Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua, Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, peperiksaan akhir akan diadakan dalam

bentuk/format soalan objektif (120 soalan). Soalan akan dibina mengikut pelbagai aras Taksonomi Bloom. Untuk memudahkan tuan-tuan bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir, di sini dimaklumkan sumber soalan-soalan tersebut akan dibina. Sumber tersebut ialah: 1. Nota Kuliah (power point 2. Semua modul yang dibekalkanoleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Dua buah buku wajib daripada rancangan pengajaran iaitu: i. Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamarudin & Ahmad Sohaimi Lazim. (2009) Kenegaraan dan Ketamadunan . Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn.Bhd. ii. Shamsul Amri Baharuddin (pnyt). Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UPENA * Jika buku ini tidak boleh didapati di kedai buku, boleh la membuat pesanan melalui koperasi USM. Saya difahamkan oleh pihak koperasi, buku hendaklah ditempah secara kumpulan (bilangan buku yang banyak, dibayar dahulu, barulah mereka menguruskan penghantaran). Walau bagaimana pun, saya cadangkan lantik wakil dan wakil ini berhubung terus dengan pihak koperasi. Maklumat Koperasi USM adalah seperti berikut: 1. Pn. Sakina Bt Hassan Koperasi Universiti Sains Mal aysia Berhad Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Tel: 04-657-8074 Fax: ) 04-657-5688

Email: kina_u...@yahoo.com

2. En. Ch'ng Yeoh Beng HP: 012-475-5997

Harap maklum.

~Abdul Jalil Ali


Penyelaras Kursus HNS 2013 Universiti Sains Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim untuk tugasan kumpulan. 1. Berapa ramaikah ahli untuk satu-satu kumpulan? Umumnya 10 orang tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu boleh kurang sedikit dan boleh lebih sedikit. Bergantung kepada keperluan Pusat (PEN,KB,KK,KCH) dengan kebenaran pensyarah yang mengajar. 2.Apakah tugasan kumpulan ? Terdiri daripada 2 bahagian : 2.1. Laporan Bertulis 2.2. Pelaksanaan Program Jatidiri Kenegaraan di Sekolah. Laporan Bertulis 1. Bagai manak ah format laporan ? Format laporan adalah seperti yang terdapat di muka surat belakang perancangan pengajaran yang dihantar tempoh hari. 2. Apakah perkara lain yang boleh diisi dalam laporan yang menjadikan laporan lebih baik ? Semua perkara yang dibuat untuk melaksanakan program. 1. Minit mesyuarat 2. ahli jawatkuasa 3. Brosur 4. Surat Menyurat 5. Laporan Kewangan 6. Rakanan-rakaman gambar dan klip video 7. Brosur 8. Teks Ucapan 9. Powerpoint 10. Lain-lain yang difikirkan sesuai Dimasukkan sebagai lampiran dalam laporan. 3. Apakah 5 modul tersebut? Modul ialah aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam Program Jatidiri Kenegaraan. Sebagai contoh: Tema: Ideologi Negara : Rukun Negara. Modul yang boleh dibina adalah seperti berikut:-

a. Modul 1 - Ceramah tentang Rukun Negara b. Modul 2 - Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - Mungkin Permainan kecil dalaman bertemakan Rukun Negara. c. Modul 3 - Pertandingan Melukis bertemakan Rukun Negara d. Modul 4.- Pertandingan menulis sajak/puisi bertemakan Rukun Negara e. Modul 5 - Treasure Hunt - Tema Rukun Negara. 4. Adakah 5 modul ini bersamaan dengan 5 aktiviti? Ya. Ini bererti anda kena tulis 5 buah modul aktiviti yang anda senaraikan seperti di atas. 5. Apakah format modul yang dicadangkan? Terdapat 2 contoh format modul yang disertakan dalam Perancangan Pengajaran tempoh hari. Lain-lain contoh format modul aktiviti bolehlah dilihat dalam 5 modul RIMUP seperti yang diedarkan oleh KPM ke sekolah-sekolah (Lihat aktivitinya). 6. Adakah kelima-lima modul ini dimasukkan ke dalam laporan ? Ya, modul ini sebahagian daripada kandungan laporan. Pelaksanaan Program Jatidiri Kenegaraan di Sek olah. 1. Siapak ah kumpulan Sasaran? Anda memilih kumpulan sasaran yang sesuai. Jangan pilih semua pelajar dari satu sekolah tetapi dikecilkan. Contoh: Darjah 6 sahaja atau Tingkatan 2 sahaja. 2. Diman akah Program ini dilaksanakan? Terpulang kepada kumpulan anda. Dicadangkan pilihlah salah satu daripada sekolah dalam kumpulan anda. Jika boleh, pastikan sekolah yang dipilih itu dapat kerjasama daripada pihak pentadbiran sekolah - guru besar atau pengetua. Minta lah guru besar atau pengetua, PPD pun boleh untuk merasmikan program yang anda laksanakan. 3. Sumber Kewangan? Terpulang kepada kerjasama dan kreativiti kumpulan. Boleh keluar duit sendiri, mohon sedikit peruntukan daripada pihak sekolah, PIBG atau pun derma tetapi bukan daripada pihak USM. 4. Bila program ini perlu dilaksanakan dan berapa lama? Dicadangkan pilihlah hari sekolah atau hujung minggu (hari yang boleh memastikan pelajar datang dan turut serta) yang sesuai dalam tempoh kursus ini. Lagi cepat lagi baik kerana anda perlu menyiapkan laporan selepas itu. Tempoh masa yang dicadangkan ialah satu hari seperti dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Akhir kata PASTIKAN PROGRAM JATIDIRI KENEGARAAN INI BUKAN SAHAJA DIHAYATI OLEH MURID-MURID YANG MENGIKUTINYA TETAPI DIHAYATI OLEH GURU YANG MENGENDALIKANNYA SEKALI. Selamat Menjayak an Program Jati Diri Kenegaraan. Abdul Jalil Ali Penyelaras kursus HNS 2013 Universiti Sains Malaysia.

You might also like