Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

JKP 316 Pembangunan Politik Malaysia Sidang Video Ke-5 dan 6

Sistem Politik di Malaysia - Sistem Akomodasi Elit - Demokrasi Permuafakatan - Negara hegemoni etnik Peranan NGO dalam Pembangunan Politik dan Sosial di Malaysia - latar belakang NGO: berasaskan kaum - peranan NGO dalam gerakan hak asasi manusi

Sistem Akomodasi Elit (Elite Accomodation System)

Gordon P. Means (1991). Malaysian Politics: The Second Generation. Singapore: Oxford University Press. Tawar-menawar (bargaining) antara elit-elit politik yang mewakili kepentingan kumpulan etnik yang berbeza. Ciri-ciri Sistem Akomodasi Elit 1) setiap kumpulan etnik bersatu padu di bawah satu kepimpinan yang melakukan proses tawarmenawar bagi kepentingan yang diwakilinya.

Sistem Akomodasi Elit (Elite Accomodation System)

2) pemimpin-pemimpin setiap kumpulan etnik berkemampuan untuk mendapatkan persetujuan / kerjasama kumpulan etnik yang diwakilinya berkenaan dengan keputusan yang dicapai melalui rundingan antara elit. 3) wujud rasa empathy dan kepercayaan di kalangan pemimpin kumplan etnik terhadap perkara-perkara yang sensitif dan penting bagi kumpulan etnik yang lain.

Sistem Akomodasi Elit (Elite Accomodation System)

4) mobilisasi secara terbuka terhadap sesuatu perkauman yang sensitif dibuat secara minimum untuk membolehkan elit-elit menangani isu tersebut secara rundingan. 5) peranan institusi perwakilan merosot sebagai badan yang hanya mengikut / mengakui keputusan yang dicapai dalam rundingan / tawar-menawar elitelit politik. Persaolan: Sistem akomodasi elit masih relevan / wujud lagi?

Demokrasi Permuafakatan (Consociational Democracy)

Arend Lijphart (1969) Consociational Democracy. World Politics, 2(2), 207-225. Arend Lijphart (1977) Democracy in Plural Society: A Comparative Exploration. New Haven: Yale University Press. Kajian ke atas pendekatan elit-elit politik dalam menangani konflik yang wujud dalam masyarakat majmuk.

Ciri-ciri Demokrasi Permuafakatan


1) Kerajaan gabungan terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. 2) setiap kumpulan etnik mempunyai kuasa veto bagi melindungi kepentingan etnik minoriti. 3) jumlah perwakilan politik, pengagihan jawatan awam, perbelanjaan awam adalah berdasarkan nisbah (populasi) kumpulan etnik masing-masing. 4) setiap kumpulan etnik mempunyai kuasa autonomi yang tinggi dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan etnik masing-masing.

Negara Hegemoni Etnik / Negara Bumiputra (1)

Ho Khai Leong (1995) Mobilisasi Politik dan Penyertaan Birokratik. Kuala Lumpur: Huazi Resource & Research Centre Bhd. Kedudukan UMNO, MCA, MIC tidak setaraf dalam Perikatan / BN !? Walaupun semangat kerjasama wujud, tetapi ketegangan antara parti / etnik juga sering timbul Quasi demokrasi permuafakatan (quasi consociational democracy lebih tepat menggambarkan keadaan politik di Malaya / Malaysia antara tahun 1955-1969.

Negara Hegemoni Etnik / Negara Bumiputra (2)

Selepas 1969, DEB yang pro-Melayu / Bumiputera dilaksanakan, membolehkan kaum Melayu menembusi bidang ekonomi melalui agensi / jentera kerajaan; mewujudkan hubungan rapat antara bidang politik dengan bidang ekonomi membolehkan kaum Melayu menguasai bidang ekonomi. Dasar-dasar sosial dan kebudayaan yang berpaksikan ciri kebudayaan Melayu-Bumiputera. Negara Bumiputera atau Negara hegemonik etnik

Latar Belakang NGO Awal dalam Politik Malaysia

Penubuhan dan gerakan NGO bermula sebelum kemerdekaan. NGO awal semasa pemerintahan kolonial adalah signifikan dalam mempengaruhi aspek berikut selepas merdeka: 1) perkembangan peraturan atau akta yang mengawal penubuhan dan aktiviti NGO 2) komposisi NGO yang kebanyakannya berasaskan kaum 3) peralihan fokus NGO berorientasikan budaya/kebajikan kepada berorientasikan politik.

Latar Belakang NGO Awal dalam Politik Malaysia (3)

Kongsi gelap Cina di Malaya - berasal dari di negara asal China (bahagian Selatan China); dibawa bersama apabila berhijrah ke Malaya - 1794, Francis Light menulis etnik Cina bertutur dlm bahasa yang tidak difahami oleh orang lain, mereka mampu membentuk parti dan perkumpulan secara sulit untuk menentang sebarang peraturan kerajaan yang mereka tidak senangi. - Pada awalnya, kerajaan British memberi kebebasan bagi kongsi gelap memainkan peranannya sebagai pelindung & pejuang kepentingan ekonomi ahli-ahli mereka. - namun kongsi-kongsi gelap sering terlibat dlm perbalahan, pergaduhan dalam persaingan aktiviti ekonomi (cth, merebut kawasan lombong & peluang perniagaan) - kongsi gelap diharamkan pada tahun 1889 melalui Ordinan Persatuan, 1889 (The Societies Ordinance 1889) diluluskan.

Latar Belakang Awal NGO dalam Politik Malaysia (4)

Organisasi suku kaum keluarga (clan & dialect organizations) (Huiguan) - organisasi berasaskan dialek, tempat asal, dan suku kaum - Huiguan pertama ditubuhkan oleh suku kaum Hakka, Chia Ying Huiguan, thn 1801, di Pulau Pinang - sebagai organisasi kebajikan, sosio-budaya Persatuan perdagangan dan industri (shanghui) - berasaskan perniagaan dan kegiatan ekonomi - Cth, Dewan Perniagaan Cina pertama di tubuhkan di Kuching (awal tahun 1890an) - mempromosikan kepentingan ekonomi kaum Cina Aktiviti penyertaan politik NGO berasaskan Cina dalam politik semasa akan dibincangkan dlm SV 5: Dewan Perhimpunan Cina (DPC), United Chinese School Committees of Malayasia & United Chinese School Teachers Association of Malaysia (Dongjiaozong), Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia.

Latar Belakang Awal NGO dalam Politik Malaysia (5)

NGO awal berasaskan kaum India - NGO awal berasaskan kaum India berkait rapat dengan gerakan kemerdekaan di India - Sebelum Perang Dunia II, faktor kasta merupakan asas penting dalam pembentukan persatuan di kalangan kaum India, tetapi ada persatuan bertujuan utk memperbetulkan penyalahgunaan sistem kasta, mengadakan pembaruan dalam Hinduism. - Kaum India juga menubuhkan kesatuan sekerja yang teratur & sistematik bagi memperjuangkan kepentingan mereka. - Kebanyakan persatuan India bertujuan untuk tambahbaik keadaan kerja dalam komuniti India. Kajian kes ke atas Hindu Rights Action Force (Hindraf) akan dibincangkan dlm SV 5.

Latar Belakang Awal NGO dalam Politik Malaysia (6)

NGO awal berasaskan kaum Melayu - pada awal abad ke20, golongan kaum Melayu yang berpendidikan memainkan peranan utama dalam memperjuangkan kepentingan kaum Melayu: - Persekutuan Keharapan Belia, 1916 - Persekutuan Indra Kayangan, 1918 - Persekutan Guru-guru Melayu (awal 1920an) - Persekutuan Guru-guru Islam (awal 1920an) NGO ini membincangkan masalah kehidupan kaum Melayu dan berusaha untuk mengadakan program pendidikan dan sosial untuk pembangunan kaum Melayu; Sehingga pertengahan 1920-an, kesemua persatuan kaum Melayu persatuan sosial, kebudayaan dan ekonomi; organisasi separa politik muncul dalam 1930an, spt. Kesatuan Melayu Singapura (1926), Kesatuan Melayu Muda (1938) dsb. Perbincangan tentang NGO berasaskan kaum Melayu dalam politik semasa akan dibincangkan dlm SV5: ABIM, GPMS, SIS, dsb.

Kaedah Perjuangan NGO sebagai Kumpulan Pendesak (1)


1) Organisasi -- kumpulan individu menggabungkan diri atau menyertai suatu kumpulan formal untuk bertindak secara kolektif (NGO bekerjasama sesama sendiri), cth Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) 2) Melobi -- usaha secara langsung dilakukan oleh ahli kumpulan pendesak untuk mempengaruhi ahli politik atau pegawai awam (spt legislator, menteri, pegawai tinggi birokrasi, hakim, dsb) 3) Propaganda massa -- mewujudkan public opinion di kalangan masyarakat awam supaya menyebelahi perjuangan kumpulan pendesak

Kaedah Perjuangan NGO sebagai Kumpulan Pendesak (2)

Berusaha dalam parti politik (working inside political parties) -- identifikasikan diri atau bekerja secara rapat dengan sesebuah parti politik Pilihanraya (electioneering) -- memastikan calon / parti yang bertanding yang bersimpati dengan perjuangannya menang dalam pilihanraya dgn memberi sumbangan kewangan dan tenaga Mogok -- memaksa kerajaan menerima atau mengubah polisi selaras dengan matlamat mereka Rusuhan keganasan -- bertujuan mengadakan perubahan sosial & politik, seringkali melibatkan keganasan fizikal & kerosakan harta-benda.

NGO dalam Gerakan Mempromosikan Hak Asasi Manusia

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) - Diasaskan pada tahun 1987 selepas Operasi Lalang - terlibat dalam pemantauan keadaan hak asasi di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara; membuat laporan tentang kes-kes pencabulan hak-hak asasi manusia. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) - ditubuhkan pada tahun 1977 di Pulau Pinang - mempromosikan keadilan sosial, pembaharuan politik, dialog antara kumpulan etnik dan antara agama, terutamanya melalui penerbitan majalahnya, Aliran Monthly, forum perbincangan dan sebagainya.

NGO dalam Gerakan Mempromosikan Hak Asasi Manusia

Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) - cabang Jawatankuasa kecil hak asasi manusia Majlis Peguam; ditubuhkan pada tahun 1991 - kebanyakan ahlinya terdiri daripada peguam - mempromosikan hak asasi manusia melalui kempen kesedaran tentang hak asasi manusia, dan bekerjasama rapat dengan NGO lain. NGO lain dari pelbagai sektor: kumpulan wanita, kesatuan sekerja, persatuan pengguna, kumpulan alam sekitar, kumpulan pelajar, organisasi profesional, dsb.

Kempen Utama NGO Hak Asasi Manusia

Kempen utama yang dijalankan oleh NGO hak asasi manusia adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan menghapuskan undang-undang yang bersifat menindas (repressive laws) Akta-akta yang paling kontroversi: 1) Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 (ISA) 2) Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) 3) Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 (PPPA) 4) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (UUCA) 5) Akta Persatuan 1966 6) Akta Polis 1967

Kaedah yang digunakan oleh NGO hak asasi manusia


1) melobi tetapi dengan kejayaan yang terhad, sekiranya ada 2) bekerjasama dengan organisasi hak asasi manusia peringkat antarabangsa (Amnesty International) 3) mengadakan pendidikan awam (public education) untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat awam; kempen memungut tandatangan, petisyen, memorandum kepada kerajaan.

Kebangkitan Islam di Malaysia

fenomena yang bermula pada 1970an dan meledak pada 1980an. Kebangkitan Islam penting dalam kajian sains sosial kerana ia mencabar teori pemodenan Barat bahawa pengaruh agama akan berkurangan dalam sesebuah masyarakat yang semakin maju. variasi teori sedemikian dikemukakan oleh Max Weber: bahawa peningkatan amalan agama dunia Timur selari dengan merosotnya pembangunan ekonomi, agama Timur dianggap mundur berbanding dengan agama Protestan yang mempunyai etika kerjanya. pendokong teori tersebut seperti Parkinson (1967) dan Means (1969) mengaitkan kemunduran masyarakat Melayu dengan pengamalan agama Islam. Contoh karya tempatan dengan tema sedemikian ialah Revolusi Mental (1970)

Faktor pencetus kebangkitan Islam


a) Krisis identiti masyarakat Melayu, terutama selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969 Dasar Ekonomi Baru (DEB) menekankan kepentingan etnisiti Melayu, dengan sendirinya menyerlahkan agama Islam selaku satu ciri Melayu dalam perlembagaan (selain bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) menekankan budaya Melayu sebagai teras budaya nasional penubuhan institusi Islam seperti YADIM, Pusat Islam penghantaran pelajar Melayu ke luar negara mendedahkan mereka kepada gerakan Islam sejagat di dalam negeri, isu perkauman menjadi isu sensitif yang tidak boleh dibicarakan secara terbuka, maka pengenalan pelajar berdasarkan agama meningkat

Faktor pencetus kebangkitan Islam


b) Krisis pembangunan penghijrahan besar-besaran Melayu dari luar bandar ke bandar membentuk kelompok masyarakat berciri tradisional di bandar agama sebagai tindak balas remaja Melayu kepada kekosongan jiwa akibat cara hidup individualistik di bandar c) Pengaruh luar negara penting sebagai suntikan semangat, contoh: perang ArabIsrael 1967, 1973; revolusi Iran 1979, penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan 1979, penawanan Masjidil Haram di Mekah oleh pemberontak 1979

Manifestasi kebangkitan Islam

Peningkatan perhatian kepada elemen kehidupan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Contoh: dari sudut pakaian, kehalalan makanan, ucapan, minat terhadap bahan media bercetak dan elektronik Islam

Kewujudan aktif gerakan Islam bebas seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Darul Arqam, Islamic Representative Council (IRC), Jamaat Tabligh. Kemasukan PAS ke dalam BN 1973 mendorong penggerak Islam mencari alternatif

Reaksi kerajaan kepada kebangkitan Islam

Pemaksaan (coercion) Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Percetakan, Akta Pertubuhan

Kooptasi (co-optation) contoh Anwar Ibrahim, Mohamad Asri, Nakhaie Ahmad Islamisasi (Islamisation) dasar penerapan nilai Islam, UIAM, Bank Islam, insuran Islam, kenaikan taraf mahkamah syariah setara dengan mahkamah sivil, IKIM

Reaksi masyarakat bukan Islam kepada kebangkitan Islam

kebangkitan agama di kalangan orang bukan Islam, contoh: Theravada Buddhism kebimbangan terhadap ancaman keselamatan daripada golongan pelampau agama kebimbangan akan terhakisnya hak kaum bukan Islam apabila kerajaan cuba menonjolkan dirinya sebagai juara hak orang Islam untuk membendung pengaruh gerakan Islam mobilisasi bersama di kalangan penganut bukan Islam, contoh MCCBCHS 1983 isu penubuhan Inter-faith Commission of Malaysia (IFC), isu perkara 121 (1A) Perlembagaan kesimpulan: lebih banyak dialog diperlukan untuk mewujudkan persefahaman antara agama

Sekian terima kasih Jumpa lagi dalam Sidang Video ke-7

You might also like