Ucapan Perasmian Huph SKDHZ 2011

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO HJ .ZAINUDDIN, 09800 SERDANG , KEDAH DARUL AMAN.

Tel /fax: 04 4078964 / 04-4078501 E.mail : skhajizainuddin@ppdkbb.net

**************************************************************

UCAPAN PERASMIAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SKDHZ 2011


UCAPAN PERASMIAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2011

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang berusaha Puan Ruzaidah bt Majid , Guru Besar SK Dato Hj Zainuddin, Yang dihormati Tuan Hj Mohd Rejab b Mohd Yusuff, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Yang Berbahagia Puan Hjh Rokiah bt Yusuff , Yg Dipertua PIBG, Yang dihormati jemputan-jemputan khas; En Baharuddin bin Baba , Pengurus Ladang Batu Lintang, Puan Norhayati Bt Masjuri, Penyelia KAFA Tuan Hj Mohd Syukri b Hj Din, Mantan GB serta isteri. Doktor Norizan bt Ahmad , Pegawai Pusat Kesihatan Besar Serdang, Guru-guru besar, guru-guru, para waris serta para murid cemerlang yang dikasihi sekalian.

Hadirin hadirat sekalian, Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian mengundang saya hadir pada pagi ini bagi menyempurnakan perasmian Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid bagi tahun 2011. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Dato Hj Zainuddin atas kejayaan mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada murid murid cemerlang pada tahun ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid atas kejayaan mencapai keputusan yang cemerlang. Saya difahamkan majlis ini merupakan acara tahunan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dengan cemerlang. Majlis seumpama ini amat murni sebagai satu pendorong dan perangsang semangat bagi para murid agar terus berusaha. Sesungguhnya sesebuah sekolah akan merancang dan berusaha menjadikan murid-muridnya berjaya dengan cemerlang. Usaha itu tidak sahaja dengan menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan bahkan juga dengan kemudahan serta kelengkapan pembelajaran yang cukup. Hadirin hadirat sekalian, Saya difahamkan bahawa, di SK Dato Hj Zainuddin ini, semua keperluan telah dipenuhi. Tenaga pengajarnya adalah berkelayakan. Bilik-bilik belajar yang lengkap dengan keperluan murid. Oleh yang demikian , memang layaklah untuk menjangkakan pencapaian cemerlang murid-muridnya pada setiap tahun. Kita akan kecewa sekiranya murid-murid sekolah ini pada setiap tahun gagal mempertahankan pencapaian rakan-rakan mereka yang terdahulu. Sama halnya kita akan kecewa jika kegagalan itu berpunca dari kelemahan tenaga pengajar. Dan lebih-lebih lagi kita akan kecewa besar jika pengurusan sekolah ini turut menyumbang kepada kegagalan itu. Alhamdulillah semua itu tidak berlaku. Sekolah ini nampaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pencapaiannya. Kerana itulah, kita patut memberi pujian dan penghargaan kepada semua; guru-gurunya, murid-muridnya, Guru Besarnya dan setiap lapisan tenaga pengurusannya.

Akhir kata , dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrrahim, saya merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SK Dato Hj Zainuddin bagi sesi 2011. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DISEDIAKAN OLEH: SABARIAH BT MAT NOOR

You might also like