Ulasan Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Dr. Mahamad bin. Arifin.

Artikel yang bertajuk Islam dalam Perlembagaan Persekutuan oleh Dr. Mahamad bin Arifin telah membincangkan berkaitan dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini mengandungi tiga topik iaitu definisi Islam dalam perlembagaan, kedudukan agama Islam, pindaan perlembagaan ( Perkara 121).

Pengenalan artikel ini menjelaskan kedudukan Islam dalam perlembagaan yang merupakan perkara penting terutamanya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan masyarakat Malaysia. Jika dibangkitkan isu berkaitan kedudukan Islam dalam perlembagaan ia akan menjadi isu yang sensitif bagi orang Melayu kerana agama tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, Islam telah diberi pengiktirafan yang dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengiktirafan Islam ini telah dicadangkan oleh Parti Perikatan untuk memasukkan peruntukan mengenai Islam sebagai agama Persekutuan. Cadangan ini telah ditolak oleh Raja Melayu kerana jika Persekutuan mempunyai agama rasmi, ketua kerajaan Persekutuan secara logiknya akan menjadi ketua agama rasmi dan secara tidak langsung akan menggugat kedudukan raja sebagai ketua agama negeri.

Parti Perikatan telah menjelaskan perkara yang sebenar iaitu menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan bertujuan untuk upacara rasmi sahaja seperti upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Hal ini sedikit pun tidak menggugat kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Negeri. Setelah penjelasan tersebut diberikan, akhirnya kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui oleh raja-raja.

Setelah mendapat persetujuan daripada raja-raja, perkara 3 telah memperuntukkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Peruntukan ini telah meletakkan satu keistimewaan kepada agama Islam berbanding agama lain. Walau bagaimanapun, kedudukan Islam tersebut pada umumnya adalah terbatas. Ia cuma mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi tetapi dalam masa yang sama membatas kedudukannya. Kenyataan tersebut ada kewajarannya memandangkan Malaysia mempunyai dua sistem mahkamah iaitu mahkamah Sivil dan Syariah di mana bidang kuasa syariah lebih rendah daripada bidang kuasa mahkamah sivil. Meskipun kedudukan Islam dianggap istimewa berbanding dengan agama

lain, namun hak untuk diamalkan dengan bebas dalam kalangan penganut agama lain lebih tinggi. 1

Topik definisi Islam dalam Perlembagaan telah menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai takrifan yang tersendiri terhadap perkataan agama. Perkara 160 juga tidak memasukkan dengan nyata undang-undang Islam dalam definisi undangundang. Perkara 3 (1) yang menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun ia tidak memberi makna terhadap kesan undang-undang sebaliknya hanya sekadar upacara rasmi negara.

Takrifan dalam perkataan agama tidak ditakrifkan dengan jelas namun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai takrifan yang jelas melalui perkara 3 yang perlu dibaca dengan perkara 11 perlembagaan. Perkara 11 memberi penekanan semula kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama persekutuan. Ada juga yang berpandangan bahawa perkataan Islam dan bukan Agama Islam digunakan dalam perkara 3, maka bolehlah dikatakan maksud Islam ialah sebagai cara hidup iaitu Islam sebagai al-Din.

Pandangan yang melihat kedudukan Islam secara negatif, di dalam perlembagaan itu sering memetik tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agong oleh Ketua Hakim Negara yang membicarakan kes-kes tertentu pada tahun 1988 dan 1990 yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan ketika mentafsirkan Islam sebagai agama. Hal ini dapat dilihat melalui Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya , mahkamah Persekutuan telah mentakrifkan makna Islam yang terdapat dalam perkara tiga perlembagaan ketika memutuskan hukuman. Mahkamah Persekutuan telah mentafsir bahawa Islam hanya merujuk kepada undang-undang keluarga, perkahwinan,penceraian dan warisan untuk orangorang Islam sahaja.

Maka dalam konteks ini, jelas menunjukkan Islam dalam perlembagaan amat terhad dan sempit skopnya kerana hanya terhad kepada undang-undang keluarga dan sebagainya bagi orang-orang Islam sahaja. Maka hal ini tentulah membuka peluang yang amat luas pelbagai pandangan-pandangan negatif untuk mendakwa bahawa kedudukan Islam di negara ini sebenarnya adalah sepit dan tidak merangkumi al-din yang sebenarnya.

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya : Intel Multimedia,hlm. 99.

Sikap melihat kepada kata-kata dan ungkapan ayat tertentu memanglah dapat dijadikan ukuran untuk menarik sesuatu kesimpulan yang dikehendaki, terutamanya untuk membuat tafsiran-tafsiran yang sesuai dengan pandangan sendiri secara peribadi atau kelompok tertentu. 2

Topik seterusnya membincangkan berkaitan dengan kedudukan Agama Islam peruntukan beberapa dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara yang disentuh ialah Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian persekutuan. Melalui perkara ini keistimewaan Islam dapat dilihat melalui beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan berhubung bantuan kewangan untuk meninggikan syiar Islam, menetapkan Yang di-Pertuan Agong seharusnya beragama Islam,menyekat dan mengawal penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam dan beberapa upacara rasmi. Bagi melihat kedudukan agama Islam dalam perlembagaan dengan lebih jelas lagi, Perkara 3 (1) perlu dibaca dengan perkara 11. Perkara 11 menegaskan bahawa hak semua rang untuk menganut, mengamal, dan mengembangkan agama dengan kekecualian bahawa undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa pegangan atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam. Majlis Raja-raja boleh bersetuju bahawa sebarang perbuatan, amalan atau upacara hendaklah meliputi seluruh persekutuan.

Kedudukan agama Islam tidak hanya menyentuh undang-undang Persekutuan, malah undang-undang negeri juga turut terlibat. Hal ini telah dijelaskan dalam perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat perkembangan apa-apa pegangan atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Ismail Ibrahim. 2000, Ogos 17. Islam dan Perlembagaan Malaysia. Utusan Malaysia, hlm 6.

Antara kes yang boleh dilihat melalui perkara ini kes yang melibat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin. Kes ini melibatkan seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu Jamaludin telah cuba menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Melayu. Penyebaran yang dilakukan oleh Jamaludin telah berjaya menarik enam orang Melayu ke dalam agama Kristian. Dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membuat rayuan terhadap mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa alasan untuk pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah Agong juga telah ditolak. Hakim di kedua-dua mahkamah itu secara jelas menegaskan bahawa hak kebebasan orang itu menganut dan mengamalkan agamanya, sebaliknya mahkamah tidak pula menyentuh sama ada orang itu berhak menyebarkan agamanya terhadap orang Islam. Jelas disini yang menggambarkan pengamalan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kes ini sebenarnya perlu dirujuk kepada perkara 11 (4), tetapi mahkamah telah hanya merujuk kepada perkara 3 (1). Hakim telah merujuk kepada penaksiran keputusan mahkamah dalam menyelesaikan masalah ini.

Perkara 12 (2) turut menyentuh berkenaan kedudukan agama Islam. Perkara ini memperuntukkan setiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi itu dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.

Bagi memenuhi maksud peruntukan ini, seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran Pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar yang layak mempelajarinya tidak kurang daripada 15 orang.

Perbincangan mengenai kedudukan Islam dalam perlembagaan perlu meneliti peruntukan-peruntukan di bawah perkara (3), 11 dan 12 (2). Sebenarnya tidak semua peruntukan tersebut meregulisasikan kedudukan Islam. Bagaimanapun, operasi peruntukanperuntukan berkenaan boleh mendatangkan kesan secara langsung atau sebaliknya terhadap

perlaksanaan Islam. Hal ini timbul kerana pelaksanaan Islam memerlukan dokongan dan sokongan pihak berkuasa kerana pelaksanaan Islam tidak hanya berkisar kepada soal hubungan individu dengan pencipta Nya. Justeru, dalam soal yang umum, boleh dikategorikan sebagai peribadi, sesetengahnya pula memerlukan bantuan pihak berkuasa. Ini termasuklah pelantikan imam, pentadbiran nikah dan cerai serta penentuan tarikh puasa di bulan Ramadhan.3

Perlembagaan Persekutuan sering dilihat sebagai penghalang pelaksanaan Islam akibat wujudnya peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi, mengatasi undang-undang lain. Sebenarnya sama ada peruntukan berkenaan benar-benar menghalang pelaksanaan Islam pada hakikat dan praktiknya banyak tertakluk kepada tafsiran dan juga polisi-polisi yang dibuat bagi pelaksanaan Islam. Pendapat ini telah diketengahkan dengan mengambil kira keputusankeputusan seperti keputusan mahkamah tinggi.

Artikel ini juga turut membincangkan perbezaan antara perlembagaan Malaysia dan perlembagaan Pakistan yang memberi kuasa membuat undang-undang sekular dan undangundang Islam. Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Pakistan berasaskan Islam dan Barat, dan sistem undang-undang lebih kepada keislaman. Hal ini untuk pengislaman masyarakat dan juga melibatkan proses perundangan, politik dan kehakiman dalam pengislaman itu. Di Pakistan jelas dilihat sistem perlembagaan mengawal semua aspek dalam ajaran agama Islam, tetapi di Malaysia, tidak wujud pun mahkamah syariah yang bertindak sebagai pengawalan terhadap kesesuaian undang-undang mengikut agama Islam.

Sebenarnya pengisytiharan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara 3 juga telah tersirat sama dengan perkara 227 perlembagaan Pakistan. Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan. Jadi Islam sebagai agama Persekutuan sebenarnya membawa satu maksud yang tersirat bahawa semua peruntukan kelayakan badan pembuat undang-undang perlu didasari dengan Islam. Hal ini jelas sama seperti peruntukan 227 perlembagaan Pakistan. Tetapi terdapat pandangan yang menyatakan bahawa Malaysia tidak dapat melaksanakan perlembagaannya seperti Pakistan kerana majoriti penduduk Islam di Malaysia lebih kecil berbanding dengan penduduk Islam di
3

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya : Intel Multimedia,hlm. 11.

Pakistan yang secara keseluruhannya menganut agama Islam. Hal ini kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama. Jadi ia membataskan pelaksanaan Islam dalam perlembagaan.

Kesalahan orang Islam akan dibicarakan di Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa terhadap undang-undang jenayah Islam, jadi bidang kuasa mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam sahaja. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa berhubung kesalahan seperti yang diperuntukan oleh undang-undang persekutuan. Misalnya akta mahkamah syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hingga 1985 memperuntukkan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dijalankan berhubung apa-apa kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan untuk sesuatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau apa-apa denda melebihi RM 1000 atau kedua-duanya.

Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan bagi orang Islam. Walaupun mempunyai bidang kuasa yang terhad tetapi ia adalah institusi keadilan tertinggi bagi menyelesaikan sebarang pertikaian membabitkan soal agama. Tugas Mahkamah Syariah meliputi undangundang kekeluargaan orang Islam, penentuan agama serta perkara-perkara berkaitan jenayah yang diperuntukkan. Laporan Suruhanjaya Reid semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan mengesyorkan agama diletakkan di dalam bidang kuasa negeri. Oleh hal yang demikian, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Akibatnya, setiap negeri mempunyai undang-undang syariah sendiri dari segi kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaan.4

Artikel ini turut membincangkan mengenai peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini telah memberi beberapa kesan yang dapat dilihat dengan nyata seperti Perkara 160, antara lain memberi definisi Melayu sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abbas Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Hal ini membawa maksud apaapa perkara yang melibatkan orang Melayu harus melibatkan undang-undang Islam.

Mahkamah Syariah PerluBidang Kuasa Lebih Jelas. Utusan Online. 2006, Disember 26. Diperolehi pada 23 Mac 2011 URL : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia

Antara kesan lain yang dapat dilihat melalui peruntukan Perkara 3 ialah melalui kutipan zakat dan fitrah daripada orang Islam. Jumlah zakat yang dibayar boleh dikira sebagai cukai pendapatan biarpun zakat itu hanya digunakan untuk kepentingan orang beragama Islam sahaja. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera atau keselamatan boleh dianggotai oleh orang bukan Islam, tetapi berlainan pula perkhidmatan askar Melayu Diraja yang dihadkan kepada orang Melayu sahaja.

Topik yang terakhir di dalam artikel ini ialah berkaitan dengan pindaan perlembagaan perkara 121. Pindaan perkara 121 ini telah meningkat status Mahkamah Syariah dan mereka tidak boleh lagi dianggap mempunyai kedudukan yang rendah berbanding mahkamah sivil. Mahkamah Syariah telah bebas daripada campur tangan mahkamah sivil dan majlis agama Islam di setiap negeri. Penyusunan semula urusan agama Islam, di negeri, kuasa Majlis Agama Islam, mufti, dan mahkamah syariah telah dijelaskan batas-batasnya. Sesesuatu rayuan boleh dibawa dari mahkamah syariah rendah ke mahkamah syariah tinggi, seterusnya ke mahkamah syariah rayuan. Undang-undang mahkamah syariah di beberapa negeri hanya berkuasa menangani prosedur sivil, prosedur jenayah dan undang-undang yang berlaku

sebagai bukti ia boleh dibicarakan di mahkamah syariah. Jadi pindaan itu merupakan satu langkah untuk mengelakkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syarak seperti yang berlaku sebelum ini.

Sebelum pindaan perlembagaan terhadap perkara 121 dilakukan, mahkamah sivil boleh menjalankan bidang kuasanya walaupun perkara itu mengenai undang-undang diri dan keluarga orang Islam. Mahkamah Sivil juga telah mengatasi keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, kes Myriam lwn Ariff di mana semasa penceraian berlaku di hadapan Kadi, Kadi memutuskan bahawa hak penjagaan anak lelaki yang berumur 3 tahun kepada ibu dan anak perempuan 8 tahun kepada bapanya di atas persetujuan kedua belah pihak. Kemudian, Myriam memohon hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi setelah berkahwin dengan lelaki lain dan menuntut hak penjagaan anak perempuannya di mahkamah tinggi. Hakim Abdul Hamid memutuskan bahawa perintah yang dibuat oleh Kadi itu tidak menghalang pihak menuntut iaitu Myriam membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi. Hal ini kerana beliau merujuk kepada Seksyen 45 (6) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor 1952, yang memperuntukkan bahawa tiada apa-apa yang terdapat dalam Enakmen ini akan mengganggu bidang kuasa sivil dan apabila terdapat perbezaan atau percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil, keputusan

Mahkamah Sivil akan mengatasi keputusan Mahkamah Syariah. Melalui kes ini,walaupun mahkamah syariah telah membuat keputusan berlandaskan undang-undang Islam tetapi apabila permohonan dibuat ke Mahkamah Sivil,keputusan-keputusan Mahkamah Syariah itu diketepikan. Akhirnya keputusan perbicaraan ini dikeluarkan oleh Mahkamah tinggi iaitu Hakim telah memberi hak penjagaan anak lelaki kepada ibu dan anak perempuan kepada bapanya.

Berdasarkan kes Myrian lwn Ariff jelas menunjukkan berlakunya percanggahan antara undang-undang sivil dan undang-undang Islam, dan keputusan oleh mahkamah sivil tentunya tidak selaras dengan undang-undang Islam telah diberikan keutamaan. Pindaan perkara 121 (1A) dapat mengelakkan daripada berlakunya percanggahan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Oleh demikian, perkara ini tidak akan timbul lagi kerana mana-mana perkara yang boleh dibawa ke mahkamah syariah, mahkamah tinggi tidak lagi mempunyai bidang kuasa ke atasnya. Akhirnya pindaan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan taraf mahkamah syariah dan tidak lagi dipandang rendah oleh mahkamah sivil.

Sungguhpun perlembagaan persekutuan tidak menyebut bahawa undang-undang tertinggi negara adalah undang-undang Islam, namun demikian kedudukan undang0undang Islam boleh dikatakan berada di peringkat yang membanggakan. Profesor Ahmad Ibrahim pernah mencadangkan bahawa sekiranya undang-undang Islam hendak dilaksanakan sepenuhnya, maka satu peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan mestilah diadakan iaitu Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan.

Profesor Ahmad Ibrahim juga membuat pentafsiran tentang kedudukan Islam didalam perlembagaan Malaysia sebagai satu kedudukan yang mantap dalam pengertian Islam sebagai Al-din, iaitu merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Pentafsiran ini diberikan berdasarkan fakta yang ditemuinya semasa melakukan penyelidikan tentang pembangunan dan perkembangan Islam di Malaysia. Berdasarkan pengalamannya beliau mengemukakan usul dan cadangan kepada pihak kerajaan di dalam pindaan undang-undang negara supaya sesuai dengan tuntutan Islam.5

Ismail Ibrahim. 2000, Ogos 17. Islam dan Perlembagaan Malaysia. Utusan Malaysia, hlm 6.

Ternyata bahawa Islam telah banyak kali menyumbang kepada pindaan akta dan peraturan-peraturan yang melibatkan undang-undang jual beli, sewa beli, perbankan, takaful, pajak gadai dan aktiviti lain yang diamalkan selama ini berdasarkan perundangan konvensional atau perundangan British.

Kesimpulannya, diperakui bahawa prinsip-prinsip yang berunsurkan Islam yang terkandung dalam perlembagaan negeri- negeri Melayu sebenarnya belum lagi dilaksanakan sepenuhnya. Oleh sebab itu, tuntutan dan desakan untuk menggantikannyasistem yang ada dengan sistem Islam. Oleh itu, sistem Islam ini perlu diperhalusi dan diperbincangkan

dengan lebih lanjut kerana peruntukan yang ada sebenarnya belum benar-benar dilaksanakan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya : Intel Multimedia. _____________. 2008. Perlembagaan Malaysia Teori & Praktis. Shah Alam, Selangor : Arah Publications.

Ismail Ibrahim. 2000, Ogos 17. Islam dan Perlembagaan Malaysia. Utusan Malaysia, hlm 6.

Mahkamah Syariah Perlu Bidang Kuasa Lebih Jelas. Utusan Online. 2006, Disember 26. Diperolehi pada 23 Mac 2011 URL : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia Rafeah Saidon. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, 1993 (Kelantan) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hududdan Qisas) Terengganu 2002: Konfliknya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam Persidangan Undang-Undang Tunku Jaafar 2007 anjuran Falkulti Undang-undang UKM pada 21-22 Ogos 2007.

Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran undang-Undang Islam diMalaysia Sebelum dan Menjelang Merdeka.Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd.

You might also like