Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pemulihan Bacaan Antara beberapa masalah yang selalunya dihadapi oleh kanak-kanak dalam kemahiran membaca adalah pertama

mereka keliru dengan huruf. Sebagai contoh, mereka keliru dengan beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya, contoh huruf s, c dan v antara huruf besar dan huruf kecil. Seterusnya, mereka keliru dengan bunyi huruf yang seakan-akan sama, contohnya b, p dan d. Selain itu, mereka keliru umtuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah. Masalah yang kedua ialah kesukaran dalam pengamatan. Sebagai contoh, mereka boleh mengeja namun tidak boleh membunyikan secara keseluruhan bacaan tersebut, mereka boleh membatangkan suku kata, namun gagal menyebutnya. Mereka juga menggugurkan suku kata dalam perkatan dan salah sebut perkataan yang seakanakan serupa bentuknya. Bagi pelajar sekarang yang kebanyakan elajar dua bahasa terutamanya Bahasa Inggeris, mereka juga keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masalah yang ketiga ialah kemahiran membatangkan suku kata. Sebagai contoh, mereka tidak boleh membatangkan sukukata terbuka dan tertutup, sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatangkan suku kata serta salah salah memecah dan membatangkan suku kata. Mereka juga keliru untuk membatangkan perkataan yang berdiftong dan vokal berganding serta tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal perkataan. Antara kaedah dan cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pembacaan ini ialah latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi

huruf. Untuk latihan ini, guru tidak perlu memperkenalkan huruf vokal dan konsonan sekali gus tetapi perkenalkan dahulu huruf asas. Seperti contoh, memperkenalkan vokal asas terlebih dahulu seperti a, I dan u serta huruf konsonan asas seperti k, s, t, d, r, l, m, g dan n. Contoh pelaksanaan aktiviti ini ialah memaparkan kad huruf yang mengandungi huruf vokal dan konsonan kemudian mengarahkan pelajar sebut dan hafal huruf-huruf tadi. Aktiviti yang lain ialah aktiviti asosiasi benda dengan bunyi huruf vokal dan konsonan dengan memaparkan gambar yang berkaiatan dengan huruf tersebut, seperti contoh huruf a dengan anjing. Kaedah yang seterusnya ialah latihan membatangkan suku kata dan perkataan. Salah satu cara ialah membina sebuah jadual, dimana guru membina para pelajar membina perkataan kv+kv mengikut lajur huruf yang telah disediakan. Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk kad perkataan tanpa bergambar kemudian meyuruh pelajar eja dan sebut perkataan tersebut dan menggunakan kad perkataan bergambar kemudian menyuruh pelajar sebut perkataan dan kemudian eja. Kaedaha yang seterusnya ialah menyebut huruf abjad a-z, menggunakan huruf besar dan kecil. Guru mempamerkan kad yang mengandungi huruf-huruf kepada pelajar, kemudian guru membimbing murid-murid menyebut nama-nama huruf kecil dan besar dengan nada dan intonasi yang betul. Guru terlebih dahulu menyebut nama huruf berkenaa dan diikuti oleh murid. Untuk tujuan pengukuhan, guru bolehlah mempelbagaikan persembahan dengan memperkenalakan terlebih dahulu urutan secara normal iatua-z, kemudian menterbalikkan urutan tersebut. Guru sepatutnya terlebih dahulu memperkenalkan dan menekankan kepada pendedahan huruf kecil kerana ia lebih praktikal dan lebih banyak digunkan di dalam kehidupan seharian.

You might also like