Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tatabahasa MORFOLOGI

1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis

2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.

3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.

2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum.

3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num

4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.

5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Latihan

Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:

i. ii. iii. iv. v.

memperjuangkan memperlekeh perjuangan menduduki dikasari

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

1.

Morfem bebas Dapat berdiri sendiri, misalnya,minum, cuti, sekolah, periksa mempunyai makna sendiri

1.

Morfem terikat/imbuhan Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

2. 2.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:

Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna Kata boleh dibahagikan kepada berikut:

Latihan

Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya.

i. ii. iii.

Makan Minum Tulen

iv. v. vi. vii. viii. ix.

Pergi Baik Lelaki Wanita Banjir Asing

Bentuk-bentuk Kata Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:

Kata tunggal

i.

Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanakkanak),pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengansingkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan sepertiIT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PMuntuk Perdana Menteri. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.

ii.

iii.

iv.

v.

Kata terbitan

i.

Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata majmuk

i.

Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadibudak itu berlari, atau budak yang berlari itu.

ii.

iii.

iv.

Kata ganda

Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1) i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, sukasuka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya. Contoh penggandaan separa ialahpepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

ii.

You might also like