Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bendera Dunia

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.

Bendera PPPM
Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Nilai-nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu

MISI
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."

VISI
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."

You might also like