Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PERTANDINGAN SENAMROBIK BULAN KECERGASAN PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 1. TARIKH PERTANDINGAN 11 Julai 2012 2.

TEMPAT PERTANDINGAN Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E 3. MASA PERTANDINGAN 4.00 petang PENDAFTARAN 3.30 petang 4. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 6 Julai 2012 5. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN UNDIAN 9 Julai 2012, 3.00 petang di Bahagian Sukan, Aras 7 Blok E13 6. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Penyertaan setiap kumpulan terhad kepada 6-8 orang Muzik tempo 145bpm hingga 155bpm Masa persembahan : 3-5 minit 7. HADIAH Hadiah akan disediakan untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Tempat Keempat 8. PENYELARAS Pn Nur Asmara Diana Abdullah 03-88841110 / 019-2632669

KRITERIA PENGADILAN SENAMROBIK A. HAKIM ARTISTIK Mengadili kualiti artistik berpandukan kriteria berikut : i) Volume

KOREOGRAFI

Menunjukkan pelaksanaan pergerakan yang seimbang dari pelbagai aspek kekuatan fizikal, fleksibiliti dan berbagai jenis pergerakan bahagian tertentu (area) sahaja yang mempengaruhi kesimbangan dan penampilan. Variasi

Kepelbagaian gaya (style) a. Patern aerobik b. Kerjasama pasukan dalam membentuk minimum 3 formasi termasuk posisi c. Pelbagai rhythm / gaya aerobik ( funky, hip-hop, salsa dsb ) Tarikan gaya persembahan (appeal) Variasi pergerakan dan langkah-langkah (tidak ada ulangan), syncopated dan gerakan yang assymetrical. Arah gerakan (plane) Sagital, frontal, vertical dan coronal Level Keseimbangan pergerakan atara gerakan atas (udara), di lantai (keadaan berdiri) dan di atas lantai Kawasan (Area) Menggunakan keseluruhan kawasan persembahan. Pembukaan dan Penutup Posisi pembukaan dan penutup yang menarik dan dinamik.

PERSEMBAHAN [ PRESENTATION ]
Peserta berjaya menarik perhatian penonton dengan persembahan bertenagam bersemangat dan berkebolehan dalam skil teknikal. yang

Kebolehan berterusan menarik perhatian penonton contoh eye contact, mimik muka, berkeyakinan dan bertenaga.

MUZIK
Kepelbagaian irama muzik iaitu bukan satu rentak sahaja. Muzik yang serasi sesuai dengan pergerakan patern aerobik dan penggunaan sound effect. Timing muzik yang tepat - para peserta mestilah mengikut rentak (beat). Muzik yang berkualiti. Tempo 145-155bpm

KERJASAMA PASUKAN [ PARTNERSHIP ]


Perubahan formasi. Perubahan posisi dalam formasi. Perubahan formasi dan posisi minimum 3 kali tidak termasuk pembukaan dan penutup. Hubungan Kesatuan dan kerjasama (teamwork). Hubungan antara 2 atau 3 orang atau lebih. Penggunaan kesempatan bergerak lebih dari satu orang.

BONUS ARTISTIK
Bonus Artistik diberikan kepada atlit atau koreografi yang menunjukkan keunikan keseluruhan dan kombinasi yang original dari penampilan muzik koreografi, peralihan (transition) dan kerjasama (partnership) baik sebahagian mahupun keseluruhan termasuk pembukaan dan penutup.

B.

HAKIM EXECUTION Mengadili kriteria berikut :

KOORDINASI
Keaktifan seluruh otot dan sendi. Otot dan sendi bahagian badan lebih banyak bekerja pada suatu saat pergerakan dan sebagainya kepala, bahagian bawah kaki dan bahagian atas tangan. Bergerak (travelling) dari satu tempat ke tempat yang lain. Perubahan arah menghadap arah lain di dalam ruangan. Kekerapan dari pelbagai pergerakan. Assymetry pergerakan kaki dan tangan berbeza antara satu sama lain. Variasi irama pergerakan tangan, kaki atau bahagian badan. Arah (plane) : sagital, frontal, transversal dsb. Pergerakan otot yang berlawanan (adduction / abduction, flexion / extension, pronation / supination).

INTENSITI
Menunjukkan kepantasan, penahanan, luasnya pergerakan, amplitude dan pelbagai pergerakan otot yang bekerja. Daya tahan (endurance) : kesanggupan untuk melakukan daya tahan (intensiti tinggi) pada keseluruhan koreografi (tidak ada saat istirehat).

KEMAHIRAN TEKNIKAL
Alignment kesanggupan melakukan pergerakan dengan posture yang benar pada keseluruhan koreografi (elemen, steps, peralihan dsb). Ketepatan pergerakan (precision) sanggup mengawal seluruh arah gerak. Kawalan (control) - mengawal seluruh otot, pada keseluruhan pergerakan dan tidak ada gangguan keseimbangan pada pendaratan lompatan-lompatan. Keseimbangan di dalam melakukan elemen pendaratan dan langkah-langkah.

KESERAGAMAN
Melakukan pergerakan-pergerakan serentak. Ruangan yang tepat antara satu sama lain (spacing) - kesanggupan menyusun posisi yang tepat pada formasi-formasi.

Amplitude kesanggupan melakukan pergerakan sama (seperti satu gerakan) dalam melakukan gerakan yang lain.

C.

HAKIM PERGERAKAN WAJIB Memastikan 7 pergerakan asas aerobik berikut dibuat dengan betul :

i)

Knee Lift Bahagian atas badan dari kepala ke punggung mestilah lurus dan lutut diangkat minima hingga ke paras pinggang 90 darjah ibu jari kaki mestilah arah ke bawah. Kemahiran teknikal (landing toe-ball-heel) high, low or super low impact.

ii)

Kick (Leg Lift) Pergerakan dari punggung. Kaki hadapan tinggi atau sisi sebelah kaki lurus dan lutut dibengkokkan sedikit. Tendangan sekurang-kurangnya tinggi ke aras pinggang. Abdomen dan bahagian badan belakang lurus. Minima 4 kali tendangan berturutan.

iii)

Jumping Jack Lompatan kangkang (astride jumping jacks) mestilah menghadap hadapan (frontal plane). Minima 4 kali ulangan. Melompat dengan menggunakan hujung dua belah kaki dan terus kangkang, kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit, abdomen mestilah kejap dan badan lurus serta pergerakan tangan boleh dipelbagaikan.

iv)

Lunge (Back Lunge) Bahagian atas badan mestilah di tengah antara kaki hadapan dan belakang tumit.

v)

March Bentuk pergerakan marching ialah super low impact (soft toe-heel).

vi)

Jog Dari punggung ke lutut dalam alignment yang lurus dan kaki ke belakang bentuk lakuan high impact.

vii)

Skip (Flick Kick) Knee extension di mana lutut diluruskan ke hadapan dengan kemahiran kawalan extension pergerakan dari sendi lutut dan sendi pinggul dalam bentuk lakuan high impact. Hakim Pergerakan Wajib juga mengadili kriteria berikut : Kekuatan

viii)

Tekan tubi untuk lelaki : (push up) Minima 4 kali ulangan. Menggunakan kekuatan bahagian atas badan. Kedua-dua tapak tangan rata di lantai. Dada tidak melebihi 10cm dari permukaan lantai. Kedua-dua siku bersendi 90 darjah semasa menekan tubi dan sendi siku hendaklah dilonggarkan. Kedua-dua kaki hendaklah lurus dan kedua-dua hujung kaki rapat di lantai. Tekan tubi untuk wanita : Minima 4 kali ulangan. Menggunakan kekuatan bahagian atas badan. Kedua-dua tapak tangan rata di lantai. Kedua-dua siku bersendi 90 darjah semasa menekan tubi dan sendi hendaklah dilonggarkan. Kaki disilangkan dan tulang belakang ditegakkan. Tiada hypertension. Sekiranya pasukan wanita membuat tekan tubi lelaki, maka pengadilan akan dibuat sebagaimana yang ditetapkan untuk pasukan lelaki.

ix)

Lengkok Abdomen : (abdominal cunch) Minima 4 kali ulangan. Menunjukkan kekuatan otot-otot abdomen. Terkawal, licin dan kejap. Pergerakan kedua-dua kaki dan tangan boleh dipelbagaikan.

x)

Imbangan (balance) Sagital scale : Bentuk lakuan sagital scale mestilah dilakukan dengan salah satu kaki diangkat ke belakang sama aras dengan badan dibengkokkan ke hadapan (hip flexion) dan kaki yang menyokong mestilah lurus tetapi lutut hendaklah dibengkok sedikit (knee soft).

Tahan minima 2 saat.

PAKAIAN PESERTA : Pakaian mestilah kemas dan sesuai dengan pertandingan dan adat ketimuran (dilarang memakai G string / pakaian menjolok mata). Walau bagaimanapun, kelonggaran diberi untuk memakai tights panjang atau setakat paras lutut dengan kemeja-t labuh. Kasut yang digunakan mestilah bertapak rata dan dibuat daripada getah yang tidak meninggalkan sebarang tanda atau kesan di lantai. Barang-barang kemas hendaklah ditanggalkan semasa pertandingan. Aksesori seperti wrist band dan head band tidak dibenarkan. Bagi peserta wanita / lelaki yang berambut panjang, mestilah mengikatnya dengan kemas.

You might also like