Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6

GARIS PANDUAN PENJAGAAN PERALATAN PPSMI / ICT

1. Penjagaan semasa di sekolah / Institusi Pendidikan 1.1. Peralatan hendaklah sentiasa dibawa bersama oleh peminjam, jika tidak digunakan peralatan tersebut hendaklah disimpan di dalam almari / kabinet yang berkunci di bilik guru atau bilik mesyuarat. 1.2 Semasa berada di sekolah / Institusi Pendidikan, peminjam tidak meletak dibenarkan menyimpan peralatan PPSMI / ICT yang dipinjam di bilik guru atau di bilik mesyuarat atau di tempat yang terdedah kepada umum.

2. Penjagaan semasa di rumah 2.1. Peralatan hendaklah disimpan di dalam almari / kabinet berkunci, di dalam bilik tidur / bilik bacaan. 2.2. Rumah hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan berkunci dan selamat.

3. Penjagaan semasa cuti semester / cuti umum 3.1 Semasa cuti semester / cuti umum sekolah / Institusi Pendidikan peralatan PPSMI / ICT yang tidak digunakan hendaklah dipulangkan kembali kepada pihak sekolah / Institusi Pendidikan.

4. Penjagaan semasa menghadiri kursus / seminar / bengkel di luar pejabat 4.1. Semasa menghadiri kursus / seminar / bengkel semua peralatan PPSMI / ICT mesti sentiasa dibawa bersama peminjam. 4.2. Jika tidak, peralatan tersebut hendaklah ditinggalkan di dalam bilik seminar / bilik penginapan yang berkunci dengan selamat.

5. Penjagaan semasa di dalam kenderaan 5.1. Peralatan di dalam kenderaan tidak boleh ditinggalkan.

Rujukan Tuan : Rujukan Kami :

Tarikh :

KEBENARAN MEMBAWA KELUAR PERALATAN KERAJAAN UNTUK KEGIATAN LUAR

Dengan ini kelulusan diberi kepada ....................................................................... No. KP:.................................................untuk membawa keluar peralatan kerajaan iaitu : i)........................................................................................................................................... ii).......................................................................................................................................... iii)......................................................................................................................................... untuk tujuan.........................................................................................................................

................................................................................................................................. .................................................................................................................................
pada hari...............................................bertarikh............................................... Peralatan seperti di atas ....................................................................... akan dikembalikan pada.................................................................................

Diterima oleh

: .......................................................

Tarikh : .............................

Diluluskan oleh

: .......................................................

Tarikh : ..............................

Aku Janji Penerimaan dan Penggunaan Peralatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Saya_______________________________No. K/Pengenalan____________________ bertugas di Sekolah __________________________________mengajar mata pelajaran _______________________ mengaku telah menerima peralatan pada __________ adalah seperti berikut :Item a) Komputer Note Buku b) Projektor LCD No. Siri _______________________ _______________________

Saya akan memulangkan peralatan tersebut pada _______________.

1. Saya berjanji akan menjaga peralatan di atas dengan baik, menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. 2. Saya juga akan bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan tersebut dan sekiranya berlaku kehilangan yang disebabkan kecuaian saya, tindakan surcaj / tatatertib boleh dikenakan ke atas saya. 3. Saya tidak akan meninggalkan peralatan di rumah sekiranya saya keluar atau meninggalkan rumah kerana urusan peribadi. Saya akan memulangkan peralatan tersebut kepada Pengetua/Guru Besar/Guru Penyelaras PPSMI. 4. Sekiranya saya tidak lagi mengajar mata pelajaran di atas atau bertukar ke sekolah lain maka peralatan tersebut akan dipulangkan kepada Pengetua / Guru Besar.

Tandatangan

: _______________________________ Tarikh: ____________ (Nama Peminjam)

Disahkan Benar

: _______________________________ Tarikh: _____________ (Pengetua / Guru Besar)

PENGGANTIAN PERALATAN KERANA KEHILANGAN DI DALAM SIMPANAN/JAGAAN PEGAWAI

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007- Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Bab F- KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA adalah: 1. Kehilangan bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam. 2. Hapus kira ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang yang bertujuan untuk:(a) Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat Kehilangan aset; (b) Menyelaraskan rekod aset; (c) Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset kerajaan; dan (d) Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai. Dalam konteks ini, setiap peralatan yang hilang tidak boleh diganti bagi tujuan untuk mengelakkan dari tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai.

10 UNSUR-UNSUR KECUAIAN YANG BOLEH DIKENAKAN SURCAJ :

1. Membawa keluar peralatan tanpa kebenaran Ketua Jabatan. 2. Tiada bukti rumah dipecah masuk. 3. Rumah tidak berkunci ataupun kunci diletak di tempat terdedah dan boleh diambil dari luar. 4. Sistem penyimpanan kunci kabinet/pejabat yang tidak teratur. 5. Meletakkan peralatan di tempat awam tanpa pengawasan sewajarnya. 6. Meletak peralatan di Bilik Guru tanpa pengawasan dan terdedah kepada pandangan umum. 7. Menyimpan peralatan di rumah semasa cuti panjang tanpa keperluan. 8. Menyimpan peralatan di rumah semasa hari persekolahan. 9. Meletak peralatan di dalam kenderaan tanpa pengawasan dan tempoh masa yang lama. 10. Rumah berkunci tetapi peralatan tidak diletakkan di tempat yang selamat seperti di dalam almari berkunci di dalam bilik tidur (terdedah kepada pandangan umum).

PERINGATAN DAN TEGURAN PERINGATAN : Peringatan ini biasanya diberikan kepada Pengetua/Guru Besar Sekolah berkenaan dan juga kepada pegawai yang terlibat. Peringatan yang diberikan supaya peminjam lebih berhati-hati dalam menjaga asset kerajaan, supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Peringatan juga diberi supaya : a) mempertingkatkan peraturan terhadap kawalan aset Kerajaan b) mempertingkatkan langkah-langkah kawalan keselamatan asset.

c) mempertingkatkan keselamatan aset di dalam jagaannya dengan pengawasan sewajarnya. d) mempertingkatkan lagi aspek kawalan keselamatan dari segi pengurusan kunci dan kawalan oleh Pengawal Keselamatan

TEGURAN : Teguran diberikan kepada Pengetua Sekolah yang terlibat kerana terdapat kelemahan dalam mematuhi peraturan keselamatan pengurusan aset kerajaan, sambil lewa dan tidak menguruskan aset Kerajaan dengan betul terutama dari segi Daftar Rekod dan tempat penyimpanan aset Kerajaan. Bagi peraturan kawalan keselamatan kawasan, teguran diberikan kerana kelemahan kawalan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan, tiada kawalan menyeluruh terutamanya waktu malam dan tiada pemantauan dibuat oleh pihak sekolah kepada Pengawal Keselamatan. Teguran terhadap pegawai terlibat kerana sikap tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan aset yang berada di dalam simpanannya dan sikap mengambil mudah. Meninggalkan peralatan di rumah tanpa tujuan dan menyimpan peralatan di dalam kenderaan tanpa pengawasan.

You might also like