Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 58

9.

Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat

Hasil Pembelajaran
Menjelaskan peranan kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Menjelaskan peranan masyarakat dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia Menjelaskan peranan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Pengenalan
Proses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya bersifat top-down Usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan kestabilan sosioekonomi serta keamanan.

Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia sentiasa terpelihara
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Program Latihan Khidmat Negara

Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Sekolah Wawasan

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969

Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara

2006 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

23 Februari 1971 Majlis Penasihat Perpaduan Negara (selepas pembuburan MAGERAN)

1990 2004, Jabatan Perpaduan Negara di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional

Dasar-dasar
Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Ekonomi Baru Dasar-dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan

Bagi mengurangkan tindaktanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional

Tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia
Dasar Pembangunan Negara Dasar Wawasan Negara Dasar Sosial Negara

JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkat perpaduan dan integrasi nasional

Strategi Politik: Persefahaman Strategi Ekonomi Strategi Pendidikan Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Strategi Agama Strategi Kebudayaan

Strategi Integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Strategi Media Massa Strategi Kesukanan Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Strategi Pertubuhan Sukarela Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

Strategi Pemantauan Isuisu Semasa dan Konflik Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan

Strategi-strategi lain
Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya Mewujudkan pengauditan dasardasar kerajaan Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia

Strategi Politik: Persefahaman


Persetujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan menjadi asas dan kerangka (framework) bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta integrasi antara wilayah.

Strategi Ekonomi
Objektif utama ke arah mencapai perpaduan negara adalah untuk mengimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi tertentu

Strategi Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan


Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama, kedudukan ekonomi dan sebagainya.

Strategi Agama
Semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Untuk memelihara suasana harmonis antara rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti agama kaum lain hendaklah sentiaa diamalkan.

Strategi Integrasi Wilayah


Kedudukan geografi serta banyak faktor persamaan dalam sejarah telah melahirkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pelbagai langkah telah diambil semenjak penubuhan Malaysia untuk mengintegrasikan kedua-dua wilayah ini dan kemajuan yang signifikan telah pun dicapai

Strategi Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan untuk memelihara dan menegakkan perpaduan negara akan memainkan peranan penting dalam strategi perpaduan negara selagi perpaduan negara belum mencapai tahap yang benar-benar mantap, stabil dan berkekalan

Strategi Pembangunan Kawasan


Pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan kejiranan perlu seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia


Majikan sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta perlulah memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum, agama dan budaya Pemilihan perlulah dibuat berdasarkan keadilan dan kelayakan.

Strategi Media Massa


Perkembangan media elektronik (terutamanya radio, televisyen,akhbar dan majalah) telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman

Strategi Kesukanan
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur dan tarat sosioekonomi

Strategi Pemasyarakatan Perpaduan


Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciriciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan

Strategi Pertubuhan Sukarela


Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilainilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang

Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik


Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal. Maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera, membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal

Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)

Penubuhan PANEL dan JKPPN untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan.

Sebagai badan yang membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen

Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan


Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu (termasuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti)

Peranan Masyarakat Dalam Konteks Hubungan Etnik


Rukun Tetangga

Program di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Penerimaan Budaya

Peranan NGO Dalam Konteks Hubungan Etnik

NGO
Pertubuhan Belia Malaysia Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia Majlis Belia Malaysia Pergerakan Belia 4B Persatuan Belia Tamil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dewan Perniagaan Cina Malaysia Dewan Perniagaan India Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Peranan sains dan teknologi amat diperlukan dalam meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia

Peranan pihak swasta dan kerajaan amat diperlukan dalam menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi negara

Kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial berdasarkan kadar 60:40. bilangan saintis antara kaum dapat diseimbangkan.

Penjana kepada pembangunan ekonomi negara.


Intensive Research Priority Areas (IRPA) Geran daripada pihak swasta Penubuhan institusi tertentu Koridor Raya Multimedia (MSC Akademi Sains Negara

Rumusan

Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia suatu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia

Modul Hubungan Etnik dihasilkan sebagai salah satu tindakan susulan setiap rakyat Malaysia telah mempunyai pengalaman berinteraksi dengan suatu kelompok etnik lain yang wujud di Malaysia

Kerencaman sifat hubungan ini telah mewarnai persepsi setiap rakyat Malaysia mengenai sifat, keadaan dan masa depan hubungan etnik di Malaysia

Kerencaman ini harus dilihat sebagai suatu yang positif, kalau disusun kembali dan diisi lompang-lompangnya akan memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk membentuk satu peta mental yang lebih menyeluruh

Peta mental boleh membantu dan meningkatkan taraf kesedaran rakyat tentang hubungan etnik yang mewarnai kehidupan mereka

Melalui kesedaran dibina kefahaman. Kefahaman ini akan meningkatkan tahap akomodatif setiap individu atau kelompok terhadap kelompok lain yang wujud

Aspek saling menghormati sangat penting untuk mengurangkan seta menghapuskan salah faham, stereotaip serta prejudis mereka terhadap kumpulan etnik lain

Perpaduan dan kerjasama etnik yang harmonis merupakan hasil yang diinginkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang tersurat dalam Modul Hubungan Etnik

Modul Hubungan Etnik


Memahami konsepkonsep asas yang boleh digunakan sebagai alat analisis atau untuk mengupas isu hubungan etnik di Malaysia dengan lebih tersusun dan mantap Mengimbas kembali serba sedikit latar belakang ekonomi dan politik Malaysia

Menawarkan kupasan yang agak mendalam mengenai beberapa aspek hubungan etnik seperti isu penggubalan Perlembagaan sebagai satu kontrak sosial, cabaran-cabaran terhadap hubungan etnik dulu dan sekarang, fungsi dan sumbangan Islam Hadhari ke arah memantapkan hubungan etnik

Meneliti dengan lebih dekat sumbangan terus menerus kerajaan dan masyarakat ke arah mengekalkan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia

Rumusan
5 perkara utama yang dapat membantu bertindak ke arah memperbaik dan memupuk hubungan etnik daripada perspektif dan dengan kemampuan yang ada pada diri Kesedaran Kefahaman Akomodatif Saling menghormati perpaduan

Kesedaran
Kemampuan pembaca untuk mengenal pasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam bentuk kelompok etnik dan selanjutnya dalam bentuk-bentuk lain agama, budaya, kedudukan ekonomi, politik dan sosial

Kefahaman
Kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu yang semestinya bersifat negatif atau yang menggalakkan pertentangan. Kepelbagaian juga merupakan satu kekuatan Membina kesepaduan daripada kepelbagaian itu ialah satu kemestian yang akan memastikan perlanjutan dan kelangsungan sesebuah masyarakat

Akomodatif
Apabila wujud akomodatif, maka akan terbina perilaku dan tindakan yang bersifat akomodatif, iaitu sedia menerima golongan etnik yang berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek. Sifat akomodatif serta kesanggupan menerima golongan etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat resam dan agama, merupakan aspek yang sangat penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan hubungan etnik yang harmonis

Saling menghormati
Sifat akomodatif menjana sikap dan perilaku saling menghormati Interaksi yang lebih intim antara kelompok etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya menerusi sikap hormat menghormati serta menghindari konflik dalamn segala bentuk

Perpaduan
Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, sifat akomodatif yang tinggi, hubungan saling menghormati yang berterusan pasti akan membuka luas pintu untuk membina segala bentuk usaha ke arah perpaduan etnik yang diidamkan.

You might also like