Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NOTA UNTUK KITAR HIDUP HAIWAN

KITAR HIDUP HAIWAN


Sebelum mula belajar untuk kali ini...kita main dulu yea..Permainan cari binatang yang tersembunyi... Cikgu nak kamu cari binatang yang tersembunyi dengan hanya klik pada gambar binatang yang tersembunyi seperti gambar contoh yang diberikan di bawah gambar tersebut..Selamat Mencuba.. Untuk bermula tekan JOM MAIN dan cari perkataan PLAY..

TAHUKAH ANDA????

Kitar hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang betina pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan.

Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir, telur, dan membesar.

Pada setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga binatang tertentu yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada yang hanya berubah daripada segi saiz .Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia tidak sama antara satu sama lain.

Di Laman ini kita akan belajar lebih lanjut tentang kitar hidup haiwan.Antaranya ialah rama-rama, nyamuk, Katak, Ayam dan sebagainya. Diharap kamu semua dapat belajar sambil bermain.HAVE FUN AND ENJOY IN THIS WEB!!! ( ^_^ )

KITARAN HIDUP KATAK


Saya seekor katak.sebelum belajar tolong lengkapkan puzzle di bawah menjadi seekor katak yang comel. untuk mula bermain klik SAYA KATAK COMEL..

Katak tidak menyamai nyamuk dan rama-rama. Jom kita tengok bagaimana kitar hidup seekor katak. PERINGKAT KITARAN HIDUP KATAK

PERINGKAT 1 ( TELUR )

Katak bertelur di dalam air. Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak.

Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli @ agar-agar.

Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini. PERINGKAT 2 (BERUDU)

Selepas 21 hari tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu.

Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu.

Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. PERINGKAT 3 (BERUDU MULA BERUBAH)

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.

Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil.

Paru paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

PERINGKAT 4 ( HAMPIR MENJADI KATAK)

Lama kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit.

Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar.

Paru paru semakin menjalankan fungsinya. PERINGKAT AKHIR (KATAK)

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air.

Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing.

Katak kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

KITAR HIDUP RAMA-RAMA

Rama rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.

Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya, ramarama melalui 4 proses/ peringkat.

Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza. PERINGKAT 1 : TELUR

Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukanpersenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

PERINGKAT 2 : BELUNCAS / LARVA

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas. Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang. Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya. PERINGKAT 3 : KEPOMPONG / PUPA

Pada tahap ini transformasi akan berlaku

Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.

Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong. Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama. PERINGKAT 4 : RAMA-RAMA

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai ramaramayang cantik Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

BAGAIMANA IA BERLAKU?????

Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau (PUPA). Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama.

You might also like