Cara Atasi Inflasi & Kemelesetan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CARA-CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI DAN KEMELESETAN EKONOMI Inflasi berlaku sebab terlalu banyak wang dalam

pasaran sehingga membawa kepada pertambahan permintaan. Kesannya : tingkat harga umum akan meningkat Kemelesetan ekonomi berlaku sebab kekurangan wang dalam pasaran menyebabkan jumlah permintaan terhadap barang dalam pasaran berkurang. 1. Inflasi *Penawaran wang naik *Permintaan Barang & perkhidmatan naik *Harga Barang naik *Gunatenaga penuh *Kos hidup naik, taraf hidup turun 2. Meleset *Penawaran turun *Permintaan barang & perkhidmatan turun *Harga barang turun *Penggangguran *taraf hidup naik ALAT - ALAT KEWANGAN: -Rizab tunai -Rizab berkanun -Kadar faedah -Surat Jaminan Kerajaan -Syarat Sewabeli 1. RIZAB TUNAI - ialah sebahagian daripada wang tunai yang disimpan oleh bank perdagangan berdasarkan jumlah deposit pelanggan Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar rizab tunai. Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman diturunkan. Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan turun. Penawaran wang dalam pasaran turun. Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan turun. Membawa kepada penurunan harga. Inflasi dapat dikawal. Semasa kemelesetan, bank pusat akan menurunkan kadar rizab tunai. Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman dinaikkan. Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan naik. Penawaran wang dalam pasaran naik. Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan naik. Kemelesetan dipulihkan. 2. RIZAB BERKANUN - ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit di bank perdagangan. Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar rizab berkanun. Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman diturunkan. Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan menurun. Penawaran wang dalam pasaran berkurang.Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan berkurang.Membawa kepada penurunan harga.Inflasi dapat dikawal.Semasa kemelesetan, bank pusat akan menurunkan kadar rizab berkanun.Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman dinaikkan.Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan meningkat.Penawaran wang dalam pasaran bertambah.Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan bertambah.Kemelesetan dipulihkan. 3. KADAR FAEDAH - kadar faedah pinjamanSemasa Inflasi, bank pusat akan mengarahkan bank perdagangan menaikkan kadar faedah pinjaman. Kos pinjaman kepda orang ramai meningkat. Jumlah pinjaman oleh orang ramai menurun. Penwaran wang dalam pasaran menurun. Permintaan pasaran barang & perkhidmatan menurun. Membawa kepda penurunan harga. Inflasi dapat dikawal. Semasa Kemelesetan, bank pusat akan mengarahkan bank perdagangan menurunkan kadar faedah pinjaman. Kos pinjaman kepda orang ramai menurun. Jumlah pinjaman oleh orang ramai meningkat. Penwaran wang dalam pasaran meningkat. Permintaan pasaran barang & perkhidmatan meningkat. Kemelesetan dipulihkan. 4. JUAL - BELI SURAT JAMINAN KERAJAAN - Surat jaminan kerajaan ialah pinjaman jangka panjang yang mempunyai jangka masamatang lebih setahun. Semasa inflasi, bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepda institusi kewangan dan orang ramai. Jumlah wang di tangan orang ramai merosot. Kuasa beli pengguna merosot/ Permintaan pasaran barangan berkurang Membawa kepda penurunan hargaInflasi dapat dikwalSemasa kemelesetan, bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan kepda institusi kewangan dan orang ramai. Jumlah wang di tangan orang ramai bertambah. Kuasa beli pengguna meningkat. Permintaan pasaran barangan meningkat. Kemelesetan dipulihkan.

You might also like