Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : Abdul Raof B Md Nazar Tajuk : Laksamana Tun Tuah Sinopsis:

Novel ini menceritakan kehidupan Hang Tuah dengan menekankan sifat kepahlawanannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hang Mahmud dan Dang Merduwati mempunyai seorang anak lelaki bernama Hang Tuah. Mereka berasal dari Kg. Duyung. Akibat dipujuk oleh Hang Dolah, mereka sekeluarga telah berpindah ke Kampung Bendahara. Di Kampung Bendahara, sanak saudara Hang Mahmud berkumpul untuk mengenali keluarga Hang Mahmud. Sejak dari itu Hang Tuah telah berkenalan dengan Hang Jebat iaitu anak Hang Dolah, Hang Lekir, Hang Kasturi, dan Hang Lekiu dan juga dikenali sebagai lima bersaudara. Mereka berlima telah mengalahkan lanun ketika mereka keluar ke laut. Lima bersaudara ini telah menuntut ilmu persilatan di Gunung Runduk dengan Sang Adi Putera.Peristiwa orang mengamuk di Kampung Bendahara telah menampakkan kepahlawanan Hang Tuah ketika

Kesultanan Melayu Melaka. Meraka berlima telah diangkat menjadi biduanda di istana oleh Sultan Mansur Syah. Hang Tuah seorang yang taat atas perintah Sultan. Hang Tuah bersama-sama Patih Karma Wijaya pergi ke Majapahit dan telah berjaya untuk meminang Radin Mas Ayu puteri kepada Bentara Majapahit. Perkara berlaku selepas peminangan Tun Teja tidak diterima. Ketika menemani Sultan Mansur Syah di Majapahit untuk perkahwinan baginda, pelbagai dugaan berlaku terhadap Hang Tuah terutama sekali peristiwa amukan Taming Sari yang berjaya dipatahkan oleh Hang Tuah. Untuk menunutut bela fitnah yang dibuat oleh Tun Bija Asura dan Tun Seri Utama, Hang Tuah telah pergi ke Pahang untuk membawa balik Tun Teja bagi dikahwinkan kepada Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka, beliau telah menyelesaikan kecurian dilakukan Merga Paksi yang berlaku di Melaka. Fitnah yang paling besar dikenakan kepada Hang Tuah sehingga Sultan Mansur Syah menitahkan membunuh Hang Tuah. Akibat pembunuhan Hang Tuah, Hang Jebat yang diangkat menjadi Laksamana telah menuntut bela kematian saudaranya itu dengan mengamuk seisi Kota Melaka. Akhirnya Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah yang disembunyikan oleh Bendahara. Hang Tuah telah meninggal dunia

setelah pengembaraan yandilakukan untuk melamar Puteri Gunung Ledang untuk Sultan dan dikatakan dikebumikan di satu kawasan di tepi laut sempena gelaran raja laut yang terletak di Tanjung Keling. Hang Tuah telah berkhidmat selama tiga orang sultan iaitu Sultan Mansur Syah, Sultan Alyyudin Shah dan Sultan Mahmud Shah.

You might also like