Seni China

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Bahasa Visual Secara Perbandingan (Seni China)

1.0 Pengenalan Perhubungan ialah pemindahan maklumat atau buah fikiran dari sumber kepada penerima. Perlu alat dan perantaraan, iaitu bahasa. Seniman menggunakan lambang bergambar sebagai lambang kepada perkataan untuk mencipta makna dengan menggunakan unsur-unsur plastik. Garis unsur plastik- setiap karya seni rumit atau mudah apabila digunakan garis sebagai unsur tunggal atau unsur asas akan memperolehi makna daripada cara garis itu disusun. Unsur plastik unit-unit struktur dan pernyataan sesebuah karyaseniman memulakan karya dengan unsur bahantaranya dan bentuk akhir brgantung kpd sifat-sifat unsur tersebut. Unsur plastik Arca: bentuk, ruang, jalinan, bahan, warna dan garis (impasto), garis (lakaran) Catan: warna, bentuk, ruang, jalinan

Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan sepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu faktor yang membantu negeri China ataupun Tamadun China untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

2.0 Ahli-ahli Falsafah Negara China Terdapat banyak orang ahli falsafah di negari China. Antaranya yang paling terkenal ialah Kung Fu Tze. Beliau dilahirkan pada 551 sebelum masihi di Zhou, China dan meninggal dunia semasa 479 sebelum masihi. Beliau merupakan pencipta istilah Confucious bermula pada Dinasti Han. Kung Fu Tze adalah seorang ahli falsafah Confucius yang banyak menekankan prinsipprinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Beliau pernah menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau telah berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan di negeri China pada masa itu.

Seterusnya ialah Lao Tze. Beliau dilahirkan pada 570 sebelum masihi di negeri Chu, sekarang dinamakan Henan dan meninggal dunia pada 470 sebelum masihi. Beliau merupakan pencipta istilah "Taoisme". merupakan Pada zaman dahulu, pegawai beliau yang

seorang

bertanggungjawab untuk menguruskan bukubuku klasik dalam istana. Buku-buku klasik merupakan buku-buku yang yang mencatatkan abadi Selain

perkara-perkara bernilai ataupun

mempunyai lazim.

sifat-sifat

daripada itu, beliau adalah seorang yang mencintakan perdamaian dan menentang keras terhadap peperangan. Beliau berpendapat bahawa, pemerintah tidak harus mengenakan cukai tinggi terhadap rakyat dan rakyat harus menyokong pemerintah yang melaksanakan pemerintahan adil dan bijak.
2

Lao Tze pernah berkatakan, Apa yang ditanyai merupakan tubuh manusia yang akan menjadi debu pada suatu hari. Yang tinggal adalah katakatanya. Seseorang akan berjaya jika masa kejayaannya tiba; jika tidak, dia akan gagal juga. Pedagangan yang berjaya akan menyorok kekayaannya, dan begitu juga cendekiawan akan berkelakuan kurang bijak. Oleh itu, kamu hendaklah meninggalkan sikap-sikap sombong, berhasrat tinggi, berasa megah dan berboros. Sikap-sikap itu adalah tidak berguna bagi kamu.

Ahli falsafah China yang ketiga ialah Mong Tze. Beliau dilahirkan sekitar tahun 371 SM di negeri kecil Tsou, yang kini berada di provinsi Shantung. Beliau ialah pencipta istilah Mencius. Pada zaman dahulu, Meng Tze telah berkhidmat sebagai kaunselor kepada raja-raja di

negara Qi dan kemudiannya melawat negerinegeri lain untuk memberi nasihat kepada pihak-pihak kerajaan negeri lain

mengenai urusan kerajaan. MengTze menegaskan bahawa perasaan simpati prinsip kemurahan hati, perasaan malu dan tidak suka prinsip soleh, rasa rendah diri dan sopan, perasaan meluluskan dan tidak

meluluskan prinsip ilmu.

Citra Book of Mencius berwarna idealistis dan

optimis, memantulkan keyakinan teguh Meng-tse bahwa sifat manusia itu pada dasarnya baik: dalam banyak hal, ide politiknya serupa dengan Kong Hu-Cu; khususnya, Meng-tse percaya benar bahwa seorang raja harus memerintah pertama-tama lewat contoh moral daripada dengan kekuatan. Tetapi, Meng-tse lebih mendekati "orang milik umum" daripada Kong Hu-Cu. "Langit melihat seperti rakyat melihat, langit mendengar seperti rakyat mendengar," adalah salah satu pernyataannya yang terbaik.

3.0 Seni Tembikar China Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejak pada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri China merupakan tempat yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan tembikar di seluruh dunia hampir berasal dari negeri tersebut. Jelasnya, negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan antara yang terbaik di dunia. Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasu masih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai contoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerahan-merahan dengan perhiasan hitam. (Rujuk Gambar 1.1) Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. (Rujuk Gambar 1.2) Seterusnya, tembikar pada Zaman Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam dan copper oxide. (Rujuk Gambar 1.3) Gambar 1.1 : Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun Sumber : (2008). Tembikar Tanah Merah. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://wanqadgw.blog.163.com/blog/static/ 43686251200802842553197/

Gambar 1.2 : Tembikar Dinasti Chou Sumber : (2008). Tembikar China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://www.gucn.com/Service_CurioSt all_Show.asp?Id=54264

Gambar 1.3: Tembikar Zaman Wangsa Han Sumber : Andy yeung. (2009).

Tembikar Dinasti Han. Dilayari pada 13 Februari 2012, dari

http://jd.mycollect.net/349785.html

4.0 Seni Tembaga China Pada zaman Wangsa Shang Seni, tembaga China pun bermula. Kebanyakan tembaga pada ketika itu digunakan sebagai peralatan rumah dan peralatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Contohnya digunakan sebagai begana untuk menyimpan air atau beras. Pada akhir Zaman Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang yang lazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat keagamaan. Contohya, burung dan ikan. (Rujuk Gambar 2.1) Tembaga juga dibahagikan kepada sembilan kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak, alat untuk mengisi makanan, alat untuk mengisi air, alat muzik, senjata untuk peperangan, pengukur, cermin gangsa dan peranti yang lain. Pada masa dahulu, tembaga juga digunakan dalam ritual pengorbanan.

Gambar 2.1 : Tembaga Ikan Strok dan Paksi , 1978


Sumber : Baidu. (2012). Tembaga Ikan Strok dan Paksi. Dilayari pada 12 Februari 2012, dari http://baike.baidu.com/view/104 703.htm

5.0 Seni Catan China 5.1 Catan China Lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembang dari 4000 sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah berkembang lebih daripada 6000 tahun. Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran di atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan Confucianisme. Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang beransurkan keagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para penduduk.. Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan dalam lukisan-lukisan mereka. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung (Rujuk Gambar 3.1) telah dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan flora dan fauna sebagai subjek matter. Sebagai Contoh, bunga, serangga, buah-buahan dan lain-lain lagi. Catan Cina biasanya menggunaan media seperti berus dan kertas China. Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu. Berus China ini mempunyai bulu yang lebih halus berbanding dengan berus barat pada masa itu. Terdapat beberapa jebis berus China yang digunakan oleh para pelukis iaitu, Hsieh Chao Bi atau ketam berus cakar dan saiznya kecil, Hua Jan Bi digunakan untuk melukis lukisan bunga-bunga dan Lan Yu Chu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu, kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti kertas itu dicipta dan diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan. Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza. Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat menyerap air dan dakwat. Dalam penggunaan warna pula, biasanya pudar sehaja. Ia amat berbeza dengan negara barat. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu

bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut sahaja.

Gambar 3.1 : Ink Plum Blossom, Li Jun, Size: 52" X 26" Sumber : Xabusiness.com. (2005-2012). Ink Plum Blossom. Dilayari pada 14
Februari 2012, dari http://www.xabusiness.com/chinese-flower-paintings/br0689-chinese-paintings.htm
paintings/br-0689-chinese-paintings.htm

Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China. Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan perlambangan bagi setiap objek. (Jadual 1.1 dan Jadual 1.2) Antaranya ialah, Shan - gunung, qi - atmosfera dan hsing bentuk. Perlambangan Maksud Kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta Gunung boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan cerah Pokok besar (Ru Dan Pine) Pokok buluh Pokok orkid Keharmonian, malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Musim luruh
7

Pokok Plum Blossom

Melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Pertambahan rezeki.

Ikan

Ikan keemasan melambangkan status kaya. Ikan hitam melambangkan kehidupannya biasa.

Ikan kelisa Sungai

Kekayaan dan keuntungan Kegembiraan dan keharmonian.

Jadual 1.1: Perlambangan dan maksudnya dalam catan China. Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan catan Catan, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya Falsafah Maksud Mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi Melukis tanpa sombong mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Seseorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum Tidak menghadapi kerja dengan lalai melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jika setiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri, maka, lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan. Jadual 1.2 : Falsafah dan maksudnya dalam catan China.

5.2 Hukum Catan China

Hukum catan China adalah penting dalam menghasilkan sesebuah karya aliran China. Terdapat enam kriteria dalam hukum catan China yang berasaskan prinsip Shi-Vitalize Spirit.

Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang terhad dan kesan ini akan memberi impak yang mendalam. Warna yang sering digunakan dalam karya China ialah warna hitam atau coklat. Ia tidak menggunakan banyak warna seperti catan barat dan kebanyakan

menggunakan dakwat sahaja.

Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan China. Komposisi adalah merupakan ruang yang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini juga dikenali sebagai ruang keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk menonjolkan dan menarik lagi perhatian orang ramai.

Di samping itu, wujud juga ton dan suasana untuk memberi suasana yang lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam penghasilan ton dan suasana, prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan dalam karya tersebut. Prinsip ini membawa maksud gelaran rohani atau perasaan pelukis. Dengan ini, prinsip ini adalah amat berguna dan penting dalam proses penghasilan catan China.

Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China, sapuan memberi sesuatu pengertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan dan merupakan simbol kepada semula jadi.

Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu karya. Lakaran memang penting kerana lakaran adalah

pembentukan awal sesuatu gambaran. Tidak kira sama ada karya itu catan China atau Barat, lakaran adalah proses yang pertama dalam penghasilan karya seni.

Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu karya, pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin dilukis olehnya. Walaupun lukisan tidak sama dengan objek yang sebenar tetapi ia perlu mempunyai persamaan dalamannya. Sebagai contoh,
9

pokok dengan bunga merupakan pasangan yang sesuai. Sekiranya pokok dengan komputer, ia akan menjadi penegasan terhadap satu sama lain.

5.3 Catan Landskap China

Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air merupakan dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan pengertian shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan berus dan cat air serta kertas beras (Rice Paper). Media ini merupakan media kepada catan seni China. Menurut seniman besar China, Kuo His pernah berkata anak sungai ialah salur nadi ataupun urat-urat kepada gunung. Dalam landskap Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta batu-bata besar yang dilukis berkepul-kepul seperti awan. (Rujuk Gambar 3.2 dan Gambar 3.3)

Pada zaman dahulu, pelukis-pelukis Cina suka mengembara ke seluruh pelosok alam ini untuk mengkarya kerana mereka ingin menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Kaum Cina menyatakan bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Inilah sebab figura manusia yang kecil seringkali ditampilkan dalam komposisi alam semula jadi yang luas bagi menunjukkan kekerdilannya serta menyedarkan bahawa manusia adalah bahagian kecil dan alam.

Antara ciri-ciri dalam catan landskap Cina adalah tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni dan menterjemahkan falsafahnya melalui catan serta dicatatkan di sebelah kanan atau kiri catan. Tambahan pula, konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan landskap Cina iaitu keseimbangan kekuatan dan kelemahan. Kaum Cina percaya elemen-elemen dalam alam ini saling melengkapi. Yin diwakili oleh gunung, kuda hitam dan ayam jantan manakala Yang pula terdiri daripada kabus, ait, awan, bunga dan lembah. (Rujuk Gambar 3.2 dan Gambar 3.3)

10

Gambar 3.2 dan 3.3 : Karya Terkanal di Dinasti Qing, Juan Ben, Size : 163.5 cm x 97.3 cm Sumber : Xianger. (2009). 62 Karya Terkanal di Dinasti Qing. Dilayari pada 14 Februari 2012, dari http://zhy-xianger.blog.163.com/blog/static/5678852220096194819435/ 6.0 Seni Arca/ Ukiran China Perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring dengan perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan dalam seni arca China. Hali ini dapat dikesan melalui patung-patung yang dihasilkan di kuil. Misalnya, terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui dalam candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. (Rujuk Gambar 3.4 ) Di Guagua Tun Huang, Kansu juga terdapat imej-imej Buddha yang diukir pada dinding dan arca-arca tersebut adalah diperbuat daripada batu, tembaga dan tanah liat yang telah diwarnakan. Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu secara beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda yang menggambarkan sifat kepahlawanan China.
11

Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China juga dibuat di kubur dan dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukirnya menggunakan batu mamar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patungpatung kecil.

Gambar 3.4: Karttikeya-Manjusri (5th century AD). dari Yun-Kang Caves, Shensi Province, China Sumber : B.N. Mukherjee. (2009). An Illustration of Iconographic

Contact between Karttikeya and Manjusri in China. Dilayari pada 14 Februari 2012, dari http://murugan.org/research/china_ karttikeya.htm

7.0 Seni Bina China Seni bina China berdasarkan kepada prinsip simetri dan seimbang. (Rujuk Gambar 4.1) Bangunan pejabat, bangunan kediaman, kuil dan istana dibina berdasarkan kepada prinsip struktur utama adalah paksi. Struktur kedua diletakkan pada bahagian kiri dan kanan struktur utama sebagai bilik utama dan taman. Pengagihan ruang pada bahagian dalaman bangunan bergantung kepada kedudukan etnik dan sosial orang-orang China.

12

Gambar 4.1: Istana Larangan China. Sumber : NSW. (2011). NSW Department of Education and Communities Confucius Institute. Dilayari pada 14 Februari 2012, dari http://www.confuciusinstitute.det.nsw.edu.au/ Ciri-ciri seni bina China dibahagi kepada pelbagai jenis. Yang pertama ialah podium atau lantai daripada tanah. (Rujuk Gambar 4.2) Ia telah membayangkan sifat rendah diri, ditambah pula dengan kegunaan batu atau bata untuk keutuhannya. Perbezaan ketinggian dan hiasan podium adalah bergantung kepada kedudukan dan nilai bangunan.

Gambar 4.2 : Contoh podium Sumber : Nurish Enterprise PPD. China. Februari (2010). Dilayari Seni pada Bina 10 dari

2012,

http://seni_bina_ppd.tripod.co m/seni_bina_china.htm

13

Seterusnya, kegunaan bahan kayu untuk struktur bangunan seperti tiang dan lain-lain juga merupakan ciri-ciri seni bina China. (Rujuk Gambar 4.3) Struktur ini pula dibina dengan cara yang berbeza berbanding dengan negara Barat. Umpamanya, sistem 'truss' rumah digunakan untuk bumbung di dalam seni bina Barat tetapi di negeri China pula menggunakan sistem 'toukung'. (Rujuk Gambar 4.4) Sistem struktur ini memberi kebebasan untuk berkembang ke berbagai arah. Gambar 4.2 : Struktur bangunan Sumber : Nurish Enterprise PPD. (2010). Seni Bina China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://seni_bina_ppd.tripod.com/ seni_bina_china.htm

Gambar 4.4: Sistem Tou-kung Sumber : Nurish Enterprise PPD. (2010). Seni Bina China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://seni_bina_ppd.tripod.com/seni_bina_china.htm
14

Salah satu elemen asas dalam seni bina China ialah bumbung. Bumbung adalah unsur terpenting ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Pada zaman dahulu, bahan binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan berbentuk segi empat dan berwarna merah. Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu bumbung panjang, bumbung lima campuran bumbung panjang, dan bumbung lima bumbung piramid.

Gambar 4.5: Bumbung panjang

Gambar 4.6: Bumbung lima

Gambar 4.7: Campuran bumbung panjang dan bumbung lima

Gambar 4.8: Bumbung piramid

Sumber : Nurish Enterprise PPD. (2010). Seni Bina China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://seni_bina_ppd.tripod.com/seni_bina_china.htm

Dalam sistem rangka struktur, tiang bangunan dilapik dengan pelabik batu yang diukir. Tujuan utama adalah untuk mengelakkan bahagian bawah tiang daripada kerosakan oleh kerana kelembapan. (Rujuk Gambar 4.9 dan 4.10) Keistimewaan utama dalam sistem rangka balak China ialah ia membenarkan sesuatu struktur dikembangkan tanpa batasan.

15

Gambar 4.9: Sistem rangka struktur

Gambar 4.10 : Bangunan Dong Guan Sumber : Discuz. (2009). Picture China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://www.picturechina.com.cn/bbs/thread-154020-1-1.html

16

Contoh Seni Bina China yang Terkenal 1 - Tembok Besar China

Gambar 4.11 : Contoh gambar Tembok Besar China

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 Sebelum Masihi terhadap

perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Kepanjangan Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di

sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama

17

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara

Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa. Kerajaan telah mengarahkan para petani

membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

18

Contoh Seni Bina China yang Terkenal 2 Hakka Tulou

Gambar 4.12 : Contoh gambar Bangunan Hakka Tulou Bangunan-bangunan seperti di atas dinamakan Hakka Tulou

(Bangunan Tanah), bentuknya aneh dan unik. Bangunan ini dicipta oleh suku Hakka pada waktu berimigrasi dan menetap di sana kerana menghindari bencana pada pada masa Dinasti Jin Barat (307-12 M). Bangunan Tulou ini dapat dihuni sampai 800 orang. Tujuan pembangunan adalah untuk tujuan pertahanan diri. Sebahagian besar bangunan ini didirikan sejak 200 tahun lalu. Menurut cerita dari generasi ke generasi, bangunan seperti ini didirikan untuk mencegah gangguan para perompark dan juga menghindari tekanan dari pihak kerajaan semasa itu. Biasanya orang satu keluarga atau beberapa keluarga tinggal bersama di suatu tempat. Mereka membangunkan rumah di kawasan terpencil. Semua rumah ini dibuat saling menyambung dan melingkar menghadap ke dalam, kemudian ada yang membangun beberapa tingkat, gaya bangunan seperti ini terus bertahan hingga kini. (Rujuk Gambar 4.13) Sebagian besar keluarga yang tinggal dalam bangunan ini adalah satu leluhur atau bermarga sama. Apabila bertemu ke salah satu keluarga dalam
19

benteng ini, maka semua penghuni di dalamnya akan menganggap kita sebagai tetamu kehormatan mereka.

Gambar 4.13 : Bahagian dalam bangunan Hakka Tulou Semua bangunan ini diperbuat daripada tanah, pasir dan kapur, kerangka bangunan memakai bahan kayu dan buluh. Ketinggian bangunan biasanya 3 sampai 4 tingkat. Atap ditutupi dengan lempengan tanah liat baker, nyatanya bangunan ini mampu bertahan lama. (Rujuk Gambar 4.14)

Gambar 4.13 : Bahagian luaran bangunan Hakka Tulou

Tingkat 3 dan 4 bangunan ini adalah untuk tempat tinggal. Dalam sebuah benteng, hanya ada satu pintu untuk keluar masuk. Di tengah
20

bangunan ada sebuah halaman terbuka yang digunakan untuk ruang gerakan seluruh penghuni. Bangunan bulat ini hanya membutuhkan luas tanah sedikit, sedangkan pemanfaatan ruangan sangat berkesan. Sebab temboknya tebal, maka ia dapat mengurangkan kepanasan dalam bangunan. Biasanya bentengbenteng ini memiliki kelebihan yang lain, iaitu kukuh, menjaga keamanan, mengatur penghuni, mengelakkan gempa bumi, tahan air dan badai.

8.0 Seni Kaligrafi China Kaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban manusia. Tradisi kaligrafi China berasal dan berkembang dari negara China, khususnya penulisan aksara Cina dengan menggunakan dakwat dan kertas. Sedangkan untuk kaligrafi, bentuk-bentuk ini mengalami perubahan yang sifatnya memperindah. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi China. Misalnya, skrip cop mohor (Zhuan Shu), skrip rasmi (Li Shu), skrip rumput atau dikenali sebagai tulisan kursif (Cao Shu), skrip standard (Kai Shu), skrip berlari atau dikenali sebagai tulisan separa kursif (Xing Shu).

Gambar 5.1 : Skrip cop mohor (Zhuan Shu)

Gambar 5.2 : Skrip rasmi (Li Shu)

21

Gambar 5.3 : Skrip rumput (Cao Shu)

Gambar 5.4 : Skrip berlari (Xing Shu)

Ahli kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agar menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjad Rumi, terdapat pelbagai muka taip yang wujud untuk percetakan bahasa Cina, yang mana sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya artis individu atau sekolah-sekolah kaligrafi. Sebenarnya, seni kaligrafi China ditemui sejak awal 2000 sebelum masihi pada zaman Wangsa Shang. Pada masa itu, tulisan kaligrafi ditulis di atas buluh, tulang dan kulit kura-kura. (Rujuk Gambar 5.5 dan Gambar 5.6) Pada zaman Confusius dan Lao Tze iaitu zaman Wangsa Chou, pemerintahan menggalakkan pertumbuhan ilmu dan penulisan kaligrafi bagi membasmikan kebutahurufan rakyat mereka. Dalam tahun 1928-221sm banyak terdapat bejana batu dan tembaga dengan ukuran yang sama.

Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur, termasuk mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Dalam sehari-hari, lukisan kaligrafi China ini menghiasi dindingdinding rumah atau tokoh milik warga keturunan Cina. Kaligrafi China digunakan untuk mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti katakata mutiara, duka cita, ucapan perkahwinan atau ulang tahun.

22

Gambar 5.6 : Tulisan kaligrafi di atas kulit kura-kura. Sumber : Baidu. (2011). Penyimpan Klasik China. Dilayari pada 10 Februari 2012, dari http://txnews.zjol.com. cn/txnews/system/201 1/12/29/014619331.sh tml

Gambar 5.5 : Tulisan kaligrafi di atas buluh. Sumber : (2012). Home and Decoration Art. Dilayari pada 13 Februari 2012, dari http://www.china-antiquefurniture.com/b/b-127.jpg

23

9.0 Kesimpulan Berbanding dengan seni Islam, seni Barat, seni India dan seni Malaysia, seni China mempunyai sejarah yang paling lama dan padat serta masih berterusan sehingga banyak mempengaruhi kehidupan seharian orang ramai pada zaman kini. Seni China telah dibahagi kepada pelbagai jenis bidang, seperti seni bina, seni tembikar, seni tembaga, seni catan, seni kaligrafi, seni arca, seni anyaman, seni tenunam dan sebagainya. Nilai-nilai positif yang ingin disampaikan telahpun diserapkan dalam seni China secara tidak langsungnya seperti dalam catan landskap China dan seni kaligrafi. Sebagai contohnya, kesabaran untuk melukis bahagian terperinci dan ketenangan dalam menulis kaligrafi Cina. Melalui karya seni yang dihasilkan juga dapat mengajar dan membawa falsafah-falsafah baik kepada generasi akan datang. Contohnya tentang disiplin diri dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Justeru itu, bidang kesenian Cina perlulah diperkembangan lagi dalam kalangan pelajar bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi kepada kaum-kaum yang lain. Hali ini kerana apa yang positif perlulah kita serapkan supaya kita dapat hidup dalam alam yang harmoni, bersih dan indah ini.

24

You might also like