Ciri-Ciri Penilaian

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

CIRI-CIRI PENILAIAN

MERANCANG S I S T E M A T I K

MELAKSANAKAN PENILAIAN

MEREKOD

MELAPOR

TINDAKAN SUSULAN

MERANCANG

Menentukan hasil pembelajaran, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Dalam pengajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan (PSK), guru haruslah menyediakan hasil pembelajaran yang berkaitan dengan tema yang ingin disampaikan pada hari tersebut. Contohnya, tema Malaysia Negaraku.

MELAKSANAKAN PENILAIAN
Menilai hasil pembelajaran boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, lisan dan penulisan.

Pemilihan kaedah penilaian berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang


hendak dinilai dan kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Ketiga-tiga kaedah ini telah dipilih mampu:


1. Mampu mengesan serta-merta penguasaan hasil pembelajaran dalam pengajaran harian. 2. Mengesan kemajuan, kekuatan, kebolehan, perkembangan murid selepas beberapa pembelajaran. 3. Mengesan pencapaian selepas melaksanakan ujian bertulis dan ujian lisan.

MEREKOD
Aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Aktiviti merekod perlulah dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat menyeluruh mengenai penguasaan pembelajaran murid agar guru mudah untuk membuat rujukan apabila diperlukan. Rekod boleh dibuat dalam dokumen seperti:
1. Buku rekod mengajar. 2. Laporan kemajuan murid. 3. Rekod profil murid.

MELAPOR
Proses penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid dari semasa ke semasa dalam bentuk markah atau gred kepada pihak-pihak tertentu. Isi laporan adalah berdasarkan maklumat yang telah direkod sebelum itu. Antara yang dilaporkan oleh guru adalah prestasi akademik, displin dan perkembangan potensi murid. Terdapat dua jenis laporan iaitu:
1. Laporan lisan 2. Laporan bertulis.

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan adalah aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Tujuannya supaya tidak terhimpun masalah pembelajaran seterusnya dan murid cerdas terus maju. Dalam mengendalikan tindakan susulan guru boleh:
1. Menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid. 2. Memberi perhatian dan bimbingan yang rapi secara individu atau kumpulan. 3. Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

You might also like