Asignment 3P Sem 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN Bidang tugas seseorang guru bukan hanya setakat mengajar di dalam kelas sahaja.

Kejayaan guru amat bergantung kepada pencapaian pelajar dalam menguasai pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan. Untuk memastikan sesuatu objektif tercapai, guru perlu membuat pengujian, pengukuran dan penilaian yang berkaitan dengan objektif tersebut.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data yang menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai dan seterusnya melakukan tindakan susulan untuk mengubah keadaan tersebut. Penilaian adalah satu proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan pelbagai altenatif dalam membuat keputusan.( Stufflebeam , 1971).

Milagros , 1981 menyatakan pengujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan oleh individu di dalam keadaan terkawal dan ditentukan. Maklumat yang diperoleh ini akan dijadikan dasar untuk membuat sesuatu keputusan.

Popham, 2000 pula menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan penilaian adalah perkara yang sinonim. Ia melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan satu peraturan dan terjamin keesahan dan kebolehpercayaaannya.

Oleh itu, pengesanan sesuatu hasil pengajaran dan pembelajaran dibuat melalui proses itu, Kecekapan guru dalam membangunkan alat instrumen pengujian amat penting bagi membolehkan guru menilai murid, membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Ia juga membolehkan guru mengukur dan mengenalpasti kumpulan pelajar tertentu seterusnya merancang tindakan yang bersesuaian untuk mengatasi kelemahan pelajar mereka,.

PENYEDIAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN ( JPU) Ujian yang baik mestilah mempunyai perancangan yang rapi. Cara terbaik untuk menjamin kualiti sesuatu ujian ialah dengan menyediakan JPU. Pengubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menurut Haldyana (1977), ujian ke atas seseorang murid mestilah yang merangkumi sukatan pelajaran,pengetahuan,kemahiran,kefahaman mengenai konsep,fakta, prinsip dan sikap yang selari dengan objektif pengajaran.

JPU ialah satu matriks yang terdiri daripada dua paksi iaitu paksi menegak yang mewakili isi kandungan dan paksi melintang yang mewakili objektif pengajaran dan aras kemahiran yang ingin diukur. Oleh itu, JPU yang dibina akan menjadi panduan khusus kepada guru untuk membina item soalan tanpa lari daripada kandungan isi pengajaran semasa.

Pembinaan JPU mempunyai empat langkah iaitu : a) Mengkaji Sukatan Pelajaran. Sukatan yang digunakan dalam tugasan ini ialah Sukatan Pelajaran Tahun Empat. Pembinaan item ujian adalah berasaskan aspek tatabahasa dan kefahaman yang terdapat di dalam sukatan tersebut bermula dari Unit 1 sehingga Unit 8.

Waktu yang diperuntukkan untuk mengajar Bahasa Melayu Tahap 2 ialah sebanyak 10 masa seminggu yang bersamaan 5 jam seminggu. Waktu tersebut diperuntukkan untuk mengajar 3 aspek utama iaitu aspek tatabahasa, pemahaman dan penulisan. Namun begitu, aspek yang hendak diuji di dalam tugasan ini hanya melibatkan Aspek Tatabahasa dan Aspek Pemahaman sahaja.

Pembahagian item-item bagi ujian ini dikira berdasarkan jumlah jam yang diperuntukan untuk mengajar sesuatu tajuk yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Tahun Empat bagi penggal pertama iaitu :

i)

Aspek Tatabahasa 2 jam seminggu x 4 minggu x 5 bulan = 40 jam

ii)

Aspek Pemahaman 1 jam seminggu x 4 minggu x 5 bulan = 20 jam

b) Menganalisis Objektif Pengajaran Sebelum membina item ujian, objektif pengajaran perlu dianalisis terlebih dahulu. Faktor yang mempengaruhi jumlah item sesuatu tajuk, aras dan kesukaran soalan adalah bergantung kepada kepentingan isi kandungan, jumlah masa yang diperuntukkan , umur calon dan dan bilangan item yang ingin diuji.

Domain Kognitif Bloom menyenaraikan enam aras yang digunakan sebagai panduan untuk membina item ujian iaitu :
Kompleks s Penilaian : Memilih, menilai, mengadili Sintesis: Lahir dan kembangkan pendapat Analisis: Logik, induktif, deduktif, penaakulan Aplikasi: Pindah kemahiran, selesai masalah Kefahaman: Terangkan, bandingkan, jelaskan, nyatakan Mudah Pengetahuan: Ingat semula fakta dan data

Justeru itu, setiap soalan yang dibina perlu mengikut objektif aras domain kognitif tertentu sama ada aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,analisis, sintesis atau penilaian.

Pembahagian aras kesukaran pula adalah mengikut Penilaian Rujukan Normal ( PRN) iaitu 25% aras mudah, 50 % aras pertengahan dan 25 % aras sukar.

c) Menentukan Jenis Soalan Terdapat dua jenis soalan yang sering digunakan iaitu soalan Objektif dan Subjektif. Semua soalan ini menggunakan domain kognitif kerana ia bertujuan untuk menguji kefahaman dan pengetahuan dalam aspek tatabahasa dan pemahaman.

Soalan jenis Subjektif memerlukan jawapan secara terbuka. Soalan subjektif memberi kebebasan kepada pelajar untuk memberi jawapan mengikut gaya tersendiri. Soalan ini digunakan untuk menguji kedalaman pengetahuan yang dimiliki oleh calon. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi seperti menganalisis, mensentisis, dan membuat penilaian tentang sesuatu perkara.

Soalan objektif pula mempunyai jawapan yang tepat dan lebih spesifik. Soalan objektif terbahagi kepada empat jenis iaitu : Jenis Soalan Padanan Betul /Salah Fungsi Mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan konsep. Menguji fakta yang memerlukan pelajar menentukan sama ada pernyatan yang diberi betul atau sebaliknya. Mengisi Ruang Menguji fakta yang memerlukan calon memberi jawapan pendek yang lengkap.

Kosong Aneka Pilihan Susun Semula Jawapan secara tepat, sukar dibina dan dijawab tetapi mudah untuk diperiksa. Menyusun satu set ayat yang tidak tersusun supaya menjadi satu cerita yang bermakna.

Soalan objektif aneka pilihan dipilih untuk menguji aspek tatabahasa manakala soalan subjektif pula untuk menguji dari aspek pemahaman.

d) Menentukan Bilangan Soalan Penentuan bilangan soalan perlu mengambil kira jangka masa ujian,jenis dan kesukaran soalan yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan dan kemampuan bahasa pelajar. Ciri-ciri ini akan menyumbang kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian tersebut. Memandangkan masa untuk menjalankan ujian ini hanya satu jam dan melibatkan murid tahun empat yang baru sahaja menerima pendedahan cara menjawab soalan - soalan UPSR maka bilangan soalan yang berjumlah 20 soalan aneka pilihan dan 10 soalan subjektif dikira amat relevan.

Pengiraan untuk menentukan jumlah soalan adalah berdasarkan formula berikut : JumlahJam Interaksi Jumlah Jam Keseluruhan X Jumlah soalan

Aspek Tatabahasa

( Soalan Objektif Aneka Pilihan)

40 Jam 60 Jam

30 Soalan

19.9

20 Soalan

Aspek Pemahaman ( Soalan Subjektif ) 20 Jam 60 Jam X 30 Soalan = 9.9 = 10 Soalan

Pembahagian jumlah item bagi setiap aspek tatabahasa tersebut dikira berdasarkan formula berikut : Jumlah Jam Interaksi Sesuatu Tajuk Jumlah Jam Keseluruhan X Jumlah Soalan

Contoh : Bilangan Item Kata Nama 6 Jam 40 Jam X 20 Soalan = 3 Soalan

Setiap item soalan juga telah ditentukan Objektif Domain Kognitif mengikut topik dan Aras kesukarannya. Pengiraan Aras Kesukaran soalan mengikut bahagian berdasarkan Ujian Rujukan Norma seperti berikut : JENIS SOALAN ARAS JUMLAH SOALAN

Mudah Bahagian A Aspek Tatabahasa Pertengahan

25 % X

20 soalan

5 Soalan

50 % X

20 Soalan

10 Soalan

Sukar

25 % X

20 soalan

5 Soalan

Mudah Bahagian B Aspek Pemahaman Pertengahan

25 % X

20 soalan

5 Soalan

50 % X

20 Soalan

10 Soalan

Sukar

25 % X

20 soalan

5 Soalan

Berdasarkan data-data di atas, JPU untuk satu set soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 seperti jadual yang dilampirkan.

PENTADBIRAN UJIAN Satu set soalan yang telah siap diuji kepada 28 orang murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Seri Rasau, Dungun. Ciri ciri kesahan dan kebolehpercayaan amat dititikberatkan. Oleh itu, ujian ini dijalankan dalam suasana peperiksaan yang sebenar seperti jarak tempat duduk, ada guru yang mengawasi, arahan yang jelas dan peruntukan masa seperti yang ditetapkan. Bilik darjah telah dipillih sebagai lokasi untuk menjalankan ujian ini. Bilik darjah ini dipilih kerana kedudukannya di tingkat tiga yang jauh daripada kebisingan dan mempunyai pencahayaan yang baik. Ujian ini hanya ditadbir oleh seorang guru sahaja memandangkan jumlah calon yang tidak ramai . Sebelum murid menjawab soalan arahan secara lisan telah diberikan oleh guru untuk secara keseluruhan. Pada kertas ujian juga diberikan arahan yang jelas supaya murid faham cara-cara menjawab soalan dengan betul. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan ini ialah selama 60 minit. Kertas jawapan dikutip dan diperiksa oleh guru berdasarkan skema markah yang disediakan. Soalan aneka pilihan pada bahagian A telah diberikan skema yang tetap manakala skema untuk bahagian B pula menggunakan Skema Pemarkahan secara Holistik yang memerlukan pemeriksa membaca jawapan keseluruhan terlebih dahulu sebelum memberi markah. Skema pemarkahan ini perlu merujuk kepada kriteria yang telah ditetapkan berikut : Markah 5 Kriteria Cemerlang Menguasai semua objektif serta dapat memberikan hujah yang baik dan berkesan. 4 Baik Menguasai kebanyakkan objektif serta dapat memberikan hujah dengan baik dan berkesan. 3 Memuaskan Menguasai hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah yang memuaskan. 2 Lemah Menguasai sebahagian kecil objektif dan memberikan hujah yang tidak memuaskan. 1 Kurang memuaskan Belum menguasai sebarang objektif dan memberikan hujah yang lemah. 0 Gagal Gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah yang diberikan amat lemah. sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid seperti

Setelah semua skrip murid diperiksa, guru perlu merekod dan menganalisa markah murid yang melibatkan Bahagian A, B, purata markah dan markah keseluruhan. Guru juga telah membuat analisis bagi setiap item untuk mengkaji kekerapan jawapan murid bagi sesuatu item. INDEKS KESUKARAN ITEM Kualiti sesuatu item ditentukan oleh Indeks Kesukarannya. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item sama ada ia mudah , sederhana atau sukar. Indeks ini perlu mengambil kira aras pengetahuan dan kemahiran murid yang ingin diuji. Lazimnya kesukaran sesuatu ujian adalah berdasarkan kepada nisbah 27% murid pencapaian tinggi, 46% mpencapaian sederhana dan 27 % pencapaian rendah. Pengiraan indeks kesukaran ini adalah berdasarkan rumus berikut : Indeks Kesukaran Item (p) = CH TH + + CL L

CH CL TH + L

= Bilangan pelajar yang menjawab berul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi. = Bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah. = Jumlah pelajar berpencapaian tinggi dan rendah.

Contoh pengiraan Indeks kesukaran Soalan Objektif : Indeks kesukaran Item Soalan nombor 1 (p) = = 8 + 6 16 8.8 ( Terlalu Mudah )

Pengiraan markah untuk soalan subjektif pula, indeks dikira sebagai nisbah markah purata kepada julat penuh seperti di bawah:
Indeks Kesukaran Item (p) = Markah Purata Julat Markah Penuh Jumlah Markah Jumlah Murid Markah Maksimun Markah Minimun

Markah Purata

Julat Markah Penuh

Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Soalan Subjektif Indeks kesukaran soalan 5 ( p) = 67/28 = 2.39 5 = 0.48 ( sederhana sukar )

Indeks kesukaran item ini adalah mengikut Jadual Aras kesukaran dan pengkelasan item seperti di bawah : Nilai ( p ) 0.00 - 0.20 Pengkelasan Item Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu mudah

0.21 - 0.40 0.41 - 0.60 0.61 - 0.80 0.81 - 1.00

Semakin rendah nilai p bagi sesuatu item menunjukkan semakin sukar pengkelasan sesuatu item. Ini dapat dijelaskan mengikut graf di bawah ; 0.0
0.50 1.00

Sukar

Sederhana

Mudah

Hasil daripada ujian yang dijalankan, maka dapa dibuat kesimpulan bahawa JPU yang dibina kadangkala tidak bertepatan dengan situasi sebenar. Ini boleh dilihat melalui hasil rumusan perbandingan antara JPU, Indeks kesukaran seperti dibawah: Nombor Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 Mudah Sukar Sukar Pertengahan Mudah Pertengahan Pertengahan Pertengahan Aras JPU Aras kesukaran Mudah Sukar Pertengahan Pertengahan Pertengahan Sukar Pertengahan Pertengahan Indeks Perbandingan JPU dan Indeks Sama Sama Beza Sama Beza Beza Sama Sama

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10

Pertengahan Mudah Sukar Pertengahan Sukar Pertengahan Mudah Pertengahan Pertengahan Pertengahan Pertengahan Sukar Mudah Pertengahan Pertengahan Pertengahan Sukar Pertengahan Pertengahan Sukar Mudah Mudah

Pertengahan Mudah Pertengahan Pertengahan Pertengahan Sukar Mudah Pertengahan Pertengahan Mudah Pertengahan Sukar Mudah Mudah Pertengahan Pertengahan Pertengahan Pertengahan Sukar Sukar Mudah Mudah

Sama Sama Beza Sama Beza Beza Sama Sama Sama Beza Sama Sama Sama Sama Sama Sama Beza Sama Beza Beza Sama Sama

Merujuk kepada analisa jadual yang dilampirkan maka dapatlah dirumuskan bahawa indeks kesukaran item ini daripada pelbagai aras seperti berikut : Aras Bahagian A Nombor Item Terlalu Sukar Sukar Sederhana Mudah Terlalu Mudah Tiada 2, 6,14, 20, Tiada 3,7, 8, 5 Bahagian B Nombor Item

3,5,7,8,9,11,12,13,16,17,19 4 , 6 4,18 1, 10, 15 2,9 1, 10

Berdasarkan analisa perbandingan jadual dapatan dengan jadual indeks kesukaran dalam JPU menunjukkan terdapat beberapa soalan yang tidak mengikut aras kesukaran yang dirancang. Item nombor 3, 11 dan 13 di dalam JPU menunjukkan ia berada pada aras yang sukar namun keadaan sebenar menunjukkan soalan itu hanya berada pada aras sederhana sahaja. Soalan-soalan ini dianggap sukar oleh guru kerana pengganggunya terlalu mengelirukan. Contohnya perkataan penggosok, penggilap dan pengelap membawa makna yang sangat hampir. Jangkaan jawapan yang betul adalah kerana terdapat kunci yang sangat membantu iaitu perktaan kasut yang sinonim menggunakan perkataan penggilap. Begitu juga dengan soalan 11 yang menyatakan kunci kata menurut apa yang disuruh sebagai lurus bendul dan soalan 13 yang mengaitkan kad pra bayar dengan perbuatan menggores. Bagi soalan nombor 5 bahagian A dan 1 Bahagian B pula, guru menjangkakan soalan itu berada pada aras yang mudah tetapi pada situasi sebenar soalan itu berada dalam aras sederhana.Soalan ini tidak dapat dijawab oleh murid kerana murid tidak dapat membezakan fungsi kata sendi yang membawa maksud yang sangat hampir. Jawapan 1b pula menunjukkan bahawa murid gagal menjawab dengan tepat walaupun soalan ini dari aras yang mudah. Soalan yang dianggap sederhana seperti soalan nombor 6 dan 14 Bahagian A dan 8 Bahagian B adalah merupakan soalan berada dalam aras yang sukar. Sebagai contohnya soalan 8 Bahagian B, murid mungkin tidak mempunyai asas pengiraan masa atau terlalu cuai ketika membaca petikan tersebut menyebabkan mereka tidak dapat mengira jumlah masa dengan betul. Hal ini berlaku kerana aras kesukaran soalan amat sukar ditentukan kecuali pengubal soalan adalah seorang yang berpengalaman atau set soalan itu telah dibuat kajian rintis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, berdasarkan Ujian Rujukan Norma, setiap aras soalan tidak memberikan sebarang maklumat psikometrik yang bermakna. Walaupun aras soalan ini terlalu mudah atau terlalu sukar namun ia tidak dapat membezakan keupayaan pelajar sama ada rendah atau tinggi.

INDEKS DISKRIMINASI (d)\ Perbezaan keupayaan sesetiap individu dapat diukur dengan menggunakan Indeks Diskriminasi. Item yang berkualiti akan dapat membezakan antara pelajar berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi.

Indeks Diskriminasi boleh dikelaskan berdasarkan aras seperti dalam jadual dibawah : Nilai (d ) 0.00 0.10 0.11 -0.20 0.21 -0.30 0.31 0.40 0.40 -1.00 Pegkelasan Item Tidak Baik Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik Implikasi Tidaksesuai dan tukar soalan Tukar soalan Ubahsuai soalan Sesuai dan diterima Sangat sesuai dan diterima

Nitko (2004: 323) menyatakan item yang boleh dipilih untruk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30. Walaupun begitu, indeks yang lebih tinggi diperlukan untuk mengenalpasti dan melaporkan pencapaian pelajar dalam menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran. Kesimpulannya, item yang mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi menunjukkan bahawa soalan tersebut adalah berkualiti manakala indeks yang mempunyai indeks yang rendah menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Langkah-langkah pengiraan indeks diskrimrinasi mengikut Mehren Lehmann seperti berikut :
Indeks Diskriminasi (d) = CH CL

TH +
CH Cl

= Bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi = Bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah = Jumlah pelajar berpencapaian tinggi dan rendah

TH + L

Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi Indeks Diskriminasi item nombor 4 (d) = 8 16 = 2

6 8

0.75

Ini menunjukkan bahawa soalan nombor 4 adalah dari aras yang baik dan boleh diterima. Pengiraan Indeks Diskriminasi bagi setiap soalan dilampirkan sebagai lampiran untuk rujukan,

Rumusan indeks mengikut perkelasannya adalah seperti jadual di bawah : Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nilai (d ) 0.25 0.75 0.63 0.75 0.38 0.75 0.50 0.38 0.38 0.38 0.13 0.75 0.13 0.50 0.25 0.50 0.38 0.75 0.63 0.63 Pengkelasan Sederhana Sangat baik Sangat baik Sangat baik Baik Sangat baik Sangat baik Baik Baik Baik Kurang baik Sangat baik Kurang baik Sangat baik Sederhana Sangat baik Baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Implikasi Ubah Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Tukar Terima Tukar Terima Ubah Terima Terima Terima Terima Terima

Merujuk kepada jadual Indeks Diskriminasi di atas menunjukkan 80 % daripada item yang dibina berada dalam kategori baik dan sangat baik dan ia boleh digunakan sebagai item yang berkualiti untuk diuji kepada murid. 11 daripadanya iaitu soalan 2,3,4,6,7,12,14,16.18,19 dan 20 pada aras yang amat baik iaitu berada dalam lingkungan nilai 0.4 sehingga 1 manakala 5 item lagi iaitu soalan 5,8,9,10 dan 17 berada dalam lingkungan baik iaitu 0.31 hingga 0.4. item-item ini disimpan di bank soalan dan boleh digunakan atau sebagi rujukan kepada pelajar atau guru pada masa akan datang. Soalan yang tidak sesuai dan perlu ditukar ialah soalan 11 dan 13. Soalan ini telah disemak dan didapati bahawa satu punca murid gagal menjawab soalan 11 kerana kurang penguasaan tatabahasa.

Sebagai contoh perkataan bendul kemungkinan tidak pernah mereka dengar dan aplikasikan. Pengganggu yang ada seperti perkataan pembaris yang sering mereka gunakan menyebabkan mereka lebih selesa memilihnya sebagai jawapan. Begitu juga dengan situasi soalan 13 yang mempunyai pengganggu yang hampir sama maknanya. Justeru itu langkah yang paling baik ialah dengan menukar soalan tersebut dengan soalan yang lebih mudah arasnya dan pengganggu bagi soalan tersebut tidak terlalu sama maknanya. Soalan nombor 1 dan 15 pula dikategorikan dalam aras soalan yang terlalu mudah. Justeru itu soalan ini perlu diubahsuai agar menjadi lebih sukar. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid jelas menunjukkan majoriti pelajar dapat menjawab soalan ini. Pengubahsuaian ini mungkin hanya melibatkan soalannya sahaja tanpa mengubah jawapan yang disediakan.

PENUTUP Proses membina set soalan yang berkualiti merupakan satu proses yang memerlukan prosedur yang sangat sistematik. Ketika menjalankan sesuatu ujian, guru mestilah mengenalpasti soalan soalan tersebut akan bertepatan dengan sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar. Perbuatan guru yang mencedok soalan secara rambang daripada buku rujukan yang terdapat di pasaran adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, guru haruslah

mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk membina ujian yang berkualiti dan berkeupayaan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan murid terhadap sesuatu tajukdan boleh mencabar dan mencambahka daya pemikiran mereka. Item soalan yang berkualiti juga akan berupaya mewujudkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item tersebut.

You might also like