamat dari azab
yang besar itu.

Adalah diriwayatkan bahawa Hadhrat Khwajah Abul


Hassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih selama tiga
puluh tahun dia tidak tidur malam. Allah Ta’ala telah
mempengaruhinya hingga dia tidak ada lagi yakni mencapai
Fana dan badannya tidak ada apa-apa, hanyalah khayalan
semata-mata.

Beliau telah berkata bahawa Allah telah kurniakan


kepadanya murkaNya setitik sahaja dan jika setitik ini
dizahirkan ke Dunia, akan ributlah Dunia ini lebih hebat dari
apa yang terjadi di zaman Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihissalam.
Murid-murid beliau akan terselamat semasa hendak mati,
dengan Syafa’at beliau kerana beliau memohon Rahmat
Allah untuk mereka.

Beliau berasa lebih senang bermalam di bawah pokok


yang kering di Dunia ini sambil mengenang Allah daripada
duduk di bawah pokok Syurga yang nyaman dan
menunaikan apa yang dipinta tetapi lupa kepada Allah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


633
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

QUTUBUL AULIYA WAL ASFIYA


HADHRAT KHWAJAH ABU ‘ALI
FARAMADI
HADHRAT Khwajah Abu ‘Ali Faramadi Rahmatullah ‘alaih
dilahirkan pada tahun 434 Hijrah. Beliau telah menerima
nisbat ‘Ilmu Batin dari Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani Rahmatullah ‘alaih dan telah menerima
limpahan Faidhz Suhbat dari Hadhrat Khwajah Abul Qasim
Gurgani Tusi Rahmatullah ‘alaih yang telah meninggal
Dunia pada tahun 450 Hijrah. Hadhrat Khwajah Abul Qasim
Gurgani Tusi Rahmatullah ‘alaih juga telah menerima nisbat
Batin dari Hadhrat Khwajah Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Rahmatullah ‘alaih.

IMAMUL AULIYA WAL ASFIYA


GHAUTS SAMADANI
HADHRAT KHWAJAH YUSUF
AL-HAMADANI
NAMA penuh beliau adalah Yusuf Ibni Ayyab Ibni Yusuf
Ibni Al-Hussain Al-Hamadani dan nama Kuniatnya ialah
Abu Ya’aqub. Beliau dilahirkan di Buzanjird berdekatan
dengan Hamadan pada tahun 440 Hijrah. Beliau berpindah
dari Hamadan ke Baghdad ketika dia berusia 18 tahun.
Beliau mempelajari Fiqah Mazhab Syafi’i di bawah
pengawasan seorang guru yang terkenal di zamannya iaitu
Hadhrat Syeikh Ibrahim Bin ‘Ali Bin Yusuf Al-Fairuzabadi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


634
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Rahmatullah ‘alaih. Beliau kemudiannya telah bertukar
kepada Mazhab Fiqah Imam Abu Hanifah. Ketika di
Baghdad, beliau sering bersuhbah dengan Para ‘Alim
‘Ulama, antaranya Hadhrat Abu Ishaq Shirazi Rahmatullah
‘alaih, yang mana telah memberikannya suatu perbezaan
yang ketara di kalangan para muridnya meskipun Hadhrat
Abu Ya’aqub Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih adalah
muridnya yang paling muda. Beliau adalah seorang yang
amat bijaksana dalam Ilmu Fiqah hinggakan menjadi tempat
rujukan bagi sekelian ‘Alim ‘Ulama Fiqah pada zamannya.
Beliau sangat terkenal di Baghdad sebagai sebuah pusat
perkembangan ilmu-ilmu Islam, di Isfahan, Iraq, Khurasan,
Bukhara, Samarqand, Azerbaijan, Khwarazm dan di Asia
Tengah. Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah
‘alaih kemudiannya telah mengasingkan dirinya dan
meninggalkan segala kehidupan duniawi di belakangnya.
Beliau menjadi seorang yang tekun melakukan Ibadah dan
Mujahadah. Seterusnya beliau menumpukan kepada
pengajian Ilmu Hadits dan mula memberikan pengajaran
yang berupa nasihat dan orang ramai pun mulalah
mengambil manafaat darinya. Beliau menguasai bidang
Fatwa Keagamaan dan bidang Hukum Ahkam Syari’ah.
Beliau juga menguasai bidang Ilmu Ma’rifat dan menuruti
jejak langkah Para ‘Ulama Rasikhin yang sentiasa mengawasi
segala Khatrah Batin dan memiliki keupayaan penuh untuk
melakukan Tasarruf bagi menzahirkan Karamahnya.

Beliau pernah bersuhbah dengan Hadhrat Syeikh


‘Abdullah Ghuwayni Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat
Syeikh Hassan Simnani Rahmatullah ‘alaih, namun beliau
telah memperolehi Nisbat Batin dari gurunya iaitu Hadhrat
Khwajah Abu ‘Ali Faramadi Rahmatullah ‘alaih. Beliau
menunjukkan hasil peningkatan Ruhani dalam penafian
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
635
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kewujudan diri dan sentiasa bermuraqabah hingga beliau
mencapai kedudukan Ghauts pada zamannya. Ramai Para
‘Alim ‘Ulama dan Para Fuqaha serta rombongan jemaah
yang besar sering datang berkumpul bagi menghadiri majlis
beliau di Khanqahnya yang mana mereka sering
menhasilkan manafaat dari kalimah kata-kata petunjuk dan
nasihat beliau. Beliau terkenal sebagai seorang yang ‘Alim
dalam ilmu-ilmu Haqiqat dan keruhanian. Ramai orang yang
datang dari Azerbaijan dan Khurasan yang datang
bersuhbah dengannya bagi menghasilkan limpahan Faidhz
darinya. Begitu ramai orang yang mengambil limpahan Ilmu
dan Faidhz darinya. Beliau telah menerima suatu
penerimaan yang agung di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala
yang mana ke’arifannya tentang ‘Ilmu Ketuhanan adalah
amat luarbiasa.

Beliau telah mencapai suatu martabat Kewalian yang


tinggi dari kalangan Para Auliya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Beliau ibarat sebatang tiang yang teguh dalam
memelihara Sunnah Nabawiyah. Tiada siapa yang dapat
mencapai martabat Kewaliannya. Beliau adalah seorang
Imam, ‘Alim dan ‘Arif yang sebenar. Beliau adalah
Mahaguru Tariqat di zamannya dan telah mengangkat darjat
dan maqam para pengikutnya. Ramai Para ‘Ulama dan Para
Solihin sering datang berkumpul untuk mendengar ucapan-
ucapan beliau di Khanqahnya yang terletak di Merv, yang
sekarang ini dikenali sebagai Turkmenistan. Beliau telah
mewasiatkan rahsia-rahsia Naqshbandiyah kepada Hadhrat
Abul ‘Abbas Khidhzr ‘Alaihissalam yang kemudiannya telah
mewariskan kepada Hadhrat ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih. Hadhrat ‘Abdul Khaliq Ghujduwani juga
telah menerima limpahan Faidhz secara terus dari Hadhrat
Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
636
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PERKATAAN KERAMATNYA DAN KERAMAT


PERKATAANNYA
HADHRAT Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih
pernah mengucapkan banyak pengucapan yang menjadi
bukti bahawa Keramat kemuliaan terkandung dalam kata-
katanya. Beliau telah berkata,
“Pembukaan kepada pendengaran Batin dalam diri
Rakan-Rakan Allah adalah seumpama sebuah pesanan dari
Haqiqat, sebuah Bab dari Kitab Allah, keberkatan dari ‘Ilmu
Ghaib. Ianya adalah merupakan permulaan bagi pembukaan
hati dan menyingkap hijabnya. Khabar gembira dari maqam-
maqam yang Suci. Ianya merupakan Fajar bagi kefahaman
bagi memperolehi makna-makna yang suci. Pendengaran ini
adalah menjadi santapan bagi Ruh dan menghidupkan hati.
Ianya adalah suatu rahsia yang bersifat kekal. Allah
menjadikan diriNya bersaksi dengan Musyahadah hamba-
hambaNya yang terpilih dan memakaikan mereka dengan
pakaian Af’alNya dan menghiaskan mereka dengan Sifat-
SifatNya.”

“Di kalangan Para AuliyaNya, Dia menjadikan satu


golongan yang dapat mendengar menerusi Syuhada At-
Tanzih yakni PenyaksianNya Yang Suci, Dia menjadikan
satu golongan yang dapat mendengar menerusi Wahdaniyah
yakni KeesaanNya, Dia menjadikan satu golongan yang lain
yang dapat mendengar menerusi RahmatNya dan Dia
menjadikan sebahagian yang lain yang dapat mendengar
menerusi QudratNya.”
“Ketahuilah olehmu wahai manusia, bahawa Allah
telah menciptakan dari Nur TajalliNya 70,000 Malaikat dan
mereka telah ditugaskan bagi kedudukan-kedudukan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
637
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
tertentu yang berlainan di antara ‘Arash dan Kursi. Mereka
sentiasa jinak dan tidak liar, pakaian mereka adalah bulu-
bulu hijau, wajah mereka adalah seperti bulan yang
mengambang penuh. Mereka berdiri di hadapan Allah
dalam keadaan takut dan lemah, mabuk dengan cintaNya,
berlari tanpa hentinya dari ‘Arash ke Kursi dan kembali
kerana perasaan Cinta dan Rahmat yang sentiasa membakar
dalam hati mereka. Mereka adalah Para Sufi di langit dan
Israfil adalah pemimpin dan pembimbing mereka, Jibril
adalah penghulu mereka dan penghujah mereka, dan Al-Haq
adalah Raja mereka. Rahmat Allah senantiasa ke atas
mereka.”

Demikianlah Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani


Rahmatullah ‘alaih sebagai Bayangan Sifat Allah di atas
muka Bumi mengungkapkan kebenaran tentang Alam
Malakut dan ketinggian maqam Para Sufi. Hadhrat Ibnu
Hajar Al-Haitsami Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan di
dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiyah:

Abu Sa’id ‘Abdullah Ibni Abi ‘Asran, seorang Imam


dalam Mazhab Syafi’I telah berkata, “Ketika aku mula-mula
mencari Ilmu Agama, aku telah menemani rakanku Ibnu
Saqa yang merupakan seorang penuntut di Jami’ah
Nizamiyah, dan adalah menjadi kebiasaan kami untuk
menziarahi orang-orang yang Salih. Kami mendengar
bahawa di Baghdad terdapat seorang yang bernama Yusuf
Al-Hamadani yang terkenal sebagai seorang Ghauts, dan
beliau mampu untuk menzahirkan dirinya bila-bila saja yang
dia suka dan juga mampu untuk menghilangkan dirinya
bila-bila yang dia suka. Maka, daku membuat keputusan
utnuk pergi menziarahinya bersama-sama dengan Ibnu Saqa

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


638
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, yang
masih muda remaja.

Pada waktu itu Ibnu Saqa berkata,


“Apabila kita menziarahi Syeikh Yusuf Al-Hamadani,
aku akan bertanya kepadanya satu soalan yang dia sendiri
tidak akan tahu jawapannya.”

Daku berkata,
“Aku juga akan bertanya kepadanya satu soalan dan
aku mahu melihat apakah yang akan diperkatakannya.”

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Ya Allah, lindungilah aku dari bertanya sebarang
soalan dari seorang Wali seperti Yusuf Hamadani, akan
tetapi aku akan pergi hadir di hadapannya untuk memohon
keberkatan darinya limpahan ‘Ilmu Ma’rifat.”

Mereka bertiga pun pergi menghadiri majlisnya.


Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih
telah menghijabkan dirinya dari mereka dan mereka pun
tidak dapat melihatnya sehinggalah sejam telah berlalu.

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah


‘alaih pun keluar dan melihat ke arah Ibnu Saqa dalam
keadaan marah dan berkata kepadanya tanpa sesiapa pun
yang memberitahukan namanya,
“Wahai Ibnu Saqa, berani kau bertanya aku soalan
sedangkan niatmu adalah untuk mengelirukan aku?
Soalanmu adalah begini dan jawapan baginya adalah
begini!”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


639
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Kemudian beliau berkata kepada Ibnu Saqa,
“Aku melihat api kekufuran sedang membakar di
dalam hatimu.”

Beliau lalu memandang ke arah Ibnu ‘Asran dan


berkata,
“Wahai ‘Abdullah, adakah kau bertanyakan aku satu
soalan dan menantikan jawapan dariku? Soalanmu adalah
begini dan jawapan baginya adalah begini. Biarkan orang
ramai menangisi akan dirimu kerana mereka akan
kehilanganmu sebagai natijah kerana ketiadaan rasa
hormatmu terhadap diriku.”

Kemudian beliau memandang ke arah Hadhrat Syeikh


‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih dan berkata
kepadanya,
“Marilah ke hadapan wahai anakku, aku akan
memohonkan keberkatan untukmu. Wahai ‘Abdul Qadir,
kau telah menyukakan Allah dan RasulNya Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dengan adab penghormatanmu yang
sempurna terhadap diriku. Aku melihatmu pada masa akan
datang, duduk di tempat yang tinggi di Baghdad dan
berucap serta membimbing manusia dan berkata kepada
mereka bahawa kakimu adalah di atas leher sekelian Wali,
dan aku sedang melihat bahawa setiap Wali pada zamanmu
akan tunduk kepadamu kerana ketinggian maqammu dan
kemulianmu.”

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah


‘alaih telah bersuhbah dan berkhidmat dengan Hadhrat
Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih serta
mengambil limpahan Faidhz darinya. Hadhrat Khwajah
Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah ‘alaih telah menyuruh
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
640
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih
memberikan pengajaran dan nasihat kepada masyarakatnya.

Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah


‘alaih lalu berkata,
“Daku adalah seorang ‘Ajam, bagaimana daku harus
berucap di kalangan orang-orang yang fasih di Baghdad?”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah


‘alaih pun menjawab,
“Dikau telah mempelajari ilmu-ilmu Fiqah, Usul
Fiqah, Ikhtilaf Mazahab, Nahwu, Lughat, Tafsir Al-Quran
dan kesemua cabang ilmu. Hendaklah dikau mula
memberikan petunjuk dan bimbingan. Aku sedang melihat
sebuah akar yang dalam sedikit masa lagi akan menjadi
sebuah pohon.”

Hadhrat Ibnu Hajar Al-Haitsami Rahmatullah ‘alaih


seterusnya menyatakan,
“ ‘Abdul Qadir telah diangkat kedudukannya dan
segala apa yang telah diperkatakan oleh Syeikh Al-
Hamadani berkenaan dirinya telah pun menjadi kenyataan.
Telah berlalu suatu waktu di mana dia telah berkata,
“Kakiku berada di atas leher sekelian Para Auliya”, dan
beliau telah menjadi tempat rujukan dan cahaya pembimbing
bagi sekelian manusia pada zamannya untuk membawa
mereka kepada maksud kehidupan yang sebenar.”

Nasib Ibnu Saqa adalah amat berlainan. Beliau begitu


bijaksana dalam pengetahuannya tentang hukum-hukum
Syari’ah Islam. Beliau mendahului sekelian Para ‘Ulama
pada zamannya. Beliau sering berdebat dengan Para ‘Alim
‘Ulama pada zamannya dan sentiasa mengatasi mereka
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
641
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sehinggalah Khalifah memanggilnya untuk menjadi ahli
majlisnya. Pada suatu hari, Khalifah telah menghantarnya
sebagai wakil untuk bertemu dengan Raja Byzantium, yang
mana telah memanggil sekelian paderi dan ‘Alim ‘Ulama
Nasrani untuk berdebat dengannya. Ibnu Saqa telah dapat
mengalahkan segala hujah mereka dalam debat tersebut.
Para Paderi langsung tidak mampu memberikan sebarang
jawapan di hadapannya, sebaliknya Ibnu Saqa sendiri yang
telah memberikan kepada mereka jawapan sehingga
membuatkan seolah-olah mereka kelihatan sebagai
muridnya ketika berada di hadapannya.

Kebijaksanaan Ibnu Saqa telah menawan hati Raja


Byzantium dan beliau telah dijemput oleh Raja untuk
menghadiri majlis tertutup anggota keluarga Raja. Dalam
majlis itu, mata Ibnu Saqa telah terjatuh pandangannya
kepada Puteri Raja Byzantium. Beliau terus jatuh cinta
kepadanya dan telah bertanya kepada bapanya iaitu Raja
Byzantium untuk berkahwin dengan puterinya. Puteri
tersebut telah menolak lamarannya melainkan dengan satu
syarat iaitu Ibnu Saqa hendaklah menerima Agamanya iaitu
Nasrani. Ibnu Saqa telah bersetuju, lalu meninggalkan
Agama Islam dan memeluk Agama Nasrani yang dianuti
oleh Puteri tersebut. Setelah berkahwin, beliau telah jatuh
sakit dan telah dihalau keluar dari istana. Beliau telah
menjadi seorang peminta di tengah kota, dengan meminta
makanan dari orang ramai, namun tiada siapa pun yang
memberikan makanan kepadanya. Kegelapan telah
menyelubungi wajahnya.

Pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan seorang


yang pernah mengenalinya, lalu orang itu bertanya
kepadanya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
642
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Apa yang telah berlaku pada dirimu?

Ibnu Saqa menjawab,


“Aku telah terjatuh dalam godaan Hawa Nafsu.”

Orang itu bertanya lagi kepadanya,


“Adakah kau masih ingat sesuatu ayat dari Al-
Quran?”

Ibnu Saqa menjawab,


“Aku hanya ingat ayat, Rubbama Yawaddullazina
Kafaru Lau Kanu Muslimin (Orang-orang Kafir itu seringkali
menginginkan pada kehidupan di Akhirat nanti, jikalau
sekiranya mereka di Dunia dahulu menjadi orang-orang
Muslim). [Surah Al-Hijr: Ayat 2]

Ibnu Saqa menggeletar seolah-olah akan


menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang tersebut
telah meghadapkan badan Ibnu Saqa ke arah Barat iaitu
menghala ke Ka’abah, namun beliau tetap memalingkan
dirinya ke arah Timur. Kemudian orang itu sekali lagi
menghadapkan badan Ibnu Saqa ke arah Ka’abah, namun
dia sendiri memalingkan dirinya ke arah Timur.

Pada kali yang ketiga orang itu menghadapkan badan


Ibnu Saqa ke arah Ka’abah, namun beliau tetap memalingkan
dirinya ke arah Timur. Kemudian tatkala Ruhnya akan
keluar dari dirinya, beliau telah berkata,
“Ya Allah, inilah hasil natijah dari sikap tidak
hormatku terhadap Wali GhautsMu, Yusuf Al-Hamadani.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


643
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Seterusnya Hadhrat Ibnu Hajar Al-Haitsami
Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan tentang Ibnu ‘Asran
yang berkata,
“Aku telah pergi ke Damsyik dan Raja di sana iaitu
Nuruddin Asy-Syahid telah meletakkan aku dalam Jabatan
Keagamaan dan aku pun telah menerima tanggungjawab
tersebut. Kesudahannya, perkara-perkara keduniaan telah
datang kepadaku dari segenap sudut berupa layanan yang
istimewa, keperluan, kemegahan, wang dan pangkat
kedudukan sehingga ke akhir hayatku. Itulah apa yang telah
diramalkan oleh Hadhrat Yusuf Al-Hamadani, seorang Wali
Ghauts terhadap diriku.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah


‘alaih sering menampilkan Sifat-Sifat Allah iaitu di antaranya
Sifat Al-Qahhar bagi mereka yang menentang usaha-usaha
Keruhanian. Pernah terjadi suatu ketika bilamana beliau
sedang memberikan pengajaran kepada para pendengar
dalam majlisnya dengan limpahan ilmu-ilmu Ketuhanan,
dua orang ‘Ulama Zahir yang hadir di dalam majlisnya
berkata kepadanya,
“Diamlah! Sesungguhnya engkau sedang mengada-
adakan Bida’ah.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah


‘alaih berkata kepada mereka,
“Janganlah kamu berkata tentang sesuatu yang kamu
sendiri tidak memahaminya. Adalah lebih baik kamu mati
dari terus hidup.” Sebaik sahaja beliau mengucapkan
perkataan tersebut, mereka berdua serta merta jatuh lalu
mati.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


644
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada suatu ketika seorang Darwish telah datang hadir
berkhidmat pada Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih lalu berkata padanya,
“Daku telah pergi pada Hadhrat Syeikh Ahmad
Ghazali, beliau telah duduk makan bersama-sama dengan
Para Darwish.”

Tidak lama kemudian Darwish tersebut mula


mengumpat tentang keadaan Hadhrat Syeikh Ahmad
Ghazali, lalu Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Pada waktu itu, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah datang
kepadaku dan telah menyuapkan makanan ke mulutku.”

Hadhrat Khwajah Yusuf Al-Hamadani Rahmatullah


‘alaih telah berkata,
“Ini merupakan suatu bentuk khayalan yang mana
anak-anak Tariqat memperolehi Tarbiyah.”

Beliau telah menetap di Merv dan kemudian pergi ke


Herat dan tinggal di sana buat beberapa lama. Kemudian
beliau telah berniat untuk kembali ke Merv dan sewaktu
beliau di dalam perjalanannya beliau telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Beliau wafat di Khurasan, di antara
Herat dan Bakshur pada 12 Rabi’ul Awwal 535 Hijrah ketika
berusia 60 tahun dan telah dikebumikan di Merv. Berdekatan
dengan maqam kuburnya telah dibina sebuah Masjid dan
sebuah Madrasah yang besar. Semoga Allah Ta’ala
mengurniakan kepada kita segala limpahan Faidhz
Keruhanian yang berkekalan sepertimana limpahan Faidhz
Keruhanian yang telah dikurniakannya kepada Hadhrat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


645
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Maulana Khwajah Abu Ya’aqub Yusuf Al-Hamadani
Rahmatullah ‘alaih.

SYAIKHUL KARAMAH KHWAJAH


KHWAJAHGAN HADHRAT KHWAJAH
‘ABDUL KHALIQ GHUJDUWANI
HADHRAT Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih dilahirkan di Ghujdawan, sebuah bandar
yang berdekatan dengan Bukhara yang kini dikenali sebagai
Uzbekistan. Bapanya bernama Hadhrat Imam ‘Abdul Jalil
Rahmatullah ‘alaih, seorang dari kalangan Wali Besar serta
‘Alim yang masyhur dalam berbagai bidang ‘Ilmu Zahir dan
Batin di zaman kegemilangan Byzantin. Silsilah keturunan
bapanya sampai kepada Hadhrat Imam Malik Rahmatullah
‘alaih. Ibunya adalah seorang puteri Raja Seljuk Anatolia dari
kerajaan Rom.

Semenjak zaman kanak-kanak lagi beliau telah


mempelajari Al-Quran dan Tafsirnya, ‘Ilmu Hadits, Nahwu
dan Saraf bahasa ‘Arab dan ‘Ilmu Fiqah dari Hadhrat Syeikh
Sadruddin Rahmatullah ‘alaih di Ghujdawan. Setelah beliau
menguasai bidang ‘Ilmu Syari’at, beliau telah mengalihkan
tumpuannya kepada Mujahadatun Nafs sehinggalah dia
telah mencapai pada suatu kedudukan yang tinggi lagi suci.
Kemudian beliau telah berpindah ke Syria di mana dia telah
mendirikan sebuah Madrasah yang telah melahirkan begitu
ramai penuntut. Mereka kesemuanya menguasai bidang
Fiqah dan Hadits serta ilmu-ilmu keruhanian di Tanah
Khurasan dan di Tanah ‘Arab.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
646
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih telah memperolehi nisbat ‘Ilmu Batin
menerusi Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah
‘alaih. Beliau merupakan salah seorang khalifah besar
Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih dan
mencapai kedudukan kewalian yang tertinggi dalam Silsilah
‘Aliyah Naqshbandiyah dan menjadi penghulu bagi Tariqat
ini. Perkataan beliau adalah hujjah dan pada hakikatnya
menjadi dalil bagi perjalanan Tariqat. Beliau merupakan
Syeikh bagi sekelian Syeikh, Mujtahid serta Qutub pada
zamannya. Beliau juga dikenali sebagai Syaikhul Karamah
kerana memiliki banyak Keramat. Cahaya Ruhaniahnya
bersinar seumpama mentari dan beliau merupakan seorang
Mahaguru dalam tingkatan Ruhani yang tertinggi pada
zamannya. Beliau merupakan seorang ‘Arif yang Kamil
dalam bidang Tariqat Tasawwuf dan dianggap sebagai
pancuran limpahan ‘Ilmu Ma’rifat di kalangan Para Asfiya
serta diibaratkan seumpama sebuah mata air bagi Para
Masyaikh dan Khwajahgan.

Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam telah memberitahu


suatu khabar berita yang gembira kepada bapanya Hadhrat
Imam ‘Abdul Jalil Rahmatullah ‘alaih sebelum kelahirannya,
“Bahawa kamu akan menerima kelahiran seorang
putera lelaki dan hendaklah diberikan nama ‘Abdul Khaliq
kepadanya. Daku telah menerimanya sebagai anakku dan
daku akan memberikan kepadanya sebahagian dari
Nisbatku.”

Di dalam kitab Al-Hadaiqul Wardiyah ada


menceritakan tentang bagaimana beliau telah mencapai
tahap keruhanian yang tinggi dalam Silsilah Emas. Beliau
telah memperolehi limpahan Faidhz dari Hadhrat Khidhzr
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
647
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Alaihissalam setelah bertemu dengannya dan bersuhbah
dengannya. Beliau mengambil darinya ‘Ilmu Ketuhanan dan
menambahkannya pada ‘Ilmu Keruhanian yang telah
diperolehinya dari Syeikhnya, Hadhrat Khwajah Yusuf
Hamadani Rahmatullah ‘alaih.

Pada suatu hari, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq


Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sedang mempelajari ‘Ilmu
Tafsir dari gurunya Hadhrat Maulana Sadruddin
Rahmatullah ‘alaih. Apabila tiba pada suatu ayat dari Surah
Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud,
“Serulah Tuhan Pemeliharamu dengan merendahkan
diri dan secara tersembunyi, sesungguhnya Dia tidak
mengasihi orang yang melampaui batas.”

Beliau telah bertanya kepada Gurunya Hadhrat


Maulana Sadruddin Rahmatullah ‘alaih bagi mendapatkan
kepastian tentang hakikat mengingati Allah secara
tersembunyi dan bagaimanakah kaedah perlaksanaannya?
Lalu mengajukan soalan,
“Tariqat apakah yang Allah Ta’ala terangkan ini? Jika
orang yang berzikir melakukan Zikir dengan suara yang
keras atau menggerakkan tubuh badan pada Maqam
Zikirnya, maka zikirnya itu dapat diketahui oleh orang lain
dan keadaan ini tidak lagi dinamakan sebagai Zikir yang
tersembunyi dan jika dia berzikir menerusi hatinya, maka
menurut sebuah Hadits bahawa, “Syaitan mengalir di
dalam urat saraf anak Adam pada tempat mengalirnya
darah,” yang mana Syaitan pula dapat mengetahuinya. Maka
wahai Guruku, apakah yang dimaksudkan dengan
menyeruNya secara tersembunyi di dalam hati?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


648
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Gurunya pun menjawab,
“Ini adalah ‘Ilmu Laduni, ianya tersembunyi dan daku
berharap mudah-mudahan Allah Ta’ala menemukan kamu
dengan seorang Wali Allah yang dapat memberikanmu
penjelasan di lidah dan di hatimu tentang hakikat Zikir yang
tersembunyi ini.”

Semenjak dari waktu itu, Hadhrat Khwajah ‘Abdul


Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sentiasa sibuk
mencari-cari Auliya Allah dan menanti-nanti bilakah doanya
akan dikabulkan. Pada suatu ketika pada hari Jumaat, beliau
sedang duduk di pintu gerbang sebuah taman, Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
terlihat seorang yang Salih datang kepadanya. Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun
memberikan penghormatan serta memuliakan Buzurg
tersebut.

Kemudian orang Salih itu berkata kepada Hadhrat


Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih,
“Wahai orang muda, daku mendapati kesan kesalihan
ada di dalam dirimu, apakah kamu ada berbai’ah pada
tangan mana-mana Syeikh?”

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Tidak, semenjak sekian lama daku berusaha
mencarinya.”

Lalu orang Salih itu pun berkata,


“Daku adalah Khidhzr dan daku telah menerimamu
sebagai seorang dari anakku. Daku akan memberi kamu
suatu pelajaran dan hendaklah dikau tetap mengamalkannya
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
649
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan padamu akan terbuka segala rahsia. Daku telah
mendapat keizinan dari Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mentalqinkan
pada lidah dan pada hatimu akan suatu Zikir yang
tersembunyi beserta jumlah bilangannya.”

Kemudian Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam menyuruh


Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih turun ke tasik dan menyelam dalam air serta
mengucapkan dalam hati kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH
MUHAMMAD RASUL ALLAH. Hadhrat Khwajah ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun terus
mengerjakannya dan tetap dengan Zikir yang telah
ditalqinkan oleh Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam tersebut
setiap hari sehingga terbuka berbagai rahsia tentang Nur,
Hikmah, Cinta dan Jazbah terhadap Zat Yang Maha Suci
pada hatinya.

Dengan mengamalkan Zikir tersebut, orang ramai


mula tertarik kepada Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan telah menuntut untuk
menuruti jejak langkah perjalanan Tariqatnya, maka beliau
telah membawa mereka menuruti jejak langkah Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi
Wasallam.

Setelah berlaku peristiwa itu, suatu ketika Hadhrat


Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘Alaih telah tiba di
Bukhara, maka Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun mengambil kesempatan
itu untuk pergi berkhidmat padanya dan telah mengambil
Bai’ah darinya. Ketika berada di samping Hadhrat Khwajah
Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Khwajah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
650
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sentiasa hadir
untuk bersuhbah dengannya dan telah menghasilkan banyak
faedah limpahan Faidhz dan Barakah darinya. Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
merupakan orang yang mula-mula dalam Silsilah Tariqat
yang menggunakan Zikir Khafi dan telah dianggap sebagai
seorang Mahaguru dalam perlaksanaan Zikir tersebut.

Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam merupakan Syeikhnya


dalam pelajaran Zikir dan Hadhrat Khwajah Yusuf
Hamadani Rahmatullah ‘alaih pula merupakan Syeikhnya
dalam Khirqah dan Khilafat atas perjalanan Tariqat. Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
telah berkata,
“Ketika daku berusia 22 tahun, Hadhrat Syeikh Yusuf
Hamadani telah mengarahkan Hadhrat Khidhzr
‘Alaihissalam agar tetap mendidikku dan tetap
memerhatikan diriku sehingga saat kematianku.”

Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa Rahmatullah


‘alaih, seorang sahabat dan penulis riwayat Hadhrat Shah
Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih menyatakan
dalam kitabnya Faslul Kitab bahawa kaedah Zikir yang
diamalkan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani dan pengajarannya tentang lapan prinsip
Tariqat telah dianuti dan diamalkan oleh kesemua 40 jalan
Tariqat sebagai jalan menuju kebenaran dan kemuliaan serta
jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam
dengan meninggalkan segala bentuk Bida’ah dan Mujahadah
untuk menundukkan segala nafsu yang bersifat rendah.
Beliau merupakan seorang Mahaguru pada zamannya dan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


651
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menduduki tingkatan yang tertinggi dalam bidang
keruhanian.

Beliau telah menampilkan 8 prinsip asas Tariqat


‘Aliyah Taifuriyah Khwajahganiyah yang seterusnya menjadi
asas bagi Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah
seperti berikut:

1. Hosh Dar Dam - kesedaran dalam nafas.


2. Nazar Bar Qadam - memerhatikan pada langkah.
3. Safar Dar Watan - melakukan perjalanan dalam
kampung diri.
4. Khalwat Dar Anjuman - menyendiri dalam khalayak
manusia.
5. Yard Kard - melakukan ingatan Zikir.
6. Baz Gasht - kembali ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
7. Nigah Dasyat - memelihara pandangan Musyahadah
bersungguh-sungguh.
8. Yad Dasyat – melakukan ingatan Zikir dengan
bersungguh-sungguh.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘alaih mempunyai empat orang Khalifah:

1. Hadhrat Syeikh Ahmad As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih


2. Hadhrat Kabirul Awliya Syeikh ‘Arif Awliya Al-Kabir
Rahmatullah ‘alaih
3. Hadhrat Syeikh Sulaiman Al-Kirmani Rahmatullah
‘alaih
4. Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘alaih

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


652
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PERKATAAN PETUNJUKNYA DAN PETUNJUK


PERKATAANNYA
BELIAU sentiasa berada dalam hal keadaan Khauf dan
ketakutan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga
walau di mana sahaja beliau duduk, beliau akan duduk
seolah-olah dirinya akan dibunuh. Pada suatu hari ketika
berada di tempat ibadatnya, beliau sibuk dengan menangis.

Para sahabatnya bertanya kepada beliau,


“Dengan segala kelebihan yang Allah Ta’ala telah
kurniakan kepadamu, mengapakah kamu begitu Khauf
ketakutan dan menangis?

Beliau menjawab,
“Apabila daku memikirkan tentang Sifat Allah Ta’ala
yang tidak bergantung kepada sesuatu, maka Ruhku hampir-
hampir terkeluar dari jisimku dan tangisanku ini adalah
disebabkan mungkin pada diriku ada sesuatu tindakanku
yang tidak daku ketahui dan ianya tidak disenangi di
hadapan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Beliau pernah berkata,


“Ketika daku berusia dua puluh tahun, Hadhrat
Khidhzr ‘Alaihissalam telah meminta Hadhrat Khwajah
Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih memberikan sokongan
kepadaku dan mewasiatkannya agar memberikan Tarbiyah
kepadaku.”

Pada suatu ketika, seorang Darwish datang


kepadanya lalu bertanya apakah erti Taslim? Hadhrat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


653
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun
berkata,
“Taslim ialah apabila seseorang Mukmin itu dengan
diri Nafsnya dan hartanya menerusi perjanjian Alastu
Birabbikum, menjualkannya pada Tangan Allah Ta’ala lalu
membeli Syurga, dan sehingga kini inilah yang maksudkan
dengan Taslim bahawa maksud Firman Allah Ta’ala,
“Seseungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
Mukmin itu akan diri mereka dan harta mereka dengan
menggantikan bagi mereka Syurga. Diri dan harta hendaklah
Taslim dengan menganggap bahawa diri dan hartanya
adalah milik Allah dan memahami bahawa dirimu adalah
amanah Haq Allah Ta’ala, sehinggakan setakat mana yang
kamu mampu, dengan diri dan hartamu itu buatlah kerja
kebaikan terhadap hamba-hamba Allah Ta’ala dan jangan
mengharapkan sebarang Ihsan dari sesiapa pun. Harta dan
kebendaan Duniawi hendaklah dikeluarkan dari hati dan
dirimu hendaklah tetap memelihara Hukum Allah.”

Pada suatu ketika, seorang Khadim datang kepadanya


lalu bertanya apakah erti Faraghat? Hadhrat Khwajah ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Erti Faraghat pada hati ialah seseorang itu tidak
menemui sebarang jalan untuk mencintai Dunia bukan
bermakna dia bebas dari sebarang urusan Dunia.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan menerusi
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
“Fa Iza Faraghta Fansab” pada Surah Alam Nasyrah
ayat 7 yang mafhumnya, “Maka apabila kamu telah selesai
dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh
urusan yang lain,” ianya bermaksud bahawa kosongkanlah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
654
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
hatimu kemudian sibukkanlah diri dengan mengingati Kami.
Sesungguhnya bagi Para Ahlullah, dalam urusan jual beli
mereka dan perbualan mereka sesama makhluk tidak
menjadikan ingatan Zikir terhadap Allah Ta’ala itu sebagai
suatu kesukaran. Kerana itulah Allah Ta’ala memuji jemaah
golongan tersebut dan inilah yang dimaksudkan sebagai
para lelaki yang sebenar menerusi FirmanNya,
“Para lelaki yang tidak dilalaikan pada mereka
perniagaan dan tidak pula jual beli dari mengingati Allah
Ta’ala.”

Seterusnya beliau berkata,


“Jika kamu berada dalam golongan tersebut, maka
semoga kamu memperolehi Keberkatan. Jika kamu tidak
tidak berupaya menjadi seperti golongan tersebut, maka
hendaklah kamu berkhidmat kepada golongan tersebut
dengan diri dan harta kamu, dan menenteramkan hati
mereka dan menyediakan asbab Faraghat untuk mereka
supaya mereka dapat menyibukkan diri mereka mengingati
Allah dengan hati yang tenang dan bagi kamu juga akan
dapat memperolehi bahagian dari amalan kebaikan mereka
kerana kekuatan yang diperolehi menerusi suapan makanan
yang mana mereka dapat melaksanakan amal ketaatan dan
‘Ibadah, pahalanya akan diberikan juga kepada orang yang
memberinya makanan dan minuman, dan darjat, maqamat
serta kesempurnaan mereka juga akan dituliskan kepada
orang yang memberikan makanan dan minuman kepadanya,
dan barangsiapa yang mengasihi mereka dan sentiasa
membantu keperluan mereka, menurut firman Nabawi
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam,
“Al-Mar-u Ma’a Man Ahabba,” yang bermaksud
bahawa pada Hari Qiyamat, Insan akan ditempatkan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
655
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
bersama mereka yang dicintainya sewaktu di Dunia. Dari
kalangan mereka itu terdapat sebahagian yang meletakkan
pengkhususan dalam Ma’iyat mencintai Allah Subhanahu
Wa Ta’ala, maka pada waktu itu mereka akan dikurniakan
dengan Tasarruf Ketuhanan.

“Jazbatun Min Jazbatillah Tawari ‘Amalats


Tsaqilain,” yang bermaksud bahawa satu Jazbah dari Jazbah
yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala adalah melebihi amalan
sekelian Jin dan Manusia. Maka inilah merupakan hal
keadaan mereka, bahawa barangsiapa yang berkhidmat
kepada mereka dengan sebahagian diri dan hartanya, juga
akan bernasib baik menerima kebaikan-kebaikan mereka dan
ini akan menjadi suatu nikmat yang besar kepadanya yang
mana jika berkumpul seluruh manusia dari Timur dan Barat
masih tidak akan dapat memikirkan keadaan orang yang
memberikan khidmat tersebut, seumpama berada di atas
titian yang tidak diketahui dari mana puncanya dan ke mana
penghujungnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengisyarahkan perkara ini menerusi FirmanNya yang
bermaksud,
“Dan apa-apa yang telah Allah Ta’ala kurniakan
kepadamu hendaklah kamu menggunakannya untuk
membina Negeri Akhirat dan janganlah melupakan bahagian
kamu di dunia, dan berbuatlah kebaikan dengan makhluk
Allah sepertimana Allah telah berbuat kebaikan kepada
kamu.” Melakukan sesuatu khidmat kepada Ahli Allah
adalah bererti melakukan sesuatu untuk mencapai
keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


656
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

HADHRAT KHWAJAH ‘ARIF RIWAGARI


HADHRAT Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘alaih
menerima nisbat Batin menerusi Hadhrat Khwajah ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan merupakan
salah seorang khalifah besar bagi Hadhrat Khwajah ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih. Beliau sentiasa sibuk
berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih ketika dia masih hidup
sehinggalah ke akhir hayatnya dan telah mencapai
kesempurnaan Batin di bawah Tarbiyah Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih.

Setelah kewafatan Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq


Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih, beliau telah
menggantikannya dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan
memberi petunjuk Hidayah kepada makhluk. Beliau
memiliki sifat-sifat yang mulia seperti berilmu, lemah
lembut, Zuhud, Taqwa, sentiasa melakukan Riyadhah Batin,
kuat beribadah dan berpegang teguh dengan amalan Sunnah
Nabawiyah Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Beliau telah meninggal Dunia pada bulan Syawal 616


Hijrah dan dikebumikan di Riwagar yang jaraknya 18 batu
dari kota Bukhara. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala
melimpahkan RahmatNya yang berkekalan kepada beliau
dan melimpahkan segala limpahan Faidhz Keruhaniannya
kepada kita, Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


657
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

HADHRAT KHWAJAH MAHMUD ANJIR


FAGHNAWI
HADHRAT Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah
‘alaih dilahirkan di Anjir Faghnah iaitu sebuah kampung di
kawasan Bukhara. Beliau menerima nisbat Batin menerusi
Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘alaih dan
merupakan seorang yang telah mencapai Ma’rifat Billah
paling sempurna dan paling afdhal di kalangan para sahabat
dan khalifah Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah
‘alaih.

Sebelum Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwagari


Rahmatullah ‘alaih meninggal Dunia, beliau telah
mewasiatkan supaya Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir
Faghnawi Rahmatullah ‘alaih sebagai Khalifah pengganti
beliau dan telah memberinya ijazah untuk memberi petunjuk
Hidayah kepada makhluk.

Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi


Rahmatullah ‘alaih telah meninggal Dunia pada tahun 715
Hijrah dan telah dikebumikan di Wabakan dalam daerah
Bukhara. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melimpahkan
RahmatNya yang berkekalan kepada beliau dan
melimpahkan segala limpahan Faidhz Keruhaniannya
kepada kita, Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


658
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

IMAM TARIQAT KHWAJAH


KHWAJAHGAN PIR PIRAN
HADHRAT KHWAJAH SHAH
BAHAUDDIN NAQSHBAND
BELIAU adalah Imam Tariqat, Pewaris Rantaian Emas
Silsilah ‘Aliyah, Mahaguru Para Asfiya, Sultan Para Auliya,
Pewaris Para Anbiya, Guru Sekelian Para Guru, Pembimbing
Sekelian Para Pembimbing, Syaikh Sekelian Para Masyaikh,
Pir Sekelian Para Piran, Khwajah Sekelian Para Khwajahgan,
Syaikh di Timur di Barat di Utara dan di Selatan, Penyinar
Agama dan Kebenaran, Khalifah Allah dan Khalifah
Rasulullah di muka alam, Ghautsul Akbar, Mujaddidul
A’zam, Shah Muhammad Bahauddin Bin Muhammad
Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi, semoga Rahmat Allah
sentiasa terlimpah ke atasnya dan semoga disucikan segala
rahsianya.

Beliau dilahirkan dan dikebumikan di Qasrul ‘Arifan,


Bukhara. Lahirnya pada bulan Muharram 721 Hijrah dan ada
riwayat yang menyatakan kelahirannya pada bulan
Muharram 717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi. Beliau
menerima pendidikan awal Tasawwuf dan rahsia Tariqat
dari gurunya Hadhrat Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi
Rahmatullah 'alaih dan memperolehi nisbat batin secara
zahir dari Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih
namun secara hakikatnya beliau memperolehi nisbat batin
dan menghasilkan Faidhz secara Uwaisi dari Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
yang telah mendahuluinya selama 200 tahun.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


659
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Beliau adalah cahaya petunjuk kepada lautan ilmu
yang tak bertepi, pensuci Ruh dan Nafas sekelian Ummat
Muhammadiyah, pewaris bagi rahsia kalimah LA ILAHA
ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH,
karamahnya umpama mukjizat yang dapat menghidupkan
kembali Hati dan Ruh yang mati, pembimbing Ruh-ruh yang
hidup kembali ke pangkal jalan sehingga Para Raja sanggup
berdiri di depan pintu rumahnya dan dengan cahaya
petunjuknya mereka yang baik menjadi lebih baik, mereka
yang lebih baik menjadi yang terbaik dan menukarkan segala
yang jahat menjadi baik.

Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-


Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah menerima perkhabaran
baik tentang kelahiran dan penzahiran beliau semenjak
sebelum kelahirannya. Setelah kelahirannya beliau telah
dikabulkan sebagai anak murid Hadhrat Khwajah Sayyid
Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih malah
menganggapnya sebagai anak sendiri dan bagi
menyempurnakan Tarbiyahnya, Hadhrat Khwajah Sayyid
Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah
mewasiatkan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal
Rahmatullah ‘alaih untuk mengasuh dan mendidiknya.

Ketika beliau berusia 18 tahun setelah menguasai Ilmu


Syari’ah, datuknya telah membawa beliau ke sebuah
perkampungan di Sammas untuk berkhidmat dan bersuhbah
dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-
Sammasi Rahmatullah ‘alaih atas permintaan Hadhrat
Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah
‘alaih sendiri. Semenjak awal Suhbahnya dengan Syeikh dia
telah menerima limpahan Rahmat dan Faidhz yang tak
terkira banyaknya dan memperolehi semangat yang tinggi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
660
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
menuju keikhlasan dalam melakukan amalan Ibadah. Beliau
telah diperintahkan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
untuk beramal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah.
Kerana itulah beliau telah memilih dan mengutamakan
amalan Zikir Khafi yang bersifat tersembunyi sebagai amalan
tunjang dalam Tariqatnya kerana fadhilatnya yang tujuh
puluh kali lebih baik dari amalan Zikir Jihri yang
mengeraskan suara.

PERMULAAN PETUNJUKNYA DAN


PETUNJUK PERMULAANNYA

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah menceritakan berkenaan zaman remajanya ketika
mana Syeikhnya iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Baba
As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih:
“Daku bangkit tidur seawal pagi tiga jam sebelum
Solah Fajar, mengambil wudhu dan setelah melakukan Solah
Sunnah daku akan bersujud memohon kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:
“Ya Tuhanku, kurniakanlah daku dengan kekuatan
untuk memikul segala kesusahan dan kesakitan demi
CintaMu.”

Kemudian daku pun bersolah Fajar dengan Syeikh.


Pada suatu hari, ketika beliau hendak keluar, beliau telah
memandang ke arahku dan berkata, seolah-olah dia telah
berada bersama-samaku ketika aku melakukan doa tersebut
seraya berkata,
“Wahai anakku, kau perlu menukarkan permohonan
doa yang kau lakukan, sebaliknya berdoalah,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
661
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Ya Allah, limpahkanlah KeredhaanMu kepada
hamba yang lemah ini. Allah tidak suka hamba-hambaNya
berada dalam kesusahan. Meskipun Allah dengan
HikmahNya memberikan sedikit kesusah-payahan kepada
hamba-hambaNya untuk menguji mereka, seseorang hamba
tidak sepatutnya meminta untuk berada dalam kesusahan.
Ianya tidak akan menjadi suatu penghormatan di sisi Allah.”

Setelah Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-


Sammasi Rahmatullah ‘alaih meninggal dunia, datukku telah
membawaku ke Samarkand. Di sana daku telah
dipertemukan dengan seorang yang ‘Alim lagi Salih. Daku
meminta restu dan doa keberkatan darinya dan
Alhamdulillah keberkatannya telah pun daku perolehi.
Kemudian datukku membawaku ke Bukhara dan
mengahwinkan daku dengan seorang wanita di sana.

Pada suatu hari, dengan inayah Allah, daku mendapat


kiriman sebuah kopiah kerajaan yang biasa dipakai di
jabatan kerajaan. Setelah mendapat kopiah itu, kehidupanku
menjadi semakin baik dan keinginanku untuk bersahabat
dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah
‘alaih semakin bergejolak dalam hatiku.

Daku tinggal di Qasrul ‘Arifan yang mana merupakan


suatu pemeliharaan yang khusus dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala kepadaku kerana daku berada dekat dengan Hadhrat
Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih. Daku mendapat
khabar bahawa Hadhrat Khwajah Muhammad Baba
Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah berpesan kepada Hadhrat
Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih supaya
mengajar dan mendidikku dengan baik.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


662
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah
‘alaih telah berjanji akan memenuhi amanah itu dengan
menegaskan bahawa jika pesan amanah itu tidak
dilaksanakan, maka dirinya bukanlah seorang laki-laki yang
sebenar, dan ternyata janjinya itu dipenuhinya.

Daku pun berkhidmat kepadanya dan beliau


memberitahuku bahawa Hadhrat Syaikh Muhammad Baba
As-Samasi Rahmatullah ‘alaih telah memberitahunya
semenjak sekian lama bahawa,
“Daku takkan merasa gembira denganmu jika kamu
tidak mendidiknya dengan baik.”

Suatu hari daku sedang duduk dengan seorang rakan


sambil bermuraqabah dan pintu-pintu langit terbuka dan
gambaran Musyahadah yang hebat hadir kepadaku dan
daku mendengar satu suara berkata,
“Apakah tidak cukup bagimu bagi meninggalkan
mereka yang lain dan datang Kehadhrat Kami secara
berseorangan?”

Suara ini telah menyebabkan daku menjadi tidak


tentu arah sehingga menyebabkan daku keluar dari rumah.
Daku lari ke sebuah sungai di mana daku pun terjun ke
dalamnya. Daku membasuh pakaianku dan bersolah dua
rakaat dengan cara yang daku tidak pernah mengalaminya,
merasakan seolah-olah daku sedang bersolah di hadapan
Hadhrat Zat Yang Maha Suci.

Segala-galanya telah dibukakan pada hatiku dalam


keadaan Kasyaf. Seluruh Alam Maya lenyap dan daku tidak
menyedari kepada sesuatu yang lain selain bersolah dengan
KehadiranNya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
663
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Daku telah ditanya pada permulaan Jazbahku,
“Mengapakah engkau hendak menuruti jalan ini?”

Daku menjawab,
“Supaya apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja
yang ku kehendaki, itulah yang akan terjadi.”

Daku telah dijawab,


“Itu takkan terjadi, apa sahaja yang Kami katakana
dan apa sahaja yang Kami kehendaki, itulah yang akan
terjadi.”

Daku pun berkata,


“Aku tak dapat melakukannya, aku mesti diizinkan
untuk berkata dan melakukan apa sahaja yang aku
kehendaki ataupun aku tidak mahu jalan ini.”

Kemudian daku pun menerima jawapan,


“Tidak, adalah apa sahaja yang Kami mahu ianya
diperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahu ianya
dilakukan, itulah yang mesti diperkatakan dan dilakukan.”

Dan daku berkata sekali lagi,


“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku
lakukan, itulah yang mesti terjadi.”

Kemudian daku telah ditinggalkan keseorangan


selama limabelas hari sehingga daku telah diselubungi
dengan tekanan yang amat hebat. Lalu daku terdengar satu
suara berkata,
“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau berkehendak,
akan Kami kurniakan.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


664
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Daku berasa amat gembira. Daku berkata,
“Daku mahu diberikan suatu jalan Tariqat yang akan
membimbing sesiapa sahaja yang menurutinya terus kepada
Hadhrat Zat Yang Maha Suci.”

Dan daku telah mengalami Musyahadah yang maha


hebat dan daku terdengar suara berkata,
“Dikau telah dikurniakan dengan apa yang telah
dikau mohonkan.”

PETUNJUK PERJALANANNYA DAN


PERJALANAN PETUNJUKNYA
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah meriwayatkan kisahnya berkata,
“Suatu ketika sewaktu daku berada dalam keadaan
Jazbah dan hilang fikiran, daku pergi ke sini dan ke sana
tanpa menyedari apa yang sedang ku lakukan. Kakiku
menjadi luka dan berdarah disebabkan oleh luka tersebut.
Apabila tiba waktu malam, daku berasa diriku tertarik ke
arah rumah Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kullal.

Pada malam itu begitu gelap gelita tanpa kelihatan


bulan mahupun bintang. Udara begitu sejuk dan daku tidak
berpakaian melainkan dengan sehelai jubah kulit yang sudah
tua dan lusuh. Apabila daku tiba di rumahnya, daku
mendapati Syeikhku sedang duduk bersama dengan para
sahabat dan pengikutnya.

Apabila dia melihat daku lalu dia pun memberitahu


kepada para pengikutnya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


665
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Keluarkan dia, aku tidak mahu dia berada di dalam
rumahku.”

Mereka pun membawa daku keluar dan daku


mendapati keakuanku sedang cuba untuk menguasaiku dan
ia sedang menakluki hati dan perasaanku, cuba meracuni
kepercayaanku terhadap Syeikhku. Pada waktu itu daku
hanya bergantung dengan Pemeliharaan dan RahmatNya
yang Suci dalam menanggung rasa kehinaan dalam mencari
keredhaan Allah dan keredhaan Syeikhku.

Daku berkata pada diriku,


“Aku tidak akan membenarkan kau meracuni
kepercayaanku terhadap Syeikhku.”

Daku berasa begitu letih dan sedih yang mana daku


telah meletakkan sifat kehinaan di pintu kebanggaan,
meletakkan kepalaku di anjung pintu rumah guruku dan
berjanji pada diriku bahawa daku tidak akan
mengangkatnya sehinggalah dia menerimaku semula. Salji
pun mulai turun dan kesejukan udara mulai menikam
sehingga ke tulang menyebabkan daku menggigil dalam
kegelapan malam.

Pada malam itu tiada langsung walau kehangatan


bulan untuk menenteramkanku. Daku terus berada dalam
keadaan demikian sehingga daku berasa kaku. Tetapi, rasa
cinta yang berada di dalam hatiku iaitu cinta kehadhrat Yang
Suci dan cintaku terhadap pintu kesucian Syeikhku tetap
menghangatkan diriku. Fajar pun menjelang dan Syeikhku
telah melangkah keluar dari pintu rumahnya tanpa melihat
padaku secara Zahir. Dia meletakkan kakinya di atas
kepalaku yang masih sedang berada di anjung pintunya.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
666
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Apabila dia terasa sedang memijak kepalaku, dia pun
mengangkat kakinya, membawaku masuk ke dalam
rumahnya dan berkata kepadaku,
“Wahai anakku, dikau telah dipakaikan dengan
pakaian kebahagiaan, dikau telah dipakaikan dengan
pakaian cinta yang suci. Dikau telah dipakaikan dengan
pakaian yang tidak pernah dipakaikan kepadaku dan tidak
pernah dipakaikan kepada Syeikhku. Allah gembira
denganmu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam gembira
denganmu, kesemua Para masyaikh dalam silsilah emas
berasa gembira dengan kamu.”

Kemudian, dengan penuh teliti dan hati-hati dia


mengesat luka di kakiku dan membasuh darah lukaku. Pada
masa yang sama dia telah menuangkan ke dalam hatiku
akan limpahan ilmu pengetahuan yang aku tidak pernah
mengalaminya. Keadaan ini seterusnya telah membukakan
kepadaku gambaran Musyahadah yang mana daku melihat
diriku sedang memasuki gerbang rahsia dari kalimah
MUHAMMAD RASULULLAH. Daku melihat bahawa diriku
sedang memasuki gerbang rahsia kalimah tersebut yang
mana ianya merupakan Haqiqatul Muhammadiyah. Ianya
terus membawaku memasuki gerbang rahsia kalimah LA
ILAHA ILLA ALLAH yang merupakan rahsia Wahdaniyah.
Keadaan ini seterusnya membawa daku untuk memasuki
gerbang rahsia Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah yang
dinyatakan menerusi rahsia Ahadiyat. Keadaan tersebut
tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tetapi hanya
dapat diketahui menerusi rasa yang diperolehi menerusi
pengalaman di dalam hati.”

Menurut riwayat Para Masyaikh Silsilah


Naqshbandiyah di dalam kitab Bahjatus Saniyah, semenjak
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
667
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
zaman Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Sayyid Amir
Kulal Rahmatullah ‘alaih mereka telah menghimpunkan
amalan Zikir Khafi dan Zikir Jihri, tetapi kepada para murid
yang baru, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih
telah memberikan permulaan Zikir Jihri.

Perkara ini telah membuatkan Hadhrat Khwajah Shah


Bahauddin Rahmatullah ‘alaih selalu bangkit dari Halqah
Zikir lalu pergi berzikir bersendirian di dalam biliknya. Hal
keadaan beliau yang selalu bangkit ketika majlis Zikir Jihri
sedang bermula telah menyebabkan rasa tidak senang hati di
kalangan para murid Hadhrat Sayyid Amir Kulal
Rahmatullah ‘alaih, lalu mereka melapurkan hal peristiwa ini
kepadanya. Akan tetapi Hadhrat Sayyid Amir Kulal
Rahmatullah ‘alaih hanya mendiamkan diri bahkan terus
memberikan penumpuan Tawajjuhnya kepada Hadhrat
Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih dan perasaan
kasih sayangnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih


juga tetap memberikan khidmatnya kepada Hadhrat Sayyid
Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih seperti biasa tanpa
mengenepikan sebarang adab bahkan senantiasa tunduk
kepada kehendak dan kemahuan Syeikhnya, Hadhrat Sayyid
Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih.

Pada suatu hari Hadhrat Sayyid Amir Kulal


Rahmatullah ‘alaih telah mengumpulkan kesemua muridnya
yang kecil mahupun dewasa dalam suatu jemaah yang besar
di perkampungan Sukhar, sejumlah lebih kurang lima ratus
orang termasuklah mereka yang menta’mirkan Masjid dan
Khanqah lalu berkata,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
668
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Wahai saudara-saudaraku, kamu semua mempunyai
sangkaan yang buruk terhadap anakku Bahauddin dan
segala sangkaan kamu adalah salah. Kamu semua tidak
mengenalinya, bahawa hal keadaannya sentiasa mendapat
pandangan yang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
dan pandangan hamba-hamba Allah adalah menuruti
pandangan yang Haq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Rahsia hal yang telah Allah kurniakan kepadanya tidak
pernah dikurniakan kepada sesiapa pun jua sebelum ini
bahkan aku juga tidak mengetahuinya.”

Lalu Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih


memandang kepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin
Rahmatullah ‘alaih seraya berkata,
“Wahai anakku Bahauddin, segala wasiat yang telah
disampaikan oleh Hadhrat Khwajah Muhammad Baba
Sammasi Rahmatullah ‘alaih kepadaku bahawa sepertimana
daku memberikan didikan tunjuk ajar dan Tarbiyah
kepadamu, maka hendaknya begitu jugalah engkau
memberikan Tarbiyah kepada anakku Bahauddin dan jangan
mengurangkannya walau sedikit pun. Aku telah pun
melaksanakannya kesemua wasiatnya.”

Selanjutnya Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah


‘alaih telah berkata kepada Hadhrat Khwajah Shah
Bahauddin Rahmatullah ‘alaih,
“Daku telah menyusukanmu dengan putting tetekku
sehingga kering, kini Ruhaniahmu ibarat seekor anak ayam
yang telah keluar dari kulit telurnya, namun
kesungguhanmu seumpama seekor ayam yang perkasa. Kini
daku memberikan keizinan kepadamu, di mana sahaja yang
kamu terhidu haruman yang sampai ke otakmu, hendaklah
engkau menuntutnya meskipun dari Turki mahupun Tajik,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
669
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dan tuntutlah menurut kemampuanmu tanpa
mengurangkannya sedikitpun.”

Setelah peristiwa itu Hadhrat Khwajah Shah


Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah bersuhbah dengan
Hadhrat Maulana ‘Arif Ad-Dikarani Rahmatullah ‘alaih
selama tujuh tahun dan kemudian telah bersuhbah dengan
Hadhrat Maulana Qutsum Syaikh Rahmatullah ‘alaih selama
beberapa tahun.

Beliau telah menukilkan pengalaman beliau yang


selanjutnya seperti berikut,
“Pada suatu malam daku telah bermimpi bertemu
dengan Hakim ‘Ata Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
salah seorang dari kalangan Wali-wali besar orang Turki.
Beliau telah menyuruh seorang Darwish memberikan
bimbingannya kepadaku. Apabila daku tersedar dari tidur,
rupa wajah Darwish itu masih kekal terpelihara di dalam
bayangan fikiranku.

Daku mempunyai seorang nenek yang Salih. Daku


telah menceritakan kisah mimpiku kepadanya lalu beliau
berkata,
“Wahai anakku, kamu akan memperolehi bahagian
limpahan Faidhz dari Masyaikh orang Turki.”

Maka semenjak itu daku pun mencari-cari Syeikh


orang Turki dan gambaran wjah Darwish tersebut sentiasa
ada dalam fikiranku sehinggalah pada suatu hari daku telah
bertemu dengan Darwish itu di sebuah pasar di kota
Bukhara. Daku mengenalinya sepertimana yang telah ku
lihat di dalam mimpiku dan daku pun bertanyakan namanya
dan beliau pun memberitahu bahawa nama beliau adalah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
670
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Khalil. Walaubagaimanapun dalam pertemuan ini daku
berasa agak sukar dan tidak berghairah untuk bersuhbah
dengannya. Dia pulang ke rumahnya sedangkan daku
berasa gelisah, ragu dan bimbang. Aku berasa harus pergi
meninggalkannya namun terasa berat untuk pergi.

Ketika masuk waktu Maghrib, seorang lelaki yang


tidak daku kenali telah datang kepadaku dan berkata
bahawa Darwish Khalil sedang memanggilku. Daku berasa
hairan, bagaimana orang itu menemuiku? Daku berasa
begitu gembira dan dengan segera daku mengambil sedikit
buah tangan lalu mengikuti orang itu dengan perasaan yang
sungguh seronok dan penuh keyakinan, daku pun hadir
untuk berkhidmat padanya.

Ketika menemuinya, daku hendak memberitahu


tentang mimpiku kepadanya. Lalu Darwish Khalil pun
berkata,
“Apa yang ada di dalam hatimu telah Zahir di
hadapan kami dan kamu tidak perlu menceritakannya.
Kamu tidak perlu mengkhabarkan tentang mimpimu kerana
daku sudah pun mengetahuinya.”

Ucapannya ini telah memberikan kesan yang


terhunjam ke lubuk hatiku dan kemudian telah terbit rasa
keinginan yang membuak dalam diriku untuk bersuhbah
dengannya. Sepanjang daku bersuhbah dengan beliau, telah
terzahir berbagai hal-hal peristiwa yang ajaib, rahsia
pengetahuan yang Ghaib telah terbuka pada hatiku. Dia
sentiasa memandang padaku, memujiku dan menaikkan
darjatku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


671
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada suatu ketika beliau terpaksa bersafar lalu beliau
pun pergi. Kemudian setelah beberapa lama telah sampai
kepadaku perkhabaran tentang Darwish Khalil bahawa
penduduk di Transoxiana telah mengangkatnya sebagi Raja
mereka. Daku ingin meneruskan Suhbah dengannya.

Beberapa hari pun berlalu yang mana telah bermula


dalam diriku sehinggalah pada zaman kesultanannya, daku
telah pergi menuju ke negeri kesultanannya dan dalam
hatiku telah tumbuh rasa cinta yang semakin bertambah dan
dengan perhatiannya, tatkala kesudahan permulaanku itu,
beliau telah mengangkatku ke darjat ilmu pengetahuan yang
lebih tinggi.

Ketika zaman kesultanannya daku telah dikurniakan


kemuliaan dengan kesempatan untuk berkhidmat dan
bersuhbah dengannya. Ketika bersama dengannya, berbagai
hal Musyahadah perkara yang besar-besar berlaku ke atas
diriku. Dengan kebaikan dan kasih sayangnya, beliau telah
mengajar daku bagaimana Adab-adab untuk berkhidmat
kepada seseorang Syeikh.

Di bawah asuhannya daku telah berjaya menempuh


penjelajahan Suluk pada jalan ini dan daku telah bersuhbah
dengannya dalam Tariqat ini selama enam tahun dengan
memelihara adab-adab kesultanan ketika hadir bersamanya
dan ketika daku dalam khalwat, daku sentiasa memelihara
perhubungan hati dengannya.

Beliau selalu berkata di hadapan para pegawai khas


kesultanannya bahawa,
“Barangsiapa yang berkhidmat untuk keredhaan
Tuhan, dia akan mencapai martabat yang tinggi di kalangan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
672
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
makhluk.” Daku mengetahui apakah yang dimaksudkan dan
apakah yang dikehendaki menerusi perkataannya itu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah


berkata,
“Pada permulaan perjalananku atas Tariqat ini, daku
telah bertemu dengan seorang pencinta Allah dan dia
berkata kepadaku,
“Nampaknya seolah-olah kamu adalah dari kami.”

Daku berkata kepadanya,


“Aku harap kau adalah dari kami dan aku berharap
untuk menjadi rakanmu.”

Kemudian dia bertanya kepadaku,


“Bagaimana engkau melayani dirimu?”

Daku berkata kepadanya,


“Jika aku memperolehi sesuatu, aku bersyukur
kepada Allah dan jika tidak, aku akan bersabar.”

Dia tersenyum dan berkata,


“Ini adalah mudah. Jalan bagimu adalah dengan
membebankan keakuanmu dan mengujinya. Jika ia
ketiadaan makanan selama seminggu, kamu mesti sanggup
menjaganya dari mengingkarimu.”

Daku amat gembira dengan jawapannya dan daku


meminta sokongan darinya. Dia telah mengarahkanku agar
membantu orang yang memerlukan dan berkhidmat kepada
mereka yang lemah dan memberi dorongan kepada hati
yang telah pecah. Dia mengarahkanku agar tetap
merendahkan diri dan berasa hina diri dan berfikiran
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
673
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
terbuka. Daku memelihara arahannya dan daku telah
mengamalkannya dalam kehidupanku buat beberapa lama.

Kemudian dia telah mengarahkanku untuk


memelihara binatang, menyembuhkan penyakit mereka,
membersihkan luka-luka mereka dan membantu mereka
dalam usaha mencari rezeki. Daku tetap atas jalan itu
sehinggalah daku telah sampai pada suatu keadaan yang
mana jika daku terjumpa dengan seekor binatang berada di
jalanan, daku akan berhenti dan memberikan jalan untuknya.

Dia telah mengarahkanku agar memelihara anjing-


anjing persatuan ini dengan penuh kebenaran dan
kerendahan diri, dan meminta bantuan sokongan dari
mereka. Dia berkata kepadaku,
“Oleh kerana kau telah berkhidmat kepada salah
seorang dari mereka, kau akan mecapai suatu kebahagiaan
yang besar.”

Daku mengambil arahan itu dengan harapan daku


dapat mencari seekor anjing dan dengan memberikan
khidmat dan kepadanyalah daku akan memperolehi
kebahagiaan itu. Pada suatu hari daku sedang berada dalam
sekumpulan dari mereka dan daku telah merasa suatu hal
keadaan yang amat bahagia dalam diriku.

Daku pun mulai menangis di hadapannya sehingga ia


menjatuhkan dirinya ke belakang dan mengangkat kedua
tapak kaki depannya ke arah langit. Daku terdengar suatu
suara yang amat sedih keluar darinya dan daku juga
mengangkatkan tanganku sepertimana melakukan doa dan
mula mengucapkan Amin sebagai memberikan sokongan
kepadanya sehingga dia menjadi diam. Apa yang terbuka
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
674
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
kepada diriku sesudah itu adalah gambaran Musyahadah
yang telah membawaku kepada suatu hal keadaan yang
mana daku merasakan bahawa diriku adalah sebahagian dari
sekelian manusia dan sebahagian dari setiap ciptaan di atas
muka bumi ini.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih


berkata,
“Pada masa permulaan daku mengalami Ghalabah
Zauq dan Syauq, daku telah berjalan dari

Bukhara menuju ke Nasaf untuk pergi berkhidmat


dan bersuhbah dengan Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir
Kulal Rahmatullah ‘alaih demi menghasilkan limpahan
Faidhz darinya. Apabila daku hampir tiba di tempat
perhentian orang Musafir di Jughrati, maka di situ daku
telah didatangi oleh Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam yang
merupakan dirinya sebagai orang tua yang menaiki kuda. Di
tangannya ada sebatang tongkat dan beliau memakai topi
yang lusuh, lalu datang menghampiriku.

Beliau memukulku dengan kayu tongkatnya sambil


berkata dalam bahasa Turki,
“Kamu nampak kuda?”

Daku hanya mendiamkan diri dan beliau berkali-kali


datang di hadapanku cuba mempengaruhiku, lalu daku pun
berkata kepadanya,
“Daku mengenalimu, kamu adalah Khidhzr.”

Beliau terus mengekori di belakangku dan berkata


kepadaku,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


675
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Wahai kamu, berhentilah seketika agar kami dan
kamu dapat bersuhbah untuk beberapa waktu.”

Daku tidak memberikan sebarang tumpuan mahupun


Tawajjuh kepada kata-katanya. Apabila daku tiba ke tempat
Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal untuk hadir
berkhidmat padanya, lalu beliau melihat padaku seraya
berkata,
“Kamu bertemu Khidhzr ‘Alaihissalam dalam
perjalananmu ke sini namun kamu tidak memberikan
perhatianmu kepadanya?”

Daku pun menjawab,


“Ya, kerana daku telah memberikan Tawajjuhku
terhadap tuan, maka kerana itulah daku tidak dapat
memberikan sebarang Tawajjuh terhadapnya.”

PERJALANAN AHWALNYA DAN AHWAL


PERJALANANNYA
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah meriwayatkan hal ehwal kisahnya ketika
permulaan menjalani perjalanan Tariqat seperti berikut,
“Pada permulaan Ahwal dan Ghalabah serta Jazbah
dan dalam keadaanku yang tidak tetap pendirian, daku
sering berkeliaran pada waktu malam dari satu tempat ke
satu tempat di Bukhara untuk mengunjungi semua kawasan
perkuburan untuk mengambil pelajaran dari mereka yang
telah mati.

Pada suatu malam, daku telah sampai ke tiga buah


kubur yang diberkati. Mulanya daku menziarahi Kubur
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
676
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdul Wasi’ Qaddasallahu
Sirrahu dan apabila daku tiba, terlihat olehku akan cahaya
lampu yang minyaknya hampir habis tetapi sumbunya
masih panjang dan perlu digoyang-goyangkan sedikit
supaya kena rata pada minyak bagi menambahkan lagi
terang cahaya sinarnya. Setelah menghadiahkan Al-Fatihah
untuknya, dari situ daku menerima isyarat supaya pergi ke
Kubur Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi
Qaddasallahu Sirrahu untuk menghadiahkan Al-Fatihah
untuknya. Tatkala sampai di situ, daku dapati terdapat
lampu seperti di kuburan tadi.

Tiba-tiba daku mendapati dua orang yang tidak


pernah daku kenali sedang menanti kedatanganku dengan
seekor kuda. Mereka mendatangiku dan menyelitkan dua
bilah pedang ke pinggangku dan menaikkan daku ke atas
kuda lalu membawaku ke Kubur Hadhrat Khwajah Syeikh
Mazdakhin Qaddasallahu Sirrahu pada ketika hampir lewat
malam. Di situ juga terdapat lampu seperti yang ada di dua
kuburan sebelumnya. Daku pun turun dari kuda dan
membetulkan sumbu lampu Kuburnya lalu duduk
menghadap Qiblat sambil bermuraqabah menghubungkan
hatiku dengan hati Syeikh tersebut.

Semasa bermuraqabah daku berasa sedang berada di


Alam Ghaib dan dibukakan gambaran Musyahadah
kepadaku, yang mana daku melihat dinding yang berada di
arah Qiblat telah terbelah dan muncul sebuah takhta tempat
duduk yang besar seumpama mimbar yang di atasnya
seorang lelaki Buzurg yang tampan dan tegap sedang duduk
di atasnya dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Terdapat kain tabir purdah berwarna hijau di hadapannya.
Di sekitar takhta mimbar tersebut terdapat satu jemaah yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
677
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
sedang hadir dan dari jemaah tersebut daku dapat mengenali
seorang darinya iaitu Syeikhku Hadhrat Muhammad Baba
Sammasi Qaddasallahu Sirrahu. Maka tahulah diriku
bahawa mereka kesemuanya sudah meninggal dunia. Daku
berasa agak ketakutan melihat Buzurg tersebut dan dalam
masa yang sama daku berasa cinta dan kasih sayang
terhadapnya. Akan tetapi, timbul pertanyaan dalam hatiku
bahawa siapakah orang Buzurg ini dengan orang-orang yang
di sekelilingnya dan jemaah apakah yang sedang hadir itu?

Seorang dari mereka lalu berkata,


“Dia adalah Syeikh yang telah mengasuhmu atas
perjalanan Ruhaniah. Dia telah melihat kepada Ruhmu
sewaktu ianya masih dalam keadaan zarah di hadapan
HadhratNya. Dikau sedang menjalani latihan di bawah
pengawasannya. Adapun orang Buzurg itu adalah Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu
dan jemaah yang menyertainya adalah Para Khalifahnya
yang memelihara rahsia rantaian emas.”

Lalu diperkenalkan kepadaku seorang demi seorang


dari mereka dengan berkata,
“Ini ialah Khwajah Muhammad Siddiq Rahmatullah
‘Alaih dan ini Khwajah Auliya Kabir Rahmatullah ‘Alaih dan
ini Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘Alaih dan ini
Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih dan
ini Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih.”

Dan tatkala sampai kepada Hadhrat Khwajah


Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, orang itu
berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


678
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Engkau pernah melihatnya ketika dia masih hidup.
Dia adalah Syeikhmu dan dia pernah memberikan satu
kopiah kepadamu, kenalkah kamu kepadanya?”

Daku pun menjawab,


“Ya, kenal.” Bahawa daku mengenali Hadhrat
Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘Alaih,
lalu kenanganku kembali ingat kepada kisah kopiah yang
sudah daku lupakan semenjak sekian lama dan daku pun
tidak tahu di mana ia berada.

Selanjutnya orang itu berkata,


“Kopiah itu kini berada di rumahmu. Berkat kopiah
itu, Allah telah menyelamatkan kamu dari cubaan bala yang
besar di Dunia.”

Sejurus kemudian, Para Jemaah yang hadir itu telah


memberitahu kepadaku,
“Sekarang dengarkanlah baik-baik kerana Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu
akan memberikan pesanan kepadamu yang mana amat
penting bagi dirimu dalam perjalanan Suluk Tariqat menuju
Haq Ta’ala.”

Daku pun memohon untuk bersalaman dengan


Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu
Sirrahu, dan permintaanku itu telah dipenuhi. Mereka pun
menyingkapkan kain tabir hijau yang ada di hadapannya itu
dan daku pun bersalaman dengannya. Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu telah
memberikan daku dua nasihat bimbingan yang mana setiap
satunya amat penting ketika permulaan, pertengahan dan
penghujung dalam perjalanan Suluk.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
679
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Perkara pertama yang disampaikan oleh Hadhrat
Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu
kepadaku adalah berkenaan sumbu lampu pelita yang telah
dilihat olehnya ketika berada di Kubur tadi adalah
mengisyaratkan kepada wujudnya kemampuan dan
kesediaan di dalam diriku, namun kesediaan itu perlu
digerakkan supaya pelita itu dapat terang bercahaya bagi
menzahirkan segala rahsia dan menyuruhku beramal
menurut kemampuan kerana ianya akan menghasilkan
kepada pencapaian maksud.

Perkara kedua yang disampaikannya adalah


penekanan supaya dalam setiap hal keadaan hendaklah
sentiasa berpegang teguh dengan amalan Syari’at dan
Istiqamah dalam perlaksanaannya, beramal dengan ‘Azimah
dan Sunnah serta meninggalkan Rukhsah dan Bida’ah,
sentiasa menjadikan Hadits-hadits Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
contoh tauladannya sebagai Qiblah petunjuk, mempelajari
serta meneliti riwayat kehidupan serta tingkah laku Para
Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan juga kisah perjuangan
mereka yang mulia.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘Alaih juga telah memberikan nasihat kepadaku
agar mengajak manusia dengan bersungguh-sungguh
supaya menuruti tuntunan Al-Quran serta membacanya
siang dan malam, mendirikan kesemua Solat Fardhu dan
Nawafil.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘Alaih juga telah menasihatkan agar jangan
menganggap remeh sebarang perkara yang datang dari
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
680
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
petunjuk Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dalam perkara yang
kecil sekalipun, baik dalam perkara Ibadah mahupun amalan
kebajikan.

Setelah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani


Rahmatullah ‘Alaih selesai memberikan kata-kata petunjuk
dan nasihatnya kepada Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband
Rahmatullah ‘Alaih, seorang dari Khalifah Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun berkata
kepada Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘Alaih,
“Jika kamu inginkan bukti kepastian tentang
kebenaran hal peristiwa ini, maka esok pergilah berjumpa
dengan Hadhrat Maulana Shamsuddin Al-Ambikuti yang
akan mengadili antara dua orang dan katakanlah padanya
bahawa apa yang dikatakan oleh orang Turki dalam
dakwaannya terhadap Saqa si tukang air itu adalah benar
dan katakan padanya bahawa sedangkan kamu sedang
berusaha menolong Saqa si tukang air dan ianya adalah
suatu kesilapan. Perbetulkan dirimu dan bantulah orang
Turki itu dan sekiranya Saqa si tukang air itu mengingkari
dakwaan orang Turki itu maka katakanlah kepada Saqa si
tukang air itu bahawa, aku mempunyai dua bukti, iaitu
ucapkanlah Wahai Saqa! Sesungguhnya Saqa si tukang air
itu mengerti maksud kalimat itu bahawa dirinya sedang
berada dalam kehausan, dan bukti yang kedua ialah bahawa
Saqa si tukang air itu telah berzina dengan seorang
perempuan yang bukan muhrimnya lalu perempuan itu
hamil, kemudian kamu menggugurkan kandungannya dan
kamu menguburkan bayi itu di sebuah tempat di bawah
sepohon kurma.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


681
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Selanjutnya khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun menerangkan,
“Setelah kamu menyampaikan khabar ini kepada
Hadhrat Maulana Shamsuddin, pada keesokan pagi harinya
hendaklah kamu mengambil tiga biji anggur kering lalu
pergilah ke Nasaf melalui jalan Rigastan Merv untuk
berkhidmat kepada Syeikhmu, Hadhrat Sayyid Amir Kulal.
Di tengah perjalanan nanti kamu akan bertemu dengan
seorang Syeikh Tua yang akan memberikan kepadamu
sepotong roti yang panas. Hendaklah kamu mengambilnya
dan jangan bercakap-cakap apa pun dengannya. Kemudian
teruskanlah perjalananmu dan kamu akan bertemu dengan
sebuah Kafilah dan seorang dari mereka akan mencegatmu
sambil menunggang kuda. Berikanlah nasihat kepadanya
kerana dia akan bertaubat di tanganmu dan menjadi
pengikutmu. Pakailah kopiah Qalansuwa ‘Azizan yang telah
diberikan kepadamu oleh Syeikhmu dan berikannya kepada
Hadhrat Sayyid Amir Kulal.”

Kemudian mereka menggoyang-goyangkan tubuh


badanku supaya sedar kembali, lalu daku pun segera
kembali pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, daku pun
bertanya kepada keluargaku tentang kopiah Qalansuwa
‘Azizan itu. Lalu mereka berkata bahawa kopiah tersebut
tetap berada pada tempatnya semenjak sekian lama tanpa
pernah terusik.

Mereka pun membawakan kopiah itu kepadaku dan


sebaik saja daku melihat kopiah tersebut, maka hal
keadaanku mulai berubah, dengan hati yang bergetar dan
jantung yang berdebar daku mulai menangis dengan
bercucuran air mata agak sebegitu lama.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


682
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ketika masuk waktu Solat Subuh daku pun pergi ke
Masjid Maulana Shamsuddin di Ambikata dalam daerah
Bukhara untuk mendirikan Solat Subuh bersamanya.
Sesudah mendirikan Solat, daku pun mengkhabarkan
kepada Maulana Shamsuddin segala hal peristiwa yang
berlaku serta bukti-bukti yang amat menghairankannya
sepertimana yang telah dipesankan kepadanya.

Pada waktu itu, Saqa si tukang air sedang berada


dengan Maulana Shamsuddin dan dia memang mengingkari
kebenaran kata-kata orang Turki itu, lalu daku pun berkata
kepada Saqa si tukang air,
“Daku ada dua bukti, yang pertamanya bahawa
engkau Saqa si tukang air, sedang berada dalam kehausan.”

Kemudian Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband


Rahmatullah ‘Alaih pun menerangkan buktinya yang kedua
dengan menceritakan kisah bahawa Saqa si tukang air itu
telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga
dia menjadi hamil kemudian menggugurkan bayi
kandungan itu dan telah menguburkannya. Setelah daku
menyatakan dua bukti tersebut, dia menerima bukti yang
pertama tetapi menolak bukti yang kedua dengan
membantah melakukan zina. Lalu daku meminta Maulana
Shamsuddin dan para jemaah masjid yang hadir agar pergi
kepada sepohon pokok kurma yang berada berdekatan
dengan masjid. Mereka pun pergi bersama-sama dan benar-
benar mendapati seorang bayi telah dikuburkan di sana.
Saqa si tukang air itu pun terdiam lalu mula menangis dan
memohon maaf atas segala perlakuannya. Maulana
Shamsuddin dan para jemaah masjid itu pun amat terharu
menyaksikan peristiwa itu, lalu kesemuanya pun turut
menangis.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
683
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada keesokan harinya pada waktu Isyraq, daku pun
mengambil tiga biji kismis anggur kering lalu mengambil
jalan Rigastan Merv untuk menuju ke Nasaf. Berita tentang
pemergianku ke sana telah diketahui oleh Maulana
Shamsuddin lalu beliau memanggilku dan memberikan
sepenuh Tawajjuhnya terhadapku seraya berkata,
“Daku dapati dalam dirimu telah terbit suatu
kesakitan, dan penyembuhan dari kesakitan itu ada pada
tangan kami. Kamu telah menempuh jalan yang berliku
dengan susah payah untuk sampai kepada Allah, tinggallah
di sini supaya daku dapat memberikan Tarbiyah
kepadamu.”

Sebagai menjawab permintaannya itu, maka telah


keluar pengucapan dari lidahku,
“Wahai Tuan Syeikh, daku adalah anak orang lain.
Sekalipun tuan mentarbiyahku dengan menyusukan puting
tetek tuan ke mulutku, daku tidak akan dapat menerimannya
melainkan dari orang yang telah ku berikan hidupku
kepadanya dan yang telah ku ambil Bai’ah darinya.”

Mendengarkan perkataanku ini, Maulana


Shamsuddin pun terdiam lalu mengizinkan daku pergi.
Daku pun memperkemaskan ikatan pinggang lalu berangkat
pergi. Tatkala tiba di suatu tempat, daku telah bertemu
dengan seorang Syeikh lelaki tua. Dia memberiku sepotong
roti panas lalu daku pun mengambilnya dan tidak bercakap
walau sepatah sepatah perkataan pun dengannya. Kemudian
daku pun berangkat dari situ dan sewaktu dalam perjalanan,
daku telah bertemu dengan sebuah Kafilah.

Orang-orang dalam Kafilah itu telah bertanya


kepadaku,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
684
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Kamu datang dari mana?”

Daku pun menjawab,


“Dari Anbakut.”

Mereka bertanya ,
“Bilakah kamu mula berangkat dari sana?”

Daku menjawab,
“Ketika waktu Isyraq terbit matahari pagi.”

Ketika daku sedang bertemu mereka, matahari telah


mulai tinggi pada waktu Dhuha. Mereka agak kehairanan
dan tercengang sambil berkata,
“Kami bertolak awal malam tadi dari sana. Jaraknya
yang agak jauh semestinya mengambil masa perjalanan yang
panjang, sedangkan kau bertolak awal pagi dan telah pun
sampai ke sini”

Apabila daku mula bergerak hendak meninggalkan


mereka, tiba-tiba seorang dari mereka yang tidak ku kenali
datang menghadangiku dengan menunggang kuda. Beliau
mengucapkan Salam dan daku menjawabnya lalu dia
bertanya kepadaku,
“Siapakah kamu? Aku berasa agak takut apabila
melihatmu.”

Daku pun berkata,


“Aku adalah orang yang Taubatmu berada di
tanganku.”

Mendengarkan ini, dia pun bingkas turun dari


kudanya dengan penuh hormat dan rendah diri lalu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
685
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mengucapkan Taubat. Ketika itu disampingnya terdapat
banyak botol-botol arak lalu semua botol-botol itu telah
dilemparkannya. Dia telah menemaniku sehinggalah daku
sampai kepada Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal
Rahmatullah ‘alaih.

Setelah daku sampai, terus ku serahkan kopiah


Qalansuwa ‘Azizan ke hadapannya. Hadhrat Sayyid Amir
Kulal Rahmatullah ‘alaih terdiam lalu memberikan
Tawajjuhnya buat beberapa ketika, lalu berkata,
“Ini adalah kopiah Hadhrat Khwajah ‘Azizan ‘Ali
Ramitani Quddisa Sirrahu. Daku telah diberitahu pada
malam tadi yang kamu akan datang membawanya kepadaku
dan daku telah diarahkan untuk menyimpannya dalam
sepuluh helai lapisan kain tutupan.”

Kemudian dia telah memberi kopiah itu kepadaku


dan daku pun menerima kopiah yang penuh berkat itu.
Kemudian dia telah mengarahkan daku masuk ke dalam
bilik khalwatnya dan telah mengajarku tentang Zikir Khafi
Nafi Itsbat di dalam hati dan mengarahkan daku agar
sentiasa berzikir dengannya pada waktu siang dan malam.
Mengingatkan kembali kepada nasihat dan perintah yang
telah disampaikan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih agar sentiasa beramal
dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah, maka daku
pun berzikir dengan Zikir Khafi yang merupakan bentuk
tingkatan Zikir yang tertinggi. Setelah menerima Talqin Zikir
itu, maka dakupun mula bergaul dengan Para ‘Alim ‘Ulama
dan menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ‘Ilmu
Syari’at dan Hadits-Hadits Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, mempelajari tentang perilaku
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
686
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum.
Daku telah mengamalkan apa yang telah di perintahkan
kepadaku dan ternyata keadaan ini telah membawa
perubahan besar dan manafaat kebaikan dalam hidupku.
Semua ucapan pengajaran yang telah disampaikan oleh
Hadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih masih lagi terngiang-ngiang di telingaku dan hasil
susah payahku sudah pun ku perolehi pada waktunya.
Ruhnya sentiasa mendampingiku dan memberikan
pengajaran kepadaku.”

Demikianlah perhubungan Ruhaniyah Hadhrat Shah


Bahauddin dengan Hadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihima menerusi pertalian
Nisbat secara Uwaisiyah.

PERKATAAN HIKMAHNYA DAN HIKMAH


PERKATAANNYA
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah berkata,
“Suatu hari daku sedang berada di perkarangan
tamanku di Qasrul ‘Arifan dengan memakai kopiah
Qalansuwa ‘Azizan dan terdapat para pengikutku di
sekelilingku. Tiba-tiba daku mengalami tarikan Jazbah dari
Tuhan dengan RahmatNya dan daku merasakan bahawa
diriku sedang dipakaikan dengan pakaian dan dihiasi
dengan Sifat-SifatNya. Daku menggeletar dalam keadaan
yang tidak pernah daku alami sebelum ini sehingga daku
berasa tidak mampu untuk berdiri. Daku menghadapkan
diriku ke arah Qiblat dan daku mengalami Musyahadah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


687
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
yang mana daku melihat Fana dengan hakikatnya yang
sebenar.

Daku mendapati diriku telah benar-benar Fana dan


daku tidak melihat sebarang kewujudan melainkan
Tuhanku. Kemudian daku melihat diriku keluar dari
Kehadiran Yang Maha Suci yang terpancar menerusi cermin
MUHAMMAD RASULULLAH dalam rupa bintang yang
bersinar dalam lautan cahaya yang tanpa permulaan dan
penghujung. Kehidupan jasmaniku tamat dan daku hanya
melihat makna LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD
RASUL ALLAH. Hal ini terus membawaku kepada
pengertian makna bagi Nama Zat ALLAH, dan seterusnya
membawaku kepada Zat yang Ghaib Mutlak, yang
merupakan Zat bagi nama HUWA. Apabila daku memasuki
lautan tersebut hatiku berhenti berdenyut dan seluruh
kehidupanku tamat, meletakkan diriku dalam keadaan mati.
Ruhku meninggalkan tubuhku dan kesemua yang berada di
sampingku menyangka bahawa daku sudah mati dan
mereka pun menangis.

Kemudian, setelah enam jam berlalu daku telah


diperintahkan untuk kembali kepada jasadku. Daku
mendapati Ruhku secara perlahan-lahan masuk kembali ke
dalam tubuhku dan Musyahadah itu pun tamat. Menafikan
kewujudan diri dan mengingkari segala kemahuan Nafsu
adalah merupakan keutamaan Tariqat ini. Dalam hal ini
daku telah menerokai setiap tingkatan wujud, yang mana
telah menjadikan daku sebagai sebahagian dari sekelian
ciptaan dan telah terbina suatu keyakinan dalam diriku
bahawa semua orang adalah lebih baik dariku. Daku melihat
bahawa setiap orang memberikan manafaat dan hanya daku
yang tidak memberikan sebarang manafaat.”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
688
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih berkata lagi,
“Pada suatu hari, daku telah mengalami suatu hal
keadaan yang menghairankan. Daku mendengar suara
Ketuhanan berkata,
“Mintalah apa sahaja yang kau suka dari Kami.”

Maka daku pun berkata dengan kerendahan diri,


“Wahai Allah, kurniakanlah daku dengan setitis dari
lautan Rahmat dan KeberkatanMu.”

Suara itu menjawab,


“Engkau hanya meminta setitis dari keluasan Rahmat
Kami?”

Hal ini membuatkan daku berasa seolah-olah


ditampar pada wajahku dan rasa kesakitannya terasa di
pipiku selama beberapa hari. Kemudian, pada suatu hari
daku berkata,
“Wahai Allah, kurniakanlah daku dari lautan Rahmat
dan KeberkatanMu kekuasaan untuk memikulnya.”

Pada waktu itu pandangan Musyahadah telah


dibukakan padaku yang mana daku telah didudukkan atas
sebuah singgahsana dan singgahsana itu berada di atas
sebuah lautan Rahmat, dan suatu suara berkata kepadaku,
“Lautan Rahmat ini adalah untukmu, berikanlah ia
kepada hamba-hambaku.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata lagi,
“Daku menerima rahsia dari setiap sudut, khasnya
dari Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih yang
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
689
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mana telah menggalakkan daku agar melepaskan diri dari
sebarang urusan Duniawi dan menghubungkan diriku secara
khusus dengan urusan Keruhanian. Daku telah
melaksanakannya dengan berpegang teguh pada Syara’ dan
menurut arahan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga daku pun
mulalah menyebarkan ‘Ilmu Ghaib dan kurniaan rahsia dari
Zat Yang Esa, yang belum pernah dikurniakan kepada
sesiapa pun.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih pernah berkata,
“Ketika zamanku mula-mula menempuh Manzil
perhentian dan Maqamat, daku telah mengalami hal keadaan
yang serupa dengan hal yang telah dialami oleh Hadhrat
Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih dan hampir-hampir
terkeluar kenyataan dari lidahku sepertimana perkataan
yang telah terbit dari lidah Hadhrat Mansur Al-Halaj
Rahmatullah ‘alaih. Di sana hanya ada sebuah rumah dan
daku telah dua kali membawa diriku ke rumah tersebut dan
berkata pada diriku bahawa tempatmu adalah pada rumah
ini. Akan tetapi, dengan Kurniaan Fadhzal Ilahi daku telah
berjaya menempuh Manzil perhentian ini. Jika pada masa itu
terdapat walau seorang pun dari Khalifah Hadhrat Khwajah
‘Abdul Khaliq Rahmatullah ‘alaih di atas muka bumi ini,
nescaya sudah pasti Mansur tidak akan berdiam dalam
rumah itu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Kewalian adalah suatu nikmat yang besar. Seseorang
Wali hendaklah memahami bahawa dirinya adalah Wali
supaya dia dapat mengerjakan Syukur. Wali adalah Mahfuz
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
690
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
terpelihara. Dengan ‘Inayah Ilahi hal seseorang Wali tidak
pernah terlepas dariNya dan dia terpelihara dari sebarang
kejahatan manusia. Hendaklah jangan bergantung kepada
perkara Khawariq yang mencarik adat dan pada zahirnya
sebarang keramat. Urusan Mu’amalah yang sebenarnya
adalah pada Istiqamah. Para Auliya ada mengatakan
bahawa,
“Hendaklah menuntut Istiqamah, jangan menuntut
Karamah, kerana sesungguhnya Tuhan kamu menuntut
darimu Istiqamah dan Nafsumu menuntut darimu
Karamah.”

Dan Para ‘Alim ‘Ulama Agama pula ada mengatakan


bahawa,
“Jika seseorang Wali itu melalui sebuah taman dan
dari setiap dedaunan pokok itu keluar suara yang berkata,
“Wahai Wali Allah,” maka pada saat itu sekalipun janganlah
sesekali memberikan sebarang tumpuan Tawajjuh
terhadapnya samada secara Zahir mahupun Batin, bahkan
dalam setiap saat dia hendaklah berusaha membawa sifat
kehambaan dan merendahkan hati dengan merasakan
kekurangan pada diri. Pada diri Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya
merupakan suatu sifat yang sangat sempurna yang mana
walaupun kenikmatan dan kemuliaan Tuhan melimpah-ruah
ke atasnya, dengan kadar itu juga Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
dilebihkan dalam sifat kehambaan, kerendahan diri dan hati
serta perasaan miskin. Sesungguhnya keadaan inilah yang
menyebabkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Apakah daku tidak mahu menjadi hamba Tuhan
yang bersyukur?”
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
691
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah berkata,
“Rahmatan Lil ‘Alamin Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda, “Nasib ummatku dari Neraka Jahannam adalah
sepertimana nasib Hadhrat Baginda Nabi Ibrahim
‘Alaihissalam dari api Namrud.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah berkata,
“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan
merupakan ‘Urwatil Wutsqa (Pegangan Kukuh), dengan
berpegang teguh secara sempurna dan menuruti Sunnah
Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa
daku ke jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal hingga ke
akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan
kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami, dengan amal
yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan terbuka dengan
menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu
‘Alaihi Wasallam.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah berkata,
“Barangsiapa yang mengenal Ma’rifat Allah, tidak
akan tersembunyi atasnya walau sesuatu, yakni seseorang
‘Arif, apabila memberikan tumpuan Tawajjuhnya terhadap
sesuatu, maka ianya akan terzahir padanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Selama 40 tahun daku telah melihat ke dalam cermin
diri tentang kewujudan kami. Cermin ini tidak pernah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
692
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
melakukan kesalahan sama sekali, yakni apa yang dilihat
oleh Para Auliya Allah, mereka melihatnya menerusi cahaya
Nur Firasat dari Allah Ta’ala.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Walaupun Solat, Puasa, Riyadhah dan Mujahadah
merupakan perantaraan untuk mencapai Hadhrat Haq Ta’ala
Wa Taqaddas tetapi di sisi kami, tanpa meninggalkan ikhtiar
dan merasakan bahawa amalan diri sendiri adalah kurang,
urusan Mu’amalah tidak akan menjadi betul.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah berkata,
“Barangsiapa yang memalingkan lehernya dari
Tariqat kami, ianya menandakan terdapat kerosakan pada
Agamanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih juga telah berkata,
“Tariqat kami adalah Suhbat yakni sentiasa bersama
kerana menerusi Khalwat akan terhasil Syuhrat
kemasyhuran dan dalam Syuhrat kemasyhuran itu terdapat
Afat bala musibah. Kebaikan ada dalam Jam’iyat dan
Jam’iyat terhasil menerusi Suhbat dan Suhbat adalah dengan
menafikan antara satu sama lain.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


‘alaih juga berkata,
“Dalam Tariqat kami juga, seseorang Salik itu tidaklah
dituntut untuk mengetahui di manakah maqam
kedudukannya supaya pengetahuan tersebut tidak menjadi
Hijab dalam perjalanannya. Seseorang Pir itu hendaklah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
693
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mempunyai khabar tentang hal keadaan yang telah berlaku
dan yang akan berlaku pada seseorang penuntutnya supaya
dia dapat memberikan Tarbiyah yang sesuai untuknya.
Antara syarat bagi urusan menuntut ialah apabila dia telah
menetapkan untuk bersahabat dengan mana-mana Rakan
Haq Subhanahu Wa Ta’ala, hendaklah dia menyedari akan
hal keadaannya dan pada masa itu hendaklah
mempertimbangkan perkara-perkara yang telah lepas. Jika di
dapati sebarang kekurangan dan pertambahan
kesempurnaan di dalam dirinya, maka dengan lidah
perkataannya hendaklah dia berikhtiar memilih ucapan-
ucapan yang baik dan hendaklah menganggap bahawa
bersuhbat dengannya adalah Fardhu ‘Ain ke atas dirimu.”

Dalam sebuah perhimpunan Para ‘Alim ‘Ulama di


Baghdad, Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah ditanya tentang perbezaan perkataan yang telah
diucapkan oleh keempat-empat orang Khalifah Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau menjawab,
“Suatu ketika, As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah
berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah
berada di sebelumnya,” dan ‘Umar Al-Faruq Radhiyallahu
‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah
berada di belakangnya,” dan ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu
telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah
berada di sampingnya,” dan ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu telah
berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


694
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah
berada di dalamnya.” Perbezaan dalam ucapan-ucapan ini
adalah berdasarkan kepada keadaan masa ianya diucapkan
dan bukanlah kerana perbezaan dalam keyakinan mahupun
kefahaman.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband


Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Apa yang ada di sebalik pengertian Hadits Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Sebahagian daripada Iman ialah mengalihkan
sesuatu yang memudharatkan dari jalan.”
Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang
memudharatkan ialah keakuan Nafs dan apa yang
dimaksudkan dengan jalan ialah Jalan Allah sepertimana Dia
telah berkata kepada Hadhrat Abu Yazid Bistami,
“Tinggalkan Nafsmu dan datanglah kepada Kami.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband


Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Jalan untuk mencapai Ma’rifat Allah Ta’ala yang
Para ‘Arif telah menghasilkan Ma’rifat menerusinya dan
diharamkan kepada selain mereka, ada tiga jalan iaitu yang
pertama Muraqabah, yang bermaksud melupakan
pandangan terhadap makhluk dengan sebab pandangan
yang sentiasa terhadap Khaliq.

Sentiasa bermuraqabah adalah suatu perkara yang


sangat penting yang sepertimana haknya sangat sedikit
orang yang mampu menghasilkannya dan daku telah
mengetahui jalan untuk menghasilkannya, ianya adalah
dengan melawan kehendak Nafs dan menuruti Sunnah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


695
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Yang kedua Musyahadah yang bermaksud
penyaksian Warid yang bersifat ghaib, yang turun dalam
hati seseorang Salik meskipun ianya cepat berlalu dan tidak
tetap lama, kerana itulah ianya tidak dapat dicapai
pemahamannya bahkan ianya adalah sifat yang menjadi Hal
bagi kami. Ianya dapat dikenalpasti menerusi Qabadhz dan
Basat yakni sewaktu hal keadaan Qabadhz kami meyaksikan
Musyahadah Sifat Jalal dan sewaktu hal keadaan Basat kami
menyaksikan Musyahadah Sifat Jamal.

Yang ketiga Muhasabah yang bermaksud, apa sahaja


yang telah berlaku pada kita, hendaklah kita menghitungnya
pada setiap jam iaitu bagaimanakah kita melaluinya? Jika
kita melihat bahawa terdapatnya kerugian maka hendaklah
kita melakukan Baz Gasht dan hendaklah kita berikhtiar
untuk kembali semula kepada amalan kita. Jika kita melihat
bahawa terdapatnya perkara kebaikan maka hendaklah kita
bersyukur dan hendaklah kita berhenti sebentar pada hal
keadaan tersebut dan hendaklah berusaha melakukan
amalan ini.”

SYEIKH SYUYUKH PIR PIRAN


KHWAJAH KHWAJAHGAN
HADHRAT MAULANA KHWAJAH
KHAN MUHAMMAD
HADHRAT Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib
dilahirkan pada tahun 1920 Masihi di sebuah perkampungan
bernama Dang dalam daerah Mianwali, Pakistan. Nasab
beliau dari bapanya bernama Malik Khwajah ‘Umar Sahib
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
696
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
anak kepada Malik Mirza Sahib anak kepada Malik Ghulam
Muhammad Sahib dari suku kaum Talukar, Rajput.

Beliau memperolehi Nisbat Batiniyah menerusi


Qayyum Zaman Sayyidina Wa Murshidina Qiblah Hadhrat
Aqdas Maulana Muhammad ‘Abdullah Rahmatullah ‘alaih
yang merupakan penyambung Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini sesudah Hadhrat A’la
Maulana Abus Sa’ad Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih dan
beliau mengambil Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah ini dari Imamul Auliya Hadhrat Khwajah Haji
Muhammad Sirajuddin Rahmatullah ‘alaih. Bapanya
Hadhrat Malik Khwajah ‘Umar Rahmatullah ‘alaih
merupakan saudara sepupu dengan Hadhrat A’la Maulana
Abus Sa’ad Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib


memulakan pengajian di sekolah rendah akademik sehingga
ke darjah 6 atas kehendak bapanya, kemudian
menghantarnya kepada Hadhrat A’la Maulana Abus Sa’ad
Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih untuk mempelajari ilmu-
ilmu Syari’at dan Tariqat serta berkhidmat di Khanqah
Sirajiah.

Beliau mula-mula mempelajari Al-Quran dari


Maulana Sayyid ‘Abdul Latif Shah Sahib kemudian
mempelajari Adab Kesusasteraan Farsi dan seterusnya
mempelajari Ilmu Nahwu dan Saraf Bahasa ‘Arab dari
Hadhrat Aqdas Maulana Muhammad ‘Abdullah
Rahmatullah ‘alaih. Setelah mendapat pengajian asas agama,
beliau melanjutkan pengajiannya di Darul ‘Ulum ‘Aziziah
dan seterusnya melanjutkan pengajian tingginya di Jamiah
Islamiah Dabhil dalam daerah Surat, India. Di sana beliau
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
697
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
mempelajari kitab Mishkat, Jalalain, Hidayah, Maqamat
Hariri dan berbagai lagi kitab.

Sesudah itu beliau melanjutkan lagi pengajiannya


dalam bidang Tafsir dan Hadits di Darul ‘Ulum Deoband
pada tahun 1362 Hijrah. Di sana beliau mendapat pendidikan
Hadits dari Hadhrat Maulana Sayyid Hussin Ahmad Madani
Quddisa Sirruhu dan Maulana I’zaz ‘Ali Sahib Rahmatullah
‘alaih.

Setelah tamat pengajian Ilmu Syari’at beliau kembali


ke Khanqah Sirajiah untuk mendalami Ilmu Tariqat dan
penyucian batin dari Hadhrat A’la Maulana Abus Sa’ad
Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih. Beliau mempelajari kitab
Kanzul Hidayat, Makatib Hadhrat Shah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Quddisa Sirruhu, Hidayatut Talibin, Maktubat
Ma’sumiah dan Maktubat Imam Rabbani Hadhrat Mujaddid
Alf Tsani Quddisa Sirruhu.

Beliau berkhidmat di Khanqah Sirajiah selama


bertahun-tahun di bawah asuhan Hadhrat A’la Maulana
Abus Sa’ad Ahmad Khan Rahmatullah ‘alaih dan sesudah
kewafatan gurunya, beliau meneruskan khidmatnya di
Khanqah Sirajiah di bawah asuhan Hadhrat Aqdas Maulana
Muhammad ‘Abdullah Rahmatullah ‘alaih dan di bawah
asuhannyalah beliau menamatkan kesemua maqam dalam
suluk sehingga menerima Khilafah dan Ijazah dalam Silsilah
‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah. Setelah itu, beliau
menerima Khilafah dan Ijazah dalam empat silsilah iaitu
Naqshbandiyah Mujaddidiyah, Qadiriyah, Chishtiyah dan
Suhrawardiyah dari Hadhrat Haji Mian Jan Muhammad
Sahib Rahmatullah ‘alaih. Kemudian beliau menerima
Khilafah dan Ijazah dalam tujuh silsilah iaitu Naqshbandiyah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
698
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mujaddidiyah, Qadiriyah, Chishtiyah, Suhrawardiyah,
Qalandariyah, Madariyah dan Kubrawiyah dari Hadhrat
Sayyid ‘Abdul Latif Shah Sahib Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib


meupakan salah seorang penyambung Silsilah Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang tinggi dan merupakan
seorang Syaikhul Masyaikh yakni Syeikh Para Syeikh atau
disebut sebagai Khwajah Khwajahgan. Di samping
menjalankan tanggungjawab Tasfiyatul Qulub dan
Tazkiyatun Nafs yakni penyucian hati kepada para
muridnya atas jalan Naqshbandiyah, beliau juga
menjalankan tanggungjawab sebagai Amir Jemaah ‘Alami
Majlis Tahafuz Khatamun Nubuwwat bagi menentang
golongan sesat Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam
Ahmad Qadiani di seluruh dunia atau kini dikenali sebagai
Pergerakan Islam Ahmadiyya. Pergerakan sesat Ahmadiyya
Qadiani ini telah menular ke sebahagian besar negara-negara
Islam dan bukan Islam seperti India, Pakistan, England,
Amerika, Afrika, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Bagi menangkis pergerakan sesat inilah maka Majlis


Tahafuz Khatamun Nubuwwat dibangkitkan pada 12 Rabi’ul
Akhir 1374 Hijrah bersamaan 13 Disember tahun 1954 Masihi
dan Amir Jemaah Pertama yang dilantik adalah Hadhrat
Maulana Sayyid ‘Ataullah Shah Bukhari Rahmatullah ‘alaih.
Pada 12 Syawal 1382 Hijrah bersamaan 9 Mac 1963, Amir
Jemaah Kedua iaitu Hadhrat Qadhi Ihsan Ahmad Syuja’
Abadi Rahmatullah ‘alaih telah dilantik bagi menggantikan
Hadhrat Maulana Sayyid ‘Ataullah Shah Bukhari
Rahmatullah ‘alaih. Pada 9 Sya’ban 1386 Hijrah bersamaan
23 November 1966 Amir Jemaah Ketiga ialah Hadhrat
Maulana Muhammad ‘Ali Jalandhari Rahmatullah ‘alaih.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
699
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Pada 24 Safar 1391 Hijrah bersamaan 21 April 1971
Hadhrat Maulana Lal Hussin Akhtar Rahmatullah ‘alaih
telah dilantik sebagai Amir Jemaah Keempat. Pada 29 Rabi’ul
Akhir 1392 Hijrah bersamaan 11 Jun 1973 Hadhrat Maulana
Muhammad Hayat Rahmatullah ‘alaih telah dilantik sebagai
Amir Jemaah Kelima. Pada 5 Rabi’ul Awal 1394 Hijrah
bersamaan 9 April 1974 Maulana Sayyid Muhammad Yusuf
Binori Rahmatullah ‘alaih telah dilantik sebagai Amir Jemaah
Keenam dan Hadhrat Maulana Khwajah Khan Muhammad
telah dilantik sebagai Naib Amir. Pada 3 Zulkaedah 1397
Hijrah bersamaan 17 Oktober 1977 Hadhrat Maulana Khan
Muhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali telah dilantik sebagai
Amir Jemaah Ketujuh hingga sekarang. Sehingga kini beliau
masih berada di Khanqah Sirajiah, Kundiyan, Mianwali,
Pakistan. Beliau mempunyai ramai murid dan pengikut dari
seluruh benua Hindi, Arab, Eropah dan Nusantara.

Amalan hariannya di Khanqah Sirajiah selepas Solat


Subuh, beliau menjalankan majlis zikir Khatam Khwajahgan,
pembacaan kitab-kitab Tariqat Tasawwuf Naqshbandiyah
khususnya Maktubat Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf
Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih dan
kemudian beliau dan para jemaah akan bermuraqabah
sehingga ke waktu Ishraq lebih kurang dalam limabelas
minit dan setelah itu beliau akan pulang kerumahnya untuk
bersarapan pagi.

Hadhrat Syeikhul Masyaikh Khwajah Khwajahgan


Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib datang kembali
ke Khanqah sesudah sarapan untuk bersuhbah dengan Para
Muridnya sehingga ke tengahari dan beliau akan kembali ke
rumahnya untuk makan tengahari. Beliau akan berehat
sebentar sementara menantikan waktu Zohor dan apabila
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
700
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
masuknya waktu Solat, beliau akan datang ke Masjid untuk
mengimami Solat Zohor dan sesudah Solat, beliau akan akan
menjalankan majlis zikir Khatam Imam Rabbani dan sesudah
itu kembali ke Khanqah untuk bersuhbah dengan Para
Muridnya sehinggalah masuk waktu ‘Asar.

Apabila masuk waktu ‘Asar, beliau akan sekali lagi


mengimami Solat ‘Asar dan sesudah Solat, beliau sekali lagi
memimpin majlis zikir Khatam Khwajahgan dan menyemak
pembacaan kitab-kitab Tariqat dan Tasawwuf oleh murid-
muridnya sehinggalah ke waktu Maghrib.

Sesudah bersolat Maghrib secara berjemaah, beliau


akan kembali ke rumahnya untuk menikmati hidangan
makan malam dan kembali ke masjid untuk bersolat Isyak
bersama jemaah. Selepas Solat Isyak, beliau akan bersuhbah
dengan Para Murid sehingga hampir lewat malam dan jika
dalam bulan Ramadhan, beliau akan bersolat Tarawih
bersama jemaah sebanyak 23 rakaat dengan pembacaan tiga
juzuk.

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan


keupayaan untuk melakukan amalan yang soleh sepertimana
Para Masyaikh.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


701
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BAB 19: SYAJARAH TAYYIBAH

SETIAP hari sewaktu terbit dan sebelum terbenam matahari,


bacalah "A'uzubillahi Minash-Syaitanir Rajim", lalu
membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim" dan "Surah Al-
Fatihah" sekali dan "Surah Al-Ikhlas" sebanyak 3 kali
beserta "Bismillahir Rahmanir Rahim", kemudian
dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian
Rauhaniyah Para Masyaikh Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah seperti berikut:

"Ya Allah, telah ku hadiahkan seumpama pahala


bacaan Fatihah dan Qul Huwa Allah kepada sekelian
Arwah Muqaddasah Masyaikh Akabirin Silsilah 'Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah."

Seterusnya membaca Syajarah Tayyibah ini pada


kedua-dua waktu yang tersebut.

f
Bismillahir Rahmaanir Rahiim

1. Ilahi bihurmati Syafi'ul Muznibin Rahmatan lil 'Alamin


Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
2. Ilahi bihurmati Khalifah Rasulullah Hadhrat Abu Bakar
Siddiq Radhiyallahu 'Anhu.
3. Ilahi bihurmati Sahibi Rasulullah Hadhrat Salman Farisi
Radhiyallahu 'Anhu.
4. Ilahi bihurmati Hadhrat Qosim bin Muhammad bin Abi
Bakar Radhiyallahu 'Anhum.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


702
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
5. Ilahi bihurmati Hadhrat Imam Ja'afar Sadiq Radhiyallahu
'Anhu.
6. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami
Rahmatullah 'alaihi.
7. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abul Hassan Kharqani
Rahmatullah 'alaihi.
8. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abu 'Ali Faramadi
Rahmatullah 'alaihi.
9. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Yusof Hamdani
Rahmatullah 'alaihi.
10. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah 'alaihi.
11. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Arif Riwagari
Rahmatullah 'alaihi.
12. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir
Faghnawi Rahmatullah 'alaihi.
13. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Azizan 'Ali Ramitani
Rahmatullah 'alaihi.
14. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Baba
Sammasi Rahmatullah 'alaih.
15. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal
Rahmatullah 'alaihi.
16. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah 'alaihi.
17. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Alauddin 'Attar
Rahmatullah 'alaihi.
18. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Ya'qub Carkhi
Rahmatullah 'alaihi.
19. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar
Rahmatullah 'alaihi.
20. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Zahid
Rahmatullah 'alaihi.
21. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Darwish Muhammad
Rahmatullah 'alaihi.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
703
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
22. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Khwajah Amkangi
Rahmatullah 'alaihi.
23. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah 'alaihi.
24. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mujaddid Alf Tsani
Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaihi.
25. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum
Rahmatullah 'alaihi.
26. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Syeikh Saifuddin
Rahmatullah 'alaihi.
27. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Sayyid Nur Muhammad
Budayuni Rahmatullah 'alaihi.
28. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Jan
Janan Syahid Rahmatullah 'alaihi.
29. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Khwajah Shah
‘Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'alaihi.
30. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa’id
Rahmatullah 'alaihi.
31. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id
Rahmatullah 'alaihi.
32. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad
Qandahari Rahmatullah 'alaihi.
33. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Haji Muhammad
'Utsman Rahmatullah 'alaihi.
34. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Haji Muhammad
Sirajuddin Rahmatullah 'alaihi.
35. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Abu Sa'ad
Ahmad Khan Rahmatullah 'alaihi.
36. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Muhammad
'Abdullah Rahmatullah 'alaihi.
37. Ilahi bihurmati Hadhrat Maulana Khwajah Khan
Muhammad Sahib Mudda Zilluhul 'Ali.
38. Ilahi bihurmati Hadhrat Faqir Maulawi Jalalluddin
Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
704
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
39. Bar Faqir Haqir, Khak Paey Buzurgan, La Syai Miskin
........................……………………..'Ufiya 'Anhu Par, Raham
Farma Wa Muhabbat Wa Ma'rifat Wa Jam'iyat Zahiri Wa Batini
Wa 'Afiyati Darain Wa Bahrahi Kamil Az Fuyudzi Wa Barkati In
Buzurgan Rozi Ma Kun. Robbana Tawaffana Muslimin, Wa
Alhiqna Bissolihin.
Kepada hamba yang faqir dan hina yang di bawah telapak
kaki Para Masyaikh yang tiada apa-apa lagi miskin
……............................….………………… semoga di
ampunkan, Rahmatilah kami dan kurniakanlah Kasih
Sayang dan Makrifat serta Jam'iyat Zahir dan Batin serta
‘Afiyat di Dunia dan Akhirat dan Lautan Kesempurnaan dari
Limpahan Faidhz dan keberkatan Para Masyaikh ini.

Ya Tuhan kami, matikanlah kami sebagai Muslim dan


sertakanlah kami bersama Para Salihin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


705
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KHATIMAH
KHATAM KHWAJAHGAN HADHARAT
NAQSHBANDIYAH
SYEIKH memulakan dengan berdoa membaca Surah Al-
Fatihah berserta Ta’awuz dan Bismillah sekali kemudian
mengagih-agihkan biji-biji Tasbih yang berjumlah 110 biji,
sama ada berupa biji kurma atau biji kayu atau biji batu
kepada ahli jemaah zikir.

Pertama sekali Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji


Tasbih dan memberikannya kepada sebelah kanan dan
kirinya, maka yang menerimanya hendaklah membaca Surah
Al-Fatihah dan setelah membacanya, mereka hendaklah
mengembalikan biji Tasbih tersebut kepada Syeikh.

Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 21 biji


Tasbih untuk dirinya dan mengagihkan yang baki
kesemuanya kepada sekelian ahli jemaah zikir, maka yang
menerimanya hendaklah membaca Selawat sebanyak mana
bilangan biji Tasbih yang diterimanya, jumlah keseluruhan
bacaan Selawat adalah 100 kali.

Kemudian membaca Surah Alam Nasyrah sebanyak


mana bilangan Tasbih yang diterimanya, jumlah keseluruhan
bacaan adalah 79 kali. Kemudian jemaah zikir hendaklah
membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak bilangan biji Tasbih yang
diterimanya dengan sepuluh pusingan, yang berjumlah 1000
kali bacaannya.

Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji Tasbih


dan memberikannya kepada sebelah kanan dan kirinya,
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
706
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
maka yang menerimanya hendaklah membaca Surah Al-
Fatihah dan setelah membacanya hendaklah mengembalikan
biji Tasbih tersebut kepada Syeikh.

Kemudian hendaklah membaca Selawat sebanyak mana


bilangan biji Tasbih yang ada padanya, dengan jumlah
bacaan 100 kali.

Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Qaadhiyal Haajaat,


maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati
sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya.
Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Kaafiyal Muhimmaat,
maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati
sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya.
Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Daafi'al Baliyyaat, maka
jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak
mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian
Syeikh mengucapkan Ya Shaafiyal Amradhz, maka jemaah
zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana
bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh
mengucapkan Ya Rafii'ad Darajaat, maka jemaah zikir
hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan
biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh
mengucapkan Ya Mujiibad Da'awaat, maka jemaah zikir
hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan
biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh
mengucapkan Ya Arhamar Rahimiin, maka jemaah zikir
hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan
biji Tasbih yang ada padanya. Kesemua ucapan tersebut
berjumlah 100 kali setiap satunya dan setelah selesai
melakukan kesemua zikir-zikir tersebut, jemaah zikir
hendaklah mengembalikan kesemua biji-biji Tasbih kepada
Syeikh. Kemudian Syeikh mengangkat tangan berdoa
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
707
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
dengan membaca Surah Al-Fatihah dan menghadiahkan
seluruh pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah
Hadharat Khwajahgan Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Menerusi keberkatannya lalu berdoalah memohon hajat
masing-masing dari Allah Qadhiyul Hajat.

RINGKASAN KHATAM KHWAJAHGAN


1. DOA AL-FATIHAH
2. Surah Al-Fatihah - 7 kali
3. Selawat - 100 kali
4. Surah Alam Nasyrah - 79 kali
5. Surah Ikhlas - 1000 kali
6. Surah Al-Fatihah - 7 kali
7. Selawat - 100 kali
8. Ya Qaadhiyal Haajaat - 100 kali
9. Ya Kaafiyal Muhimmaat - 100 kali
10. Ya Daafi'al Baliyyaat - 100 kali
11. Ya Shaafiyal Amradhz - 100 kali
12. Ya Rafii'ad Darajaat - 100 kali
13. Ya Mujiibad Da'awaat - 100 kali
14. Ya Arhamar Rahimiin - 100 kali
15. DOA AL-FATIHAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


708
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

ZIKIR KHATAM

KHATAM NABI SALLALLAHU TA’ALA ‘ALAIHI


WA ‘ALA ALIHI WA ASHABIHI
WA BARIK WA SALLAM

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammadin Wa 'Ala Ali


Sayyidina Muhammad, Solatan Tunjina Biha Min Jami'il
Ahwali Wal Afat, Wa Taqdhi Lana Biha Jami'il Hajat,
Wa Tutohhiruna Biha Min Jami'is Sayyiat, Wa Tarfa'una
Biha 'Indaka A'lad Darojat, Wa Tuballighuna Biha Aqsol
Ghoyat Min Jami'il Khoyrat Fil Hayati Wa Ba'dal Mamat,
Innaka 'Ala Kulli Syai In Qodir - 313 kali

KHATAM HADHRAT GHAUTSUL A’ZAM MAHBUB


SUJANI SYEIKH ‘ABDUL QADIR AL-JAILANI
RAHMATULLAH ‘ALAIH

Selawat - 100 kali


Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil - 500 kali
Selawat - 100 kali

KHATAM HADHRAT KHWAJAH SHAH BAHAUDDIN


NAQSHBAND AL-BUKHARI AL-UWAISI
RAHMATULLAH ‘ALAIH

Selawat - 100 kali


Ya Khafiyyal Lutfi Adrikni Bi Lutfikal Khafiy - 500 kali
Selawat - 100 kali

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


709
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

KHATAM HADHRAT IMAM RABBANI MUJADDID


ALF TSANI SYEIKH AHMAD FARUQI SIRHINDI
RAHMATULLAH ‘ALAIH

Selawat -100 kali


La Haula Wala Quwwata Illa Billah - 500 kali
Selawat - 100 kali

KHATAM HADHRAT SHAH ‘ABDULLAH GHULAM


‘ALI DEHLAWI RAHMATULLAH ‘ALAIH

Selawat - 100 kali


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Arhamar Rahimin Wa Sallallahu 'Ala Khoyri Kholqihi -
500 kali
Selawat - 100 kali

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


710
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

RINGKASAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH


MUJADDIDIYAH
ZIKIR ISMU ZAT
Allah Allah

ZIKIR NAFI ITSBAT


La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah

PENGAJARAN ASAS ]ADHRAT KHWAJAH ‘ABDUL


KHALIQ GHUJDUWANI RAHMATULLAH ‘ALAIH
1. Yad Kard
2. Baz Gasht
3. Yad Dasyat
4. Nigah Dasyat
5. Hosh Dar Dam
6. Nazar Bar Qadam
7. Safar Dar Watan
8. Khalwat Dar Anjuman

TAMBAHAN ASAS HADHRAT SHAH BAHAUDDIN


NAQSHBAND BUKHARI RAHMATULLAH ‘ALAIH
1. Wuquf Qalbi
2. Wuquf ‘Adadi
3. Wuquf Zamani

SUMBER MA’RIFAT HADHRAT SHAH BAHAUDDIN


NAQSHBAND BUKHARI RAHMATULLAH ‘ALAIH
1. Muraqabah
2. Musyahadah
3. Muhasabah
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
711
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

PEMBAHARUAN DARI HADHRAT IMAM RABBANI


MUJADDID ALF TSANI SYEIKH AHMAD FARUQI
SIRHINDI RAHMATULLAH ‘ALAIH

1. Tariqah Zikir:
1. Ismu Zat Latifah Qalb
2. Ismu Zat Latifah Ruh
3. Ismu Zat Latifah Sirr
4. Ismu Zat Latifah Khafi
5. Ismu Zat Latifah Akhfa
6. Ismu Zat Latifah Nafs
7. Ismu Zat Latifah Qalibiyah
8. Nafi Itsbat

2. Tariqah Muraqabah:
1. Muraqabah Ahadiyat
2. Muraqabah Tajalliyat Latifah Qalb
3. Muraqabah Tajalliyat Latifah Ruh
4. Muraqabah Tajalliyat Latifah Sir
5. Muraqabah Tajalliyat Latifah Khafi
6. Muraqabah Tajalliyat Latifah Akhfa
7. Muraqabah Ma’iyat – Wilayah Sughra
8. Muraqabah Aqrabiyat Wilayah Kubra Daerah Ula
9. Muraqabah Aqrabiyat Wilayah Kubra Daerah
Tsaniah
10. Muraqabah Aqrabiyat Wilayah Kubra Daerah
Tsalitsah
11. Muraqabah Qaus
12. Muraqabah Wilayah ‘Ulya Isim Az-Zahir
13. Muraqabah Wilayah ‘Ulya Isim Al-Batin
14. Muraqabah Kamalat Nubuwat
15. Muraqabah Kamalat Risalat
16. Muraqabah Kamalat Ulul ‘Azmi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
712
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
17. Muraqabah Haqiqat Ka’bah Rabbani
18. Muraqabah Haqiqat Al-Quran Al-Majid
19. Muraqabah Haqiqat Solat
20. Muraqabah Ma’budiyat Sarfah
21. Muraqabah Haqiqat Ibrahimi
22. Muraqabah Haqiqat Musawi
23. Muraqabah Haqiqat Muhammadi
24. Muraqabah Haqiqat Ahmadi
25. Muraqabah Hubbu Sarfah
26. Muraqabah Daerah La Ta’yin

4. Tariqah Rabitah Syeikh

USUL ASAS TARIQAH NAQSHBANDIYAH


RINGKASAN DARI HADHRAT SHAH GHULAM ‘ALI
DEHLAWI RAHMATULLAH ‘ALAIH
1. Wuquf Qalbi
2. Tawajjuh Mabda Faidhz
3. Nigah Dasyat
4. Dawam Zikir
5. Suhbah Syeikh

MAQAMAT ‘ASYARAH - SEPULUH MAQAMAT


1. Taubah
2. Inabah
3. Sabar
4. Syukur
5. Qana’ah
6. Wara’
7. Taqwa
8. Taslim
9. Tawakkal
10. Redha
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
713
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

GLOSARI - ISTILAH NAQSHBANDIYAH


A
Akhirat - Kehidupan yang kekal sesudah mati
Agama - Ad-Din, Syariat dan hukum-hakam Islam, ketaatan.
Ahadiyah - Keesaan
Ahmad - Yang Paling Terpuji
Ahwal - Hal-hal keadaan
Akabirin - Syeikh-syeikh besar
Akhfa - Yang paling tersembunyi, Latifah Alam Hahut di
Alam Amar
Alam Amar - Alam di atas ‘Arasy
Alam Arwah - Alam Para Ruh
Alam Bahut - Alam Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Hahut - Alam Zat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Jabarut - Alam Para Ruh
Alam Kabir - Makrokosmos
Alam Khalaq - Alam di bawah ‘Arasy
Alam Lahut - Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Malakut - Alam Para Malaikat
Alam Saghir - Mikrokosmos
Allah - Nama Zat Tuhan yang wajib wujud secara mutlak,
memiliki segala sifat kesempurnaan dan suci dari
segala sifat kekurangan, Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Alf Tsani - Seribu tahun kedua sesudah Hijrah Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam
Amir - Pemimpin jemaah
Anjuman - Khalayak ramai
Anwar - Kata jamak bagi Nur, cahaya-cahaya
Aqrab - Paling dekat
Aulia - Kata jamak bagi Wali
Awrad - Himpunan wirid-wirid
Azkar - Kata jamak bagi Zikir
‘Adadi - Bilangan
‘Ainul Yaqin - Syuhud, Ihsan
‘Aliyah - Yang tinggi
‘Aqidah - Pegangan i’tiqad, keimanan
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
714
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
‘Arasy - Tempat Allah Subhanahu Wa Ta’ala bersemayam

B
Bai‘ah - Janji taat setia
Baz Gasht - Kembali kepada Allah dengan lafaz “Ilahi Anta
Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka
Wa Ma’rifataka”.
Basirah - Pandangan mata hati
Basyariyah - Sifat-sifat manusiawi
Bida ‘ah - Amalan yang tidak menuruti Sunnah

C
Chishtiyah - Tariqat Hadhrat Maulana Syeikh Mu‘inuddin Chishti
Rah. ‘alaih

D
Da‘i - Seorang pendakwah.
Dakwah - Menyeru kepada Agama Allah Ta’ala.
Dawam - Secara berterusan, tetap, kekal.
Dawam Agahi - Sentiasa berjaga-jaga menantikan limpahan Faidhz.
Dawam Hudhur - Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang
berterusan.
Dehlawi - Nisbat kepada tempat iaitu Delhi, India..

F
Faidhz - Limpahan Ketuhanan.
Fana - Kehilangan diri.
Faruqi - Nisbat keturunan kepada Sayyidina Umar Khattab
Faruq (R. ‘anhu)
Fasad - Kerosakan, kejahatan
Fauqaniyah - Yang kedudukannya bersifat teratas.
Faqir - Orang miskin yang menyerah kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Feqah - Kefahaman Agama yang berkaitan Syari‘at.

G
Ghaib - Sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


715
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Ghairullah - Makhluk, segala sesuatu yang selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala..
Ghauts - Darjat kewalian yang tinggi.

H
Ha/Hiya - Dia (muannats).
Haq - Kebenaran.
Hafiz - Seorang yang menghafal Al-Quran.
Hakikat - Kebenaran.
Hanafi - Mazhab Imam Abu Hanifah Rahmatullah ‘alaih.
Hambali - Mazhab Imam Ahmad Bin Hambal Rahmatullah
‘alaih.
Haqiqat - Kebenaran sesuatu.
Hadits/Hadis - Perkataan, perbuatan dan diam Hadhrat Nabi s.a.w.
Hadhrat - Kehadiran.
Hidayah - Petunjuk.
Hijab - Penghadang, tirai.
Hosh - Sedar.
Hosh Dar Dam - Sedar dalam nafas.
Hu/Huwa - Dia (muzakkar).

I
Ihsan - Merasakan seolah-olah melihat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Ijtihad - Menetapkan sesuatu hukum Syari‘at.
Ilahi - Tuhan, Tuhanku
Imam - Pemimpin
Iman - Percaya dan yakin dengan perkara yang Ghaib.
Inabah - Kembali kepangkuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Islah - Memperbaiki diri
Islam - Menyerahkan diri kepada Allah dengan
perlaksanaan Syari‘at.
Ismu Zat - Nama bagi Zat Pencipta iaitu Allah Subhanahu Wa
Ta’ala
Istighfar - Memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Itsbat - Menetapkan.
‘Irfan - Limpahan Ma’rifat Ketuhanan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


716
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
J
Jam‘iyat - Kesemua lataif yang tetap mengingati Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
Jemaah - Secara berkumpulan.
Jihri - Menguat dan mengeraskan suara, lisan yang
kedengaran.
Jazbah - Penarikan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

K
Kashaf - Pandangan batin.
Kaifiat - Cara dan kaedah perlaksanaan.
Khafi - Sesuatu yang bersifat tersembunyi, Latifah Alam
Bahut.
Khalifah - Naib, pengganti.
Khalwat - Bersendirian, berseorangan.
Khalwat Kabirah - Bersendirian dengan Allah dalam kesibukan
manusia.
Khalwat Saghirah - Bersendirian dengan Allah jauh dari kesibukan
manusia.
Khandan - Kelompok, golongan, keturunan.
Khanqah - Tempat Syeikh mendidik Para Muridnya, Zawiyah,
Ribat.
Khatrah - Kekhuatiran dan lintasan hati.
Khilafah - Menerima tanggungjawab Khalifah.
Khudawanda - Oh! Tuhanku.
Khwajah - Guru Murshid, Syeikh.
Khwajagan - Kata jamak bagi Khwajah.
Kiamat / Qiyamat - Hari tertegaknya perhitungan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala

L
La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan Melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Lafaz - Sebutan.
Lataif - Kata jamak bagi Latifah.
Latifah - Kehalusan sifat Rohani.
Lisani - Ingatan yang dilakukan menerusi lidah.

M
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
717
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Mabda - Tempat permulaan
Mabda Faidhz - Tempat sumber permulaan Faidhz
Ma’rifat - Pengenalan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Masjid - Tempat mendirikan solat berjemaah
Majzub - Seorang yang ditarik menuju kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Mahabbat - Cinta, kasih sayang
Malaikat - Makhluk Allah yang diciptakannya dari cahaya dan
taat kepadaNya.
Malakutiyah - Sifat-sifat Malaikat
Malfuzat - Kata-kata, ucapan, perkataan yang dilafazkan
Maliki - Mazhab Imam Malik Bin Anas Rahmatullah
‘alaihima
Maqam - Tempat kedudukan
Masyaikh - Kata jamak bagi Syeikh
Maulana - Tuan Guru
Maulawi - Guru
Mawrid Faidhz - Tempat yang hendak dilimpahkan Faidhz
Mazhab - Jalan anutan Para Imam Ahlus Sunnah
Mi’raj - Perjalanan Ruhani dari tempat rendah ke tempat
yang tinggi.
Mujaddid - Seorang yang memperbaharukan Agama Islam
Mujaddidiyah - Nisbat kepada Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani.
Mujahadah - Jihad melawan hawa nafsu
Muqaddimah - Pendahuluan
Muqarrabin - Orang-orang yang mendekatkan diri dengan Allah
Ta’ala.
Muraqabah - Berjaga-jaga menantikan limpahan Faidhz dari Allah
Ta’ala
Murshid - Syeikh, pembimbing Rohani
Murid - Seorang yang berkehendak kepada ilmu
Murad - Sesuatu yang dikehendaki
Musyahadah - Ihsan, Syuhud, menyaksikan kehadiran Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
N
Nabawiyah - Kenabian
Nafi - Menidakkan
Nafi Itsbat - Ucapan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH
Nafs - Latifah Alam Khalaq
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
718
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Nafsu - Kehendak yang bersifat Duniawi
Naqsh - Ukiran
Naqshband - Ukiran yang terpahat
Naqshbandiyah - Nisbat kepada Tariqat Shah Bahauddin Naqshband
Rah. ‘alaih
Nazar - Memandang
Nigah - Berjaga-jaga, memerhati
Nisbat - Pertalian hubungan
Nur - Cahaya

P
Pir - Syeikh, Murshid, Khalifah, pembimbing Rohani.

Q
Qadam - Kaki.
Qadiriyah - Nisbat kepada Tariqat Hadhrat Syeikh Abdul Qadir
Jailani Rah. ‘alaih.
Qalb - Latifah Alam Malakut di Alam Amar.
Qalbi - Ingatan yang dilakukan dengan hati.
Qalbu - Hati.
Qalibiyah - Empat Latifah Alam Khalaq iaitu Tanah, Air, Api
dan Angin.
Qana ‘ah - Bersederhana dalam segala urusan kehidupan.
Qaus - Maqam muraqabah di dalam Daerah Wilayah Kubra.
Qiblah - Arah panduan.
Qutub - Seorang wali yang mencapai kedudukan tertinggi
dan menghuraikan ilmu Hadhrat Baginda Rasulullah
s.a.w.
Qutubul Aqtab - Wali Qutub yang bertanggungjawab ke atas sekelian
Wali Aqtab.

R
Rabitah - Menghubungkan diri dengan Syeikh secara jasmani
mahupun rohani.
Rabbani - Pemelihara, pemberi tarbiyah.
Redha - Menerima Qada dan Taqdir Allah dengan lapang
dada.
Rohani - Sesuatu yang bersifat kekal pada diri manusia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


719
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Rahmat - Kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ruh - Latifah Alam Jabarut di Alam Amar.

S
Sabar - Tetap dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan
maksiat.
Safar - Perjalanan.
Safar Dar Watan - Merantau di Alam Amar.
Salafus Soleh - Orang-orang Soleh yang terdahulu.
Sanad - Sijil.
Sair - Berjalan, bersiar-siar, merantau.
Sair Afaqi - Perjalanan di luar diri.
Sair Anfusi - Perjalanan di dalam diri.
Sir - Latifah Alam Lahut di Alam Amar.
Solat - Sembahyang.
Sohbet - Berdamping, bersahabat.
Salik - Seseorang yang dalam perjalanan menuju Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Sirhindi - Nisbat kepada tempat Hadhrat Imam Rabbani.
Sayyid - Seorang yang berketurunan Hadhrat Baginda s.a.w.
Shauq - Keseronokan.
Syafi‘i - Mazhab Imam Syafi‘i Rahmatullah ‘alaih.
Syaitan - Musuh yang nyata bagi orang-orang beriman.
Syeikh - Pembimbing rohani.
Syeikhul Masyaikh - Syeikh kepada Para Masyaikh, Guru sekelian
guru.
Syukur - Berterima kasih kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Silsilah - Kesinambungan rantaian sesuatu hubungan.
Subhanahu - Maha Suci Dia.
Sufi - Seorang yang membersihkan hati dari ingatan selain
Allah Ta’ala.
Suluk - Perjalanan khusus menuju Hadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
Sunnah - Amalan Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam
Syari‘at - Hukum hakam Agama Islam.
Syafa‘at - Pertolongan dan belas kasihan.
Syuhud - Ihsan, musyahadah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


720
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
T
Ta’ala - Maha Memiliki Ketinggian.
Tabligh - Menyampaikan kebenaran Agama Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
Tajalli - Manifestasi, penzahiran.
Talqin - Menyebut dan mengajarkan sesuatu kalimah zikir.
Taqwa - mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dan
RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta
meninggalkan laranganNya.
Taubat - Perjanjian tidak akan mengulangi dosa.
Taufiq - Asbab kemampuan untuk melakukan ketaatan.
Tariqat - Jalan khusus menuju kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tasawwuf - Ilmu tentang membersihkan hati.
Taslim - Menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tawajjuh - Memberikan penumpuan.
Tawakkal - Berserah diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
Tilawah - Pembacaan Al-Quran secara lancar.

U
Ulul ‘Azmi - Lima Nabi yang tertinggi dan teragung darjatnya
iaitu Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi
Musa‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam
dan Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
Uwaisi / Uwaisiyah - Nisbat Ruhaniah secara batin dengan seseorang
Ahlullah yang jauh samada yang masih hidup
ataupun yang sudah mati.

W
Wali - Seorang wakil bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari
kalangan manusia.
Wara’ - Memperbanyakkan amalan ibadah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


721
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
Warid - sesuatu yang terhasil dari amalan zikir.
Wazifah - Amalan zikir yang khusus.
Wijdani - Suatu pengalaman yang dapat dirasai secara nyata.
Wuquf - Hentian tetap.
Wuquf Qalbi - Menumpukan kepada hati dan hati menumpukan
kepada Allah Ta’ala.
Wuquf ‘Adadi - Menumpukan kepada bilangan yang ganjil ketika
berzikir Nafi Itsbat.
Wuquf Zamani - Menumpukan kembali ingatan kepada Allah selepas
beberapa jam.

Y
Yad - Ingat, zikir.
Yad Dasyat - Zikir yang bersungguh-sungguh.

Z
Zauq - Kelazatan.
Zamani - Berkaitan dengan masa.
Zat - Hakikat diri.
Zihni - Kewujudan sesuatu di ruang fikiran.
Zikir - Mengingat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Zuhud - Meninggalkan kesenangan dan kelazatan Duniawi.
Zuriat - Anak-anak.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


722
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BIBLIOGRAFI – BUKU SUMBER RUJUKAN


1. Al-Quran - Allah Subhanahu Wa Ta’ala
2. Al-Hadis - Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
3. Muwatta - Imam Malik Bin Anas
4. Sahih Bukhari - Imam Al-Bukhari
5. Sahih Muslim - Imam Muslim
6. Sunan Abu Daud - Imam Abu Daud
7. Sunan Ibnu Majah - Imam Ibnu Majah
8. Sunan Nasaie - Imam Nasaie
9. Sunan Tirmizi - Imam At-Tirmizi
10. Shamail Tirmizi - Imam At-Tirmizi
11. Tafsir Ibnu Katsir - Imam Ibnu Katsir
12. Tafsir Jalalain - Imam Jalalluddin Mahalli & Jalalludin Sayuti
13. Tafsir Qurtubi - Imam Qurtubi
14. Tafsir Tabari - Imam Tabari
15. Fathul Bari - Imam Ibnu Hajar
16. Al-Furqan Tafsir Al-Quran - A. Hassan
17. Al-Quran Dan Terjemahnya - Terjemahan & Tafsir Al-Quran, Indonesia.
18. Al-Madnun Bihi ‘Ala Ghairi Ahlihi - Imam Al-Ghazali
19. Ihya Ulumiddin - Imam Al-Ghazali
20. Minhajul ‘Abidin - Imam Al-Ghazali
21. Kimiya Sa‘adat - Imam Al-Ghazali
22. Riyadhus Salihin - Imam Nawawi
23. Al-Azkar - Imam Nawawi
24. Haalat Ahlil Haqiqah Ma`Allah - Imam Ahmad Ar-Rifa‘I
25. Nawadirul Usul - Al-Hakim At-Tirmizi
26. Futuhul Ghaib - Syeikh Abdul Qadir Jailani
27. Fathur Rabbani - Syeikh Abdul Qadir Jailani
28. Sirrul Asrar - Syeikh Abdul Qadir Jailani
29. Risalah Qudsiyyah - Syeikh Muhammad Parsa
30. Ma’arif Laduniyyah - Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
31. Maktubat Imam Rabbani - Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
32. Kashful Mahjub - Syeikh ‘Ali Ibni ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi
33. Al-Hikam - Syeikh ‘Ataullah Iskandari
34. Ta’aruf Li Mazhab Ahli Tasawwuf - Syeikh Ibnu Abi Ishaq Muhammad Al-Kalabadzi
35. ‘Aqaid An-Nasafi - Syeikh ‘Umar Najmuddin An-Nasafi
36. Faridatul Faraid - Syeikh Ahmad Al-Fathani
37. Tazkiratul Auliya - Syeikh Fariduddin ‘Attar
38. Awariful Ma‘arif - Syeikh Shahabuddin ‘Umar Suhrawardi
39. Idhahut Tariqah - Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi
40. Hidayatut Talibin - Shah Abu Sa ‘id Dehlawi
41. Hayatus Sahabah - Maulana Muhammad Ilyas & Muhammad Yusuf
42. Fadhailul A’mal - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
43. Fadhail Zikir - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
44. Fadhail Namaz - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
45. Fadhail Quran - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
46. Fadhail Tabligh - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
723
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )
47. Fadhail Hajj - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
48. Fadhail Sadaqat - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
49. Hikayatus Sahabah - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
50. Fiqhus Sunnah - Syeikh Sayyid Sabiq
51. Hadharat Kiram Naqshbandiyah - Hafiz Nazir Ahmad
52. Al-Kanzul A’zam - Maulana Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
53. Al-Barakatul Makkiyyah - Maulana Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
54. On The Bridge To Eternity - Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani
55. Creation And Evolution - Dr. Absar Ahmed
56. D.S.M. Thariqat Naqsyabandiyah - Drs. Imron Abu Amar
57. Hakikat Tariqat Naqshbandiyah - H.A. Fuad Said
58. Mengenal Diri Dan Wali Allah - Muhammad Mustafa
59. Akhlak Dan Tasawwuf Islam - Zakaria Stapa
60. Himpunan Amalan Harian - Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
61. Ar-Risalatul A’jam - Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
62. Tuhfatul Abrar - Muhyiddin bin Abu Bakar As-Safi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu


724
Ar-Risalah Al-'Aliyah Fi Tariqatin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
( Sughra )

BIBLIOGRAFI – ARTIKEL SUMBER


RUJUKAN

1. Secebis Perbahasan Nur Muhammad S.A.W. oleh Abdul Raof bin Haji
Nurin.
2. Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni
oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady.
3. The Greatness Of Naqshbandi Murshids oleh As-Sayed Nurjan
Mirahmadi.
4. Sound And Silence In Islamic Spirituality oleh As-Sayed Nurjan
Mirahmadi.
5. The Naqshbandi Shaikhs Of Hawraman And The Heritage Of Khalidiyya-
Mujaddidiya In Kurdistan oleh Farhad Shakely.
6. The Method Of Zikr oleh Maulana Muhammad Akram Awan
Naqshbandiah Owaisiah.
7. Concerning The Dhikr Of The Naqshbandi Mujaddidi Tariqah oleh
Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi.
8. Creation And Evolution In The Quranic Perspective oleh Dr. Absar
Ahmed.
9. The Reality Of Strings In The Universe oleh Mawlana Shaykh Hisham
Kabbani.
10. Lataif oleh Muhammad Nadeem Khokhar Siraaji Haqqani.
11. Khidr In The Islamic Tradition oleh Irfan Omar.
12. Idris And Al-Khidr oleh Theja Gunawardhana.
13. Shaykh Muhyi Al-Din Ibn ‘Arabi oleh GF Haddad.
14. Konsep Wali Dalam Tinjauan Sejarah oleh Tamimullah.
15. Saints And Miracles oleh Annemarie Schimmel.
16. Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba, Rijal Ghaib Dan Rijal Allah oleh Prof.
Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim.
17. Qutbanniyya oleh Shaykh Muhammad Hisham Kabbani.
18. Studies In Sufism - The Vehicle Of Light – The Door Of Prayer oleh
Murshid F.A. Ali El-Senossi.
19. The Station Of Muraqabah oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyyah.
20. Sultan Al-Hind Hadhrat Muinuddin Hassan Chisti Ajmeri Khwajah Gharib
Nawaz oleh Irshad Soofi.
21. Shaykh Shihab Al-Din al-Suhrawardi oleh Muhammad Siraj Elschot.
22. Sufism In Poland oleh Hazrat Azad Rasool.
© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu
725

You might also like