Minit Curai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Minit Curai

1. Tajuk : KEM 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA. 2. Tarikh : 20 & 21 JUN 2012 3. Masa : 8.00 PAGI 6.30 PETANG 4. Tempat : SK TEMENGGONG ABDDUL RAHMAN 1 (STAR 1) 5. Pengerusi : EN. AMIR BIN YUNUS 6. Wakil Bahagian : PPD JOHOR BAHRU, JOHOR

7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. Program 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia adalah ceraian daripada Kokurikulum untuk bahagian permainan yang telah dijenamakan semula semenjak tahun 2010. 7.2. Segala dokumen dan panduan hendaklah dimuat-turun daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, pada bahagian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia. 7.3. Setiap kelab permainan yang dianjurkan sekolah hendaklah menyediakan 1 fail utk setiap jenis permainan, dan di isi oleh Buku Panduan 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia yang telah dimuat-turun daripada laman web, berserta buku rekod aktiviti permainan setiap kali perjumpaan. 7.4 Demo permainan 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia (Modified Game). 7.5 Peserta diminta membentangkan 2 jenis permainan 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia (Modified Game) yang dicipta sendiri secara berkumpulan. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. Makluman kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Besar tentang program yang akan dijalankan dan fail yang perlu disediakan. 8.2. Pada 2 Julai 2012, akan diadakan senamrobik 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia dan gambar perlu dimuat-turun dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa 1 jam. 8.3. Pihak sekolah perlu menyiapkan fail yang ditetapkan sebagai persediaan untuk pemantauan Jemaah Nazir yang akan dating ke sekolah.

Di sediakan oleh,

(AZRUN NAZURAH BT ADNAN) Peserta Kem 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia Wakil SK Taman Anggerik, Johor Bahru

You might also like