Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 36000 TELUK INTAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BILANGAN 3/2012


Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran : : : : : 18 Julai 2012 (Rabu) 2.00 petang Makmal Komputer Puan Nor Asiah bt. Ahmad (Guru Besar)

1. Puan Nor Asiah bt. Ahmad 2. En. Dawam bin Arshad 3. En. Azli bin Abdul Kadir 4. En. M Najib bin Hisham
5. Cik Noor Fatheeha bt. Mohammad 6. En. Mohd Faizol Hafiz bin Abdul Razak 7. En. Muhammad Munazir bin Mohamad 8. En. Ahmad Khairuddin bin Ahmad Shuhaili Agenda : 1.0 Ucapan Pengerusi

Guru Besar GK Pentadbiran GK HEM GK Koku

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan memulakan mesyuarat dengan
bacaan ummul kitab. 1.2 Pengerusi memaklumkan amanat daripada tuan PPD berkaitan Pembentangan PPT Jiran Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak. Rumusan

1.3

Mohon guru mata pelajaran UPSR membuat perbandingan pencapaian Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 dan 2012 agar dapat melihat sejauh mana keberkesanan P&P guru dan Program Kecemerlangan yang dijalankan. Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat JKKS Bil. 2/2012 2.2 Cadangan disahkan : En. M Najib bin Hisham
2.3 Disokong oleh : En Ahmad Khairuddin bin Mohd Suhaili

3.0 Membincangkan Perkara Berbangkit

3.1 En. Dawam bin Arshad bertanyakan status perkara 8.2 iaitu pemeriksaan doktor ke atas
murid tahun 2, Tasmin bin Shamsuddin.

3.2 Penyelaras LINUS, En. Ahmad Khairuddin menjelaskan bahawa murid tersebut telahpun
lulus dalam Saringan LINUS yang telah dilaksanakan. Tindakan : Makluman

4.0 Analisis Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2012 4.1 Setiausaha Peperiksaan, En. Faizul Hafiz
telah membentangkan keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR bagi tahun 2012 ( rujuk lampiran ). 4.2 Analisis Peperiksaan Percubaan UPSR berdasarkan semakan verifikasi dan justifikasi pencapaian mata pelajaran UPSR telah dibentang oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR (rujuk lampiran). 4.3 Mata pelajaran kritikal (UPSR) Sains dan Bahasa Inggeris, walau pun semua lulus (100 %). Tindakan : Makluman

5.0 Perancangan dan Persediaan Peperiksaan UPSR dan Akhir Tahun


5.1 Berdasarkan analisis item mengikut mata pelajaran, semua guru diminta membantu murid-murid tahun 6 melalui program mentor-mentee. 5.2 Murid tahun 6 digalakkan membeli dan membaca buku-buku rujukan UPSR untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam sesuatu mata pelajaran. 5.3 Tarikh PAT untuk tahun 3,4 dan 5 ialah mulai 29 Oktober 2012. 5.4 Semua sukatan hendaklah dihabiskan. 5.5 Keputusan PAT merupakan TOV tahun hadapan. 5.6 Soalan hendaklah digubal oleh guru mata pelajaran masing-masing berpandukan JSU dan disemak oleh ketua panitia. 5.7 Semua Ketua Panitia hendaklah mengenalpasti kelemahan pelajar dan kelemahan pengajaran serta mengambil tindakan segera termasuk membimbing guru-guru mata pelajaran masing-masing. 5.8 Semua Ketua Panitia hendaklah memastikan semua pengajaran guru telah meliputi topik-topik yang telah ditetapkan oleh pihak JPN. Analisis serta latih tubi mana-mana topik yang penting, atau ajar semula topik-topik berkenaan, jika perlu (contoh mata pelajaran Matematik). 5.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Memastikan tahap cemerlang kepada kerja kursus para pelajar. Pemantauan berterusan oleh Guru besar dan guru kanan, yang bertanggungjawab sebagai Ketua Pentaksir Sekolah. Tindakan : Semua Guru

6.0 Pelaporan daripada Panitia bagi Suku Tahun Ketiga (status pelaksanaan program panitia) 6.1 Semua Ketua Panitia melaporkan status pelaksanaan dan pencapaian sasaran panitia
masing-masing.

6.2 Secara umum majoriti panitia melaporkan bahawa pelajar yang tidak mencapai sasaran
yang diharapkan berpunca daripada kurang penguasaan topik-topik yang telah diajar ketika di tahun 4 dan 5. Oleh itu, beberapa strategi telah dirancang dan sedang serta akan dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian tersebut. En. Dawam, Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa lima minit pertama P & P akan digunakan untuk membimbing murid dalam mengingat kata kunci soalan bahagian B dan cara penggunaannya. Bagi pelajar tahun 6, ulangkaji topikal dilakukan untuk membantu mempertingkatkan pencapaian pelajar di bahagian A dan B. En. Azli bin Abd Kadir, Ketua Panitia Matematik melaporkan bahawa antara punca sasaran tidak tercapai OTR 3 (UPSR) bagi mata pelajaran Matematik ialah pelajar tidak menguasai topik dengan baik dan tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu penekanan kepada topik-topik tersebut berdasarkan konstruk peperiksaan akan diberi keutamaan semasa P & P. Cik Noor Fatheeha bt. Mohammad, Ketua Panitia Bahasa Inggeris melaporkan bahawa semua murid tahun 6 telah lulus dalam peperiksaan Percubaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Berdasarkan analisis item yang telah di buat, kelemahan murid telahpun dikenalpasti. Beliau akan memberi pelajar lebih banyak latih tubi, mengajar semula topik-topik berkenaan serta ujian semula akan dijalankan untuk membaiki kelemahan pelajar-pelajar berkenaan. En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Ketua Panitia Bahasa Melayu melaporkan semua pelajar menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Program Nilam yang dijalankan juga menyumbang kepada penguasaan Bahasa Melayu pelajar. Tindakan : Semua Ketua Panitia dan Semua Guru 7.0 Program Peningkatan Akademik 7.1 Pelaksanaan Mentor- Mentee 7.2 Kelas Anjal 7.3 Kepong Latih tubi / Soalan-soalan Tahun Lepas 7.4 Bacaan Yasin setiap hari Jumaat 7.5 Bacaan Yasin dan Solat Hajat bersama PIBG pada 9 Ogos 2012 dan 6 September 2012 7.6 Motivasi Perhimpunan Mingguan ( Isnin ) 7.7 Sentuhan Emas oleh Guru besar dan Guru Kanan Tindakan : S/U Peperiksaan 8.0 Status Perlaksanaan Program Kementerian 8.1 LINUS

6.3
6.4

6.5

6.6

6.7

8.1.1 8.1.2

En. Mohd Faizul telah memaklumkan bahawa tujuh orang murid telah mencapai kategori PERDANA. En. Ahmad Khairuddin pula menjelaskan bahwa semua pelajar tahun satu telah mencapai kategori PERDANA sejak bulan Mac yang lalu lagi.

8.2 PEKA 8.2.1 8.3 PAFA 8.3.1 8.4 KSSR 8.4.1

Encik Dawam pula menjelaskan bahawa semua pelajar tahun enam telah 90% menyelesaikan PEKA yang telah diwajibkan oleh KPM. Ustaz M Najib menjelaskan bahawa ujian PAFA ini berjalan sepanjang tahun dan penilaian akan diberi kepada semua pelajar. Panitia Sains telah menggunakan buku WAJA yang dibekalkan sebagai sokongan kepada bahan pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 4,5, dan 6. Ia akan digunakan sehingga ke akhir tahun. Panitia Matematik juga menggunakan modul yang sama dan akan diteruskan sehingga ke akhir tahun. Tindakan : Semua Guru

8.4.2

9.0 Hal-hal Lain 9.1 Semua guru diminta mengoptimumkan masa P & P dengan turut menangani kes pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Perkara ini hendaklah dibincangkan bersama-sama dengan Guru Kanan Pentadbiran. 9.2 Sense Of Urgency - Perkembangan pelajar Tahun 6 akan sering diikuti dari masa ke Semasa, sementara pertemuan dan perbincangan akan dijalankan secara formal dan tidak formal Tindakan : Semua Guru 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 Pengerusi mohon kerjasama semua guru terutamanya membantu sekolah bagi memastikan agar target UPSR 2012 mencapai kualiti 5A : 2 orang dan kuantiiti lulus 100 % serta GPS 1.20 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : ................................................ ................. (MUHAMMAD MUNAZIR B. MOHAMAD) Setiausaha JKKS

Disemak oleh : ........................................................ (NOR ASIAH BINTI AHMAD, P.J.K) Guru Besar SK Sungai Durian, Teluk Intan

You might also like