Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

4.

JENIS KELULI / TETULANG Terdapat dua jenis tetulang keluli yang biasa digunakan iaitu : Tetulang dalam bentuk bar : i. Bar keluli Lembut dibuat dengan haba panas menurut BS 449 : 1974. permukaannya licin dan berpintal dan mempunyai pemanjangan yang dibenarkan kekuatan tegasan 250N/mm2. ialah 22.0%

ii.

Bar Tetulang Tegasan Tinggi dibuat daripada pancalogam BS 4449 : 1978. permukaannya adalah berpintal dan kekuatan tegasan 460N/mm2. pemanjangan minima sekurang-kurangnya ialah 12% kecuali tetulang yang lebih besar daripada 16mm dimana kekuatan tegasannya ialah 425N/mm2 dengan pemanjangan 14%.

iii.

Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk merupakan keluli lembut yang dipintal menurut BS 4461 : 1978. kekuatan tegasan ialah 460N/mm2 dengan pemanjangan yang dibenarkan ialah 12%. Bagi tetulang yang besar kekuatan tegasannya ialah 425N/mm dengan pemanjangan yang dibenarkan 14%.

Tetulang dalam bentuk jejaring :

84

Tetulang jejaring (BRC) merupakan sejenis kawat yang dibuat dalam pelbagai saiz. Jejaring ini biasanya mengandungi dawai-dawai halus dan dikimpal sebagai satu jarring yang senang digunakan dan dibengkokkan. Fungsi tetulang jejaring ini ialah sebagai satu rangkai yang mudah untuk memberi bentuk dan juga menyokong konkrit. Tetulang jejaring ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu : i. tetulang Jejaring Dawai Hexagonal Juga dikenali sebagai Chicken wife mesh dan dawai yang biasa digunakan adalah bersaiz 10-25mm (diameter). ii. Tetulang Jejaring Dawai Terkimpal Dibuat daripada dawai keluli yang berkekuatan kecil dan sederhana. Jejaring ini boleh dibentuk kepada bentuk lengkuk struktur. Keburukan jejering ini adalah merupakan kelemahan sambungan dua dawai kerana kimpalan sering tidak dibuat dengan baik. iii. Tetulang Rangka Penggunaanya adalah untuk rangka struktur yang merupakan lapisan-lapisan jejaring diikat. Tetulang rangka diletakkan dengan jarak jauh sebanyak 30cm empat persegi. Diameternya ialah 4.20mm dan 6.25mm adalah yang paling biasa digunakan.

Bagi penggunaan jenis keluli pula ianya terbahagi kepada 3 iaitu : Keluli lembut tergelek panas/tegasan rendah jenis R. (permukaan licin)

85

Keluli alah tinggi tergelek panas/tegasan tinggi jenis Y. (permukaan berpintal)

Keluli alah tinggi kerja sejuk jenis Y.

Tetulang yang biasa digunakan di tapak bina boleh diketogorikan

mengikut jenis dan saiznya. Contohnya : Tetulang B.R.C : Biasa digunakan untuk membuat lantai, apron,

tapak longkang, dinding konkrit, bumbung rata, dan sebagainya. Jenisjenisnya adalah seperti A2, A4, A6.5, A7, A8, A10 dan D2, D4, D6, D7, D8, D10 . tersebut. Tetulang utama : Terdiri dari besi jenis bertegasan tinggi Angkanya adalah merujuk kepada saiz diameter besi

dalam saiz seperti Y8, Y10, Y12, Y14, Y16, Y20, Y25, Y32 . Ianya digunakan mengikut ahli struktur berlainan dan fungsi serta keupayaan tanggung beban struktur tersebut. Biasanya digunakan untuk tiang dan rasuk. Tetulang link : Terdiri daripada besi bertegasan rendah

dan saiznya dari R6, R8, R10, R12.

4.3

KERJA- KERJA TETULANG / KELULI DI TAPAK BINA

Keluli-keluli untuk struktur yang digunakan hendaklah mematuhi Gred 43C Piawaian British B.S 449. sebagai tambahan, keluli untuk struktur yang dibentuk dengan cara digelek panas hendaklah mematuhi kehendak Piawaian British B.S 4 : Bahagian 1, keluli rongga untuk struktur yang dibentuk dengan cara digelek panas

86

mematuhi Piawai British 4 : Bahagian 2. Kandungan maksimum karbon hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 4360.

4.3.1

Penyimpanan Dan Kendalian

Langkah-langkah penjagaan yang rapi hendaklah diambil semasa permuatan,


pemunggahan, pengangkutan, penyusunan, dan pemasangan kerja keluli untuk mengelakkan cakaran atau kerosakan kepada kerja keluli yang dicat ataupun disalut logam. Kerja kululi pasang siap yang telah dicat atau disalut logam yang perlu disimpan sebelum didirikan, hendaklah dijarakkan dari permukaan bumi dan hendaklah disusun dengan teratur untuk menentukan supaya air tidak bertakung dan habuk tidak berkumpul di atas permukaannya. Bahan penyendal yang sesuai hendaklah dilapik di antara keluli-keluli yang disusun. Jika susunan keluli ditutup, pengedaran udara hendaklah ada.

4.3.2

Kerja Membengkok Tetulang

Kerja-kerja membengkok dan membentuk keluli/tetulang dilakukan mengikut bentuk struktur yang ingin dibina. Pelan kerja (struktur) ini mestilah direkabentuk mengikut spec dan piawai yang diterima dan diluluskan pihak JKR.

Pemeriksaan terhadap tetulang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum


dimasukkan ke dalam kotak bentuk.

87

Tedapat 2 cara bengkokan tetulang iaitu cara bengkokan tangan dan


bengkokan jentera.Bengkokan.

Ia bengantung kepada saiz dan jenis tetulang yang ingin dibentuk.


Gambar di sebelah menunjukkan cara bengkokan besi tetulang yang dipraktikkan :

Rajah 4.3.2.1 kerja membengkokkan tetulang dan link dengan kaedah manual.

Cara membengkokkan tetulang menggunakan kaedah manual :

88

Kerja membengkok dilakukan setelah tetulang dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Tetulang diletakkan di atas meja kemudian dengan menggunakan alatan besi membengkok tangan, tetulang tersebut dibengkokkan perlahan-lahan. Tujuannya bagi mengelakkan besi atau tetulang retak rerambut atau patah.

Rajah 4.3.2.2

kerja membengkok besi menggunakan mesin.

Cara membengkokkan besi/ link menggunakan mesin : Biasanya besi yang dibengkok bertujuan membuat link. Besi yang telah dipotong diletakkan pada mesin dan dibengkokkan perlahanlahan.

89

Bentuk besi yang dibengkok mengikut saiz link yang diperlukan mengikut pelan.

4.3.3 Kerja Penyambungan Keluli/Tetulang Di Tapak Bina

4.3.3.1

Kelulusan

Semua alatan kimpalan atau pembakar tidak boleh digunakan di tapak bina tanpa mendapat kelulusan bertulis dari P.P kecuali selain ditunjukkan dalam pelan kontrak. Pemasangan Bolt bolt hendaklah terdiri daripada jenis-jenis yang berikut : Bolt Hitam hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 916 atau Piawaian British B.S 2708. Bolt cengkam kekuatan tinggi (C.K.T) hendaklah terdiri daripada bolt gred am yang mematuhi Piawaian British B.S 3139 : Bahagian 1. Sesendal untuk bolt C.K.T. hendaklah dari jenis yang menunjukkan beban yang sesuai dengan jenis dan mutu bolt yang digunakan.

4.3.3.2

Memasang Bolt

90

Kerja-kerja memasang Bolt di tapak bina bagi sambungan hendaklah mematuhi


fasal 62 Piawai B.S. 449, di mana bolt yang ditentukan hendaklah dari jenis yang menunjukkan beban supaya pencapaian pruf beban tegang boleh dikaitkan secara langsung kepada renggangan yang menggunakan pengukur tolok di atas kepala bolt ataupun sesendal. Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P untuk mendapatkan kelulusannya, jenis-jenis sistem penunjuk beban yang hendak digunakan dan juga nama pembuat bolt penunjuk beban atau sesendal tersebut. Sesendal hendaklah dibuat daripada besi terkeras dan mematuhi Piawaian British (B.S) 3139 dan hendaklah dipasang di bawah semua nat. bawah kepala bolt. Semasa kerja mengetat dijalankan, kepala bolt hendaklah dielakkan daripada berputar. Kerja mengecat bolt atau sesendal tidak boleh dijalankan tanpa mendapat kelulusan daripada P.P terlebih dahulu. Dalam semua aspek bolt dan kerja memasang bolt yang lain, fasal-fasal berkenaan di dalam Piawaian British B.S. 3294 : Bahagian I hendaklah dipatuhi. Di mana semua sesendal jenis penunjuk beban digunakan, ianya hendaklah dipasang di

91

You might also like