Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Pengurusan Pelaburan Awam.

Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi dana pencen dan kumpulan wang simpanan, dana unit amanah, dana insurans dan tabung haji. Menurut SCA, bidang kuasa pengawalseliaan Suruhanjaya terhadap skim pelaburan kolektif sedemikian merangkumi dana unit amanah, dana amanah harta dan dana tertutup, tetapi tidak meliputi skim pelaburan kolektif yang lain seperti dana pencen dan kumpulan wang simpanan, dana insurans dan tabung haji. Daripada dana ini, unit amanah membentuk bahagian yang besar. Suruhanjaya sebagai badan yang bertanggungjawab dalam memastikan industri pengurusan pelaburan beroperasi dengan teratur dan cekap menerbitkan lesen kepada perantara dalam industri dan juga mempertimbangkan permohonan untuk menubuhkan dana unit amanah, dana amanah harta dan skim pelaburan kolektif yang lain, dan juga terbitan dan tawaran untuk jualan instrumeninstrumen tersebut kepada awam. Suruhanjaya juga mempertimbangkan permohonan terhadap pengecualian/ kelainan daripada garis panduan dan juga merangka polisi dan peraturan untuk dana unit amanah serta skim pelaburan kolektif yang lain bawah kawal seliaannya. Pada tahun 2002, Suruhanjaya telah menerbitkan empat nota amalan dan satu set garis panduan untuk menggalakkan industri unit amanah yang lebih efektif dan persekitaran pelaburan yang lebih baik bagi pelabur.

Sejajar dengan matlamat memberi kelonggaran kepada industri pengurusan pelaburan secara berperingkatperingkat, Practice Note 16 on Eligibility of Management Companies telah diterbitkan bagi melonggarkan lagi keperluan yang telah ditetapkan terhadap hak milik syarikat pengurusan unit amanah. Polisi baru ini diperkenalkan untuk membenarkan sesebuah kumpulan syarikat untuk mempunyai kepentingan dalam lebih daripada satu syarikat pengurusan unit amanah. Kelonggaran ini diperkenalkan setelah mengambil kira kerumitan struktur

pemegangan saham yang semakin bertambah dalam dunia korporat. Walaupun diberikan kelonggaran, beberapa syarat telah dikenakan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan yang mungkin timbul dan untuk memastikan ada kawalan untuk mengurangkan perkara sedemikian, termasuk mengehadkan penguasaan pemegang saham hanya ke atas sebuah syarikat pengurusan unit amanah, mengehadkan hak mengundi tidak melebihi 20% daripada saham undian syarikat yang mana pemegang saham tersebut mempunyai kepentingan minoriti, dan tidak membenarkan pemegang saham melibatkan diri dalam pengurusan harian syarikat atau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah atau ahli jawatankuasa pelaburan dalam syarikat yang pemegang saham itu mempunyai kepentingan minoriti.

Pada tahun 2002 juga, Suruhanjaya telah menerbitkan Guidelines on Property Trust Funds yang telah disemak semula untuk memudahcarakan pengenalan produk pengurusan pelaburan yang pelbagai dan berorientasikan permintaan di pasaran modal Malaysia. Semakan semula garis panduan tersebut telah dijalankan untuk menggalakkan pertumbuhan industri tabung amanah harta, di samping merangsang sector harta tanah di Malaysia. Garis panduan tersebut memberikan lebih kelonggaran dalam operasi berkaitan dana amanah harta, termasuk skop pelaburan yang lebih luas dan had pelaburan yang lebih liberal bagi portfolio pelaburan dana. Dengan kelonggaran tersebut, dana amanah harta diberi peluang untuk melabur dalam kelas aset yang lebih pelbagai, termasuk pelaburan dalam instrumen yang dibenarkan, seperti aset berkaitan harta tanah sebenar, untuk menggalakkan lebih fleksibiliti dari segi pengagihan aset. Proses liberalisasi ini juga meliputi keperluan terhadap tebaran dan tumpuan pelaburan, untuk mengurangkan risiko kepada pelabur dengan mempelbagaikan pengagihan aset tabung. Di samping itu, garis panduan ini juga memperkenalkan perubahan ketara kepada kriteria kelayakan syarikat yang ingin menyertai industri amanah harta, iaitu kini merangkumi anak syarikat induk harta dan syarikat pembangunan harta.

Pengurusan amat penting dalam sebarang aktiviti. Pengurusan pelaburan awam berkait dengan persekitaran ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara. Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat merangsang perkembangan aktiviti ekonomi dan sosial. Persekitaran ekonomi yang baik seterusnya akan menentukan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti pelaburannya. Pengurusan pelaburan awam berkait dengan pentadbiran aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pengurusan ini bertujuan untuk memastikan setiap organisasi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri mematuhi prosedur penting untuk melaksanakan projek dan polisi pelaburan yang ditetapkan kerajaan. Secara umumnya kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan tiga ejen ekonomi iaitu isi rumah, firma dan institusi perbankan. Dalam konteks pelaburan awam, setiap ejen ekonomi mempunyai bentuk hubungan tertentu dengan pihak kerajaan. Isi rumah ialah seorang individu atau kelompok individu yang berperanan menyediakan perkhidmatan kepada firma dan kerajaan dengan tujuan untuk memperoleh upah atau gaji. Upah yang diperoleh akan digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh firma untuk

memaksimumkan tingkat kepuasan. Sekiranya upah atau gaji yang diperoleh oleh isi rumah melebihi had pendapatan bercukai, mereka mestilah membayar cukai kepada kerajaan.

Firma ialah entiti perniagaan yang berfungsi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan dengan tujuan memperoleh keuntungan maksimum. Keuntungan yang diperoleh oleh firma dikenakan cukai korporat oleh kerajaan. Firma membayar sejumlah cukai korporat kepada kerajaan mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Firma membayar upah atau gaji kepada isi rumah terhadap perkhidmatan yang disediakan. Bank dan institusi kewangan mempunyai perkaitan dengan ejen-ejen ekonomi melalui aktiviti deposit dan penyediaan kredit. Bank dan institusi kewangan menjadi perantara kepada ketigatiga isi rumah, firma dan kerajaan. Aktiviti bank dan institusi kewangan tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui aktaakta tertentu. Projek pelaburan awam diuruskan oleh organisasi kerajaan tertentu sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Di peringkat negeri, pelaksanaan pelaburan awam dikendalikan melalui pengawasan dan pengurusan agensi kerajaan seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan JawatankuasaJawatankuasa tertentu. Manakala di peringkat pusat melibatkan kementerian dan agensi tertentu seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya,

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Unit Perancangan Ekonomi Pusat dan kementerian lain yang berkaitan.

Semua cadangan projek awam yang dicadangkan oleh semua peringkat pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan semestinya dinilai sebelum dipilih untuk dilaksanakan setiap tahun. Projek ini akan dinilai secara terperinci terutamanya dari segi faedah dan kos. Penilaian faedah dan kos haruslah dikaitkan dengan persekitaran ekonomi, politik dan sosial agar penilaian secara menyeluruh dapat dibuat oleh panel penilai. Sesetengah cadangan mempunyai hubungan ekonomi dengan cadangan yang lain dan sesetengahnya mempunyai hubungan sosial. Oleh itu, tidak semua cadangan boleh dinilai secara berasingan untuk menentukan kelebihan projek-projek berkenaan. Misalnya projek pembinaan Universiti Utara Malaysia dan projek Lebuhraya Sintok-Kuala Perlis. Kerajaan memperolehi sumber pembiayaan sama ada dari dalam negeri atau luar negeri. Sumber-sumber pembiayaan pelaburan awam yang utama ialah hasil kerajaan, hutang kerajaan persekutuan dan geran. Hasil kerajaan atau pendapatan awam merupakan pendapatan yang diperolehi kerajaan daripada pelbagai sumber iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan penerimaan. Hasil cukai terdiri daripada cukai dan duti yang dikenakan di bawah pelbagai undang-undang seperti Akta Cukai Pendapatan 1947, Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Eksais 1975. Cukai dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat dan cukai keuntungan lebihan. Cukai tidak langsung pula terdiri daripada duti eksport, duti import, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai perjudian dan lain-lain.

Hasil bukan cukai meliputi bayaran lesen, permit, bayaran perkhidmatan, sewa, faedah, denda, caruman dari agensi kerajaan dan antarabangsa. Manakala penerimaan pula terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan, kredit antara jabatan, pulangan balikbayaran berlebihan atau bayaran tersilap dalam tahun fiskal yang lepas, penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain dan hasil daripada Wilayah Persekutuan dan Labuan. Oleh kerana wujud rantaian hubungan formal dan tidak dalam pengurusan, perancangan dan pelaksanaan projek pelaburan awam, pengurusan projek awam dianggap sangat rumit kerana melibatkan pelbagai pihak dalam membuat keputusan pelaburan. Masalah ini boleh diatasi melalui proses perundingan tertentu. Proses perundingan ini melibatkan menteri-menteri di peringkat pusat, pegawai atasan kerajaan, ketua-ketua jabatan dan pihak-pihak lain. Dengan itu, pelaksanaan dan penyiapan projek pelaburan awam mengambil masa yang agak lama berbanding dengan projek pelaburan swasta. Kadangkala masalah pertindihan tugas berlaku antara kementerian, jabatan atau unit. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku pembaziran sumber dan masa. Terdapat beberapa fungsi pengurusan pelaburan awam. Akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan. Akauntabiliti terbahagi kepada dua jenis iaitu akauntabiliti pengurusan dan akauntabiliti kewangan. Akauntabiliti pengurusan ialah aspek akauntabiliti bagi menentukan sama ada penggunaan tenaga manusia, wang dan lain-lain sumber diurus secara ekonomi, cekap dan berkesan. Manakala akauntabiliti kewangan ialah akauntabiliti bagi member jaminan bahawa akaun yang diselenggarakan boleh dipercayai dan segala urusniaga dijalankan dengan jujur, berintegriti, teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan.

Projek pelaburan awam haruslah diurus dengan baik supaya menunjukkan akauntabiliti awam yang diamanahkan oleh kerajaan kepada agensi kerajaan yang tertentu. Oleh itu, pihak yang berkenaan dengan projek dapat memastikan tugastugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan dan kepentingan kerajaan dalam sesuatu projek dapat dijaga. Contohnya, prinsip perolehan seharusnya menunjukkan akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada agensi kerajaan. Pelaburan awam mestilah diurus supaya pelaksanaannya adalah cekap dan berkesan. Kecekapan pengurusan pelaburan awam dapat dinilai berdasarkan kepada tempoh penyiapan sesuatu projek, peminimuman kos dan kerosakan sosial. Pelaksanaan projek pelaburan yang cekap kebiasaannya dapat disiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetap. Peningkatan projek yang terbengkalai akan menunjukkan ketakcekapan pengurusan pelaburan awam. Kecekapan dapat dipertingkatkan melalui pengurusan pelaburan yang baik seperti meningkatkan kemahiran pekerja dalam sektor awam dan perancangan yang rapi. Projek pelaburan yang dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos yang rendah dianggap sebagai projek pelaburan yang Berjaya dan memenuhi syarat peminimuman kos. Peminimuman kos akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Oleh itu, penender yang menawarkan sebutharga terendah akan ditawarkan projek.

Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat mengurangkan kerosakan yang ditanggung oleh masyarakat dan sosial. Sebuah padang yang baik telah diubahsuai menjadi gelanggang tenis. Tetapi gelanggang tersebut tidak digunakan oleh masyarakat. Keadaan ini mewujudkan kerosakan sosial sekiranya padang yang baik digunakan oleh masyarakat umum. Pembinaan empangan yang merosakkan flora dan fauna di sekitar empangan juga dianggap telah menyebabkan kerosakan sosial. Dalam konteks ini, projek pelaburan awam semestinya memberi nilai faedah yang terbaik kepada masyarakat. Pengurusan pelaburan awam yang baik dapat membantu untuk

meningkatkan produktiviti negara. Kelambatan pelaksanaan sesuatu projek akan membantutkan peningkatan pengeluaran negara. Kegagalan menyiapkan projek lebuhraya mengikut jadual yang telah ditetapkan akan menjejaskan pengeluaran output oleh sektor swasta. Ini bermakna bahawa pelaksanaan projek pelaburan awam memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan. Aktiviti-aktiviti pelaburan awam perlu dikawalselia oleh pihak-pihak tertentu supaya wujud pengurusan barang dan aset yang berkesan, matlamat

pelaksanaannya tercapai dan prosedur kerajaan seperti prosedur kewangan dan prosedur perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja pelaksanaan dipatuhi. Berkaitan dengan produr kewangan dan perolehan, Perbendaharaan Malaysia yang merupakan pihak berkuasa pusat, misalnya, berfungsi dalam proses pemberian kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi Kerajaan lain.

Secara umumnya, aktiviti pelaburan sama ada dilaksanakan oleh sector awam atau swasta amat penting kepada sesebuah negara terutamanya yang berkaitan dengan usaha kerana meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Pertumbuhan ekonomi yang baik secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Misalnya kemelesetan ekonomi sesebuah negara dapat diatasi dengan menggalakkan aktiviti pelaburan. Penjajaran aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi. Manakala pembangunan sosial juga penting kepada sesebuah negara kerana dapat menghasil dan meningkatkan kuantiti dan kualiti modal insan. Aktiviti pelaburan dilakukan oleh kerajaan dan swasta. Aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dikenali sebagai pelaburan awam manakala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta dikenali sebagai pelaburan swasta. Pelaburan swasta ialah sebarang aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta untuk tujuan penyediaan barangan dan perkhidmatan. Motif utama pelaburan ini adalah untuk memperoleh keuntungan yang maksimum melalui aktiviti pelaburan dalam aset kewangan dan asset hakiki. Aset kewangan ialah sebarang aset yang menghasilkan pulangan kepada pelabur dalam bentuk dividen dan keuntungan modal.

10

Pelaburan awam ialah perbelanjaan modal awam atau komitmen awam yang dilaksanakan untuk memperoleh hasil dan sesuatu faedah yang diharapkan diperoleh selama beberapa tahun pada masa hadapan. Kebiasaannya aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Misalnya, pelaburan dalam kesihatan membolehkan masyarakat menikmati

kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna bagi memastikan tahap kesihatan yang baik dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Perbelanjaan kerajaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbelanjaan semasa dan perbelanjaan modal . Perbelanjaan semasa ialah perbelanjaan tidak produktif iaitu segala bentuk perbelanjaan kerajaan yang tidak menghasilkan produk khusus. Contoh perbelanjaan ini ialah perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi kerajaan. Perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam. Walaupun tidak dikategorikan sebagai pelaburan awam tetapi perlu untuk menjadi sokongan kepada perbelanjaan produktif. Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan dan kehendak sosial. Keperluan dan kehendak sosial meningkat disebabkan oleh kesan populasi, kesan urbanisasi, kesan pendapatan dan kesan teknologi. Peningkatan populasi boleh menyebabkan peningkatan kepada keperluan sosial.

11

Misalnya, masyarakat memerlukan bekalan air bersih, bekalan elektrik, pengangkutan dan lainlain. Pelaburan awam dilaksanakan oleh kerajaan dengan tujuan untuk menyediakan yang terhad, barangan kerajaan dan tidak perkhidmatan berupaya awam. Dengan

sumbersumber

untuk

menyediakan

keseluruhan barangan dan perkhidmatan. Manakala sektor swasta berperanan untuk mengeluarkan barang-barang swasta. Sektor ini tidak berupaya untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan awam dengan cekap seperti sektor awam. Oleh kerana pengeluaran barangan dan perkhidmatan sektor swasta bermotifkan keuntungan, kebiasaannya pengeluaran barangan dan perkhidmatan oleh sektor swasta kurang daripada tingkat optimal pengeluaran. Pelaburan awam merupakan instrumen penting bagi memperbaiki

ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Salah satu matlamat pelaburan awam ialah penyediaan barang-barang modal overhed sosial.

Penyediaan barang-barang ini dapat memperbaiki agihan pendapatan dan kekayaan. Pembinaan sekolah dapat memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar tanpa mengira miskin atau kaya. Peluang pendidikan yang diperoleh membolehkan individu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan. Walau bagaimanapun, kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan bergantung kepada jenis perbelanjaan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Ada sesetengah perbelanjaan pelaburan memberi faedah hanya kepada segelintir individu, sektor dan negeri. Sesetengah yang lain pula memberi faedah kepada keseluruhan masyarakat, sektor, negeri dan negara.

12

Pelaburan awam langsung adalah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam. Contoh pelaburan awam langsung ialah penyediaan

kemudahan prasarana seperti sistem perhubungan jalan raya yang baik, perkhidmatan telekomunikasi berteknologi tinggi, perkhidmatan utiliti yang meluas, kemudahan kesihatan dan kemudahan awam. Dalam konteks ini, kerajaan melalui kementerian tertentu akan melaksanakan projek pelaburan awam. Kebanyakan saiz pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan berskala besar kerana skop penggunaan adalah luas berbanding dengan sektor swasta. Sasaran penggunaan projek pelaburan awam tidak dibatasi oleh keupayaan membayar pengguna secara total. Oleh itu, persoalan mengenai penetapan harga seunit barang dan perkhidmatan yang dihasilkan bukannya menjadi motif utama. Sebaliknya, sasaran penggunaan projek sektor swasta berasaskan keupayaan atau kesanggupan membayar oleh pengguna. Saiz pelaburan sektor swasta banyak bergantung kepada harga pasaran. Jika harga rendah, saiz pengeluaran kecil. Ini bermakna jumlah pelaburan ialah kecil. Pengurusan pelaburan awam dilaksanakan bagi memastikan objektif pelaksanaan sesuatu projek oleh kerajaan adalah berjaya. Pelaburan awam semestinya dijadikan sebagai wadah untuk mencapai dasar-dasar kerajaan. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar setelah Malaysia mencapai

kemerdekaan untuk melaksana dan melancarkan proses pembangunan ekonomi secara lebih berkesan.

13

Pengurusan pelaburan awam dapat dipecahkan kepada empat peringkat iaitu peringkat makro, peringkat sektor, peringkat wilayah dan peringkat projek. Pengelasan pengurusan pelaburan mengikut peringkat adalah bertujuan untuk memudahkan pengawasan dan penyeliaan sesuatu projek yang telah dipilih untuk dilaksanakan. Pada peringkat makro, aktiviti-aktiviti pelaburan awam diuruskan oleh kementerian-kementerian tertentu dalam kerajaan persekutuan. Kementeriankementerian ini merencana, mengurus dan melaksanakan projek-projek di bawah pelaburan awam selaras dengan arahan kerajaan atau pemerintah. Contohnya projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan diurus oleh Kementerian Pendidikan. Perancangan dan pelaksanaan projek ini memerlukan penglibatan di peringkat kementerian. Dalam konteks pelaburan awam peringkat makro, sesebuah kementerian bertindak untuk melakukan pengumpulan statistik dan ramalan berdasarkan datadata tertentu. Data-data tersebut digunakan untuk membuat ramalan makro. Projek pelaburan bagi pembinaan sekolah baru, kerajaan memerlukan data berkaitan dengan jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu tempat pada masa sekarang dan masa hadapan. Data-data tersebut akan dikumpul dan diunjurkan bagi menentukan keperluan dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan sekolah tersebut. Tugas ini kebiasaannya dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi. Dalam kementerian ini terdapat jabatan-jabatan yang bertindak untuk menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses pelaksanaan pelaburan awam.

14

Pengurusan pelaburan awam pada peringkat projek atau pengurusan akhir melibatkan pengendalian dan pengawasan aktiviti-aktiviti pelaburan awam bagi memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pelaksanaan sesuatu projek pelaburan awam semestinya mengikut proses yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kitaran pelaksanaan projek pelaburan awam dimulai dengan penyediaan kertas cadangan sesuatu projek kemudian diikuti oleh penilaian kertas cadangan. Proses selanjutnya berlaku secara berperingkat-peringkat sehingga projek tersebut tamat dan boleh digunakan oleh kumpulan sasaran. Proses pengurusan pelaburan awam melibatkan tiga jenis pengurusan utama iaitu pengurusan tender, pengurusan kewangan, pengurusan personel dan pengurusan projek. Dalam modul ini, pengurusan tender akan diberi tumpuan. Pengurusan aspek-aspek lain dibincangkan secara langsung dalam kursus-kursus lain. Oleh kerana peruntukan untuk projek pelaburan awam melibatkan jumlah kewangan yang besar, proses perolehan secara tender akan dilaksanakan. Pengurusan pelaburan awam merupakan elemen terpenting dalam sesuatu pelaksanaan projek awam. Pelaksanaan projek awam merupakan amanah kerajaan kepada organisasi-oganisasi kerajaan yang tertentu, pengurusan pelaburan awam dapat memastikan projek dapat disiapkan dan dilaksanakan mengikut

prosedur/peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

15

Sejak

merdeka,

pembangunan

ekonomi

Malaysia

semakin

pesat

berkembang. Dari sebuah ekonomi berasaskan kepada sektor pertanian, beralih kepada sebuah ekonomi yang mengutamakan sektor perindustrian. Perubahan struktur ekonomi ini didorong oleh polisi-polisi pelaburan yang lebih liberal, insentif dan kemudahan yang lebih menarik. Selain itu, usaha-usaha mempromosikan eksport yang lebih intensif turut membantu meningkatkan pelaburan swasta merangkumi pelaburan swasta tempatan dan asing di Malaysia. Dari segi sejarah, pelaburan langsung asing merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi kemajuan ekonomi Malaysia sejak di zaman penjajah lagi. Secara keseluruhannya pelaburan langsung asing telah menjadi perintis dalam mempelbagaikan ekonomi Malaysia. Pada tahun 1986, pihak kerajaan melonggarkan perlaksanaan Akta Penyelarasan Pelaburan dan pada masa yang sama menggantikan Akta Insentif Pelaburan 1968 dengan Akta Galakan Pelaburan 1986 untuk menggalakkan kemasukkan FDI. Faktor luaran yang telah menyumbangkan kepada peningkatan FDI ialah kenaikan nilai yen dan pada masa yang sama, berlaku pertambahan kos pengeluaran di Jepun. Kedua-dua faktor ini telah menggalakkan industri-industri Jepun untuk menempatkan semula kilang-kilang di tempat lain di mana kos pengeluaran adalah lebih murah.

16

Apabila di lihat dari segi penglibatan pelabur-pelabur tempatan dalam sektor pembuatan, didapati pelabur tempatan lebih cenderung kepada industri berasaskan sumber. Sebaliknya, pelabur asing lebih banyak terlibat dalam industri bukan berasaskan sumber dan berorientasikan eksport, seperti industri elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian. Peningkatan dalam pelaburan ini didorong oleh polisi-polisi kerajaan seperti penyediaan berbagai jenis galakan cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan, 1968. Selain itu, galakan-galakan bagi perusahaan yang membuat barang-barang untuk dieksport diperbaiki, sementara galakan baru telah dibuat bagi perusahaan-perusahaan elektronik dan hotel. Kemudahan-kemudahan untuk Kawasan-kawasan Perdagangan Bebas (KPB) dan gudang-gudang

pembuatan yang diberi lesen turut disediakan. Secara umumnya bagi tempoh 1976 1980 (Rancangan Malaysia Ketiga), pelaburan swasta dikatakan menjadi punca pembentukan modal yang utama. Keadaan ini berbeza dengan tempoh Rancangan Malaysia Kedua di mana pelaburan awam telah memainkan peranan utama. Pada tempoh awal Rancangan Malaysia Ketiga (1976), kadar pertumbuhan pelaburan swasta adalah sangat rendah berbanding tahun-tahun selepasnya. Keadaan ini berlaku disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan kesannya ke atas kegiatan dalam negeri yang keupayaannya berlebihan.

17

Manakala pada penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ketiga, pelaburan swasta meningkat dengan pesat yang disebabkan oleh peningkatan yang berlaku dalam eksport negara dan langkah tegas yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kebimbangan sektor swasta menerusi pindaan Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA) dan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) bagi menggalakkan penyertaan pelabur asing dan domestik. Sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan serantau, kerajaan pada mulanya mengurangkan perbelanjaan sektor awam bagi melengkapi dasar kewangan yang ketat sebagai satu cara untuk menurunkan defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran dan mencegah penyusutan lebih teruk terhadap nilai Ringgit. Namun, apabila krisis semakin teruk, kerajaan telah mengembalikan semula peruntukan yang dahulunya telah dipotong dan menyuntik perbelanjaan

pembangunan tambahan sejumlah RM30.7 bilion dalam separuh kedua tempoh Rancangan bagi merangsang aktiviti ekonomi dan menangkis kejatuhan mendadak dalam pelaburan swasta (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Jumlah pelaburan asing yang tinggi direkodkan dalam dua industri utama iaitu industri elektrik dan elektronik dan industri kimia dan bahan keluaran kimia. Jepun merupakan negara yang hampir keseluruhan ekuiti pelaburannya ditumpukan kepada sektor elektrik dan elektronik serta industri kimia dan keluaran kimia.

18

Secara umumnya, pelaburan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pembelian apa juga aset (harta) sama ada aset hakiki atau aset kewangan, yang menawarkan jangkaan pendapatan atau keuntungan modal atau kedua-duanya sekali. Daripada definisi tersebut, pelaburan dapat di lihat daripada dua aspek, iaitu aset hakiki dan aset kewangan. Aset hakiki merupakan harta ketara atau kebendaan yang kewujudan fizikalnya memudahkan seseorang itu memberitahu nilainya, seperti tanah, rumah, bangunan, kilang, rumah kedai, kenderaan, jentera dan logam. Aset hakiki ini membolehkan pemiliknya mendapat kemudahan atau hasil daripada penggunaannya. Sebaliknya, aset kewangan merupakan sekeping kertas atau dokumen yang kewujudan fizikalnya tidak boleh memberitahu dengan jelas nilainya yang sebenar seperti sijil-sijil saham, buku akaun bank dan sijil premium Bank Simpanan Nasional (Rosalan Haji Ali, 1992). Dari segi pemilikan, pelaburan swasta merupakan pelaburan yang dimiliki dan dilakukan oleh syarikat milik swasta manakala pelaburan awam ialah pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Pelaburan swasta pula terdiri daripada pelaburan yang dilakukan oleh pelabur domestik dan pelabur asing. Pelaburan asing dilakukan oleh syarikat swasta asing atau orang perseorangan asing di sesebuah negara (Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,1993)

19

Kebanyakan negara-negara sedang membangun mempunyai komponen perbelanjaan kerajaan yang besar yang tertumpu kepada projek-projek infrastruktur. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur oleh kerajaan seperti

pengangkutan, komunikasi, kuasa elektrik dan saliran akan mengurangkan kos pengeluaran firma atau meningkatkan pulangan mengikut skala kepada pihak pelabur. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan keuntungan pihak swasta. Walaupun pelaburan kerajaan adalah dalam sektor kedua atau ketiga, kewujudan kilang-kilang baru oleh pihak kerajaan akan meningkatkan permintaan terhadap produk-produk yang berkaitan (melalui kesan rantaian) dan seterusnya

menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan swasta. Komponen yang semakin penting dalam aliran masuk modal asing di negara sedang membangun yang berasaskan kepada sektor swasta ialah pelaburan langsung asing (FDI). Secara teori FDI boleh menghasilkan beberapa kesan ke atas ekonomi di dalam negara (van Loo F., 1997). Kesan pelaburan langsung asing yang pertama ke atas ekonomi ialah pelaburan asing akan mewujudkan kesan rantaian langsung ke atas pelaburan dalam industri-industri domestik. Faedah berbanding daripada pelabur asing yang disebabkan oleh kemahiran teknologi tinggi yang mereka miliki, insentif cukai dan beberapa kemudahan lain yang diperolehi oleh mereka akan turut mempengaruhi pelaburan di industri-industri domestik yang berkaitan.

20

Kesimpulannya, pelaburan awam penting bagi sesebuah negara. Walaupun ciri-ciri pelaburan awam dan pelaburan swasta berbeza tetapi kedua-duanya merupakan pelengkap antara satu sama lain. Matlamat pelaburan awam bersifat menyeluruh demi mencapai kemakmuran sesebuah negara dan menjadi kebajikan masyarakat. awam yang dilaksanakan untuk memperoleh hasil dan sesuatu faedah yang diharapkan selama beberapa tahun pada masa hadapan. Kebiasaannya aktiviti pelaburan dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Misalnya, pelaburan dalam kesihatan membolehkan masyarakat menikmati kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna bagi memastikan tahap kesihatan yang baik seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Matlamat utama pelaburan awam ialah matlamat alokasi, penstabilan, penyediaan barang-barang sosial, agihan semula pendapatan dan kekayaan, pembentukan modal, penyediaan peluang pekerjaan, mengatasi masalah sosial, menghasilkan kekayaan masyarakat dan memperbaiki imbangan kekayaan. Kadar pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui pelaburan awam. Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan menyumbang kepada stok tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan langsung dalam sektor barang-barang modal. Penciptaan barang-barang modal overhed sosial sebenarnya membantu dalam aktiviti pembentukan modal dalam sektor swasta. Pembentukan modal swasta sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kepentingan modal swasta ditunjukkan dalam Model Harrod-Domar.

21

Bibliografi
1. Coe, C.K. (1989). Public financial management. New Jersey: Prentice

Hall. 2. Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan ekonomi pelbagai tahun. Kuala Lumpur. Perbendaharaan Malaysia. 3. Kementerian Kewangan Malaysia ( 1997 ). Buku pendauan perolehan kerajaan. Kuala Lumpur; perbendaharaan Malaysia. 4. Modul Kendiri Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam.
5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm 6. http://km.anm.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=175:pengurusan-pelaburankerajaan&catid=95:pelaburan-pinjaman&Itemid=567&lang=bm 7. http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/02/analisis-pelaburan-investmentin.html

22

You might also like