Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Technical Foundation Unit

MPW 2133 Pengajian Malaysia

1. PENGENALAN
1. Pengenalan Kuliah pertama ini cuba memberikan latar belakang mengenai kursus ini. Kursus Pengajian Malaysia ialah pengajian mengenai masyarakat, sejarah , politik dan ekonomi Malaysia. Pengajian mengenai kenegaraan memerlukan bukan sahaja pemahaman tetapi juga penghayatan sebagai warganegara yang setia dan peka kepada sejarah , perubahan sistem pentadbiran, dasar dan pembangunan negara. Bidang ini lebih merujuk kepada pembinaan 'negara bangsa'.

2. Negara Bangsa Negara bangsa adalah merujuk kepada negara yang bertamadun (berbudaya sivik), dimana rakyatnya sudah menerima satu 'pandangan dunia' politik yang sama. Di antara ciri sebuah negara bangsa ialah : i. ii. Masyarakatnya hidup aman damai tanpa dipisahkan oleh elemen sempit seperti etnik, kedaerahan, kebudayaan dan kepercayaan. Sebilangan besar ahli masyarakat berpegang kepada ideologi politik yang sama iaitu tiada percanggahan dalam mencapai matlamat negara walaupun terdapat perbezaan dari segi kaedah mencapai matlamat.

Matlamat utama sebuah negara bangsa ialah di mana anggota masyarakat bersatu pada dan beritegrasi, hidup aman dan damai dalam sebuah negara. Itulah harapan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

3. Kandungan Kursus Kandungan kursus adalah seperti yang dinyatakan di dalam sinopsis kursus ini. Di bawah ini diringkaskan kandungan kursus Pengajian Malaysia ini.

3.1 Sejarah dan Politik Negara Malaysia adalah terbentuk pada tahun 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Namun demikian, sejarah negara kita dapat dijejaki lebih kurang 40,000 tahun yang lampau. Dengan demikian bahagian sejarah sebelum Malaysia ini menyentuh tajuk-tajuk seperti : i. ii. Sejarah Awal. Menganalisis zaman-zaman prasejarah sehinggalah pemerintahan Jepun di negara ini. Perjuangan mencapai Kemerdekaan. Menekankan bagaimana penduduk negara ini menentang penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, samada melalui perjuangan berdarah atau melalui meja perundingan.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH01-02 Page: 1

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia iii. Penubuhan Malaysia. Menganalisis bagaimana negara Malaysia terbentuk iaitu sebagai gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura; dan tentangan-tentangan semasa mewujudkan Malaysia.

3.2 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen. Ia diketuai oleh Yang diPertuan Agong. Tajuk-tajuknya: i. Raja Berperlembagaan. Membincangkan latar belakang sistem beraja di negara ini, khususnya kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ii. Demokrasi Berparlimen. Menumpukan perbincangan kepada bagaimana proses demokrasi berjalan di negara ini dengan penekanan kepada konsep perwakilan dan pilihan raya. iii. Federalisme. Membincangkan konsep federalisme, latar belakang sistem federalisme di Malaysia dan hubungan kerajaan pusat (persekutuan) dengan kerajaan negeri. iv. Perlembagaan Malaysia. Sejarah kewujudan beberapa perlembagaan di negara ini dan penekanan diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. v. Badan Legislatif. Menjelaskan peranan dan fungsi Parlimen secara khusus, ini termasuklah prosedur membuat undang-undang. vi. Badan Eksekutif. Membincangkan bidang eksekutif (pentadbiran) di negara ini yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang menurunkan kuasanya kepada Perdana Menteri. Perbincangan juga tertumpu kepada sistem kabinet. vii. Badan Judisiari. Membincangkan sistem kehakiman termasuklah dari segi sejarah dan komponen-komponennya.

3.3 Kemasyarakatan dan Perpaduan Tajuk-tajuk dalam bahagian ini termasuklah: i. Perpaduan dan Integrasi. Membincangkan kewujudan masyarakat majmuk di negara ini, serta masalah-masalah yang membawa kepada perpecahan, dan faktor-faktor yang membawa kepada perpaduan dan integrasi. Langkah-langkah Perpaduan Nasional. Menekankan kepada kepentingan Rukun Negara di dalam membawa masyarakat ke arah pembangunan; penekanan diberikan kepada faktor-faktor yang membawa kepada terbentuknya Rukun Negara dan analisis ke atas prinsip-prinsipnya. Ia juga membincangkan dasar-dasar sosial negara ke arah perpaduan nasional.

ii.

3.4 Pembangunan Negara Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju status maju. Dasar-dasar yang berkaitan telah dibentuk oleh kerajaan dan menjadi panduan kepada pembangunan negara termasuklah: i. Rancangan dan Wawasan Pembangunan Negara. Membincangkan konsep negara maju yang ingin dicapai oleh Wawasan 2020 dan dasar-dasar yang dibentuk untuk mencapainya. Ini termasuklah juga dasar-dasar sebelum Wawasan 2020.
Code: MPW 2133-SH01-02 Page: 2

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia ii. Dasar-dasar Negara. Ini merangkumi dasar-dasar lain, dasar-dasar luar negara dan dasar-dasar untuk pembangunan sains dan teknologi.

3.5 Isu-isu Semasa Terbahagi kepada: i. ii. Isu-isu Pembangunan Insan dan Masyarakat. Ini termasuklah isu-isu semasa yang berkaitan dengan aspek sosial, ekonomi dan politik. Isu-isu Alam Sekitar dalam Pembangunan. Membincangkan kepentingan aspek alam sekitar dalam pembangunan negara dan bagaimana kerajaan menangani isu-isu alam sekitar seperti pencemaran.

4. Kesimpulan Dalam kuliah ini, kita telah membincangkan latar belakang mengenai kursus ini. Dengannya diharap pelajar-pelajar mendapat gambaran ringkas mengenai kursus ini. Daripadanya juga pelajar dapat membuat persediaan sebelum mengikuti kuliah untuk taju-tajuk seterusnya. Apa yang diharapkan daripada kursus ini ialah agar kita dapat menanamkan unsur-unsur kenegaraan dalam diri kita. Walaupun apa yang kita pelajari adalah mengenai sejarah, politik, sosial dan ekonomi, namun apa yang dipentingkan ialah apakah yang dapat kita ambil iktibar daripadanya, dan dapat kita menanamkan semangat sayangkan negara.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH01-02 Page: 3

You might also like