Laporan Ahli Jawatankuasa Program Dan Aktiviti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM DAN AKTIVITI

Ahli Jawatankuasa Program dan Aktiviti telah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan perancangan aktiviti dan program yang akan berlangsung semasa pameran dijalankan. Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada unit major Bahasa Melayu iaitu PISMP J1, J2, dan J3. Pada awalnya kami berbincang tentang jenis aktiviti yang hendak dilakukan dan susunan masa dari awal majlis sehingga berakhirnya majlis. Pelbagai cadangan aktiviti telah dikemukakan, namun kami hanya memilih yang terbaik sahaja. Kami juga banyak berbincang dengan pengerusi program iaitu Suhairi Rosli kerana kami kurang mengetahui tentang perjalanan masa majlis. Untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan kami banyak mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah berpengalaman Encik Khairul Anuar Ismail. Pada hari sebelum pameran dijalankan, kami telah menghias tapak pameran yang dikhaskan untuk melakukan aktiviti. Kumpulan Ahli Jawatankuasa Program dan Aktiviti Pameran turut berkerjasama dengan beberapa ahli jawantakuasa yang lain seperti Ahli Jawantakuasa Dokumentasi Pameran dan Ahli Jawatankuasa Cenderahati.

Pada hari berlangsungnya Pameran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan Komputer kami telah mengedalikan beberapa aktiviti yang menarik untuk para pengunjung. Kami telah menjalankan beberapa aktiviti seperti cabutan bertuah untuk setiap penyertaan aktiviti di tapak pameran kami. Cabutan bertuah ini ternyata menarik minat para pengunjung yang hadir ketika itu. Antara aktiviti lain ialah permainan bahasa, mencari objek tersembunyi dan juga menari menggunakan perisian komputer yang terkini. Kami kumpulan AJK Program dan Aktiviti bergilir-gilir bertugas di tapak aktiviti dan sedaya upaya melayan karenah pengunjung yang mahu mencuba beberapa aktiviti di tapak aktiviti kami. Pada akhir majlis, kami bergotong royong untuk membersihkan tapak aktiviti dan kawasan Dewan Sri Tanjung.

Beberapa hari selepas program pameran ini tamat, semua AJK Aktiviti telah berbincang untuk membuat refleksi dan laporan aktiviti sepanjang majlis itu berlangsung. Penyediaan laporan perlu disiapkan dalam masa beberapa hari pameran itu tamat.

Tanda Tangan : Mohamad Syafuddin Bin Ali .............................. Laporan Disediakan Oleh : Mohamad Syafuddin Bin Ali Ahli Jawatankuasa Program & Aktitiviti Pameran BMM3105

You might also like