Amalan Berjimat Cermat Dan Menabung

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Amalan berjimat cermat dan menabung. ............

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. ............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. ............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anakanak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. ............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. ...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena. ............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Kebaikan Menabung Wang Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada masa hadapan. Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli bukubuku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi. Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi. Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimatcermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu keluaga.

Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang

You might also like