Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Rabia’atul Adawiyyah

Rabia'atul-Adawiyyah

Ibubapa Rabia'atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah


mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk
membalut badan beliau.

Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak
dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta
kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke
rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar
oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong.
Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si
bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya,

"Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan
akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi
berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu
hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus
kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan
pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar
kepada pembawa surat ini empat ratus dinar."

Bapa Rabi'atul-Adawiyyah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa
dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir
sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada
dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak
seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul-Adawiyyah sebanyak
empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul-adawiyyah selalu
mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa
bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi'atul-


adawiyyah berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau
tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap
Rabi'atul-Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar
sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah
dikejar oleh orang jahat. Beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh.
Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah,

"Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi
aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redho denganku. tetapi nyatakanlah
keridhoanMu itu padaku."

http://imamsutrisno.blogspot.com 1
Rabia’atul Adawiyyah

Tatkala itu terdengarlah suatu suara,

"Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan
ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan
melihatmu."

Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap


malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas
melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul-Adawiyyah di tengah


malam yang berdoa kepada Allah;

"Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak


melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh
jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa
malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh
aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia."

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-
awangan, dalam bilik Rabi'atul-Adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh
biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak
membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu
pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul-adawiyyah.

Esoknya, Rabi'atul-Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya


tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul-adawiyyah
bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia
meninggalkan rumah itu. Rabi'atul-Adawiyyah berkata bahawa ia ingin
mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju.
Rabi'atul-Adawiyyah pun pergi.

Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barang-


barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan.
Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau
enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa.
Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi'atul-
Adawiyyah terus berdoa,

"Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya.
Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'abah dan sekarang
Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan."

Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula.


Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah.
Apabila hampir ke Ka'abah, beliau pun duduk dan berdoa,

http://imamsutrisno.blogspot.com 2
Rabia’atul Adawiyyah

"Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka'abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah
Engkau temui aku sebarang perantaraan."

Terdengar suara berkata, "Rabi'atul-Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan


dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu
dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak
melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan
Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam."

Suatu ketika yang lain, semasa Rabi'atul-Adawiyyah menuju Ka'abah dan


sedang melalui hutan, dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu,
beliau berkata,

"Apa hendakku buat dengan Ka'abah ini; aku hendak bertemu dengan tuan
Ka'abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang
selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah?
Aku tidak mahu hanya melihat Ka'abah, aku mahu Allah."

Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka'abah.
Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah
dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun
baru sampai ke Ka'bah. Apabila sampai didapatinya Ka'abah tidak ada. Beliau
sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata,

"Ka'abah itu telah pergi melawat Rabi'atul -Adawiyyah."

Apabila Ka'bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi'atul-Adawiyyah sedang


menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim
Adham pun pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata;

"Rabi'atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu


membuat haru-biru di dunia ini?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab;

"Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria
(untul mendapat publisiti) pergi ke Ka'abah mengambil masa empat belas
tahun."

Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya.


Rabi'atul-Adawiyyah berkata,

"Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisinya dengan
perasaan tawaduk dan khusyuk."

http://imamsutrisno.blogspot.com 3
Rabia’atul Adawiyyah

Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi'atul-Adawiyyah pergi ke Ka'abah. Beliau


berdoa;

"Oh Tuhan! Perlihatkanlah diriMu padaku."

Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara;

"Rabi'atul-Adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu


akan jadi abu."

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab,

"Aku tidak berdaya memandang Keagungan dan KebesaranMu, kurniakanlah


kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia di sisiMu."

Terdengar lagi suara berkata, "Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti
itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka
kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut
pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian
Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi'atul-
adawiyyah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini
mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah
kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku."

Kemudian suara itu menyuruh Rabi'atul-Adawiyyah melihat ke hadapan.


Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa.
Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar
suara lagi,

"Rabi'atul-Adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang


mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun
mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan
Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan
dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang
berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari
dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu
tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini."

Mendengar itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tuhanku! Biarkan aku tinggal di


Ka'abah." Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke
Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan
memencilkan diri dari orang ramai.

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan


seorang darwisy untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan
darwisy itu, Rabi'atul-Adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di

http://imamsutrisno.blogspot.com 4
Rabia’atul Adawiyyah

hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk
Rabi'atul-Adawiyyah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan
membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi'atul-Adawiyyah
menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi'atul-
Adawiyyah. Rabi'atul-Adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu.
Perempuan itu menjawab, "Lapan belas." Rabi'atul-Adawiyyah tidak mahu
menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu
pergi.

Kemudian datang semula. Rabi'atul-Adawiyyah menerima roti itu selepas


diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu
bertanya kenapa Rabi'atul-Adawiyyah enggan menerima dan kemudian
menerima pula. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Allah berfirman dalam Al-Quran
iaitu : "Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran
sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran
itu dilaksanakan."

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat


yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya
bawang itu sambil berkata, "Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu.
Adakah Allah mempunyai kedai bawang?" Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Aku
tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima
sesuatu melainkan dari Allah."

Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi'atul-Adawiyyah dikelilingi oleh binatang


liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi
menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, "Kenapa binatang itu lari?"
Sebagai jawapan, Rabi'atul-adawiyyah bertanya, "Apa kamu makan hari ini?"
Hassan menjawab, "Daging." Rabi'atul- Adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu
makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering."

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang


menangis terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana
hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya.
Melihatkan itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Janganlah tunjukkan perasaan
sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam
dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya."

Dengan penuh kehendak untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hassan yang
sedang melihat Rabi'atul-Adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia' Allah, terus
pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata, "Rabi'atul-adawiyyah,
marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air
tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana."

Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain
yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air).

http://imamsutrisno.blogspot.com 5
Rabia’atul Adawiyyah

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu.


Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia' Allah, maka
kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?" Rabi'atul-adawiyyah
berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak
ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf. Rabi'atul-Adawiyyah berkata,
"Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku
boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara
yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap
Allah."

Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah tentang perkara


kahwin. Beliau menjawab, "Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada
dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini
kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku."

Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah bagaiman beliau


mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku
hilang (fana) dalam mengenang Allah."

Beliau ditanya, "Dari mana kamu datang?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku datang dari Allah dan kembali kepada


Allah."

Rabi'atul-Adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.


Dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya
sebagai sahabat. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Siapa yang tidak kenal
kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi
seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada
syaitan."

Orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang


kamu sembah itu?

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan
menyembahNya."

Rabi'atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya


kepadanya sebab beliau menangis. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku takit
berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku
takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir -
jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."

Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana


ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak
sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah).

http://imamsutrisno.blogspot.com 6
Rabia’atul Adawiyyah

Seorang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah, "Adakah Allah menerima taubat


orang yang membuat dosa?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Itu hanya apabila Allah Mengurniakan


kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya
dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana
dosa yang telah dilakukannya."

Sholeh Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, "Siapa yang selalu mengetuk pintu
rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya." Satu
hari Rabi'atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi'atul-
adawiyyah pun berkata kepada Sholeh, "Berapa lama kamu hendak berkata
demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Futuretense) iaitu "Akan
dibuka"? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka." Sholeh
mengakui kebenarannya itu.

Seorang hamba Allah berteriak, "Aduh sakitnya!" Rabi'atul-Adawiyyah bertemu


dengan orang itu dan berkata, "Oh! bukannya sakit." Orang itu bertanya kenapa
beliau berkata begitu. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kerana sakit itu adalah
satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok
menanggung sakit itu."

Suatu hari rabi'atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan


kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu
menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabi'atul-Adawiyyah bertanya, "Berapa
umurmu?" Jawab orang itu, "Tiga puluh." Rabi'atul-Adawiyyah bertanya lagi,
"Hingga hari ini begaimana keadaanmu?" Kata orang itu, "Sihat-sihat sahaja."
Rabi'atul-Adawiyyah pula berkata, "Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan
kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk
menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa
kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu,
mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit,
membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan
kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!"

Suatu hari khadamnya berkata, "Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan
kejadian Tuhan di musim bunga ini.' Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Duduklah
dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat
Dia dan bukan kejadianNya."

Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah kenapa beliau tidak


menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, "Memotong itu adalah
kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang
ku cintai."

http://imamsutrisno.blogspot.com 7
Rabia’atul Adawiyyah

Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir,
beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman
yang manis dalam sebuah cawan. Rabi'atul-Adawiyyah ambil minuman itu dan
meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi
hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman
dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi'atul-Adawiyyah hendak minum air
sahaja malam itu.
Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu
jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi'atul-adawiyyah pun
mengeluh sambil berkata, "Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?"

Terdengar suara berkata, "Rabi'atul-Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia


dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan
kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh
duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi'atul-Adawiyyah, kamu hendak satu
satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan
tidak boleh duduk bersama dalam satu hati."

Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan


hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara
dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan. Tiap-tiap pagi beliau
berdoa, "Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar
orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain."

Rabi'atul-Adawiyyah ditanya, "Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?"

Beliau menjawab, "Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan."

"Kenapa kamu memakai pakainan koyak dan kotor?" Beliau ditanya lagi, "Kamu
ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru." Rabi'atul-
Adawiyyah menjawab, "Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa
pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah
kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala- galanya."

Orang berkata, "Rabi'atul-Adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian


kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat
mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah
faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah
ketakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf
kehampiran dengan Allah dan lalu berkata, "Akulah Yang Hak". Di samping itu
tidak ada orang "kasi" yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki
sahaja."

http://imamsutrisno.blogspot.com 8
Rabia’atul Adawiyyah

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Seorang perempuan yang sentiasa


bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan."

Satu hari Rabi'atul-Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia


sakit. Beliau berkata, "Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, satu hari
yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."

Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi'atul-Adawiyyah yang sedang sakit. Di


pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang
duduk dengan sebuah beg mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila
ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, "Aku hendak menghadiahkan
wang kepada Rabi'atul-Adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya.
Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta
dia menerima hadiahku ini?" Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada
Rabi'atul-Adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi'atul-
Adawiyyah berkata,

"Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang
dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu
memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada
wang itu didapatinya secara halal atau haram."

Sufyan Al-Thauri berkata, "Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk
menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kenapa aku merungut
pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima
hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita
turuti?"

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi'atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya


dalam rumah Rabi'atul-Adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air
untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang
buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "Jika kamu izinkan, boleh aku
suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."
Rabi'atul-Adawiyyah menjawab;

"Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung
kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan
ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa
kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih
mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga
yang menahan kurnia itu."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam
melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak
boleh membezakan mana sakit dan mana senang."

http://imamsutrisno.blogspot.com 9
Rabia’atul Adawiyyah

Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabi'atul-Adawiyyah


berkata, "Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang
bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara
tersebut."

Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi'atul-adawiyyah. Rabi'atul-


Adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila
sampai pagi, beliau berkata, "Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat
sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa
pula sepanjang hari ini."

Rabi'atul-Adawiyyah selalu berdoa demikian, "Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau


hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa
sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat,
berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan
Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku
hendak pandangan Engkau padaku sahaja."

Sufyan Al -Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap


tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi'atul-Adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri
berkata, "Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya."
Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana
sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan
hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu
kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang
diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata;

"Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan
apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu."

Sumber : www.suluk98.tripod.com

http://imamsutrisno.blogspot.com 10

You might also like