Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 152

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.0.

Pengenalan

Kesusasteraan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Genre sastera memfokuskan kepada cerminan kehidupan masyarakat dan penerapan kepada nilainilai kemanusiaan. Permasalahan dan corak kehidupan manusia dan masyarakat Melayu menjadi intipati utama kepada penghasilan pelbagai genre kesusasteraan Melayu. Penghasilan kesusasteraan Melayu adalah satu ekspresi kehidupan masyarakat Melayu iaitu ekspresi yang penting dalam membicarakan aspek-aspek kemanusiaan dan kehiduapan masyarakat Melayu yang digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan kehidupan manusia dan masyarakat Melayu.

Kesusasteraan Melayu tidak lain daripada bicara tentang manusia. Apabila berbicara tentang manusia bererti berbicara tentang seluruh kehidupan lahiriah dan batiniahnya. Ertinya, karya sastera merupakan cerminan nilai-nilai kemanusiaan yang dihasilkan oleh manusia sastera Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat telah memulakan tradisi didikan serta penerapan nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat.

A. Halim Ali (2006:1) menjelaskan kesusasteraan Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat penting. Dalam bidang kesusasteraan, ia terdiri daripada beberapa genre. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.

Majlis Peperiksaan Malaysia, (2000:xxi) menjelaskan kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 20 jenis puisi. Puisi-puisi ini dapat dibicarakan satu per satu secara seturut sebagaimana tersusun tadi. Namun, daripada segi pendekatannya, lebih jelas jika dikategorikan terlebih dahulu, kerana antara jenis-jenis puisi tersebut terdapat dalam bentuk yang sama. Kefahaman yang jelas dapat diberikan kepada semua sekiranya puisi-puisi ini dikelompokkan khususnya untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

Selain itu, pandangan A. Halim Ali (2006:1) menjelaskan kehadiran puisipuisi Melayu tradisional ini bukan sahaja menunjukkan rakaman kelembutan berkomunikasi, hubungan sesama jiran tetangga, kemanisan mendidik anak dan apa sahaja yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelusuri dengan penuh bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Citra masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan halus dalam teguran dapat dikesani dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan semua puisi Melayu tradisional itu sebagai sastera warisan dan dengan cepat memesrai masyarakat Melayu dengan masyarakat lain hari ini tanpa mengira batas budaya dan peringkat usia.

Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa, masyarakat Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan beretika. Penghasilan pelbagai puisi Melayu tradisional mendorong kepada pandangan pencipta puisi-puisi tersebut kea rah dalam member pendedahaan tentang penglahiran nilai-nilai kemanusiaan dan penzahiran latar masyarakat.

Sebagai contoh, penciptaan seloka berkait rapat dengan bahasa dan mempunyai mesej yang berunsur sindiran. Bahasa merupakan wadah yang digunakan untuk menyampaikan mesej dalam seloka tersebut. Oleh itu penggunaan bahasa yang indah mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan.

Menurut Rene Wellek et. al (1989:135) menjelaskan karya sastera dianggapkan sebagai satu dokumen sejarah pemikiran dan firasat kerana sejarah sastera sejajar dengan cerminan sejarah pemikiran. Secara langsung ia melalui alusialusi dalam setiap karya yang dihasilkan. Setiap pengarang mempunyai fahamanfahaman firasat yang dominan pada zamannya.

1.1.

Penyataan Masalah

Setelah memasuki tahun 2000, era globalisasi yang semakin pesat dan bergerak pantas telah mengubah segala-galanya. Perjanjian dunia dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendatangkan impak yang besar dalam perjalanan kehidupan kesusasteraan Melayu dalam kalangan masayarakat Malaysia amnya dan generasi baharu khusunya.

Masyarakat pada masa kini bersungguh-sungguh mengejar kemajuan zaman sehingga dunia kesusasteraan Melayu semakin dilupakan malah ada yang menganggap dunia kesusasteraan Melayu sebagai dunia yang tidak bernilai. Kealpaan masyarakat Malaysia dalam mengangkat martabat dan memperkasa kesusasteraan Melayu semakin parah malah ada yang mengatakan alam kehidupan kesusasteraan Melayu semakin malap dan tidak popular semakin menghampiri kebenarannya. Hakikatnya, kehidupan masyarakat masa kini semakin mendasari kepesatan dunia sains dan teknologi. Ia menjadikan setiap individu kurang untuk menggemari karyakarya sastera yang menjadi pemangkin dalam pembentukkan sahsiah diri seseorang individu.

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menenggelamkan ingatan masyarakat tentang kepentingan dunia sastera terutamanya genre puisi Melayu tradisional yang adanya unsur-unsur nilai dan personaliti yang boleh dijadikan sebagai teladan dan sempadan. Justeru, kajian ini akan menghujahkan personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam seloka.

Penelitian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka kurang diberi tumpuan. Hal ini demikian kerana kebanyakan pembaca dan pengkritik sastera hanya menganggap seloka dicipta untuk menyindir, menempelak dan memperlekeh seseorang secara halus. Hakikatnya, persepsi sedemikian perlu diubah. Walaupun seloka dicipta tujuan sedemikian, sebenarnya seloka juga boleh dijadikan satu landasan untuk membimbing dan mendidik masyarakat pada masa kini dalam membentuk masyarakat yang berhemah.

Melalui perwatakan-perwatakan dalam seloka, ia dapat dikaitkan dengan personaliti-personaliti yang mencetuskan kebenaran untuk direnungkan bersamasama. Pembaca yang adakala hanya tersenyum apabila mendengar atau membacanya, Isi kandung tersirat dalam seloka boleh mendidik para pembaca apabila menghayatinya.

Kajian ini akan dijalankan bersandarkan kepada tiga aspek tumpuan. Tumpuan yang pertama akan diberikan kepada menghuraikan bentuk dan ciri-ciri seloka. Aspek ini diberikan tumpuan kajian kerana ingin memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua masyarakat masa kini tentang seloka. Pengetahuan tentang seloka

dalam masyarakat Melayu masa kini semakin tipis dan pastinya tidak popular dalam kotak kehidupan mereka.

Selain itu, kajian ini akan diteruskan dengan kupasan yang medalam dalam mengkaji perwatakan watak dalam seloka-seloka yang dipilih. Dalam tumpuan yang kedua ini, ia akan menjelaskan tentang maksud yang tersirat dalam setiap lakaran watak yang terdapat dalam setiap seloka agar ia menjadi tersurat dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini. Masyarakat Melayu pada masa kini, akan mendalami setiap watak yang terdapat dalam seloka seperti Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang, emak si Randang dan Pak Balung (seekor ayam jantan).

Semua watak yang dilakarkan dalam seloka sudah menjelaskan tentang perwatakan mereka dengan pelbagai sifat dan sekali gus merapatkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam corak kehidupan masing-masing. Mereka akan mengetahui tujuan sebenar seloka itu dicipta dan diperdengarkan kepada mereka yang semata-mata untuk memberi mesej dan pengajaran kepada masyarakat Malaysia masa kini.

Selepas itu, kajian diteruskan dengan mengaitkan semua perwatakan dalam seloka yang dikaji dijadikan garapan idea personaliti orang Melayu pada masa kini. Tumpuan ini merupakan satu elemen yang penting dalam menggarap pembentukan personaliti masyarakat Malaysia masa kini yang besar kemungkinan ada sangkut-paut dengan kehidupan mereka pada masa zaman sekarang. Masyarakat Melayu pada kini pastinya akan menjadikan watak-watak dalam seloka sebagai satu perlambangan dalam meneruskan perjalanan kehidupan masing-masing dalam era globalisasi ini.

Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bersandarkan kepada faktor pemahaman masyarakat pada masa kini terhadap seloka itu sendiri. Kebanyakan masyarakat pada masa kini sudah tidak mengenali seloka. Seterusnya, faktor persepsi masyarakat kepada seloka itu perlu diubah. Walaupun seloka itu dicipta untuk sindiran dan menempelak seseorang, hakikatnya isi kandung dalam seloka masih ada unsur-unsur pengajaran yang boleh diadaptasikan dalam masyarakat pada masa kini.

Faktor yang terakhir adalah perkaitan antara persoalan-persoalan dalam seloka dengan asas buah fikir masyarakat pada masa kini. Hal ini bermaksud, masyarakat pada masa kini boleh mengaitkan seloka dengan personaliti masing-masing dalam meneruskan kehidupan yang serba moden.

Justeru, masyarakat pada hari ini menganggap bahawa bidang sastera tiada nilai komersial jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Keadaan ini turut mempengaruhi generasi muda zaman sekarang. Ekoran yang sedemikian, menjurus kepada pengkaji membuat kajian yang berkaitan dengan seloka untuk mendedahkan kepada masyarakat kini bahawa seloka juga mampu mendidika dan membimbing masyarakat dalam sesuatu perkara.

1.2.

Objektif Kajian

Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka ini dijalankan adalah untuk mencapai tiga objektif kajian. Objektif-objektif kajian adalah seperti yang berikut : 1.2.1. menghuraikan bentuk seloka. 1.2.2. menghuraikan perwatakan-perwatakan dalam seloka. 1.2.3. mengaitkan perwatakan-perwatakan dalam seloka dengan personaliti dan pembentukan kendiri yang positif masyarakat Melayu.

1.3.

Soalan Kajian

Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka ini dijalankan adalah untuk menjawab soalan-soalan yang terungkai seperti yang berikut : 1.3.1. Huraikan bentuk dan ciri-ciri seloka. 1.3.2. Huraikan perwatakan-perwatakan dalam seloka. 1.3.3. Kaitkan perwatakan-perwatakan dalam seloka dengan personaliti dan pembentukan kendiri yang positif masyarakat Melayu masa kini.

1.4.

Kepentingan Kajian

Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka amat penting dijalankan pada masa kini. Hakikatnya, masyarakat Melayu masa kini terutamanya golongan muda mungkin tidak pernah kenal sebenarnya seloka. Walaupun, seloka diselitkan dalam Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) masih belum lagi dapat

mencuri minat golongan-golongan muda mendalami isi kandung seloka. Wajaran seloka hanya untuk sindiran dan ejekan sudah tentu dipandang lucu oleh masyarakat.

Kajian ini penting kerana di sebalik unsur sindiran dan ejekan dalam seloka, hakikatnya semua perwatakan dalam seloka mampu menzahirkan elemen pengajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Ini secara tidak langsung membantu Negara dalam menangai gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang. Selain itu, ia amat penting kerana seloka mampu memartabatkan genre puisi Melayu tradisional kerana setiap sindiran, ejekan dan tempelakan mampu dijadikan elemen pengajaran kepada para pendengar amnya dan masyarakat Melayu masa kini khasnya.

Seterusnya, kajian ini amat penting kerana gagasan personaliti masyarakat Melayu pada masa itu mampu membuka minda masyarakat pada masa kini untuk menerima seloka sebagai agen perubahan sikap dalam diri masyarakat itu sendiri. Natijahnya, masyarakat pada masa kini akan sedar akan setiap sindiran dalam seloka mampu menjadikan panduan dan tunjuk ajar dalam meneruskan kehidupan dalam era globalisasi.

Di samping itu, kajian ini penting dalam sektor pendidikan. Hal ini bermaksud, seloka mampu membentuk keterampilan pelajar dalam menguasai unsurunsur bahasa, kreativiti, dan persoalan-persoalan yang dipilih. Pemilihan diksi yang sesuai dan teknik penulisan yang baik mampu membuatkan para pelajar teruja dengan seloka. Hal ini demikian kerana setiap diksi dalam seloka boleh digunakan dalam amalan seharian pelajar sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Malah isi-isi kandung seloka yang tersirat membantu para pelajar berfikir dengan lebih rasional sebelum melakukan sesuatu perkara di ruang masyarakat. Ini secara langsung memberi nilai dan pengajaran kepada pelajar untuk tidak melakukan perkara yang serupa dengan watak-watak yang telah dilukiskan di dalam seloka.

Kajian yang dilakukan terhadap seloka-seloka pada zaman dahulu amat penting untuk melihat semua isi kandung dalam seloka yang tajam dengan sindiran dan ejekan yang mampu membawa maksud khusus kepada masyarakat. Perkaitan seloka dengan sindiran amat sinonim. Namun, sindiran-sindiran sinis dalam seloka berjaya mengubah sikap masyarakat Melayu masa kini ke arah yang lebih baik lagi.

Kajian ini juga amat penting kepada negara. Hal ini demikian kerana melalui seloka, para pemimpin dapat mengubah sikap pemerintahannya agar lebih adil dan saksama sepanjang masa. Kesungguhan mentelaah isi kandung seloka yang tersirat mampu dikupas untuk tatapan pemimpin negara dalam menguruskan hal ehwal negaranya dengan teratur, adil dan saksama.

1.5.

Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah perpustakaan dikunjungi untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai asas kepada penulisan kajian ini.

Antara perpustakaan yang akan dikunjungi ialah Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darur-Ridzuan,

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan Perpustakaan Awam Hilir Perak, Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan.

Selain daripada mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang disebutkan di atas, beberapa laman web dan laman blog dilayari untuk mencari bahan-bahan rujukan yang lain sebagai tambahan kepada bahan-bahan rujukan utama. Setiap laman web dan laman blog yang dilayari akan dicatatkan tarikh melayarinya pada bahagian bibliografi.

Dalam meneruskan perjalanan kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka, satu kerangka kajian telah dihasilkan. Kerangka kajian ini membantu dalam meneruskan penulisan kajian ini kerana kerangka kajian ini dianggap satu penda aras dalam meneruskan penulisan kajian ini. Kerangka kajian ini menggunakan reka bentuk kepustakaan. Kerangka kajian kepustakaan bermaksud satu reka bentuk kajian yang sepenuhnya menggunakan bahan teks dalam penulisan kajian ini. Kerangka kajian kepustakaan adalah seperti dalam rajah 1.

Rajah 1 : Kerangka Kajian Mengumpul seloka Kaedah Kepustakaan Kajian bentuk dan ciri-ciri seloka

Senarai Semak perkaitan Personaliti orang Melayu masa kini

Kajian perwatakan-perwatakan dalam seloka

Penerapan Teori Sosiologi, Keindahan dalam Puitika Melayu dan Konsep Personaliti Kendiri Positif

Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Di peringkat permulaan dalam penulisan kajian ini, kaedah pengumpulan teks kajian dijalankan. Pengumpulan 10 seloka iaitu tujuh seloka tempatan dan tiga seloka seberang iaitu Indonesia dikumpulkan untuk dijadikan sampel kajian.

Selepas itu, penulisan objektif kajian akan dijalankan bersandarkan kepada tajuk kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu dalam seloka. Penulisan objektif kajian bersandarkan kepada kajian bentuk dan ciri-ciri seloka, dan kajian perwatakanperwatakan dalam seloka.

Dalam meneruskan kajian ini, satu senarai semak akan dijalankan sebagai instrumen kajian. Senarai semak ini dijalankan adalah untuk mengumpul perwatakanperwatakan yang terdapat dalam seloka untuk dikaitkan dengan personaliti

masyarakat Melayu. Senarai semak dijalankan dalam dua peringkat iaitu senarai semak seloka-seloka tempatan dan senarai semak seloka-seloka seberang.

Semua penghujahan perwatakan dalam seloka seperti yang tercatat dalam senarai semak akan diguna pakai dalam menghujahkan perkaitan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini.

Seterusnya, pemilihan dan penerapan teori dalam kajian ini akan dijalankan dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalan kajian ini. Pemilihan dan penerapan teori utama dalam kajian ini adalah teori sosiologi sastera . Selain itu, perkaitan ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu turut diselitkan dalam kajian ini kerana ia mampu membuktikan personaliti masyarakat Melayu dalam seloka.

Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam seloka mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.

Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasilhasil karya tersebut.

Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu.

Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah. Ciri yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.

Dalam mengukuhkan lagi kajian personaliti masyarakat Melayu masa kini dikukuhkan lagi dengan teori pembentukan personaliti kendiri yang positif. Penghujahan konsep-konsep personaliti akan digunakan untuk mengaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini dengan perwatakan-perwatakan dalam seloka.

Sampel-sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu tujuh seloka Melayu yang terdiri daripada seloka kehilangan adat melayu, seloka Pak Kaduk, seloka Emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si Luncai, seloka Pak Balung Ayam Tambatan dan seloka Lebai Malang. Selain itu, tiga seloka dari seberang (Indonesia) Yang Terdiri Daripada seloka Melayu Gerak

Senandung Selayu, seloka Melayu Abrahama dan seloka Melayu Silumak Budiman. Semua isi kandung seloka akan diselitkan dalam bahagian lampiran.

Dalam mendapatkan sampel-sampel kajian tersebut, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak Darul Ridzuan akan dikunjungi untuk memperoleh semua sumber data seloka Melayu tempatan. Selain itu, dalam mendapatkan sampel-sampel kajian seloka-seloka Indonesia, laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com akan dilayari.

Sebelum kajian ini diteruskan satu instrumen kajian telah dilakukan. Instrumen kajian yang digunakan adalah penyediaan senarai semak. Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam semua seloka yang dikaji. Semua perwatakan dalam seloka tersebut akan dikaitkan dengan gagasan personaliti orang Melayu masa kini.

1.6.

Instrumen Kajian

Sebelum kajian ini diteruskan, satu instrumen kajian telah dibuat. Instrumen kajian yang digunakan adalah senarai semak Menurut Chua Yan Piaw (2006:265), senarai semak adalah satu instrumen yang melibatkan penyenaraian item yang dilakukan secara keseluruhan. Ia disediakan adalah untuk mengenal pasti setiap item dalam setiap bahan kajian dan kekerapannya juga dapat dikenal pasti.

Selepas senarai semak dibuat, penyenaraian perwatakan-perwatakan yang lebih jelas dalam semua seloka. Setiap penyenaraian perwatakan-perwatakan dalam

seloka akan disertakan dengan contoh terus pada bait-bait yang mengandungi perwatakan-perwatakan dalam seloka.

Penyenaraian dan pencontohan perwatakan-perwatakan dalam seloka akan dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini. Instrumen kajian ini dijalankan kerana ia dapat membantu kajian ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, ia juga dapat mengesan kekerapan setiap persoalan yang disenaraikan.

1.7.

Batasan Kajian

Kajian ini telah membataskan kajiannya mengenai personaliti orang Melayu dalam puisi Melayu tradisional:Seloka. Dua kumpulan seloka telah dijadikan sumber kajian iaitu kumpulan seloka Melayu yang merangkumi enam contoh seloka iaitu seloka Pak Kaduk, seloka emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si Luncai, seloka Pak Balung ayam tambatan dan seloka Lebai Malang.

Kumpulan seloka yang kedua adalah kumpulan seloka daripada Indonesia yang dihasilkan oleh Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo, Mahasiddha. Antara seloka-seloka yang dipilih adalah tiga seloka dari seberang (Indonesia) yang terdiri daripada seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, seloka Melayu Abrahama dan seloka Melayu Silumak Budiman.

Dalam kajian ini, skop perbincangan kajian adalah melibatkan perbincangan mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka. Selain itu, membincangkan mengenai kupasan perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam seloka. Seterusnya, kajian ini akan

mengaitkan perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam seloka dengan personaliti orang Melayu masa kini. Semua perbincangan dalam kajian ini akan mengaplikasikan teori sosiologi sastera, ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu dan teori pembentukan kendiri positif.

1.8.

Definisi Kajian

1.8.1. Definisi Puisi

Secara umumnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1241) memberikan maksud puisi sebagai satu karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan lain-lain.

Puisi ialah karangan berangkap. Ia terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama dan jumlah suku kata.

Memetik pendapat Zaba pula, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa (A. Halim Ali, 2006:9).

Puisi ialah karangan berangkap, dan mempunyai kalimat yang tidak bebas terutamanya dari segi pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukan penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang dalam dan berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai

pemikiran yang mendalam dan tinggi di samping keterlibatan perasaan yang sangat sensitif (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2010:227)

A. Halim Ali (2006:7) menjelaskan puisi ialah satu hasil kesenian, wadah pemeliharaan adat, menjangkau alam mistik, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan dan kepercayaan.

Semual Taylor Coleridge (A. Halim Ali, 2009:10) pula menjelaskan puisi adalah kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Ini bermaksud puisi berada dalam bentuk yang cantik dan kata-kata yang dipilihnya pula menepati konteks.

Menurut pandangan Drs. Atmazaki dalam A. Halim Ali (2006:7), puisi pada dasarnya lebih merupakan sifat atau nilai keindahan dalam pengungkapan bahasa. Ungkapan atau penggunaan bahasa yang indah itulah yang menghasilkan unsur keindahan atau juga disebut puitis.

Menurut Wan Akmal Wan Semara (2005:11), puisi ialah bidang kesenian yang tergolong dalam genre kesusasteraan. Secara etimologinya, puisi berasal daripada bahasa Yunani iaitu poeima yang beerti membuat atau poesis yang beerti pembuatan. Puisi diertikan sembagai membuat dan pembuatan kerana puisi itu pada dasarnya merupakan suatu dunia tersendiri yang dicipta oleh pengarangnya bagi menggambarkan sesuatu pemikiran atau gagasan penciptanya. Puisi adalah salah satu cabang sastera yang menggunakan kata-kata sebagai wahana penyampaian bagi membuahkan ilusi dan imaginasi dalam menggambarkan gagasan pengarangnya.

Wan Akmal Wan Semara (2005:11) memetik pandangan Zainal Abidin Ahmad (Zaba) yang menjelaskan puisi adalah karangan berangkap sebagai khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukis kemanisan dan kecantikan bahasa.

Anis pula berpendapat bahawa puisi ialah cabang kesenian yang disebut sastera yang beerti bahasa indah, berirama dan mempunyai bentuk yang tertentu. Puisi biasanya lebih singkat dan dikongkong oleh bentuk, dan dalam setiap hal lebih padat, lebih ringkas dan lebih berkesan daripada prosa (Wan Akmal Wan Serama 2005:11).

Menurut pandangan Situmaorang pula, puisi ialah penghayatan kehidupan manuasia totalitas yang dipantulkan oleh penciptanya dari segi peribadinya, fikirannya, perasaannya, kemahuannya dan lain-lain (Wan Akmal Wan Serama 2005:11).

Hashim dalam Wan Akmal Wan Serama (2005:12) menjelaskan puisi ialah karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata-kata yang mementingkan irama, bunyi dan kiasan. Ia merupakan alat pengucapan fikiran yang terindah dan paling berkesan. Puisi mempunyai empat ciri utama iaitu tema (maksud), perasaan (emosi), nada dan tujuan.

Safian et.al berpendapat bahawa puisi ialah salah satu bentuk daripada pengucapan tradisional yang amat popular dan menyeluruh penggunaannya dalam kalangan setiap lapisan masyarakat, dan ia turut berkembang bersama-sama perkembangan sistem dan pemikiran masyarakat tersebut. Manakala Muhammad pula

menyatakan puisi ialah suatu genre sastera atau bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta banyak menggunakan unsure bahasa seperti rima, irama, metafora dan seumpanya. (Wan Akmal Wan Serama 2005:12).

Mat Jani Hassan (1998:263) menjelaskan puisi merupakan karangan atau hasil sastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana kata-kata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat menghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya di bahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimatkalimatnya.

Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi ialah satu gubahan perkataan yang dapat melahirkan fikiran penciptanya, yang dibuat dalam bentuk berangkaprangkap dan mementingkan unsur-unsur persajakan, irama, suku kata dan diksi.

Puisi merupakan karangan atau hasil sastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana kata-kata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat menghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya di bahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-kalimatnya. (Muhd Mansur Abdullah 1988:235)

Harun Mat Piah (1989:2) memetik pandangan Frye menjelaskan puisi adalah suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan yang biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan hari-hari dan bahasa

yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan lojika yang khusus dalam bentuk prosa dan tidak berunsur sastera.

Kesimpulannya, sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji akan menggunakan definisi operasional puisi seperti yang berikut : Puisi ialah karangan berangkap, dan mempunyai kalimat yang tidak bebas terutamanya dari segi pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukan penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang dalam dan berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai pemikiran yang mendalam dan tinggi di samping keterlibatan perasaan yang sangat sensitif. (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2010:227)

1.8.2. Definisi Puisi Melayu Tradisional

Puisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232).

Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang

mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengan nilai estetika dan dihiasi pula dengan pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa masyarakat Melayu lama. (2005:2)

A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman yang disebut sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13).

Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu, ia memudahkan masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana mereka berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka.

Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan

ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciricirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain.

Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi Melayu tradisional akan berpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5) iaitu : satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian.

Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraan Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan oleh pengaruh warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan lain-lain.

Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi warisan Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir daripada kreativiti masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing. Justeru, penghasilan puisi warisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagi diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan

seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun pula terdapat teka-teki, endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera.

Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi Arab dan puisi Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri daripada puisi terikat. Dalam puisi terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi, nazam, rubai, qitah, ghazal dan berzanji.

Dalam memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai puisi Melayu tradisional, dilakarkan pengklasifikasian genre-genre puisi Melayu tradisional seperti dalam rajah 2. (rujuk halaman berikutnya).

Rajah 2 : Puisi Melayu Tradisional

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Warisan Melayu

Warisan Arab-Parsi

Puisi Terikat

Puisi Bebas

Puisi Terikat

Seloka

Teromba

Talibun

Peribahasa Berangkap Mantera

Pantun

Gurindan

Syair

Nazam

Rubai

Berzanji

Masnawi

Qitah

Ghazal

Teka-teki

Endoi

Rejang

Dikir/Zikir

1.8.3. Definisi Seloka

Pada dasarnya, seloka bermaksud sejenis puisi yang mengandungi ajaran iaitu sindiran, jenaka dan lain-lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007:1428).

Mohd Rosli Saludin (2007: 117), seloka merupakan puisi Melayu tradisional sejajar dengan gurindam, seganding dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan Ramayana. Semenjak bilakah gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orangorang Melayu tidaklah diketahui. Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri Lanang ketika menggambarkan bunyi burungburung di dalam taman Puteri Gunung Ledang, membandingkan dengan orang bergurindam dan berseloka.

Menurut pandangan Harun Mat Piah (2000:122), seloka ialah perkataan yang berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu sloka. Seloka mengandungi 16 suku kata sebaris dan berbentuk bebas.

Dalam Harun Mat Piah pula (2000:122), C. Hooykaas menjelaskan seloka ialah satu puisi yang berunsurkan sindiran dan bersifat jenaka. Walaupun ia serius dan mungkin mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan asyik, berahi, khayal dan mimpi.

Ghazali Dunia pula menjelaskan seloka berasal daripada Epik Mahabrata yang memuatkan 100 000 seloka dan Epik Ramayana yang mengandungi lebih kurang 24 000 seloka. Menurut pandangan C. Hooykaas dalam Ghazali Dunia menjelaskan seloka dalam konteks masyarakat Melayu ialah suatu puisi yang mengandungi empat baris serangkap dengan penggunaan empat patah perkataan dengan lapan hingga 11 suku kata sebaris. ( 1992:108).

Harun Mat Piah (1989:334) menjelaskan seloka ialah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka atau anustubh yang member makna suatu bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris. Tiap-tiap satunya mengandungi 16 suku kata. Simorangkir Simandjuntak pula menjelaskan seloka adalah bidalan atau pepatah yang diberi bersampiran.

Manakala Zuber Usman pula menjelaskan seloka ialah hampir sama dengan gurindam tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucuannya. C. Hooykaas pula menjelaskan seloka ialah puisi yang sama dengan pantun. Seloka memakai rima yang sama seperti syair iaitu a-a-a-a. Harun Mat Piah (1989:335).

Amir Hamzah mengatakan seloka ialah pantun yang mempunyai perkataan erti antara sampian dan maksunya. Zaba pula menjelaskan seloka ialah sejenis karangan yang lebih kurang sama dengan gurindam. Hanya seloka itu ada tercampur kelakar, menggeli hati, gurau senda, ejek dan terkadang perasaan nyanyian, asyik, berahi, hiba, rawan, khayal dan mimpi. Harun Mat Piah (1989:335-336).

Dalam meneruskan kajian ini, definisi operasional seloka telah dipilih iaitu definisi yang telah dibahaskan oleh Zaba iaitu : seloka ialah sejenis karangan yang lebih kurang sama dengan gurindam. Hanya seloka itu ada tercampur kelakar, menggeli hati, gurau senda, ejek dan terkadang perasaan nyanyian, asyik, berahi, hiba, rawan, khayal dan mimpi.

Pada dasarnya, semua seloka mempunyai ciri-ciri yang sama. Hal ini bermaksud seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang

mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.

Ciri-ciri seloka adalah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. Semua isi kandung seloka mengandungi perkataan yang sarat dengan sindiran atau ejekan. Semua perkataan yang penuh dengan sindiran atau ejek disampaikan dalam bentuk berangkap. Selain itu, walaupun seloka penuh dengan unsur sindiran atau ejekan, unsur-unsur jenaka atau gurau senda turut diselitkan sebagai unsur hiburan kepada para pendengar. Namun, yang jelasnya seloka dihasilkan adalah untuk digunakan sebagai bahan pengajaran sambil penyindiran secara halus.

Dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2000:xxviii) menghuraikan seloka biasanya membawa unsur-unsur humor dan kritikan yang didasarkan pada watak-watak tertentu yang memainkan peranan menyindir secara tajam terhadap golongan tertentu dalam masyarakat. Seloka membawa makna ironi, citra dan lainlain dengan cara yang menarik. Maknanya dapat difahami daripada keseluruhan rangkap.

Menurut Zurinah Hasan dalam artikelnya yang bertajuk Seloka:Kritikan Tajam dalam Gurauan (2012) yang dipetik daripada laman blognya sendiri

menyatakan kebanyakan puisi tradisional yang lain, ciri-ciri seloka boleh dikenali melalui isinya dan tujuan ia dikarang. Seloka pula dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.

Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling.

Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka.

1.8.4. Definisi Personaliti

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1194) menjelaskan personality adalah satu keperibadian dan perwatakan.

Mok Soon Sang (2009:46) menjelaskan tentang personaliti. Secara umumnya, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti berasal daripada bahasa Latin iaitu persona. Persona bermaksud topeng muka yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas.

Ia merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru, personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktorfaktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti (Mok Soon Sang, 2009:46)

Beberapa pendapat tokoh barat dipetik dalam Mok Soon Sang (2009:46) yang menjelaskan tentang definisi personaliti. Antaranya adalah Gordon Allport menjelaskan personaliti sebagai satu organisasi psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya

dengan alam persekitaran. Selain itu, Alder pula menjelaskan personaliti merupakan satu gaya hidup seseorang individu.

Mischel pula menjelaskan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manuasia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Seterusnya, Crow dan Crow pula menjelaskan personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya. Akhir sekali, Gagne dan Berliner berpendapat personaliti adalah satu rangkuman aspek tingkah laku manusia. Ini kerana ia merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Mok Soon Sang (2009:48) mengkalsifikasikan personaliti tiga kategori iaitu Introvert, Extrovert dan Ambivert. Personaliti Introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Personaliti Extrovert pula ia lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Personaliti ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Manakala, personaliti Ambivert pula menjurus kepada ciri-ciri seseorang yang mempunyai kedua-dua ciri personaliti tadi.

Sigmund

Freud

merupakan

seorang

ahli

psikologi

dan

psikitaris

Chehoslovakia adalah terkenal dengan kajian personaliti manusia. Memetik pendapat Sigmund dalam Mok Soon Sang (2009:50), perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga bahagian iaitu id, ego dan super ego.

Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia dan mendorong untuk memotivasikan tingkah lakunya. Ego pula bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun dan berfungsi mengawal Id supaya keinginannya tidak terlanggar dengan norma masyarakat. Superego pula bahagian personaliti yang ditugaskan untuk menghantar maklumat nilai moral kepada Ego untuk bertindak dan mengawal Id.

Selain mengguna pakai konsep pembentukan personaliti, konsep kendiri turut dijadikan landasan ketiga dalam meneruskan kajian ini. Secara dasarnya konsep kendiri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu konsep Kendiri Positif dan konsep Kendiri Negatif.

Konsep Kendiri Positif mempunyai ciri-ciri seperti mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan, sering mendapat pujian, gembira, yakin dan percaya pada diri sendiri. Selain itu, dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah. Sikap optimis, terbuka dan sedia menerima kritikan orang lain adalah ciri yang seterusnya. Ciri yang berikutnya adalah sikap lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain dan senang dihampiri. Selain itu, mempunyai emosi stabil dan mendapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru dan rakan-rakan adalah tinggi.

Rumusan daripada hasil dapatan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa personaliti adalah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika. konsep kendiri adalah satu penilaian, pandangan, tanggapan yang

dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Konsep ini memangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.

1.9.

Kesimpulan

Warisan puisi Melayu tradisional terutamanya seloka merupakan satu cabang utama dalam kesusasteraan Melayu. Ia dikatakan lahir hasil daripada sistem rasa masyarakat Melayu tradisional yang banyak menggunakan tradisi lisan dalam kehidupan mereka.

Penyusunan kata, pemilihan perkataan yang sesuai, tepat dan indah serta penggunaan tema yang disesuaikan dengan situasi telah melahirkan warisan puisi Melayu tradisional yang telah pun bertapak di negara kita sebelum kedatangan pengaruh Islam lagi.

Peranan seloka sendiri yang dijadikan perantaraan antara interaksi minda dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan seloka yang dijadikan bahan sindiran dan ejekan secara halus mampu membersihkan kerohanian kita melalui rasa simpati atau keinsafan.

Walaupun sifatnya humor, seloka mampu membetulkan manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu

bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaan-Nya.

Kesinambungan seloka dalam masyarakat kini masih terus berkembang tetapi ruang lingkupan semakin terhad. Budaya penggunaan seloka ini hanya dapat dibuktikan dalam segelintir masyarakat yang ingi nmenyindir seseorang secara halus tanpa menyentuh perasaan seseorang secara langsung. .

BAB DUA

KAJIAN LITERATUR

2.0.

Pengenalan

Sebelum kajian ini dilanjutkan, pengkaji telah membuat tinjauan literatur yang berkaitan dengan seloka. Tinjauan literatur ini menyingkap kepada perbincangan yang menekankan kepada perwatakan dalam seloka. Semua perwatakan dalam seloka akan dapat membentuk satu gagasan personaliti orang Melayu masa kini untuk dijadikan panduan dan teladan dalam melayari kehidupan yang mendatang.

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan kajian literatur yang berkaitan dengan puisi Melayu tradisional iaitu seloka. Seloka ialah karangan berangkap, pepatah atau perumpamaan yang mengandungi jenaka, senda gurau, ejekan, olokolokan, giatan malah sindiran.

Selain, itu seloka juga ada gurau senda yang mengandungi sindiran yang ditulis dalam bentuk bahasa puisi, dan mengandungi pengajaran atau teladan. Apabila membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amat luas, menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang dianggap ringkas, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti.

Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisi tradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawai-pegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satu dimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif dan mendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.

Seloka merupakan salah satu genre sastera yang begitu banyak menggunakan bahasa untuk menjadikan sebuah seloka tersebut puitis. Aspek yang paling penting yang terdapat dalam seloka ialah sindiran-sindiran yang terdapat dalam sesebuah seloka tersebut. Dalam konteks ini, hasil karya kesusasteraaan Melayu tradisional ini dapat memberi kesan dalam pembentukan personaliti, mempertajamkan pemikiran dengan asuhan kreatif, mengilhamkan misteri, menghalusi nilai etika dan juga unsur kritikan. Di samping itu, ia juga menjadikan sesebuah seloka atau hasil karya yang lain harmoni dan sinonim dengan perkara yang hendak disampaikan dalam sesebuah masyarakat.

2.1.

Literatur Pertama

Kajian literatur yang pertama adalah kajian yang telah dibuat oleh Nawi Ismail dan Rozizah Md. Dom (2010). Mereka telah membuat perbincangan yang berkisarkan kepada seloka emak Si Randang. Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

Dalam kajian mereka, seloka emak Si Randang telah membincangkan tentang kebajikan orang lain lebih penting daripada ahli keluarga sendiri. Ini dapat dijelaskan pada bait-bait : Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan,

Berbuat baik kepada orang lain yang melebih-lebih akan merugikan diri sendiri. Justeru, membuat kebaikan kepada orang lain hendaklah berpada-pada. Ini dapat dijelaskan pada bait : Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

Selain itu, konsep kesederhanaan dalam hidup menjamin kesejahteraan juga turut dibincangkan. Konsep kederhanaan dalam melayan tetamu harus ditekankan dalam masyarakat masa kini kerana kesederhanaan diamalkan dalam Islam. Melayan tetamu biarlah berpada-pada dan janganlah sampai menggadaikan semua kepada tetamu. Kesannya, diri sendiri yang akan merana kerana menanggung kerugian besar selepas melayan tetamu yang melebih-lebih. Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

Seterusnya, konsep bertimbang rasa dan berfikir secara rasional turut dibincangkan dalam kajian tersebut. Masyarakat pada masa kini seharusnya bertimbang rasa dalam segala hal. Jangan kerana orang lain, semua ahli keluarga diabaikan dan semua harta benda dihabiskan kepada orang lain. Kesannya akan mendatangkan kerugian yang besar kepada diri kita sendiri. Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

Bertindak mengikut rasional juga harus dijadikan panduan dalam membuat sesuatu perkara. Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dibuat pertimbangan dengan sewajarnya dan difikirkan baik buruknya sebelum melakukan sesuatu perkara. Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

Kesimpulannya, seloka emak Si Randang mengisahkan sikap sesoerang yang lebih mementingkan tetamu daripada ahli keluarga sendiri. Tetamu dijaga dan dibelai dengan penuh keramahan tetapi ahli keluarga tidak sebegitu rupa. Emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumahnya untuk dijadikan kayu api dan membiarkan anak kelaparan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan tetamu. Akhirnya, emak Si Randang yang menanggung kerugian semumur hidup.

2.2.

Literatur Kedua

Mohd. Azam Bin Ahmad et.al (2010) telah membuat kajian ke atas seloka Si Luncai. Sikap si luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih, Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Menurutnya pandangan Mohd. Azam Bin Ahmad et.al, Si Luncai mempunyai sikap yang amat pemalas dalam kehidupannya. Sifat malasnya itu telah menyebabkan keadaan rumahnya tidak terurus dan anak-anaknya diabaikan. Malah ternakanternakannya pula tidak dijaga dengan baik. Semua tanah yang dimiliki juga tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baik yang mungkin. Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih, Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, . Beliau juga menjelaskan Si Luncai yang mempunyai ilmu tetapi tidak menggunakan ke arah jalan yang betul malah tidak menggunakan ilmu yang ada dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Akhirnya, Si Luncai tenggelam dalam dunianya sendiri. Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya. .

Jelaslah bahawa sikap malas dalam diri adalah satu sikap yang merugikan diri, keluarga dan negara. Sekiranya seseorang itu memiliki harta yang banyak tetapi malas untuk mengerjakannya, ia tetap juga tidak mendatangkan faedah pada diri, keluarga dan negara. Setiap ilmu yang diperoleh hendaklah digunakan sebaik yang mungkin demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan negara. Sikap Si Luncai yang membiarkan semua perkara tanpa diusahakan menyebabkan diri Si Luncai sendiri yang merana dan kerugian.

2.3.

Literatur Ketiga

Nuraini Binti Ahmad (2008) dalam kajiannya telah membincangkan tentang personaliti kejahilan ilmu yang terdapat pada diri Pak Kaduk. Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang.

Dalam seloka Pak Kaduk. beliau menjelaskan nasib malang Pak Kaduk yang sinonim dengan segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini. Hal ini bermaksud kerana masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri. Individu-individu yang lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan. Seloka Pak Kaduk ini memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang alpa dengan keseronokan duniawi semata-mata.

Selain itu, beliau berpendapat bahawa Pak Kaduk kehilangan tanah yang merupakan satu-satunya harta yang dia ada kerana terpengaruh dengan omongan kosong raja yang tidak berhati perut itu. Jika di zaman serba canggih ini, Pak Kaduk

moden boleh diklasifikasikan dengan individu yang mudah terpedaya dengan janjijanji kosong ah long yang dikenali sebagai pemiutang. Gara-gara ingin hidup senang, individu ini berani mengambil risiko dengan meminjam sejumlah wang pada pemiutang ini tanpa mengambil kira soal faedah yang cukup tinggi akan dikenakan kepada penghutang.

Apabila si penghutang ini gagal membayar balik sejumlah wang yang dipinjamnya dalam tempoh masa yang ditetapkan maka bermulalah episod tragis dalam hidup mereka. Kehilangan nyawa orang yang mereka sayang dan nyawa mereka sendiri pasti akan terjadi kelak apabila gagal membayar balik hutang tersebut seperti yang terjadi pada Pak Kaduk yang kehilangan seluruh harta miliknya akibat kalah dalam perlawanan sabung ayam.

Seterusnya, beliau menjelaskan sesetengah orang menyangka bahawa kemajuan yang telah dicapai sekarang ini, adalah matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di sebaliknya. Jika telah tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnalah kemanusiaan kita. Hidup di zaman moden serba maju, serba pantas, serba teknologi tetapi juga serba gelisah, serba tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut.

Kesenangan hidup moden hanya nampak pada kulit, namun jauh di dasar hati manusianya penuh dengan keresahan. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini. Kebudayaan saat ini,mengajar kepada manusia bagaimana hendak hidup tetapi ia tidak mampu menerangkan kerana apakah manusia itu hidup dan apakah hikmah daripada kehadiran manusia hidup di dunia ini.

Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri. Mungkin dengan mencuri,berjudi dan membuat kezaliman. Jika dahulu, orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi, tetapi kini kebanyakannya mencuri dengan terang-terangan di depan mata. Mereka mencuri dengan cara riba,rasuah dan menerima sogokan.

Kesimpulannya, dalam seloka Pak Kaduk ia menjurus kepada sindiran kepada seseorang yang tidak menggunakan akal fikiran dalam membuat sebarang keputusan. Kesungguhan seseorang dalam menginginkan sesuatu tanpa sebarang usul periksa dan tidak menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan akan menyebabkan seseorang itu akan menanggung kerugian dan menyesal di atas tindakan tanpa usul periksa yang telah dilakukan itu.

2.4.

Literatur Keempat

Seterusnya, tinjauan literatur diperoleh daripada Salleh Haji Ahmad (1993). Tinjauan literature yang keempat ini masih mengungkap tinjauan ke atas seloka Pak Kaduk. Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang.

Menurutnya Salleh Haji Ahmad, seloka tersebut membicarakan tentang personaliti orang Melayu dalam mengkritik seseorang yang sentiasa ditimpa malang kerana kebodohannya. Kebodohan Pak Kaduk dalam membuat keputusan telah menyebabkan Pak Kaduk terpaksa hidup sebatang kara, sedih dan kecewa setelah dirundung malang sebegitu rupa.

Kebodohan Pak Kaduk jelas dilihat apabila Pak Kaduk termakan kata-kata raja selepas raja melihat ayam jantan Pak Kaduk telah menang dalam persabungan ayam. Akibat terpengaruh dengan kata-kata raja, Pak Kaduk telah menyerahkan ayamnya kepada raja. Dalam persabungan ayam yang berikut, Pak Kaduk terlupa bahawa ayam jantannya telah menjadi hak milik raja. Sebelum persabungan, Pak Kaduk telah mempertaruhkan rumahnya dan akhirnya, rumah Pak Kaduk telah tergadai dek kerana ayam jantan. Jelaslah, personaliti yang terkandung dalamnya menunjukkan seseorang yang terlalu percayakan orang lain membabi buta telah menyebabkan diri sendiri yang merana.

Selain itu, ditonjolkan sikap tergesa-gesa dalam membuat keputusan sudah tentunya akan mendatangkan keburukan pada diri sendiri juga. Pak Kaduk yang mendapat jemputan kenduri telah membuang nasi yang ada di dalam rumahnya. Akibat terlalu sukar untuk pergi ke rumah kenduri tersebut menyebabkan Pak Kaduk pulang ke rumah kelaparan dan kepenatan.

Seterusnya, sikap panas baran dalam diri sendiri juga akan mendatangkan keburukan juga. Hakikatnya, sikap panas baran yang tidak bertempat telah menyebabkan Pak Kaduk membunuh isterinya. Setelah kematian isterinya, Pak

Kaduk sendiri yang menanggung seksa hingga nyaris mati kebuluran kerana tiada siapa pun yang menyediakan makanan untuknya.

Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat adalah sikap dalaman seseorang menentukan perjalanan dalam sebuah kehidupan seseorang. Kehidupan yang penuh pancaroba menentukan sesorang hidup berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu atau membuat keputusan dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Akibat terlalu gelojoh dan tidak berfikir panjang menyebabkan sesorang akan menanggung kerugian dalam kehidupan mereka. Malah kerugian yang sesorang itu akan ditanggung seumur hidp mereka.

2.5.

Literatur Kelima

Tinjauan literatur yang seterusnya adalah kajian yang telah dilakukan oleh Salleh Haji Ahmad (1993) terhadap seloka Pak Pandir. Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung!

Dalam kupasannya, beliau telah menjelaskan tentang sikap Pak Pandir yang bodoh dungu. Sikap Pak Pandir digambarkan dengan segala tingkah laku atau perangai manusia yang bodoh sebodoh-bodohnya. Menurutnya, sejak awal-awal bait seloka Pak Pandir menjelaskan sikap Pak Pandir yang tidak bertanggungjawab. Pak Pandir sanggup memelihara orang lain daripada anak sendiri. Selain itu, Pak Pandir juga sanggup membunuh kucing yang mampu menangkap tikus dan mampu pula memelihara tikus yang dianggap haiwan pemusnah. Jelaslah di sini, Pak Pandir menjurus ke arah sikap bertanggungjawab kepada orang lain yang tidak tahu asal usulnya.lebih diutamakan berbanding dengan keluarga sendiri. Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, .

Selain itu, beliau menjelaskan lagi tentang sikap Pak Pandir yang selalu membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hakikat itulah yang menunjukkan Pak Pandir bertindak bodoh. Guruh di langit tidak semestinya hujan akan turun. Akhirnya Pak Pandir juga yang menanggung risiko tersebut. Seterusnya, beliau menjelaskan tentang sikap Pak Pandir yang termakan kata-kata orang lain sehingga Pak Pandir menanggung kebinasaan dirinya. Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, .

Di samping itu, beliau turut menjelaskan tentang sikap Pak Pandir yang berlagak dan ingin mengikut rentak orang lain. Kesudahannya, Pak Pandir masih lagi menanggung kekesalan. Justeru, beliau menjelaskan bahawa sikap Pak Pandir boleh dijadikan satu idea personaliti yang mengajar kita dalam meneruskan kehidupan ini. Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung!

Kesimpulannya, seloka Pak Pandir menceritakan tentang sikap seseorang yang bergerak mengikut isi hatinya sahaja tanpa mendengar pandangan dan pandapat orang lain. Pak Pandir dikatakan seorang yang memntingkan orang lain daripada keluarganya sendiri. Ini dapat dibuktikan Pak Pandir sanggup membunuh kucing yang dianggap haiwan pemusnah dan menjaga tikus yang dianggap sebagai haiwan jinak. Hal ini terbalik dalam kehidupan sekarang. Tikus dianggap haiwan pemusnah kerana haiwan tersebut sememangnya haiwan pemusnah. Kucing dianggap haiwan penjaga kerana haiwan tersebut menjaga rumah dan membunuh mangsanya iaitu tikus yang sering merosakkan harta benda dalam rumah manusia.

Selain itu, sikap Pak Pandir yang selalu mendengar pandangan dan pendapat orang lain dan bertindak tanpa usul periksa telah menyebabkan Pak Pandir sendiri yang kecuncangan atau menanggung kerugian. Pak Pandir yang selalu bertindak tanpa usul periksa atau bertindak secara melulu telah menyebabkan Pak Pandir menanggung kerugian yang besar.

2.6.

Literatur Keenam

Selain daripada mengungkap literature-literatur yang berkaitan dengan kajian isi kandung seloka yang boleh digarap dalam pembentukan personaliti masyarakat Melayu masa kini, pengkaji juga akan menyingkap kajian literatur yang membincangkan mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka. Hal ini bermaksud kajian dalam bentuk dan ciri-ciri seloka dapat membantu masyarakat Melayu masa kini mengenali dengan lebih dekat mengenai seloka yang dianggap sudah tidak popular pada masa kini.

Noremawati binti Ajis (2009) telah membincangkan mengenai konsep, ciriciri dan bentuk seloka dalam kajiannya. Beliau memulakan kajiannya dengan menerangkan konsep seloka itu sendiri dengan memetik beberapa pandangan tokoh sastera mengenai seloka. Antaranya adalah pandangan yang dipetik daripada Harun Mat Piah. Menurutnya, seloka ialah sejenis puisi bebas, (sama seperti gurindam yang tidak terikat), berangkap atau tidak, jika berangkap tiada tentu jumlah barisnya dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, memakai rima atau tidak. Selain itu, seloka juga memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuknya ia sama seperti gurindam, talibun, teromba dan mantera; tetapi tergolong sebagai seloka kerana isinya mengandungi sindiran, jenaka, mengusik, bersenda gurau atau perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal atau mimpi. Seloka tidak memperlihatkan kepelbagaian jenis dan tema; contoh dan penggunaannya juga amat terhad, baik dalam pemakaian secara lisan, mahupun dalam bahan-bahan yang telah tertulis. Dengan pendekatan demikian

istilah pantun, seloka, dan contoh-contoh yang dikatakan seloka dari bentuk pantun dan syair dapatlah ditolak daripada digolongkan sebagai seloka.

Beliau telah memetik pandangan Mohd Rosli Saludin mengenai seloka. Seloka merupakan puisi tradisional Melayu sejajar dengan gurindam, seganding dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan Ramayana. Semenjak bilakah gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orang-orang Melayu tidaklah diketahui. Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri Lanang ketika menggambarkan bunyi burung-burung di dalam taman Puteri Gunung Ledang, membandingkan dengan orang bergurindam dan berseloka.

Kejadian tersebut berlaku zaman kerajaan Melayu Melaka kerana itu besar kemungkinan bahawa bentuk-bentuk gurindam dan seloka ini sudah dikenali oleh orang-orang Melayu semenjak kurun Masehi yang ke XVI atau lebih dahulu daripada itu. Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit. Bentuk seloka hampir sama dengan gurindam tetapi lazimnya seloka terdiri dari empat baris yang bersajak, bunyi suku kata dihujungnya sama, tiap-tiap baris mempunyai empat patah perkataan, demikian mengikut sesetengah pendapat.

Di negara kita pada masa kini, puisi seloka kurang begitu terkenal jika dibandingkan dengan pantun dan syair, namun jika kita hayati dan halusi sedalamdalamnya maksud atau mesej yang tersirat dalam seloka sebenarnya memberi penginsafan yang mendalam, yang amat kritis mempersoalkan kewibawaan bangsa, keunggulan pemerintahan sesebuah negeri dan negara.

Menurut Harun Mat Piah (1989) seloka berasal daripada kata sloka dalam bahasa Sanskrit. Seloka mengandungi 16 suku kata, dan berbentuk bebas. Dari segi bentuk seloka sama dengan beberapa jenis puisi lain seperti guindam, talibun, mantera dan teromba, iaitu mempunyai bentuk yang tidak tetap dari segi jumlah baris dalam rangkap dan rima akhirnya.

Walaubagaimanapun, seloka sebagaimana kata C.Hooykaas, mengandungi unsur sindiran. Sindiran ini pula boleh bersifat jenaka mahupun serius dan mungkin juga mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal dan mimpi. Sesuai dengan cirinya yang dasar sebagai sindiran dan jenaka, lalu tema dan isinya juga berupa sindiran, ejekan atau hanya cetusan perasaan, kagum atau benci terhadap seseorang dan perlakuannya.

Bagaimanapun jika dihalusi lebih teliti akan mudah diinsafi, bahawa ejekan dan jenaka di dalamnya tidaklah berhenti dengan menghibur, bermain atau bersukasuka semata-mata. Sebaliknya masih boleh pula diberikan interpretasi yang lebih wajar, iaitu pengajaran dan panduan kepada anggota masyarakat dalam

menghadapisesuatu keadaan yang mungkin mengancam kesejahteraan diri dan masyarakat.

Menurut Pendeta Zaba menjelaskan seloka ialah sejenis karangan yang lebih kurang sama seperti gurindam juga. Hal ini kerana kebanyakan sifat gurindam terdapat pada seloka. Perbezaaannya ialah seloka turut memasukkan perasaan asyik berahi, hiba rawan, khayal, mimpi, kelakar, mengelikan hati, gurau senda, sindir, giat dan ejekan.

Menurut Pendeta Zaba lagi adalah terlalu sukar untuk membezakan antara gurindam dan seloka. Malah kadang-kadang sesebuah puisi yang seperti ini boleh dikatakan seloka dan boleh pula dikatakan gurindam. Selain itu, Pendeta Zaba juga mengatakan bahawa terdapat gurindam dan seloka yang bercampur dengan pantun dan kadang-kadang syair juga.

Puisi-puisi ini selalu juga disebut pantun seloka dan syair seloka; dan banyak terdapat dalam hikayat lama serta cerita-cerita rakyat yang panjang. Pendeta Zaba kemudiannya membuat rumusan tentang penjelasan gurindam dan seloka itu sebagai seloka yang boleh dikatakan gurindam sahaja, yang juga boleh dikatakan seloka sahaja dan yang boleh dikatakan kedua-duanya sekali (Norewati Ajis, 2009).

Menurut Naapie Mat (1992), seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini asalnya terdapat dalam kitab-kita tua India, Mahabrata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan lapan suku kata pada tiaptiap baris. Sudah bertemu kasih sayang, Duduk terkurung malam siang, Hingga setapak tiada renggang, Tulang sendi habis bergoncang.

Seloka kerapkali digunakan sebagai nasihat dan ibarat. Bahasanya kerapkali melarat dan penuh dengan sindir giat yang tajam dan dalam, dan biasanya mengejeknegejek. Seloka boleh juga mengandungi perasaan-perasaan hiba, rawan, sedih, asyik berahi, khayal dan angan-angan mengikut jenis-jenis seloka itu. Seloka terdiri dari empat baris dan bersajak seperti syair.

Orang selsema sakit berhingus, Lubang hidung rasa terkambus, Ibarat laksana telur kemungkas, Benci nak pandang, rasa cemus.

Dalam Harun Mat Piah (1989), Zuber Usman berpendapat seloka hampir sama dengan gurindam, tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucuannya. Kelucuannya jelas terpancar pada seloka klasik iaitu: Malang celaka Raja Genggang, Tuak terbeli tunjang hilang, Gigi tanggal rawan pun murah, Awak tua gadis bermusim.

Manakala Amir Hamzah tokoh penulis yang berasal dari Indonesia mengatakan seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair: Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar, Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang.

Menurut Simorangkir Simandjuntak, seloka adalah bidalan atau pepatah yang bersampiran, tegasnya dalam bentuk pantun empat baris. Anak agam jual sutera, Jual di Rengat tengah pekan, Jangan digengam seperti bara, Terasa hangat dilepaskan.

Selain itu, seloka yang dimaksudkan oleh Rustam Efendi, tiada yang berbeza dengan maksud penulis-penulis hikayat lama, ialah puisi lama dan pengertian umum. Dalam puisi baru, ciptaan Rustam Effendi disinggungya pula perkataan seloka itu: Syarat saraf saya mungkiri, Untai rangkai seloka lama, Beta buang beta singkiri, Sebab laguku menurut sukma.

Menurut C. Hooykaas, seloka yang terdapat dalam bahasa Melayu itu ialah suatu seloka dari empat baris yang masing-masing terdiri sebolehbolehnya dari empat perkataan dari lapan hingga 11 suku kata, dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair tetapi dalam empat baris ataupun sebagai kebanyakan pantun.

Pendapat C. Hooykaas ini hampir serupa dengan R.J. Wilkinson dalam kamusnya itu, yakni seloka itu tiada mempunyai bentuk atau hukum-hukum yang tetap seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Jadi bentuknya tetap empat baris seperti syair. Sedang isinya sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan sebagainya. Seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas.

Sutan Takdir Alisjahbana juga turut tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya mengenai puisi Melayu tradisional terutamanya seloka. Seloka yang dimaksudkan oleh beliau adalah sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur yang

tertentu, tetapi mempunyai puisi yang tidak mempunyai ciri-ciri yang diasingkan daripada genre-genre yang lain.

Menurut Sabaruddin Ahmad memberikan contoh seloka itu terdiri sesusun seperti pantun berkait, yang dalam istilah lain disebut pantun seloka: Taman melatu di rumah-rumah, Ubur-ubur sampingan dua, Kalau mati kita bersama, Satu kubur kita berdua, Ubur-ubur sampingan dua, Tanam melati bersusun tangkai, Satu kubur kita berdua, Kalau boleh bersusun bangkai.

Dalam bahasa jawa, seloka dikenal dan diasosiasikan dengan peribahasa, misalnya seloka jawa: Rindik asu digitik, Kutik marani sunduk, Kebo kebotan sungu. Maksudnya : ertinya, lari seperti anjing dipukul, Gabus mendapatkan tusuk, Kerbau keberatan tanduk.

Salleh Haji Ahmad (1993) menjelaskan seloka berasal daripada India dan tersebar kea lam Melayu melalui pengaruh Hindu. Ia mempunyai rangkapnya yang terdiri daripada empat baris dan rima akhirnya tidak tetap. Ia digubah mungkin mengambil bentuk pantun, syair atau perumpamaan.

Seloka sering membawa unsur-unsur hendak menyindir dan berjenaka di samping mengajar. Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas. Sudah bertemu kasinh sayang, Duduk terkurung malam siang, Hingga setapak tiada renggang, Tulang sendi habis bergoncang.

Seloka mengandungi nasihat dan kiasan-kiasan serta ibarat. Kadang-kadang ia mengandungi unsur-unsur ejekan, serta gambaran yang lucah dan menyatakan perasaan dan sikap benci seseorang kepada seorang yang lain. Misalnya: Orang selesema sakit berhingus, Lubang hidung rasa terkambus, Ibarat laksana telur kemungkus, Benci nak pandang rasa remus.

Salleh Haji Ahmad (1993) juga ada membincangkan mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka. Dalam kupasannya, seloka Pak Kaduk telah dijadikan bahan kupasannya. Dalam seloka tersebut terdiri daripada sebelas baris yang mempunyai rima dan bentuk penciptaannya yang bebas dan tidak teratur. Bilangan perkataannya pula antara tiga hingga empat perkataan sebaris dan suku katanya pula antara lapan hingga Sembilan suku kata sebaris.

Walaupun bilangan perkataan atau suku katanya terkawal, namun persamaan rima akhirnya tidak setara. Susunan rimanya ialah a-b-c-d-e-d-f-g-d-f-a-g. Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. a b c d e d f g d f a g

Diteruskan kupasan kajian beliau yang telah dijalankan pada seloka Pak Pandir. Bilangan dalam baris seloka tersebut terdiri daripada 17 baris. Bilangan perkataan dalam sebarisnya pula antara tiga hingga lima perkataan sebaris. Manakala suku katanya pula antara lima hingga 11 kata sebaris. Namun begitu, dalam kawalan pola rima akhirnya agak longgar iaitu a-b-c-d-b-b-e-f-b-g-b-b-f-c-h-d-b. Ia dapat dibuktikan pada pola rima akhirnya yang di bawah: Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung! a b c d b b e f b g b b b f c h d b

2.7.

Kesimpulan

Berdasarkan literatur-literatur yang telah dikupas, ia menunjukkan puisi Melayu tradisional seloka telah banyak dibuat kajian. Hasil-hasil dapatan kajian tersebut juga telah menunjukkan terdapatnyapelbagai pandangan yang berbeza mengenai seloka.

Ia jelas menunjukkan fungsi puisi Melayu tradisional sebenarnya pelbagai dan sering dijadikan perantaraan antara interaksi minda dengan naluri manusia. Ia juga dijadikan perantaraan dengan alam semesta ciptaan Tuhan. Penzahiran puisi Melayu tradisional seperti seloka dapat membuktikan ianya bertujuan untuk membersihkan kerohanian melalui rasa simpati atau keinsafan.

Manakala puisi yang bersifat humor pula dikatakan untuk membetulkan manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks dan hubung kait antara manusia dengan alam dan Penciptaannya.

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0.

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian. Secara kasarnya, metodologi adalah satu kaedah atau cara menjalankan suatu penyelidikan. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2005:1030), metodologi ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan reka bentuk kajian, proses pengumpul data, sampel

kajian, sumber data, instrumen kajian, proses memungut data, interprestasi data dan kerangka teori kajian.

3.1.

Reka Bentuk Kajian

Dalam meneruskan kajian ini, satu reka bentuk kajian telah dihasilkan. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kepustakaan. Reka bentuk kajian adalah seperti yang berikut : Rajah 3 : Reka Bentuk Kajian Kaedah Kepustakaan Mengumpul sampel kajian Kajian bentuk dan ciri-ciri seloka

Senarai Semak perkaitan Personaliti orang Melayu masa kini

Kajian perwatakan-perwatakan dalam seloka

Penerapan Teori Sosiologi, Keindahan dalam Puitika Melayu dan Konsep Personaliti Kendiri Positif

Reka bentuk kajian ini direka dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah perpustakaan dikunjungi untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai asas kepada penulisan kajian ini.

Antara perpustakaan yang akan dikunjungi ialah Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darur-Ridzuan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan Perpustakaan Awam Hilir Perak, Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan.

Selain daripada mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang disebutkan di atas, beberapa laman web dan laman blog dilayari untuk mencari bahan-bahan rujukan yang lain sebagai tambahan kepada bahan-bahan rujukan utama. Setiap laman web dan laman blog yang dilayari akan dicatatkan tarikh melayarinya pada bahagian bibliografi.

Selepas itu, kaedah pengumpulan teks kajian dijalankan. Pengumpulan Sembilan seloka iaitu enam seloka tempatan dan tiga seloka seberang iaitu Indonesia dikumpulkan untuk dijadikan sampel kajian.

Seterusnya, penulisan objektif kajian akan dijalankan bersandarkan kepada tajuk kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu dalam seloka. Penulisan objektif kajian bersandarkan kepada kajian bentuk dan ciri-ciri seloka, dan kajian perwatakanperwatakan dalam seloka.

Dalam meneruskan kajian ini, satu senarai semak akan dijalankan sebagai instrumen kajian. Senarai semak ini dijalankan adalah untuk mengumpul perwatakanperwatakan yang terdapat dalam seloka untuk dikaitkan dengan personaliti

masyarakat Melayu. Senarai semak dijalankan dalam dua peringkat iaitu senarai semak seloka-seloka tempatan dan senarai semak seloka-seloka seberang.

Semua penghujahan perwatakan dalam seloka seperti yang tercatat dalam senarai semak akan diguna pakai dalam menghujahkan perkaitan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini.

Seterusnya, pemilihan dan penerapan teori dalam kajian ini akan dijalankan dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalan kajian ini. Pemilihan dan penerapan teori utama dalam kajian ini adalah teori sosiologi sastera . Selain itu, perkaitan ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu turut diselitkan dalam kajian ini kerana ia mampu membuktikan personaliti masyarakat Melayu dalam seloka.

3.2.

Proses Mengumpul Data

Dalam kajian ini, semua data dikumpulkan melalui proses mengunjungi Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darur-Ridzuan adalah perpustakaan yang kerap dikunjungi untuk mengumpul datadata kajian. Selain itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan Perpustakaan Awam Hilir Perak, Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan ada juga dikunjungi untuk proses yang sama.

Selain itu, proses pengumpulan data yang melibatkan data-data kajian daripada luar Negara iaitu Indonesia, satu laman blog telah dilayari untuk mendapatkan data-data tersebut. Semua data kajian daripada Indonesia telah diperoleh dalam laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com.

3.3.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, sampel-sampel kajian adalah berbentuk puisi Melayu tradisional. Satu puisi Melayu tradisional telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Puisi Melayu tradisional tersebut adalah seloka.

Dalam meneruskan kajian ini, enam seloka tempatan telah dipilih dan tiga seloka daripada Indonesia telah dijadikan sampel kajian luar negara. Semua seloka tempatan diperoleh daripada proses mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang dipilih. Manakala semua seloka Indonesia diperoleh daripada proses mengunjungi laman blognya sendiri.

Antara seloka-seloka tempatan yang dipilih adalah seloka pak kaduk, seloka emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si Luncai, seloka Pak Balung ayam tambatan dan seloka Lebai Malang. Selain itu, tiga seloka dari seberang (Indonesia) yang terdiri daripada seloka Melayu gerak senandung selayu, seloka Melayu abrahama dan seloka Melayu silumak budiman.

3.5.

Instrumen Kajian

Sebelum kajian ini diteruskan, satu instrumen kajian telah dibuat. Instrumen kajian yang digunakan adalah senarai semak Menurut Chua Yan Piaw (2006:265), senarai semak adalah satu instrumen yang melibatkan penyenaraian item yang dilakukan secara keseluruhan. Ia disediakan adalah untuk mengenal pasti setiap item dalam setiap bahan kajian dan kekerapannya juga dapat dikenal pasti.

Selepas senarai semak dibuat, penyenaraian perwatakan-perwatakan yang lebih jelas dalam semua seloka. Setiap penyenaraian perwatakan-perwatakan dalam seloka akan disertakan dengan contoh terus pada bait-bait yang mengandungi perwatakan-perwatakan dalam seloka.

Penyenaraian dan pencontohan perwatakan-perwatakan dalam seloka akan dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini. Instrumen kajian ini dijalankan kerana ia dapat membantu kajian ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, ia juga dapat mengesan kekerapan setiap persoalan yang disenaraikan.

Jadual 1 : Senarai Semak Seloka Tempatan Seloka Pak Kaduk Seloka Emak Si Randang Seloka Pak Pandir Seloka Si Luncai Seloka Pak Balung Seloka Lebai Malang

Perwatakan 1.Pengabaian tanggungjawab. 2.Sikap baik yang melampau. 3.Mementingkan orang lain. 4. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Tidak bertimbang rasa. 6. Tidak rasional. 7. Pemalas. 8. Gelojoh. 9. Mudah terpedaya. 10. Sifat tamak. 11. Bersyukur. 12. Riak. 13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain. 14. Suka berjudi.

Jadual 2 : Senarai Semak Seloka-Seloka Indonesia Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu Seloka Melayu Silumak Budiman

Perwatakan 1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata. 2. Tidak rasional. 3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam. 4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri. 5. Setiap perbuatan harus dinilai. 6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri. 7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.

Seloka Melayu Abrahama

8. Solat itu tiang agama. 9. Adat Melayu perlu dijaga. 10. Sentiasa mengingatiNya dalam setiap ujian yang menimpa diri. 11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong. 12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja. 13. Tidak terima hakikat asal-usulnya. 14. Suka menunjuknunjuk. 15. Bijak mencari ilmu. 16. Cari ilmu sehingga mendapat hasilnya. 17. Berbicara mengikut akal fikiran.

3.6.

Analisis dan Interprestasi Data

Hasil daripada senarai semak yang telah dilakukan ke atas semua seloka yang dipilih, dapat dibuat rumusan tentang personaliti orang Melayu dalam seloka. Dalam meneruskan kajian ini, satu analisis dan interprestasi data telah dijalankan seperti yang berikut : Jadual 3 : Analisis dan Interprestasi Seloka-Seloka Tempatan Perwatakan 1.Pengabaian tanggungjawab. Contoh Seloka Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui Seloka Si Luncai ada rumah tidak terjaga, ada anak tidak terlatih

2.Sikap baik yang melampau.

Seloka emak Si Randang Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan Seloka Pak Balung-ayam tambatan Kasih dicurahkan, makan dihidang minum disaji,hilang dicari lambat dituruti, bulu dicuci leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui Seloka emak Si Randang Dagang pergi awak berhutang, beras habis padi tak jadi Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui Seloka Pak Kaduk Ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isterinya dibunuh, nyaris mati oleh tak makan Seloka emak Si Randang Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan Seloka Si Luncai Ada cerdik tiada selidik, ada mengaji tiada kuasa Seloka Lebai Malang pakaian dibuang bertelanjang pulang,penat bekejar tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera Seloka Si Luncai ada rumah tiada terjaga,,ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertana Seloka Pak Pandir Harta habis badan tergadai Seloka Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Seloka Pak Pandir mendengar gelagak dagang, tak sedar berttelanjang

3.Mementingkan orang lain.

4. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Tidak bertimbang rasa.

6. Tidak rasional.

7. Pemalas.

8. Gelojoh. 9. Mudah terpedaya.

10. Sifat tamak.

11. Bersyukur.

12. Riak.

13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain. 14. Suka berjudi.

Seloka Lebai Malang penat bekerja tiada terkiraa, ke sana kem ari tersera-sera, punah golok bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara Seloka Lebai Malang ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus lempeng Seloka Pak Balung-ayam tambatan lupa diri lupa daratan, berkokok lantang bersahut sahutan, akulah handal akulah jantan Seloka Pak Balung-ayam tambatan orang menang awak yang parah, orang ketawa awak berdarah Seloka Pak Balung-ayam tambatan Nasib pak balung belum pasti, entah untung entahkan rugi

Jadual 4 : Analisis dan Interprestasi Seloka-Seloka Indonesia Perwatakan 1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata. Contoh Seloka SMGSS gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja SMGSS kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja SMGSS gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya SMA wujus berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya SMGSS gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada SMA menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya

2. Tidak rasional.

3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam.

4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri.

5. Setiap perbuatan harus dinilai.

6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri. 7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.

SMGSS mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaannya SMGSS jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa SMGSS jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita SMA tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar selamat hidup kita SMGSS selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya SMGSS begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita SMGSS apa yang hendak di atas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita SMA Cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita SMA jangan terasa bila membaca, kerana hati dan sombong jadiya, terasa manusia akan jadinya SMA bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada

8. Solat itu tiang agama.

9. Adat Melayu perlu dijaga.

10. Sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian yang menimpa diri.

11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong.

12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja.

13. Tidak terima hakikat asal-usulnya.

14. Suka menunjuk-nunjuk.

15. Bijak mencari ilmu.

16. Cari ilmu sehingga mendapat hasilnya.

17. Berbicara mengikut akal fikiran.

SMA ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya SMSB bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya SMSB bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya SMSB cari permata di dalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya,

* SMGSS Seloka Melayu Gerak Senandung Layu * SMA Seloka Melayu Abrahama * SMSB Seloka Melayu Silumak Budiman

Rajah 4 : Kerangka Analisis dan Interprestasi Data Sampel Kajian

Senarai Semak Analisis

Penyataan Teks Interprestasi Teori

Perbincangan

Dapatan Kajian

Rumusan

Daripada rajah yang di atas, sebelum analisis dan interprestasi data dijalankan, semua sampel kajian akan dikumpulkan terlebih dahulu. Analisis secara kasar akan dijalankan terlebih dahulu sebelum analisis sebenar dijalankan. Analisis kasar bermaksud mengkaji semua sampel kajian dengan menyediakan satu senarai semak yang lengkap seperti yang telah ditunjukkan dalam jadual 1 dan jadual 2.

Selepas analisis secara kasar dijalankan, satu analisis lengkap akan dihasilkan sebaik mungkin seperti yang teradapat dalam jadual 3 dan jadual 4. Analisis ini bertujuan untuk menyahihkan semua data yang terdapat dalam senarai semak yang telah dijalankan.

Seterusnya, satu penyataan teks akan dilakukan untuk mengukuhkan lagi isi kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam seloka. Penyataan teks bermaksud salinan semula bait-bait seloka yang sepadanan dengan isi kajian supaya kajian ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar. Ia juga dapat memudahkan pengkaji memahami dan menghuraikan setiap isi kajian.

Hasil daripada penyataan teks, satu aplikasi teori akan dilakukan semasa perbincangan dijalankan. Teori yang akan diguna pakai sepanjang perbincangan ini adalah teori sosiologi sastera, teori pembentukan kendiri dan keindahan dalam puitika sastera Melayu. Semua perbincangan dan dapatan kajian akan dijalankan dengan menggunakan aplikasi semua teori yang disebutkan tadi.

3.7.

Kerangka Teori

3.7.1. Teori Sosiologi Sastera

Teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial akan turut dilihat

sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta masyarakat pembaca.

Rajah 5 : Kerangka Teori Sosiologi Sastera

Aspek Sosiologi Sastera

Teras kemanusiaan

Teras kemasyarakatan

Ekonomi

Politik

Budaya

Etika Sosial

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi anggota masyarakat.. Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang

mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.

Pendekatan sosiologi memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Karya yang baik adalah karya yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan pembentukkan masyarakat dan individu yang baik.

Mana Sikana (1983: 110) secara ringkasnya, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu.

Kesimpulannya, dalam meneruskan kajian ini, pandangan teori sosiologi sastera yang akan menjadi tunjang kepada perjalanan kajian ini adalah penekanan kepada aspek pengajaran sosial bagaimana seseorang rakyat atau individu itu

seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya.

Teori ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Hal ini bermasksud karya yang baik adalah karya yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan pembentukkan masyarakat dan individu yang baik.

3.7.2. Teori Pembentukan Kendiri

Mok Soon Sang (2009:46) menjelaskan tentang

personaliti. Secara umumnya,

personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti berasal daripada bahasa Latin iaitu persona. Persona bermaksud topeng muka yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas.

Dalam Wikipedia Ensiklopedia Bebas menyentuh tentang definisi personaliti atau keperibadian. Ia merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin

menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru, personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktorfaktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.

Beberapa pendapat tokoh barat dipetik dalam Mok Soon Sang (2009:46) yang menjelaskan tentang definisi personaliti. Antaranya adalah Gordon Allport menjelaskan personaliti sebagai satu organisasi psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Selain itu, Alder pula menjelaskan personaliti merupakan satu gaya hidup seseorang individu.

Mischel pula menjelaskan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Seterusnya, Crow dan Crow pula menjelaskan personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya. Akhir sekali, Gagne dan Berliner berpendapat personaliti adalah satu rangkuman aspek tingkah laku manusia. Ini kerana ia merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Rumusan daripada hasil dapatan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa personaliti adalah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang

individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika.

Rajah 6 : Alir Klasifikasi Personaliti Personaliti Introvert Personaliti Extrovert

Personaliti Ambivert

Mok Soon Sang (2009:48) mengkalsifikasikan personaliti tiga kategori iaitu Introvert, Extrovert dan Ambivert. Ini dapat dijelaskan dalam rajah 5 seperti yang di atas. Personaliti Introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Personaliti Extrovert pula ia lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Personaliti ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Manakala, personaliti Ambivert pula menjurus kepada ciri-ciri seseorang yang mempunyai kedua-dua ciri personaliti tadi.

Sigmund

Freud

merupakan

seorang

ahli

psikologi

dan

psikitaris

Chehoslovakia adalah terkenal dengan kajian personaliti manusia. Memetik pendapat Sigmund dalam Mok Soon Sang (2009:50), perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga bahagian iaitu id, ego dan super ego.

Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia dan mendorong untuk memotivasikan tingkah lakunya. Ego pula bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun dan berfungsi mengawal Id supaya keinginannya tidak terlanggar dengan norma masyarakat. Superego pula bahagian personaliti yang ditugaskan untuk menghantar maklumat nilai moral kepada Ego untuk bertindak dan mengawal Id.

Selain mengguna pakai konsep pembentukan personaliti, konsep kendiri turut dijadikan landasan ketiga dalam meneruskan kajian ini. Secara dasarnya konsep kendiri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu konsep Kendiri Positif dan konsep Kendiri Negatif.

Konsep Kendiri Positif mempunyai ciri-ciri seperti mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan, sering mendapat pujian, gembira, yakin dan percaya pada diri sendiri. Selain itu, dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah. Sikap optimis, terbuka dan sedia menerima kritikan orang lain adalah ciri yang seterusnya. Ciri yang berikutnya adalah sikap lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain dan senang dihampiri. Selain itu, mempunyai emosi stabil dan mendapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru dan rakan-rakan adalah tinggi.

Konsep Kendiri Negatif pula mempunyai ciri-ciri yang sentiasa mengalami kegagalan dan selalu dikritik. Selain itu, emosinya tidak stabil dan kurang diterima oleh masyarakat. Seterusnya, mempunyai keyakinan diri yang rendah, pasif dan sering menarik diri. Di samping itu, kendiri negatif mempunyai daya intelek yang rendah dan kurang kasih sayang daripada masyarakat.

Mok Soon Sang (2009:54) dalam mengukuhkan lagi konsep kendiri, pengkaji telah memetik beberapa definisi konsep kendiri. Antaranya adalah H.V. perkins berpendapat konsep diri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Vernon pula berpendapat ia satu pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya sendiri daripada orang lain. Selain itu, Stewat dan Friedman pula berpendapat konsep kendiri adalah tanggapan individu terhadap identitynya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.

Pandangan Popplestone dan Mcpherson pula menjelaskan bahawa konsep kendiri adalah satu integrasi pengetahuan bersma-sama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada individu lain. Selain itu, Amir Awang menjelaskan konsep kendiri adalah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

Rumusannya, konsep kendiri adalah satu penilaian, pandangan, tanggapan yang dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Konsep ini memangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.

Justeru, dalam meneruskan kajian ini, teori pembentukan kendiri akan diguna pakai dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalam kajian ini adalah personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manuasia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Selain itu, personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan

dan daya penarik yang dimilikinya dan satu rangkuman aspek tingkah laku manusia. Ini kerana ia merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

3.7.3. Keindahan dalam Puitika Sastera Melayu

Ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu telah diungkapkan dalam teori puitika sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh, Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam seloka mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.

Sohaimi Abdul Aziz (2003:94), teori puitika sastera Melayu bertunjangkan kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad Haji Salleh menemukan idealisme keindahan yang mengakar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional itu. Pendekatan ini membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri.

Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam hasil

karya kesusasteraan Melayu mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.

Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasilhasil karya tersebut.

Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu.

Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah.

Ciri yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.

Rajah 7 : Ciri-ciri Keindahan dalam Puitika Sastera Melayu

Keindahan dalam mengajar dan mendidik

Keindahan dalam rasa

Seloka-seloka tempatan dan Indonesia

Keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan

Keindahan dalam penceritaan

Keindahan yang asli

3.8.

Kesimpulan

Teori-teori yang digunakan dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalam kajian adalah teori sosiologi sastera, ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu dan teori pembentukan kendiri. Ketiga-tiga teori akan diguna pakai dalam mengkaji personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam seloka. Jelaslah bahawa teori-teori ini memang sesuai digunakan untuk mengkaji personaliti yang terdapat dalam seloka.

Melalui teori-teori ini menjelaskan dasar penceritaan masyarakat Melayu masa kini mendukung budaya eitka sosial dalam golongan masayarakat Melayu.

Karya sastera itu adalah khazanah budaya, yang mengandungi isi, pemikiran, bentuk, bahasa dan estetikanya. Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, anggota masyarakat.

Penceritaan yang mempunyai nilai-nilai keindahan mampu mengubah persepsi masyarakat Melayu masa kini yang mengatakan seloka adalah puisi yang berunsur sindiran tetapi hakikatnya, seloka dicipta untuk menyindir secara halus untuk dijadikan pengajaran dan pendidikan kepada semua masyarakat Melayu masa kini. Penggunaan teori pembentukan kendiri amat bertepatan dengan tajuk kajian ini kerana ia melibatkan kajian yang menyentuh personaliti dan pembentukan kendiri iaitu sahsiah diri seseorang.

84

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.0.

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas enam seloka tempatan dan tiga seloka Indonesia. Semua dapatan kajian ke atas Sembilan seloka tersebut dapat dibahagikan kepada tiga dapatan kajian.

Dapatan kajian yang pertama adalah menghuraikan tentang bentuk seloka itu sendiri. Hal ini bermaksud, terlebih dahulu dibicarakan mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka kerana ingin memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat Melayu masa kini tentang seloka.

85

Dapatan kajian yang kedua pula akan membincangkan mengenai perwatakanperwatakan dalam seloka yang akan dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini. Semua perwatakan dalam seloka-seloka yang dikaji akan dibuktikan dengan bait-bait seloka yang sesuai dan bertepatan dengan perwatakan-perwatakan yang dinyatakan.

Dapatan kajian yang terakhir pula akan mengaitkan perwatakan dalam seloka dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan dalam meneruskan kehidupan dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Selain itu, perbincangan dalam dapatan yang ketiga ini juga akan menyelitkan perbincangan ciri-ciri keindahan puitika sastera Melayu dan

pembentukan kendiri positif atau negatif.

4.1.

Bentuk Seloka

Pada dasarnya, seloka adalah salah satu puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif (cerita). Penceritaan dalam seloka bermula dari baris pertama hingga akhir yang membawa kepada satu penceritaan yang lengkap. Dalam seloka ada gurau-senda yang mengandungi unsur-unsur sindiran yang ditulis dalam bentuk bahasa puisi, dan mengandungi pengajaran atau teladan. Ini menunjukkan masyarakat Melayu tradisional dianggap ringkas, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti.

86

Dalam mendasari bentuk seloka, ianya lebih menjurus kepada bentuk luaran seloka itu sendiri. Bentuk luaran seloka meliputi bilangan rangkap dan bilangan baris serangkap, bilangan perkataan sebaris, bilangan suku kata sebaris dan pola rima akhirnya. Keseluruhannya, bentuk seloka lebih kepada bentuk bebas dan tidak terikat tetapi masih mempunyai kesamaan dengan mana-mana genre puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun dan syair. Kesamaan yang dimaksudkan adalah dari segi bilangan perkataan sebaris dan bilangan suku kata sebaris. Seloka boleh dikatakan hampir sama dengan bentuk gurindam. Walaubagaimanapun, gurindam masih mempunyai bentuk yang sama dengan pantun dua kerat.

Dalam membincangkan bentuk seloka, pengkaji akan memilih empat seloka kajian sebagai dapatan kepada perbincangan bentuk seloka. Seloka-seloka yang dipilih adalah seloka Pak Kaduk, seloka Pak Pandir, seloka Emak si Randang dan seloka Melayu Silumak Budiman.

4.1.1. Seloka Pak Kaduk Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang.

87

Seloka Pak Kaduk mempunyai satu rangkap sahaja dan bilangan barisnya adalah 12 baris. Bilangan perkataannya pula antara tiga hingga lima patah perkataan (p.p) sebaris. Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Nyaris mati oleh tak makan, 3 p.p 4 p.p 5 p.p

Dalam bilangan suku kata pula. Seloka Pak Kaduk mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata (s.k). A/yu/hai/ ma/lang/ Pak/ Ka/duk/, A/yam/nya/ me/nang/ kam/pung/ ter/ga/dai/, Nya/ris/ ma/ti/ o/leh/ tak/ ma/kan/, 8 s.k 10 s.k 9 s.k

Seloka Pak Kaduk ini mempunyai pola rima akhirnya yang menarik. Hal ini bermaksud ulangan huruf-hurufnya tidak menjalar dan sering mengulangi huruf-huruf yang sama. Hal ini akan menyebabkan perjalanan cerita dan pendeklamasiannya akan menjadi lancar dan sedap didengar oleh para pendengar. Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. a b c c d c e f c g a f

88

4.1.2. Seloka Pak Pandir Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung.

Seloka Pak Pandir mempunyai satu rangkap sahaja dan 18 baris serangkap. Bilangan perkataan sebarisnya pula adalah antara tiga hingga lima perkataan (p.p) sebaris. Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi,

3 p.p 4 p.p 4 p.p 5 p.p

Seloka Pak Pandir ini juga mempunyai pola rima akhirnya yang menarik. Hal ini bermaksud demikian kerana setiap ulangan huruf pada hujung baris tidak menjalar dan terdapat huruf-huruf yang sama. Hal ini akan bermaksud plot cerita dalam seloka tersebut dan pendeklamasiannya akan menjadi lancar dan sedap didengar oleh para pendengar.

89

Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung.

a b c d b b e f b g b b b f c h d b

Manakala dalam bilangan suku kata sebaris pula, seloka Pak Pandir mempunyai antara lapan hingga 10 suku kata (s.k) sebaris. Ge/la/gak/ ram/bu/tan/ jan/tan/, O/rang/ ber/bu/nga/ di/a/ ber/bu/nga/,

8 s.k 10 s.k

4.1.3. Seloka Emak Si Randang Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.

90

Dalam seloka tersebut, ia mempunyai satu rangkap sahaja. Bilangan barisnya pula adalah sebanyak lapan baris. Bilangan perkataan sebaris pula adalah antara tiga hingga lima patah perkataan (p.p). Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Beras habis padi tak jadi.

3 p.p

5 p.p

Dalam bilangan suku kata sebaris pula, seloka ini mempunyai suku kata antara lapan hingga 11 suku kata sebaris (s.k). Ti/a/da/ ka/yu/ ru/mah/ di/run/tuh/kan/, A/nak/ pu/lang/ ke/la/pa/ran/,

11 s.k 8 s.k

Apabila diteliti dalam pola rima akhirnya pula, seloka ini mempunyai pola rima akhir yang menarik dan indah. Pengulangan pola rima akhir yang sama mendatangkan keindahan dalam pendeklamsiannya dan pendengarnya. Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. a b b b b c d c

91

4.1.4. Seloka Melayu Silumak Budiman

Seloka Melayu Silumak Budiman merupakan salah satu seloka kajian yang dipetik daripada Indonesia. Seloka tersebut merupakan seloka yang terlalu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana seloka Melayu. Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya,

92

bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya, bukan lambaian sepoi bahasa, tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya, ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina di dalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur di atas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka .

Pada dasarnya, seloka ini terlalu panjang dan berdert-deret. Pengkaji telah membuat keputusan untuk memetik sebahagian sahaja penceritaan dalam seloka tersebut untuk tujuan pengkajian personaliti yang terkandung dalam seloka-seloka kajian daripada Indonesia. Apabila dilihat pada petikan seloka tersebut, jelas kelihatan seloka tersebut terlalu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana bentuk seloka Melayu tradisional (tempatan).

Seloka Silumak Budiman mempunyai satu rangkap sahaja dan bilangan barisnya adalah sebanyak 65 baris. Dalam seloka tersebut bilangan perkataan sebaris (p.p) adalah antara tiga hingga enam patah perkataan.

93

menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina di dalam dunia, ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara,

6 p.p 3 p.p

Manakala jika dilihat daripada bilangan suku katanya dalam sebaris pula, suku kata sebaris antara lapan hingga 11 suku kata sebaris (s.k). menyaji cerita dalam nestapa, mis/kin/ dan/ hi/na/ di/ da/lam/ du/ni/a/ Il/mu/ meng/gu/nung/ a/da/nya/, tapi akal yang dapat berbicara,

11 s.k 8 s.k

Jika dilihat daripada bentuk pola rima akhirnya pula, seloka ini jelas kelihatan terlalu panjang dan membentuk pola rima akhir yang menyerupai syair iaitu a-a-a-a. Walau bagaimanapun, seloka ini tidak mengikut syair sepenuhnya. Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a

94

mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya, bukan lambaian sepoi bahasa, tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya, ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina di dalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur di atas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka .

a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a a b a a a a a a a a

95

Keseluruhannya, seloka ini membincangkan mengenai tuntutan ilmu yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Tanpa ilmu kehidupan seseorang akan terabai dan tidak berguna. Seloka ini menyuruh manusia supaya berusaha mencari ilmu hingga ke akhir hayat. Kepuasan dalam diri akan terbukti apabila ilmu yang dicari membuahkan hasil dalam kehidupan masing-masing.

Kesungguhan seseorang dalam mencari ilmu akan melarikan dirinya daripada dipandang hina dalam masyarakat setempat. Pesanan dan seloka ini amat penting dalam diri seseorang kerana ilmu itu adalah penyuluh hidup dalam kehidupan seseorang. Sekiranya ilmu penuh di dada, dan dicampur dengan pemikiran yang waras, nescaya kehidupan sesoerang tidak akan ditipu atau diperdaya oleh orang lain.

Kesimpulannya, seloka-seloka yang di atas telah digunakan untuk mengkritik golongan yang tidak membuat atau menjalankan urusan dengan betul. Apa yang amat menarik ialah ungkapan-ungkapan yang berupa sindiran dan kiasan itu tidak hanya tepat untuk mengkritik masyarakat zaman dahulu. Lebih penting ianya terus relevan dengan situasi semasa. Pada masa ini masih ada golongan atasan yang terlalu menjaga kepentingan orang dagang hingga melupai atau mengabaikan kebajikan rakyat asal. Pada masa ini terdapat ramai orang yang menanggung kerugian kerana mengharapkan keuntungan yang belum tentu. Isi seloka ini perlu difahami dan dijadikan pengajaran dan iktibar kepada setiap golongan masyarakat.

96

4.2.

Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-seloka Melayu Tempatan

Dalam dapatan yang kedua ini, perbincangan mengenai perwatakan-perwatakan yang terdapat dalam semua seloka yang dikaji akan dihuraikan dengan contoh bait-bait seloka yang sesuai dan bertepatan dengan isi perbincangan. Pertamanya, semua perwatakan dalam seloka-seloka yang dipilih akan dipamerkan dalam bentuk jadual.

Jadual 5 : Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-Seloka Tempatan Personaliti 1.Pengabaian tanggungjawab. Contoh Seloka Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui Seloka Si Luncai ada rumah tidak terjaga, ada anak tidak terlatih Seloka emak Si Randang Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan Seloka Pak Balung-ayam tambatan Kasih dicurahkan, makan dihidang minum disaji,hilang dicari lambat dituruti, bulu dicuci leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui Seloka emak Si Randang Dagang pergi awak berhutang, beras habis padi tak jadi Seloka Emak Si Randang Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui

2.Sikap baik yang melampau.

3.Mementingkan orang lain.

4. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Tidak bertimbang rasa.

97

6. Tidak rasional.

Seloka Pak Kaduk Ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isterinya dibunuh, nyaris mati oleh tak makan Seloka emak Si Randang Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan Seloka Si Luncai Ada cerdik tiada selidik, ada mengaji tiada kuasa Seloka Lebai Malang pakaian dibuang bertelanjang pulang,penat bekejar tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera Seloka Si Luncai ada rumah tiada terjaga,,ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertana Seloka Pak Pandir Harta habis badan tergadai Seloka Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Seloka Pak Pandir mendengar gelagak dagang, tak sedar berttelanjang Seloka Lebai Malang penat bekerja tiada terkiraa, ke sana kem ari tersera-sera, punah golok bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara Seloka Lebai Malang ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus lempeng Seloka Pak Balung-ayam tambatan lupa diri lupa daratan, berkokok lantang bersahut sahutan, akulah handal akulah jantan Seloka Pak Balung-ayam tambatan orang menang awak yang parah, orang ketawa awak berdarah Seloka Pak Balung-ayam tambatan Nasib pak balung belum pasti, entah untung entahkan rugi

7. Pemalas.

8. Gelojoh. 9. Mudah terpedaya.

10. Sifat tamak.

11. Bersyukur.

12. Riak.

13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain. 14. Suka berjudi.

98

4.2.1. Pengabaian tanggungjawab

Pengabaian tanggungjawab terdapat dalam seloka Emak Si Randang dan seloka Si Luncai.

Dalam seloka emak Si Randang jelas dibuktikan pengabaian tanggungjawab. anak dipangku diletakkan, kera dihutan disusui. Hal ini bermaksud, emak Si Randang sanggup menngabaikan anaknya sendiri semata-mata ingin menjaga hati dan membantu orang lain. Malah tanggungjawabnya dalam menjaga harta benda tidak diberi tanggungjawab sepenuhnya. Hal ini demikian kerana emak Si Randang sanggup menghabiskan harta bendanya kepada orang lain yang tiada pertalian darah dengannya.

Dalam seloka Si Luncai pula, pengabaian tanggungjawab dapat dibuktikan apabila Si Luncai yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan membiarkan anak-anaknya kelaparan, rumah yang tidak dijaga dengan baik dan segala ternakan serta tanaman dibiarkan begitu sahaja. Ini dapat dibuktikan pada ada rumah tidak dijaga, ada anak tidak terlatih.

Rumusannya, pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat Melayu masa kini masih jelas sehingga kini. Kegagalan kedua ibu bapa dalam melengkapkan tanggungjawab dalam kehidupan keluarga masing-masing telah menyebabkan berlakunya gejala-gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini. Golongan remaja hidup semakin liar ekoran tiada teguran oleh ibu bapa mereka.

99

Perkaitan dengan ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu iaitu keindahan dalam puitika sastera Melayu, pengabaian tanggungjawab boleh dikaitkan dengan keindahan dalam mengajar dan mendidik. Seloka emak Si Randang dan seloka Si Luncai dicipta untuk mendidik masyarakat Melayu masa kini supaya

bertanggungjawab dalam semua perkara. Tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab kepada keluarga, alam sekitar, sesama manusia dan haiwan perlu dititikberatkan kepada semua masyarakat.

Dalam membentuk pembentukan kendiri yang positif pula, setiap manusia perlu memainkan peranan bertanggungjawab kerana ia boleh menbentuk satu kehidupan bermasyarakat yang akan memberikan pendedahan kepada persekitaran kehidupan manusia yang berguna. Pengabaian tanggungjawab dalam semua perkara akan menjurus kepada pembentukan kendiri negatif kerana ia akan menjurus kepada berkembangnya gejala sosial yang akan menular dari masa ke semasa. Pembentukan personaliti yang unggul adalah bergantung kepada sikap dalaman sesorang. Masyarakat Melayu masa kini yang bertanggungjawab akan memberikan satu pandangan personaliti yang unggul dalam kaca mata masyarakat sekeliling.

Menurut Mana Sikana (1945:9), dalam pergaulan hidup seharian, harus ada anggapan mana yang baik dan mana yang buruk. Berasaskan pertimbangan ini, ia akan mengatur tingkah laku individu dan hubungan kekeluargaan. Dengan demikian ada peraturan dan pegangan dalam tingkah laku manuasia yang kemudian mengisi dan membentuk kehidupan masyarakat.

100

4.2.2. Baik yang Melampau

Sikap baik yang melampau dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang dan seloka Pak Balung-Ayam Tambatan.

Dalam seloka emak Si Randang, sikap baik yang melampau dapat dibuktikan pada bait dagang lalu ditanakkan, tiada kayu diruntuhkan. Dalam seloka ini jelas membuktikan sikap baik yang melamau-lampau. Hal ini bermaksud emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumahnya untuk dijadikan kayu api semata-mata ingin menyediakan jamuan kepada tetamu.

Dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan pula, dibuktikan pada bait kasih dicurahkan, makan dihidang, minum disajihilang dicari, lambat dituruti, bulu dicuci, leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut. Dalam seloka ini, ayam jantan dijadikan lambang kepada menyindir seseorang. Hal ini menjelaskan sikap terlalu baik dengan seseorang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Dalam kedua-dua seloka itu tadi masih dikelompokkan kepada ciri keindahan dalam mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini sudah tentunya mempunyai sikap baik hati dalam diri masing-masing. Sewajarnya sikap tersebut mestilah berpada-pada kerana sekiranya terlalu baik hati ia akan memudaratkan dan merugikan diri sendiri. Dalam pepatah Melayu juga menjelaskan buat baik berpadapada, buat jahat jangan sekali. Penggunaan pepatah tersebut dalam kehidupan harian amat penting kerana ia membantu kita dalam meneruskan kehidupan tanpa sempadan ini.

101

Dalam membentuk personaliti dan kendiri yang positif, sikap baik hati amat perlu dan diterapkan dalam diri semua lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, sikap tersebut janganlah ditunjukkan secara melampau kerana ia akan mengundang kepada orang lain yang akan mengambil kesempatan atas diri sendiri kerana sikap tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kes-kes penipuan dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini.

Dalam menerima tetamu sebenarnya ia hendaklah dilayan dengan sebaik yang mungkin. Namun ia janganlah berlebih-lebihan sehingga memudaratkan diri sendiri. Wan Rosili Abd. Majid (2004) menjelaskan tradisi menerima tetamu amat baik tetapi perlu ada adab-adab yang perlu dilaksanakan. Adab menyambut tetamu memerlukan tingkah laku dan tindakan tuan rumah mengekalkan tatasusila terpelihara dan tidak melanggar batas sempadan.

4.2.3. Mementingkan Orang Lain

Sikap mementingkan orang lain dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang. Ini jelas dibuktikan pada anak diapngku diletakkan, kera di hutan disusui.

Dalam seloka tersebut, jelas menunjukkan sikap mementingkan orang lain. Emak Si Randang sanggup meninggalkan anak sendiri semata-mata untuk menyambut tetamu. Ini kerana emak Si Randang suka menunjuk-nunjuk demi mendapatkan pujian kerana terlalu baik.

102

Sikap mementingkan orang lain dapat dibuktikan sebagai ciri keindahan dalam mengajar dan mendidik. Sewajarnya dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini tidak timbul lagi sikap mementingkan orang lain kerana dalam kehidupan sekarang ramai telah ditipu dek kerana percaya kepada seseorang. Justeru, dalam meneruskan kehidupan seharian, masyarakat Melayu masa kini perlu berhati-hati dalam menerima kedatangan orang lain kerana kita tidak mengenali dengan lebih dekat hati budi orang tersebut. Ada kalanya, orang itu yang dianggap tetamu boleh mengundang kepada penipuan, penculikan dan rompakan seperti yang telah berlaku pada masa-masa yang lalu. Kes penipuan dek kerana mempercayai semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam personaliti masyarakat Melayu masa kini pula, sikap mementingkan orang lain tidak perlu ada lagi dalam sanubari masing-masing. Pembentukan kendiri yang positif adalah konsep kendiri yang mampu menjaga diri sendiri daripada orang lain. Hal ini bermaksud kehidupan seharian hanya memerlukan diri sendiri sahaja untuk meneruskan kehidupan masing-masing tanpa bantuan orang lain.

Memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menjelaskan mengenai sikap mementingkan orang lain. Mementingkan orang lain dalam kehidupan adalah suatu yang kadang kala begitu sukar dalam kehidupan kita. Ini mungkin masyarakat sekarang tidak mempunyai matlamat untuk mementingkan diri orang lain dalam kehidupan masing-masing. Hakikatnya, mementingkan diri sendiri ini menjurus kepada kemahuan diri sendiri untuk dipuji dan disanjung oleh masyarakat setempat.

103

4.2.4. Suka Menunjuk-nunjuk

Sikap suka menunjuk-nunjuk dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang. Ia jelas dibuktikan pada bait dagang pergi awak berhutang, beras habis, padi tak jadi.

Dalam seloka tersebut, jelas membuktikan emak Si Randang suka menunjuknunjuk. Sikap menunjuk-nunjuknya itu akhirnya telah merugikan diri sendiri. Emak Si Randang sanggup berhabisan kerana ingin menyambut tetamu tanpa memikirkan nasib dirinya sendiri. Jelas, akhirnya tetamu yang disanjung-sanjung telah merugikan dirinya sendiri dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya kerana telah kehabisan makanan.

Sikap ini masih digolongkan dalam keindahan mengajar dan mendidik. Sikap menunjuk-nunjuk seharusnya tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap tersebut adalah amalan riak dan bangga diri. Seharusnya semua masyarakat Melayu masa kini perlu bersikap rendah diri dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian masing-masing. Sikap menunjuk-nunjuk akan mendorong kepada masyarakat yang tidak bertamadun kerana lebih menjurus kepada sikap riak dan bangga diri. Amalan sedemikian tidak perlu dilakukan kerana ia boleh mendorong kepada hilangnya kawan di sekeliling kita.

Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap menunjuk-nunjuk perlu dihindari dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini. Apabila sikap itu tidak diterapkan dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini, nescaya ia akan senang didekati dan dihormati kerana sikap rendah diri dalam hati masing-masing.

104

Masih lagi memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menyentuh sikap mementingkan orang lain yang menjurus kepada suka menunjuk-nunjuk. Budaya suka menunjunk-nunjuk dalam masyarakat amat tidak sesuai dan tidak harus dipraktikkan. Budaya sedemikian biasanya meletakkan diri sesorang yang memerlukan pujian dan penghargaan yang tinggi dalam kehidupan sesorang.

4.2.5. Tidak Bertimbang Rasa

Seloka emak Si Randang ada menyentuh sikap tidak bertimbang rasa. Sikap ini dapat dibuktikan pada bait anak dipangku diletakkan, kera di hutan disusui. Dalam seloka ini kelas menunjukkan sikap emak Si Randang yang tidak bertimbang dalam dalam kehidupannya. Emak Si Randang sanggup melupakan anaknya sendiri semata-mata ingin menyambut dan melayan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya. Emak si Randang sanggup membiarkan anaknya kelaparan kerana terlalu menyanjung dan melayan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya.

Sikap tidak bertimbang rasa dalam seloka ini masih lagi dalam keindahan mengajar dan mendidik. Seloka ini dicipta untuk memberi teguran kepada masyarakat Melayu masa kini dalam kehidupan masing-masing. Masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa hidup dalam bertimbang rasa. Sikap bertimbang rasa dalam diri masyarakat Melayu masa kini perlu ada kerana ia dapat memberi pengajaran dan teladan kepada semua.

105

Sikap bertimbang rasa ini perlu ada terutamanya kepada masyarakat yang memerlukan seperti orang buta yang ingin melintas jalan, fakir miskin yang meminta bantuan, wanita mengandung yang berada dalam pengangkutan awam dan orang kelainan upaya (OKU). Semua masyarakat tersebut memerlukan bantuan yang sewajarnya daripada masyarakat Melayu masa kini yang bertimbang rasa.

Sikap tidak bertimbang rasa adalah personaliti dan kendiri yang negatif. Sikap ini tidak seharusnya ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap ini boleh mendatangkan keburukan dalam diri sendiri terutamanya dan masyarakat amnya. Seharusnya, masyarakat Melayu masa kini perlu bertimbang rasa kerana ia adalah personaliti dan kendiri positif. Pembentukan personaliti dan kendiri yang positif akan memberi kebahagiaan dalam diri sendiri dan masyarakat Melayu masa kini.

Menurut pandangan Abu Musaddad (2008) yang menjelaskan mengenai bertimbang rasa dalam masyarakat mengikut fahaman Islam. Hakikatnya, amalan bertimbang rasa perlu ada dalam kalangan masyarakat masa kini kerana ia adalah sifat yang terpuji dalam Islam. Sebagai seorang muslim, amalan sedemikian patut ditunaikan dan sememangnya dituntut oleh Islam. Amalan bertimbang rasa perlu ditujukan kepada ibu bapa, sahabat-handai dan saudara-mara.

106

4.2.6. Tidak Rasional

Sikap tidak rasional ini jelas dibuktikan dalam seloka Pak Kaduk, seloka emak Si Randang, seloka Si Luncai dan seloka Lebai Malang.

Dalam seloka Pak Kaduk, sikap tidak rasional dapat dibuktikan pada bait ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isteri dibunuh, nyaris mati oleh tak makan. Dalam seloka ini menyindir seorang yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan. Setiap keputusan yang dibuat hanyalah mengikut kenhendak hati dan nafsu semata-mata.

Dalam seloka emak Si Randang pula, sikap tidak rasional dibuktikan pada bait dagang lalu ditanakkan, tiada kayu rumah diruntuhkan. Ia jelas menunjukkan seorang yang tidak berfikir panjang semata-mata untuk memenuhi hasrat dan permintaan orang lain.

Pada bait ada cerdik tiada diselidik, ada mengaji tiada kuasa dalam seloka Si Luncai menunjukkan sikap tidak rasional dalam meneruskan kehidupan. Dalam seloka tersebut, ia menyindir seorang yang tidak berfikir panjang walaupun dirinya berilmu. Ia juga menyindir seorang yang tidak menggunakan kematangannya dalam meneruskan kehidupannya.

Pakaian dibuang bertelanjang pulang,penat berkejar tiada berkira, ke sana ke mari tersera-sera. Bait-bait tersebut membuktikan sikap tidak rasional dalam seloka Lebai Malang. Dalam seloka ini, ia menyindir seorang yang alim ulama terlalu

107

bertindak terburu-buru dan tidak berfikir panjang dalam membuat keputusannya. Akhirnya diri sendiri yang menanggung kerugian.

Dalam seloka-seloka tersebut, ia merujuk kepada keindahan dalam mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini tidak perlu mempunyai sikap tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Seharusnya masyarakat Melayu masa kini seharusnya menggunakan akal fikiran yang sewajarnya dalam bertindak untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Setiap anggota masyarakat mesti menggunakan akal fikiran untuk bertindak dan membuat keputusan dalam kehidupan kerana ia mampu membantu golongan masyarakat daripada hidup merana dan menanggung kerugian dalam kehidupan.

Dalam personaliti yang positif, sikap berasional amat penting kerana ia mampu membantu golongan masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan sempurna. Sikap berasional dalam meneruskan kehidupan masyarakat Melayu masa kini amat penting kerana setiap peribadi dan keputusan yang ingin dibuat hendaklah menggunakan akal fikiran dan bertindak rasional.

Sikap tidak rasional ini tidak patut diterapkan dalam masyarakat Melayu masa kini. Segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini berfikiran tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing kerana mereka mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri.Individu-individu yang

108

lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan (Nuraini Ahmad, 2008).

4.2.7. Pemalas

Dalam seloka Si Luncai telah menunjukkan sikap pemalas. Ia jelas dibuktikan pada bait ada rumah tiada terjaga, ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertanam. Dalam seloka ini, ia menyindir seorang yang hidup dengan sikap pemalas yang tidak terhingga. Walaupun kehidupannya penuh dengan harta benda tetapi ia tidak sempurnakan dengan sebaik mungkin kerana sikap malas yang menguasai diri.

Dalam keindahan puitika sastera Melayu, sikap pemalas ini tergolong dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik. Dalam seloka ini ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak hidup dengan sifat pemalas. Sifat pemalas dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan mendorong kepada perkaraperkara yang tidak diingin akan berlaku dan berleluasa. Setiap golongan masyarakat Melayu masa kini perlu menggunakan peluang yang ada pada zaman sekarang dengan semaksimumnya agar ia dapat membantu diri sendiri dalam meneruskan kehidupan masing-masing.

Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap pemalas tidak harus ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Sikap pemalas yang ada dalam diri golongan masyarakat akan membawa kepada kejatuhan ekonomi Negara dan gejala sosial akan berleluasa kerana sikap pemalas yang menguasai diri sendiri.

109

Amalan sikap pemalas dalam diri masyarakat Melayu masa kini tidak seharusnya ada kerana ia melambangkan identiti masyarakat Melayu yang tidak efisien. Memetik artikel yang bertajuk Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu yang menjelaskan identiti dan budaya masyarakat Melayu dipengaruhi oleh nilai-nilai sosial. Nilai-nilai sosial tersebut akan memupuk semangat kehidupan dalam bermasyarakat. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Hakikatnya identiti dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam identiti bermasyarakat.

Sifat pemalas dalam diri setiap manusia amat tidak sesuai dalam menceruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Sifat tersebut akan merugikan diri sendiri sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut pandangan Hasan Langgulung (1991) yang memetik petikan surah Yunus ayat 101 yang menyuruh diperintahkan semua umat mengkaji dunia fizikal untuk mendkatkan diri kepada Allah S.W.T melalui tanda-tandanya di alam dan menggunakan peruntukkan yang diciptakan-Nya untuk kita.

4.2.8. Gelojoh

Sikap gelojoh terdapat dalam seloka Pak Kaduk. Ia jelas dibuktikan pada bait harta habis, badan tergadai. Ia jelas menyindir kepada seorang yang terlalu mengejar kebendaan dan akhirnya diri sendiri yang menanggung kerugian. Seharusnya sikap gelojoh tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap gelojoh adalah amalan syaitan dan dimurkai oleh Yang Maha Esa khususnya dan kalangan masyarakat amnya.

110

Sikap gelojoh dalam seloka ini tergolong dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran dan mendidik masyarakat Melayu masa kini agar tidak gelojoh dalam mengejar sesuatu. Sikap gelojoh dalam mengejar sesuatu akan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri kerana sikap tersebut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan seharian. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini perlu bersikap sederhana dalam mengejar sesuatu dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menperoleh sesuatu. Masyarakat Melayu masa kini seharusnya berusaha dan bertindak mengikut landasan yang betul dalam mengejar sesuatu kejayaan.

Dalam pembentukan personaliti yang positif, sikap gelojoh seharusnya tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap tersebut boleh mendorong kepada pembentukan kendiri yang negatif. Sikap gelojoh dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan mengundang kebencian dalam kalangan masyarakat kerana ia boleh mengundang kepada kekecohan dan huru-hara dalam Negara.

4.2.9. Mudah Terpedaya

Sikap mudah terpedaya jelas dibuktikan dalam seloka Pak Kaduk dan seloka Pak Pandir.

Dalam seloka Pak Kaduk, sikap mudah terpedaya jelas dibuktikan pada bait ayamnya menang kampung tergadai dan dalam seloka Pak Pandir pula pada bait mendengar gelagak dagang, tak sedar bertelanjang. Dalam kedua-dua seloka, ia

111

menyindir seorang yang mudah termakan dengan janji-janji orang luar sehingga dirinya sendiri ditipu oleh orang tersebut. Sikap mudah terdaya dengan orang lain ini menjurus kepada seorang yang terlalu mengejar kemewahan dengan jalan yang cepat tanpa berusaha terlebih dahulu. Mudah terpedaya dengan janji-janji kosong orang luar telah mendatangkan kesusahan pada diri sendiri.

Hakikatnya, sikap mudah terpedaya ini masih dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji seseorang. Ia dinasihatkan kepada golongan muda yang terlalu mudah mempercayai orang lain tanpa usul periksa. Ia memberi kesan kepada golongan muda terutamanya remaja perempuan yang mudah terpedaya dengan janji-janji kosong seorang lelaki lain. Akhirnya ia akan mendatangkan kesusahan pada diri sendiri dan berlakunya peningkatan gejala sosial dalam masyarakat Melayu masa kini. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah berfikir terlebih dahulu dengan tawaran dan janji-jani yang telah diberikan oleh sesorang. Sikap tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji dan tawaran-tawaran palsu itu tadi akan mendatangkan kesenangan kelak.

Dalam pembentukan personaliti menunjukkan sikap mudah terpedaya adalah salah satu sikap yang tidak perlu ada dalam masyarakat Melayu masa kini. Sikap ini akan mendorong kepada pembentukan kendiri yang negatif kerana sikap ini terlalu buruk untuk diamalkan. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini perlu bersikap berhati-hati dan berfikiran waras dalam mempercayai tawaran-tawaran dan janji-janji yang dijanjikan oleh orang lain. Bertindak menggunakan akal fikiran adalah jalan

112

yang terbaik dalam menilai seseorang yang belum dikenali dengan lebih dekat lagi agar diri tidak ditipu dek kerana mudah terpedaya.

Sikap mudah terpedaya boleh diubati dengan memenuhi ilmu di dada. Menurut Hasan Langgulung (1991), ilmu itu sebagai satu proses untuk memperoleh pengetahuan. Menurutnya lagi dalam surah Al-Nahl ayat 89 yang bermaksud ilmu dalam Al-Quran itu adalah petunjuk untuk semua umat manusia dan tidak mengabaikan sesuatu apa pun yang berhubungan dengan tingkah laku.

4.2.10. Tamak

Sifat tamak boleh dibuktikan dalam seloka Lebai Malang. Sifat ini boleh dibuktikan pada bait penat bekerja tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera, punah golok bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara.

Dalam seloka yang berunsur jenaka dengan tujuan menyindir orang yang berkelakuan tamak. Selain itu, Pak Lebai disifatkan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri dengan mengambil kira jenis makanan yang akan dihidang dan diberikan kepadanya kelak. Sifat ini sememangnya amat mementingkan diri sendiri kerana hanya mengambil benda yang dianggap remeh-temeh. Kebijaksanaan dalam pengajian agama Islam tidak digunakan dengan sebaik-baik malah mengikut nafsu yang telah menguasai diriia menyindir seorang golongan ulamak yang terlalu tamak dalam kehidupan sehariannya. Lebai malang diceritakan telah menerima semua jemputan kenduri di kampungnya dan di kampung sebelah tanpa berfikir tentang

113

kesempatannya untuk menghadiri semua jemputan tersebut. Akhirnya semua jemputan itu tidak berjaya dihadirinya kerana kekalutan dalam perjalanannya.

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, sifat tamak tergolong dalam keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak bersikap tamak dalam meneruskan kehidupan seharian. Seharusnya, masyarakat Melayu masa kini bersyukur di atas yang diperoleh dalam diri sendiri. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini perlu membuat keputusan dengan waras dalam memenuhi jemputan kenduri atau jamuan agar tidak terlepas daripada menghadirinya. Kebijaksanaan akan menentukan segala-galanya.

Sikap tamak dalam pembentukan kendiri yang negatif perlu dielakkan dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Rasa bersyukur dan bersederhana dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan membantu membentuk personaliti yang positif. Tanpa sikap tamak dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan membawa kepada kebahagiaan dan kesempurnaan dalam meneruskan kehidupan masing-masing.

Sikap tamak atau bakhil tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Menurut Abu Musaddad (2008) menjelaskan sikap bakhil yang ada dalam diri seseorang akan merosakkan hubungan persahabatan dalam masyarakat dan saudara seagama. Hakikatnya, sikap ini adalah salah satu sikap yang dimurkai Allah S.W.T dan sekiranya ia masih diteruskan dalam kehidupan seharian ia tidak akan dibantu dan dirahmati oleh-Nya.

114

4.2.11. Bersyukur

Sikap bersyukur dapat dibuktikan dalam seloka Lebai Malang. Dalam seloka ini, ia dapat dibuktikan pada bait ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus lempeng.

Dalam seloka tersebut, ia menyindir golongan ulamak yang tidak bersyukur di atas apa yang diperolehnya. Diceritakan seorang lebai yang menerima tiga jemputan kenduri tidak berjaya untuk menghadiri ketiga-tiga jemputan kenduri tersebut. Lantas itu, lebai tersebut hanya daapt sebungkus lempeng sahaja.

Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini supaya bersyukur dengan apa yang ada. Sikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang pastinya akan merugikan diri sendiri. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang didapati dalam kehidupan sehariannya. Masyarakat Melayu masa kini yang begitu mementingkan diri sendiri sehingga mengakibatkan kerugian pada diri sendiri. Kehidupan yang hanya berdasarkan prinsip tamak dan mementingkan diri sendiri akan memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Tiada lagi nilai-nilai murni yang akan membentuk pembangunan sahsiah dan tersirat. Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.

Dalam konteks pembentukan kendiri yang positif, rasa sentiasa bersyukur harus dipupuk dalam masyarakat Melayu masa kini sejak kecil lagi kerana dewasa

115

kelak, prinsip bersyukur dengan apa yang ada akan membantu masyarakat Melayu masa kini berperwatakan baik dan disanjung oleh golongan masyarakat sekeliling.

Memetik petikan daripada artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, mengamalkan amalan bersyukur iaitu sifat Qanaah adalah amat penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu masa kini. Sepanjang melayari kehidupan di dunia ini, sikap bersyukur dan redah dengan apa yang ada dengan memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan adalah satu budaya yang dipuji dan perlu diterapkan dalam kehidupan masing-masing.

4.2.12. Riak

Sikap riak dapat dibuktikan dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan. Sikap riak dapat dijelaskan dalam bait lupa diri lupa daratan, berkokok bersahut-sahutan, akulah handal, akulah jantan.

Dalam seloka tersebut, ia menggunakan ayam jantan sebagai lambang kepada menyindir seorang yang terlalu riak dengan kehebatannya yang sedia ada. Diceritakan ayam jantan yang diberi nama Pak Balung menjalankan kehidupannya sebagai ayam sabung yang hebat sehingga ayam tersebut menjadi pujian masyarakat dan menjadi harapan kepada tuannya. Ekoran itu, ayam tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang dan dibelai bagai menatang minyak yang penuh.

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia masih digolongkan dalam keindahan mengajar dan mendidik. Seloka ini dicipta untuk memberi pengajaran

116

kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak riak dan bangga diri dalam hidup bermasyarakat.

Sewajarnya, setiap golongan masyarakat mempunyai sikap rendah diri dengan kelebihan yang ada dan sentiasa menggunakan kelebihan tersebut dalam membantu masyarakat lain yang memerlukan. Setiap kerja yang dilakukan hendaklah sentiasa jujur dan tidak mengharapkan pujian dan balasan daripada golongan masyarakat yang lain.

Dalam pembentukan personaliti yang positif, sikap riak perlu dijauhkan dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini kerana sikap tersebut akan mendatangkan keburukan dalam diri sendiri. Sikap riak dan bangga diri akan menyebabkan masyarakat Melayu masa kini akan sentiasa dikritik dan dicemuh dek kerana sikap riak masing-masing. Kerjasama dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini amat penting dengan menggunakan kelebihan masing-masing agar setiap kerja yang dilakukan akan berjalan dengan senang. Kehebatan masing-masing boleh ditunjukkan dengan hanya satu tujuan sahaja iaitu membantu antara satu sama yang lain.

Menjauhi riak, somobng dan bangga diri adalah satu perkara yang harus dilakukan dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini. Amalan tersebut jika telah dijadikan satu tabiat akan menyebabkan masyarakat tersebut akan dipandang hina oleh masyarakat yang lain. Orang yang mengamalkan amalan tersebut juga adalah tergolong dalam kalangana yang munafik. Justeru, tiada pahala yang akan diterima sepanjang kehidupannya sendiri. (JAKIM, 2010).

117

4.2.13. Mempertaruhkan Diri untuk Orang Lain.

Sikap mempertaruhkan diri untuk orang lain dapat dibuktikan dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan. Ia dapat dijelaskan pada bait orang menang awak yang parah, orang ketawa awak berdarah.

Dalam seloka ini, ia menyindir kepada seorang yang rela dirinya dipertaruhkan semata-mata untuk kesenangan orang lain. Pak Balung iaitu seekor ayam jantan dijadikan perlambangan dalam menyindir seseorang yang menggunakan kehebatan orang lain untuk kesenangan diri sendiri.

Sikap mempertaruhkan diri sendiri untuk orang lain terolong dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak mengguna-gunakan orang lain demi mengejar kejayaan untuk diri sendiri. Malah ia juga memberi pengajaran kepada sesorang agar tidak memberi bantuan kepada orang lain yang melampau. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini harus memberi bantuan kepada orang lain berpada-pada. Janganlah menjadikan diri seperti lilin yang sanggup membakar diri untuk mencerahkan kehidupan orang lain. Seharusnya, buat baik biarlah berpada-pada.

Personaliti ini tidak sesuai dijadikan pembentukan kendiri yang positif kerana ia akan memberi kesusahan kepada diri sendiri. Setiap individu seharusnya berfikir dengan seadanya dalam memberi bantuan kepada orang lain. Bantuan yang diberikan hendaklah berpada-pada kerana ia tidak akan memberi keadaan yang merana dalam diri sendiri. Umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain tidak wajar

118

diikut kerana akhirnya merana diri sendiri. Orang yang dibantu tadi hidup dalam kesenangan tanpa berfikir nengenai diri kita yang sanggup bersusah-payah semasa mereka dalam kesusahan.

4.2.14. Berjudi

Sikap suka berjudi dapat dibuktikan pada bait nasib pak balung belum pasti, entah untung entahkan rugi dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan. Dalam seloka ini, ia dicipta semata-mata untuk menyindir seseorang yang suka berjudi dalam kehidupan hariannya.

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, sikap berjudi ini berada dalam keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran dan pesanana kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak berjudi semata-mata ingin menjadi kayaraya. Sekiranya ingin hidup dalam kemewahan, hidup bekerja dengan bersungguhsungguh akan memberikan pulangan yang baik. Dalam ajaran Islam, amalan berjudi adalah haram disisi-Nya. Amalan berjudi haram diamalkan kerana ia akan mendorong kepada berlaku gejala sosial seperti mencuri dan merompak semata-mata untuk mencari pertaruhan judi. Malah ia juga akan mendorong kepada sesoerang untuk berhutang dengan Ah Long semata-mata untuk mendapatkan wang dalam mepertaruhkannya.

Amalan berjudi bukan satu personaliti yang positif kerana ia adalah satu pembentukan kendiri yang negatif. Pembentukan personaliti yang negatif amat merugikan golongan masyarakat Melayu masa kini kerana ia mendorong kepada

119

amalan berhutang keliling pinggang semata-mata untuk mencari wang pertaruhan. Ada segelintir masyarakat Melayu masa kini sanggup berjumpa dengan Ah Long, mencuri barang kemas ahli keluarga, merompak kedai dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan wang sebagai pertaruhan perjudian. Sesungguhnya, amalan berjudi dalam masyarakat Melayu Islam masa kini adalah haram di sisi ajaran Islam.

4.3.

Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-seloka Indonesia

Jadual 6 : Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-Seloka Indonesia Personaliti 1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata. Contoh Seloka SMGSS gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja SMGSS kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja SMGSS gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya SMA wujus berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya SMGSS gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada SMA menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya SMGSS mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaannya

2. Tidak rasional.

3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam.

4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri.

5. Setiap perbuatan harus dinilai.

120

6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri. 7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.

SMGSS jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa SMGSS jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita SMA tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar selamat hidup kita SMGSS selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya SMGSS begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita SMGSS apa yang hendak di atas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita SMA Cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita SMA jangan terasa bila membaca, kerana hati dan sombong jadiya, terasa manusia akan jadinya SMA bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada SMA ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya

8. Solat itu tiang agama.

9. Adat Melayu perlu dijaga.

10. Sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian yang menimpa diri.

11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong.

12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja.

13. Tidak terima hakikat asal-usulnya.

14. Suka menunjuk-nunjuk.

121

4.3.1. Bertindak Mengikut Nafsu Semata-mata

Sikap ini dapat dibuktikan pada bait gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak nama kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu.

Dalam seloka tersebut ia menyindir seseorang yang hanya hidup sepanjang harian dengan berlandaskan nafsu sahaja. Ia tidak menggunakan hati dan fikiran dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh pancaroba. Akhirnya, diri sendiri yang akan musnah dek kerana hasutan nafsu yang berlandaskan amalan syaitan yang direjam.

Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar menikmati kehidupan yang penuh pancaroba ini dengan menggunakan hati dan akal fikiran. Hakikatnya, kehidupan yang berlandaskan nafsu akan memberi kemudaratan dan kesengsaraan dalam kehidupan masing-masing.

Amalan bertindak mengikut nafsu semata-mata adalah pembentukan kendiri yang negatif. Hal ini bermaksud ia akan membawa kepada kesengsaraan dan kemusnahan dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini. Seseorang perlu menggunakan akal fikiran dan bertindak mengikut perasaan yang dinilai terlebih dahulu agar pembentukan personaliti yang unggul dapat diperoleh kerana ia akan membawa kepada kemenangan dan kesenangan kelak.

122

Kewajipan mengawal hawa nafsu dalam kehidupan seharian amat penting kerana boleh membantu diri masyarakat dalam terdorong ke kancah yang lebih teruk lagi. JAKIM (2008), menjelaskan mengendalikan hawa nafsu merupakan satu jihad yang besar dan sangat berat dan wajib dilakukan oleh semua golongan. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan. Orang yang mengikut hawa nafsu sering kali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak berasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas.

4.3.2. Tidak Rasional

Sikap tidak rasional dapat dibuktikan pada seloka Melayu Gerak Senandung Selayu pada bait kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja.

Dalam bait seloka tersebut, ia menyindir seseorang yang tidak menggunakan akal dalam membuat sebarang keputusan. Akhirnya, ia mendatangkan kerugian dalam kehidupan sehariannya kerana bertindak tidak menggunakan akal fikiran. ia merujuk kepada keindahan dalam mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini tidak perlu mempunyai sikap tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Seharusnya masyarakat Melayu masa kini seharusnya menggunakan akal fikiran yang sewajarnya dalam bertindak untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Setiap anggota masyarakat mesti menggunakan akal fikiran untuk bertindak dan membuat keputusan dalam kehidupan kerana ia mampu membantu golongan masyarakat daripada hidup merana dan menanggung kerugian dalam kehidupan.

123

Dalam personaliti yang positif, sikap berasional amat penting kerana ia mampu membantu golongan masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan sempurna. Sikap berasional dalam meneruskan kehidupan masyarakat Melayu masa kini amat penting kerana setiap peribadi dan keputusan yang ingin dibuat hendaklah menggunakan akal fikiran dan bertindak rasional.

Sikap tidak rasional ini tidak patut diterapkan dalam masyarakat Melayu masa kini. Segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini berfikiran tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing kerana mereka mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri.Individuindividu yang lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan (Nuraini Ahmad, 2008).

4.3.3. Perbuatan Berlandaskan Islam

Sikap perbuatan berlandaskan Islam dapat dibuktikan dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu dan seloka Melayu Abrahama.

Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, ia dapat dibuktikan pada bait gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya. Manakala dalam seloka Melayu Abrahama pula, ia dapat dibuktikan pada bait wujus berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya. Dalam bait-bait seloka tersebut, ia mengajak semua melakukan sesuatu pekerjaan yang berlandaskan hukum-hakam

124

Islam. Sebarang perbuatan yang tidak berlandaskan Islam hendaklah dijauhi agar sepanjang kehidupan tidak tersesat.

Dalam keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar bertindak dalam sesuatu perkara hendaklah berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah menjalankan setiap kerjanya dengan berlandaskan amalan-amalan ajaran Islam sepenuhnya kerana akhirnya ia akan mendatangkan kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan masing-masing.

Dalam pembentukan personaliti pula, ia amat bersesuaian kerana semua perbuatan yang dilakukan berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya berjaya membentuk pembentukan kendiri yang positif. Hal ini bermaksud, setiap pembentukan kendiri yang positif akan memberi kesenangan dan kebahagiaan kelak dek kerana setiap perbuatan berlandaskan norma-norma kehidupan Islam yang sempuna.

Menurut pandangan Ghafani Bin Awang Teh (2008) menjelaskan penghayatan akhlak Rasulullah S.A.W adalah berlandaskan Al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah yang lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat-sifat mulia serta

bertanggungjawab kepada allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Justeru, setiap perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah berlandaskan Islam dan mengikut amalanamalan sunnah Rasulullah S.A.W.

125

4.3.4. Setiap Perbuatan Bermula dari dalam Diri Sendiri

Ia dapat dijelaskan dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu dan seloka Melayu Abrahama. Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, ia dapat dibuktikan pada bait gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada dan dalam seloka Melayu Abrahama pula dapat dibuktikan pada bait menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya.

Dalam bait seloka-seloka tersebut, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mengenai perlakuan yang dilakukan hendaklah berlandaskan hati dan pergerakan diri sendiri. Hal ini bermaksud, setiap pergerakan kelakuan dalam diri sendiri hendaklah berlandaskan nas-nas Islam dan bertindak dengan menggunakan hati sendiri bukan kerana dorongan dan pimpinan orang lain semata-mata.

Dalam konteks keindahan puitika sastera Melayu, ia menjurus kepada keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran dan pedoman kepada masyarakat Melayu masa kini agar setiap perbuatan dan kelakuan dalam kehidupan seharian hendaklah bermua dari dri sendiri dan bukannya daripada dorongan dan pimpinan orang lain semata-mata. Sekiranya memerlukan bantuan dan pandangan orang lain, masyarakat Melayu masa kini hendaklah menggunakan hati dan akal fikiran untuk menilainya sebelum bertindak.

Sikap setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri amat wajar dalam pembentukan personaliti yang positif. Hal ini bermaskud ia akan memberi pendedahan dan dorongan kepada perjalanaan kehidupan yang baik dan aktif

126

berlandaskan nas-nas Islam yang sebenarnya. Dalam pembentukan kendiri yang positif, setiap kelakuan yang dilakukan hendaklah bermula dari dalam diri sendiri kerana diri sendiri yang berhak menentukan setiap perbuatan yang akan dilakukan. Dorongan dan bantuan daripada orang lain boleh diperlukan tetapi ia perlu dinilai dengan sedalam-dalamnya agar tidak mendatangkan masalah di belakang hari nanti.

Penghayatan akhlak Rasulullah S.A.W adalah berlandaskan Al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah yang lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat-sifat mulia serta bertanggungjawab kepada allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Justeru, setiap perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah berlandaskan Islam dan mengikut amalanamalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, setiap perbuatan yang hendak dilakukan itu mestilah mengikut panduan wahyu dan bermula dari dalam diri sendiri terlebih dahulu (Ghafani Awang Teh, 2008).

4.3.5. Setiap Perbuatan Harus Dinilai

Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu pada bait mana gerak masam rupanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macam mana, tahukah tuan akan keadaannya telah membuktikan setiap perbuat harus dinilai dengan sebaik-baiknya.

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, keindahan dalam mengajar dan mendidik mengajak masyarakat Melayu masa kini supaya bertindak apabila difikirkan sesuai. Hal ini bermaksud, setiap perbuatan dalam kehidupan seharian hendaklah dinilai terlebih dahulu sebelum melakukannya. Ia bertujuan untuk memberi

127

pengajaran kepada semua masyarakat Melayu masa kini agar tidak melakukan perbuatan secara melulu dan tiada landasan yang sebenarnya. Setiap perbuatan yang akan dilakukan hendaklah dinilai baik dan buruknya terlebih dahulu kerana setiap perbuatan ada hikmah dan pulangannya.

Pembentukan personaliti yang positif amat penting dalam menilai terlebih dahulu sebelum melakukannya agar ia dapat pulangan yang sewajarnya. Setiap masyarakat Melayu masa kini hendaklah bertindak dengan membuat penilaian terlebih dahulu agar setiap perbuatan yang baik di balas baik dan setiap perbuatan yang jahat dapat dijauhi.

4.3.6. Perbuatan Jahat akan Membinasakan Diri Sendiri

Dalam bait jika gerak dari masamnya, gerak itu maknyanyab inasa dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu adalah contoh yang jelas dalam membicarakan perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri.

Dalam seloka tersebut, ia mengolongkan dalam keindahan mengajar dan mendidik masyarakat Melayu masa kini. Dalam hal ini, ia mengajar masyarakat Melayu masa kini agar tidak melakukan perbuatan jahat kerana ia akan membinasakan diri sendiri pada belakang hari nanti. Seharusnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana ia akan mendatangkan kesengsaraan di belakang hari. Setiap perbuatan jahat akan dimurkai oleh Allah S.W.T dan menyalahi undang-undang Negara.

128

Dalam pembentukan personaliti yang positif, perbuatan jahat hendaklah dijauhkan kerana pembentukan kendiri yang positif memerlukan sifat dan perbuatan yang baik-baik sahaja. Perbuatan yang jahat akan mendorong kepada pembentukan kendiri yang negatif kerana ia boleh merosakkan golongan masyarakat Melayu masa kini semuanya. Setiap perbuatan yang akan dilakukan hendaklah berlandaskan pepatah Melayu tepuk dada tanya selera kerana ia akan menentukan perjalanan kehidupan seharian.

Menjauhi perkara-perkara yang buruk dalam diri sendiri khususnya dan masyarakat amnya amat penting kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri. Hakikatnya, setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berbeza-beza. Lintasan hati manusia untuk melakukan kejahatan adalah lintasan syaitan. Oleh yang demikian, semua masyarakat perlu mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak. Sekiranya ia sesuai boleh dikerjakan dan sekiranya tidak sesuai, haruslah dijauhkan (JAKIM, 2008).

4.3.7. Perbuatan Baik akan Membahagiakan Diri Sendiri

Dalam bait jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu dan tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar selamat hidup kita dalam seloka Melayu Abrahama telah menjelaskan perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.

Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia mengajar masyarakat Melayu masa kini dalam melakukan perbuatan baik kerana ia akan mendatangkan

129

kebahagiaan dalam diri sendiri. Setiap perbuatan yang baik hendaklah dilakukan semaksimunya kerana ia akan membantu membahagiakan kehidupan sehariannya. Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik. Justeru, semua masyarakat Melayu masa kini mesti melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dalam meneruskan kehidupan seharian masing-masing.

Pembentukan kendiri yang positif amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini. Setiap anggota masyarakat Melayu masa kini hendaklah melakukan perbuatan yang baik-baik sahaja kerana ia akan mendatangkan kebahagiaan dan kesenangan kelak. Setiap perbuatan yang baik akan dimuliakan oleh Allah S.W.T dan akan disenangi oleh golongan masyarakat yang lain.

4.3.8. Solat Tiang Agama

selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya adalah bukti dalam bait seloka Melayu Gerak Senandung Selayu. Dalam bait seloka tersebut, ia mengajak semua menunaikan solat dengan sempurna kerana solat itu tiang agama. Solat akan menentukan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam keindahan mengajar dan mendidik, ia mengajak semua masyarakat Melayu masa kini menunaikan solat lima waktu seharian kerana ia akan memberikan ketenangan dalam kehidupan masing-masing. Selain berlandaskan ajaran agama Islam, menunaikan solat adalah bukti cintakan kepada Maha Esa. Sewajarnya, menunaikan solat akan membentuk keperibadian seseroang kerana solat itu tiang

130

agama dan memenuhi tuntutan rukum Islam yang kedua iaitu menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Dalam pembentukan personaliti yang positif, menunaikan solat itu amat penting dalam masyarakat Melayu masa kini kerana ia adalah landasan yang sebenar kepada kehidupan seharian. Setiap masalah yang timbul dalam kehidupan seharian, solat amat penting kerana ia adalah salah satu pengubat masalah yang dihadapi oleh segelintir masyarakat Melayu masa kini. Pembentukan kendiri yang positif dalam menunaikan solat amat penting kerana solat itu mampu memandu setiap masyarakat Melayu masa kini kea rah yang lebih baik dan aman dalam meneruskan kehidupan seharian.

Solat merupakan satu ibadah yang amat penting dan tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat bermaksud dia telah meruntuhkan tiang agama. Malah batasan antara iman dan kufur adalah solat. Melaksanakan solat mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hakikatnya, solat boleh membentuk disiplin seseorangt sepenuhnya. (JAKIM, 2008).

4.3.9. Adat Melayu Perlu Dijaga

Adat Melayu perlu dijaga dapat dibuktikan pada bait begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu. Dalam bait seloka itu, ia menjelaskan kesungguhan menjaga adat Melayu

131

dengan sebaik-baik mungkin bukan hanya kerana agama tetapi kerana kesungguhan adat-istiadat Melayu.

Dalam puitika sastera Melayu, ciri keindahan mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini diharapkan menjaga adat dan tatasusila Melayu sehingga ke hujung nyawa kerana semua adat dan tatasusila membantu masyarakat Melayu terkenal hingga ke seantero dunia. Adat dan tatasusila Melayu amat terkenal dengan lemah dan lembutnya malah kesungguhan adat-istiadat Melayu juga menarik minat masyarakat lain dalam mendalaminya. Ia bertepatan dengan pepatah takkan Melayu hilang di dunia telah membuktikan adat dan tatasusila Melayu menjadi kebangsaan seluruh dunia.

Menjaga adat Melayu amat penting dalam pembentukan personaliti yang positif kerana ia amat penting dalam membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini. Masyarakat Melayu masa kini hendaklah menjaga adat Melayu dalam kehidupan seharian masing-masing agar ia di pandang mulia dalam kalangan masyarakat yang lain.

4.3.10. Sentiasa Mengingati-Nya dalam Setiap ujian yang Menimpa Diri

Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu pada bait apa yang hendak di atas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita. Dalam bait seloka tersebut, ia mengajak kita agar sentiasa berdoa dan mengingati Yang Maha Esa sekiranya kita dilanda musibah atau dugaan. Hal ini bermaksud, kita

132

sebagai umat-Nya akan diduga dengan pelbagai ujian sebagai menguji kekuatan kita untuk menghampiri-Nya.

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia menunjukkan keindahan dalam mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar sentiasa menghampiri-Nya sekiranya kita dilanda musibah atau dugaan. Setiap dugaan yang menimpa diri adalah salah satu ujian yang perlu ditempuhi sebagai syarat sebagai khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya, sepanjang perjalanan hidup masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T walaupun dalam keadaan senang dan susah.

Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap merendahkan diri kepada Yang Maha Esa amat penting kerana Dia penentu segala-galanya, Setiap masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa sekiranya diri dibelenggu masalah dan bersyukur kepada-Nya juga sekiranya diri sentiasa menikmati kejayaan dan kesenangan.

4.3.11. Pemimpin yang Hanya Menabur Janji Kosong

Dalam seloka Melayu Abrahama pada bait Cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita. Dalam bait seloka itu, ia menyindir golongan pemerintah yang hanya menjanjikan janji-janji kosong kepada rakyatnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Apabila mendapat sokongan, janji-janji itu tidak ditunaikan.

133

Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan mengajar dan mendidik. Dalam bait seloka itu, ia mengajak masyarakat Melayu masa kini agar apabila berjanji hendaklah dikotakan. Setiap janji yang ditaburkan kepada orang lain semata-mata ingin mendapatkan sokongan hendaklah dikotakan agar tidak dicemuh dan dikritik oleh orang lain.

Dalam membentuk konsep kendiri yang positif, sikap mengotakan apa yang dijanjikan adalah satu pembentukan personaliti yang positif. Dalam membentuk personaliti yang positif, setiap masyarakat Melayu masa kini mestilah memenuhi janji-janji yang dikotakan agar suatu hari nanti golongan masyarakat Melayu masa kini akan mendapat sokongan yang sewajarnya.

Pemimpin harus mengekalkan peribadi yang baik. Pemimpin mestilah seorang yang mempunyai keperibadian yang baik, amanah dan bertanggungjawab kepada Allah S.W.T dan rakyatnya. Pemimpin yang baik sentiasa menjaga tingkahlaku dan mempunyai peribadi yang baik, menghindarkan diri dari melakukan kejahatan dan menyalahi hukum syarak seperti berjanji kosong, berjudi, menipu, minum arak yang boleh menyebabkannya di pandang hina oleh rakyat (Jelani Harun, 2006:78).

4.3.12. Hidup dengan Penuh Sifat Bongkak dan Ikut Perasaan

Dalam seloka Melayu Abrahama ada membicarakan pada bait jangan terasa bila membaca, kerana hati dan sombong jadinya, terasa manusia akan jadinya. Ia memberi teguran kepada seseorang agar tidak meneruskan perjalanan kehidupan masing-masing dengan sifat bongkak dan mengikut perasaan sahaja.

134

Dalam konteks keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan mengajar dan mendidik. Ia mendidik masyarakat Melayu masa kini agar menjalani kehidupan seharian dengan penuh rendah diri dan bertindak mengikut perasaan. Kesannya, setiap masyarakat Melayu masa kini akan menerima kebahagiaan dan kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Menjalani kehidupan dengan penuh rasa bongkak dan ikut perasaan akan sering mendapat kritikan dan cemuhan dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini.

Dalam membentuk diri dengan personaliti yang positif, sikap rendah diri dan bertindak mengikut perasaan amat penting dalam membentuk kendiri yang positif. Pembentukan personaliti yang positif akan membantu masyarakat Melayu masa kini berjaya dalam kehidupan seharian. Kehilangan kawan dan masyarakat setempat akan berlaku sekiranya segelintir masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan bongkak dang bertindak mengikut perasaan.

Masih lagi memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menyentuh sikap mementingkan orang lain yang menjurus kepada suka menunjuk-nunjuk. Budaya suka menunjunk-nunjuk dalam masyarakat amat tidak sesuai dan tidak harus dipraktikkan. Budaya sedemikian biasanya meletakkan diri sesorang yang memerlukan pujian dan penghargaan yang tinggi dalam kehidupan sesorang.

4.3.13. Tidak Terima Hakikat Asal-Usulnya

Dalam seloka Melayu Abrahama pada bait bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama

135

binatang yang ada. Dalam bait seloka tersebut ia menyindir seseorang yang tidak mahu mengakui asal-usulnya sendiri. Ini ada kaitannya dengan cerita metos Si Tanggang yang tidak mahu mengaku asal-usulnya sendiri sehingga dia disumpah menjadi batu. Ia amat bertepatan kerana sikap tidak mahu mengakui asal-usulnya telah menyebabkan seseorang akan ditimpa bala.

Dalam keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Ia mengajak masyarakat Melayu masa kini supaya sentiasa mengingati asal-usulnya sendiri walaupun telah berjaya pada masa sekarang. Jika diteliti dengan betul, kesusahan ibu bapa dalam membesarkan anaknya telah menunjukkan kesungguhan dan mengungkapkan kesusahannya; sekiranya anaknya berjaya dan melupakan asal-usulnya telah menunjukkan pengungkapan kesedihan ke atas tindakan anaknya itu. Justeru, semua masyarakat Melayu masa kini semestinya mengingati asal-usul masing-masing iaitu daripada mana datangnya kita dan siapakah yang membesarkan kita ?. Natijahnya, kehidupan masing-masing akan bertambah ceria dan aman.

Tidak mengingati asal-usulnya adalah salah satu personaliti yang negatif. Hal ini bermaksud tidak mustahil setiap masyarakat Melayu masa kini tidak mengetahui asal-usulnya sendiri. Ia percaya setiap salasilah keluarga telah diceritakan oleh orang tua masing-masing. Kesungguhan mengingati asal-usul masing-masing akan membawa kehidupan masing-masing ke arah yang betul dan sebaliknya ia akan meneyerupai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu dek kerana tidak mahu mengakui asal-usulnya selepas berkahwin dengan puteri nakhoda.

136

4.3.14. Suka Menunjuk-nunjuk

Ia jelas dibuktikan dalam seloka Melayu Abrahama pada baitnya ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya. Dalam bait seloka tersebut ia menyindir seseorang dengan sikap menunjuk-nunjuk dengan kehebatan yang ada dalam dirinya sendiri. Hakikatnya, sikat menunjuk-nunjuk amat dibenci oleh-Nya kerana sikap tersebut akan mengundang riak dan bangga diri.

Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik dalam puitika sastera Melayu, ia mengajak masyarakat Melayu masa kini agar hidup dalam keadaan yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan sentiasa rendah diri dengan kelebihan yang ada. Menunjukkan sikap yang suka menunjuk-nunjuk dengan kehebatan yang sedia ada akan mendatangkan cemuhan daripada orang lain dan lahirnya rasa bongkak dan bangga diri yang pastinya akan dimurkai oleh Dia dan dicemuh oleh masyarajat sekeliling.

Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap menunjuk-nunjuk perlu dihindari dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini. Apabila sikap itu tidak diterapkan dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini, nescaya ia akan senang didekati dan dihormati kerana sikap rendah diri dalam hati masing-masing.

137

4.4.

Kesimpulan

Secara rumusannya, pembentukan personaliti masyarakat Melayu masa kini berkait rapat dengan perwatakan-perwatakan yang ditonjolkan dalam watak-watak dalam seloka-seloka yang dikaji. Personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru, personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktorfaktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.

138

BAB LIMA

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0.

Pengenalan

Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang dianggap mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia. Budi pekerti dan adab sopan yang mulia merujuk kepada tingkah laku, keperibadian, fiil perangai dan tindak tanduk yang baik,sopan santun, sesuai, wajar, pemurah, penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya.

139

Personaliti yang positif dalam masyarakat Melayu masa kini akan membentuk kepada budi bahasa dan budi bicara yang mulia. Ia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya. Manakala, akal budi dan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan, dan kebaikan. Nilai dan harga budi yang begitu tinggi dalam masyarakat dan kehidupan orang Melayu dapat dibayangkan dengan jelas oleh rangkap pantun tersebut.

Peranan seloka sendiri yang dijadikan perantaraan antara interaksi minda dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan seloka yang dijadikan bahan sindiran dan ejekan secara halus mampu membersihkan kerohanian kita melalui rasa simpati atau keinsafan.

Walaupun sifatnya humor, seloka mampu membetulkan manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaan-Nya. Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama-sama.

140

5.1.

Cadangan

Dalam meneruskan usaha memartabatkan seloka sebagai puisi Melayu tradisional yang tidak laput dek peredaran zaman, beberapa cadangan telah difikirkan agar ia dapat membantu bersama-sama menaikkan martabat seloka pada kaca mata masyarakat Melayu masa kini. Antaranya adalah dalam sektor pendidikan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan garis panduan kemahiran di dalam sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu terutamanya dalam Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang telah diajar di peringkat sekolah menengah perlu diperluas ke peringkat sekolah rendah agar muridmurid di peringakt sekolah rendah dapat mengenai seloka itu dengan lebih mendalam. Selain itu, pihak KPM perlu memberi penekanan yang lebih kepada unsur-unsur penerapan cirri-ciri perwatakan yang tersirat yang banyak menyelitkan unsur-unsur sindiran kepada masyarakat Melayu masa kini.

Selain itu, pelbagai aktiviti pelu dijalankan di mana-mana sahaja kerana ia akan dapat membantu untuk memperkenalkan puisi-puisi Melayu tradisional kepada semua lapisan masyarakat Melayu masa kini. Hal ini bermaksud, pada masa kini, mereka jarang sekali mengenali puisi-puisi Melayu tradisional kerana mereka sudah lari dek peredaran zaman yang seba canggih dan tanpa sempadan. Ini secara tidak langsung masyarakat Melayu masa kini dapat menghayati dan merungkai maksudmaksud yang tersirat dalam puisi Melayu tradisional terutamanya seloka.

141

Di samping itu, peranan institusi pendidikan di Malaysia terutamanya peranan guru merupakan salah satu aspek yang penting dalam usaha memartabatkan puisi Melayu tradisional terutamanya seloka dalam kalangan apelajar-pelajar sekolah. Memperkenalkan seloka dengan aktiviti berseloka dan menyanyi seloka amat penting kerana ia dapat menarik minat para pelajar dalam mengenali dengan lebih dekat tentang seloka. Ia dapat dibuktikan dengan memainkan kaset nyanyia seloka yang telah berada di pasaran seperti yang telah dinyanyikan oleh Roslan Madun.

Dalam zaman pendidikan sekarang, isu kesusasteraan Melayu semakin tidak popular dalam kalangan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah menodorong kepada subjek tersebut mula diketepikan oleh pelajar kerana ia susah untuk dipelajari. Dalam konteks ini, guru harus berperanan supaya mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran sastera di sekolah. Guru harus mempelbagaikan teknik dalam pengajaran sastera di sekolah. Misalnya, berlakon, berpuisi dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti ini di sekolah ia akan menarik minat para pelajar supaya mempelajari mata pelajaran sastera.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru harus mempelbagaikan teknik tersebut. Guru hendaklah mengurangkan aktiviti memberi nota kepada pelajar. Ia harus digantikan dengan guru harus membuat aktiviti lakonan di dalam kelas. Misalnya, ketika mengajar seloka, aktiviti nyanyian seloka harus dilakukan oleh guru. Dengan cara ini, pelajar akan merasa seronok iaitu belajar sambil bermain. Ilmu yang mereka pelajari pada hari tersebut akan dapat memberi manfaat kepada mereka.

142

Seterusnya,

pihak

kerajaan

juga

harus

memainkan

peranan

untuk

memartabatkan bidang kesusasteraan Mealyu agar ia dikenali di serata dunia. Promosi mengenai sastera khususnya seloka harus diperluas agar masyarakat Melayu masa kini dapat mengetahui tentang seloka. Misalnya, menyiarkan lagu-lagu puisi Melayu tradisional dalam saluran televisyen yang kerap akan membantu masyarakat Melayu masa kini mengenali dengan lebih lagi tentang puisi Melayu tradisional.

5.3.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, seloka mempunyai unsur-unsur didaktik yang begitu tinggi. Seloka yang sarat dengan unsur-unsur humor dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit dan merujuk kepada perkataan menyindir atau mengejek yang diperkatakan dengan cakap yang berangkap. Ia juga merujuk kepada percakapan gurau senda dan jenaka semata-mata istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi di mana-mana. Dengan ini secara tidak langsung ia akan member kesan emosi kepada semua pembaca.

Penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam seloka ini adalah untuk mengajak para pembaca berfikir tentang isi yang tersurat dan tersirat. Di samping itu juga penggunaan diksi dalam setiap bait ayat memberikan impak yang berkesan kepada pembaca mengenai maksud tersurat dan tersirat dalam seloka tersebut. Walaupun penggunaaan bahasa dalam seloka sering dipertikaikan kerana ia dianggap sebagai kesalahan penggunaan bahasa, namun dalam sastera bahasa tersebut adalah penggerak kepada sesebuah hasil karya. Ia bersifat subjektif dan relatif serta mampu memberi kesan kepada seseorang individu pembaca.

143

Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersamasama.

144

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Ali (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional, Tanjung Malim:Penerbitan Profesional Baharu. Abu Musaddad (2008). Adab-adab Persahabatan Menurut Islam:Bertimbang Rasa dan Faham-memahami, diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://ibnismail.wordpress.com. Ghafani Awang Teh (2008). Islam Menjadikan Manusia Lebih Bertamadun, Kuala Lumpur:Berita Harian. Harun Mat Piah et. al (2000). Puisi Melayu Tradisional:Nasihat dan Pengajaran (pngr), Kuala Lumpur:Dewan Bahas dan Pustaka. Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahas dan Pustaka. Hasan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidkan:Satu Kajian Psikologi dan Falsafah, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun (pnyr) (2006). Nasihat Al-Muluk:Nasihat kepada Raja-raja, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalam I.A.R (2008). Adakah Kita Mementing Orang Lain ?., diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://kalamiar.blogspot.com/2008/03/adakah-kita-mementingkan-oranglain.html. Majlis Peperiksaan Malaysia (2010). Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis Peperiksaan Malaysia (2000). Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Azam Ahmad et. al (2011). Dirgahayu Bahasaku dan Novel Kembara Amira, Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah:Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Muhd Mansur Abdullah (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur:Nurin Enterprise. Naapie Mat (1992). Puisi Lama, Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.

145

Noremawati Ajis (2009). Unsur-unsur Kritikan dalam Puisi Melayu Tradisional Seloka, Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nuraini Ahmad (2008). Kejahilan Ilmu dalam Seloka Pak Kaduk, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo (2010), Seloka-seloka Melayu Indonesia diperoleh pada 10 Mac 2011 dalam laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com. Rene Wellek et.al (1989). Sastra dan Pemikiran, Jakarta:Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. Wan Akmal Wan Serama (2005). Unsur-unsur Puitika dalam Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Rosili Abd Majid (2004). Menghormati Tetamu termasuk Tuntutan Iman, Kuala Lumpur:Berita Harian. Zurinah Hassan (2012). Seloka:Kritikan Tajam dalam Gurauan diperoleh pada 12 Mac 2012 dalam laman blog http://zurinahhassan.blogspot.com/2012/03/selokakritikan-tajam-dalam-gurauan.html __________ (2010), Menjauhi Riya dan Mengutamakan Keikhlasan, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. __________ (2009), Bersyukur dan Redha Mengelak Amalan Berhutang, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. __________ (2008), Disiplin dalam Solat, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. __________ (2008), Kewajipan Mengawal Nafsu, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. __________ (2008), Menjauhi Perbuatan yang Mendatangkan Bahaya, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. __________ (2008), Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu, diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://zanas.wordpress.com. __________ (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

146

LAMPIRAN SELOKA PAK KADUK Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. SELOKA MAK SI RANDANG Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. SELOKA PAK PANDIR Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung!

147

SELOKA SI LUNCAI Sikap si luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih, Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya. SELOKA PAK BALUNG- AYAM TAMBATAN Episod pertama (sungguh malang nasib Pak Balung) Kasih dicurah sayang diberi, Makan dihidang minum disaji, Tak perlu kais tak perlu cari, Beras padi datang sendiri. Hilang dicari lambat dituruti, Bulu dicuci leher diurut, Paruh diasah taji diraut, Ekor dibelai najis dikaut, Lupa diri lupa daratan, Berkokok lantang bersahut sahutan, Akulah handal akulah jantan, Akulah jaguh ayam tambatan. Episod kedua (sungguh malang nasib Pak Balung) Nasib Pak Balung belum pasti, Entah untung entahkan rugi, Entah hidup entahkan mati, Entahkan maut di hujung taji. Entah pekak mungkin buta, Entah momok mungkin gila, Entah patah tergeliat, Atau pincang seumur hayat! Episod ketiga (sungguh malang nasib Pak Balung) Dalam gelanggang satu bulatan, Di situlah Pak Balung dilepaskan, Tanpa sebab tanpa alasan, Bersabung nyawa beradu kekuatan, Bulu tercabut berterbangan, Darah merah bercucuran, Kulit daging berkecaian, Wang ringgit bertukar tangan,

148

Yang kalah jatuh terkapar, Yang menang mandi darah, Siapa yang untung ketawa besar, Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah. Episod keempat (sungguh malang nasib Pak Balung) Orang menang awak yang parah, Orang ketawa awak berdarah, Akibat megah diri... Akhirnya menjilat luka sendiri! SELOKA LEBAI MALANG Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang. Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tiada terkira, Ke sana ke mari tersera-sera Punah golok bersama nira Pulang ke rumah mendapat ma

149

SELOKA MELAYU GERAK SENANDUNG SELAYU Gerakkah yang ada padanya kita, langkah tiada bayangnya sahaja, gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja, kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja, gerak mana sahabat berkata, kata gerak kata sahaja, gerak kata hikmah menuja, gerak kita tiada maknanya, gerak yang ada kesan sahaja, jangan kata gerak ada, nampak hanya shariat sahaja, jadi hukum akan tafsirnya, menyata gerak didalam dunia, tiada gerak hukumnya jua, diatas gerak semu yang ada, gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya, atau gerak semata-mata, mengikut rentak nafsu yang ada, mana gerak padanya kita, selagi nyata kesan sahaja, gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada, seketul daging jantung namanya, menjadi pokok buahnya dua, satu manis satu masamnya, mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaanya, tiada gerak itu rupanya, hanya rasa olahan dirinya, jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa, jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita, inilah gerak rasa derianya, menjadi akan bayangnya dia, gerak itu menjadi nyata hanya Dia sahaja yang ada, dialam ini kita berjanji padanya, selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita,

150

bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya, begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sharat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita, apa yang hendak diatas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita, baru gerak ada maknanya, baru gerak jadinya kita, selamat kembali kita manusia, jadi gerak Melayunya kita, ini akhirnya akan cerita, Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu namanya. SELOKA MELAYU ABRAHAMA Ini seloka abrahama, asal mula semua agama, ada sama tiada serupa, walau berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya, bukan jalan menunjuk ia, akan Tuhan tiada jalannya, hanya pembuka ayat untuknya, agar pintu menjadi nyata, pabila diri sudah binasa, baru salik mendapatkannya, inilah shariat walau terbeza, hanya nafsu yang banyak ragamnya, asal hakikat tetap satu jua, inilah benar seloka bertikrama, menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya, agar manusia segara fana, dari manusia menjadi insanNya, agar tahu agama yang ada, walau syariatnya berbeza, hakikatnya tetap satu jua, wahai manusia kenal hakikatnya, ajaran suci di MahaDewa, tujuh pelangi memegang rahsianya, tiada yang tahu hanya yang baqanya, carilah agar selamat hidup kita,

151

tiada menjadi binatang sahaja, walau berupa manusia ia, tetap dirinya binatang sahaja, akuilah wahai salik mulia, mengenal hakikat empat pecahnya, mulakan dari bawah jadinya, sehina-hinanya itulah kita, hanya makhluk bukan hambanya, jangan terasa bila membaca, kerana hati dah sombong jadinya, terasa manusia akan jadinya, bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada, cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita, tiada berjumpa akan Tuhannya, kerana kejadiannya hanya binatangnya, tiada tunduk pada benarnya, hanya dia kebenarannnya, bukan seloka menunjukkan silapnya, itulah manusia diatas dunia, tiada kenal hakikat dirinya, oleh itu salik mulia, jangan terasa hebat sudahnya, ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya, atas ilmu dipelajari didunia, tiada isi hampa belaka, kenallah dirimu salik mulia, mengenal hakikat asalnya kita, bukan bermula dari Tuhannya, tapi binatang dan hawa nafsunya, tercipta kita itulah hakikatnya, hawa nafsu mak bapa kita, tiada yang boleh nafikannya.

152

SELOKA MELAYU SILUMAK BUDIMAN Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya, bukan lambaian sepoi bahasa, tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya,

153

ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina didalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur diatas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka.

You might also like