Folio Sejarah Tingkatan 2 - Arif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Elemen 1

Mengumpul Fakta Sejarah

Senarai Sumber

1.Akhbar Akhbar : Utusan

2.Internet Laman web : www.smkibrahim.net

3.Majalah Nama majalah : Muka surat Tahun terbit : : Majalah Aliran 2010 5,6,7,8,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26. 2010

4.Melawat tempat kajian Nama tempat kajian : Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah.

1. Orang Sumber

Perbualan : Saya : Assalamualaikum ayah. Ibu : Waalaikumussalam Arif Saya : Boleh saya menemu bual ayah beberapa soalan? Ibu : Boleh. Kamu ingin bertanya tentang apa? Saya : Saya ingin bertanya tentang lokasi asal sekolah ini. Ibu : Lokasi asal ialah di Pejabat Telekom Sungai Petani sekarang Saya : Pada tahun bilakah nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim? Ibu : Pada tahun 1936, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Ibrahim sebagai mengenang jasa Almarhum Yang Teramat Mulia Tuanku Ibrahim Ibni Saya : Setakat ini saja soalan saya. Terima kasih kerana ayah sudiluangkan masa bagi menjawab soalan - soalan saya. Ibu : Sama-sama

3. Majalah

4.Melawat Tempat Kajian

Akhbar

Senarai Kandungan

BIL 1 2 3 4 5 6 Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian

PERKARA

HALAMAN

Hasil Kajian 6.1. Latar Belakang Sekolah 6.2. Lambang-lambang kemegahan sekolah 6.3. Infrastruktur dan kemudahan asas 6.4 Pengetua-pengetua sekolah

7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan
Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya telah menyiapkan Kerja Khusus Sejarah 2011 dalam masa tempoh yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Abdul Latif dan Naemah yang telah menyediakan barang dan peralatan untuk menyiapkan folio ini.

Terima kasih juga kepada cikgu sejarah saya iaitu Pn. Suriati bt Saad yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya,terima kasih pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim kerana telah membenarkan pelajar tingkatan 2A7 membawa kamera ke sekolah bagi menangkap gambargambar bangunan sekolah.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya, Amirul, Fareez, Firdaus, Seelan dan juga kepada orang sumber iaitu kakak saya sendiri Naemah bt Othaman kerana sudi memberi kerjasama kepada saya untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang sekolah.

Muhammad Luqman Bin Abdul Latif 2A7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM

Objektif Kajian

Objektif saya semasa membuat folio ini adalah untuk menyiapkan dengan secepat mungkin. Saya juga berharap apabila selesainya folio ini saya dapat mengetahui lebih banyak pekara tentang SMK Ibrahim.

Dengan menjalankan aktivit kerja khusus ini saya dapat mengetahu tentang latar belakang sekolah dan sejarah SMK Ibrahim. Selain itu, saya dapat mengetahui perlunya infrastruktur dan kemudahan asas di sekolah dalam membantu pelajar unutk lebih mengenali sekolah.

Tambahan pula, saya dapat memahami pentingnya lambang-lambang kemegahan sekolah dalam menyemai nilai patriotisme di kalangan warga SMK Ibrahim. Saya juga dapat memahami peranan pengetua iaitu En.Ramli bin Abdul Rahman dalam meningkatkan kecermelangan SMK Ibrahim.

Akhir sekali, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan menyemai nilai murni seperti bertanggungjawab dan kerjasama.

Kaedah Kajian

Beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat. Antaranya, kaedah lisan, melawat tempat kajian, melayari laman web, membuat rujukan dan menganalisis dokumen.

Saya telah menggunakan kaedah lisan di mana saya telah menemu-ramah bekas pelajar dan guru-guru SMK Ibrahim. Saya juga telah menyediakan gambar- gambar orang yang telah ditemu- ramah dan soalan-soalan temu-ramah terlebih dahulu sebagai panduan.

Selain itu, saya juga telah melawat beberapa tempat kajian. Saya telah melawat kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti saya telah melawat tempat tersebut.

Di samping itu, saya juga melayari laman web sekolah dan laman web Utusan Online untuk mengetahui tentang pentadbiran sekolah dan perkembangan sekolah. Saya telah menyediakan salinan laman web yang saya layari sebagai bukti.

Akhir sekali, saya juga telah membuat rujukan dan menganalisis dokumen. Antara dokumen-dokumen yang dianalisis adalah majalah SMK Ibrahim Aliran 2010 dan dokumendokumen yang berkaitan. Sebagai bukti, saya telah menyediakan peta lokasi ke sekolah saya dan salinan dokumen- dokumen yang telah dianalisis.

Hasil Kajian

6.1 Latar belakang sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim pada asalnya ditubuhkan sebagai salah sebuah Government English School pada bulan Ogos 1919 yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani, di mana terletaknya Pejabat Telekom Sungai Petani sekarang.Semasa penubuhannya, ia hanya ditadbir dan diurus oleh dua orang guru iaitu Tuan Syed Jan Al-Jafree sebagai guru besar dan En.Mohamed bin Man sebagai guru penolong.

Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis baru di Jalan Kolam Air. Bangunan di premis baru ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu iaitu En.E.La.M. Stowell dengan nama baru, Sultan Hamid School.

Pada tahun 1936, nama Sultan Hamid School ditukar kepada nama Sekolah Menengah Ibrahim ( Ibrahim Secondary School) sempena nama Almarhum Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menjadi Pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914. Pada ketika itu, tenaga pengajarnya sudah bertambah menjadi lapan orang.

Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup bagi menjadi markas tentera Jepun, tetapi ianya dibuka semula pada Oktober 1945 selepas peperangan dunia kedua tamat. Pada tahun 1950, sekolah ini mendapat bangunan tambahan bagi membolehkan

kelas English 1 dan IV dibuka. Bagaimanapun, bangunan ini kemudiannya dipisah untuk diwujudkan dua sekolah rendah yang baru iaitu Father Barres Convent dan Sekolah Rendah Ibrahim. Pada tahun 1960, sekolah ini telah mendapat bangunan makmal kajihayat, sebuah bangunan tiga tingkat (bersebelahan padang sekolah) dan sebuah dewan yang telah dirasmikan pada 27 September 1963.

Sekolah ini bukan sahaja telah menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam bidang kurikulum tetapi juga dalam bidang kokurikulum sejak di tahun 1950-an. Hingga kini, motto sekolah ini, Finis Coronut Opus yang bermaksud Penamat Menentukan Mahkota merupakan motto yang dibanggakan oleh semua warga sekolah ini, yang memberi semangat dan motivasi ke arah kecermelangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim.

6.2 Lambang-lambang Kemegahan Sekolah

Logo Sekolah

Diperkenalkan pada tahun 1946. Ianya berbentuk perisai dan di bahagian kiri terdapat segemal padi melambangkan negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia.Sebelah kanan terdapat obor yang melambangkan ilmu pengetahuan.Bahagian bawah pula dilingkari oleh dua pelepah kelapa melambangkan aspirasi. Cogan kata Finis Coronat Opus membawa maksud Penamat Menentukan Mahkota. Warna hijau pada lencana melambangkan keagamaan, kuning melambangkan kesetiaan manakala merah melambangkan keberanian.

Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Ibrahim Harum semerbak namamu Mendidik membimbing kami Putera-puteri berakhlak berilmu Cekal tabah semangat waja Cita-cita murni tanpa kecewa Demi agama bangsa dan negara Ilmu di dada warisan kita Sekolah Menengah Ibrahim Lahirkan insan sempurna Maju jaya setiap lapangan Usaha tangga kejayaan

Lagu: En. Abdul Rahman bin Zainol Lirik : En. Mohamad bin Abdullah

Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH 1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM MENJADI 2. SEKOLAH MENENGAH HARIAN NOMBOR SATU DI MALAYSIA MENJELANG 2015 MISI SEKOLAH MENJANA SELURUH WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM AKAN BERUSAHA UNTUK : 1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah. 2. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum. 3. Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum. 4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah mulia. 5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria. 6. Menjalin hubungan baik dan mesra dengan ibu bapa dan komuniti.

6.3 Infrastruktur dan kemudahan asas

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim mempunyai banyak bangunan untuk kegunaan warganya. Antaranya ditambah pada abad ke-20

Sekolah ini mempunyai dua dewan serbaguna iaitu Dewan Syed Jan dan Dewan Tunku Ibrahim. Dewan Syed Jan dibina pada tahun 1963 manakala Dewan Tunku Ibrahim dibina pada tahun 2009. Dewan ini digunakan bagi mengadakan Hari Anugerah Cemerlang, pertandingan dan pelbagai lagi.

Seterusnya, sekolah ini mempunyai sebuah surau yang diberi nama Surau Al-Hikmah. Setiap tahun pada bulan Ramadhan, surau ini mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan seperti bertadarus, solat berjemaah dan sesi ceramah. Pertandingan keagamaan juga sering diadakan di sini.

Bengkel Kemahiran Hidup juga disediakan. Bengkel ini dilengkapi dengan pelbagai alatan tangan untuk kegunaan dan keselesaan pelajar.

Perpustakaan yang dilengkapi penghawa dingin menjadi tarikan pelajar pada waktu rehat. Peraturan yang ketat dan pentadbiran yang sistematik menjadikan ianya selesa dikalangan pelajar. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini dan bahan bacaan tersebuat boleh didapati dalam pelabagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Mandarin dan juga Bahasa Jepun.

6.4 Pengetua-pengetua sekolah

Sudah 19 pengetua telah berhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim 1. Tuan Syed Jan Al-Jefree (19191946) 2. Y.Bhg Dato' J.F. Augustin (19461953) 3. Encik Lim Chien Chye (19531958) 4. Encik Kham Beng (19581962) 5. Y.Bhg Dato' Syed Abu Bakar Barakbah (1963) 6. Encik K.K Koshy (19631966) 7. Y.Bhg Dato' G.Raja Gopal, FRGS (19671971) 8. Encik K.K Koshy (19721973) 9. Encik P.A Norton (19731975) 10. Tuan Haji Yahaya B. Haji Awang, BCK (19761982) 11. Tuan Haji Syed Ahmad b. Syed Yasin, PJK (19821987) 12. Tuan Haji Mohamad Amin b. Abdul Rahman, PJK (19871993) 13. Tuan Haji Atan Awang b. Abdullah (19941995) 14. Tuan Haji Md Jaffar b. Haji Din, BCK,BKM (19951999) 15. Tuan Haji Rosli b.Pin (19992004) 16. Puan Hajah Haminah bt. Haji Rejab (20042005) 17. Tuan Haji Mansor b. Lebai Habib, BCK (20052006) 18. Encik Menteri b. Abdullah (2006) 19. Encik Ramli b. Abd. Rahman (2007sekarang)

Rumusan Alhamdulillah , akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus sejarah tingkatan 2 dalam tempoh yang ditetapkan. Banyak pengetahuan dan nilai yang dapat saya pelajari sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini. Melalui temu bual dengan guru dan tokoh bekas pelajar , banyak maklumat yang saya dapat berkaitan SMK Ibrahim terutamanya mengenai peranan guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi sekolah. Oleh itu, timbul kesedaran dalam diri untuk berusaha bersungguh sunguh bagi meningkat nama sekolah. Melalui kerja kusus ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Ini secara tak langsung telah meningkatkan keyakinan diri saya unutk bersuara di hadapan umum. Melalui proses penyiapan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai ketabahan dan kesabaran sewaktu pembikinan kerja kursus ini.

SURAU

PADANG

MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP

ASRAMA

PERPUSTAKAAN

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEWAN SYED JAN

PETA KE SMKI

Rujukan
Majalah - Majalah Aliran 2010, muka depan, 3, 4, dan 8

Melawat Tempat Kajian - Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, 08000, Sungai Petani, Kedah

Internet - http://smkibrahim.net/news.php Orang Sumber -Naemah Bt Othaman

Elemen 3 : Nilai Patriotisme

Soalan : Tulis sebuah esei yang tidak kurang dariapda 100 patah perkataan. Bagaimanakah dengan menyertai aktiviti kokurikulum para pelajar dapat menanamkan nilai-nilai patriotisme pada diri .

Kokurikulum ialah aktiviti yang perlu disertai oleh setiap pelajar.Ia adalah wajib kerana ia membawa kepada banyak faedah. Antara faedahnya ialah unsur patriotisme.

Antara unsur patriotisme yang kita dapat ialah mematuhi peraturan dan undang-undang. Ahli unit beruniform seharusnya memakai uniform yang lengkap pada hari selasa. Contohnya, ahli kadet polis tidak boleh memakai t-shirt pada waktu belajar kerana ia melanggar peraturan.

Selain itu, pelajar perlu bersemangat kekitaan. Pelajar harus bekerjasama dan tolong menolong dalam satu kumpulan. Contohnya,kita harus menolong kawan kita yang tidak mahir dalam sesuatu permainan.

Selepas itu,kita perlu menghormati raja dan pemimpin.Contohnya,kita perlu menghormati raja dan pemimpin yang sudah lama berjasa demi negara kita.

Akhir sekali, unsur patriotisme yang saya dapat ialah bekerjasama dan tolong-menolong. Contohnya, pelajar tidak dapat memasang khemah dan memerlukan pertolongan untuk memasangnya. Jika kita bekerjasama dan tolong menolong, pastilah kerja akan menjadi cepat

Rumusan

Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini banyak pengetahuan dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya mendapat pengetahuan tentang latar belakang sekolah dan juga sejarahnya dengan menggunakan pelbagai kaedah kajian demi untuk mendapat maklumat.selain itu, saya juga memperoleh pengetahuan tentang kawasan infrastruktur dan kemudahan sekolah dengan melawati pelbagai tempat di sekolah.

Selain pengetahuan, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,ketabahan dan kerjasama antara rakan semasa menjalankan kursus ini.Menghasilkan kerja kursus sejarah telah member peluang kepada saya menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta mengingatkan kemahiran komunikasi.Kini,saya telah mengenali erti tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Melalui proses penyiapan kerja kursus ini, saya dapat menghayati ketabahan dan kesabarah sewaktu pembikinan kerja kursus ini.

Sekian,terima kasih.

LAMPIRAN

You might also like