Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NURUSYAMILAH SUHAIMI PISMP PK 1 KERENCATAN AKAL Kerencatan akal merupakan di antara kategori ketidakupayaan yang dialami oleh manusia.

Secara umumnya, kerencatan akal memberi definIsi individu yang mengalami kerosakan otak yang disebabkan oleh faktor biologi dan latar belakang keluarga yang kurang mendedahkan mereka kepada aktiviti kognitif. Manakala American Association on Mental Retarded (AAMR) pula menjelaskan kerencatan mental sebagai sebahagian daripada kecelaruan fungsi yang bermula daripada kanak-kanak dan ini ditunjukkan melalui tahap kefungsian kecerdasan dan kemahian adaptif yang terhad. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kerencatan akal seperti faktor organik dan faktor persekitaran sosial. Antara faktor organik ialah jangkitan pranatal, jangkitan postnatal, kemabukan, dan pramatang. Jangkitan prenatal ialah jangkitan mikroorganisma seperti rubella, syphilis, dan toxoplasmosis yang memberikan impak kepada embrio dalam kandungan ibu. Jangkitan posnatal pula ialah jangkitan mikroorganisma seperti

encephalitis dan meningitis yang menyerang kanak-kanak yang sedang mengalami proses pertumbuhan dengan memusnahkan sistem otak dan menyebabkan kerencatan mental. Faktor kemabukan yang menyebabkan berlakunya kerencatan mental pula dijelaskan dengan kesan tindak balas kimia yang berlaku dalam darah ibu akan disalurkan kepada fetus dan memberi impak kepada bayi manakala faktor pramatang adalah bayi dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau brat badan kurang daripada 2500 gram.

Faktor persekitaran juga mendorong kepada terjadinya kerencatan akal. Antara faktor yang dapat dihuraikan ialah latar belakang keluarga, dan status ekonomi sosial. Ibubapa yang mengalami kerencatan akal berpontensi untuk melahirkan anak yang mengalami masalah yang sama. Faktor sosio ekonomi juga menjadi penyebab kepada kerencatan akal di mana ibu hamil dari keluarga miskin selalunya melahirkan bayi yang kurang nutrien kerana tidak mengambil makanan yang seimbang ketika mengandung,kesannya bayi mereka kekurangan nutrien dan mengalami pertumbuhan yang terencat. Walaupun dipinggirkan mengalami kerencatan mental , mereka tidak boleh

tetapi harus diberi peluang pendidikan. Seperti di negara kita,

kanak-kanak khas yang dapat menguruskan diri tanpa bantuan orang lain akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di sekolah khas. Walaupun bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami kerencatan mental yang teruk, mereka diberikan pendidikan di Pusat Pemulihan Swasta untuk orang kurang upaya seperti KIWANIS, Pusat Wisma Harapan dan sebagainya.

You might also like