Tugasan 12 Page

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI 1.

SITI KHATIJAH BT KASSIM D20071029770

MUNIROH BT ZAKARIA D20071029823

PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP

PROF. SUPLI EFFENDI BIN RAHIM

FAKULTI SENI DAN MUZIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009

PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T, bersyukur kami kehadrat Ilahi atas limpah kurnianNya, kami telah berjaya menyiapkan tugasan penyelidikan ilmiah yang dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kemahiran Hidup. Kajian tinjauan berkenaan dengan tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di Sekolah Menengah Teknik Sg. Petani 1 ini merupakan kajian yang telah saya kupas dalam kajian ilmiah ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Prof Dr. Supli Effendi selaku penyelia projek penyelidikan yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan penyeliaan yang sempurna sepanjang kami menjalankan kajian ini. Tidak lupa, penghargaan ini saya tujukan kepada pengetua, guru-guru serta kakitangan Sekolah Menengah Teknik Sg. Petani 1 kerana telah memberikan banyak maklumat yang amat membantu saya dalam menyiapkan kajian tinjauan ini. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya tujukan khas buat seluruh ahli keluarga kami di atas sokongan dan juga suntikan semangat yang mereka berikan kepada kami. Seterusnya kepada rakan-rakan seprogram, terima kasih diucapkan atas sokongan dan pendapat yang bernas daripada anda semua. Kami amat bersyukur kepada Allah SWT kerana atas izinnya, kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam tugasan penyelidikan ilmiah ini. Sekian, terima kasih. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Peranan pendidikan teknik dan vokasional pada abad ini amat mencabar yang mana bidang ini menpunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kaedah metodologi yang digunakan ialah kaedah soal selidik dan sebagai instrument. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang guru Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Lapan aplikasi utama yang dikemukakan adalah operasi asas komputer,pengurusan fail, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan multimedia, pengkalan data, grafik serta internet dan komunikasi. ABSTRACT This paper presents research undertaken to determine the level of computer uses in teaching and learning . This research also to determine whether differential has in computer uses based on gender and teaching of experience. This century, Technical and Vocational Education play an important role. It has faces a lot of challenges in increasing the uses of Information Technology in teaching and learning process due to suit the changes of ICT era. The study instruments used are questionnaires. Questionnaires were distributed to 20 teachers in Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Eight main scopes in the questionnaires are basic operation in computer, file management, word processing, spreadsheet, multimedia, presentation, database, graphic and internet and communication.

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan negara mengalami banyak perubahan kesan daripada peredaran zaman yang mementingkan sains dan teknologi seperti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain terpaksa mengadaptasikan fenomena globalisasi dan liberalisasi yang berlaku di serata dunia. Peranan yang dimainkan oleh teknologi maklumat sangat meluas meliputi proses menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian intranet atau internet. Oleh yang demikian, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer juga sangat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan aplikasi komputer yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. lsu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan komputer di kalangan guru-guru secara amnya. 1.1 PERNYATAAN MASALAH Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. Persoalan yang timbul sekarang ialah: 1. Adakah para pendidik kita telah dapat menguasai tahap kemahiran yang baik dalam penggunaan komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 2. Sejauh mana guru-guru dapat menguasai kemahiran dalam menggunakan komputer. 3. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Pengetahuan dan persepsi guru terhadap komputer dalam pendidikan sangat penting kerana merekalah yang akan mencorak dan membentuk generasi muda ke arah persediaan menghadapi ledakan teknologi maklumat yang kian mencabar pada masa kini.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional. Sehubungan itu, Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Sekolah Menengah Teknik Sg.Petani 1 . 2. Mengenalpasti perbezaan terhadap penggunaan komputer mengikut jantina. 3. Mengenalpasti perbezaan terhadap penggunaan komputer mengikut pengalaman mengajar.

4. Mengesan masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer di sekolah. 1.3 KEPENTINGAN KAJIAN Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antara kepentingan kajian ini di lakukan adalah untuk : 1. Mengetahui tahap penggunaan komputer dalam pengajaran di kalangan guru-guru dan kemampuan guru-guru menggunakan kemudahan tersebut dengan cara yang betul dan berkesan. 2. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan seterusnya mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan penggunaan komputer. 3. Membantu pihak pengurusan sekolah untuk mengatur strategi, latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh para guru bagi meningkatkan lagi keyakinan guru dalam penggunaan komputer seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti para guru. 4. Membolehkan Kementerian Pelajaran selaku perancang pendidikan menkaji tentang tahap penggunaan komputer di kalangan guru supaya mereka dapat merancang aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran guru untuk proses pengajaran.

1.4 DEFINISI ISTILAH 1.4.1Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah kemudahan komunikasi yang mana ia mempunyai ciri-ciri dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan sebahagian daripada aktiviti pendidikan. ICT merupakan penambahan daripada IT untuk menerangkan satu definisi yang lebih luas berkaitan pembangunan teknologi yang semakin berkembang.

1.4.2 Komputer Komputer adalah merupakan alat atau sistem elektronik yang berupaya menyimpan rnaklumat yang banyak dan kompleks serta membolehkan maklumat tersebut diperolehi, dianalisis pada bila-bila masa yang dikehendaki. Komputer dalam kajian ini ialah peralatan yang digunakan di sekolah untuk menyimpan, mengeluarkan, menganalisi, dan membantu guru-guru bagi tujuan pengurusan dan pengajaran di sekolah.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN Bab ini membincangkan tentang kajian yang berkaitan dengan tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu komputer di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Pengajaran membincangkan tentang pengaplikasian komputer yang mampu menjadikan proses pengajaran lebih menarik untuk mengikuti sesi pembelajaran. Dalam bab pendidikan teknik dan vokasional, membicarakan tentang cabaran pihak sekolah terutamanya sekolah menengah teknik dan vokasional , 2.1 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Menyampaikan pengajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan menggunakan multimedia ke dalam komputer. Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati. (Voogt dan Odenthal, 1997, 1999) yang menekankan kepada pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing

2.2 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI 1 SMTSP1 dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 terletak di kawasan seluas 41 ekar di Lot 82, Kampung Sungai Tukang, Sungai Petani, Kedah Darulaman.. Dalam usaha beliau untuk membestarikan sekolah, bekalan sumber internet secara 'wireless' telah sampai ke belakang bengkel. SMTSP1 dalam sejarahnya telah menempa beberapa kejayaan seperti Anugerah Sekolah 5 Bintang dan Anugerah Sekolah Harapan Kategori Teknik dan Vokasional. 2.3 KAJIAN KES Terdapat beberapa hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu berkaitan dengan penggunaan komputer. Kajian dibuat daripada pelbagai respondan daripada guru-guru sekolah yang terdiri daripada sepuluh orang guru lelaki dan juga sepuluh orang guru perempuan.

2.3.1 KAJIAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH Pengajaran diuruskan komputer berperanan membantu proses pengurusan dalam bilik darjah. Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikan yang lain. CMI digunakan dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pelajar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan. 2.5.2 KAJIAN TENTANG JANTINA DAN KOMPUTER Kajian Kay (1993) mendapati sikap responden perempuan adalah sama dengan sikap responden lelaki terhadap komputer. Ini bertepatan dengan dapatan kajian Yusri dan Wan Mohd Rani (2001) yang mengatakan tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina lelaki dan perempuan terhadap penggunaan komputer. Daripada kajian kajian yang telah ditinjau, dapatlah dirumuskan bahawa kajian-kajian awal menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan sikap terhadap penggunaan komputer. 2.4 KESIMPULAN Penggunaan komputer adalah penting bagi meningkatkan mutu.Pengajaran dan pembelajaran di zaman yang serba kompetitif dan mencabar ini. Selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia, maka semua warga guru sekolah perlu menyahut seruan ini agar celik kom puter.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN Dalam bab ini, penkaji akan membincangkan tentang bagaimanakah langkah dan bagaimana cara penyelidik merancang serta seterusnya mereka pelan tindakan dalam proses untuk membuat kajian untuk mendapatkan suatu dapatan yang akan digunakan dalam membuat rumusan atau kesimpulan terhadap persoalan yang hendak dikaji oleh penyelidik iaitu persoalan mengenai tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik Sg Petani 1. Dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan mengenai 3.0 pendahuluan, 3.1 reka bentuk kajian, 3.2 instrumen kajian, 3.3 pengumpulan dan analisis data.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang guru Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 yang mana penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dalam melakukan penyelidikan mengenai tahap penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu. Kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik sesuai digunakan dalam kajian ini kerana data responden yang terlibat adalah ramai iaitu seramai 20 orang. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk menggunakan kaedah lain selain borang soal selidik. Hal ini kerana bedasarkan faktor kekangan masa yang dialami penyelidik sendiri dan juga berkait rapat dengan kebolehan atau keupayaan responden dalam menjawab soalan dalam borang soal selidik. 3.2INSTRUMEN KAJIAN Insrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik iaitu dimana borang soal selidik ini mempunyai bahagian A iaitu maklumat diri responden daripada aspek jantina, umur, kelulusan akademik, tahun kelulusan diperoleh dan pengalaman mengajar. Bahagian B pula ialah maklumat tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik Sg Petani 1.

3.3 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Analisis yang dilakukan terhadap data yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik tersebut akan menghasilkan dapatan-dapatan atau hasilan-hasilan yang akan digunakan untuk membuat kesimpulan terhadap masalah yang dihadapi berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 PENGENALAN Bab ini akan menghuraikan secara terperinci dapatan daripada analisis data yang diperoleh daripada 20 orang responden. Instrumen utama yang digunakan iaitu soal selidik. Data yang diperoleh daripada instrument soal selidik ini telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dalam bentuk Jadual. Di akhir bab ini, analisis dapatan kajian berdasarkan soalan kajian akan dikemukakan. 4.1 INSTRUMEN SOAL SELIDIK Bahagian A (Maklumat Guru) Antara pecahan item dalam bahagian A adalah jantina responden. 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 12 40.0 Perempuan 18 60.0 Jadual 4.2.1 di atas menunjukkan jumlah responden yang digunakan di dalam kajian ini adalah seramai 20 orang. Respondan perempuan seramai 10 orang dengan peratusan sebanyak 50%. Manakala responden lelaki terdiri daripada 10 orang dengan peratusan sebanyak 50%. 4.2 DAPATAN PERSOALAN KAJIAN Bahagian ini akan membincangkan huraian berkaitan dengan ujian dan dapatan terhadap persoalan kajian.. Purata min yang diperoleh dari beberapa unit akan dipadankan dengan satu nilai min untuk melihat tahap yang dibuat dalam skala Likert. Skala likert Skala Min Tahap Penggunaan Tidak Pernah 0.00 1.00 Sangat Rendah / Sangat Negatif Jarang 1.01 2.00 Rendah / Negatif Sederhana 2.01 3.00 Sederhana / Natural Kerap 3.01 4.00 Tinggi / Positif Sangat Kerap 4.01 5.00 Sangat Tinggi / Sangat Positif

Jadual di atas menunjukkan ukuran min tertentu bagi setiap point dalam skala likert. Penggunaan min adalah bertujuan untuk mencari purata penilaian respon yang diperoleh. Nilai min atau purata yang diperoleh akan menentukan tahap penilaian pengetahuan dalam penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru di Sekolah Menengah Teknik Sg Petani 1. Analisis data ini adalah penting bagi menentukan purata maklum balas bagi setiap pernyataan soalan dalam borang soal selidik. Ia penting untuk membuat kesimpulan atau pun rumusan bagi keseluruhan dapatan kajian melalui analisis data yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, majoriti responden kerap menggunakan program pemprosesan perkataan untuk tujuan pengajaran seperti menyiapkan soalan peperiksaan atau ujian, menyediakan nota dan soalan-soalan latih tubi, mereka juga kerap mengemaskini fail-fail di dalam komputer serta tahu tentang operasi-operasi asas yang terdapat dalam komputer. Namun, rata-rata responden jarang atau kurang menggunakan program lain seperti hamparan elektronik, persembahan multimedia, pengkalan data, grafik serta internet dan telekomunikasi untuk tujuan pengajaran. 4.4 KESIMPULAN Hasil daripada dapatan kajian yang diperoleh, didapati bahawa penggunaan komputer dalam kalangan responden adalah pada tahap sederhana. Perbezaan tahap penggunaan komputer dalam kalangan responden dapat dikenalpasti berdasarkan pengalaman perbezaan jantina. Terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengajaran. Cadangan kepada masalah-masalah ini akan dibincangkan di bab seterusnya.

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN & KESIMPULAN 5.0 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan hasil kajian berkenaan tahap penggunaan komputer dalam pengajaran serta masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengajaran. Hasil kajian ini kemudiannya akan dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian seperti yang diutarakan dalam bab 1. Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan kepada data yang diperoleh. Selain daripada perbincangan dan rumusan, bab ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru. 5.1 RINGKASAN KAJIAN Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpaasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap penggunaan komputer mengikut jantina dan pengalaman mengajar.

5.2 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al.1993). Dalam Konteks kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam penggunaan komputer. Bahagian ini dibahagikan kepada lapan aplikasi iaitu operasi asas komputer, pengurusan fail, pemprosesan perkataan, penggunaan hamparan dan sebagainya. Berikut adalah persoalan kajian dalam penyelidikan ini : i. Sejauh manakah tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru di sekolah ini? ii. Adakah wujud perbezaan terhadap tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah ini berdasarkan jantina? iii. Adakah wujud perbezaan terhadap tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah ini berdasarkan pengalaman mengajar?

iv.

Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan komputer di sekolah?

5.3 KESIMPULAN Hasil daripada kajian yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1, di dapati majoriti responden masih kurang menggunakan komputer dalam pengajaran. Terdapat beberapa program sahaja yang tinggi tahap penggunaannya seperti pemprosesan perkataan dan pengurusan fail. Majoriti responden menggunakan program-program lain seperti hamparan elektronik, persembahan multimedia, hamparan elektronik, grafik serta internet dan telekomunikasi pada tahap sederhana. Walaupun tahap penggunaan komputer dalam kalangan responden masih kurang tetapi mereka bersikap positif terhadapnya. Majoriti daripada responden bersetuju bahawa pengurusan pengajaran menjadi lebih cekap dengan menggunakan komputer serta dapat memudahkan kerja mereka. Namun, mereka lebih gemar malakukan kerja secara manual kerana kurang mahir terhadap sesetengah aplikasi yang terdapat dalam komputer. Justeru, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak berkenaan untuk memantapkan lagi institusi pendidikan dalam menghadapi kemajuan teknologi serta meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber yang mana ianya banyak bergantung kepada profesion perguruan.

BIBLIOGRAFI Ellington, H, Percival, F. & Race, P. (1993). Handbook of Educational Technology. London: Kogan Page Limited. Kay, R. H. (1990). Predicting Student Teacher Commitment to Use the Computers. Journal of Educational Computing Research, 6(3):299-309. Portal rasmi sekolah menengah teknik sg petani 1. http://www.e-smtsp1.net/page.php?5 .Diperoleh pada febuari 25 2010.
Rosilawati Binti Baharom Laporan (2008). Kajian Terhadap tapap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di sekolah menengah teknik Alor Setar. Tesis Sarjana Falkulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Voogt dan Odenthal, 1997, 1999: Teknologi Pendidikan, Penerbitan Erlangga, 1988. Yusni Abd Rahman dan Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaan Guru Menggunakan Komputer dalam Menajalankan Tugas Pentadbiran dan Pengajaran: USM, Pulau Pinang. Zana 2009 http://www.angelfire.com/me4/zana/kompdlmpnp.htm diperoleh pada febuari 26 2010

You might also like