Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

HARI PENINGKATAN ILMU AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI PAHANG

Oleh : Nor Afzan Bt Abdul Rahman Kuantan, 10 Januari : Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, Ilmu pelita hidup.

Menyedari keperluan tersebut AADK Negeri Pahang telah menganjurkan Hari Peningkatan Ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat jam 08.15 pagi di Bilik Mesyuarat AADK Negeri Pahang. Pengisian bagi Hari Peningkatan Ilmu adalah seperti bacaan yassin, tazkirah, sesi perkongsian program-program yang akan dijalankan oleh Penolong Pengarah Pencegahan dan Kesedaran Awam, Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan serta amanat daripada Pengarah AADK Negeri Pahang. Turut hadir sama pada program tersebut juga pegawai dan kakitangan daripada AADK Daerah Kuantan.

GAMBAR-GAMBAR HARI PENINGKATAN ILMU AADK NEGERI PAHANG

You might also like