Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Definisi

1.1 Definisi Pendidikan Pendidikan boleh didefinisikan sebagai proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Dalam erti kata yang lebih kecil skopnya, proses pendidikan mempunyai tujuan untuk membolehkan seseorang murid berkembang sebagai seseorang individu yang dapat sesuai berfungsi secara berkesan dalam masyarakatnya.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau dulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merangkumi segala istilah, pemikiran dan prinsip yang berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Berdasarkan buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia hasil tulisan Choong Lean Keow, FPK boleh dikatakan sebagai gabungan antara matlamat, dasar-dasar, dan amalan pendidikan sebagai satu molekul keseluruhan yang jelas, dan logik diterima oleh akal. Sebagai bakal guru mata pelajaran Sains, banyak perkara yang boleh diterapkan berdasarkan garis-garis panduan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

2.2 Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kandungan FPK adalah seperti berikut : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

2.3 Analisis Falsafah Pendidikan Negara

1. Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan merujuk kepada proses pembelajaran yang tiada pengakhirannya, iaitu ia bermula daripada kecil sehingga akhir hayat. Subjek Sains mula diajarkan kepada murid darah satu lagi. Jadi, pendidikan mata pelajaran Sains dapat diterapkan dari awal, dengan memperkenalkan kanak-kanak berumur 7 tahun ini dengan dunia Sains yang menakjubkan dan menyeronokkan.

2. Perkembangan potensi individu. Pendidikan juga mencungkil perkembangan potensi individu sedikit demi sedikit. Sebagai guru Sains, perkembangan bakat, potensi dan kebolehan murid-murid berkenaan dengan Sains boleh diperhatikan dan digilap.

3. Insan yang seimbang dan harmonis. Murid-murid perlu dipastikan mempunyai keseimbangan dari sudut intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Jika seimbang keempat-empat elemen ini, maka lahirlah individu murid yang harmonis samada dengan diri sendiri, atau orang lain.

4. Unsur intelek Murid hendaklah mempunyai kemahiran asas 3M : membaca, menulis, dan mengira. Dalam subjek Sains, guru diamanahkan mengajar murid membaca buku sains, memastikan mereka dapat menulis, dan melakukan pengiraan angka yang asas. Tiga kemahiran ini penting untuk menguasai Sains dengan baik.

5. Unsur rohani Unsur rohani merangkumi kepercayaan kepada Tuhan serta kesyukuran dengan pemberian Tuhan. Selain itu, ia turut berkait rapat dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melalui subjek Sains, pendedahan kepada keindahan alam sekitar serta kejadian muka bumi oleh Tuhan, boleh menerapkan kepercayaan murid kepada

Tuhan masing-masing. Selain itu, nilai-nilai murni seperti menghargai, bertanggungjawab, dan mensyukuri boleh juga disematkan dalam jiwa murid-murid.

6. Unsur emosi Emosi juga penting dalam pendidikan yang boleh dimasukkan dalam pengajaran Sains. Murid perlu mempunyai emosi yang matang dan stabil, serta bersifat bersepadu dan kekitaan.

7. Unsur jasmani Menerusi subjek Sains, kemahiran kecergasan fizikal boleh dimanfaatkan. Melalui topik seperti tubuh badan, murid dapat mengetahui nama-nama anggota badan, serta mendapat pengetahuan tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan.

8. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penerapan Sains tentang hukum dan fenomena alam sebagai peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan boleh dilaksanakan. Elemen ini menceritakan tentang mengakui kewujudan Tuhan, mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam, menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya, serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

9. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Murid boleh dipupuk supaya mencintai ilmu serta berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

10. Rakyat Malaysia yang berketerampilan. Elemen ini menerapkan unsur kecekapan dan kompetensi diri, serta kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna, melahirkan murid yang berpandangan jauh dan berinisiatif, dan memupuk pembawaan diri yang baik sejak kecil lagi.

11. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Murid perlu dilatih supaya mempunyai perwatakan diri yang baik, serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

12. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Sejak kecil, murid perlu diajar bertanggungjawab, supaya boleh dipercayai, dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik.

13. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Murid perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang serta mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Ini adalah penting bagi melengkapkan murid dengan ujian hidup mendatang.

14. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Murid perlu berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, dan hormat-menghormati. Selain itu, nilai mempertahankan maruah diri,profesion, agama, bangsa, dan negara.

15. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Elemen ini merangkumi semangat cintakan negara, mematuhi norma masyarakat, memupuk persefahaman keluarga, dan menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup.

You might also like