Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Minggu ke-6

JURNAL SAMBUTAN HARI GURU TARIKH : 16 MEI 2012 HARI : RABU


Setelah beberapa hari berlalu, rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Tarikh 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari bagi meraikan golongan pendidik di seluruh pelusuk negara. Sambutan Hari Guru yang dimulakan sejak tahun 1972 ini telah diraikan dengan pelbagai tema yang selari dengan profesion keguruan. Pada tahun ini tema yang dipilih ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sempena Hari Guru 2012 menyatakan, Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata,". Setelah 41 tahun disambut, sambutan Hari Guru pada akhir-akhir ini telah menampakkan perbezaan yang ketara daripada persepsi para guru. Selain mendengar amanat dan perutusan daripada pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran, sambutan Hari Guru juga seolah-olah suatu peristiwa yang dinantikan oleh para guru untuk mendengar sesuatu pengumuman penting daripada pihak kerajaan yang berkaitan dengan profesion mereka. Pada tahun ini misalnya, diumumkan seramai 24,053 guru iaitu 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini. Tahniah kepada mereka yang memenuhi syarat tersebut, semoga pengumuman tersebut dapat meningkatkan lagi usaha ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Kita juga amat menghargai jasa guru-guru khususnya mereka yang berkhidmat di kawasan-kawasan pedalaman yang kebanyakannya tidak mempunyai sebarang kemudahan sebagaimana yang diperolehi oleh rakan-rakan sejawat mereka yang bertugas di kawasankawasan bandar atau pinggir bandar. Sesungguhnya jasa dan pengalaman mereka yang bertugas di kawasan-kawasan pedalaman tersebut tidak boleh dijual beli. Kita juga mengucapkan syabas kepada mereka kerana telah membuktikan bahawa mereka juga mampu menjalankan tugas dengan baik meskipun menghadapi pelbagai kesukaran. Inilah terjemahan sebenar kepada tema Hari Guru 2012 iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Namun, sejauhmanakah kita mampu menghayati dan merealisasikan tema tersebut dalam melaksanakan tugas kita seharian? Tepuk dada tanya hati, Selamat Hari Guru. Sekian.
Jurnal Minggu ke-6

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Minggu ke-6

Tema Hari Guru 1972 - 2012 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
Jurnal Minggu ke-6

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Minggu ke-6

1975 1974 1973 1972

Guru dan Pembangunan Negara Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Jurnal Minggu ke-6

You might also like