Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tajuk 7: Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya Rumusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang

pelbagai program supaya dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya dan seterusnya memperkukuhkan lagi integrasi nasional. Melalui tajuk ini, saya telah mempunyai kefahaman yang lebih mendalam berkenaan dengan program-program dan pelan tindakan yang dianjurkan oleh KPM. Saya dapati matlamat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya bukan sekadar melibatkan usaha pihak kerajaan, tetapi juga perlu mendapatkan kerjasama dari pihak sekolah dan guru. Sebagai langkah pertama, pihak sekolah dan guru haruslah meneliti dan memahami budaya masyarakat setempat terlebih dahulu. Guru merupakan rol model yang dicontohi oleh murid. Maka, beliau haruslah menggalakkan penglibatan semua murid dalam pendidikan tanpa mengira kepelbagaian budaya. Dengan ini, guru diri sendiri haruslah peka dan sedar terhadap kepelbagaian budaya. Misalnya, guru boleh menguasai bahasa asas orang Asli dan cuba berkomunikasi dengan mereka. Ini dapat merapatkan jurang di antara murid dan guru. Lama-kelamaan, suasana belajar yang mesra budaya dapat diwujudkan. Selain itu, infrastruktur dan latihan yang sesuai kepada murid-murid orang Asli harus dijalankan. Antaranya perancangan pelan ini adalah Pelan Tindakan

Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar. Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Pelan ini bertujuan untuk menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir. Diharapkan murid-murid dapat belajar dengan berkesan dengan adanya persekitaran fizikal yang kondusif. Di samping itu, guru memainkan peranan yang dominan dalam merancang dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum yang sesuai dan relavan untuk semua murid yang mempunyai budaya yang berbeza. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kesemua murid dari pelbagai kaum harus dirancang. Murid-murid harus didedahkan nilai menghormati budaya orang lain.

You might also like