Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bidang Pendidikan Jasmani di Malaysia semakin mencabar.

Hal ini berlaku kerana penduduk di Malaysia tidak aktif dalam sukan. Mengikut laporan Rakan Muda Malaysia, tidak sampai 10 peratus penduduk Malaysia yang aktif dalam sukan. Mengikut kajian Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), seramai 30 peratus penduduk Malaysia iaitu seramai 8.1 juta penduduk mengalami obesiti menjelang tahun 2011. Menurut dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), menyatakan bahawa memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. yang jelas menyatakan bahawa keseimbangan dari segi jasmani dalah penting. Mata pelajaran yang memainkan peranan yang paling utama dalam keseimbangan jasmani adalah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani tidak tertakluk dalam peperiksaan, oleh itu, ramai ibu bapa tidak mementingkan anak mereka dalam menceberui bidang sukan dan yang malang sekali ibu bapa melarang anaknya bersukan. Menurut Dauer (1995) Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)Oleh itu, hasil pembelajaran yang menyeluruh amat diperlukan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jadi, hasil pembelajaran tiga aspek ini adalah penting. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan bahan rekacipta ganti seperti ganti bola dengan menggunakan belon untuk meningkatkan hasil pembelajaran psikomotor murid. Bahan rekacipta ganti merupakan bahan bantu mengajar(BBM) dalam Pendidikan Jasmani. Menurut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ). Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu

mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Semasa responden menjalankan aktiviti, mereka akan belajar kemahiran yang baru. Pendidikan Jasmani memerlukan pelbagai kecergasan yang disenaraikan bawah komponen kecergasan fizikal yang diperkenalkan oleh Corbin dan Lindsey (1988). Ini bermaksud Pendidikan Jasmani dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka semasa melakukan aktiviti yang ditetapkan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Lwenfield(1953) menerangkan bahawa kegiatan Pendidikan Jasmani membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang individu dan pendapat ini disokong oleh Jenny dan Willians yang menyatakan bahawa walaupun Pendidikan Jasmani memeberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Matlamat Pendidikan Jasmani ialaih mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Ini bermaksud Pendidikan Jasmani memang membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh. Pendidikan Jasmani menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh disahkan oleh Barrow (1983). Beliau mengatakan bahawa Pendidikan Jasmani di dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh, amat berkait rapat dengan proses pendidikan menyeluruh dan hal hidup setiap individu.

You might also like