Bagaimanakah Cara Untuk Menangani Isu-Isu

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENANGANI ISUISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA DALAM BILIK DARJAH?

Terdapat pelbagai cara yang boleh diperoleh bagi menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam kelas.

Pertama sekali, dari aspek guru itu sendiri, beliau haruslah bersikap adil dan memberikan layanan yang sama rata kepada setiap murid yang terdiri daripada berbilang bangsa di dalam kelas terbabit. Sebagai contoh, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru harus menggunakan bahasa yang boleh difahami (contohnya bahasa Melayu) oleh semua murid dan tumpuan guru tidak hanya kepada golongan yang tertentu sahaja kerana murid akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan berbanding dengan pelajar yang lain.

Seterusnya, aktiviti sampingan juga boleh diadakan di dalam kelas seperti sambutan perayaan untuk kaum-kaum yang terlibat di dalam kelas. Melalui cara ini, jurang perbezaan budaya dan bahasa secara tidak langsung akan hilang dan muridmurid dapat bergaul sesama mereka.

Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid dengan gerak kerja RIMUP contohnya aktiviti sukaneka atau mencari harta karun mengikut subjek yang diajar. Murid dibahagikan dalam kumpulan yang tediri daripada berbilang bangsa dab budaya. Secara tidak langsung, perpaduan masyarakat dapat dipupuk.

Kelas juga boleh dihias dengan pelbagai perhiasan yang melambangkan identiti pelbagai bangsa dan kaum contohnya tanglung yang melambangkan budaya masyarakat cina dan ketupat yang melambangkan budaya makanan masyarakat melayu.

Kesimpulannya, isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah tidak harus dipandang remeh. Perkara ini adalah penting bagi menjamin dan mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat dan perpaduan kaum samada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid-murid juga secara tidak langsung akan menghormati budaya dan masyarakat di sekeliling mereka.

You might also like