AJK Keselamatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM BINA INSAN GURU(BIG) SIRI 3 2012 LAPORAN KETUA AJK KESELAMATAN NAMA NO IC : Muhammad Hafizuddin bin Azmi

: 920212-11-5347

NO MATRIK : 124155 UNIT : PISMP Pendidikan Islam 1 semester 1

Alhamdulillah lafaz syukur yang tidak terkira saya panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana izinNya saya diberi peluang untuk melaksanakan program BIG ini pada 27 mac 2012 hingga 30 mac 2012. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa program BIG kerana berjaya mengadakan Kem Bina Insan Guru (BIG) bagi kumpulan pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 bagi unit Pendidikan Islam 1 dan TESL 4 Semester 1 di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib bagi program latihan keguruan. Program ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam dengan hasil kerjasama daripada semua pihak. Sebelum program ini dapat dilaksanakan, jawatankuasa gerak kerja telah dibentuk terlebih dahulu sebelum program diadakan bagi melicinkan lagi program Bina Insan Guru(BIG). Sepanjang program ini, saya telah dipilih sebagai AJK keselamatan dan kebajikan. Skop tugasan saya ialah berkaitan dengan menjaga keselamatan guru-guru pelatih semasa program berjalan. Jadi bagi memastikan setiap

tugasan berjalan dengan lancar, saya telah memilih tiga orang rakan untuk membantu saya. Senarai AJK: 1. Muhammad Hafizuddin bin Azmi (K) 2. Zuly Fakhrudin bin Zulkifli 3. Salsabila bt Mohd Amran 4. Najihah Farhanah binti Hamzah Tugas utama yang harus dilakukan oleh AJK keselamatan ialah menyiapkan serta menyediakan jadual sentri untuk tempoh tiga malam sepanjang perkhemahan berlangsung. Jadual sentri adalah seperti berikut. ( lihat lampiran) Jawatankuasa kami juga perlu menyenaraikan dan meminjam alatan yang perlu digunakan semasa sentri dan kecemasan. Antara alatan yang dipinjam daripada Unit Kokurikulum ialah: Bil. 1. 2. 3. 4. Alatan Lampu suluh besar Kit kecemasan Stretcher Baju pantul cahaya Unit 2 2 1 1

Walaupun tugasan pengawasan dilakukan oleh pelajar tetapi kami dibantu oleh pensyarah-pensyarah yang bertugas yang sentiasa memastikan

keselamatan kami. Saya berharap dengan berakhirnya BIG ini. Ia dapat membantu kami serta membentuk kami supaya menjadi individu yang berjiwa pendidik yang sepatutnya dan bukan hanya guru pada nama semata-mata. Akhir sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada setiap individu yang bertungkus lumus dalam memastikan program BIG ini berjalan lancar mahupun secara langsung dan tidak langsung.

You might also like