Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Selepas sahaja berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah pmr tingkatan 3 2011 yang diberi tajuk Rancangan pembangunan

tanah dan wilayah barulah saya mengetahui tujuan FELDA diwujudkan. Tujuan FELDA ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi penduduk luar bandar dengan menjadi tanah terbiar di luar bandar sebagai ladang getah dan ladang kelapa sawit. Penduduk luar bandar yang terlibat akan dijadikan sebagai peneroka FELDA. Peneroka terdahulu telah membanting tulang empat kerat bagi mengusahakan usaha kerajaan. Kini generasi FELDA telah menikmati kemudahan dan kesenangan hasil titik peluh penerokapeneroka FELDA yang terdahulu. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui pengasas FELDA iaitu Yang Berhormat Tun Abdul Razak Bin Hussein juga merupakan Bapa Pembangunan Negara tetapi sekarang, di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak iaitu anak beliau. Selain itu, saya dapat mengetahui visi, misi, dan matlamat yang ingin dicapai oleh FELDA. Sekiranya FELDA tidak wujud pada masa kini, berkemungkinan negara kita tidak akan mencapai kemajuan seperi sekarang ini dan seterusnya membantutkan usaha kerajaan menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

i) Melayari internet
http://www.felda.net.my http://ms.wikipedia.org/wiki/penerokaFelda

ii) Buku ilmiah


Chong mui sen, 2002. Buku rujukan Geografi Manusia tingkatan 5. Petaling jaya: Sasbadi Sdn Bhd

iii) Majalah
Dewan Siswa, Januari 2011

iv) Akhbar

Sinar Harian, 23 Februari 2011

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan


Daripada Wikipedia, ensikloped pandu arahcari

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun 6 Julai 1956 Ditubuhkan: agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Julai 1958 Diaktifkan: Agensi ini menumpukan kepada pembukaan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor Pengerusi: ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman Pengerusi lalu: Tan Sri Muhammad Alias bin kontan. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan Raja Muhammad Ali untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan RM1.5 bilion (2005) Belanjawan: besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, 23,000 (2010)[1] Pekerja: FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 Tapak web rasmi FELDA Laman web kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa rasmi sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

Isi kandungan

1 Sejarah Dasar Pengambilan Peneroka 1.2 Menteri-Menteri Felda 2 Pengurusan skim 3 Mempelbagaikan ekonomi 4 Belia di Felda 5 Isu dan Kontroversi 5.1 Aliran tunai menjunam tetapi aset bertambah 5.1.1 Penjelasan Ahmad Maslan 5.1.2 Desakan NGO, PKR dan Laporan ke SPRM 5.1.3 Zaid, Suara Keadilan disaman 5.1.4 Bantahan terhadap Suara Keadilan 5.2 Saman terhadap FELDA 6 Lihat juga 7 Nota dan rujukan

8 Pautan luar

Evolusi logo FELDA FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[2] Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.[3] Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.[3] FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.[4]

Dasar Pengambilan Peneroka


Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Menteri-Menteri Felda
Pada mulanya, Felda ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian ia berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan Usahawanan dan kini diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Di bawah merupakan senarai menteri yang diamanahkan menjaga FELDA:

Y.B. Encik Bahaman Bin Samsudin (31.08.1957 - 16.11.1959) Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Hussein (17.11.1959 - 22.09.1970) Y.B. Encik Abdul Ghafar Bin Baba (23.09.1970 - 1.12.1972) Y.B. Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Muda (01.01.1973 -11.1977)

Y.B. Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir Bin Yusuf (01.01.1978 - 15.09.1980) Y.B. Dato' Shariff Bin Ahmad (16.09.1980 - 28.04.1982) Y.B. Dato' Seri Rais Bin Yatim (29.04.1982 - 16.07.1984) Y.B. Datuk Seri Adib Bin Adam (17.07.1984 -11.08.1986) Y.B. Datuk Dr. Sulaiman Bin Haji Daud (12.8.1986 - 14.6.1989) Y.B. Datuk Kasitah Gaddam (14.6.1989 -26.10.1990) Y.A.B. Encik Abdul Ghafar Baba (27.10.1990-15.10.1993) Y.B. Dato' Anuar Musa (11.12.1993 - 27.12.1993) Y.B. Tan Sri Datuk Sakaran Bin Dandai (28.12.1993 - 16.03.1994) Y.B. Datuk Osu Haji Sukam (27.05.1994 - 08.06.1998) Y.B. Senator Tan Sridatuk Kasitah Gaddam (26.06.1998 - 05.01.2004) Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (06.01.2004 ) Y.B Datuk Ahmad Bin Maslan

Pengurusan skim
FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :

Ibu Pejabat Pejabat Kawasan Rancangan

Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.[5] Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.[3] Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[6] Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan,[7], kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.[8] Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka.[3] Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.[9] Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.[7]

Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan.[7] Pada tahuntahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.[3] Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Mempelbagaikan ekonomi
FELDA telah mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain sebilangannya kegiatan itu langsung tidak berkait dengan petempatan semula. Walaupun FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang [3], ia juga telah dilaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama, umpamanya Maybank.[10]

Belia di Felda
Perkembangan persatuan belia di FELDA:

Belia Felda: Persatuan Belia Generasi Prihatin Felda Cerul, Kemaman, Terengganu

Isu dan Kontroversi


Aliran tunai menjunam tetapi aset bertambah

Penjelasan Ahmad Maslan Pada 16 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009 kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikanRM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda. Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion.[11] Desakan NGO, PKR dan Laporan ke SPRM Ini menyebabkan desakan daripada pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).[12] Desakan ini disuarakan oleh penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.[13] Pada 28 Jun 2010, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diwakili oleh pengerusinya, Mazlan Aliman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).[14] dan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).[15] Zaid, Suara Keadilan disaman Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA. Ini menyebabkan Datuk Ahmad Maslan menyaman Suara Keadilan dan Zaid serta menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut.[1] Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.[16] Bantahan terhadap Suara Keadilan Pada 27 Jun 2010, Umno bahagian Kota Raja hari ini diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap. Mereka menyokong tindakan FELDA menyaman Suara Keadilan.[17] Pada 30 Jun 2010, kira-kira 200 orang menyerbu pejabat akhbar PKR - Suara Keadilan - di Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata

ketua editor akhbar berkenaan. Kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu. Dalam pada itu beberapa naskhahSuara Keadilan turut dibakar.[18]

Saman terhadap FELDA


Pada 9 Ogos 2010, Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan. Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.[19] Tuntutan itu ini mendapat reaksi daripada Pengerusi PKR Negeri Sembilan, YB Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mengatakan pendapatnya bahawa peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya.[20]

Lihat juga

FELCRA Senarai Tanah Rancangan Felda

Nota dan rujukan


1. 1.0 1.1 "'Felda bankrap' - Suara Keadilan, Zaid disaman". Malaysiakini.com, 25 Jun 2010. 2. "Penubuhan". Dicapai pada 19 Februari 2006. 3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Simeh, Arif & Tengku Ahmad, Tengku Mohd. Ariff (2001). "Kajian Kes mengenai Kelapa Sawit Malaysia". Dicapai pada 19 Februari 2006. 4. Manshard, Walther & Morgan, William B. (eds., 1988). "Malaysia". Dicapai pada 19 Februari 2006. 5. Ryter, Loren S. (10 Januari 2005). "Sejarah Hubungan Ras di Malaysia". Malaysia Today. 6. "Kawasan Kebun". Dicapai pada 19 Februari 2006. 7. 7.0 7.1 7.2 Massard, Josiane L. (1988). "Adakah peneroka Malaysia petani baru? Pencerapan antropologi tentang komuniti yang mula tumbuh." Dicapai pada 19 Februari 2006. 8. "Kawasan Perkampungan". Dicapai pada 19 Febrauari 2006. 9. Sbaran, Mohammad Shatar (2001). "MALAYSIA". Dicapai pada 19 Februari 2006.

10. "Jurulelong Negara". (3 September 2005). Malaysia Today. 11. "K'jaan akui aliran tunai Felda menjunam", Malaysiakini.com. 16 Jun 2010. 12. "Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat", Malaysiakini.com. 18 Jun 2010. 13. "Zaid: Najib perlu lepaskan Felda", Malaysiakini.com. 18 Jun 2010. 14. "NGO lapor pada SPRM isu FELDA", Malaysiakini.com. 28 Jun 2010. 15. "Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat". Malaysiakini.com. 28 Jun 2010. 16. "Felda tuntut RM200 juta daripada Suara Keadilan", Malaysiakini.com, 1 Julai 2010. 17. "'FELDA Bankrap': Umno bakar Suara Keadilan", Malaysiakini.com 27 Jun 2010. 18. "'Felda Bankrap': Pejabat Suara keadilan diserbu". Malaysiakini.com. 30 Jun 2010. 19. "Felda disaman 700 Peneroka", Malaysiakini.com. 9 Ogos 2010. 20. "", Malaysiakini.com. 10 Ogos 2010.

semasa mengikut kesesuaian. 1. Adalah diharapkan dengan adanya polisi ini akan melicinkan lagi pelaksanaan

sumbangan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia dan akan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara Syarikat Kumpulan dengan masyarakat setempat selari dengan peranan tanggungjawab sosialnya.

PERANAN FELDA DALAM PELANCONGAN


Felda Residence Kuala Terengganu

FELDA turut membantu dalam menggalakkan industri pelancongan tempatan. Dengan pembinaan hotel setinggi 20 tingkat ini di Kuala Terengganu dapat menjana ekonomi dan industri pelancongan negara amnya dan mempromosikan FELDA khususnya. FELDA Residence Kuala Terengganu dilengkapi dengan 98 buah bilik biasa dan tiga buah suite, bilik seminar, galeri dan kemudahan lain yang sesuai dengan kehendak pengunjung terutamanya pelancong. FELDA Residence Kuala Terengganu mula dibina pada 3 januari 2006 dan telah beroperasi pada 4 julai 2008. Majlis Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan diadakan pada awal tahun 2009.

Taman Rekreasi Air Panas Sg.Klah (TRAP)

Taman Rekreasi Air Panas Sg.Klah Fasa III ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007 yang merangkumi kerja-kerja pembinaan bagi kemudahan 64 buah bilik penginapan. Projek ini telah siap sepenuhnya pada jun 2008 dan mula beroperasi pada ogos 2008. Majlis Perasmian pula telah disempurnakan oleh Y.B. Dato Hasan Malek Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 22 november 2008.

SUMBER KEWANGAN
PEMBIAYAAN Bagi peruntukkan RMK9 yang diterima dalam tahun 2008, sejumlah RM25.0 juta (45.1 peratus) diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan jalan-jalan kampung, RM8.5 juta (15.3 peratus) untuk bekalan elektrik, RM2.0 juta (3.6 peratus) untuk pembangunan masyarakat dan sebanyak RM14.88 juta (26.9 peratus) untuk pembangunan ekonomi. Sumber pembiayaaan wang dari luar sehingga akhir 2008 adalah seperti berikut:

- RMK9 - Pakej rangsangan - Kerajaan persekutuan dan melaluinya: - Bank Dunia - Bank Pembangunan Asia - Tabung Kuwait - Tabung Saudi - Tabung Koperasi Ekonomi Seberang Laut

- Bank Dunia (Terus) - Bantuan Penanaman Baru Getah - Bantuan Tanam Semula Getah - Peruntukkan Tanaman - Aktiviti Pelbagaian Luar Bandar

FELDA akan terus melaksanakan pelbagai program Pembangunan Masyarakat bagi meningkatkan kesejahteraan kualiti hidup warga peneroka. Sejumlah peruntukkan disediakan bagi membiayai pelbagai program pembangunan. Pembiayaan ini disalurkan melalui Akaun Sosio Ekonomi Peneroka berjumlah RM208.83 juta, berkurang 4.9 peratus (RM10.83 juta) dari tahun 2009 iaitu sebanyak RM219.66 juta.

You might also like