Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TUTORIAL 2:

Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil perbincangan
DISEDIAKAN OLEH: NAZIMAH NUR SYUHADA NURUL FARIHAH LAILA MAISARAH

KAUM ORANG ASLI


Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.

Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Ini telah membawa perlakuan perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.

PANTANG LARANG ORANG ASLI

LAWATAN DAN KUNJUNGAN

Pengunjung tidak boleh naik sebelum dipelawa. Pengunjung dilarang mengunjungi atau memanggil nama tuan rumah yang mempunyai daun-daun bergantungan di hadapan rumah. Pengunjung dilarang berlagak seperti seorang pegawai.

Pengunjung dilarang mendekati kanak-kanak kerana bimbang akan menghilangkan semangat mereka dan seterusnya mati. Dilarang membuat perbandingan antara satu kampung dengan kampung yang lain. Dilarang mengintip atau mengintai keadaan rumah. Dilarang membawa balik lebihan makanan yang disediakan di kampung tersebut.

Dilarang meludah di tempat sebarangan. Dilarang membuat sebarang janji yang tidak mampu ditunaikan. Tidak boleh memberi hadiah secara terus kepada wanita orang asli yang tidak dikenali. Sebaliknya perlu melalui pihak ketiga. Pengunjung perlu menerima makanan yang disediakan dan jika terpaksa menolak, boleh menolak dengan istilah yang halus seperti pantang atau sebagainya.

Mandi limau- kedua-dua pengantin diarak dan dimandikan limau berjampi untuk mengelakkan malapetaka. Dalam tempoh 3 hari, tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung kerana takut diganggu segala dan syaitan.

MENGANDUNG

Suami tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang. Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan. Dilarang memakan ikan yang berwarna merah kerana dikhuatiri akan tumpah darah ketika melahirkan.

Wanita mengandung dilarang bekerja pada waktu subuh dan mahgrib keran dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang keran dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.

KELAHIRAN

Pengunjung/pelawat dilarang memuji kecantikan tubuh badan anak yang baru lahir. Ini dipercayai akan menyebabkan hantu-hantu yang berdekatan akan suka dan mengambil bayi tersebut.

KEMATIAN

Apabila ada kematian di sesebuah kampung kerja kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Ketika ada kematian, semua kanak kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi.

SEBELUM AMBIL TUMBUHAN HERBA

Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan. Tidak boleh bercakap sebarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar. Kenalpasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut.

Dilarang mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut. Elakkan mencabut herba di waktu senja. Seeloknya jam 9 pagi hingga 5 petang (selain faktor keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran).

Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi tawar. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek kerana bimbang berlaku mala petaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur.

Sekian. Terima Kasih.

You might also like