Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Apakah rasionalnya pelaksanaan MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam?

Jelaskan hubungan MS ISO 9000 dengan TQM dan bagaimana MS ISO 9000 dapat member faedah kepada sesebuah organisasi?

PENGENALAN ISO atau International Organization for Standardization adalah satu badan atau organisasi yang bertanggungjawab kepada penyediaan piawaian

antarabangsa. Ia adalah merupakan gabungan beberapa pertubuhan atau persatuan badan badan persijilan nasional bertaraf dunia. Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 Mengikut artikel Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000: Satu Tinjauan yang ditulis oleh Azizan bin Kassim, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan pengwujudan piawaian

antarabangsa. Manakala pengwuju dan piawaian ISO 9000 adalah untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara ahli diiktiraf di peringkat dunia. ISO 9000 pula adalah satu piawaian bertulis yang menetap dan menerangkan elemen elemen asas yang perlu ada dalam system kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sesebuah organisasi memenuhi kehendak pelanggan. Kualiti dalam ISO pula boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri cirri dan sifat sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelaksanaan standard bagi system ini akan memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dapat menepati spesifikasi yang telah ditetapkan untuk produk atau perkhidmatan tersebut pada setiap kali ianya dihasilkan.

KONSEP ISO 9000


keperluanuntukkualiti

PELANGGAN

QUALITY ASSURANCE
organisasi

DOKUMENTASI - Manual kualiti - Prosedur - Arahankerja - Dokumensokongan - Tanggungjawab - Pihak yang berkuasa

kawalan

SISTEM KUALITI berasaskan ISO 9000


kawalan verifikasi

INPUT

PROSES

OUTPUT

Gambarajah menerangkan tentang konsep ISO 9000 yang mana matlamat kepastian kualiti akan dapat dicapa iapabila kehendak kehendak pelanggan difahami dan proses bagi memenuhi kehendak kehendak ini dirancang dan dikawal. Kawalan proses hendaklahdilakukan di peringkat input dan proses. Output yang dihasilkanakanmelalui proses verifikasi bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Pelaksanaan proses pula akan diasaskan kepada dasa rdanprosedur prosedur yang didokumenkan. MENGENAL KELUARGA ISO Standard ISO 9000 : 2000 ISO 9001: 2000 ISO 9004 : 2000 ISO 19011 : 2000 ISO 14000 GarisPanduan Merujukkepadagarispanduan am Merujukkepadasistempengurusankualiti Merujukkepadapenambahbaikanpengurusankualiti Merujukkepadapengurusankualitidan Audit Persekitaran Merujukkepadasistempengurusankualitialamsekitar

PERKHIDMATAN AWAM Dalam modul pengenalan kepada perkhidmatan awam di Malaysia di dalam satu kursus SijilPerhubungan Perusahaan yang dianjurkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia, perkhidmatan awam ditakrifkan sebagai jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, khidmat adalah sinonim dengan bakti, jasa, tugas, kerja dan sumbangan manakala awam pula merujuk kepadak halayak ramai, umum, atau orang ramai. Maka perkhidmatan awam bolehlah ditafsirkan sebagai satu bakti atau sumbangan oleh satu kuasa tertentu kepada orang awam atau orang ramai. Oleh yang demikian, satu perkhidmatan akan dikatakan perkhidmatan yang baik mahupun terbaik jika kualiti yang ditawarkan dapat mengikut spesifikasi pelanggan atau seperti yang ditakrifkan di atas; orang awam. Maka, jika diteliti, hubungkait antara MS ISO 9000 dengan perkhidmatan awam adalahsangat penting dalam mencapai standard kualiti yang diperlukan oleh pelanggan.

HUBUNGAN MS ISO 9000 dengan TQM ISO 9000 menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan semua aspek dalam organisasi dan member penekanan kepada kerja berpasukan. Antara aspek aspek utama organisasi yang menjadi tumpuan TQM ialah aspek sokongan pengurusan, perancangan strategic kualitidan pengurusan proses. ISO 9000 juga member penekanan kepada aspek aspek ini terutamanya aspek pengurusan proses. Sistem kualiti dan system kepastian kualiti yang diwujudkan melalui pelaksanaan ISO 9000 akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang diberitumpuan oleh TQM. Dengan yang demikian, pelaksanaan ISO 9000 boleh memantapkan usaha usaha ke arah pelaksanaan TQM. RASIONAL PELAKSANAAN MS ISO 9000 Pada amnya, sesebuah organisasi melaksanakan MS ISO 9000 bagi memenuhi matlamat matlamat berikut: Untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan organisasi

melaksanakan MS ISO 9000 sebelum pelanggan bersedia untuk membeli produk atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh agensi MS ISO 9000 dijadikan sebagai blueprint bagiusaha usaha

penambahbaikan dan peningkatan system kualiti dalam organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi tersebut.

FAEDAH FAEDAH MS ISO 9000 Pelaksanaan MS ISO 9000 akan member beberapa faedah termasuklah: Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah. Dengan demikian mengelakkan pihak pengurusan daripada terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti operasi harian organisasi. Ini adalah kerana staf dibekalkan dengan panduan dan cara bekerja yang lengkap Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah langkah yang perlu diambil. Ini dicapai melalui perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas dilaksanakan dan menyediakan prosedur standard serta garis panduan untuk membantu staf mengetahui tugas sebenar yang perlu dilakukan. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan amalan pengurusan dan cara cara bekerja. Dokumen ini boleh dijadikan sebagai asas untuk program latihan kepada staf dan asas bagi penambahbaikan prestasi. Dokumen dokumen adalah dikemaskini Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah masalah serta mengelakkannya daripada berulang.

You might also like