Professional Documents
Culture Documents
Teori Huraian Bahasa
Teori Huraian Bahasa
Dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik. Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Penerangan ini penting bagi menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar kerana ia digunakan untuk menyampaikan tajuk atau isi pelajaran
NAHU TRADISIONAL
Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai teori paling tua dicatatkan. Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik India) yang menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa strukturstruktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama.
Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya. Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Teori ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum.
TEORI STRUKTURAL
Aliran linguistik struktural ini muncul pada kurun ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini terdiri daripada Ferdinand de Saussure, Leornand Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Saphir. Difahamkan bahawa kemunculannya kerana pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Tentangan utamanya ialah dasar rasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri.
Oleh itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitikberatkan tentang makna.
yang belum pernah mereka dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.
TEORI FUNGSIONAL
Teori fungsional berkembang pada tahun 60-an dan 70-an. Ahli bahasa terkenal yang menganut fahaman ini ialah Halliday. Ahli-ahli bahasa teori ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya tetapi juga memberikan perhatian kepada fungsi bahasa.
Menurut mereka fungsi bahasa dalam masyarakat sangat penting dan menegaskan bahasa sebagai alat komunikasi. Hal ini bermakna kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada struktur, iaitu bentuk-bentuk bahasa, tetapi juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuknya semasa seseorang itu berkomunikasi.
A: Kami nak gi pasar, kamu nak ikut ? B : Tak, kami nak pergi ke padang, terima kasih. Walaupun begitu, dalam bahasa tulisan atau penulisan, bahasa yang digunakan haruslah mengikut laras bahasa formal yang digunakan berasaskan kepada sesuatu situasi dan tujuan tertentu dalam masyarakat. Sifat bahasa dinamik dan statik menyebabkan terdapatnya variasi-variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi ini timbul hasil daripada keadaan sosial sesuatu masyarakat.