Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

KEGEMILANGAN TAMADUN CHINA SUMBER RUJUKAN DUNIA DALAM:

FAHAMAN KONFUSIUS KESENIAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze ahli falsafah China (terkenal pada Dinasti Chou) Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, tempat beliau dilahirkan Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan Ayahnya meninggal pada umurnya 3 tahun. Beliau tinggal bersama ibunya. Minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina sejak kecil. Sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik Tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun walau keluarganya susah

Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsipprinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

Konfusianisme merangkumi falsafah, keagamaan, dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM)

Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisantulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius

menekankan pengalaman nilai dan sifat moral yang mulia, iaitu mengenai kemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).

manusia berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik,iaitu perikemanusiaan (ren)kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi).

Falsafah kemanusiaan yang diasaskan oleh Konfucius (Kung-Fu-Tze) pada abad kelima S.M. Menjadi asas dan tulang belakang kepada budaya bangsa Cina.

Konfucianisme tidak memaksa kemestian mematuhi kepada prinsip-prinsip Konfucius tetapi telah menanamnya melalui pendidikan

lebih fokus ke atas manusia daripada perhubungan antara manusia dengan semangat atau roh.

Konfucius tidak bertujuan untuk mengembangkan satu kepercayaan agama tetapi menyarankan satu falsafah kehidupan yang berpusat pada konsep ren iaitu satu istilah yang boleh diterjemahkan sebagai kebaikan satu kesederhanaan bagi manusia.

Ajaran Konfucius menekankan keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li). Konfucius juga mementingkan muzik kerana pada pandangannya seni muzik dapat mengajar serta mendorong untuk seseorang mengeratkan hubungan baik dengan orang lain dalam kehidupan mereka. kedudukan raja disifatkan seolah-olah sebagai utusan dari langit dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasakuasa ghaib.

1. Mengarahkan fikiran kepada cara.

4. Mencari rekreasi dalam seni.

Confucius membagi proses ajarannya melalui 4 tahap Iiaitu:

2. Mendasarkan diri pada kebajikan.

3. Mengandalikan kebajikan untuk mendapat dorongan.

Hubungan suami isteri,

Hubungan bapa dengan anak,

Hubungan saudara tua dengan saudara muda,

Hubungan raja dengan pegawai,

Hubungan antara sahabat

Tamadun cina menjadi sumber rujukan dunia kerana mempunyai pengaruh yang luas, progresif, mempunyai hubungan atau berinteraksi dan mementingkan nilai moral.

Tamadun Cina sebagai sumber rujukan dunia melalui pelbagai pengaruh antaranya ialah konfusianisme (Confucianism), kesenian serta sains dan teknologi

Pengaruh Konfusianisme menjadikan tamadun cina sebagai sumber rujukan dalam falsafah pendidikan confusiusnya Menurut Confusius pendidikan adalah untuk semua tanpa mengambil kira

status sosioekonomi atau kedudukan sosial.


Matlamat pendidikan adalah untuk menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

Pendidikan moral -penekanan kepada nilai seperti hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua (ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi), keberanian (yong).

Buku-buku Confusius merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan: Muzik Puisi Kesusasteraan Sejarah Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang baik

pendidikan dalam falsafah Confusius beranggapan bahawa guru adalah sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir

guru haruslah mengenali dan memahami kebolehan dan bakat murid agar dapat memaksimumkan potensi yang mereka ada.

ajaran Confucius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang.

menuntut supaya seseorang menjaga adab dan tatasusila sesama manusia terutamanya kedua ibu bapa

SENI BINA

MUZIK

TEMBIKAR

KESENIAN TAMADUN CHINA


PEMENTASAN OPERA

LUKISAN

KALIGRAFI

SENI BINA
Tamadun China juga sangat dikagumi melalui seni binanya yang tersendiri dan unik. Sebagai contoh, istana-istana, rumah ibadat dan taman-taman maharaja. Kota-kota lama seperti Anyang dan Changan direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang serangan musuh. Tembok kota kebiasaannya berketinggian dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan berkeluasan dua puluh kaki ke atas.

Kota-kota lama seperti Anyang dan Changan direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang serangan musuh. Tembok kota kebiasaannya berketinggian dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan berkeluasan dua puluh kaki ke atas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Antara tembok yang terkenal di China ialah Tembok Besar China (The Great Wall of China).

TEMBIKAR (SERAMIK)
Seramik dan tembikar merupakan salah satu kesenian orang China sehinggakan tamaduntamadun lain merujuk tembikar sebagai China. Terdapat dua jenis seramik yang menarik dari segi estetikanya iaitu seramik seladon (celadonware) dan tembikar biru-putih (blue and white porcelain). Tembikar biru-putih yang dihasilkan oleh orang China sangat popular pada zaman Dinasti Ming.

Istilah seladon merujuk kepada seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta mempunyai persamaan dengan batu permata jed. Tembikar biru-putih (blue-white porcelain) bermula pada Dinasti Yuan pada abad ke 13 dan merupakan tembikar yang sebenar yang dicipta oleh tukang labu China serta dibuat dengan kemahiran yang tinggi. Tembikar ini bersifat keras, putih dan lutcahaya. Ianya dianggap sebagai satu revolusi dalam citarasa masyarakat China

LUKISAN
Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Nilai dan unsur lukisan perang China lebih tertumpu kepada falsafah, nilai-nilai dan citarasa orang China. Sebuah lukisan China merupakan kombinasi kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).

Kebiasaannya orang China hanya menggunakan dakwat hitam yang dikenali sebagai monokrom dan berus yang diperbuat daripada bulu kambing ketika melukis. Berdasarkan cara penyampaian, lukisan China tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu xieyi ataupun bebas tangan (freehand brushwork) dan gonghi yang menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir

Lukisan dalam kategori xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme dan tidak mementingkan aspek perspektif dan cahaya. Qi Baishi, pelukis China terkenal pada masa moden sebagai contoh tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri Antara tema-tema utama lukisan yang dihasilkan dalam Tamadun China ialah pemandangan semula jadi, flora dan fauna serta manusia.

KALIGRAFI
Perkataan kaligrafi pada umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dalam ketamadunan sistem kaligrafi China, ia dapat dibahagikan kepada lima bentuk yang utama iaitu zhuan-shu, li-shu, kai-shu, xingshu dan cao-shu.

Zhuan-shu ataupun turut dikenali sebagai skrip menterai atau cop mohor merupakan bentuk yang diambil daripada bekas menterai dan diubah kepada bentuk penulisan. Li-shu pula merujuk kepada skrip pengkeranian di mana ianya dicipta untuk memudahkan pementeraian zhuan-shu yang dianggap lambat dan tidak efisien. Li-shu turut dikenali sebagai tulisan ringkas dan digunakan secara meluas oleh para kerani dan pegawai.

Manakala Kai-shu atau skrip standard pula ialah bentuk yang diambil oleh bentuk Li-shu dan bersifat lebih ringkas dan kurang memberi fleksibiliti bagi orang yang mengadaptasikan bentuk ini. Kaligrafi jenis xing-shu atau skrip separa lengkung adalah lebih ringkas dari kai-shu dan dikenali sebagai berlari bebas. Cao-shu atau skrip lengkung terbentuk daripada unsur-unsur kai-shu tetapi ianya lebih mudah kerana para sarjana mendapati pengadaptasi bentuk ini adalah mirip kepada kelembutan membuat penulisan menggunakan berus berbanding dengan mana-mana bentuk penulisan yang terdahulunya.

PEMENTASAN OPERA
Pementasan opera ini terhasil melalui drama yang berkembang agak lewat semasa penaklukan Dinasti Yuan sekitar tahun 1927 hingga 1368 Antara drama yang popular pada zaman tersebut ialah drama jenis zaju iaitu drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik. Drama digunakan oleh penulis sebagai sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Douer Yuan yang bermaksud ketidakadilan Yuan.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum dan lahirlah pementasan opera. Pementasan opera merupakan salah satu kegemaran masyarakat China dan Konfusius menggunakan medium ini untuk menerapkan nilai moral dan etika.

MUZIK
Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsipprinsipnya seperti asal-usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad ke-4 Sebelum Masihi iaitu Kuan Tzu ataupun dikenali sebagai Book Of Master Kuan.

Semasa kemunculan Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti (140 - 87 S.M) telah menubuhkan Imperial Office of Music (Yuen Fu) yang bertindak sebagai badan yang mengumpul dan mengedit lagu klasik dan lagu-lagu rakyat serta membuat lagu untuk tentera, mengadapatasi gaya muzik asing dari budaya dari negara jiran dan mengumpul lagulagu tempatan Semasa pemerintahan Maharaja Hsuan Tsung (713 - 55) daripada Dinasti Tang, pihak istana telah menganjurkan Pear Garden Academy yang dapat menghasilkan ramai ahli muzik

Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan di mana muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila golongan petani inginkan hiburan secara beramai-ramai semasa menanam padi atau menuai padi manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat. Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat yang dikenali sebagai yayuah

SAINS DAN TEKNOLOGI

PENGENALAN
Salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains dan teknologi. Cina dalam situasi ini banyak memberi beberapa pengetahuan kepada dunia mengenai sains dan teknologi. Ini menunjukkan kecemerlangan tamadun Cina melalui pengaruh sains dan teknologi menjadi sumber rujukan dunia iaitu seperti dunia Barat.

Tamadun Cina menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingannya secara menyeluruh. Ia merangkumi bidang-bidang pertanian, matematik, astronomi dan kalendar, perubatan dan kesihatan, fizik, alkimia dan biologi, komunikasi, pengangkutan dan pelayaran, teknologi peperangan serta penciptaan lain. Antara dan sumbangan besar terhadap perkembangan teknologi serta sumber rujukan dunia ialah membuat kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas.

Teknologi Pertanian
Mencapai kemajuan yang pesat. Menggunakan kaedah penanaman secara batas dengan menggunakan alat semaian dan cangkul besi. Alat membajak menggunakan tenaga kerbau. Alat menampi bijiran yang lebih canggih dicipta iaitu kipas penampi berputar yang membolehkan pengasingan habuk daripada bijiran dengan lebih cepat.

Bidang Matematik
penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali dalam karya ahli metematik Xu Yue. Ahli matematik Cina juga mengenalpasti nilai pai, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Perkembangan Aljabar pula bermula pada abad ke-13 dengan membincangkan mengenai persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam Trigonometri.

Astronomi dan Kalendar


Penyediaan katalog bintang serta rekod tepat tentang gerhana dan komet. Mereka juga mencipta alat untuk kegunaan astronomi iaitu Gronom dan Glepsydra. Gronom digunakan bagi menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-bayang ketika waktu tengah hari. Clepsydra digunakan untuk mengukur masa. Orang Cina juga mengkaji astronomi untuk digunakan dalam sistem pentadbiran negara iaitu dengan penghasilan kalendar.

Perubatan dan Kesihatan


Terdapat dua peredaran iaitu darah yang dialirkan ke jantung dan Chi yang dialirkan oleh paru-paru. Kedua-dua aliran tersebut menyeimbangkan perjalanan ataupun fungsi badan manusia. Han Yu (762-824) menulis sebuah esei tentang penyakit beri-beri yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B1. Akhir sekali, orang cina menggunakan kaedah suntikan untuk mencegah penyakit cacar.

Fizik, Kimia, dan Biologi.


Falsafah fizik tamadun Cina berkait rapat dengan konsep Yin Yang. Ujikaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan termasuk bahan beracun telah menyebabkan ciptaan lain yang berfaedah. Mencapai kemajuan dalam bidang ternakan dan pertanian. Hal ini dapat dilihat menerusi penggunaan binatangbinatang dalam kehidupan harian bagi tujuan ekonomi.

Komunikasi, Pengangkutan dan Pelayaran


Layang-layang telah dicipta bagi tujuan perhubungan disamping sebagai barang permainan. Masyarakat pertama yang mencipta peta bantuan yang mengandugi garis kontur yang menunjukkan ketinggian sesuatu kawasan. Orang Cina telah membina terusan pengangkutan yang paling awal di dunia.

Contoh terusan tamadun Cina ialah Terusan Besar, Terusan Magik dan Terusan Berkunci. Satu lagi sumbangan besar tamadun Cina ialah dalam bidang perkapalan. Komander Wang Chen-O pernah menggunakan kapal roda berdayung untuk digunakan dalam peperangan.

Teknologi peperangan
Penggunaan gas beracun itu pada awalnya untuk menghapuskan serangga perosak. Selepas itu, ia mula digunakan untuk menyembur gas beracun ke dalam kota-kota musuh yang dikepung. Satu senjata tradisional Cina ialah busur silang (crossbow) yang digunakan untuk memburu. Serbuk peletup telah dicipta oleh ahli-ahli kimia Daoisme.

Pelbagai jenis senjata telah dicipta dengan terciptanya serbuk letupan seperti panah berapi, bom bunyi petir dan bom petir pecah. Periuk api tanah talah dicipta pada sekitar 1277. Selain penciptaan bom, tamadun Cina juga mencipta alat isyarat yang dikenali sebagai bom isyarat yang berfungsi untuk meminta bantuan.

Penciptaan lain
Orang Cina telah mencipta pelbagai alatan sampingan yang berguna kepada perkembangan tamadun manusia dan kecemerlangan tamadun Cina. Antaranya ialah penciptaan kompas, teknik membuat kertas, alat pencetakan, pam rantai, mancis dan payung.

RUMUSAN
Jelaslah bahawa kecemerlangan tamadun Cina melalui pengaruh sains dan teknologi menjadi sumber rujukan dunia seperti dunia Barat. Bidang tersebut menjadi sumber rujukan dunia melalui pengaruh sains dan teknologi. Antara dan sumbangan besar terhadap perkembangan teknologi serta sumber rujukan dunia ialah membuat kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas.

You might also like