Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Unit Disiplin & Pengawas Bil 1/2012 S.K.

Taman Dato Harun (Satu)

Tarikh : 15 MAC 2012 Hari : Khamis Masa : 12.40 tengah hari Tempat : Pusat Sumber S.K. Taman Dato Harun (Satu)

Hadir : 1. 2. 3. 4. 5. Pn Faridah Binti Edi Pn Rosnizam Binti Abdullah Pn Nor Zalina Binti Mohd Najib En Fauzi Bin Mohd Radzi En Mohd Zulkhaire Bin Mamat

Tidak Hadir Bersebab : 1. 2. 3. 6. 7. 8. 9. 10. 4. Pn Zanariah Binti Ismail Pn Nor Azian Binti Hussin Pn Salehah Binti Abdul Kadir En Amer Herwandy Bin Md Yusop En Shamsuri Bin Hamim En Sharuddin Bin Jahari Pn Theanmolzhi A/P Rajoo Pn Theresa Binti Jaimun Pn Rosidah Binti Mat Nawi

Tidak Hadir :

Turut Hadir :

1. Ucapan Pengerusi Majlis 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran AJK Unit Disiplin dan Pengawas ke mesyuarat bil 1/2012. Tindakan : makluman

1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini terpaksa diadakan jua walaupun sudah beberapa kali ditunda kerana bertembung dengan mesyuarat besar lain, dan walaupun kekurangan ahli mesyuarat yang sepatutnya. Tindakan : makluman 1.3. Pengerusi mengharapkan ahli mesyuarat dapat bersedia memberi kerjasama bagi meningkatkan disiplin murid ke tahap yang lebih baik. Tindakan : makluman 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2011 2.1. Cadangan pengesahan : En Mohd Zulkhaire Bin Mamat 2.2. Sokongan pengesahan : Pn Nor Zalina Binti Mohd Najib 2.2.1. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima minit mesyuarat bil 3/2011 3. Perkara-Perkara Berbangkit Tiada 5. Agenda Baharu 5.1. Tugasan harian mengikut giliran 5.1.1.Penyelaras unit memaklumkan bahawa semua AJK telah ditugaskan menjaga pintu pagar sekolah sebelum loceng persekolah dibunyikan bagi mengesan pelajar yang lewat hadir ke sekolah. Jadual tugasan tersebut telah diedarkan. Tindakan : makluman 5.1.2. AJK juga diingatkan supaya mencatat nama murid-murid yang lewat di dalam buku yang disediakan di pejabat. Tindakan : semua guru disiplin dan pengawas 5.1.3. Seramai 2 orang pengawas akan membantu guru bertugas Tindakan : makluman 5.1.4.Penyelaras unit meminta supaya guru bertugas menegur murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah samada dari segi pakaian maupun disiplin semasa bertugas dip agar sekolah. Tindakan : semua guru disiplin dan pengawas 5.2. Penggunaan Buku Rekod Kawalan Kelas 5.2.1.Kes-kes berat yang dicatatkan di dalam buku rekod kawalan kelas perlu dimasukkan dalam data SSDM selepas tamat sesuatu penggal. Tindakan : guru SSDM pagi dan petang 5.2.2.Buku rekod kawalan kelas bagi penggal ke-2 akan diedarkan sebaik sahaja penggal tersebut bermula. Tindakan : guru rekod kawalan kelas 5.3. Majlis perlantikan pengawas 5.3.1.Majlis perlantikan pengawas akan diadakan pada 2 April 2012 (Jumaat) di dewan wawasan. Tindakan : makluman 5.3.2. Beberapa AJK Majlis ini berubah tugas. Tindakan : En Zulkhairi & Pn Rosnizam

5.4. Masalah murid hadir lewat ke sekolah 5.4.1.Murid yang hadir lewat akan diambil gambar mereka dan ditampalkan di papan kenyataan HEM. Kamera yang akan digunakan ialah kamera KOKO yang lama dan perlu mendapatkan kebenaran dari P.K KOKO. Tindakan : En Fauzi 6. Hal-hal lain Tiada 7. Penutup 7.1. Pengerusi berharap agar semua guru di bawah unit ini dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan lebih bertegas dengan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.16 petang.

Disediakan oleh,

(FAUZI MOHD RADZI) Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas

You might also like