Pemberitahuan Kecemasan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PEMBERITAHUAN

PERATURAN YANG PERLU DIIKUTI APABILA LOCENG ISYARAT KEBAKARAN DIBUNYIKAN SEWAKTU BERADA DI MAKMAL KOMPUTER
Satu isyarat loceng yang panjang akan dibunyikan untuk menandakan sesuatu Kecemasan atau kebakaran telah berlaku di sekolah ini. Oleh itu, pengguna makmal komputer perlulah mematuhi arahan yang diberikan di bawah ini.

ARAHAN KEPADA GURU:


Apabila terdengar bunyi loceng kecemasan, 1. Beri arahan kepada pelajar-pelajar meninggalkan makmal komputer dengan segera dan terus beratur di luar. 2. Pastikan tiada pelajar yang tertinggal di makmal komputer. 3. Pastikan semua suiz lampu dan pendingin hawa ditutup. 4. Tinggalkan segala barang-barang, buku-buku dan peralatan semasa keluar dari makmal komputer. 5. Arahkan pelajar bergerak berdua-dua menuju ke tempat perhimpunan keselamatan yang telah ditetapkan (padang) dengan teratur seberapa cepat yang boleh mengikut laluan yang ditetapkan dalam Pelan Laluan Kecemasan. 6. Iringi pelajar ke tempat perhimpunan kecemasan. 7. Kawal pelajar dengan memastikan pelajar bergerak tanpa berebut-rebut, berbual-bual dan melakukan perkara-perkara yang boleh melambatkan pergerakan. 8. Jangan sekali-kali tergopoh-gapah atau bertolak-tolakan antara satu sama lain dan berebut-rebut keluar dari makmal komputer kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan dan mewujudkan suasana kacau bilau. 9. Setibanya di tempat perhimpunan kecemasan, arahkan pelajar beratur mengikut susunan tingkatan yang telah ditetapkan. 10. Serahkan pelajar-pelajar kepada guru tingkatan mereka.

ARAHAN KEPADA JURUTEKNIK:


Apabila terdengar bunyi loceng kecemasan, 1. Padamkan suis utama dengan segera. 2. Pastikan semua pengguna makmal komputer keluar ke tapak perhimpunan. 3. Buat semakan di tempat perhimpunan kecemasan. 4. Pasukan bomba sekolah akan memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada siapa didalamnya dan seterusnya bertindak memadam kebakaran.

PERINGATAN!!!
1. Pelajar-pelajar dan guru-guru diharap mengenalpasti laluan yang telah ditetapkan bagi mengelak kesesakan. 2. Kerjasama dari anda semua sangat-sangat diharapkan demi keselamatan kita bersama.

You might also like