Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SKRIP TEMU BUAL Y.B.

SKN BERSAMA RTM SEMPENA SAMBUTAN HARI Q PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 24-27 NOVEMBER 2007
LATAR BELAKANG SAMBUTAN HARI KUALITI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2007

1. Sambutan Hari Kualiti atau Hari Q adalah merupakan suatu acara tahunan dalam kalendar setiap agensi sektor awam semenjak Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan pada tahun 1989. 2. Sambutan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negari Sabah bagi Tahun 2007 telah diadakan pada 24 hingga 27 November 2007 di Kota Kinabalu. Hari Kualiti ini dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah (JPQ) dan Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (QEC). Acara perasmian akan disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
APAKAH KONSEP SAMBUTAN HARI KULAITI TAHUN 2007?

1. Memantapkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Sabah berasaskan platform elektronik 2. Penglibatan menyeluruh penjawat awam 3. Perkongsian Pengetahuan,Pengalaman dan Amalan-amalan terbaik
APAKAH OBJEKTIF/TUJUAN SAMBUTAN HARI KUALITI?

1. Memperlihatkan kemajuan-kemajuan yang telah dilaksanakan di dalam perkhidmatan awam. 2. Memperkukuh dan memperbaharui komitmen serta dedikasi anggotaanggota perkhidmatan awam ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti; dan 3. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada agensi-agensi Kerajaan yang berjaya melaksanakan usaha-usaha peningkatan penyampaian perkhidmatan dan penerapan inovasi dan kreativiti;
APAKAH MATLAMAT UTAMA SAMBUTAN HARI KUALITI?

1. Untuk meraikan kejayaan dan sumbangan kepada pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negeri Sabah 2. Sebagai tanda kerjasama yang berterusan yang kukuh di kalangan agensi-agensi Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan programprogram pembangunan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan. 3. Dapat mengeratkan lagi persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama di kalangan agensi-agensi awam melalui perhubungan yang bersepadu untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan
APAKAH TEMA SAMBUTAN HARI KUALITI PADA TAHUN INI?

Tema Hari Kualiti tahun 2007 ialahKualiti Transformasi Sistem Penyampaian.


APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KUALITI TAHUN INI?

Antara aktiviti yang telah diadakan sempena sambutan tersebut adalah seperti berikut: Karnival Q iaitu pameran yang akan disertai oleh 14 agensi/jabatan awam di Negari Sabah yang berlangsung pada 24 hingga 25 November 2007 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dataran Palm Square, Centre point, Kota Kinabalu. Karnival ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi serta memperkenalkan perkhidmatan online yang terdapat di jabatan/agensi awam yang sedia ada yang mungkin orang ramai masih tidak begitu mengetahuinya. Seminar Hari Kualiti Perkhidmatan Awam pada 26 November 2007 bertempat di Nexus Karambunai yang akan dihadiri seramai 500 anggota sektor awam. Konsep seminar ini ialah perkongsian ilmu dimana penceramah-penceramah luar dijemput untuk memberikan ceramah serta bengkel kepada peserta seminar. Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam merupakan acara kemuncak yang akan diadakan pada 27 November 2007 bertempat di Auditorium Tun Raffae, Menara Yayasan Sabah, Kota Kinabalu yang akan menyasikan kehadiran seramai 1000 penjawat awam di seluruh agensi awam Persekutuan dan Negeri di Sabah; dan Majlis Malam Perkhidmatan Awam pada malam 27 November 2007 bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri, Kota kinabalu Disamping itu juga, sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Kualiti pada 27 November nanti, turut diadakan ialah: a) Penyampaian Penghargaan/pengiktirafan bagi Pemenang Konvensyen KMK Tahun 2007 yang turut mewaklili Negeri Sabah ke Konvensyen KMK sektor Awam Peringkat Kebangsaan b) Penyampaian Penghargaan/Pengiktirafan bagi agensi/jabatan awam negeri Sabah yang Berjaya mendapat Sijil MS ISO 9001:2000; dan c) Anugerah Pertandingan Gerai Terbaik sempena Karnival Q 2007. d) Senamrobik sempen Sambutan hari Kualiti akan diadakan pada 25 November 2007
FAEDAH-FAEDAH SAMBUTAN HARI KUALITI PERKHIDMATAN AWAM?

1. Mendedahkan kemajuan-kemajuan yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam terutamanya di Negeri Sabah. 2. Menggalakkan perkongsian ilmu sesama agensi awam di Negeri Sabah, terutamanya kemajuankemajuan

terkini dalam sistem penyampaian yang terdapat dalam sesuatu oganisasi. Sekiranya ia memberi manfaat kepada agensi-agensi lain, bolehlah menjadi penandaarasan atau benchmarking kepada agensi tersebut. 3. Memperkukuh komiten serta dedikasi anggota-anggota perkhidmatan awam di agensi/jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti sistem penyampaian perkhidmatan. 4. Mengiktiraf agensi-agensi kerajaan yang Berjaya melaksanakan usahausaha penigkatan penyampaian perkhidmatan, penerapan inovasi dan kreativiti serta amalan budaya kerja yang cemerlang. 5. Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kemajuankemajuan dan pelbagai inovasi dalam perkhidmatan awam terutamanya dari segi teknologi komunikasi & maklumat seperti pelaksanaan e-government yang merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan penyampaian secara online dan pembangunan laman web sesuatu jabatan/agensi tersebut. Sehubungan dengan itu, semua anggota Perkhidmatan Awam, agensi persekutuan dan negeri, di Sabah ini adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Perhimpunan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 27 November 2007 jam 8.00 pagi di Auditorium Tun Raffae, Yaysan Sabah. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Q yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 November 2007 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dataran Palm Square, Centre Point, Kota kinabalu bermula jam 10.00 pagi.

You might also like